Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Isu Shila Amzah Berseluar Ketat Di China

Posted: 18 Apr 2014 09:19 PM PDT


Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 1:15 AM
Shila Amzah

KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden anaknya itu dikatakan berpakaian  tidak sesuai sebagai seorang wanita Muslim dalam sebuah program televisyen di Beijing, China baru-baru ini.

ND Lala berkata, sebagai manusia, anaknya itu tidak terlepas dalam melakukan kesilapan selain berpendapat kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.

"Rakaman program itu dibuat pada pukul 1.30 pagi apabila pihak penerbit ingin menambah sebuah lagi lagu untuk dinyanyikan Shila itu dan anak saya bersetuju untuk berbuat demikian.

"Bagaimanapun timbul masalah pakaian kerana baju yang dibawa telah digunakan pada persembahan lain dan jika mahu kembali ke hotel bagi mengambil pakaian, ia memakan masa selama satu jam.

"Jadi kami memilih pakaian disediakan produksi dan seluar yang dipakai Shila bukan 'legging' seperti didakwa cuma warnanya sahaja  tidak sesuai untuk wanita berhijab sepertinya," katanya.

ND Lala ditemui pada sidang media Konsert Cinta oleh Shila Amzah di Menara Kuala Lumpur di sini, Jumaat.
Shila Amzah

Konsert itu bakal berlangsung  di Shanghai,China pada 16 Ogos depan manakala peminat di Malaysia akan dihiburkan pada 13 September 2014.

Persembahan di Kuala Lumpur akan diadakan di Mega Star Arena di sini pada pukul 8 malam.

ND Lala mengulas mengenai komen negatif yang diterima Shila apabila tampil dengan gaun pendek dengan seluar  ketat dari rona kulit yang kelihatan seolah-olah penyanyi itu mendedahkan auratnya biarpun bertudung.

Dalam pada itu, Shila yang turut hadir ke sidang media itu berkata, dia semakin selesa menetap di Beijing dan ia telah mematangkan pemikirannya selain mampu berdikari dengan baik.

Kata Shila, penguasaan bahasa Mandarin yang dipelajari juga semakin baik dan dia kini lebih yakin untuk bertutur dengan orang lain menggunakan bahasa itu.

"Semua yang berlaku cukup pantas tetapi saya bersyukur kerana dapat belajar pelbagai perkara daripada pengalaman tinggal di luar negara.

"Biarpun bukan mudah untuk mengadaptasi budaya luar serta bahasa mereka tetapi saya kini lebih kuat dan dapat mengharunginya dengan baik," katanya.

Pada sidang media berkenaan yang turut dihadiri oleh wakil media dari akhbar Cina, Shila menjawab soalan mereka dengan fasih dalam bahasa Mandarin.

Sementara itu, bercakap mengenai konsert sulungnya itu, Shila berkata, dia tidak berniat untuk membelakangkan peminatnya di Malaysia apabila mengadakan persembahan di Shanghai terlebih dahulu.

"Ini adalah impian saya yang akhirnya bakal terlaksana. Biarpun akan mengadakan konsert di Shanghai terlebih dahulu namun saya berjanji akan memberikan persembahan paling istimewa buat peminat di Malaysia nanti," katanya.

Tambah Shila, dia juga berbangga apabila kedua-dua konsertnya itu nanti akan menggunakan tenaga sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thomson dan Helen Yap akan bertindak sebagai penerbit konsert.

Malah katanya, dia juga akan menyampaikan lebih 20 buah termasuk lagu-lagu berbahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris.

Katanya lagi, dia juga akan menampilkan penyanyi bertaraf antarabangsa dalam konsert itu  sebagai tetamu undangan.

"Siapa artis jemputan saya tidak boleh beritahu sekarang dan peminat kena tunggu pada hari persembahan," jelasnya.

Konsert Cinta Shila Amzah diterbitkan oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd.

Tiket dijual pada harga RM268, RM138 dan RM88.

Shila akan mengumumkan tarikh penjualan tiket dalam sidang media khas yang akan diadakan pada Mei depan.

Harta Karun di Pulau Nangka Milik Kesultanan Melaka

Posted: 18 Apr 2014 07:59 PM PDT

pulau nangka
Peta menunjukkan kedudukan Pulau Nangka


MELAKA: Harta karun yang dipercayai tertanam di Pulau Nangka adalah lambang kepada kemakmuran dan kekayaan Kesultanan Melaka suatu ketika dulu, kata Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) berkata, ketika itu, pelabuhan Melaka sentiasa sibuk dengan kehadiran ribuan kapal dagang yang akan menghadiahkan pelbagai barangan, termasuk emas kepada sultan sebagai cukai.

"Semua barangan yang diterima disimpan dalam istana dan mungkin juga mereka memindahkannya ke Pulau Nangka atau Pulau Besar ketika serangan Portugis pada 1511.

"Malahan, ada juga yang menyatakan harta karun zaman Kesultanan Melaka ditanam di Bukit St John," katanya, di sini, baru-baru ini.


Laporan eksklusif di muka depan The Star, Isnin mendedahkan mengenai dua syarikat yang mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja evakuasi dan dipantau rapi oleh Perzim.

Mohd Jamil berkata, dakwaan wujudnya harta karun di Pulau Nangka sebenarnya sudah tersebar sejak 1997 dan pulau berkenaan diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Beliau juga mengakui adanya cubaan pihak tertentu untuk mencari harta karun berkenaan, bagaimanapun ia gagal.

Sementara itu, Pengurus Besar Perzim, Datuk Khamis Abas mengesahkan kaji selidik pakar arkeologi mendedahkan tiada sebarang tanda menunjukkan adanya harta karun di Bukit St John.

"Kini hanya Pulau Nangka menjadi lokasi terakhir kemungkinan harta karun itu disembunyikan," katanya.

Beliau juga memaklumkan pihaknya menerima panggilan telefon dari pelbagai pihak di dalam dan luar negara termasuk media asing berikutan pendedahan The Star mengenai harta karun itu. - mStar 19/4/14

ARTIS : Andai Kemban Membawaku Ke Neraka, Aku Redha – Erma Fatima

Posted: 18 Apr 2014 04:56 AM PDT


Entah mengapa semenjak dua menjak ini golongan selebriti tempatan gemar mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan menyentuh sensitiviti agama. Selepas Raja Azmi dengan kenyataan tudungnya, kali ini Erma Fatima tampil menyentuh bab berkemban apabila gambar yang dikongsi di laman Instagramya dikecam ramai.
erma kemban
Gambar yang dikongsikan oleh Erma Fatima ialah salah satu babak dalam drama "Takhta 3 Ratu" yang ada watak para gadis berkemban. Dikritik ramai, Erma tampil melahirkan rasa redhanya sekiranya kerana babak sebegitu, dirinya masuk ke neraka. Tulis Erma:-
Bila MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata kata dgn siku. Soal hukum tdk ada sesiapa mampu mempertikaikanya.
TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia. AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN ! Kalian BENAR kerana menjadi juri d bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian!
Andai KEMBAN membawa ku ke neraka…aku redha…TAPI aku ada tugas yg besar yg harus ku laksanakan utk melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini. Bukan hanya utk agama tetapi juga utk bangsaku. Jadi kpd yg berniat utk mengutuk…silakan…ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke ats aku.
TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tdk akn menghalalkan cara. Tp sejarah bkn sesuatu yg bole di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dr sy. Kpd yg sudi…jemput2lh menonton TAKHTA sy bila d tayangkan nanti.
NAMUN jgn hanya d tonton KEMBANNYA…di lihat juga bgaimana kekuatan sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya demdiri
erma kemban
Hmmmm.. Sukar nak bagi ulasan bab sebegini. Mungkin para produser dan pengarah negara kita perlu melihat perkembangan filem di negara Timur Tengah yang telah memenangi banyak anugerah walaupun tidak merakamkan sebarang aksi yang menyalahi syariat. Namun begitu, kata orang, tiada permintaan tiadalah penghasilan. Pasti Erma ada sebabnya sendiri untuk berbuat sedemikian. Hanya dirinya sahaja yang tahu.

"Jika ini pidato terakhir saya" - Anwar

Posted: 18 Apr 2014 12:54 AM PDT

Anwar menandatangani buku ucapan takziah di kediaman Karpal di Jalan Utama, Georgetown, Pulau Pinang.
PERMATANG PAUH: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Permatang Pauh supaya bangun menjadi benteng amanah dan ketelusan negara dan tidak mudah menggadaikan pronsip kepada Umno dan BN sekiranya beliau dipenjarakan buat kali kedua.
Menurutnya, jika ditakdirkan semalam adalah pidato terakhir beliau di Permatang Pauh, Anwar mahu jentera Pakatan Rakyat diperkemaskan bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) kawasan parlimen itu.
Berucap di pentas Reformasi 2.0 di Tapak Ekspo Seberang Jaya, dekat sini, beliau tidak menolak kemungkinan akan dipenjarakan jika rayuannya dalam kes Liwat 2 ditolak Mahkamah Persekutuan.
Beliau mendapat maklumat bahawa BN sudah mempersiapkan jentera untuk berhadapan dengan PRK Permatang Pauh seandai dirinya didapati bersalah serta dipenjarakan.
"Andai kata Allah SWT uji kita dengan isu ini, saya mahu anda di Permatang Pauh bangun sebagai benteng mempertahankan amanah daripada penyangak Umno dan BN yang terlalu ghairah mahu merampas sekaligus meranapkan Pakatan Rakyat," tegasnya di hadapan ribuan hadirin.
Jelas Anwar lagi, keseluruhan konpirasi yang dilaluinya pasti terjawab suatu hari dan pasti terdedah satu persatu.
Menurut Anwar, walaupun dikurung di penjara sekali lagi semangat serta jiwaraganya tidak akan lemah longlai.
"Anwar bukan orang yang cepat lemah semangat malahan akan terus bangkit biarpun dipenjara, " katanya sambil melaungkan slogan "Lawan Tetap Lawan".
Turut berucap Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Timbalan Yang DiPertua PAS Baling, Brigadier Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamd Sabu dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Hasnon.
Anwar juga sempat menziarahi jenazah bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh di kediaman keluarga Ahli Parlimen Jelutong itu di Jalan Utama, Georgetown petang semalam.
Karpal meninggal dunia akibat kecederaan parah apabila kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan hala ke utara dekat Gua Tempurung awal pagi semalam. - harakah

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Reformasi 2.0: Memperingati pelopor perjuangan melalui Internet di Malaysia

Posted: 18 Apr 2014 08:53 PM PDT


Allahyarham Adlan Benan Omar
Sejarah kehidupan merupakan satu kitaran yang berulang, sebuah perjalanan tanpa henti yang bermula dan berterusan di sebuah paksi yang sama.
Sejarah kini berulang, dan kini gerakan Reformasi dilahirkan semula sebagai Reformasi 2.0.
Dengan berulangnya tekananoleh pihak berkuasa, inilah masanya untuk mengkaji semula momentum pergerakan Reformasi.
Pergerakan ini bermula sejak pelancaran Reformasi pada tahun 1998. Ketika itu sebelum pilihanraya 1999, PAS, DAP, PRM dan Keadilan bergabung atas nama parti alternatif.
Disebabkan sekatan pihak berkuasa terhadap media dan aktivisme politik ketika itu, sebahagian besar momentum perjuangan terpaksa diteruskan melalui "tangan ghaib".
Maka lahirlah  "kewartawanan siber", permulaan aktivisime politik siber di Malaysia.
Aktivisme siber bukan sahaja salah satu cara untuk menyampaikan berita dan peristiwa terbaru malah juga cara untuk berkongsi harapan, motivasi, komedi, dan meningkatkan keakraban rakan dan taulan.
Pada masa itu, adalah agak sukar untuk mengikut segala maklumat baru tentang gerakan Reformasi; Internet hanya wujud beberapa tahun sebelumnya.
Tiada templat untuk rangkaian laman web, tetapi ramai perlu mengurus laman web melalui pengaturcaraan HTML untuk setiap warna, saiz font, yang memerlukan 5-6 jam untuk dimuat naik dan dimuat turun.
Blog masih belum lagi wujud, dan media sosial seperti Facebook, dan Twitter hanya lahir dalam beberapa tahun yang akan datang.
Astro masih belum lagi diperkenalkan kepada orang ramai, dan kabel televisyen yang mempunyai 5 saluran sudah dikira sebagai agak mewah bagi memecahkan autonomi media arus perdana RTM1 dan sebagainya.
Gerakan reformasi menjadi pemangkin kepada peningkatan sokongan melalui Internet, dan juga penganjuran protes pertama yang berskala besar di Malaysia pada era 90-an.
Beberapa bulan selepas itu, sebanyak 50 laman web pro-reformasi wujud.
Laman web yang banyak memberi maklumat terbaru dan artikel mengenai pergerakan ini adalah dua laman web bermula dengan "Maha": Mahazalim dan Mahafiraun.
Walaupun pada mulanya terdapat laman web lain seperti Dot Moi, momentum untuk teruskan tidaklah begitu mampan dan tiada laman web yang boleh memberi maklumat kepada rakyat di Malaysia, mahupun di luar negara.
Mahazalim merupakan laman web asas yang membawa pendapat dan berita berkaitan dengan peristiwa-peristiwa terbaru, demonstrasi dan berita mengenai kes mahkamah DSAI.
Banyak artikel disumbangkan oleh rakyat dan dimuat naik ke laman web ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kartel: Azmin tepuk air di dulang.!!

Posted: 18 Apr 2014 08:45 PM PDT

Che'Gu Bard

Membaca berita di Malaysiakini pada 13 April 2014 bertajuk 'Kartel Calon Tidak Sihat Pada PKR', saya amat tertarik untuk menulis komen.
Dalam laporan tersebut menyebut betapa YB Azmin Ali gusar dengan perkembangan kewujudan pakatan atau kumpulan (kartel) dalam pemilihan Keadilan 2014 kali ini.
Beliau dilaporkan menyatakan ia merupakan perkembangan yang tidak sihat.
Malah beliau turut mengumumkan bebas dan tidak membentuk mana-mana pakatan atau fraksi.
Semua ini boleh disifatkan sebagai menepuk air di dulang terpecik muka sendiri.
Bukan sahaja anggota parti malah umum mengetahui bagaimana budaya kartel atau juga dikenali sebagai chai ini wujud dalam pemilihan sebelum ini lagi, dan antara pelopor utama budaya ini ialah Azmin sendiri.
Namun, bagi saya budaya membentuk kumpulan atau kartel dalam pemilihan seperti tidak boleh dielakkan, khususnya apabila sekumpulan calon berkongsi aspirasi misi dan visi yang sama.
Seperti mana Saifuddin, Izzah dan Rafizi yang berkongsi visi dengan motto 'Masa Depan Bersama' dan Tan Sri Khalid pula berkongsi visi dengan beberapa calon lain dengan motto 'Reformasi Tulen'.
Namun mungkin kerana tertekan dengan pembentukan kumpulan yang membabitkan nama besar dalam PKR ini, yang mana selama ini kumpulan dengan nama besar ini hanya mampu dibentuk oleh Azmin sahaja, maka dia menggunakan media menempelak kewujudan bertanding secara kumpulan ini.
Lebih kelihatan jenaka beberapa hari selepas Azmin menempelak budaya bertanding secara kumpulan, pada 16 April dia sendiri mengumumkan kartelnya yang dikenali Gagasan Keadilan Raya dalam satu majlis yang besar dengan siap menyediakan kenderaan angkut penyokong.
Jelas sekali kata-katanya konon bimbang dengan kewujudan pembentukan kumpulan dalam pemilihan konon ia akan membawa kesan negatif hanya kenyataan paniknya khususnya apabila teraju muda utama parti seperti Nurul Izzah dan Rafizi mengisytiharkan diri bersama Saifuddin.
Read More / Baca Lagi >>

Majlis fatwa perlu perincikan hukum R.I.P, kata bekas mufti

Posted: 18 Apr 2014 08:40 PM PDT


Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) memperincikan fatwanya berhubung ucapan Rest in Peace (R.I.P) kepada bukan Islam agar memberi pemahaman yang lebih jelas. – Gambar The Malaysian Insider, 19 April, 2014.  
Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) memperincikan fatwanya berhubung ucapan Rest in Peace (R.I.P) kepada bukan Islam agar memberi pemahaman yang lebih jelas. – Gambar The Malaysian Insider, 19 April, 2014.

Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) memperincikan fatwanya berhubung ucapan Rest in Peace (R.I.P) kepada bukan Islam agar memberi pemahaman yang lebih jelas.
Bekas mufti Perlis itu berkata terdapat dua kategori yang perlu diperhalusi oleh MFK, iaitu sama ada mendiang dalam kategori faham tetapi menolak Islam secara terang-terangan atau kategori yang masih belum menerima dakwah Islam.
"Ada dua keadaan di mana fatwa tersebut perlu diperincikan. Satu keadaan apabila kita yakin bukan Islam itu menolak mesej Islam, iaitu menolak Islam sebagai agama. Dia tahu tentang Islam dan dia menolaknya. Persepsi Islam, RIP tidak patut dikatakan kepadanya.
"Kalau sekiranya dia seorang yang tidak tahu apa itu Islam atau tahu mengenai Islam tetapi tidak jelas, mungkin kerana persepsi orang Islam itu sendiri, sebagai Islam kita tidak katakan dia dihukum oleh Tuhan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Rahsia kenapa UMNO beriya-iya meminta PAS bentang usul Hudud

Posted: 18 Apr 2014 07:58 PM PDT

Sekilas Ikan di Air: UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud

Negara kehilangan seorang pejuang yg tegas dan berani dengan pemergian Karpal Singh awal pagi tadi. Berbeza prinsip tetapi saling hormat menghormati. Seorang pejuang hingga akhir hayat. Takziah buat keluarga beliau. Semoga terus tabah.

Dalam pada itu, saya mendengar dengan penuh hairan permintaan Menteri UMNO/BN supaya PAS membawa usul berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan. Mengapa Menteri dari kerajaan yang sedang memerintah memohon PAS yang merupakan parti pembangkang untuk membawa usul tersebut? 


Bertambah kelakar bagi saya, apabila Ahli Parlimen UMNO dari Kelantan dengan penuh gah dan semangat, menyokong pula permintaan itu dan memberikan jaminan dari ahli Parlimen UMNO! Kelakar kerana dia tetap meminta PAS membawa usul tersebut, bukan mendesak supaya UMNO yang bawa!

Mengapa dianggap anggap kelakar? Kerana UMNO meminta PAS membawanya. UMNO tidak mampu membawa usul itu sendiri kah? Adakah ini satu pengakuan bahawa UMNO telah 'dikembirikan' MCA sehingga tidak berani membawa usul berkenaan dan terpaksa meminta PAS? Tidak sangka pula UMNO begitu takut pada MCA! Sedangkan 'pahlawan' dan 'pendekar' yang sanggup mendesak PAS pula kelihatan seperti ramai.

Hakikatnya, sekiranya usul ini dibawa oleh parti pemerintah, ianya akan lebih diutamakan. Lebih power dah lebih berkesan. Dengan itu parti pemerintah, iaitu BN, akan menyokong dan ianya akan lulus dengan mudah. Tidak perlu dibawa oleh ahli parlimen dari parti pembangkang. Tetapi apakan daya, wakil rakyat UMNO, dalam soal Islam dan perundangan Islam khususnya, hanya berani menyokong 'dari belakang'. "PAS bawa dan kami berani untuk sokong!" seolah-olah itulah kata mereka. Tetapi untuk bawa sendiri, kami tidak berani!

Siapa yang tunduk pada siapa sekarang? Dulu dituduh PAS tunduk pada DAP tetapi sekarang amat jelas, UMNO sendiri iktiraf PAS tidak tunduk kepada sesiapa sedangkan mereka sendiri tunduk kepada MCA.

Yang bertambah menggelikan hati pula ialah apabila MCA mula menyerang DAP kerana menurut mereka pula, PAS berani membawa usul ini oleh kerana DAP! Eh, MCA ini pekakkah? Tidakkah mereka dengar, seperti mana telah didengari satu dunia, yang minta PAS bawa usul ini adalah UMNO?

Atau ini semua merupakan mainan politik UMNO/BN yang sememangnya menggunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata? Tiada kesungguhan dan tiada keseriusan dalam soal perlaksanaan sistem perundangan Islam, hanya ingin dimanfaatkan untuk kepentingan politik mereka.

Bagi yang sudah mula pening dengan kerana cerita yang berpusing-pusing ini, kisahnya begini; UMNO minta PAS bawa usul hudud, MCA pula serang DAP. Nampak logiknya? Tidak logik? Maka itulah politik UMNO/BN!
Read More / Baca Lagi >>

Two lessons from the Tiger’s untimely demise

Posted: 18 Apr 2014 07:53 PM PDT

Road safety awareness and enforcement must be rectified and the nation needs to rid of the ugly side of Islam.

By James Ang
If there is one thing that I've learnt during my years as a medical student, it is this, "Nothing is certain in the world of medicine except two things: the fact that you were born into this world and the fact that you will one day die." But a natural death is not as painful as an unnatural death, especially one in which its circumstances could have been largely avoidable.
The sudden passing of the revered Karpal Singh is undoubtedly an irreplaceable loss to our beloved nation. The moniker 'Tiger of Jelutong' befits him in every sense, owing to his struggles for justice and fairness that know neither fear nor favour amidst darkness in our country. His passing marks a day in our nation's history when a light of reason and integrity has been cruelly flicked off.
Nevertheless, the slain Tiger's unfortunate passing brings to attention two important lessons that everyone, including the powers-that-be, should take note of:
Lesson 1: The state of our nation's road safety
Insofar as available information is made known in the media at the time of me writing this, the true nature of what exactly happened that fateful morning to the MP of Bukit Gelugor's ill-fated Toyota Alphard remains shrouded in mystery.
Could it have been the lorry driver's fault, since traces of cannabis were found in his urine sample?
Then again, cannabis can still be detectable in the urine for up to a week or more after exposure, depending on several factors. There were also several seemingly unverified reports going around on the web that the lorry driver did not indicate his signal when changing lanes.
Could Karpal's driver equally be at fault? It has been learnt that Karpal's vehicle has been issued 29 traffic summonses, many of which were for speeding and 15 of which remained outstanding. This may also raise suspicions that Karpal's driver might have been guilty that morning of what has killed so many Malaysians on the road over the years – speeding.
Whatever it is, the truth behind that fateful incident remains unknown at the time of me writing this, and all we can do is to speculate. More importantly, it brings to mind the level of awareness and enforcement in our country when it comes to road safety.
Speeding, changing lanes or making turns without proper signaling, ignoring traffic lights and poor maintenance of vehicles are among the many causes of our country's high death rates on the roads.
These are nothing new, Malaysian drivers are undoubtedly one of the worst when it comes to courtesy on the roads and regard for traffic laws.
Read More / Baca Lagi >>

KARPAL SINGH, SAIFUL DAN HARI JUMAAT

Posted: 18 Apr 2014 07:29 PM PDT

"Saiful, muslim yang baik sembahyang tak ?? Hari tu hari Jumaat Saiful, Kamu pergi sembahyang tak?? Saiful, untuk membolehkan kamu sembahyang, kamu kena mandi wajib dulu." - Mendiang Karpal Singh
"Ya, Saya Muslim yang baik dan saya pergi sembahyang Jumaat pada hari tersebut. Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis" - Al-Bangang Siful Bukhari
RALAT : 
Karpal: Kenapa anda tidak sembahyang hari itu (26 Jun 2008)? 
Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah diliwat.
Karpal: Ada sembahyang pada 27 Jun? 
Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat.
Karpal: Ada mandi sebelum sembahyang? 
Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis.
Karpal: Bila sembahyang, mesti cuci betul-betul? Betul mandi junub diwajibkan? Mohd Saiful :Ya.
Karpal: Jadi sembahyang anda pada 27 Jun 2008, adalah tidak sah? 
Mohd Saiful: Ya.
Karpal: Jadi anda bukan seorang Islam yang baik.
(SUMBER : BERNAMA)

Tiada 'common sense' dalam penghakiman Fitnah Liwat II

Posted: 18 Apr 2014 07:23 PM PDT

Penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung pencemaran bukti dalam kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan oleh Naib Presiden PKR N Surendran sebagai "bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal)".

Katanya, walaupun pegawai penyiasat Supt Jude Pereira telah membuka beg sampel P27, hakim-hakim berkata ia tidak dilihat sebagai mengganggu bahan bukti.

Dalam satu kenyataan semalam, Surendran berkata, kesimpulan itu bertentangan dengan semua prinsip undang-undang berkaitan rantaian bukti, dan bercanggah dengan semua 'common sense'.

Anwar dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beg sampel P27 mengandungi sampel penting yang diambil dari dubur Mohd Saiful , termasuk sperma daripada tertuduh.

Tambahan pula, kata Surendran (kanan), walaupun wujud keadaan yang boleh dipersoalkan, hakim-hakim dalam kes itu bertegas bahawa "tiada apa yang mustahil " tentang bukti Saiful .

Sehubungan itu, Surendran bertanya bagaimana ketiga-tiga hakim itu mencapai kesimpulan tersebut,  apabila tidak dipertikaikan bahawa Saiful bertemu dengan musuh politik Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak , hanya dua hari sebelum kejadian dikatakan berlaku.

"Mengapa dia juga bertemu dengan pegawai tinggi polis SAC II Mohd Rodwan Mohd Yusof , yang terlibat dalam kes liwat yang pertama?" tanya Surendran yang juga MP Padang Serai yang juga ahli Parlimen Padang Serai .

Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Liwat II : Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan pincang, tak boleh dipertahan

Posted: 18 Apr 2014 07:22 PM PDT

fitnah2KUALA LUMPUR 19 APR: Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pincang, defensif dan tak boleh dipertahankan, kata peguam N Surendran.
Beliau merujuk penghakiman bertulis bertarikh 11 April oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Fitnah II yang mengkritik keputusan untuk membenarkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang, sebaliknya menerima bukti Saiful dan mendakwa pembelaan Anwar tidak berwibawa.
"Pengadilan ini tidak boleh disokong dari sudut undang-undang dan fakta. Secara dasarnya pincang dari awal hingga akhir," kata Surendran dalam kenyataannya.
Katanya, tidak pernah sebelum ini seseorang hakim 'keluar dari lingkungan kes' dengan mengatakan bahawa' rayuan akan ditolak dengan serta-merta'.
Jelas Surendran, pandangan hakim itu muncul sebagai respon defensif kepada kritikan luas masyarakat, termasuk satu usul mencela hakim yang dibawa ke Dewan Rakyat terhadap tiga hakim tersebut minggu lalu.
"Tidak sesuai untuk hakim bertindak balas terhadap kritikan kelakuan mereka dengan cara sebegitu.
"Pengadilan dalam satu kes jenayah mesti berdepan dengan fakta dan undang-undang kesdan bukannya hal-hal asing.
Read More / Baca Lagi >>

Pernahkah anda dengar Karpal marah Liong Sik?

Posted: 18 Apr 2014 07:19 PM PDT

Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan mendiang Karpal Singh sebagai pelajar yang suka main-main dan selalu gagal dalam peperiksaan.
  
Dr Ling yang tinggal sebilik dengan Karpal di asrama pada awal 1960-an berkata mereka bersama-sama menuntut di Universiti Malaya di Singapura.
  
"Kami menginap di asrama yang sama di Dunearn Road di Singapura dan saya mengingati beliau sebagai seorang pelajar nakal yang selalu gagal dalam peperiksaan.
  
"Semasa saya menjadi presiden kesatuan pelajar, Karpal masih di semester satu sebagai anggota jawatankuasa," kata beliau kepada pemberita sebelum memberi penghormatan terakhir
kepada Karpal di George Town semalam.
  
Beliau berkata, pada suatu ketika, Karpal bertekad untuk lulus semua kertas peperiksaan dan memperoleh ijazah untuk menjadi peguam yang dihormati dan beliau telah membuktikannya.
  
Ketika ditanya mengenai persahabatannya dengan Karpal, Dr Ling berkata kedua-dua mereka menjalin "hubungan rapat secara senyap" memandangkan mereka menyertai parti politik yang berbeza selepas memperoleh ijazah.
  
"Pernahkah anda mendengar Karpal memarahi Liong Sik atau saya memarahi Karpal. Tidak, kami tidak pernah memarahi satu sama lain di sebalik berbeza fahaman politik. Saya hanya memarahi DAP dan beliau cuma memarahi MCA.
  
"Saya amat merasai kehilangan Karpal dan negara juga kehilangannya," kata bekas menteri pengangkutan itu yang kelihatan sebak apabila menceritakan mengenai kawan lamanya.
    

Read More / Baca Lagi >>

Karpal peguam yang berani, tetapi sentiasa profesional, kata bekas peguam negara Abu Talib

Posted: 18 Apr 2014 07:17 PM PDT


Poster gambar-gambar mendiang Karpal Singh dengan jambakan bunga di rumah Karpal di Jalan Utama, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014.  
Poster gambar-gambar mendiang Karpal Singh dengan jambakan bunga di rumah Karpal di Jalan Utama, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014. 

Karpal Singh disifatkan sebagai seorang peguam yang berani serta ahli politik yang melakukan apa yang dipercayai betul di dalam rangkaian sistem, bukannya menganggap dirinya lebih tinggi daripada undang-undang, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman dalam penghormatan terakhir beliau kepada peguam veteran itu.
Abu Talib yang beberapa kali bertelagah dengan Karpal dalam menjalankan tugasnya sebagai timbalan pendakwa raya kanan atau peguam kanan persekutuan, mengatakan pemimpin veteran DAP itu menggunakan mahkamah dan perlembagaan untuk menyampaikan pendapatnya tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Beliau tidak membantah dengan cara jalanan," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider apabila ditanya tentang peguam yang meninggal ketika berumur 73 tahun dan bekas pengerusi nasional DAP itu yang maut dalam kemalangan lebuhraya pada awal pagi Khamis lepas.
Abu Talib yang merupakan peguam negara antara tahun 1980 dan 1993 berkata walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pandangan MP Bukit Gelugor itu, beliau sentiasa bertindak dengan penuh keyakinan.
Karpal juga membuktikan bahawa perubahan boleh dibawa untuk manfaat rakyat dengan cara yang aman dan forum yang sesuai, tambahnya.
Abu Talib, 75, menyifatkan hubungannya dengan Karpal sebagai sesuatu yang profesional sepenuhnya.
"Kami kenal satu sama lain di dalam mahkamah walaupun berada di pihak yang bertentangan," kata Abu Talih.
"Beliau seorang peguam bela yang mempunyai asas yang kuat dalam undang-undang. Beliau sangat agresif semasa soal siasat dan seringkali meninggikan suara, tetapi itulah sifatnya," katanya.
Abu Talib berkata peguam veteran itu menyediakan dan menyampaikan kesnya dengan baik dan apabila menentang Karpal, beliau perlu bersedia dengan cara yang sama.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Parlimen BN Langkawi hina Karpal lagi, samakan beliau dengan Abu Jahal

Posted: 18 Apr 2014 07:15 PM PDT


Gambar cetakan pada Facebook ahli parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad dan Shamsul di mana Nawawi mendakwa Karpal sama dengan Abu Jahal. – Gambar diambil dari Facebook, 19 April, 2014. Gambar cetakan pada Facebook ahli parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad dan Shamsul di mana Nawawi mendakwa Karpal sama dengan Abu Jahal. – Gambar diambil dari Facebook, 19 April, 2014. Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang dikritik ramai gara-gara menghina mayat Karpal Singh di akaun Facebooknya pada hari kematian Karpal, semalam sekali lagi mengulangi perbuatan itu, dan kali ini menyamakan peguam terkenal itu dengan "Abu Jahal".
Seorang pengguna Internet, Shamsul Kamal Ariffin Mohd Nasir, 42, mendakwa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu mengeluarkan kenyataan menghina Karpal walaupun dilaporkan sudah menarik balik kenyataannya.

"Saya membuat komen di laman Facebooknya hari ini (semalam) untuk menegur perbuatannya yang tidak bertamadun dan memalukan orang Islam. Berlaku pertikaian pendapat antara kami yang berterusan apabila beliau menghantar pesanan peribadi kepada laman sosial saya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau yang bekerja sebagai pelatih korporat di syarikat swasta berasa terkejut apabila Nawawi tanpa rasa bersalah menyifatkan perbuatannya menghina ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai mengagungkan Islam.
"Nawawi berkata tidak kesal dengan perbuatannya itu kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila saya menyatakan kepadanya perbuatan itu bukan sahaja melemahkan Umno dan BN, malah menyebabkan kebencian rakyat terhadap parti itu makin bertambah," kata Shamsul.
Semalam sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama,  he he," tulis Nawawi di akaun "Dato Ir Nawawi Ahmad", merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh".
Selain itu, Shamsul berkata Nawawi turut menyamakan Karpal Singh dengan musuh Nabi Muhammad, Abu Jahal.
"Ketika Abdullah Massud, sahabat nabi dimaklumkan mengenai kematian Abu Jahal, baginda  bersyukur panjang. Bagi saya, Karpal Singh setara dengan Abu Jahal," tulis Nawawi.
Shamsul berkata, beliau menyelar kenyataan Nawawi itu yang menyamakan Karpal dengan Abu Jahal dengan mempertikaikan apa haknya untuk melabel manusia.
Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Nawawi tidak menggambarkan kebijaksanaan seorang pemimpin, tambahan lagi apabila dia memberitahu Nawawi bahawa mendiang mempunyai keluarga.
Justeru, perbuatan memperlekehkan orang yang baru meninggal dunia adalah tidak patut.
"Tidak poke fun, tapi tetapi real agenda, saya pun ada anak isteri, so what.. .terpulang kalau you hendak kutuk hak you, orang yang tidak tahu malu adalah hak peribadi, you (Shamsul) saya tidak jenis apa yang suka kacau orang," katanya.
Pertikaian dengan Nawawi berakhir apabila ahli Parlimen itu bertindak membuang namanya dalam senarai rakan Facebooknya.
"Ia amat bertentangan dengan apa yang beliau katakan pada awal yang tidak kisah sesiapa menyatakan perasaaan tidak puas hati kepadanya dan tidak akan menyekat orang tersebut daripada memberi komen di laman Facebooknya," kata Nawawi.
Semalam selepas mendapat kecaman hebat ekoran perbuatanya itu, kira-kira tiga jam memuat naik komennya yang didakwa menghina itu, Nawawi bertindak memadamkan tulisan dan gambar tersebut.
Ketika ditanya, beliau tidak menafikan perbuatanya itu dengan menegaskan anggapan Facebook sebagai tidak rasmi selain tidak serius.
"Malah, apa yang saya tulis itu saya tidak sangka hendak jadi viral pula. Kalau saya hendak buat kenyataan rasmi sudah tentu ayat yang disusun sangat berhati-hati," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Malaysiakini.
Hari ini dalam status terbarunya, beliau menulis "Pepatah Melayu berkata, kerana pulut santan basi, zaman ini kerana Facebook kita kena, haiyya," dipercayai merujuk kepada situasi dirinya.

Hudud: Bukan potong tangan semata-mata

Posted: 18 Apr 2014 07:11 PM PDT

Zaharuddin Abdul Rahman SHAH ALAM - Pelaksanaan hukum hudud boleh mengurangkan statistik jenayah berdasarkan pengalaman di negara-negara yang melaksanakan undang-undang tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa dan Pendakwah Malaysia (Murshid) Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata melalui hudud, masyarakat akan disedarkan bahawa hukuman bukan sekadar memotong tangan, bahkan ada kebaikannya di sebaliknya.

"Hukum hudud bukan sahaja terhad kepada jenayah berat kerana ia turut melibatkan undang-undang rumah tangga, kewangan, kemasyarakatan.

Jika dilaksanakan ia menjadikan masyarakat berada di puncak kebaikan.

"Kekuatan Islam akan terungkai apabila melaksanakan hukumnya. Kesempurnaannya juga dapat ditonjolkan dengan teratur," katanya, semalam.

Katanya, stigma potong tangan tidak lagi menjadi ketakutan masyarakat apabila melaksanakan hudud kerana proses untuk menjatuhkan hukuman tidak semudah itu.

"Kalau penerangan jelas, orang akan ambil tahu. Tapi kalau ada juga yang melakukan jenayah, itu adalah orang yang paling jahat.

Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Mahathir ingat semua orang Islam suka mencuri macam dia

Posted: 18 Apr 2014 05:51 PM PDT

Tun Mahathir sekali lagi mengukapkan pendapat yang sangat 'jahil' tentang Islam. Semasa mengulas hasrat Kelantan untuk bentang hukum hudud di Parlimen, Tun Mahathir berkata hasrat ini perlu diteliti dengan lebih mendalam.

Katanya lagi jika orang Islam dihukum potong tangan dan orang bukan Islam hanya dipenjara 12 bulan, lama-lama orang Islam di Malaysia tak ada tangan.

Kenyataan Tun Mahathir seolah-olah mencuri adalah suatu perkara rutin dan hobi.. Dia ingat semua orang Islam di Malaysia ini suka mencuri macam dia boleh mencuri harta rakyat bagi mengemukkan anak beranak dia. Tak hairanlah anak dia boleh jadi antara orang terkaya di Malaysia. Apakah anak dia sangat istimewa dan mewarisi kekayaan daripada datuk nenek dia?

Saya bukan bercakap pasal kenyataan Tun zaman dulu semasa dia jahil tukir!.. Tapi sekarang dah nak mati masih bercakap perkara yang sama. Tak ada yang menegur malah cerdik pandai agama dalam UMNO masih membisu macam lembu kenyang!


Kalau dulu semasa negara mengalami krisis Tun bangga dalam penulisan memori hidupnya kononnya dia study tentang ekonomi sehingga berjaya mengekang mata wang tapi saya lihat dia masih bodoh dan jahil dalam agama.Read More / Baca Lagi >>

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Posted: 18 Apr 2014 05:40 PM PDT


Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas

Posted: 18 Apr 2014 05:40 PM PDT


Hudud: Jenayah terhadap negara (masyarakat) atau Tuhan?

Posted: 18 Apr 2014 05:25 PM PDT

Rizuan Abdul Hamid

Jenayah terhadap Tuhan
Apa itu jenayah (kategori) hudud? Apa pula batas-batas yang telah ditentukan Allah? Apa pula maksud "jenayah terhadap Tuhan" (crime against God)? Persoalan-persoalan mengenai hudud wajar diwacana secara kritis dan terbuka demi kefahaman awam dan kefahaman orang-orang Islam sendiri.
Ditegaskan bahawa yang ingin penulis sentuh di sini ialah berkenaan "jenayah kategori hudud" dan bukannya "jenis hukuman hudud" (seperti rotan dan rejam). Untuk membincangkan jenis hukuman hudud, ia memerlukan perbincangan lain.
Di dalam konsep dan falsafah hubungan antara negara dan undang-undang moden yang dibangunkan oleh Barat, negara adalah manifestasi masyarakat (sivil) dan bukannya manifestasi agama atau Tuhan. Maka mana-mana hukum yang berasaskan agama tidak boleh dilaksanakan di dalam sesebuah negara. Undang-undang di dalam sesebuah negara harus bersifat sekular.
Ini kerana hukum agama dinilai cuma merangkumi urusan jenayah terhadap Tuhan dan bukannya jenayah terhadap masyarakat atau negara. Konsep jenayah terhadap Tuhan ini dibangunkan oleh para sarjana Barat atas penelitian terhadap konsep hukuman atas kesalahan yang disenaraikan di dalam kitab Taurat.
Konsep jenayah terhadap Tuhan membawa konotasi kesalahan yang dilakukan oleh para penganut yang melanggari dan mengingkari perintah Tuhannya. Ia tidak membezakan kesalahan peribadi kepada Tuhan (dosa) dan jenayah terhadap masyarakat. Inilah telahan umum para sarjana Barat.
Antara contoh jenayah terhadap Tuhan yang dikenakan hukuman ialah kesalahan sihir dan kufur (blasphemy) terhadap Tuhan yang dikenakan hukuman rejam sampai mati (rujuk Leviticus 20:27 & Leviticus 24:16). Namun banyak juga kesalahan yang tidak dinyatakan jenis hukuman secara khusus.
Untuk membicarakan perkara ini lebih lanjut, maka selayaknya ia dibicarakan oleh para sarjana al-kitab (Taurat dan Injil) serta pakar-pakar falsafah perundangan moden.
Jenayah terhadap masyarakat dalam interpretasi Islam
Di dalam Islam, sebermula lagi ia telah menggariskan perbezaan antara perkara yang bersifat peribadi dan bersifat awam, antara urusan agama dan urusan dunia serta perkara ibadat dan perkara muamalat. Islam telah membezakan perkara-perkara yang harus ditangani secara thawabit (tetap) dan yang mutaghaiyirat (luwes).
Maka dalam isu hudud juga, Islam membezakan antara ruang peribadi dan ruang awam. Hudud bermaksud batas-batas yang telah ditetapkan. Perkataan hudud berasal daripada perkataan "hadd". Istilah "hududullah" (batas-batas yang ditetapkan Allah) beberapa kali disebutkan di dalam Al-Quran menerusi beberapa surah antaranya An-Nisa' ayat 13 dan 14 dan Al-Baqarah 187.
Tetapi istilah "hududullah" tersebut adalah ketentuan-ketentuan umum mengenai batas-batas syariat. Manakala ayat-ayat mengenai hukuman hudud secara spesifik seperti hukuman potong tangan (bagi pencuri) atau hukuman rotan (bagi penzina) tidak dimasukkan secara khusus di dalam ayat-ayat tersebut, tetapi dikisahkan di dalam ayat-ayat yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Puteri Umno sokong laksana hudud

Posted: 18 Apr 2014 05:22 PM PDT

    Mas Ermieyati Samsudin
SHAH ALAM - Pergerakan Puteri Umno hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap perlaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau konsisten untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud kerana berpandangan bahawa hudud sememangnya satu undang-undang yang baik oleh itu baginya, tiada sebab untuk beliau menolak perlaksanaan tersebut.

"Saya untuk makluman sejak dari awal dahulu saya memang menyokong hukum hudud, semasa saya belajar di Universiti, iaitu ketika di UKM tahun 1994, ketika soalan ini diajukan kepada saya, saya telah menyatakan bahawa saya menyokong hukum ini, kerana saya percaya hukum ini merupakan hukum yang baik jadi ianya tidak menimbulkan masalah.

"Cuma dari segi perlaksanaannya kita  kena ambil kira sebab kita berbilang kaum dan bercampur," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Tidak perlu khuatir dengan hudud

Posted: 18 Apr 2014 05:20 PM PDT

Hudud
SHAH ALAM - Kekhuatiran sesetengah pihak bagi pelaksanaan hukum hudud tiada asasnya kerana undang-undang itu menjamin keadilan dan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perkara itu berlaku kerana masyarakat hanya melihat kepada hukuman, bukannya keadilan yang diangkatnya.

"Kalau kita tahu apa prinsip-prinsip hukum mencuri, tidaklah jika mencuri RM10 sudah boleh dijatuhkan hukuman potong tangan. Ia akan mengambil kira sebab individu itu mencuri, mungkin ia berada dalam kebuluran.

"Tapi kalau itu merupakan puncanya, hukum hudud tidak akan dilaksanakan ke atasnya, mungkin dihukum berdasarkan undang-undang mahkamah sekarang, dipenjara atau sebagainya," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Kata beliau, keraguan itu perlu dihapuskan kerana hudud bukan bersifat menghukum semata-mata tetapi ia akan memberikan pengajaran yang berguna memandangkan undang-undang itu memerlukan pembuktian yang terlalu tinggi.
"Kalau jenayah mengikut undang-undang sivil, pendakwaan perlu bukti melampaui keraguan munasabah, tapi kalau dapat pembuktian balik bagi keraguan munasabah, ia tidak boleh sabit.

Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Beza pendapat tidak halang kerjasama

Posted: 18 Apr 2014 05:18 PM PDT

khairudin 
KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan hukum hudud adalah perjuangan Pas sejak sekian lama dan perbezaan pendapat antara rakan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menghalang kerjasama antara sekutu parti itu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, apa yang perlu difahami ialah konsep PR itu sendiri adalah persefahaman antara tiga perkara utama.

Antaranya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya, menentang kezaliman dan alternatif dalam menentang Umno dan BN.

"Berbeza dengan pelaksanaan undang-undang hudud ini, ia adalah perjuangan Pas sejak sebelum gabungan PR itu sendiri. Sebagaimana Pas, PKR dan DAP juga mempunyai perjuangan masing-masing.

"Dalam hal ini, kita tetap meneruskan perjuangan kita sejak sekian lama dan perbezaan pendapat mengenai perjuangan antara parti tidak akan menghalang untuk kita bekerjasama," katanya, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyatakan kesediaannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya 2015.

Bagaimanapun media melaporkan, DAP bertegas, 38 ahli parlimen parti itu menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun ini.

Read More / Baca Lagi >>

Hudud di Kelantan tidak cabul persefahaman Pakatan

Posted: 18 Apr 2014 05:17 PM PDT


KEMAMAN: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan kerajaan negeri itu untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah termasuk hukum hudud tidak mencabul persefahaman dalam Pakatan Rakyat.

Ini, katanya kerana Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah II negeri itu sebelum wujudnya Pakatan Rakyat.

Lagipun tambahnya, apa yang diusahakan oleh Kelantan itu adalah untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri berkenaan bukannya di Malaysia.

"Kita (Kelantan) tidak cabul perjanjian Pakatan Rakyat, benda ni (hudud) sebelum Pakatan mari," ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik, malam tadi.

Turut berceramah ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Brunei Pertahan Hudud, Mahathir Pertahan Sekular Halang Hudud

Posted: 18 Apr 2014 05:13 PM PDT

Sultan Brunei jawab kritikan PBB atas pelaksanaan hukum hudud

BRUNEI DARUSSALAM- Ketua negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah menangkis kritikan antarabangsa berhubung pelaksanaan hukum hudud di negaranya dan menafikan bahawa tindakan itu satu langkah ke belakang.

Laman web, Mail Online melaporkan Mac lalu, Sultan Hassanal bertitah, semua bangsa perlu bersatu di bawah undang-undang syariah dan baginda menyifatkan kod panel baharu itu merupakan kejayaan besar Brunei.

Hukum hudud yang memperuntukkan hukuman sebat dan rejam sehingga mati bagi kesalahan tertentu, mula dilaksanakan bulan ini.

Sultan Hassanal turut bertitah, pihak luar perlu menghormati sebarang keputusan Brunei sama seperti negara ini menghormati keputusan pihak lain.

Kelmarin, jurucakap Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rupert Colville mengkritik pelaksanaan hukum hudud oleh Brunei yang dianggap menyalahi undang-undang antarabangsa.

Jelas Colville, pihaknya memandang serius pelaksanaan undang-undang Islam tersebut yang turut memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan seperti merogol, berzina dan meliwat.

Colville berkata, negara Islam itu sepatutnya tidak melaksanakan langkah tersebut kerana undang-undang antarabangsa menyatakan hukuman rejam sehingga mati misalnya dikategorikan sebagai kejam dan penyeksaan serta tidak berperikemanusiaan, sekali gus diharamkan di bawah perjanjian-perjanjian hak asasi manusia.

Brunei tidak melaksanakan hukuman mati sejak 1957 dan turut mengharamkan penjualan serta pengambilan minuman keras dalam kalangan penduduk Islam negara ini. -nmp


SULTAN BRUNEI ISYTIHAR LAKSANA HUKUM HUDUD

Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.

"Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Najib Perlu Segera Jauhi Species Seperti Zulkifli Noordin

Posted: 18 Apr 2014 05:10 PM PDT

Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin rupanya bukanlah seorang yang mahu mengakui kesilapan serta mudah mengungkapkan kata-kata maaf atas keterlanjuran perbuataannya. Setelah tindakannya menulis di twitter sesuatu yang tidak wajar mengenai kematian Karpal Singh dan ditegur oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau nampaknya bukan saja tidak mahu mengalah, malah seolah-olah beliau tidak pernah melakukan kesilapan sebelum ini.

Di ketika semua pihak, termasuk Najib sendiri menunjukkan sikap terpuji dan merasakan kehilangan atas pemergian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya, Zulkifli terus angkuh dengan menempelak pula KJ yang bertindak betul menegur dan menyuruhnya diam akibat kenyataannya yang keterlaluan itu.

Sebaik kematian Karpal Singh, Zulkifli menulis di twitter yang memberi gambaran seolah-olah Allah sengaja mematikan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu untuk memberi laluan kepada Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Ini berikutan Karpal sebelum ini menentang perlaksaan hukum itu dengan keras sambil memberi amaran "langkah mayat saya dulu" jika mahu hukum Islam itu dilaksanakan.

Komen Zulkifli yang dianggap keterlaluan, tidak sesuai dengan suasana keluarga Karpal yang sedang dalam kesedihan dan cuba mempolitikkan kematian tokoh DAP itu, bukan saja dikecam oleh banyak pihak, termasuk menteri dan komponen BN sendiri, tetapi KJ adalah yang paling awal dan lantang mengkritik bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu itu.

KJ tidak saja mendesaknya agar diam tetapi juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau malu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Zulkifli itu, lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi calon BN di Shah Alam dalam pilihanraya lalu dan seterusnya menyatakan tidak seharusnya dipilih sebagai calon lagi dalam mana-mana pilihanraya selepas ini.

Read More / Baca Lagi >>

‘Terima kasih harimau Jelutong’ bergema di Dataran Merdeka

Posted: 18 Apr 2014 05:07 PM PDT



Orang ramai memberi penghormatan terakhir pada 'Malam Peringatan Mendiang Harimau Rakyat' bagi Karpal Singh di Dataran Merdeka semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 April, 2014.  
Orang ramai memberi penghormatan terakhir pada 'Malam Peringatan Mendiang Harimau Rakyat' bagi Karpal Singh di Dataran Merdeka semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 April, 2014.
"Terima kasih harimau Jelutong"' berkumandang di udara apabila dilaungkan oleh kira-kira 150 yang hadir pada malam memperingati Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.
Meskipun setengah hadirin yang hadir pada malam itu mengakui tidak pernah mengenali atau bercakap dengan ahli politik veteran itu, kehilangan pemimpin hebat itu bagaimanapun amat dirasai.
Bagi Surenjeet Singh, kehadirannya adalah mewakili sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berduka mengenai kehilangan pemimpin tersohor itu.
"Perasaan itu seperti kita kehilangan ahli keluarga kita sendiri, dan ia dirasai oleh semua bahawa beliau merupakan pemimpin hebat.
"Dan paling saya kesal apabila saya tidak sempat untuk mengenali beliau, bagaimanapun kita semua tahu bahawa setiap perkataan yang keluar daripada mulut pemimpin itu menunjukkan keperibadiannya," katanya penuh hiba.
Manakala Fellow Institut Pulau Pinang, Dr Wong Chin Huat yang turut tampil berucap pada program itu juga dilihat tidak dapat menahan sebaknya.
Beliau berkata sepanjang tempoh dua bulan ini, rakyat Malaysia menyaksikan kehilangan tokoh yang juga rakan beliau seperti mendiang Irene Fernandez dan juga penulis blog politik terkenal Bernard Khoo atau lebih dikenali sebagai Zorro.
"Karpal sepanjang hidupnya hinggalah saat terakhir beliau tidak pernah berhenti berjuang, dan saya amat berterima kasih kerana Malaysia mempunyai pemimpin yang hebat.
‎Wong berkata dengan pemergian Karpal yang turut dikenali sebagai 'Harimau Jelutong' itu akan membangkitkan kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk meneruskan ‎apa yang diperjuangkan pemimpin itu.
"Sepanjang hayat beliau tidak pernah berhenti untuk memperjuangkan hak asasi untuk mereka yang tertindas .
Read More / Baca Lagi >>

Karpal sumber inspirasi, pelajar undang-undang nyalakan lilin tanda kenangan

Posted: 18 Apr 2014 05:06 PM PDT



Orang ramai turut serta dalam acara perhimpunan nyalaan lilin sebagai penghormatan kepada mendiang Karpal Singh di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 18 April, 2014. 
Orang ramai turut serta dalam acara perhimpunan nyalaan lilin sebagai penghormatan kepada mendiang Karpal Singh di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 18 April, 2014.Sekumpulan pelajar undang-undang kolej swasta di Pulau Pinang mengadakan upacara peringatan dengan menyalakan lilin di Padang Kota Lama sebagai tanda kenangan kepada tokoh peguam hebat, Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan.
Karpal menjadi sumber inspirasi kepada pelajar tahun pertama undang-undang tersebut, menyifatkannya sebagai tokoh undang-undang yang disegani.
"Beliau adalah peguam yang menjadi sumber inspirasi saya," kata Delbinder Singh, 23, yang juga anak buah kepada Karpal kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu disegani lawan dan rakan sebagai seorang peguam hebat, selain dianggap sebagai tokoh politik yang lantang dan berpendirian tegas.
Dalbinder Singh tidak dapat menahan kesedihan elepas berkongsi pengalaman peribadi dengan Karpal Singh dalam acara perhimpunan nyalaan lilin bagi menghormati mendiang di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, malam ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 18 April, 2014.Dalbinder Singh tidak dapat menahan kesedihan elepas berkongsi pengalaman peribadi dengan Karpal Singh dalam acara perhimpunan nyalaan lilin bagi menghormati mendiang di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, malam ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 18 April, 2014."Kalau saya baca sejarah perjalanan beliau menjadi peguam, ia menjadikan saya lebih bersemangat untuk mengikut jejak langkah beliau," kata Delbinder.
Nyalaan lilin diletakkan di sekeliling kain rentang tertulis "Karpal, Tiger of Jelutong: 1940-2014" dan mereka berdiri mengelilinginya.
Beberapa peminat dan penyokong Karpal yang hadir dalam majlis tersebut juga kelihatan menitiskan air mata mengenangkan pemergian pemimpin kesayangan rakyat Pulau Pinang tersebut.
Delbinder kemudian mengimbau kembali kisah yang berlaku pada November 2011, dimana beliau diajak Karpal menemaninya pulang ke Kuala Lumpur bagi menziarahi jiran yang meninggal dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Bakar bilik disiplin

Posted: 18 Apr 2014 04:59 PM PDT

Klang: Bilik disiplin sebuah sekolah menengah di Kapar di sini, hampir musnah dalam kebakaran sejurus individu tidak dikenali melontarkan satu objek ke arah premis berkenaan dipercayai bermotifkan khianat, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, bilik guru disiplin yang terletak di tingkat bawah dikatakan tiba-tiba terbakar sebelum disedari pengawal keselamatan bertugas pada malam kejadian.
Difahamkan, sebaik menyedari kehadiran api di bilik berkenaan, pengawal keselamatan bergegas masuk dan memadam api bagi mengelak merebak dan memusnahkan kawasan berhampiran.

Menurut sumber, ketika kejadian pengawal keselamatan berkenaan melihat tiga motosikal dinaiki enam individu menghampiri sekolah berkenaan sebelum terdengar bunyi sesuatu.
FotoDUA pelajar melintasi bilik disiplin yang menjadi sasaran kumpulan bermotosikal, semalam.

"Sebaik melihat motosikal dinaiki kumpulan itu menghampiri pagar sekolah, dia (pengawal keselamatan) ternampak ada antara pemboncengnya membaling objek ke arah bilik disiplin yang terletak tidak jauh dari pagar berkenaan.

"Lontaran objek itu menyebabkan tingkap bilik disiplin itu yang pecah sebelum berlaku kebakaran kecil membabitkan buku dan meja di bilik itu. Pengawal berkenaan sudah membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT