Oleh EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE dan MOHD HAFIZEE MOHD AROP
Banting: Minum sambil bergesek, itulah menu tambahan ditawarkan pengusaha sebuah restoran di sini yang menyediakan sekurang-kurangnya 10 wanita warga China untuk menjadi peneman pengunjung sepanjang menjamu selera di premis dalam ladang kelapa sawit itu.
Terletak jauh di pinggir kota, gadis muda berkulit putih gebu yang rata-ratanya berusia 20-an ini boleh dibawa keluar dan diajak ke ranjang dengan bayaran kira-kira RM500 oleh pengunjung mata keranjang, terutama pelanggan tetap,
Itulah gambaran boleh diberikan kepada restoran berkenaan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) 'China Doll' kepada pengunjungnya dipercayai sejak beberapa bulan lalu.
Beroperasi kira-kira 500 meter dari jalan utama, tidak siapa menyangka ada lebih 10 GRO asyik melayan pelanggan secara terbuka di restoran berkenaan.
SALAH seorang GRO sedang melayan pelanggan.
Selain kopi dan teh, pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman keras selain menjalani sesi urutan dan belaian manja si genit yang hanya mengenakan skirt pendek dan baju nipis bagi menarik pelanggan.
Abuja: Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan kambingnya tetapi tetap berkeras mengatakan dia tidak bersalah kerana sudah meminta kebenaran terlebih dulu daripada haiwan itu.
Menurut laporan media semalam, Malam Kamisu Baranda diserahkan kepada polis oleh ketua kampung di Dutse sebelum direman.
Lelaki berusia 20 tahun itu mengakui berasmara dengan kambing sebanyak 10 kali sebelum ini.
Alasan Baranda?
Dia mengulangi perbuatan itu kerana haiwan berkenaan benar-benar memuaskan nafsunya sehingga dia tidak berminat menjalin hubungan cinta dengan wanita.
Baranda berkata, dia membawa kambing berkenaan ke hutan berhampiran kediamannya untuk mengelak daripada rasa malu ketika melakukan perbuatan itu.
Katanya, dia hanya berasmara dengan kambingnya sendiri, selain turut meminta kebenaran daripada haiwan itu sebelum berasmara.
Dia juga mendakwa tidak faham mengapa berasmara dengan haiwan adalah satu kesalahan.
Baranda memberitahu jika dia tahu perbuatannya itu salah, dia tidak akan melakukan demikian.
Ketua majistret Dutse kemudian mengarahkan Baranda dipenjara dua minggu atas kesalahan itu.- Agensi
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan langkah kerajaan Selangor yang memberikan komitmen untuk memperluas pemberian air percuma kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Bandar, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata langkah itu tentunya menguntungkan warga kota yang kini dihimpit dengan kos kehidupan di bandar yang sangat tinggi.
Katanya, peluang itu lebih cerah apabila kerajaan Selangor menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu.
"Jika (pemberian air percuma) ini berlaku, Tan Sri Khalid menempa suatu lagi kejayaan dengan memastikan penduduk KL juga mampu menikmati kemudahan sama seperti rakyat di negeri Selangor.
"Sememangnya warga KL memerlukan kemudahan-kemudahan seperti ini bagi meringankan bebanan hidup mereka terlebih lagi dengan kenaikan kos hidup," kata beliau dalam satu kenyataan.
Upacara menandatangani memorandum persefahaman penstrukturan semula bekalan air Selangor antara Selangor dan Putrajaya 26 Februari lalu berlangsung dengan sangat sederhana tetapi jelas mesej politiknya.
Majlis yang sepatutnya tidak seberapa besar itu dihadiri sama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Majlis itu jelas menampakkan kejayaan Putrajaya dan Khalid memintas kemungkinan-kemungkinan yang bakal dicetuskan pihak lain sekiranya Khalid tidak lagi menjadi menteri besar.
Majlis yang dikatakan diadakan secara agak tergesa-gesa dan tanpa pengetahuan ramai sebelumnya segera mendapat respons arkitek langkah Kajang, Rafizi Ramli, mewakili kepimpinan PKR yang menunjukkan penentangan terhadap persetujuan itu.
Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin kemudian turut mempersoalkan tindakan Khalid itu, dengan mengaitkannya dengan kemungkinan kos air lebih tinggi dan dilakukan secara terburu-buru, walaupun dinyatakan dengan agak berlapik.
Persetujuan ini sebenarnya telah dicapai selepas rundingan Disember lalu, dan Khalid mengumumkannya Januari lalu. Tawaran kerajaan Selangor akhir tahun lalu pada mulanya tidak dipersetujui, yang kemudian membawa kepada persetujuan baharu, yang dipersetujui pentadbiran Khalid dan Putrajaya.
Satu lagi tawaran pengambilalihan melibatkan syarikat Gamuda Berhad, yang menawarkan pembelian aset air Selangor dengan nilai RM10.75 bilion. Read More / Baca Lagi >>
Mengenai sebab2 langkah kajang diambil saya sudah beri alasan tiori disebaliknya. Itu penghuraian rasional. Ada orang kata itu semua cerita nenek kebayan. Tapi kepada saya, jika sesuatu peristiwa itu tidak ada alasan tiori , ianya tidak bagus. Tidak ada tiori erti tidak ada intisari yang boleh dijadikan model untuk peristiwa2 yang akan datang. Ia tidak mempunyai kuasa penerang. (explanatory power).
Tapi kalau tidak mahu penerangan rasional, kita ada alasan yang bukan rasional. Alasan disebalik langkah ini ialah ianya diperlukan untuk menguasai Selangor dan menjadikan Selangor sebilah pisau yang menghala ke jantung sarang segala perompak yang sekarang ini berkelana di Putrajaya. Itu alasan yang paling mudah. Kerana itu kita mesti menangkan Anwar Ibrahim. Simple. Jika Anwar menggunakan Selangor untuk jalan ke Putrajaya dan menjadi PM, apa salah nya. sesiapa pun boleh memasang cita2 menjadi PM.
Anwar kan tidak bermoral? Morality UMNO bagaimana? Morality puak UMNO adalah morality limbahan. Limbahan belakang rumah tok perempuan saya di Pekan Pahang dahulu lebih banyak morality.
Munasabahkah kita beranggapan bahawa Anwar mahu menggunakan Selangor sebagai bargaining chip memasuki kembali kepangkuan BN dan jadi TPM? Kenapa seorang yang boleh jadi PM mahu kompromi dan jadi nombor dua dibawah pimpinan Najib pulak tu? Saya serahkan para pembaca mengadili tiori yang sedemikian. Nampak sangat sesiapa yang mendepankan tiori ini sudah dibayar Najib supaya memagari Najib.
Ada orang berfikiran bahawa langkah kajang ini suatu tindakan yang salah. Ianya diambil kerana mahu get rid of Khalid Ibrahim. Jika Khalid Ibrahim suatu masaalah, apa salah nya kita get rid of Khalid?Jika Azmin suatu masaalah, Azmin pun kena replaced.
We are not in the game on UMNO's terms.
Tiba2 Khalid jadi UMNO's angel.
Kita patut hairan dan risau bila tiba2 kepada UMNO Khalid is an angel. Selama ini apa yang Khalid tidak kena maki? Dari gagap sehingga ada ramai gundek2. Bermukah dengan Faekah dan Elizabeth Lim.
Fakta bahawa UMNO tiba2 mahukan Khalid terus kekal sudah cukup untuk menaikkan syak kita. Boleh jadi Khalid Trojan horse UMNO yang mahu menguasai Selangor semula?
Khalid dah mencapai banyak yang positif untuk Selangor, seperti reseb tunai yang banyak dan lain2. Semua ini yang tidak pernah releven untuk UMNO, tiba2 jadi sumber penghargaan. Jika ia sudah bagus, ini sudah mencukupi untuk menjadikan Selangor suatu showpiece kualiti kepimpinan PR terutama PKR bukan?
Adakah memorandum persefahaman (MoU) bagi penstrukturan semula industri air di Selangor yang mencapai kata sepakat antara Putrajaya dan Shah Alam minggu lalu memberi faedah terbaik kepada rakyat? MoU itu dijangka mampu mengubah lanskap penswastaan industri air di negeri terkaya dan berpopulasi tinggi di Malaysia itu, dan dilihat penting apabila kerajaan negeri Selangor diberi kuasa mengurus air dari sungai dan empangan di negeri mereka sendiri, sebelum dirawat untuk disalurkan kepada 7 juta pengguna. MoU itu turut memberi kuasa mengatur jumlah yang perlu dibayar pengguna, dan sama ada pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu boleh diteruskan atau tidak.
Semua ini ditukar dengan lampu hijau oleh kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan untuk projek mega loji rawatan air Langat 2 yang bernilai bilion ringgit. Dengan pelbagai spekulasi berhubung loji yang mengambil masa lima tahun untuk disiapkan itu, ramai bertanya apakah faedah kepada rakyat Selangor? Mengimbas masa lalu Perjanjian adalah satu perdagangan. Kerajaan negeri Selangor mahukan penstrukturan semula air dan kerajaan persekutuan mahu Langat 2 disiapkan. Dalam satu temubual bersama akhbar milik MCA, The Star yang disiarkan semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perjanjian itu memastikan Putrajaya membantu Selangor dalan usaha mengambil alih pengurusan industri air yang kini dipegang oleh empat syarikat. Empat syarikat itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash). Mengikut beberapa kontrak penswastaan pada 1997, syarikat ini diberi kuasa mengurus rawatan air dan pengagihannya di Selangor. Seorang bekas pegawai kerajaan negeri yang arif mengenai kontrak itu berkata, MoU berkenaan membolehkan syarikat berkenaan menetapkan harga air kepada pengguna dan menetapkan keuntungan daripada jualan yang dibuat. Apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Selangor pada 2008, kerajaan negeri mendapati syarikat berkenaan tidak memainkan peranan sewajarnya, sebaliknya mahu menaikkan harga air. Di bawah kontrak penswastaan lalu bersama Syabas, kadar air negeri perlu dinaikkan setiap tiga tahun. Sejak 2009 hingga 2012, kadar itu meningkat di antara 25% dan 37%, atau daripada RM11 bagi setiap 20 meter padu pada 2008, kepada RM18.80 pada 2012. "Selangor tidak membenarkan Syabas menaikkannya kerana mereka tidak memenuhi kontrak bagi menurunkan harga 'non revenue water' (NRW) kepada 20 sen," kata pegawai yang enggan namanya didedahkan. Read More / Baca Lagi >>
Coretan kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini memberi tumpuan kepada pemilihan parti PKR, dengan mempersoalkan pendirian ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya ada pertandingan di antara dua seteru politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden. "Persoalan lain, siapa yang Anwar akan sokong jika berlaku pertandingan antara Azmin dan Khalid? Jawapannya mudah, Anwar akan memihak kepada Azmin iaitu pemimpin PKR yang paling dipercayainya selain ikatan istimewa bagaikan keluarga. "Apatah lagi rahsia Anwar cukup banyak di tangan beliau, yang sebahagian kisah sudah diperkatakan umum. Itu sahaja sudah cukup buat Anwar tak keruan," tulis ruang Awang Selamat, yang menyifatkan pengumumam Khalid dua hari lalu akhirnya menyerlahkan "suara panglimanya".
Semalam, Khalid, yang juga menteri besar Selangor, berkata keputusan beliau bertanding untuk jawatan yang disandang Azmin itu adalah untuk membawa perubahan di dalam PKR, sambil menyifatkan dirinya mempunyai kelebihan di samping rekod kerja yang lebih meyakinkan. "Kekuatan saya sudah tentu pada 'track record' saya yang sangat jujur dan berdedikasi. Paling penting tujuan bertanding adalah untuk membawa pembaharuan," kata Khalid. Bagi Utusan Malaysia pula, keyakinan Khalid itu ada asasnya, dan peluang ini diperkuatkan lagi dengan sokongan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin lain seperti Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang, Datuk Saifudin Nasution Ismail dan Datuk Johari Abdul. Read More / Baca Lagi >>
Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun 'kononnya mulia' dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi.
Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi.
Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi 'perompak berlesen'.Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja.
Mereka memukul, memaki, mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta pelbagai cara hidup samseng diamalkan dalam gaya hidup mereka. Mereka sering merasakan mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak boleh dipertikai dan dilihat kalah.Kehendak mereka by hook or by crook mesti tercapai. Apabila mereka merasa kecewa ataupun marah mereka mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Bangsawan seperti ini kita panggil bangsawan samseng.
Jika mendengar pandangan Dr Kassim Ahmad pun kita sudah "tidak tahan", bagaimana agaknya jika satu hari nanti lahir Mansur Al –Hallaj, Ibnu Arabi atau Syekh Siti Jenar di Malaysia? Sudah pasti rumah mereka akan dibom atau mereka digantung sampai mati.
Begitulah masyarakat Islam terutamanya golongan alim agama apabila berdepan dengan perbezaan pandangan atau pemikiran. Saya bersetuju dengan pandangan Kassim yang mengatakan terdapat masalah besar di kalangan umat Islam pada ketika ini dan ia menjadi punca mengapa mereka jauh ketinggalan. Negara-negara Islam ketinggalan jauh ke belakang daripada segi pembangunan ilmu dan kemajuan sedangkan pada ketika Eropah masih berada dalam zaman gelap satu ketika dahulu, ilmuan Islam sudah berada jauh di hadapan. Ertinya perlu pembaharuan yang besar jika mahu melihat dunia Islam kembali bangkit. Umat Islam perlu kembali kepada ilmu. Ilmu akan bercambah apabila terdapat perbezaan pandangan. Apa yang boleh kita banggakan dengan ciptaan atau penemuan terbaru daripada umat Islam pada hari ini? Jus Tok Guru? Ubat kuat seks? Malah saya sering katakan kepada rakan-rakan ketika berbual di kedai kopi bahawa dunia Islam pada ketika ini sedang berada dalam "zaman gelap". Jika kita memerhatikan negara-negara Islam di seluruh dunia, kita akan melihat bagaimana mundurnya mereka dan kebanyakannya terlibat dalam peperangan. Lebih memedihkan lagi apabila yang berperang adalah di antara satu negara Islam dan negara Islam lain. Golongan ulama yang memimpin umat Islam pada ketika ini terlalu sibuk dengan perbahasan "halal dan haram" sehinggakan mereka gagal membuktikan Islam itu rahmat kepada seluruh alam . Apabila orang seperti Kassim mengatakan rambut wanita itu bukan aurat, di sebalik berhujah melawan pandangan bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu, "golongan agama" membuat bising dan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan tegas terhadap Kassim. Read More / Baca Lagi >>
Untuk elak membayar tol, seorang pemandu bas kilang telah cuba menggunakan laluan khas untuk motosikal untuk lepasi rumah tol berkenaan ..
Kerja bodohnya mendatangkan kecelakaan apabila bas tersebut tersepit dan tidak boleh lalu menyebabkan motosikal yang melalui lane berkenaan di lencongkan.
Kejadian berlaku di Tol The Mines Serdang.
Ini macam punya pemandu pun ada.. nak elak bayar RM1.30 sen tetapi terpaksa tanggung kerosakkan ratusan ringgit dan kena denda lagi.
Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilanda pelbagai krisis antara agama dan kaum. Gambar fail.Seorang pemerhati Asia yang berpengalaman baru-baru ini membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan berkata Malaysia di bawah pimpinannya bukan tergolong masyarakat progresif seperti yang dapat dilihat dengan peningkatan sentimen keagamaan sempit. Menulis di dalam edisi terbaru majalah Time, Zoher Abdoolcarim menyifatkan tindakan keras ke atas umat Islam beraliran Syiah di negara ini serta pengharaman penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian sebagai mengancam keadaan sedia ada yang aman. Dalam makalahnya bertajuk "Losing Faith" (Hilang Kepercayaan), penulis mengingat kembali temuramahnya bersama Najib di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 1984.
"Pada masa itu, Malaysia sebuah ekonomi yang sunyi dan berdasarkan pertanian, dan hanya memasuki dekad kedua era perindustrian. Pada masa itu, saya menyangka bahawa Najib yang berpendidikan British itu akan suatu hari memimpin Malaysia dan mengorak langkah ke arah pemodenan. "Salah satu sangkaan saya tepat - Najib kini perdana menteri - manakala yang lainnya salah. Di bawahnya, Malaysia bukanlah sebuah masyarakat progresif, terutama di bidang kritikal untuk negara itu: agama," tulis Zoher. Read More / Baca Lagi >>
Banting: Minum sambil bergesek, itulah menu tambahan ditawarkan pengusaha sebuah restoran di sini yang menyediakan sekurang-kurangnya 10 wanita warga China untuk menjadi peneman pengunjung sepanjang menjamu selera di premis dalam ladang kelapa sawit itu. Terletak jauh di pinggir kota, gadis muda berkulit putih gebu yang rata-ratanya berusia 20-an ini boleh dibawa keluar dan diajak ke ranjang dengan bayaran kira-kira RM500 oleh pengunjung mata keranjang, terutama pelanggan tetap,
Itulah gambaran boleh diberikan kepada restoran berkenaan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) 'China Doll' kepada pengunjungnya dipercayai sejak beberapa bulan lalu.
Beroperasi kira-kira 500 meter dari jalan utama, tidak siapa menyangka ada lebih 10 GRO asyik melayan pelanggan secara terbuka di restoran berkenaan.
SALAH seorang GRO sedang melayan pelanggan.
Selain kopi dan teh, pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman keras selain menjalani sesi urutan dan belaian manja si genit yang hanya mengenakan skirt pendek dan baju nipis bagi menarik pelanggan.
CUACA panas melampau bulan lepas mengakibatkan hutan tanah gambur di Penor, Pekan di Pahang mudah terbakar.
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang kini berjumlah 30 juta orang pada minggu ini perlu berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37 darjah Celsius. "Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. "Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.
GEORGETOWN - Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Kalau ada sebuah jambatan yang begini hebat dan orang akan sebut Jambatan Pulau Pinang Kedua, ia tak ada 'umph', tak signifikan...
"Semoga terbinanya jambatan ini dan dengan nama (Yang di-Pertuan Agong), Insya-Allah akan kekal abadi secara berpanjangan dalam lipatan sejarah Malaysia," katanya semasa berucap merasmikan jambatan itu di sini.
Sambil menyifatkannya sebagai detik yang amat bersejarah dan penting dalam perjalanan negara, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa pengguna jambatan itu tidak akan dikenakan tol selama sebulan.
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menganggap tuntutan Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) agar masyarakat antarabangsa mengiktiraf Malaysia sebagai hak Melayu adalah jahil dan menyalahi Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, kenyataan itu bertentangan dengan Perlembagaan yang menekankan semua rakyat Malaysia memiliki hak yang sama.
"Malaysia adalah sebuah persekutuan yang terbina berasaskan Perlembagaan. Itulah 'kontrak sosial' negara kita. Kenyataan itu jelas tidak menghormati Perlembagaan," katanya ketika dihubungi.
Pada masa sama, beliau berkata, ia juga tidak menghormati masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak, yang sememangnya merupakan penduduk asal negeri berkenaan.
Beliau mengulas tuntutan yang dibuat Naib Presiden II ISMA, Abdul Rahman Dali dua hari lalu yang memetik sebuah kajian kononnya genetik Melayu wujud lebih awal daripada genetik Cina dan India di rantau ini.
Semalam saya menyaksikan pementasan Teater Bilik Sulit anjuran SUARAM dengan kerjasama Radio Bangsar Utama (RABU) di Dewan Theatrette Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).
Saya dijemput oleh Hishammudin Rais untuk menyaksikan pertunjukan ini. Saya difahamkan Ini merupakan kali kedua teater ini dipentaskan di Kuala Lumpur setelah pementasan pertama pada September tahun lalu.
Pementasan kali ini juga diadakan sebagai salah satu program Kempen RAKYAT BANTAH TAHAN TANPA BICARA.
Nama saya disebut beberapa kali oleh pelakon dalam lakonan mereka. Saya ketawa bersama dengan penonton di teater itu.
Selepas pertunjukan berakhir, saya ambil gambar bersama dengan pelakon Bilik Sulit dan beri derma kepada mereka. Saya berharap mereka teruskan usaha mereka untuk membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap Tahan Tanpa Bicara yang pernah dialami oleh saya pada tahun 2008.
28 Febuari 2014, 8.30 malam merupakan pertunjukan terakhir.
Sejak mengumumkan menjadi calon PRK Kajang, Zaid Ibrahim telah melontarkan pelbagai tuduhan terhadap KEADILAN dan Anwar Ibrahim. Ini termasuklah tuduhan yang mempersoalkan ketelusan, integriti dan budaya politik yang dibawa KEADILAN. Kebelakangan ini, Zaid Ibrahim membuat cabaran untuk berdebat pula dengan …
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit.. SAEKOR LAGI ADA DNA GEROMBOLAN...kah kah
SIAPA BERAK
DIALAH TERCIUM
KENTUT
--------
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.