Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Cucu paderi jadi imam ternama

Posted: 06 Mar 2014 08:04 PM PST


  • Suhaib WebbSuhaib Webb
 1 / 1 
DAHULU, dunianya agak 'hitam'.

Seorang yang hilang kepercayaan pada agamanya sendiri.

Terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

Namun, itu semua berubah sejak beliau memeluk Islam pada usia 20 tahun.

Ya, perjalanan hidup William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb sangat menarik.

Malah, Suhaib berjaya membuktikan bahawa Islam adalah milik semua, termasuk dirinya yang berkulit putih dan warga Barat.

Tidak cukup dengan itu, Suhaib juga mempunyai kualiti yang sangat cemerlang sebagai seorang Muslim.

Menyorot latar belakang Suhaib, siapa sangka beliau dilahirkan dalam keluarga Kristian (Prostestan) pada 1972 di Oklahoma. AS.

Sebelum memeluk Islam, beliau telah membesar sebagai cucu kepada paderi, menghadiri pertemuan di gereja tiga kali seminggu, sehinggalah tarikan beliau untuk mendalami Kristian semakin lemah.

Jelasnya, pada usia 14 tahun, akibat krisis kerohanian, dia hilang minat kepada mana-mana anutan agama.

"Pada usia itu juga, saya mula terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

"Selain itu, saya juga adalah DJ Hip Hop dan sering merakamkan lagu dengan ramai artis ketika itu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Begitu pun, kata Suhaib, melalui industri muzik juga, beliau mula diperkenalkan dengan agama Islam,

Ketika beliau berusia 17 tahun, seorang kenalan dalam industri itu menghadiahkannya senaskhah al-Quran terjemahan.

"Saya telah bekerja dengan artis Hip Hop dan sebahagian daripada mereka adalah beragama Islam dan mereka memperkenalkan saya kepada al-Quran.

"Sejak itu, al-Quran sedikit demi sedikit telah mula memberikan pengaruh cukup besar dalam hidup saya.

"Saya belajar al-Quran selama tiga tahun sebelum saya memeluk Islam," kata bapa kepada dua anak ini.

Tambahnya lagi, pada waktu sama, beliau juga semakin jauh terheret dalam kehidupan yang ganas akibat bergaul dengan kumpulan-kumpulan remaja liar.

'Paling berpengaruh di dunia'

Beliau adalah seorang yang suka berkongsi ilmu, jika dalam bahasa Arabnya perumpamaannya adalah Al Ilmu kal Usrati, iaitu ilmu itu bagai keluarga, mesti dikongsi bersama.

William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb suka berkongsi ilmu tanpa mengira cara dan tempat di mana saja terutamanya dalam menggunakan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat (IT).

Bahkan, kenyataan ini disokong daripada kejayaan laman webnya sendiri, iaitu www.SuhaibWebb.com (Your Virtual Mosque), yang diiktiraf sebagai Blog Terbaik, The Best Blog Of The Year oleh Brass Crescent Awards dan di laman sosial Tweeter pula, dengan undian tertinggi untuk memenangi The Best Muslim Tweeter, setahun kemudian.

Tidak cukup dengan itu, di laman sosial Facebook miliknya, beribu-ribu likes dimilikinya dan beliau juga boleh dikenali sebagai Ustaz Youtube lantaran kepopularannya pada hari ini.

Selain itu, beliau turut dipilih sebagai salah seorang daripada '500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia' oleh Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam pada 2010.

Suhaib juga telah dinobatkan sebagai 'Pemimpin Islam Sederhana' oleh Kerajaan British pada 2010 dan 2013.

Malah, Suhaib turut menjadi penggerak sayap belia untuk Muslim American Society dan juga menjadi tenaga pengajar untuk Al Maghrib Institute, universiti maya yang beroperasi 24 jam di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom.

Insiden jenayah berkumpulan

Suhaib memeluk agama Islam pada 1992, ketika itu beliau berusia 20 tahun.

Insidennya dikejar oleh kereta peronda polis dan terselamat daripada ditembak atas jenayah berkumpulan yang mereka lakukan menjadi titik tolak akan penghijrahannya.

Baginya, kejadian berkenaan adalah satu 'siren amaran' yang kuat kepada buat dirinya agar sedar sebelum segala-galanya terlambat.

"Saya benar-benar sedar sejak kejadian itu dan tidak ada cara atau jalan lain kecuali memeluk Islam bagi memastikan saya tidak lagi terjerumus dalam kancah jenayah," katanya.

Setelah itu, beliau berhenti dari menjadi DJ dan mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti of Central Oklahoma di dalam bidang pendidikan.

Pengajiannya kemudian diteruskan di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir selama enam tahun bermula pada 2004 dalam bidang Syariah.

"Saya mempelajari dan menghafal al-Quran di Mekah daripada seorang ilmu agama terkenal, Sheikh Abu Mustafa,

"Saya juga pernah menjadi guru agama dan mengajar di AS dan United Kingdom," kata pendakwah bebas ini.

Namun tidak sahaja beliau belajar di universiti bagi melengkapkan keperluan pendidikan rasmi, bagi yang tidak rasmi Suhaib belajar mengenai Islam dan bahasa Arab secara persendirian dengan seorang ulama dari Senegal.

Kini, beliau adalah Imam Masjid Boston di Pusat Masyarakat Islam dan Kebudayaan Boston (ISBCC), masjid yang terbesar di wilayah New England, Amerika Syarikat.

Hos Reflections

Menjadi antara peneraju awal bagi rancangan agama popular masa kini, Reflections di TV Al Hijrah (saluran 114), Suhaib berjaya mengumpulkan peminatnya tersendiri.

Maka tidak hairanlah, rancangan itu yang kini bakal memasuki musim ke-16 dan 17, sejak mula diperkenalkan hampir tiga tahun lalu, masih lagi mengekalkannya sebagai hos rancangan.

"Dulu, saya membesar dengan pengaruh yang disiarkan oleh saluran TV MTV, maka tidak menghairankan yang lahir adalah generasi MTV.

"Jadi, kita perlu mengambil kesempatan sepenuhnya demi membentuk generasi Islam yang terbaik terutama daripada kalangan anak muda kita hari ini," katanya.

Sebagai bekas DJ, beliau masih lagi menggunakan kemahiran dalam berkomunikasi itu bagi menarik perhatian penonton.

Dalam rancangan itu, Suhaib mengupas surah-surah dalam al-Quran dari pelbagai aspek, terutama dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian umat Islam.

Beliau tidak sahaja mengeluarkan pendapat, malah berkongsi dengan ulama-ulama dan tokoh ilmuan Islam lain bagi memberikan perspektif lebih luas kepada penonton.

"Konsep dan pemahaman ajaran Islam secara terperinci dengan terjemahan ayat-ayat suci al-Quran akan didedahkan kepada semua penonton," katanya.

Reflections musim baharu akan ditayangkan menjelang Mei nanti. - SH 7/3/14

Adun PKR Berdepan Tindakan Saman Keluarga Anggota Polis

Posted: 06 Mar 2014 07:23 PM PST



Keratan status laman sosial Raja Nor Atiqa iaitu anak kepada Allahyarham Koperal Raja Aizam yang ingin mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menghina kematian bapanya semasa bertugas pada Khamis.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berdepan tindakan saman daripada keluarga Allayarham Koperal Raja Aizam Raja Mohet, 54, berikutan tweetnya yang didakwa berunsur hinaan.
Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam entri tweeternya dilaporkan berkata, " penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah..." yang dipercayai merujuk kepada kejadian yang menimpa Raja Aizam.
Dalam kejadian pada Selasa, Allahyarham Koperal Raja Aizam meninggal dunia manakala rakan setugas beliau dari unit kereta peronda cedera selepas diserang dua lelaki, dipercayai warga Indonesia di Taman Sentosa, Klang.
Tindakan untuk menyaman Dr Afif telah dimuatnaik oleh anak perempuan Allahyarham menerusi status laman sosial Facebook Raja Nor Atiqa pada petang Khamis.
Menurut status tersebut Raja Nor Atiqa hanya berkata, "kami akan saman demi arwah abah."
Sebelum itu, pada tengah hari Khamis, Raja Nor Atiqa dalam statusnya turut memberi peluang kepada Dr Afif untuk meminta maaf secara terbuka sebelum keluarganya memutuskan untuk mengambil tindakan saman.
Bagaimanapun akibat tiada permohonan maaf, wanita terbabit mengeluarkan status terbaru untuk mengambil tindakan saman malu.
Status Raja Nor Atiqa selain itu turut mendapat sokongan moral pengguna laman sosial yang mahu keluarga Raja Aizam mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat PKR terbabit bagi memberi pengajaran kepada ahli politik lain.

Masa depan Anwar berkubur?

Posted: 06 Mar 2014 07:22 AM PST


Kini baru difahami mengapa tarikh penamaan calon dan hari pengundian pilihanraya kecil DUN Kajang dilewatkan sehingga menghampiri tempoh 60 hari yang dibenarkan oleh undang-undang. Walaupun SPR dimaklumkan mengenai tarikh kekosongan DUN Kajang pada 27 Januari 2014 tetapi tarikh penamaan calon hanya ditetapkan pada 11 Mac manakala hari pengundian pula pada 23 Mac.

Ini bermakna jarak masa antara tarikh kekosongan DUN Kajang dengan hari penamaan calon ialah selama 44 hari manakala dengan hari pengundian pula ialah 56 hari.

Walaupun kelewatan ini menimbulkan sedikit keanehan, namun Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof memaklumkan ianya berlaku kerana SPR tidak menjangka langsung akan ada pilihanraya kecil ini manakala SPR pula sedang sibuk menumpukan kepada tugas-tugas lain.


Jika tanggalan dulu tarikh itu sengaja dilewatkan untuk meletih dan membuat Anwar kepenatan, rupa-rupanya terdapat agenda lain yang lebih besar disebaliknya.

Hari ini dan esok iaitu 6 dan 7 Mac akan berlangsung perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan berhubung pembebasan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini. Oleh kerana perbicaraan hanya ditetapkan selama dua hari dan keputusan sama ada bersalah atau tidak akan diputuskan pada petang 7 Mac bersamaan hari Jumaat atau pada hari Isnin.
Tetapi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sin Tze Tzin meramalkan hakim hanya akan memberikan keputusannya pada petang Isnin kerana pada pagi Isnin, 10 Mac adalah hari pembukaan sessi Parlimen yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong di mana Anwar, peguam Karpal Singh dan beberapa yang lain terpaksa menghadiri berada di Parlimen pada sebelah paginya.

Bagi Sin Tze Tzin, dengan keputusan dijangka pada petang Isnin dan jika Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, maka proses rayuan tidak dapat dilakukan pada petang tersebut kerana sudah melewati waktu pejabat. Ia seterusnya akan menyebabkan Anwar ditahan di penjara sehingga rayuan menangguhkan hukuman ke Mahkamah Persekutuan yang hanya akan dapat dilakukan pada keesokan harinya, 11 Mac.

Oleh kerana 11 Mac juga ditetapkan sebagai hari penamaan calon pilihanraya kecil Kajang dan Anwar harus menyelesaikan proses rayuannya terlebih dahulu, Sin Tze Tzin menjangkakan kebarangkalian adalah tinggi bahawa Anwar tidak sempat mengemukakan borang pencalonannya ssbagai calon pilihanraya tersebut.

Pada 11 Mac sebelah petang juga Anwar dijadualkan berucap di Parlimen membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong. Kiranya Anwar didapati bersalah, bermakna Anwar bukan saja tidak dapat menjadi calon di Kajang, bahkan juga terlepas daripada berucap di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.

Tanpa ragu-ragu juga Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata bahawa prosiding kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan yang ditetapkan di saat-saat akhir dan tarikh penamaan calon Kajang juga ditetapkan begitu lewat olrh SPR, ia seolah-olah langkah politik BN untuk menamatkan hayat politik Anwar.

Sekali imbas, pertembungan tarikh ini dilihat seperti disengajakan untuk menghalang Anwar bertanding di Kajang dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor. Tergambar bahawa ada ketakutan di pihak BN dan Najib Razak terhadap langkah KajangMove yang dilakukan oleh Anwar ini.

Dan sekiranya benar seperti yang dijangkakan bahawa akhirnya Anwar didapati bersalah, maka sahihlah segala yang diramalkan itu. Cuma, apakah benar jika Anwar didapati bersalah, dipenjarakan sekali lagi dan dihalang daripada bertanding di Kajang, kebangkitan rakyat akan mati dan PR juga akan berkubur?

Atau mungkinkah dengan segala halangan ini akan menyebabkan kebangkitan rakyat lebih membara lagi?

Jika ini yang berlaku, sama ada Anwar dihalang atau tidak, riwayat Najib dan BN tetap tidak selamat juga?

Tetapi bagaimana pula jika keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Anwar tidak bersalah? Sudah tentu semangat Anwar dan penyokong PR akan melonjak lebih tinggi, bukan saja untuk menghadapi pilihanraya kecil Kajang tetapi juga menuju Putrajaya menjelang pilihanraya 2018 nanti. Dalam masa yang sama, sudah tentu juga sekali lagi Najib dan BN didakwa mempunyai niat jahat membawa Anwar ke mahkamah dalam kes liwat ini kerana terbukti sudah dua mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepadanya.

Meskipun mungkin ada yang beranggapan bahawa jika Anwar dipenjarakan sekali lagi, bukan saja masa depan politiknya akan berkubur, malah tempoh hayat politik BN diramalkan akan terus berkekalan tetapi jangkaan ini tidak semestinya betul. Dengan pelbagai masalah dihadapi rakyat, kebencian terhadap perangai pemimpin politik yang sudah membara sekian lama serta kesedaran rakyat makin meninggi sekarang ini, memenjara dan menghalangnya daripada bertanding mungkin juga akan menghasilkan natijah yang songsang.

Maknanya, lagi Anwar dihalang dan lagi beliau dipenjarakan, lagi membara kebangkitan rakyat. Ini kerana kebangkitan ini bukan lagi berkaitan dengan Anwar semata-mata tetapi sudah menyeluruh mengenai kesedaran rakyat mengenai hak yang sepatutnya lebih baik boleh diperolehi daripada sesebuah kerajaan berbanding sebelum ini. Anwar dan PR sebenarnya hanyalah alat kepada rakyat.

Sama ada keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah atau sebaliknya, ia sebenarnya tetap tidak berupaya memulihkan imej dan keyakinan rakyat terhadap Najib serta kerajaan. (SH 06/03/2014) 

Teresa perlu sedia hadapi kemungkinan

Posted: 06 Mar 2014 03:18 AM PST

GEORGETOWN - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku berikutan tindakannya yang mengundang kemarahan rakyat.

Ketua Pembangkang Dun, Datuk Jahara Hamid berkata, Teresa perlu berani menghadapi cabaran daripada orang ramai kerana sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan mereka.

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Beliau dah keluarkan kenyataan kontroversi, maka sekarang kena terimalah apa saja kemungkinan. Jangan tahu cakap saja, bila dimarahi rakyat, nak tuduh pihak lain pula.

"Kenyataan yang dibuat telah mengganggu emosi rakyat, jadi apa yang beliau jangkakan? Adakah beliau jangka orang akan gembira atau berdiam diri (dengan kenyataan itu)? Bila emosi terganggu, sudah pasti rakyat akan bertindak," katanya kepada media pada majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2014-2016 hari ini.

Malam kelmarin, ceramah PR di Taman Cermai, Permatang Pauh yang dihadiri Teresa Kok bertukar kecoh apabila beliau 'dihadiahkan' sebiji telur ayam  oleh  seorang lelaki tidak dikenali.

Ketika kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Teresa baru  selesai berceramah dan duduk bersebelahan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang turut hadir di bawah khemah di tepi pentas.

Beliau  kemudian dihampiri seorang lelaki yang mahu bersalam dengannya dan  ketika menghulurkan tangan, telur ayam yang berada dalam gengaman lelaki berkenaan pecah dan mengenai tangan Teresa yang juga Pengerusi DAP Selangor.

Keadaan menjadi kecoh apabila orang ramai beranggapan Teresa ditampar dan penyokong pakatan pembangkang bertindak mengepung lelaki berkenaan dan memukulnya.

Teresa yang kelihatan terkejut dengan kejadian itu kemudian diiringi ke tandas berhampiran dengan kawalan ketat untuk mencuci tangan dan segera meninggalkan tempat berkenaan dengan sebuah kereta.

Terdahulu, ketika berceramah, Teresa turut menayangkan semula video ONEderfull Malaysia CNY 2014' yang mencetuskan kontroversi dan meminta kira- kira 200 orang yang hadir membuat penilaian terhadapnya.

Menurutnya, video berkenaan hanya menampilkan isu semasa yang  berlaku dalam negara dan disampaikan secara komedi dan tidak menghina mana- mana pihak. - SH 6/3/14

PR Sekat Khalid Tandatangan Perjanjian Air Dengan Pusat

Posted: 05 Mar 2014 11:26 PM PST

KUALA LUMPUR: Nasib Memorandum Persefahaman (MoU) perjanjian pengstrukturan semula air di Selangor dan Wilayah Persekutuan kini menjadi tanda tanya selepas pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada Rabu mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan kerajaan pusat tanpa kelulusan mereka.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Khalid perlu menjelaskan beberapa butiran perjanjian MoU serta mendengar pandangan-pandangan daripada Majlis Pimpinan PR sebelum menandatangani perjanjian tersebut.
"Kita minta Tan Sri Abdul Khalid lebih teliti terutama dalam kenyataannya tentang perjanjian yang bakal ditandatangani.
"(Khalid) Harus diberikan penjelasan yang lebih terperinci tentang kesan (perjanjian) kepada Selangor, soal tarif dan beberapa aspek perjanjian termasuk Langat 2 kepada pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ditandatangani...kalau lepas tandatangan (penjelasan) tak ada makna dah," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini, Rabu.
Hadir sama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Kongres Khas DAP, Anthony Loke.
Anwar berkata, tiga wakil PR telah dihantar untuk mengadakan perbincangan dan menyatakan pandangan mengenai perjanjian air dengan Khalid.
Mereka ialah Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang turut hadir pada mesyuarat sebelum sidang media diadakan.
"Ketiga-tiga mereka kini dalam perjalanan bertemu Tan Sri Abdul Khalid," katanya.
Anwar berkata, ketika sidang media berlangsung, Khalid sedang memberikan taklimat terperinci kepada ahli-ahli Parlimen dan Adun-Adun di Selangor mengenai MoU penstrukturan air dengan Kerajaan Persekutuan.
Beliau menjelaskan, PR secara dasarnya menyokong rundingan penstrukturan semula air di Selangor dengan kerajaan Persekutuan.
Beliau juga mengakui tanpa rundingan, kepentingan rakyat Selangor dari segi bekalan air akan terjejas dalam jangka masa panjang.
"Tetapi kita juga ada kebimbangan dan faktor-faktor yang perlu dipertimbang
"Pandangan bebas perlu dilihat. Ini bukan setakat MOU tetapi perjanjian dikepilkan bersama. Persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu, kita sokong secara prinsipnya," katanya.
Mengenai MoU tersebut, Anwar mengakui belum melihat kandungannya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau telah menasihatkan Khalid sebelum ini supaya berhati-hati dalam memeterai perjanjian kerana ia melibatkan kepentingan jangka panjang rakyat Selangor.
Tambahnya, PR tidak bermaksud untuk menyulitkan lagi keadaan.
"Jangan sulitkan lagi keadaan, bukan semua (perkara) kena rujuk (Majlis Pimpinan PR), kita tak pernah ganggu tetapi ini melibatkan manifesto, melibatkan Langat 2.
"Ada beberapa perkara perlu diteliti...peruntukan yang masih lagi samar-samar," tegasnya.
Dalam pada itu Anwar juga memberitahu bahawa beliau telah memaklumkan kepada Khalid supaya meminta tempoh daripada Kerajaan Persekutuan sebelum menandatangani perjanjian tersebut.
Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu munasabah dalam menetapkan tempoh perjanjian.
"Takkan malam pukul 11 telefon, esok pagi pukul 10 suruh tandatangan dokumen perjanjian yang melibatkan nilai RM9.6 bilion atau 11 bilion," katanya.  mStar 

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Fitnah Liwat II: Najib turut terjejas jika Anwar didapati bersalah

Posted: 06 Mar 2014 09:03 PM PST

Karier politik  Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin terjejas jika beliau didapati bersalah berikutan kes liwatnya namun ia juga boleh membatalkan pelan rekonsiliasi nasional yang dianjurkan oleh perdana menteri, lapor The Edge Review hari ini.
Penyabitan Anwar akan menyebabkan tamatnya pelan yang bertujuan untuk meredakan ketegangan politik, kaum dan agama dan juga bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Seorang pemimpin Umno berkata, perbincangan Najib dengan pembangkang untuk melaksanakan pelan ini tidak disenangi oleh pemimpin parti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan menjadi ketua perunding beliau dengan pemimpin pembangkang sejak pertengahan 2013 dan perbincangan dikatakan berjalan lancar.
Bagaimanapun, kumpulan dalam Umno yang menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menentang perbincangan itu.
"Jika Anwar dijatuhkan hukuman, sebarang pelan rekonsiliasi boleh dicampak keluar. Najib tidak akan ada lagi rundingan perpaduan sebagai jaminan politik," kata seorang pemimpin kanan PKR.
Mahkamah Rayuan dijangka membuat keputusan terhadap rayuan Putrajaya untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau daripada dakwaan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, hari ini.
Peguam dan pemimpin pembangkang menjangkakan hukuman bersalah untuk Anwar, lapor The Edge Review hari ini.
Keputusan ini secara automatik akan menafikan hak Anwar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang hujung bulan ini.

Pertanyaan Untuk KDN, Berapa Banyak Huru-Hara dan Murtad Kerana Ultraman?

Posted: 06 Mar 2014 08:30 PM PST

Tindakan Kementerian Dalam Negeri semalam mengharamkan buku Ultraman The Ultra Power atas alasan buku tersebut mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam telah dijadikan bahan jenaka di media sosial dengan rata-ratanya menyindir dan mengeluarkan pelbagai tafsiran di sebalik tindakan kerajaan itu.

Oleh kerana KDN tidak menyebut secara jelas sebab-sebab pengharaman itu, maka semua orang membuat pelbagai andaian sendiri mengenainya. Ada yang memberi hujahan serius, namun kebanyakannya lebih berbentuk sindiran atau lawak jenaka kerana siri Ultraman sendiri adalah karya animasi daripada Jepun yang begitu diminati oleh kanak-kanak.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sendiri menyoal keputusan KDN itu dengan bertanya, "Apa salah Ultraman?" manakala bekas Ahli MT UMNO, Saifuddin Abdullah jelas tidak bersetuju dengan tindakan KDN itu dengan menulis di twitternya, "saya dari dulu tak setuju dengan kecenderungan mengharamkan buku. Kalau tak setuju, tulis buku lain untuk bidas."

Tetapi melalui fakta yang disebarkan mengenai kandungan buku tersebut, pengharaman KDN itu adalah dipercayai kerana adanya penggunaan nama Allah di dalamnya di mana Ultraman King yang dianggap paling berkuasa dan dihormati dilabelkan sebagai "Allah" atau Elder kepada semua wira ultra.

Jika ini alasan pengharaman itu, jelas bahawa ia hanyalah kesilapan teknikal di mana penulis telah melakukan "direct translation" daripada karya asal buku tersebut tanpa penguasaan yang mendalam mengenai Bahasa Melayu dan pemahaman mengenai Islam. Lebih mungkin penulisnya hanya melakukan terjemahan secara langsung tanpa pindasn melalui Google di mana "Elder" telah ditafsirkan sebagai "Allah".

Sekiranya penterjemah atau penerbit buku ini memahami bahasa Melayu, budaya Islam atau ia seorang yang beragama Islam, penggunaan nama Allah ini pasti tidak berlaku.

Dalam hal ini, tindakan KDN mengharamkan buku tersebut seolah-olah ia suatu keputusan besar yang menggambarkan ketegasan kerajaan dalam menjaga ketenteraman awam, nyata suatu kesilapan dan sesuatu yang berlebih-lebihan. Sementara banyak bahan penerbitan lain yang dibiarkan berleluasa seperti artis bergambar lucah dan sebagainya dalam pelbagai bentuk majalah dan penerbitan lain, kerajaan juga gagal bertindak sewajarnya dalam isu Syiah, golongan anti hadis dan ajaran sesat yang begitu menjadi barah dalam masyarakat sekarang ini.

Read More / Baca Lagi >>

Ulama bimbang ada halangan turun hujan rahmat

Posted: 06 Mar 2014 08:09 PM PST


KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan berhimpun sejak jam 4.30 pagi tadi di Padang Perdana, di sini untuk bermunajat dan menunaikan solat istisqa memandangkan kemarau agak panjang melanda Kelantan sejak awal tahun ini.

Cuaca di awal pagi  begitu dingin sehingga sehingga ramai yang datang memakai jaket. Suasananya seperti awal Januari lalu. Biarpun cuaca agak sejuk, namun hujan tidak turun menyebabkan bendang kelihatan merekah.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob meminta rakyat Kelantan merapatkan hubungan dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

"Kalau ada yang rasa bersalah hendaklah minta maaf. Ini kerana sudah ada sesuatu yang tidak kena sehingga Allah Taala tidak  menurunkan hujan yang akan memberi rahmat kepada semua termasuk  manusia, ternakan dan tumbuh-tumbuhan.

"Kalau ditengok kepada syarat-syarat solat Istisqa, menuntut umat Islam banyak beristighfar, menderma, puasa sunat dan mengeratkan perpaduan bagi mengelakkan ada halangan turunnnya rahmah dari Allah Taala," katanya pada program tersebut.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat. Ruang padang penuh dengan kehadiran orang ramai biar pun masih awal pagi.

Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus menganggarkan kira-kira 10,000 orang berada di ruang padang menjelang solat Subuh.
Read More / Baca Lagi >>

Getah: Majoriti bawah paras kemiskinan, kais pagi makan pagi

Posted: 06 Mar 2014 08:08 PM PST


KUALA LUMPUR: Majoriti penoreh getah di seluruh negara berada di bawah paras kemiskinan apabila pendapatan bulanan mereka hanya sekitar RM500 hingga RM600 sebulan.

Menurut Pengerusi Gerakan Pekebun Kecil Getah Gen 2, Kampung Nyalas, Melaka, Abdul Halim Majid, kejatuhan harga getah sehingga RM2.40 sekilogram ditambah musim kemarau amat menjejaskan pendapatan harian dan bulanan penoreh getah.

Lebih terjejas ialah pekebun kecil getah yang mengupah orang lain menoreh getah kerana hasil yang tidak seberapa terpaksa dibahagi dua.

"Dengan kejatuhan harga getah sekarang memang rata-rata pekebun kecil yang memiliki kebun sekitar empat hingga lima ekar memang di bawah paras kemiskinan.

"Mereka dengan pendapatan RM500 hingga RM600 sebulan. Itu yang kebun sendiri dan usahakan sendiri. Bagi yang kebun sendiri tapi tak mampu nak usahakan sendiri dan minta orang lain usahakan, terpaksa bahagai dua jadi masing-masing dapat RM200 hingga RM300 sebulan," kata beliau ketika ditemui selepas sesi dialog bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Jalan Ampang, dekat sini semalam.

Sesi dialog dan penyerahan meorandum itu turut diwakili Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat.
Read More / Baca Lagi >>

Ceramah Isu Semasa TERBARU Abg Mat Sabu | 4 Mac 2014

Posted: 06 Mar 2014 07:38 PM PST

Tok imam & makmum bodo gi masjid - Ust Azhar Idrus

Posted: 06 Mar 2014 07:34 PM PST

Kaedah PELABURAN Yang Diharuskan Syarak - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Mar 2014 07:32 PM PST

Cukur Jambul & Timbang Rambut Bayi..Adat Daripada Ibadat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Mar 2014 07:26 PM PST

TG Nik Aziz ucap tahniah, keluar Umno jika lawan hudud

Posted: 06 Mar 2014 06:55 PM PST

KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Adun Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang sanggup keluar dari Umno jika pemimpin parti itu menentang hukum hudud.

"Saya ada di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam ketika seorang Adun Umno dari Kok Lanas, Datuk Alwi menyatakan sokongan terhadap hukum hudud dan sanggup keluar dari Umno jika pemimpin Umno menentang hukum ini," tulis beliau yang merupakan Adun Chempaka menerusi facebook.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS sangat menghargai sokongan seperti itu dan itulah sikap sepatutnya yang wajib diambil oleh seorang Muslim.

"Tahniah saya rakamkan kepada beliau, harapan saya agar inilah juga pendirian pimpinan Umno Pusat.

"Semoga halangan-halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan akan hilang satu demi satu, Insya Allah," ujar beliau lagi.

Isu Melayu murtad: Perlu usaha lebih menyeluruh

Posted: 06 Mar 2014 06:53 PM PST

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

Sehari dua ini negara digemparkan oleh beberapa keping gambar yang diedarkan di alam maya melalui Facebook, berbaur hasutan terhadap pihak yang dituduh berusaha memurtadkan orang Melayu dengan memeluk agama Kristian.
Walaupun gejala murtad memang wujud tetapi membesar-besarkannya dengan  menggunakan gambar yang tidak berkaitan adalah perbuatan pemalsuan yang tidak bertanggungjawab.
Allah melarang keras pembohongan sebagaimana yang difirmankan di dalam ayat 105 Surah al Nahl dan melalui hadis Nabi Muhammad:"Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku." (Abu Hurairah).
Sebagai umat Islam di negara yang kita kasihi ini, kita perlu mengambil pendekatan berdakwah dengan hikmah seperti mana firman Allah dalam Surah An Nahl 125 yang bermaksud:"Dan serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat peringatan yang baik dan perbahasan yang terbaik."
Gejala murtad di Malaysia perlu ditangani secara menyeluruh dengan menyelesaikan punca sebenar seorang umat Islam tergamak untuk meninggalkan agama Islam.
Berdasarkan pengalaman mereka yang terlibat memberi khidmat nasihat kepada pemohon murtad di beberapa negeri, didapati gejala ini adalah gejala yang parah, tetapi majoriti yang memohon keluar daripada Islam adalah saudara baru dan bukan bangsa Melayu.
Ikram menyeru umat dan badan-badan Islam untuk melaksanakan tanggungjawab persaudaraan sesama kita, berdakwah kepada yang belum Islam dan mengambil berat tentang kebajikan saudara baru sebagai usaha untuk memelihara kesucian agama Islam dan membendung gejala murtad di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Kassim Ahmad: Cara solat yang diamalkan semua orang sekarang ni tak betul, tak ada dalam Quran...adakah KDN masih mencari bukti gred AA+++..!!!!

Posted: 06 Mar 2014 05:56 PM PST

 

Zamihan Khan sempat tunjuk isyarat

Kassim Ahmad dikunjungi ramai kenalan dan taulan ketika mengalami masalah kesihatan. Berikut adalah antara gambar kenangan yang sempat dirakam dalam kunjungan rakan-rakan dan sahabat handai beliau.


Kassim Ahmad dan pengangan beliau terhadap Islam mendapat kritikan ramai. Beliau adalah antara individu yang menolak hukum yang menetapkan bahawa hijab itu wajib bagi wanita Islam. Beliau mendakwa tidak ada perintah berhijab atau menutup rambut terdapat dalam Al Quran.
Selain menolak hukum menutup rambut sebagai wajib ke atas wanita Islam, Kassim Ahmad juga berfahaman bahawa shahadah kedua umat Islam adalah mendewa-dewakan Nabi Muhammad dan ulama adalah tiruan sistem kasta paderi kristian.

Ideaological revolution in Borneo

Posted: 06 Mar 2014 05:53 PM PST

Malaya's failure to understand the underlying issues in Sabah and Sarawak may well be Umno's Achilles heel in the Borneo states.

Sabah Sarawak UMNOThe majority of Sabahans and Sarawakians that were born in late 80's and early 90's are now aware of the unwritten history of Sabah and Sarawak.
Thanks to the tireless efforts of the mostly faceless and nameless Sabah and Sarawakian nationalists who have scoured and dug through the historical and colonial archives in Kota Kinabalu, Kuching and London.
I believe these nationalists have a better grasp of the history and a more complete record of data on the formation of Malaysia compared to all the university history professors combined.
These data also include secret correspondences, private letters and memoirs written by those who have worked and stayed in Sabah and Sarawak during those periods.
These nationalists managed to not just understand the narratives but also embrace the emotions and conscience of the people at that time.
In bits and pieces they quietly and continuously post these papers and findings in the alternative media, specifically Facebook educating people on the truth.
Whilst these groups are varied, their arguments – that Sabah and Sarawak were tricked into forming Malaysia – are consistent.
This ideological revolution has gained traction amongst the youth of Sabah and Sarawak.
It is therefore not surprising that when former Sarawak chief minister Taib Mahmud told Sarawakians to reject Umno and said that the status quo of the Malaysia Agreement 1963 stays, there was overwhelming support from the people in Sabah and Sarawak.
The youth in Sabah and Sarawak are throwing their weight behind Taib and his team.
And this is critical in two ways.
Umno's Achilles heel
Read More / Baca Lagi >>

SHOW-OFF SHAFEE tries to steal Anwar's glamor but falls flat with HOLLOW RHETORIC

Posted: 06 Mar 2014 05:51 PM PST

by Kim Quek

In the Court of Appeal on Mar 6, lead prosecutor Muhammad Shafee Abdullah made a series of false claims against the judgment given by High Court Judge Mohamad Zabidin Mohd Diah ("the Judgment") who freed Anwar Ibrahim of a sodomy charge on Jan 9, 2012.
The crux of Shafee's submission is that Judge Zabidin had mistakenly thought that the individual plastic receptacles containing the DNA samples were tampered with when in fact it was only the plastic bag containing these individual receptacles that was cut open. Shafee further claimed that based on this singular issue, the judge acquitted Anwar on the erroneous ground that the integrity of the DNA samples were compromised.
SHOW-OFF SHAFEE tries to steal Anwar's glamor but falls flat with HOLLOW RHETORICShafee's allegation of Zabidin's so-called misconception is completely unfounded. The Judge was not only well aware of the true facts, he in fact went at length to explain why tampering of the plastic bag by Investigation Officer Jude Blacious Pereira had seriously damaged the credibility of the samples.
In Para 204 of the Judgment, Zabidin related the prosecution evidence that all DNA samples were collected and put individually in plastic receptacles labelled and sealed with Kuala Lumpur Hospital seal. And these receptacles were then put in tamper-proof Hospital Kual Lumpur plastic bag and heat sealed.
Zabidin further said in Para 205 that the prosecution had claimed that despite the unauthorised opening of the plastic bag, the integrity of the samples were not compromised because the receptacles were individually sealed with Hospital Kuala Lumpur seal. But this prosecution claim was refuted by defence witness Professor Dr. David Lawrence Wells, who after examining the sealed receptacles, said that the receptacles were not tamper proof, as the seal could be removed and re-sealed from the manner in which they were sealed and from the materials used as seals. Judge Zabidin hence concluded that with such tampering of the plastic bag, which was the only tamper-proof container, the integrity of the samples was gone.
DNA SAMPLES COMPROMISED
Apart from tampering of the plastic bag, the other fatal flaw of the DNA samples pointed out by Judge Zabidin was the extraordinarily lengthy time lapse before the semen were extracted from complainant Mohd Saiful Bukhari Azlan Saiful's body. Quoting from the Australian experts, Zabidin said that it is near impossible to collect any specimen of value from which DNA could be extracted beyond 36 hours after sexual assault, hence the common practice of not collecting such samples; but to do so after 56 hours as in this Saiful case, it is unheard of. The problem was compounded when officer Pereira failed to have the samples frozen and air-dried as instructed, rendering the samples easy prey for bacterial attack and serious degradation that would surely have destroyed any trace of DNA.
But in spite of all these adverse factors, prosecution tendered a chemical report that described the DNA obtained from Saiful's body was in "pristine condition". So, isn't prosecution asking the court to believe in something that does not seem to be remotely plausible?
INVESTIGATING OFFICER'S CONDUCT SUSPICIOUS
Shafee said officer Pereira had followed standard operating procedure, and that it was impossible for him to tamper with the DNA samples, but neither he nor Pereira has satiated the court's curiosity over the following puzzling issues:
Read More / Baca Lagi >>

Sanggup keluar Umno jika Najib tolak hudud, kata Adun BN Kelantan

Posted: 06 Mar 2014 05:48 PM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad daripada Barisan Nasional (BN) menyatakan pendiriannya untuk sedia berhenti menyokong parti pemerintah jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud.
Alwi membuat persetujuan berkenaan setelah diajukan soalan oleh exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan ketika memberi penjelasan mengenai usaha pelaksanaan hudud di negeri itu.
"Adakah sekiranya perdana menteri menolak sokongan mendapatkan kebenaran pelaksanaan hudud di Kelantan, pembangkang di sini hendak keluar BN?" soalnya.
"Setuju. Kalau benar halangan pelaksanaan hudud di Kelantan berpunca daripada pemimpin Umno, saya pun tidak akan berada lagi dalam politik Umno," kata Alwi seperti dilaporkan portal Harakahdaily.
November lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu pertemuan bersama Najib turut membincangkan isu hudud dan susulan pertemuan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut bagi melihat halangan pelaksanaan hudud.
Semalam, Ahmad ketika menggulung perbahasan ucapan menjunjung kasih titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkata, pihaknya sedia untuk mengatur satu lagi pertemuan bersama Najib bagi memastikan Kelantan boleh melaksanakan hudud.
"Saya tidak pernah takut untuk berjumpa perdana menteri bagi mendapat sokongan pelaksanaan hudud di Kelantan," katanya.
Sidang DUN semalam menyaksikan Alwi membuat gesaan sama untuk bertemu Najib untuk berbincang mengenai hal ehwal hudud di negeri itu.
"Kita hendaklah berpakat penyokong kerajaan dan pembangkang pergi jumpa perdana menteri untuk mendapat laluan bagi melaksanakan hudud di Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Kajang: Satu godaan untuk Isma?

Posted: 06 Mar 2014 05:43 PM PST

Dr A Z Zul

Kehangatan PRK Kajang semakin menyengat melebihi kepanasan kemarau dan cuaca kering. Ibarat cucuk-cucuk sate yang disapu minyak diletakkan di atas api yang membara akibat dikipas bertalu-talu.
Bermula dengan krisis antara Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, perletakan jawatan Adun Kajang dan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding menjadikan Kajang sebagai lokasi strategik yang perlu diberikan perhatian oleh politikus bercita-cita besar.
Zaid Ibrahim bijak melihat peluang dan terus mencabar Anwar. Barisan Nasional (BN) pula kelihatan mempunyai strategi sendiri apabila tetap meletakkan calon berbangsa Cina, Ma Fun sebagai harapan mereka di Kajang.
Strategi yang agak pelik kerana di Kajang, demografik yang paling tinggi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah daripada bangsa Melayu dan demografik ini paling pantas berkembang jumlahnya.
DI MANA PEMBELA MELAYU SEJATI?
Persoalan yang sering ditanya sebahagian penduduk Kajang ialah "adakah PRK Kajang akan menyaksikan persaingan baru daripada aliran "pejuang Melayu Islam" yang mana Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) adalah kumpulan paling menonjol daripada aliran tersebut?
Bacaan dan analisis kami di Strata yakin Isma tidak akan mensia-siakan peluang besar ini dan tergoda untuk masuk gelanggang meletakkan calon mereka berdasarkan kepada 7 logik berikut, bak kata P.Ramlee, "cobaaan"…
1. Kajang adalah "sanctuary" Isma. Tanah tumpah darah dan tanah mereka menumpang tuah. Di Kajanglah mereka memulakan gerakan doktrin dan operasi survival harian mereka. Ini boleh dibuat telahan daripada kewujudan pejabat operasi mereka, dan pejabat serta berselerakan bunting dan banner gantung sebuah badan kebajikan yang mengutip duit rakyat Malaysia atas nama Palestine yang satu ketika dulu pernah dibayangi kontroversi. Pada PRU13 lalu, Kajang adalah salah satu  gelanggang Isma melonjakkan agenda politik mereka.
Pendeknya, tidak ada sebab untuk Isma tidak terlibat dulu, kini dan selamanya. Tiada kumpulan politik yang waras akan meninggalkan gelanggang mereka bermain dan berlatih selama ini, semata-mata untuk dibiarkan direbut oleh kumpulan lain, apatah lagi semua mereka adalah pendatang di bumi Kajang. Hanya Isma layak dikira anak jati dan anak jantan di Kajang..
2. Isma membuka langkah dan berjaya menembusi pasaran dalam ujian pertama di PRU13. Secara psikologi, mereka akan lebih berkeyakinan dan akan ada tuntutan dalaman untuk Isma berjuang dengan lebih gigih. Alah bisa tegal biasa. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Berputus asa setelah gagal kali pertama adalah satu penghinaan kepada diri sendiri.
3. Isma adalah satu-satunya badan pejuang Melayu Islam tulen yang mampu menyelamatkan akidah dan wibawa pengundi Kajang. Takkan Melayu hilang di dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi ganti Anwar di Kajang?

Posted: 06 Mar 2014 05:35 PM PST


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang juga arkitek 'Langkah Kajang' dikatakan bakal menjadi pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim di PRK Kajang jika Anwar disabitkan bersalah kes liwat di Mahkamah Rayuan. Gambar fail.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang juga arkitek 'Langkah Kajang' dikatakan bakal menjadi pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim di PRK Kajang jika Anwar disabitkan bersalah kes liwat di Mahkamah Rayuan. Gambar fail.PKR mempunyai senarai calon yang bakal mengambil tempat sebagai calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang membolehkan ketua pembangkang itu dikenakan hukuman penjara, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa barisan kepimpinan PKR mengenal pasti seorang calon – pengarah strateginya, Rafizi Ramli yang juga arkitek 'Langkah Kajang' – sebagai kemungkinan besar pilihan untuk menggantikan Anwar.
Rafizi enggan mengulas berhubung kemungkinan menjadi calon gantian, dengan berkata ia terpulang kepada Anwar untuk mengumumkannya jika keadaan itu berlaku.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut menafikan ada rancangan luar jangkaan jika Anwar didapati bersalah.
Seorang lagi sumber dalaman parti mengakui mereka mempunyai calon siap sedia tetapi enggan mengulas lanjut.
"Kita juga melihat ahli parti lain yang berpotensi dan boleh dicalonkan untuk mempertahankan kerusi itu," seorang lagi sumber memberitahu The Malaysian Insider.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan dan mengundi pada 23 Mac.
Rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Anwar kini sedang didengar di Mahkamah Rayuan.
Keputusan dijangka diketahui seawal hari ini atau selewat-lewatnya pada Isnin, sehari sebelum hari penamaan calon.
Apa yang boleh Anwar harapkan ialah mahkamah menunda penghakiman itu pada tarikh akan datang bagi membolehkan panel hakim meneliti hujahan kedua-dua pihak daripada pendakwaan dan pembelaan.
Sepanjang tempoh dua minggu lalu, Anwar berperang di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, terutama untuk mengenepikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada menjadi pendakwa dalam kes liwatnya, tetapi tidak berjaya.
Peluang terakhirnya untuk menghentikan Shafee sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes liwatnya ialah dengan memfailkan permohonan penangguhan interim di Mahkamah Persekutuan pada Rabu lalu, dan itu juga ditolak.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor tubuh jawatankuasa khas teliti perjanjian air, kata Azmin

Posted: 06 Mar 2014 05:34 PM PST

Kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menubuhkan jawatankuasa khas terdiri daripada peguam bebas untuk meneliti kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) air antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri tersebut.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata meskipun pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) bersetuju dengan kandungan MoU berkenaan secara prinsipnya, keutamaan terhadap keadilan rakyat turut menjadi perhatian kepimpinan parti kerajaan di Selangor tersebut.
"Pada prinsipnya kita menerima baik kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
"Kita mendokong sebarang usaha bagi kepentingan rakyat, cuma kita mahu perjanjian itu tidak berat sebelah.
"Kita mahu perjanjian kerajaan Persekutuan itu tidak membuli kerajaan negeri," kata ahli Parlimen Gombak itu.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, pertemuan antara  Khalid dengan kepimpinan tertinggi PR sebelum ini turut menyaksikan beberapa pindaan dilakukan terhadap MoU berkenaan.
"Semalam kita bincang lanjut isi kandungan perjanjian (MoU), lebih tiga jam di pejabat menteri besar.
"Hari ini pertemuan kepimpinan tertinggi PR. Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang turut hadir. Setelah dengar penjelasan, pimpinan beri pandangan.
"Kita minta beberapa peruntukan dalam draf diteliti dan diperkemaskan. Ini diterima baik Khalid yang mewakili kerajaan negeri," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mungkinkah keputusan rayuan Fitnah Liwat II diumum hari ini?

Posted: 06 Mar 2014 05:32 PM PST

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II bersambung hari ini dengan peguam Ram Karpal meneruskan penghujahannya mengenai sampel air mani yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ram membayangkan kepada mahkamah semalam bahawa beliau memerlukan dua jam lagi untuk mengakhiri hujahnya. Beliau dijangka menyediakan hujah selanjutnya mengenai isu integriti sampel air mani itu dan kemungkinan sampel itu telah diganggu.

Tumpuan utama pihak pendakwa dan pembela bergantung ialah integriti sampel itu kerana hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar, mendapati ia tidak selamat untuk membuat sabitan kerana sampel itu mungkin telah diganggu.

Ia telah didedah di mahkamah bahawa pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira telah membuka beg plastik yang tertutup dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meletakkan 12 sampel dalam sampul surat berasingan sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia untuk dianalisis.

Walaupun peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah bertegaskan bahawa rantaian bukti tidak terjejas walaupun beg plastik dari HKL dibuka, Ram pula menyatakan sebaliknya berkaitan "keaslian" sampel air mani, walaupun diperiksa empat hari selepas kejadian yang dikatakan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Penoreh getah, aktivis rancang perhimpunan di Baling selepas demonstrasi 1974

Posted: 06 Mar 2014 05:31 PM PST



Petani dan aktivis politik merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di Baling, Kedah sekali lagi bagi menuntut kenaikan harga getah berikutan kejatuhan teruk harga komoditi utama negara itu.
Menurut sumber, ia akan diadakan sempena memperingati demonstrasi bersejarah petani dan penoreh getah di Baling pada 1974 yang digerakkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau masih melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.
Sebagai pemanas badan ke arah demonstrasi itu, pelbagai aktiviti dibuat oleh Pemuda PAS dan aktivis tani di seluruh negara menjelang perhimpunan itu.
Kejatuhan harga getah yang menjunam sejak kebelakangan ini menyebabkan ada anak penoreh getah di seluruh negara terpaksa ke sekolah tanpa membawa duit belanja dan mengikat perut.
Pemuda PAS Perak mengunjungi pejabat Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Wilayah Utara bagi membincangkan fenomena itu dan mencari jalan penyelesaian bagi menghadapinya.
"Ada di antara anak mereka yang tidak membawa duit belanja ke sekolah kerana faktor kewangan, ini ditambah pula dengan cuaca kemarau yang malanda negara menyebabkan susu getah berkurangan," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamarudin kepada LGM.
Turut serta dalam pertemuan itu ialah dua exconya iaitu Fakhrulrazi Mokhtar dan Faizal Fuad. Mereka menemui Pengarah LGM Wilayah Utara, Sabran Ibrahim.
Dalam pertemuan penuh mesra yang berlangsung hampir dua jam itu, mereka membincangkan nasib pekebun kecil yang majoritinya adalah golongan miskin tegar mesti dibela oleh kerajaan.
Antaranya mereka mencadangkan kerajaan memperkenalkan harga lantai untuk mengatasi harga getah yang tidak menentu.
"Dengan pelaksanaan ini,  nasib penoreh getah lebih terbela dan masalah miskin tegar akan dapat diatasi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Yaakub sanggup berhenti MB asalkan hudud dilaksanakan

Posted: 06 Mar 2014 03:50 PM PST

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub sanggup kehilangan jawatan Menteri Besar Kelantan asalkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Beliau membuat penegasan itu dalam sidang DUN Kelantan tengah hari ini semasa menggulung perbahasan titah ucapan di Raja.

Katanya; "saya tak apa kalau tak jadi MB asalkan hudud dilaksanakan," disambut dengan tepukan meja oleh ahli Dewan.

Penegasan dan pengakuan Ahmad itu menggambarkan beliau tulus dan serius untuk melihat hudud dilaksanakan di Kelantan sehingga sanggup mengorbankan kedudukan dan pangkat.

Ahmad juga memberi tahu dewan mengenai hasrat kerajaan berhubung hudud itu turut dibangkitkan semasa pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Najib Razak bersama beberapa Exco pertengahan November tahun lalu dalam rangka kunjungan hormat kepada orang nombor satu negara itu.

"Semasa jumpa Perdana Menteri saya ada bangkitkan sedikit perkara ini (hudud) kepadanya," jelasnya.

Bagi merealisasikan cita-cita lama kerajaan Kelantan itu, kerajaan jelasnya, mencadankgan agar diadakan muzakarah bagi mencari titik pertemuan mengatasi masalah teknikal yang menyebabkan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan seperti mana diharapkan.

Kelantan telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah II (termasuk hudud) pada tahun 2003 tetapi tidak dapat dilaksnakaan kerana masalah percanggahan dengan Perlembagaan negara serta disebabkan masalah teknikal-teknikal lain.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada pelan B, Anwar pasti bebas kes fitnah liwat II, kata Azmin

Posted: 06 Mar 2014 03:47 PM PST


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di majlis pelancaran bilik operasi Pakatan Rakyat di Sungai Kantan, Kajang, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2014.Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di majlis pelancaran bilik operasi Pakatan Rakyat di Sungai Kantan, Kajang, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2014.
Pakatan Rakyat (PR) tidak menyediakan sebarang rancangan luar jangka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana calon mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti akan dibebaskan daripada tuduhan liwat, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Azmin berkata, berdasarkan keterangan bukti dan hujah dikemukakan peguam Karpal Singh yang mewakili ketua pembangkang itu, beliau yakin Anwar akan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.
"Tiada pelan A, pelan B. Kita yakin Anwar akan dibebaskan (daripada tuduhan liwat)," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramahnya di Sungai Kantan di Kajang, Selangor, malam tadi.
"Kita yakin berdasarkan bukti dan keterangan yang dikemukan hari ini dan esok, Anwar akan terus dibebaskan," katanya yang juga ahli Parlimen Gombak.
Rayuan kes Liwat II Anwar oleh Putrajaya bermula semalam dengan mahkamah mendengar keterangan daripada Timbalan Pendakwaraya, Tan Sri Shafee Abdullah yang mewakili Putrajaya.
Sekiranya Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwat itu, ia akan menggagalkan beliau untuk bertanding di kerusi DUN Kajang berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac depan untuk penamaan calon, manakala 23 Mac dipilih sebagai tarikh pengundian.
"Dari awal kita tegaskan, 'no backup plan', kita yakin beliau bersih.
"Malah keyakinan ini berjaya dibuktikan dengan keputusan mahkamah tinggi dulu," katanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada 2012 yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan liwat.
Read More / Baca Lagi >>

Apa salah Ultraman, tanya Khairy

Posted: 06 Mar 2014 03:44 PM PST

SHAH ALAM: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', mendapat kritikan sinis di laman maya.

Turut mendapat perhatian atas tindakan KDN tersebut adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau melalui laman twitter turut mempersoalkan apa salah Ultraman.

"Khairy Jamaluddin@khairykj Apa Salah Ultraman?" beliau dipetik melalui twitter.

Perkara itu turut menarik perhatian bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah apabila turut 'retweet' twitter pertanyaan Khairy itu.

KDN dalam satu kenyataan semalam menjelaskan perintah larangan itu dibuat apabila mendapati buku tersebut mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Mengikut kenyataan itu, warta larangan itu berkuatkuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Read More / Baca Lagi >>

Dinegeri UMNO paling kuat dalam dunia.. 'Bumi dipijak kini milik orang...'

Posted: 06 Mar 2014 03:34 PM PST


Judging by the pace of Chinese property investors snapping up properties in Johor Bharu and Iskandar Malaysia, don't be surprised if the city landscape of this southern city is transformed into Shanghai in the future.

The possibility of Johor Bharu gradually becoming "South East Asia's Shanghai" is very real following the influx of property investors from the land of the Great Wall spending billions of ringgit to buy parcels of land in the city which is a stone's throw away from Singapore.

Without a doubt, the Chinese property guns which have the financial strength are now the leading property players in Johor Bahru's real estate and Iskandar Malaysia, leaving other property concerns far in their wake.

Eventhough local property firms like Mah Sing and SP Setia are also active, their property investments are no match and chicken feed compared to the Chinese investors.

Investors from across the causeway such as Temasek and Capitaland which have property projects in Johor Bahru and Danga Bay are also second fiddle compared to the Chinese and cannot keep up with the huge appetites of the Chinese realtors.

"Johor Bahru and Iskandar Malaysia are now an artery flush with cash from the mainland," said a local property official with commercial property projects in Medini, Iskandar Malaysia under its belt.
Read More / Baca Lagi >>

Kes telur busuk pecah ditangan Teresa: Polis ambil keterangan lelaki yang ditahan penyokong pakatan.

Posted: 06 Mar 2014 03:29 PM PST

BUTTERWORTH - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian telur busuk pecah di tangan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok ketika bersalam dengan seorang pengunjung semasa ceramah anjuran pakatan pembangkang di Taman Cermai di sini malam semalam.
  
Lelaki berusia 25 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas polis mengambil keterangannya.
  
"Siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan dan kami minta orang ramai tidak buat sebarang spekulasi... biar polis siasat," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi.
  
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Teresa dihampiri seorang lelaki dan telur busuk yang berada dalam genggaman lelaki berkenaan pecah ketika mereka bersalam.
  
Susulan itu, keadaan bertukar kecoh dan Kok segera dibawa keluar dari tempat ceramah dengan kawalan ketat Unit Amal Pas, manakala lelaki terbabit ditahan penyokong pakatan pembangkang sebelum diserah kepada polis.

Pemuda PAS tuntut harga lantai getah RM4 sekilogram

Posted: 06 Mar 2014 03:25 PM PST


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia bersama beberapa NGO hari ini menyerahkan memorandum kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi mendesak harga getah di Malaysia dinaikkan.

Memorandum tersebut ekoran penurunan harga getah beku yang pernah mencatat harga RM2 sekilo pada Februari lalu.

Memorandum yang mengandungi lapan tuntutan itu diterima Ketua Pengarah LGM, Datuk Dr Salmiah Ahmad selepas sesi dialog bersama.

Lapan tuntutan tersebut adalah menuntut penggubalan mekanisma penentuan harga penutupan fizikel (FOB), penetapan harga lantai getah beku, penetapan harga kos proses atau kos kilang, penggunaan alat penyukat Dry Rubber Content (DRC), penyelidikan produk berasaskan getah asli, penerokaan pasaran berasaskan getah asli, peranan aktif dalam International Tripartrate Rubber Council (ITRC), dan kebajikan pekebun kecil getah.

Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, pendapatan pekebun-pekeun kecil getah tidak seimbang dengan kenaikan harga barang pada waktu ini.

"Getah asli Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia tetapi malangnya pengusaha getah berada di bawah paras kemiskinan.

"Pihak kerajaan sewajarnya mengambil peranan untuk membantu mereka. Justeru kami kemukakan lapan tuntutan ini bagi perhatian pihak kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai tuntutan mekanisma penentuan harga penutupan fizikel (FOB), Suhaizan berkata, mekanisma penentu FOB  yang lebih mantap perlu digubal serta merta bagi menggantikan sistem penetapan harga yang sedia ada sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT