RAKYAT MARHAEN |
- Anwar Ibrahim: Kamu Hukum Aku 5 Tahun Penjara, Lagi Kuat Aku Semangat Nak Berjuang
- PRK Dun Kajang: Perkauman masih jadi isu utama
- 'Don't pity me, I'm no puppet' - Kak Wan
- Wan Azizah criticises Msia's efforts to locate flight MH370
- Penampar Buaya: "Dia nak tampar saya tapi satu Malaysia nak tampar dia"- Khairy
- Kajang Move: Will it succeed?
- PRK Dun Kajang: Bekas pemimpin Umno sokong PKR
- PRK Dun Kajang: Bekas timbalan menteri Umno isytihar sokong Wan Azizah
- Guna bomoh cari MH370 perbuatan syirik – anak lelaki Yusuf Qardhawi
- MH370: Data sulit tunjuk pesawat mungkin terhempas di Teluk Bengal atau Lautan Hindi
- Teori rampasan MH370, niat guna pesawat untuk ‘tujuan jahat’, kata pegawai Amerika
- Bahana "Bomoh Doremi": Nasib 3 jururawat ‘karpet terbang’ tidak menentu kerananya
- Dunia guna alat canggih, Malaysia pakai ‘Bomoh Doremi’ cari MH370
- Penampar Buaya: BKM Pemuda UMNO "Warning" Raja Bomoh
- Penampar Buaya: Berpunca Dari Zahid Hamidi, KJ Pula Jadi Mangsanya
- Anti-government protests rage across Egypt
- Head to Head - Terrorists or Freedom fighters?
- Military "is ready to protect Ukraine" - acting Ukraine President
- Rebels storm building in Idlib province
- Thousands protest in Egypt against Sisi's possible presidential run
- US: Lithium batteries being examined
- Report: Plane took 1 of 2 paths
- NY Times: Plane made sharp altitude and course changes
- Uncertainty clouds search for Malaysian plane
- Plane theories: Mystery of Flight 370
Anwar Ibrahim: Kamu Hukum Aku 5 Tahun Penjara, Lagi Kuat Aku Semangat Nak Berjuang Posted: 14 Mar 2014 08:18 PM PDT |
PRK Dun Kajang: Perkauman masih jadi isu utama Posted: 14 Mar 2014 08:01 PM PDT Isu bangsa dan kaum sekali lagi hadir dalam politik dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, mungkin berdepan dengan keputusan luar jangkaan. Barisan Nasional, yang mencipta paradigma komuniti kebangsaaan dengan satu parti untuk setiap bangsa dan setiap orang kepada bangsa-partinya, kini konsep itu dilihat digunakan menentang parti itu sendiri. Sementara Pakatan Rakyat, yang bangga menjadi parti tanpa mengira bangsa kini menerima sokongan daripada masyarakat Melayu Islam, sedar atau tidak, disebabkan bangsa calonnya. BN meletakkan Datin Paduka Chew Mei Fun daripada MCA untuk menentang calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Aktivis dan pemimpin BN mengesahkan wujud pemikiran sedemikian di kalangan penyokong di Kajang, dan berkata pengundi berkenaan bercadang untuk tidak keluar mengundi pada 23 Mac. Aktivis Pakatan juga secara diam-diam mengakui bangsa Dr Wan Azizah adalah bonus untuk kempen mereka. Ini amat dialu-alukan kerana parti itu berdepan masalah menarik sokongan kaum Melayu Islam. Read More / Baca Lagi >> |
'Don't pity me, I'm no puppet' - Kak Wan Posted: 14 Mar 2014 07:59 PM PDT |
Wan Azizah criticises Msia's efforts to locate flight MH370 Posted: 14 Mar 2014 07:54 PM PDT |
Penampar Buaya: "Dia nak tampar saya tapi satu Malaysia nak tampar dia"- Khairy Posted: 14 Mar 2014 07:05 PM PDT |
Posted: 14 Mar 2014 07:01 PM PDT The more Malay votes BN/MCA candidate obtains, the less Chinese votes she needs. With eight days more to go before polling on Sunday, March 23, the battle for Kajang is beginning to take on an air of greater urgency. A local English newspaper dated March 13, 2014 has reported Umno Youth chief Khairy Jamaluddin calling PKR's Wan Azizah Wan Ismail 'a puppet' as she is merely replacing her husband Anwar Ibrahim in the Kajang by-election.(Anwar became ineligible to contest due to being convicted of sodomy via a Court of Appeal ruling on March 7.) Calling Wan Azizah 'a puppet' is certainly hitting below the belt. BN leaders have called for a clean election campaign and everyone in BN must live up to that. Are they going to adhere to what they have requested others to do? Or is the call for a clean election campaign just a publicity stunt to garner votes? It is best that both sides adhere to an ethical campaign by telling the voters what they can do in terms of service to the people. In that way, people can re-evaluate whom to vote for. The number of voters in Kajang is approximately 39,000 comprising 49% Malays, 40% Chinese and 10% Indians. As the Malays are the majority, painstaking efforts are being made to woo their vote. According to this columnist's PKR friend who had conducted a survey, the Chinese have a preference for PKR regardless of whoever is the candidate while the Malays have a preference for BN, also regardless of whoever is the candidate. The Indians are evenly divided. This shows that the Chinese are still adamant on supporting Pakatan Rakyat (PR) while the Malays are still firmly with BN. Thus the battle will now focus on the Malay voters. If BN can obtain 80% of the Malay vote, they can win the battle with only 30% of the Chinese vote. The more Malay votes they obtain, the less Chinese votes they need. Many Malays are still conditioned to stick to BN and accept BN as a necessary component in their life. They have difficulty accepting Pakatan because to them Pakatan is something new and unfamiliar and therefore they prefer to stick to something that is familiar. Better problem-solver Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Bekas pemimpin Umno sokong PKR Posted: 14 Mar 2014 06:59 PM PDT Kempen pilihan raya kecil DUN Kajang memasuki hari keempat semalam menyaksikan bekas pemimpin Umno peringkat nasional dan tempatan memberi sokongan terbuka kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Datuk Shariff Omar - bekas timbalan menteri pertanian - malam tadi menyatakan sokongan itu buat julung-julung kalinya muncul di depan lebih 2,000 hadirin, mahu membantu Pakatan mencapai kemenangan dengan majoriti yang besar dalam pilihan raya kecil itu. Shariff merupakan timbalan ketua menteri Pulau Pinang sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri pada 1995. Sementara itu, empat bekas pemimpin Umno peringkat cawangan dalam DUN Kajang turut menyerahkan borang permohonan menyertai PKR kepada Anwar dan Dr Wan Azizah dan menerima selendang PKR sebagai tanda kemasukan mereka, yang disambut sorakan hadirin. "Saya menyatakan sokongan terbuka kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Saya yakin dan percaya rakyat dapat membuat pilihan dengan memilih Dr Wan Azizah," tegas Shariff. "Orang Kajang bernasih baik, dapat calon (Wan Azizah) seorang yang berakhlak baik. Saya ikhlas, saya tidak mengharap apa-apa. Oleh itu pada 23 Mac, panggil adik-beradik sauadara mara undi Pakatan Rakyat untuk mendapat majoriti besar," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sulung atas pentas Pakatan Rakyat di Stadium Kajang malam tadi selepas dipecat dari Umno kerana bertindak bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu. Shariff mengakui beliau rapat dengan Anwar sejak ketua pembangkang itu menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga bekas ketua Umno Tasek Gelugor. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Bekas timbalan menteri Umno isytihar sokong Wan Azizah Posted: 14 Mar 2014 06:56 PM PDT KAJANG 14 MAC: Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar secara terbuka memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Beliau juga meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan memastikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menang dengan majoriti lebih besar. "Saya kenal lama dengan Dr Wan Azizah. Saya sokong Wan Azizah untuk menang di Kajang. Baik, berakhlak orangnya. Orang Kajang bernasih baik dapat calon seperti Dr Wan Azizah. "Saya yakin pengundi Kajang akan membuat keputusan bijak dengan memilih Dr Wan Azizah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang," kata bekas Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor itu. Beliau yang pertama kali berucap di pentas Pakatan Rakyat berkata demikian depan lebih 3,000 pengunjung Karnival Selangorku di Stadium Kajang, malam tadi. Mohd Shariff hadir ke program anjuran Kerajaan Selangor dan Solidariti Anak Muda (SAMM) yang berlangsung 7 hingga 22 Mac itu bersama-sama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau ialah bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor antara 1999 hingga 2004 dan pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Sokongan itu memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) yang cuba merampas kerusi yang dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Apatah lagi, beberapa pemimpin akar umbi Umno termasuk jentera parti PRK Kajang turut mengisytihar menyertai PKR pada program berkenaan. Mereka ialah timbalan ketua, ketua pemuda dan ketua wanita dari Umno Cawangan Sungai Kantan Peringkat Tiga, selain bekas Ketua Umno Cawangan Batu 9, Cheras beserta 80 penyokong mereka. Ketua Belia Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dan Ketua Beliau Taman Sri Minang turut berbuat demikian sebelum Anwar mengaluingi mereka mafla PKR. Mengikut penganjur, lebih ramai orang Umno bakal menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebagai tanda sokongan kepada Dr Wan Azizah. |
Guna bomoh cari MH370 perbuatan syirik – anak lelaki Yusuf Qardhawi Posted: 14 Mar 2014 06:48 PM PDT KAJANG 14 MAC: Anak lelaki ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengecam penggunaan 'bomoh kepala' dalam usaha mencari pesawat MH370 yang disifatkannya sebagai syirik. Tanpa menyebut nama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendedahkan beliau dihubungi anak ulama itu bagi mendapatkan kepastian. "Saya terima panggilan dari anak lelaki Yusuf Al-Qaradhawi. Dia kata kenapa guna bomoh, itu syirik. Saya jawab, mana saya tahu. Bukan saya terlibat. "Itu kenalah tanya (Datin Seri) Rosmah (Mansur)," katanya yang berseloroh kemudiannya pada ucapan di program Karnival Selangorku di Stadium Kajang, malam tadi. "Malu kita. Zam, zam ala kazam. Satu dunia tengok kita. Ini bukan cara kita," katanya lagi disambut gelak tawa lebih 3,000 pengunjung karnival berkenaan. Beliau turut mengulangi kecaman berikutan penganjuran solat Hajat PAS Selangor disiasat polis sedangkan ucapara bomoh tidak dikenakan sebarang tindakan. Anwar juga kesal banyak kenyataan bercanggah menteri dan pihak berkuasa dalam mengesan pesawat berkenaan hingga merosakkan imej negara di mata dunia. Beliau turut menyentuh perkembangan terbaru membabitkan 'bomoh kelapa' yang dilapor mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. "Aku tak mahu campur. Seorang baling kelapa, seorang baling bola," katanya. |
MH370: Data sulit tunjuk pesawat mungkin terhempas di Teluk Bengal atau Lautan Hindi Posted: 14 Mar 2014 06:46 PM PDT Analisis risikan sulit terhadap data elektronik dan satelit menunjukkan pesawat yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing itu mungkin terhempas sama ada di Teluk Bengal atau di Lautan Hindi, menurut laporan eksklusif oleh CNN. Jika maklumat ini benar, ia boleh menjadi imbasan pertama yang memberikan butiran kukuh mengenai apa yang berlaku kepada MH370 selepas ia hilang daripada radar awal pagi Sabtu minggu lalu. Ia juga memberikan cukup kredibiliti kepada Amerika Syarikat untuk menggerakkan USS Kidd, kapal pemusnah peluru berpandu, ke Lautan Hindi dan pegawai India untuk meluaskan usaha mencari ke Teluk Bengal. Analisis risikan sulit terhadap data elektronik dan satelit menunjukkan pesawat yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing itu mungkin terhempas sama ada di Teluk Bengal atau di Lautan Hindi, menurut laporan eksklusif oleh CNN. Jika maklumat ini benar, ia boleh menjadi imbasan pertama yang memberikan butiran kukuh mengenai apa yang berlaku kepada MH370 selepas ia hilang daripada radar awal pagi Sabtu minggu lalu. Ia juga memberikan cukup kredibiliti kepada Amerika Syarikat untuk menggerakkan USS Kidd, kapal pemusnah peluru berpandu, ke Lautan Hindi dan pegawai India untuk meluaskan usaha mencari ke Teluk Bengal. – 15 Mac, 2014. Read More / Baca Lagi >> |
Teori rampasan MH370, niat guna pesawat untuk ‘tujuan jahat’, kata pegawai Amerika Posted: 14 Mar 2014 06:45 PM PDT Dengan bukti menunjukkan pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER yang hilang masih utuh, pegawai Amerika Syarikat tidak menolak kemungkinan bahawa penerbangan MH370 diterbangkan ke satu tempat rahsia supaya ia boleh digunakan di kemudian hari. Tiada sebarang kesan atau serpihan ditemui di darat atau laut dapat dikaitkan dengan pesawat yang membawa 239 orang yang hilang dalam penerbangan ke Beijing Sabtu lalu. "Saya sangat berminat untuk menyelesaikan misteri ini supaya kita dapat menolak kemungkinan, walaupun kecil bahawa pesawat ini boleh digunakan untuk tujuan jahat terhadap kita pada masa akan datang,"ABC News memetik pegawai Amerika sebagai berkata. Penyiasat yang sedang mencari pesawat penumpang MAS itu berkata, mereka tidak boleh menolak kemungkinan rampasan dan sedang melihat sama ada salah seorang juruterbang pesawat atau anak-anak kapal terlibat. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata semalam bahawa penyiasat tidak tahu apa yang berlaku kepada pesawat itu walaupun sudah seminggu dicari secara besar-besaran. Para pegawai Amerika yang diberi taklimat mengenai siasatan diyakinkan bahawa pesawat itu terus menghantar isyarat "ping" kepada satelit lama selepas transponder berhenti menghantar isyarat dan hilang daripada radar. Read More / Baca Lagi >> |
Bahana "Bomoh Doremi": Nasib 3 jururawat ‘karpet terbang’ tidak menentu kerananya Posted: 14 Mar 2014 06:41 PM PDT Ketawa adalah ubat terbaik namun nasib tiga jururawat Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mempersendakan bomoh Ibrahim Mat Zin masih tidak diketahui. Dalam laporan sebelum ini, ketiga-tiganya mungkin digantung perkhidmatan, namun pengguna sosial media memberikan sokongan penuh kepada mereka. Ketiga-tiga jururawat itu meniru aksi Ibrahim dengan "karpet terbang" dalam usahanya mencari pesawat MH370 yang hilang dan gambar mereka menjadi panas di media sosial dan kini masuk ke media cetak. Pengguna laman sosial, Ken Loo dalam Facebooknya berkata:"Jika mereka perlu digantung, bomoh itu perlu dipenjarakan," mendapat ratusan "like", lapor akhbar The Star. Bagaimana, kata The Star, disahkan kemudian HKL hanya menjalankan siasatan terperinci saja terhadap jururawat terbabit. Susan Abraham berkata, lawak mereka menjadi ubat yang baik, manakala Sip Lee menyokong petugas perubatan yang gembira ketika bertugas dengan berkata:"Petugas yang cantik dengan senyuman di wajahnya akan membantu pesakit yang tertekan. Patut dibenarkan mereka mengembirakan yang tertekan," lapor akhbar itu lagi. Jon Navaratnam juga membela mereka dengan berkata:"Mereka yang bekerja dalam bidang kesihatan selalu tertekan kerana kerja mereka antara 16 ke 24 jam secara shif. Jururawat ini hanya mahu bergurau senda. Biarkanlah mereka." Read More / Baca Lagi >> |
Dunia guna alat canggih, Malaysia pakai ‘Bomoh Doremi’ cari MH370 Posted: 14 Mar 2014 06:39 PM PDT Ketika 13 negara menjalankan misi mencari dan menyelamat menggunakan peralatan dan kelengkapan canggih untuk mengesan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, tindakan Malaysia menggunakan khidmat "Bomoh Do Re Mi" memalukan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Presiden PKR itu dalam ceramah di Taman Maju Satu, Kajang malam tadi berkata, tindakan menggunakan bomoh itu memalukan negara, apatah lagi Malaysia turut dikenali sebagai salah sebuah negara Islam di dunia. "Bagaimana Barisan Nasional (BN) menangani krisis pesawat hilang. China, kerana majoriti penumpang rakyat mereka, menggunakan satelit, Singapura menggunakan kapal selam. Malaysia pakai bomoh, naik tikar. "Kalau orang Islam, kita tidak buat macam ini. Memalukan orang Islam," katanya. Isu berkenaan kehilangan pesawat MH370 mula menjadi sebahagian intipati ceramah kempen PR untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan. Dalam ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, beliau membangkitkan isu kelemahan pengendalian misteri kehilangan pesawat tersebut apabila pihak berkuasa memberikan jawapan yang bercanggah sesama sendiri ketika ditanya pemberita. "Negara kita, menghadapi krisis demi krisis. Sekarang ini jerebu, MH370, tapi pemimpin tidak buat apa-apa pun," kata Dr Wan Azizah. "Ini masa depan saya, ini untuk masa depan. Mari kita tukarkan apa yang tidak baik dengan kerajaan kita," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Penampar Buaya: BKM Pemuda UMNO "Warning" Raja Bomoh Posted: 14 Mar 2014 04:28 PM PDT Saya mewakili Briged Kesatria Muda (BKM) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin menyatakan pendirian BKM berdiri teguh dihadapan YB Khairy Jamaluddin yang dicabar oleh Raja Bomoh hendak menampar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan BKM tidak akan benar walau sehelai rambut pun di usik . BKM merasakan kenyataan beliau Kebudak2kan , tidak matang dan hanya hendak meraih publisiti murahan selepas tindakan beliau yg memalukan rakyat Malaysia dalam isu MH370 di KLIA tempohari yang dilihat tidak menghormati perasaan keluarga mangsa malah seluruh rakyat Malaysia. BKM ingin mencadangkan pada Raja Bomoh untuk mengambil rawatan sakit otak ke hospital psikiatri yang berdekatan bagi dengan kadar segara bagi rawatan sakit otak pihak Raja Bomoh yang BKM sedia bayarkan pemeriksaan beliau. (Amaran Kali Ke 2 Raja Bomoh) BKM ingin menyatakan pada pihak beliau, YB Khairy Jamaluddin mewakili ratusan ribu anak muda yang akan berdiri teguh dibelakang beliau dan kami tidak gentar menghadapi mana2 pihak yang cuba menjatuhkan martabat Ketua Pemuda kami.Arman Azha Hj Abu Hanifah Exco Pemuda UMNO Malaysia Pengerusi Briged Kesatria Muda |
Penampar Buaya: Berpunca Dari Zahid Hamidi, KJ Pula Jadi Mangsanya Posted: 14 Mar 2014 04:13 PM PDT Oleh kerana marah disebabkan Khairy Jamaluddin menyarankan agar beliau ditangkap berikutan memalukan negara dengan dua kejadian ritual pelik dan bertentangan dengan Islam di KLIA untuk memanggil pesawat MH370 yang masih hilang, Ibrahim Mat Zain yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh atau Bomoh VIP, mengugut mahu menampar muka Ketua Pemuda UMNO itu. Dengan menggambarkan KJ sebagai biadap dan tidak menghormatinya sebagai orang tua, beliau mencabar KJ agar meletakkan jawatan sebagai menteri manakala beliau pula akan meletakkan jawatan sebagai mahaguru silat. "Saya cabar dia letak jawatan, kemudian kita fight. Saya tampar dia macam saya tampar buaya baru dia tahu," demikian luahan marah dan rasa tidak tidak senangnya terhadap KJ yang mahu beliau ditangkap kerana dianggap menjalankan amalan syirik dan bertentangan dengan Islam dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu. Video luahan marah dan tindakan mahu menampar KJ oleh Ibrahim Mat Zain itu kini sudah tersebar luas di laman-laman sosial serta menjadi perbualan hangat pengguna internet sejak semalam. Dalam dua kejadian di KLIA, Ibrahim bersama beberapa pengikutnya telah menjalankan dua upacara ritual dengan membawa buluh, bubu, tikar dan buah kelapa sambil melaungkan perkataan Allahu Akbar. Tindakan itu mendapat kecaman di media kerana amalan yang dilakukan itu dianggap karut, syirik dan bertentangan dengan ajaran Islam. Berikutan ritual itu juga, Perdana Menteri Najib Razak mendapat kecaman di media antarabangsa dan dunia Arab dengan mereka melabelkan Perdana Menteri sebagai tiada otak dan lebih mempercayai amalan syirik dalam usaha merungkai persoalan mencari pesawat MH370 yang masih hilang sejak lebih seminggu lalu itu. Sementara Ibrahim Mat Zain mendakwa kehadirannya ke KLIA adalah atas jemputan VIP tertentu, hampir tidak ada pemimpin UMNO dan kerajaan yang tampil mengecam tindakan beliau itu. Kalau ada pun hanyalah sekadar penafian ringan sahaja.Read More / Baca Lagi >> |
Anti-government protests rage across Egypt Posted: 14 Mar 2014 03:51 PM PDT |
Head to Head - Terrorists or Freedom fighters? Posted: 14 Mar 2014 03:48 PM PDT |
Military "is ready to protect Ukraine" - acting Ukraine President Posted: 14 Mar 2014 03:47 PM PDT |
Rebels storm building in Idlib province Posted: 14 Mar 2014 03:46 PM PDT |
Thousands protest in Egypt against Sisi's possible presidential run Posted: 14 Mar 2014 03:45 PM PDT |
US: Lithium batteries being examined Posted: 14 Mar 2014 03:43 PM PDT |
Report: Plane took 1 of 2 paths Posted: 14 Mar 2014 03:42 PM PDT |
NY Times: Plane made sharp altitude and course changes Posted: 14 Mar 2014 03:41 PM PDT |
Uncertainty clouds search for Malaysian plane Posted: 14 Mar 2014 08:25 AM PDT |
Plane theories: Mystery of Flight 370 Posted: 14 Mar 2014 08:23 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan