Jumaat, 14 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Teori rampasan MH370, niat guna pesawat untuk ‘tujuan jahat’, kata pegawai Amerika

Posted: 14 Mar 2014 07:17 PM PDT



Kapal misil pemusnah Amerika Syarikat digerakkan ke Lautan Hindi selepas kawasan pencarian diperluaskan dalam operasi mengesan pesawat MH370. Gambar fail.Kapal misil pemusnah Amerika Syarikat digerakkan ke Lautan Hindi selepas kawasan pencarian diperluaskan dalam operasi mengesan pesawat MH370. Gambar fail.Dengan bukti menunjukkan pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER yang hilang masih utuh, pegawai Amerika Syarikat tidak menolak kemungkinan bahawa penerbangan MH370 diterbangkan ke satu tempat rahsia supaya ia boleh digunakan di kemudian hari.
Tiada sebarang kesan atau serpihan ditemui di darat atau laut dapat dikaitkan dengan pesawat yang membawa 239 orang yang hilang dalam penerbangan ke Beijing Sabtu lalu.
"Saya sangat berminat untuk menyelesaikan misteri ini supaya kita dapat menolak kemungkinan, walaupun kecil bahawa pesawat ini boleh digunakan untuk tujuan jahat terhadap kita pada masa akan datang,"ABC News memetik pegawai Amerika sebagai berkata.
Pegawai itu berkata, "semua aset perisikan kita" sedang digunakan untuk menyelesaikan perkara ini.
Penyiasat yang sedang mencari pesawat penumpang MAS itu berkata, mereka tidak boleh menolak kemungkinan rampasan dan sedang melihat sama ada salah seorang juruterbang pesawat atau anak-anak kapal terlibat.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata semalam bahawa penyiasat tidak tahu apa yang berlaku kepada pesawat itu walaupun sudah seminggu dicari secara besar-besaran.
Para pegawai Amerika yang diberi taklimat mengenai siasatan diyakinkan bahawa pesawat itu terus menghantar isyarat "ping" kepada satelit lama selepas transponder berhenti menghantar isyarat dan hilang daripada radar.

Pegawai memberitahu ABC News bahawa dua daripada sistem komunikasi pesawat dimatikan secara berasingan dan ia dilakukan secara manual.
"Terdapat empat atau lima kemungkinan yang kita sedang teroka," kata Hishammuddin pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.
"Ia boleh jadi dilakukan dengan sengaja. Ia boleh dilakukan dalam keadaan terpaksa. Ia juga boleh berlaku kerana letupan. Sebab itu saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Kami sedang meninjau semua kemungkinan," katanya.
Ketika ditanya penyiasat sedang mengkaji sama ada salah seorang daripada dua juruterbang pesawat atau anak kapal terlibat dalam apa jua yang terjadi kepada pesawat itu, beliau berkata:"Kami sedang melihat kemungkinan itu."
"Siasatan ke atas juruterbang sedang dijalankan," katanya menjawab soalan media, tetapi berkata mereka belum lagi menyiasat rumah mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya menambah kepada spekulasi bahawa kehilangan pesawat adalah hasil daripada plot bukannya bencana kegagalan sistem pesawat udara.
"Kami tidak boleh mengesahkan tidak ada rampasan.
"Seperti yang saya katakan dari awal, dan saya amat konsisten, kita melihat semua kemungkinan," katanya.
Jet penumpang berusia 11 tahun itu hilang awal pagi Sabtu lalu, kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing. Ia hilang daripada radar pada 01:30 waktu tempatan.
Selepas mencari di timur Semenanjung Malaysia di Teluk Thailand dan Laut China Selatan, banyak perhatian kini beralih beratus-ratus batu ke barat iaitu di Selat Melaka dan Lautan Hindi.
Pegawai percaya ia mungkin diterbangkan ke barat kerana radar tentera Malaysia mengesan isyarat selepas pesawat itu hilang dan mereka percaya ia mungkin pesawat MH370.
"Saya akan menjadi orang yang paling gembira jika kita boleh mengesahkan bahawa (radar tentera blip) adalah MH370 kerana kita boleh menggerakkan semua aset kita ke Selat Melaka.
"Tetapi buat masa ini kita tidak boleh berbuat demikian," kata Hishammuddin semalam.
Penyiasat cuba untuk mengumpulkan data daripada satelit yang mempunyai isyarat 'ping' oleh pesawat yang hilang dengan harapan ia boleh membantu dalam menentukan kedudukan akhir pesawat.
Pegawai Vietnam menambahkan butir terperinci kepada misteri pesawat semalam dengan memberitahu ABC News apabila MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan gagal berhubung dengan pengawal trafik udara Vietnam, Vietnam meminta pesawat lain di kawasan itu yang menuju ke Jepun untuk menghubungi MH370.
Pesawat ke Jepun itu melaporkan kepada pengawal Vietnam MH370 hanya memberikan "isyarat buzz" kembali, tetapi tidak ada suara. Dan kemudian isyarat itu mati begitu sahaja.
Kementerian Luar Negeri Vietnam tidak memberitahu bila komunikasi itu berlaku.
Sumber memberitahu Reuters semalam bahawa siasatan memberi tumpuan lebih kerana penerbangan itu disyaki sengaja ditukarkan arah, kerana bukti terakhir menunjukkan ia di sekitar kepulauan Andaman.
Dalam penerangan lebih terperinci melalui radar tentera yang dibuat secara terbuka, dua sumber memberitahu Reuters pesawat tidak dikenali disyaki sebagai MH370 didapati melalui laluan yang biasa digunakan apabila ia kali terakhir dikesan pada awal hari Sabtu, di barat laut Malaysia.
Penerbangan menuju ke Laut Andaman dan ke arah Teluk Bengal - hanya mungkin dibuat secara sengaja, sama ada dengan memandu jet Boeing 777-200ER secara manual atau dengan auto-pilot.
Sumber penyiasatan ketiga pula berkata, penyiasatan memberi tumpuan lebih kepada teori seseorang yang tahu bagaimana untuk memandu kapal terbang sengaja mengarahkan penerbangan itu beralih ke beratus-ratus batu di luar laluan Kuala Lumpur ke Beijing.
"Apa yang kita boleh katakan adalah kami sedang melihat ia disabotaj, dengan rampasan masih menjadi keutamaan," kata sumber itu, seorang pegawai kanan polis Malaysia.
Sebagai salah satu misteri yang paling membingungkan dalam sejarah moden penerbangan yang tidak dapat diselesaikan selepas hampir seminggu, bukti radar terkini selaras dengan perkembangan pencarian pesawat ke barat Malaysia, mungkin sejauh Lautan Hindi.
"Ia pemahaman saya berdasarkan beberapa maklumat baru yang tidak semestinya muktamad - tetapi maklumat baru - satu carian tambahan kawasan boleh dibuka di Lautan Hindi," kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney kepada pemberita di Washington.
Carney tidak menyatakan jenis maklumat yang baru itu.
Satelit mengesan denyutan elektronik pesawat selepas ia hilang pada Sabtu, tetapi tidak memberi sebarang isyarat segera maklumat tentang ke mana arah tuju jet dan keadaannya, kata dua sumber yang rapat dengan siasatan tersebut pada hari Khamis.
Pakar AS masih memeriksa data untuk melihat jika apa-apa maklumat tentang lokasi terakhir boleh diambil, kata sumber yang rapat kepada siasatan kepada Reuters.
Isyarat "ping" menunjukkan sistem penyelesaian masalah penyelenggaraannya dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit, menunjukkan pesawat sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas kehilangan hubungan dengan pengawal trafik udara.
Sistem ini menghantar ping itu kira-kira sejam sekali, menurut sumber, yang berkata lima atau enam kali. Bagaimanapun, ping sahaja tidak akan memberikan sebarang bukti bahawa pesawat itu di udara atau di atas tanah, kata mereka.
Ketua tentera udara Malaysia, Tan Sri Rodzali Daud berkata pada Rabu pesawat yang mungkin kapal terbang yang hilang diplotkan pada radar tentera di 2:15, 320 km barat laut Pulau Pinang yang berada di luar pantai barat Malaysia.
Kedudukan ini menunjukkan had radar tentera Malaysia di negara ini, kata sumber keempat yang biasa dengan siasatan kepada Reuters.
Malaysia berkata, ia meminta bantuan negara jiran untuk mendapatkan data radar mereka, tetapi tidak mengesahkan menerima sebarang maklumat. Indonesia dan pihak berkuasa Thailand berkata pada Jumaat, mereka masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Malaysia mengenai data radar itu.
Hakikat bahawa kapal terbang - jika ia adalah MH370 - terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara dan tidak dapat dilihat melalui radar awam menunjukkan seseorang di atas kapal itu mematikan sistem komunikasi, kata dua sumber pertama itu.
Mereka juga memberikan butir baru pada arah ke mana hala tuju pesawat yang tidak dikenali itu - berikutan koridor penerbangan yang dikenal pasti pada peta digunakan oleh juruterbang sebagai N571 dan P628 - laluan yang biasa diambil oleh kapal terbang komersial yang terbang dari Asia Tenggara ke Timur Tengah atau Eropah.
Polis Malaysia berkata, mereka sedang menyiasat sama ada mana-mana penumpang atau anak kapal pesawat itu mempunyai masalah peribadi atau psikologi yang mungkin memberi penerangan tentang misteri itu, bersama-sama dengan kemungkinan rampasan, sabotaj atau kegagalan mekanikal.
Kapal dan pesawat kini mencari di kawasan yang luas dan diperluaskan lagi ke kedua-dua belah semenanjung Malaysia dan Laut Andaman.
Tentera Laut Amerika Syarikat menghantar pesawat P-8A Poseidon untuk membantu carian di Selat Melaka, satu selat yang sibuk memisahkan semenanjung Malaysia dengan pulau Sumatera, Indonesia. Mereka  mengerahkan pesawat Tentera Laut P-3 Orion ke kawasan perairan itu.
Pegawai pertahanan AS memberitahu Reuters, Tentera Laut Amerika Syarikat yang dilengkapi peluru berpandu pemusnah, USS Kidd, menuju ke Selat Melaka, selepas diminta oleh kerajaan Malaysia. The Kidd membuat pencarian di kawasan selatan Teluk Thailand, bersama kapal pemusnah USS Pinckney.
India mengerahkan kapal, kapal terbang dan helikopter dari Andaman dan Nicobar, di persimpangan Teluk Bengal dan Laut Andaman, kata seorang jurucakap tentera India, Harmeet Singh pada Jumaat.
Singh berkata, dua pesawat Dornier mencari di daratan Andaman dan Pulau-pulau Nicobar yang berkeluasan 720 km dan 52 km.
China, yang mempunyai lebih daripada 150 rakyat di atas kapal pesawat yang hilang, menggunakan empat kapal perang, empat kapal pengawal pantai, lapan pesawat dan menggunakan 10 satelit di kawasan carian yang luas. Media Cina memberitahu, penggunaan kapal itu sebagai armada menyelamat China terbesar yang pernah digunakan.
Boeing 777 mempunyai rekod keselamatan terbaik berbanding mana-mana pesawat komersial yang sedang dalam perkhidmatan. Hanya kemalangan maut sebelum ini yang berlaku ialah pada 6 Julai tahun lalu apabila Asiana Airlines Penerbangan 214 melanda tembok laut ketika cuba mendarat di San Francisco. Tiga meninggal dunia dalam kejadian itu.

#dimanaMH370 : Data Radar Tunjukkan MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Kepulauan Andaman

Posted: 14 Mar 2014 08:17 AM PDT



Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 5:38 PM

Lokasi terakhir pesawat MH370 dikesan sebelum hilang dari radar.

KUALA LUMPUR: Isyarat radar-pengesan militari menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke Kepulauan Andaman, menurut beberapa sumber yang terlibat dengan siasatan itu, kata Reuters pada Jumaat.
Dua sumber berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai MH370 telah mengikuti arah antara laluan pelayaran - menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang dengan latihan penerbangan - apabila ia kali terakhir dikesan radar tentera di pantai barat laut Malaysia.

Titik akhir pada radar pengesan militari itu menunjukkan pesawat tersebut terbang menuju Kepulauan Andaman di India, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, dapat diketahui dengan mengira longitud dan latitud, yang membantu juruterbang mengemudi arah sepanjang laluan udara yang dihadkan.

Menurut sumber ketiga, siasatan kini fokus kepada teori bahawa seseorang yang tahu bagaimana untuk menerbangkan pesawat tersebut dengan sengaja mengalihkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu, ratusan batu di luar laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat," kata seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Kesemua sumber enggan nama mereka didedahkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media kerana takut akan mengganggu siasatan.

Beberapa pegawai Kementerian Pengangkutan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen - mStar

Bangladesh Sertai Misi Cari MH370

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 10:44 PM
NEW DELHI: Bangladesh menjadi negara terbaharu menyertai misi mencari dan menyelamat MH370, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak awal pagi Sabtu lepas.
"Pesawat peninjau Bangladesh akan berlepas menjelang pagi nanti manakala kapal pula pada esok hari," kata sumber kepada Bernama.
Sumber itu yang tidak mahu identitinya didedahkan turut memberitahu Bangladesh akan mengerahkan semua aset yang boleh ke Malaysia bagi membantu operasi tersebut.
Antara aset terawal Bangladesh yang akan menyertai misi mencari dan menyelamat itu ialah dua pesawat peninjau dan dua kapal perang peronda atau frigat.
"Kami akan memulakan misi di Teluk Benggala dan akan menyelaraskan pencarian di Lautan Hindi dengan tentera laut anda (Malaysia)," katanya.
Difahamkan bantuan daripada Bangladesh itu merupakan inisiatif pejabat Wakil Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan.
Operasi mencari dan menyelamat MH370 pada hari ketujuh membabitkan 57 kapal dan 48 pesawat dari 13 negara. Bangladesh akan menjadi negara ke-14.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 227 penumpang dengan lima daripadanya warga India selain 12 anak kapal dilapor hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu lalu.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - mStar

dollah yankee

dollah yankee


Masih Hilang ...

Posted: 14 Mar 2014 07:06 AM PDT


Bila tanya dekat CIA, dia kata ini semua angkara pengganas, angkara Al'Qaeda. Bila tanya dekat MAS atau DCA, dia kata ini semua belum pasti, belum confirm. Bila tanya dekat tok bomoh, dia kata ini semua angkara jin dan bunian. Bila tanya dekat ahli-ahli politik dari umno/BN, depa kata ini semua angkara konspirasi Anwar Ibrahim dengan yahudi. Baru nak tanya dekat polis, belum apa-apa dia dah kata ini semua spekulasi, jangan dengar. Last-last bila tak tau nak tanya dekat siapa, aku tanya dekat boss tempat aku kerja dan dia jawab... jangan dok sibuk, jangan dok kalut...hang pi buat kerja hang !!!

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Anwar Ibrahim: Kamu Hukum Aku 5 Tahun Penjara, Lagi Kuat Aku Semangat Nak Berjuang

Posted: 14 Mar 2014 08:18 PM PDT

PRK Dun Kajang: Perkauman masih jadi isu utama

Posted: 14 Mar 2014 08:01 PM PDT


Dua calon wanita berbeza kaum daripada BN, Datin Paduka Chew Mei Fun (kiri) dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar fail.Dua calon wanita berbeza kaum daripada BN, Datin Paduka Chew Mei Fun (kiri) dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar fail.Isu bangsa dan kaum sekali lagi hadir dalam politik dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, mungkin berdepan dengan keputusan luar jangkaan.
Barisan Nasional, yang mencipta paradigma komuniti kebangsaaan dengan satu parti untuk setiap bangsa dan setiap orang kepada bangsa-partinya, kini konsep itu dilihat digunakan menentang parti itu sendiri.
Sementara Pakatan Rakyat, yang bangga menjadi parti tanpa mengira bangsa kini menerima sokongan daripada masyarakat Melayu Islam, sedar atau tidak, disebabkan bangsa calonnya.
Pengundi Melayu Islam yang mahu berhenti menyokong BN dikatakan mereka tidak selesa menyokong calon Cina berbanding calon Melayu Islam.
BN meletakkan Datin Paduka Chew Mei Fun daripada MCA untuk menentang calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Aktivis dan pemimpin BN mengesahkan wujud pemikiran sedemikian di kalangan penyokong di Kajang, dan berkata pengundi berkenaan bercadang untuk tidak keluar mengundi pada 23 Mac.
Aktivis Pakatan juga secara diam-diam mengakui bangsa Dr Wan Azizah adalah bonus untuk kempen mereka. Ini amat dialu-alukan kerana parti itu berdepan masalah menarik sokongan kaum Melayu Islam.
Read More / Baca Lagi >>

'Don't pity me, I'm no puppet' - Kak Wan

Posted: 14 Mar 2014 07:59 PM PDT

Wan Azizah criticises Msia's efforts to locate flight MH370

Posted: 14 Mar 2014 07:54 PM PDT



Penampar Buaya: "Dia nak tampar saya tapi satu Malaysia nak tampar dia"- Khairy

Posted: 14 Mar 2014 07:05 PM PDT



Kajang Move: Will it succeed?

Posted: 14 Mar 2014 07:01 PM PDT

The more Malay votes BN/MCA candidate obtains, the less Chinese votes she needs.

With eight days more to go before polling on Sunday, March 23, the battle for Kajang is beginning to take on an air of greater urgency.
A local English newspaper dated March 13, 2014 has reported Umno Youth chief Khairy Jamaluddin calling PKR's Wan Azizah Wan Ismail 'a puppet' as she is merely replacing her husband Anwar Ibrahim in the Kajang by-election.
Wan Azizah Kajang(Anwar became ineligible to contest due to being convicted of sodomy via a Court of Appeal ruling on March 7.)
Calling Wan Azizah 'a puppet' is certainly hitting below the belt. BN leaders have called for a clean election campaign and everyone in BN must live up to that.
Are they going to adhere to what they have requested others to do? Or is the call for a clean election campaign just a publicity stunt to garner votes?
It is best that both sides adhere to an ethical campaign by telling the voters what they can do in terms of service to the people. In that way, people can re-evaluate whom to vote for.
The number of voters in Kajang is approximately 39,000 comprising 49% Malays, 40% Chinese and 10% Indians. As the Malays are the majority, painstaking efforts are being made to woo their vote.
According to this columnist's PKR friend who had conducted a survey, the Chinese have a preference for PKR regardless of whoever is the candidate while the Malays have a preference for BN, also regardless of whoever is the candidate.
The Indians are evenly divided. This shows that the Chinese are still adamant on supporting Pakatan Rakyat (PR) while the Malays are still firmly with BN.
Thus the battle will now focus on the Malay voters. If BN can obtain 80% of the Malay vote, they can win the battle with only 30% of the Chinese vote. The more Malay votes they obtain, the less Chinese votes they need.
Many Malays are still conditioned to stick to BN and accept BN as a necessary component in their life. They have difficulty accepting Pakatan because to them Pakatan is something new and unfamiliar and therefore they prefer to stick to something that is familiar.
Better problem-solver
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Bekas pemimpin Umno sokong PKR

Posted: 14 Mar 2014 06:59 PM PDT

Kempen pilihan raya kecil DUN Kajang memasuki hari keempat semalam menyaksikan bekas pemimpin Umno peringkat nasional dan tempatan memberi sokongan terbuka kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Datuk Shariff Omar - bekas timbalan menteri pertanian - malam tadi menyatakan sokongan itu buat julung-julung kalinya muncul di depan lebih 2,000 hadirin, mahu membantu Pakatan mencapai kemenangan dengan majoriti yang besar dalam pilihan raya kecil itu.

Shariff merupakan timbalan ketua menteri Pulau Pinang sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri pada 1995.

Sementara itu, empat bekas pemimpin Umno peringkat cawangan dalam DUN Kajang turut menyerahkan borang permohonan menyertai PKR kepada Anwar dan Dr Wan Azizah dan menerima selendang PKR sebagai tanda kemasukan mereka, yang disambut sorakan hadirin.

"Saya menyatakan sokongan terbuka kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Saya yakin dan percaya rakyat dapat membuat pilihan dengan memilih Dr Wan Azizah," tegas Shariff.

"Orang Kajang bernasih baik, dapat calon (Wan Azizah) seorang yang berakhlak baik. Saya ikhlas, saya tidak mengharap apa-apa. Oleh itu pada 23 Mac, panggil adik-beradik sauadara mara undi Pakatan Rakyat untuk mendapat majoriti besar," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sulung atas pentas Pakatan Rakyat di Stadium Kajang malam tadi selepas dipecat dari Umno kerana bertindak bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu.

Shariff mengakui beliau rapat dengan Anwar sejak ketua pembangkang itu menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga bekas ketua Umno Tasek Gelugor.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Bekas timbalan menteri Umno isytihar sokong Wan Azizah

Posted: 14 Mar 2014 06:56 PM PDT

BissdByCQAE-PazKAJANG 14 MAC: Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar secara terbuka memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Beliau juga meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan memastikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menang dengan majoriti lebih besar.

"Saya kenal lama dengan Dr Wan Azizah. Saya sokong Wan Azizah untuk menang di Kajang. Baik, berakhlak orangnya. Orang Kajang bernasih baik dapat calon seperti Dr Wan Azizah.
"Saya yakin pengundi Kajang akan membuat keputusan bijak dengan memilih Dr Wan Azizah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang," kata bekas Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor itu.
Beliau yang pertama kali berucap di pentas Pakatan Rakyat berkata
demikian depan lebih 3,000 pengunjung Karnival Selangorku di Stadium Kajang, malam tadi.
Bisui4tCQAAS8K3Mohd Shariff hadir ke program anjuran Kerajaan Selangor dan Solidariti Anak Muda (SAMM) yang berlangsung 7 hingga 22 Mac itu bersama-sama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau ialah bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor antara 1999 hingga 2004 dan pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sokongan itu memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) yang cuba merampas kerusi yang dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

20140314_234238Apatah lagi, beberapa pemimpin akar umbi Umno termasuk jentera parti PRK Kajang turut mengisytihar menyertai PKR pada program berkenaan.
Mereka ialah timbalan ketua, ketua pemuda dan ketua wanita dari Umno Cawangan Sungai Kantan Peringkat Tiga, selain bekas Ketua Umno Cawangan Batu 9, Cheras beserta 80 penyokong mereka.
Ketua Belia Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dan Ketua Beliau Taman Sri Minang turut berbuat demikian sebelum Anwar mengaluingi mereka mafla PKR.
Mengikut penganjur, lebih ramai orang Umno bakal menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebagai tanda sokongan kepada Dr Wan Azizah.

Guna bomoh cari MH370 perbuatan syirik – anak lelaki Yusuf Qardhawi

Posted: 14 Mar 2014 06:48 PM PDT

Bisra7PCcAEkAUbKAJANG 14 MAC: Anak lelaki  ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengecam penggunaan 'bomoh kepala' dalam usaha mencari pesawat MH370 yang disifatkannya sebagai syirik.
Tanpa menyebut nama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendedahkan beliau dihubungi anak ulama itu bagi mendapatkan kepastian.
"Saya terima panggilan dari anak lelaki Yusuf Al-Qaradhawi. Dia kata kenapa guna bomoh, itu syirik. Saya jawab, mana saya tahu. Bukan saya terlibat.
"Itu kenalah tanya (Datin Seri) Rosmah (Mansur)," katanya yang berseloroh kemudiannya pada ucapan di program Karnival Selangorku di Stadium Kajang, malam tadi.
"Malu kita. Zam, zam ala kazam. Satu dunia tengok kita. Ini bukan cara kita," katanya lagi disambut gelak tawa lebih 3,000 pengunjung karnival berkenaan.

Beliau turut mengulangi kecaman berikutan penganjuran solat Hajat PAS Selangor disiasat polis sedangkan ucapara bomoh tidak dikenakan sebarang tindakan.
Anwar juga kesal banyak kenyataan bercanggah menteri dan pihak berkuasa dalam mengesan pesawat berkenaan hingga  merosakkan imej negara di mata dunia.
Beliau turut menyentuh perkembangan terbaru membabitkan 'bomoh kelapa' yang dilapor  mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
"Aku tak mahu campur. Seorang baling kelapa, seorang baling bola," katanya.

MH370: Data sulit tunjuk pesawat mungkin terhempas di Teluk Bengal atau Lautan Hindi

Posted: 14 Mar 2014 06:46 PM PDT


Data sulit menyatakan pesawat MH370 mungkin di Teluk Bengal atau Lautan Hindi. Gambar fail.Data sulit menyatakan pesawat MH370 mungkin di Teluk Bengal atau Lautan Hindi. Gambar fail.Analisis risikan sulit terhadap data elektronik dan satelit menunjukkan pesawat yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing itu mungkin terhempas sama ada di Teluk Bengal atau di Lautan Hindi, menurut laporan eksklusif oleh CNN.
Jika maklumat ini benar, ia boleh menjadi imbasan pertama yang memberikan butiran kukuh mengenai apa yang berlaku kepada MH370 selepas ia hilang daripada radar awal pagi Sabtu minggu lalu.
Ia juga memberikan cukup kredibiliti kepada Amerika Syarikat untuk menggerakkan USS Kidd, kapal pemusnah peluru berpandu, ke Lautan Hindi dan pegawai India untuk meluaskan usaha mencari ke Teluk Bengal.
Data sulit tunjuk pesawat mungkin terhempas di Teluk Bengal atau Lautan Hindi
Analisis risikan sulit terhadap data elektronik dan satelit menunjukkan pesawat yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing itu mungkin terhempas sama ada di Teluk Bengal atau di Lautan Hindi, menurut laporan eksklusif oleh CNN.
Jika maklumat ini benar, ia boleh menjadi imbasan pertama yang memberikan butiran kukuh mengenai apa yang berlaku kepada MH370 selepas ia hilang daripada radar awal pagi Sabtu minggu lalu.
Ia juga memberikan cukup kredibiliti kepada Amerika Syarikat untuk menggerakkan USS Kidd, kapal pemusnah peluru berpandu, ke Lautan Hindi dan pegawai India untuk meluaskan usaha mencari ke Teluk Bengal. – 15 Mac, 2014.
Read More / Baca Lagi >>

Teori rampasan MH370, niat guna pesawat untuk ‘tujuan jahat’, kata pegawai Amerika

Posted: 14 Mar 2014 06:45 PM PDT


Kapal misil pemusnah Amerika Syarikat digerakkan ke Lautan Hindi selepas kawasan pencarian diperluaskan dalam operasi mengesan pesawat MH370. Gambar fail.Kapal misil pemusnah Amerika Syarikat digerakkan ke Lautan Hindi selepas kawasan pencarian diperluaskan dalam operasi mengesan pesawat MH370. Gambar fail.Dengan bukti menunjukkan pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER yang hilang masih utuh, pegawai Amerika Syarikat tidak menolak kemungkinan bahawa penerbangan MH370 diterbangkan ke satu tempat rahsia supaya ia boleh digunakan di kemudian hari.
Tiada sebarang kesan atau serpihan ditemui di darat atau laut dapat dikaitkan dengan pesawat yang membawa 239 orang yang hilang dalam penerbangan ke Beijing Sabtu lalu.
"Saya sangat berminat untuk menyelesaikan misteri ini supaya kita dapat menolak kemungkinan, walaupun kecil bahawa pesawat ini boleh digunakan untuk tujuan jahat terhadap kita pada masa akan datang,"ABC News memetik pegawai Amerika sebagai berkata.
Pegawai itu berkata, "semua aset perisikan kita" sedang digunakan untuk menyelesaikan perkara ini.
Penyiasat yang sedang mencari pesawat penumpang MAS itu berkata, mereka tidak boleh menolak kemungkinan rampasan dan sedang melihat sama ada salah seorang juruterbang pesawat atau anak-anak kapal terlibat.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata semalam bahawa penyiasat tidak tahu apa yang berlaku kepada pesawat itu walaupun sudah seminggu dicari secara besar-besaran.
Para pegawai Amerika yang diberi taklimat mengenai siasatan diyakinkan bahawa pesawat itu terus menghantar isyarat "ping" kepada satelit lama selepas transponder berhenti menghantar isyarat dan hilang daripada radar.
Read More / Baca Lagi >>

Bahana "Bomoh Doremi": Nasib 3 jururawat ‘karpet terbang’ tidak menentu kerananya

Posted: 14 Mar 2014 06:41 PM PDT


Gambar tiga jururawat HKL membuat aksi 'karpet terbang' yang hangat di laman sosial.Gambar tiga jururawat HKL membuat aksi 'karpet terbang' yang hangat di laman sosial.Ketawa adalah ubat terbaik namun nasib tiga jururawat Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mempersendakan bomoh Ibrahim Mat Zin masih tidak diketahui.
Dalam laporan sebelum ini, ketiga-tiganya mungkin digantung perkhidmatan, namun pengguna sosial media memberikan sokongan penuh kepada mereka.
Ketiga-tiga jururawat itu meniru aksi Ibrahim dengan "karpet terbang" dalam usahanya mencari pesawat MH370 yang hilang dan gambar mereka menjadi panas di media sosial dan kini masuk ke media cetak.
Pengguna laman sosial, Ken Loo dalam Facebooknya berkata:"Jika mereka perlu digantung, bomoh itu perlu dipenjarakan," mendapat ratusan "like", lapor akhbar The Star.
Bagaimana, kata The Star, disahkan kemudian HKL hanya menjalankan siasatan terperinci saja terhadap jururawat terbabit.
Susan Abraham berkata, lawak mereka menjadi ubat yang baik, manakala Sip Lee menyokong petugas perubatan yang gembira ketika bertugas dengan berkata:"Petugas yang cantik dengan senyuman di wajahnya akan membantu pesakit yang tertekan. Patut dibenarkan mereka mengembirakan yang tertekan," lapor akhbar itu lagi.
Jon Navaratnam juga membela mereka dengan berkata:"Mereka yang bekerja dalam bidang kesihatan selalu tertekan kerana kerja mereka antara 16 ke 24 jam secara shif. Jururawat ini hanya mahu bergurau senda. Biarkanlah mereka."
Read More / Baca Lagi >>

Dunia guna alat canggih, Malaysia pakai ‘Bomoh Doremi’ cari MH370

Posted: 14 Mar 2014 06:39 PM PDT

Ketika 13 negara menjalankan misi mencari dan menyelamat menggunakan peralatan dan kelengkapan canggih untuk mengesan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, tindakan Malaysia menggunakan khidmat "Bomoh Do Re Mi" memalukan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Presiden PKR itu dalam ceramah di Taman Maju Satu, Kajang malam tadi berkata, tindakan menggunakan bomoh itu memalukan negara, apatah lagi Malaysia turut dikenali sebagai salah sebuah negara Islam di dunia.
"Bagaimana Barisan Nasional (BN) menangani krisis pesawat hilang. China, kerana majoriti penumpang rakyat mereka, menggunakan satelit,  Singapura menggunakan kapal selam. Malaysia pakai bomoh, naik tikar.
"Kita ada satu filem P Ramlee dahulu, Laksamana Doremi, itu memang dongeng," katanya ketika berceramah di hadapan 300 penyokong Pakatan Rakyat (PR) merujuk kepada lagenda seni tanah air.
"Kalau orang Islam, kita tidak buat macam ini. Memalukan orang Islam," katanya.
Isu berkenaan kehilangan pesawat MH370 mula menjadi sebahagian intipati ceramah kempen PR untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.
Dalam ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, beliau membangkitkan isu kelemahan pengendalian misteri kehilangan pesawat tersebut apabila pihak berkuasa memberikan jawapan yang bercanggah sesama sendiri ketika ditanya pemberita.
"Negara kita, menghadapi krisis demi krisis. Sekarang ini jerebu, MH370, tapi pemimpin tidak buat apa-apa pun," kata Dr Wan Azizah.
"Ini masa depan saya, ini untuk masa depan. Mari kita tukarkan apa yang tidak baik dengan kerajaan kita," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Penampar Buaya: BKM Pemuda UMNO "Warning" Raja Bomoh

Posted: 14 Mar 2014 04:28 PM PDT

Saya mewakili Briged Kesatria Muda (BKM) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin menyatakan pendirian BKM berdiri teguh dihadapan YB Khairy Jamaluddin yang dicabar oleh Raja Bomoh hendak menampar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan BKM tidak akan benar walau sehelai rambut pun di usik .

BKM merasakan kenyataan beliau Kebudak2kan , tidak matang dan hanya hendak meraih publisiti murahan selepas tindakan beliau yg memalukan rakyat Malaysia dalam isu MH370 di KLIA tempohari yang dilihat tidak menghormati perasaan keluarga mangsa malah seluruh rakyat Malaysia.

BKM ingin mencadangkan pada Raja Bomoh untuk mengambil rawatan sakit otak ke hospital psikiatri yang berdekatan bagi dengan kadar segara bagi rawatan sakit otak pihak Raja Bomoh yang BKM sedia bayarkan pemeriksaan beliau.
(Amaran Kali Ke 2 Raja Bomoh)
BKM ingin menyatakan pada pihak beliau, YB Khairy Jamaluddin mewakili ratusan ribu anak muda yang akan berdiri teguh dibelakang beliau dan kami tidak gentar menghadapi mana2 pihak yang cuba menjatuhkan martabat Ketua Pemuda kami.

Arman Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda

Penampar Buaya: Berpunca Dari Zahid Hamidi, KJ Pula Jadi Mangsanya

Posted: 14 Mar 2014 04:13 PM PDT

Oleh kerana marah disebabkan Khairy Jamaluddin menyarankan agar beliau ditangkap berikutan memalukan negara dengan dua kejadian ritual pelik dan bertentangan dengan Islam di KLIA untuk memanggil pesawat MH370 yang masih hilang, Ibrahim Mat Zain yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh atau Bomoh VIP, mengugut mahu menampar muka Ketua Pemuda UMNO itu.

Dengan menggambarkan KJ sebagai biadap dan tidak menghormatinya sebagai orang tua, beliau mencabar KJ agar meletakkan jawatan sebagai menteri manakala beliau pula akan meletakkan jawatan sebagai mahaguru silat.

"Saya cabar dia letak jawatan, kemudian kita fight. Saya tampar dia macam saya tampar buaya baru dia tahu," demikian luahan marah dan rasa tidak tidak senangnya terhadap KJ yang mahu beliau ditangkap kerana dianggap menjalankan amalan syirik dan bertentangan dengan Islam dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.

Video luahan marah dan tindakan mahu menampar KJ oleh Ibrahim Mat Zain itu kini sudah tersebar luas di laman-laman sosial serta menjadi perbualan hangat pengguna internet sejak semalam.

Dalam dua kejadian di KLIA, Ibrahim bersama beberapa pengikutnya telah menjalankan dua upacara ritual dengan membawa buluh, bubu, tikar dan buah kelapa sambil melaungkan perkataan Allahu Akbar. Tindakan itu mendapat kecaman di media kerana amalan yang dilakukan itu dianggap karut, syirik dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Berikutan ritual itu juga, Perdana Menteri Najib Razak mendapat kecaman di media antarabangsa dan dunia Arab dengan mereka melabelkan Perdana Menteri sebagai tiada otak dan lebih mempercayai amalan syirik dalam usaha merungkai persoalan mencari pesawat MH370 yang masih hilang sejak lebih seminggu lalu itu.

Sementara Ibrahim Mat Zain mendakwa kehadirannya ke KLIA adalah atas jemputan VIP tertentu, hampir tidak ada pemimpin UMNO dan kerajaan yang tampil mengecam tindakan beliau itu. Kalau ada pun hanyalah sekadar penafian ringan sahaja.Read More / Baca Lagi >>

Anti-government protests rage across Egypt

Posted: 14 Mar 2014 03:51 PM PDT

Head to Head - Terrorists or Freedom fighters?

Posted: 14 Mar 2014 03:48 PM PDT

Military "is ready to protect Ukraine" - acting Ukraine President

Posted: 14 Mar 2014 03:47 PM PDT

Rebels storm building in Idlib province

Posted: 14 Mar 2014 03:46 PM PDT

Thousands protest in Egypt against Sisi's possible presidential run

Posted: 14 Mar 2014 03:45 PM PDT

US: Lithium batteries being examined

Posted: 14 Mar 2014 03:43 PM PDT

Report: Plane took 1 of 2 paths

Posted: 14 Mar 2014 03:42 PM PDT

NY Times: Plane made sharp altitude and course changes

Posted: 14 Mar 2014 03:41 PM PDT

Uncertainty clouds search for Malaysian plane

Posted: 14 Mar 2014 08:25 AM PDT

Plane theories: Mystery of Flight 370

Posted: 14 Mar 2014 08:23 AM PDT

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DARI LONDON

Posted: 14 Mar 2014 07:00 PM PDT





DARI LONDON

SEJUK GILA

Kah kah kah

-------

BILIK SULIT BUKA PANGGUNG

Posted: 14 Mar 2014 02:30 AM PDT




Teater anti tahanan tanpa bicara ke UK

Sebuah teater anti penahanan tanpa bicara, dikatakan berdasar pengalaman sebenar tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) arahan aktivis Hishamuddin Rais bakal dipentaskan di United Kingdom.

Bilik Sulit, teater agit-prop "Kumpulan Teater Bukan Teater" itu bakal membuka panggung di Manchester pada 22 dan 23 Mac ini sebelum diteruskan di tiga lagi kota – Sheffield, Cardiff dan Nottingham.


----------

BERITA DARI LONDON

Posted: 14 Mar 2014 01:52 AM PDT






SEMUA DAH BANGUN

semua dah bangun
minum pagi continental breakfast
keju ceddar, keju biru , keju brie
dengan roti dan jam apple buatan sendiri
dengan teh dan kopi

tuan rumah ada pokok apple
ni apple bulan 9 tahun lalu
tuan rumah buat jam

cuaca enak
tapi sejuk
matahari memancar terang



-----

ADA BERITA PELIK MELIK

Posted: 14 Mar 2014 12:56 AM PDT



Kah kah kah
GEORGETOWN 13 Mac - Ketua Hakim Negara, Arifin Zakaria hari ini menafikan dakwaan campur tangan dalam keputusan badan kehakiman baru-baru ini dalam kes membabitkan pemimpin pembangkang, Anwar...



INI BERITA PELIK
Betul ke?
Kah kah kah

--------

PADAN MUKA CEKAI GILA

Posted: 14 Mar 2014 12:48 AM PDT







PADAN MUKA
Tak ada standard
Tok bomoh yang cabar
Nampak cekainya

hina paling hina
ialah dicabat tok bomoh
dibodohkan tok bomoh

paling hina 
oleh tok bomoh
gigi rongak

Kah kah kah

PADAN MUKA
Tak ada standard
Tok bomoh yang cabar
Nampak cekainya

Kah kah kah
---------

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

Posted: 14 Mar 2014 12:35 AM PDT



Harga bawal serendah RM5.49 sekilo di Kota Bharu

KUALA LUMPUR 11 Mac - Ikan bawal hitam dijual pada harga rendah di Giant Kota Bharu, Kelantan hari ini iaitu RM5.49 sekilogram.


Menerusi paparan harga di portal www.1pengguna.com, harga berlainan dilihat di beberapa tempat seperti RM12.90 di Mydin RTC Gopeng, Perak.

Namun begitu, harga ikan ini agak mahal di beberapa tempat seperti Pasar Harian Taman Selayang Jaya, RM26, Pasar Sentral, Pulau Pinang, RM20 dan Pasaraya Nirwana, Bandar Segamat, Johor, RM21.99.

Ikan kembung hitam dan hijau bersaiz sederhana dijual pada harga serendah RM8.50 di Pasar Awam Rasah Jaya, Seremban dan RM9.90 di Jusco Melaka, Ayer Keroh, Melaka.


Kah kah kah
DI LONDON LAGI MURAH
DatAng lah sini
Kepala ikan salmon
Bagi free
Tapi tiket kapal terbang berapa pulak?

Bangang 
kah kah kah


--------

CEKAI BIN MEKAI

Posted: 14 Mar 2014 12:31 AM PDT





KUALA LUMPUR 13 Mac - Tidak cukup dengan berceramah di Kajang,  Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mempergunakan Dewan Rakyat pula sebagai pentas untuk memperlekehkan badan kehakiman negara. Ketika...


MEMANG PUN CEKAI
BUKAN RAHSIA

SEMUA ORANG 
TAHU
Kah kah kah


-------

DARI LONDON 1

Posted: 13 Mar 2014 11:23 PM PDT





HARI JUMAAT JUMAAT 5.50 PAGI

aku dah bangun yang lain masih tidoo
aku tak leh tidoo
ni laaa or kata jetleg - entah apa yang leg aku pun tak tahu

tadi khamis jam 9:30 malam sampai ke heathrow dari dubai#
ciis... aku masuk cepat - dah sampai 2 minit
hanya 3 soalan  pegawai imigresen
1- berapa lama tinggal?
2- buat apa?
jeng jeng jeng
yang ke 3
kah kah kah
tak boleh bagi tahu
kah kah kah

aku tunngu mereka
lalu seembang dg mat saleh
yang tunggu sang isteri dari moroko
di london ni -paspot pisah pisah
warga eropa lain
warga bukan eropah lain

mamat ni kerja kapal terbang
jadi terus mamat ni tanya aku
aku pun ambil peluang tibai united malays nattonal organisation
akuy memang tak bagi chan
kah  kah kah

yang 7 orang tim bilik sulit pun masih ada soaj jawab
sebenarnya aku dah kautim
bagi mereka kursus bahasa ingeris
kah kah kah

lima minit kemudian adam sampai - kemudian
yang lain muncul satu satu
tak ada masaalah

PERSIDIAAN
dari ubu aku dah bagi kursus geng bilik sulit
macam macam dio oarng nak bawa barang
cissss... nampak ke feldaan mereka
aku bawa 7 kg saje
yang lain mak ooooi
berkilo kilo macam nak pindah runah

ada pulak bawa bunga
dengan harapan dapat minah mat saleh
aku tak nak bagi tahu sapa
nanti malu kompeni
kah kah kah

tapi  jelas mereka kelihatan kacak cool trendy  macam londoner
tapi sayang semua gagalis kah  kah

tim kami bawa prop dan baju t dan buku buku
anti kerajaan
tak kan nak lepas peluang menghasut kah kah kah

DUBAI
pesawat emiret ini memeng baik
ni bukan aku kena rasuah
tapi bulan 11 tahun lalu aku dtg london
naik  mas - memang makan tak molek
tambang 6 ribiu nasib baik daily telegraph yang bayar
semua plastik - susu garpu cekaiii
tapi yang to arab punya kelas
makan best - aku makan dengan starter air anggur merah
hidangan - kueh coklat dan tia maria kah kah kah
sudu garpu bukan plastik - tambang  3000 rm
mas ni jadi cekai kerana rasuah
dan banyak subcon

tak lama di dubai
2 jam transit - tak nampak apa pun diluar
tak beli apa pun
air anggur banyak dalam beg kah kah kah
beer budwar pun ada kakah kah kah

NOTA
hanpir lupa nak cerita
masa nak masuk kapal di klia
beg aku kena tangkap
ada dua botol kah kah kah
dua botol apa|?
dua botol air badak - kena rampas tak leh bawa masuk
aku ketawa lalu buka minum
pak cik kastam tak nak
adam dengan aky minum air rosmah kah kah kah

LONDON HEATHROW
keluar cepat
geng dah tunngu dengan van
lalu ke harrow
kawasan mewahlaaaa bukan brixton
rumah bangloo ada taman
kah kah kah

rumah sapa?
ni rumah ejen KGB
 yang anti united malays national organisation
kah kah kah


HARI NI
tim tukar tiub ada kelas
kalau orang malaysia datang london
bangun tidoo gi oxford street - macam bukit bintang
tapi kami pagi ini akabn ke oxford university
nak tanyang pada warga yanh lain
bahawa universiti bangsar utama ada hubungan dengan oxford
hanya ubu menolak cadangan untuk twin progran
kah kah kah

MINUM PAGI
baru jam 6.17 - yang lain masih tidoo
air  di dapoor dah masak
aku nak buat kopi
dan hantar beriat ini

NOTA
lupa nak beri tahu
mat saleh yang aku sembang kerja kapal terbang tu
pernah kerja di berunai
dah  bila isterinya sampai
woooow
pulang modal
menyesal aku tak ada awek moroko
kalau tidak dapat dia ajar aku sex arab
kah kah kah

KUALA LUMPUR JEREBU KE?
KAH KAH KAH



----------