Selasa, 25 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Daim terus serang Anwar, jika Kajang kalah, UMNO hilang Putrajaya

Posted: 25 Feb 2014 11:40 PM PST


Apa yang nyata, bekas menteri kewangan itu dalam keadaan penuh kebimbangan. Cukup bimbang sehingga beliau terus bercakap mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara terbuka, beliau menolak pemimpin PKR sebagai seorang gila publisiti dan sukakan perhatian. Secara terbuka juga, beliau merendah-rendahkan ketua pembangkang itu sebagai seorang yang tidak pernah mampu menyelesaikan sebarang masalah.

Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Secara terbuka, beliau berkata bahawa langkah Anwar bertanding pilihan raya kecil di Kajang hanya membazirkan duit rakyat.

Rupa-rupanya penentangan Daim terhadap Anwar diteruskan dalam sesi perbincangan peribadi tetapi dengan nada lebih serius dan tidaklah begitu memandang rendah terhadap kemampuan Anwar.

Mereka yang berada di kelilingnya berkata, beliau gusar akan kesan sekiranya Anwar menang di Kajang; terutamanya kemungkinan Anwar menjadi ketua eksekutif negeri paling kaya di Malaysia dengan beberapa bilion pada tangannya dan kesan segera terhadap moral ahli-ahli Umno di Selangor serta seluruh negara.

Namun, tidak dinyatakan ketakutan bahawa ia mampu menjadi  asas ekonomi yang kukuh dan landasan untuk mempamerkan kualiti kepimpinan kuat berbanding Putrajaya, nafas baru dan fokus Anwar ini boleh membawa Pakatan Rakyat (PR) untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang – keputusan akhir yang ternyata membuatkan Daim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno lain dari zaman kegemilangan penswastaan tidak senang duduk.

Tambahan pula, Selangor adalah negeri perindustrian dan paling kaya serta bersebelahan dengan Kuala Lumpur yang menjadikannya sumber bagi  projek-projek infrastruktur, tawaran hartanah dan perniagaan untuk kroni dan lain-lain yang berkaitan dengan Putrajaya.

Ia menjadi penting bagi pihak yang pernah mendapat manfaat untuk memastikan Selangor kembali kepada BN. Kepimpinan Anwar di negeri ini akan menjauhkan lagi kemungkinan masa hadapan dan menjadikan Selangor sebuah lagi kubu politik seperti Kelantan bagi PAS.

Secara mudah, wujud keperluan untuk melindungi "angsa emas".  Para jutawan yang mempunyai kaitan dengan Umno akan berusaha sedaya mungkin menghalang Anwar mengambil alih jawatan sebagai menteri besar.

Justeru, jangan terkejut jika Daim mengambil berat terhadap bagaimana persediaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk "berperang" dengan Anwar.

Penting bagi golongan yang mendapat manfaat pada zaman Mahathir jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengosongkan jawatannya.

Jelaslah, dakwaan mereka berkenaan "Langkah Kajang" sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan penggunaan dana awam untuk pilihan raya kecil.

Ini kerana jika mereka benar-benar mengambil berat bagaimana wang pembayar cukai dibelanjakan, mereka pasti tidak akan membenarkan konsesi tol yang berat sebelah atau tawaran untuk pengeluar tenaga bebas atau menyimpan sumber air di tangan beberapa ahli perniagaan tertentu sahaja.

Oleh itu, pertempuran di Kajang adalah pertempuran bagi menentukan siapa yang akan dapat mengawal Putrajaya pada masa hadapan. Kemenangan Anwar di Kajang boleh menyebabkan Umno kehilangan Putrajaya lambat laun nanti.

Khalid Ibrahim jadi timbalan presiden, ganjaran lepas jawatan MB Selangor?

Posted: 25 Feb 2014 08:13 PM PST


OLEH MD IZWAN
FEBRUARY 26, 2014
Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain 'tarik tali' dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014.Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain 'tarik tali' dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mendapat sokongan dan pengaruh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada April ini, kata satu sumber.
Sumber dalaman PKR memberitahu, perkara itu mungkin berlaku sebagai ganjaran Khalid melepaskan jawatan menteri besar Selangor kepada Anwar selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.
"PRK Kajang ini hanya platform bagi pemilihan parti April nanti," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider yang enggan namanya didedahkan.
"Ia menjadi medan masing-masing dalam parti untuk membuktikan keupayaan dan kebolehan."
Anwar dikatakan akan menggantikan menteri besar penggal kedua itu bagi meredakan ketegangan Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Dengan jawatan presiden semakin hampir menjadi milik Anwar, jawatan kedua tertinggi timbalan presiden akan menjadi rebutan untuk bergandingan bersama-sama ketua pembangkang tersebut.
Ketika ini masih ada belum calon secara terbuka mengumumkan untuk mencabar Azmin. Bagaimanapun sumber memberitahu dua nama ketika ini menjadi sebutan.
Antaranya Khalid dan anak perempuan sulung Anwar, Nurul Izzah yang kini naib presiden PKR.
"Khalid dilihat paling kuat sekali untuk melawan Azmin dan Nurul Izzah pun mungkin bertanding... tapi dengan kes perceraian yang melandanya, mungkin dia akan menarik diri," kata sumber itu merujuk kepada kes perceraian Nurul Izzah dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Sumber memberitahu, perkembangan terkini terutamanya tawaran Khalid sendiri untuk menjadi pengarah PRK Kajang dan beberapa langkah populis dalam isu air bertujuan membina imejnya sebagai seorang pemimpin hebat.
"Perlu ingat, ahli PKR paling ramai adalah di Selangor... jika Khalid berjaya dalam pilihan raya kecil kali ini, ia pasti membina momentum untuk pemilihan parti nanti," kata sumber yang mengatakan di Selangor sahaja ahli PKR adalah sebanyak 130,000 orang.
Kebimbangan disuarakan oleh sumber sekiranya Anwar tunduk kepada Khalid yang mahu mendapatkan sokongan daripada beliau untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
"Sepatutnya Azmin yang jadi pengarah pilihan raya, tapi Khalid berjaya mengambil alih selepas memaksa Anwar tunduk kepada syaratnya," kata sumber yang mendedahkan antara syarat Khalid sekiranya mahu mengosongkan jawatan menteri besar adalah dengan melantiknya sebagai pengarah pilihan raya.
Malah, sumber mendedahkan sehingga kini Khalid masih belum menandatangani sebarang surat perjanjian untuk melepaskan jawatannya.
"Mana ada dia tandatangani, sampai sekarang pun belum ada apa-apa lagi.
"Ini yang membimbangkan. Khalid mungkin menggunakan surat tersebut untuk paksa Anwar sokong dia," katanya sumber itu lagi.
Tidak menolak sokongan akar umbi masih lagi memihak kepada Azmin, sumber menegaskan situasi tersebut akan berubah sekiranyaAnwar sendiri menyokong Khalid untuk bertanding.
Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain "tarik tali" dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya.
Khalid sehingga kini masih belum memberikan sebarang isyarat untuk bertanding dalam pemilihan parti, namun Azmin sejak awal sudah memulakan kempen mempertahankan jawatannya.
Khalid dan Azmin sering tidak sekata serta menimbulkan banyak pertikaian dalam banyak perkara, antaranya baru-baru ini dalam isu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pemilihan PKR akan bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. Penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.
Bagi peringkat cawangan pula, ia akan diadakan mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini. – 26 Februari, 2014. - TMI

Kerajaan lemah - Apa kata Daim

Posted: 25 Feb 2014 03:57 AM PST


Masalah inflasi, yang diperkatakan orang ramai, antara kelemahan kerajaan di mata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Banyak. Nombor satu tentunya hari ini orang ramai kata inflasi meningkat," katanya ketika ditanya ruang di mana kerajaan masih tidak kuat.

Tokoh korporat itu juga berkata, orang ramai mahu tahu kenapa kerajaan membuat semua pengumuman yang mendorong inflasi pada masa yang sama.

"Orang ramai mula mengkritik dasar-dasar dan bertanya kenapa pemilihan waktunya begini.

"Kenapa pengumuman pada Disember ketika keluarga memerlukan wang untuk keperluan sekolah anak dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau fikir kepimpinan negara lemah, Daim menjawab ringkas "saya penyokong kuat kerajaan".

Beliau kemudiannya ketawa dan menambah:

"Apa yang kita mahu pastikan, kerajaan menuju ke arah yang betul, bahawa orang ramai mempunyai keyakinan kepada kerajaan dan menyokong kerajaan.

"Tetapi orang ramai mahu melihat, mereka mahu selesa dengan kerajaan. Dan saya fikir majoriti—jika kamu turun ke bawah—rasa ada sesuatu tidak betul di mana-mana.

"Tetapi terpulanglah kepada kerajaan untuk menilainya, bukan saya." malaysiakini

Depa ni dah meluat kat UMNO... 174 tinggalkan UMNO sertai PKR

Posted: 25 Feb 2014 12:50 AM PST





Majlis penyerahan borang keahlian PKR pada perasmian Pejabat PKR Cabang Maran. di sini.

MARAN - Bekas ketua kampung dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Maran antara 174 individu yang menyerahkan borang keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada majlis perasmian Pejabat PKR Cabang Maran, di sini.

Borang keahlian diserahkan kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Rahman yang turut melancarkan penubuhan empat ranting PKR Maran iaitu Bandar Maran, Taman Sri Keramat, Kampung Senggora dan Taman Maran Impian.

Bekas ahli jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Senggora, Hairi Dahalan berkata, keputusan keluar dari Umno dan menyertai PKR bukan kerana kecewa sebaliknya demi kemajuan Bandar Maran.



Menurutnya, pembangunan dan kemajuan prasarana itu hanya boleh dilakukan oleh PKR selepas pemimpin Umno setempat gagal berbuat demikian meskipun tidak pernah kalah dalam pilihan raya bagi kesemua kerusi di Parlimen Maran.

"Lebih 30 tahun saya menyokong Umno tetapi pembangunan Maran jauh mundur daripada daerah lain.

"Ini membuktikan Umno tidak mampu menyediakan prasarana lebih baik kepada penduduk seperti hospital, kilang untuk peluang pekerjaan, institut pengajian dan sebagainya.

"Parlimen Maran tidak pernah kalah dan merupakan kubu kuat Umno di negeri ini namun apa yang mereka beri kepada pengundi semula?," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa Pemuda Umbi Bahagian, Ahmad Suhor Awang berkata, visi dan perjuangan PKR lebih jelas untuk keadilan semua rakyat dan bukan demi kepentingan peribadi.

Menurutnya, Maran seakan tersisih dari sebarang kemajuan walaupun berada di bawah penguasaan Umno.

"Masyarakat di sini sudah sedar dan semakin hilang kepercayaan kepada pemimpin Umno apabila gagal membangunkan Bandar Maran.

"Golongan muda tagih peluang pekerjaan dan perkara ini telah lama disuarakan dalam Umno.

"Tapi suara akar umbi itu tidak mendapat perhatian dan jika Umno terus memerintah, sampai bila-bila Maran tidak akan berubah," katanya.

dollah yankee

dollah yankee


Kajang menanti ...

Posted: 25 Feb 2014 04:28 AM PST

dollah yankee -
Tak salah lagi...Anwar masih tetap kuat !!!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Nurul Izzah: Kepentingan nasional atau BN?

Posted: 25 Feb 2014 08:52 PM PST

MENURUT blog rasmi Jabatan Peguam Negara, kepentingan nasional bermaksud: "Kepentingan negara secara khusus... perkataan nasional adalah merujuk kepada negara dan kebangsaan.

Kepentingan nasional ialah keutamaan yang perlu wujud dalam sesebuah negara bagi menjamin kestabilan dan kemantapan proses berorganisasi.

Prinsip asas kepentingan nasional ialah menjadikan negara dan bangsa sebagai fokus terpenting serta lebih mementingkan hak asasi sejagat bagi setiap warganegara seperti pendidikan, pembangunan, keselamatan, ekonomi dan hak-hak sosial serta perpaduan masyarakat berbilang kaum.."

Terma ini sering diguna pakai Kerajaan Persekutuan sedia ada - dan terbaharu, dalam menjawab persoalan kelewatan pembinaan serta operasi Lapangan Terbang KLIA2; termasuklah peningkatan kos yang bermula dengan RM1.8 bilion, kini RM4 bilion.

 Bak kata pemangku menteri: "Pihak yang terlibat dalam pembinaan dan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) diminta meletakkan kepentingan nasional bagi menjayakan permulaan operasinya pada 2 Mei ini."

Daripada pembacaan kasar tentunya saya suka dengan usaha mengutamakan kestabilan negara; namun tanpa pemimpin yang seiring meletakkan kepentingan nasional sebagai prasyarat pelaksanaan kerja dan tanggungjawab, maka terma kepentingan nasional tidak akan bermakna.

Pertama, dalam menyamakan kepentingan negara dengan kepentingan wakil Barisan Nasional, prasyarat utamanya adalah pemulihan demokrasi negara. Ketika ini, Suruhanjaya Pilihanraya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kepentingan pilihan raya itu seolah-olah milik dan kepentingan Perdana Menteri; hakikat ini merupakan sebuah konflik kepentingan yang begitu besar. Suruhanjaya Pilihanraya, institusi yang melindungi sistem pilihan rakyat; pimpinan dan hierarkinya, perlu dirombak.

Kedua, institusi pilihan raya yang independen perlu diganding dengan media yang bebas, adil dan sihat mengkritik pimpinan politik demi kepentingan rakyat.

Telah acap kali saya nyatakan sebelum ini, media bebas dan adil adalah aspek yang amat mustahak untuk sebuah demokrasi yang sihat; menggalakkan pertukaran pendapat secara sihat; dan memberikan peluang kepada semua parti untuk menerangkan dengan terperinci idea-idea serta apakah polisi yang akan diterapkan sekiranya terpilih untuk memimpin negara.

Read More / Baca Lagi >>

Rekod Najib Razak: PM paling boros di dunia

Posted: 25 Feb 2014 08:50 PM PST

KUALA LUMPUR 26 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersenarai dalam carta 'top 5′ pemimpin dunia yang berbelanja paling boros, menurut portal Indonesia.
Portal tersebut, Merdeka.com pada 21 Februari lalu melaporkan, Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2,5 triliun.
Najib Razak juga turut dilaporkan sebaris dengan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 pada tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.
Bagaimanapun, laporan bertajuk 'PM Malaysia Najib Razak habiskan Rp 2,5 triliun buat ke luar negeri' beserta dengan gambar Najib itu tidak lagi boleh diakses pada hari ini.
Seterusnya, turut tersenarai, mantan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48,5 miliar untuk memberi
hadiah kepada para artis wanita dan acara televisyen yang disukai beliau pada 2011.
Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5,8 miliar untuk memberikan hadiah.
Sementara itu, turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan hobinya berbelanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8,4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3,9 triliun dalam setahun.
Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga keseluruhan berharga Rp 294,2 miliar untuk perhiasan pejabatnya.

NGO Islam saran solat istisqa' atasi krisis air

Posted: 25 Feb 2014 08:47 PM PST

Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah (Murshid) Zaharuddin Abdul Rahman menyarankan umat Islam di Selangor mengadakan solat istisqa' khususnya untuk memohon hujan berikutan krisis air yang berlarutan.

Pengerusi NGO itu Zaharuddin Abdul Rahman berkata solat sunat itu seelok-eloknya dilakukan di kawasan terjejas dan lebih afdal ditunaikan pada waktu dhuha selepas jam 8 pagi, lapor Sinar Harian hari ini.

"Menjadi sunat muakkad bagi orang Islam di sesuatu tempat yang telah lama tak turun hujan melakukan solat istisqa'.

"Seeloknya penduduk di kawasan itu keluar beramai-ramai dan melakukan solat istisqa di tempat terbuka. Solat Istisqa kebiasaanya didahului dengan khutbah ringkas.

"Kemudiannya diteruskan dengan solat dua rakaat dengan bacaan secara kuat dan diakhiri dengan doa yang bersungguh-sungguh," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu juga menyebut Zaharuddin berkata masyarakat perlu menginsafi hikmah di sebalik ketiadaan air yang berpanjangan dengan memperbanyak istighfar kepada Allah selaras dengan tuntutan al-Quran.

"Selain daripada faktor fenomena alam, ketiadaan hujan juga berkait rapat dengan amalan kita.

"Mungkin Allah mahu menyekat sebentar hujan agar kita menginsafi kesalahan kita," katanya yang juga seorang pendakwah.

Marina Mahathir saman presiden, AJK Isma

Posted: 25 Feb 2014 08:46 PM PST


Anak kepada mantan perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir (gambar) hari ini memfailkan saman kepada Presiden Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik dan 15 ahli jawatankuasa (AJK) badan bukan kerajaan (NGO) itu atas dakwaan memfitnahnya.
Marina yang juga ahli lembaga Sisters in Islam (SIS) memfailkan saman berkenaan ekoran tindakan Isma mengedarkan 70,000 risalah bertajuk "Antara 54 NGO dalam Comango" pada 8 November 2013.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melaporkan hari ini risalah itu diedarkan di masjid sekitar Lembah Klang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu.
Marina berkata, pada hari Isma mengedarkan 70,000 risalah tersebut, satu laporan bertajuk "Isma edar 70,000 risalah dedah dalang Comango" menerusi laman webnya.
Katanya, pernyataan palsu Isma berniat jahat yang membawa maksud antaranya, beliau terlibat secara peribadi dalam laporan yang diterbitkan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai anti Islam dan kurang pegangan agama sehingga diaib dan dihina.
Marina menuntut ganti rugi, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah injunksi.
Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop ketika pengurusan kes di kamar beliau hari ini menetapkan 10 Mac ini untuk pihak defendan memfailkan pembelaan, menurut laporan itu.

Selepas ‘kaum’, mereka mahu hak Melayu dihapuskan, kata pengarang Utusan

Posted: 25 Feb 2014 08:45 PM PST


Keretan akhbar Utusan berkenaan isu kaum Melayu. Keretan akhbar Utusan berkenaan isu kaum Melayu. Cadangan menteri Kabinet untuk mengeluarkan perkataan "kaum" dalam borang rasmi adalah untuk meyakinkan Melayu agar menyerahkan kembali hak-hak keistimewaan lain mereka, kata salah seorang pengarang Utusan Malaysia hari ini.
Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata, cadangan itu tidak mustahil diterima kerajaan merujuk kepada cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diperjuangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO).
"Jika semua Melayu bersetuju, selepas ini tiada lagi tanda bangsa  atau ras dalam mana-mana borang rasmi di negara ini. Puncanya kerana sekarang ini mahu sebut Melayu pun orang sudah takut dan fobia. Maka, perkataan itu perlu dipadam.
"Cadangan itu disokong sendiri oleh seorang menteri Kabinet hasil desakan badan-badan hak asasi manusia. Jika dulu ada NGO yang diwujudkan untuk memansuhkan ISA, tidak mustahil cadangan di atas pun akan diterima," katanya dalam satu rencana yang diterbitkan hari ini.
Zaini berkata, pada hari ini sudah kedengaran suara yang berani mempersoalkan asal-usul orang Melayu dan mendakwa mereka kaum pendatang.
Katanya, kebanyakan orang Melayu hari ini malu untuk mengaku bangsa sendiri, membaca akhbar Utusan Malaysia dan belajar di sekolah kebangsaan.
"Mereka dakwa Melayu pun kaum pendatang, mereka pun pendatang. Maka semua sama sahaja. Melayu sekarang ini rata-rata hendak cakap Melayu pun sudah malu. Hendak baca dan kepit surat khabar Utusan Melayu pun malu.
"Jika semua orang Melayu Islam bersetuju, maka Malaysia selepas ini akan dikenali sebagai negara paling liberal di muka bumi ini. Tak apalah, lagipun orang Melayu di negara inilah yang sering dituduh paling rasis, paling perkauman," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Johor tawar diri jadi tuan rumah Konvensyen Pakatan Rakyat 2015

Posted: 25 Feb 2014 07:09 PM PST

parlimen johorIsnin 24 Februari 2014 merupakan tarikh bersejarah bagi Pakatan Rakyat Johor dengan kehadiran ketiga tiga pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ke Kulai. Sesungguhnya kehadiran YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan YB Tuan Lim Kit Siang bertemu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Johor dan bertemu rakyat pada sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Johor memberikan sinar baru kepada perjuangan rakyat.
Dalam pertemuan tertutup yang diadakan hari ini para pimpinan tertinggi sebulat suara bersetuju bahawa perubahan politik di Johor mampu menjadi penentu kepada landskap politik tanah air.
Untuk itu, Pakatan Rakyat Johor akan menyusun strategi bersama sebagai suatu entiti dalam memastikan keyakinan yang telah diberikan oleh rakyat selama ini dapat dimaksimakan kepada perubahan di peringkat nasional.
Read More / Baca Lagi >>

Baling, derita rakyat jembel, kebangkitan rakyat

Posted: 25 Feb 2014 07:08 PM PST

DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Baling menoreh sejarahnya yang tersendiri dalam negara kita. Wilayah agraria ini yang bersempadan dengan Thailand adalah daerah merah gerila bintang tiga memupuk kekuatan sehingga Perjanjian Baling antara pihak kerajaan dan PKM  diadakan pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman tidak menerima tuntutan PKM yang dipimpin oleh Chin Peng, menyebabkan pertembungan terus berterusan yang menelan korban yang bukan sedikit.

Baling sekali lagi dikejutkan dengan kebangkitan rakyat yang didokong oleh gerakan mahasiswa dalam peristiwa Baling 1974, berakar daripada harga getah yang merudum yang membawa penderitaan kepada rakyat. Rakyat jembel mengikat perut, inflasi juga menikam tajam kantung ekonomi mereka, akhirnya gerakan mahasiswa dengan pelbagai jalur ideologi menyatukan kekuatan. Kebangkitan rakyat Baling akhirnya memicu kebangkitan gerakan mahasiswa. Bantahan awam akhirnya terseret ke ibu kota kuala Lumpur, ribuan anak muda kampus universiti yang berhimpun di Padang Kelab Selangor.

Himpunan mahasiswa seterusnya membawa tangkapan besar besaran pimpinan mahasiswa di bawah ISA, seketika negara gempar geger dengan kebangkitan rakyat dan mahasiswa. Peristiwa ini membawa kepada pindaan Akta Universiti Dan Kolej pada tahun 1975, seterusnya mengheret zaman gelap gerakan mahasiswa berdekad- dekad selepas itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mangsa Kudeta Regim Zionis As-Sisi: Demo 'Kewartawanan bukan Jenayah' esok

Posted: 25 Feb 2014 07:07 PM PST


Kakitangan Al Jazeera, pengamal media dan aktivis akan berhimpun di Kuala Lumpur esok bagi menyatakan setiakawan dengan wartawan jaringan berita antarabangsa itu yang sedang ditahan di Mesir.

Ia akan diadakan di G-Towers, Jalan Tun Razak, tidak jauh dari ibu pejabat Al Jazeera di Kuala Lumpur, kata penolong penerbit Al Jazeera di Malaysia  K Parkaran.

Dalam himpunan itu, katanya, mereka juga akan memakai kemeja-T Al Jazeera sebagai simbolik sokongan.

Perhimpunan di Kuala Lumpur eso sebahagian daripada bantahan di seluruh dunia bagi memberi tekanan kepada kerajaan Mesir.

Ia bertemakan "Kewartawanan Bukan Jenayah" dan turut diketengahkan di laman sosial melalui hashtag #FreeAJStaff.

Tiga wartawan media yang berpangkalan di Qatar itu ditahan di Mesir atas dakwaan menyiarkan "laporan palsu".

Mereka juga dituduh mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin, bekas parti pemerintah yang kini digelar "organisasi pengganas" selepas rampasan kuasa tentera tahun lepas.

Kempen kebencian puak pelampau berterusan selagi tiada tindakan

Posted: 25 Feb 2014 07:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 26 FEBRUARI: Siri provokasi dan kempen kebencian oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap kebebasan dan keharmonian awam tidak akan berakhir selagi pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang terbabit, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Beliau mengulas insiden simbahan cat merah di depan pejabat Malaysiakini, pagi semalam, seminggu selepas serangan sama ke atas pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.
"Serangan ini berlaku sebaik selepas pejabat Teresa mengalami perkara yang sama dan banyak laporan polis dibuat.
"Walaupun insiden ini, termasuk ancaman untuk mencederakan Teresa berlaku di tempat awam dan dilaporkan media, tiada sebarang tindakan dikenakan kepada pesalah," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, sikap pihak berkuasa yang tidak tegas menyebabkan 'ejen' kebencian dan keganasan semakin berani meneruskan agenda mereka.
"Kami yakin kempen intimidasi mereka tidak akan berhenti kecuali tindakan segera diambil untuk membendungnya," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.
Antara insiden yang berlangsung sejak awal tahun ini adalah ugutan pengulangan tragedi '13 Mei' oleh UMNO Pulau Pinang, serangan 'molotov cocktail' terhadap gereja serta berita palsu berhubung pengedaran Bible berbahasa Melayu di sebuah sekolah – kedua-duanya berlaku di George Town.
Pada 19 Februari lalu pula, pejabat Teresa Kok disimbah cat merah, serta ditinggalkan bangkai ayam di tangga menaiki pejabatnya. Malah, sekumpulan NGO juga membuat tawaran wang kepada sesiapa yang berjaya menampar Teresa.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan selar pelan rekonsiliasi Najib, dakwa sudah terlambat

Posted: 25 Feb 2014 07:03 PM PST


Lim mempersoalkan sama ada Pelan Rekonsiliasi Nasional berbeza dengan Pelan Integrasi Nasional yang disediakan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014. Lim mempersoalkan sama ada Pelan Rekonsiliasi Nasional berbeza dengan Pelan Integrasi Nasional yang disediakan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014. Pakatan Rakyat (PR) menyelar Pelan Rekonsiliasi Nasional (NRP) Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana melihatnya sebagai satu usaha yang sudah terlambat.
Pemimpin PR mendakwa ia kerana setelah beberapa bulan ketegangan agama dan kaum timbul, melihatkan Putrajaya mengambil pendekatan berdiam diri dan rundingan Najib itu sekadar satu cadangan tanpa sebarang tindakan tegas.
Kata mereka, apa yang perlu segera dilakukan Najib adalah mengambil tindakan terhadap kumpulan ekstremis yang mula menyerap dalam masyarakat dengan memberi amaran kepada kumpulan itu bakal berdepan tindakan undang-undang yang tegas.
Melihat NRP sebagai resipi Najib yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua eksekutif negara sebaliknya masih mahu mendapat faedah daripada jawatannya, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata PR tidak pernah berunding tentang NRP.
Malah, beliau berkata parti dalam PR masih menunggu jawapan rasmi daripada Najib dan pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung isu konsensus nasional.
"Kerajaan minoriti 47% ini angkuh bekerja sendiri dan secara sulit merencanakan NRP tanpa berunding dengan Pakatan yang mendapat 51% undi rakyat," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau mempersoalkan sama ada NRP berbeza dengan Pelan Integrasi Nasional yang disediakan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dan jika sama, apa keperluan berbuat demikian.
Lim berkata, sesuatu yang mengujakan apabila mendapati Najib menulis mengenai rekonsiliasi nasional, berharap ia adalah pengakhiran kepada sebuah kerajaan yang hilang arah setelah 9 bulan pilihan raya umum.
Bagaimanapun, keterujaan Lim bertukar kepada penyesalan apabila ia tidak melihatkan sinar baru dalam kepimpinan.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyelar Najib kerana tidak mengambil tindakan terhadap puak ekstremis dengan melihatnya sebagai usaha penting menjanjikan tindakan awal dan pro aktif dengan tidak membiarkan mana-mana kumpulan mempromosikan kebencian dan keganasan.
"Saya tidak fikir ada cara lebih buruk, teruk atau tidak bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara daripada jurang kaum, agama serta mencetuskan huru-hara terutamanya apabila media Umno dan BN memberi ruang kepada penghasut dengan mensensasikan permintaan puak ekstremis.
"Apakah Najib mengeluarkan arahan segera kepada Utusan Malaysia dan semua media Umno-BN agar berhenti memberi ruang publisiti kepada mereka?
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Bila sang profesor lebih sudu daripada senduk

Posted: 25 Feb 2014 07:00 PM PST

Haji Subky Abdul Latif

Seolah-olah yang berlawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil (PRK) di Kajang sekarang bukan Umno dan bukan MCA, bahkan sekalian sang-sang profesor.
Segala yang berlaku di Kajang itu, daripada perletakan jawatam Adun PKR Lee Chin Cheh dan hingga pencalonan Anwar Ibrahim adalah persoalan politik. Sepatutnya orang-orang politiklah yang ke depan menanganinya.
Apa yang dibuat oleh Anwar dan partinya adalah ditujukan khusus kepada Umno dan komponen Barisan Nasional (BN), maka Umno dan BN yang patut dahulu dan ke depan untuk menghadapi sepak terjangnya.
Sejak mula yang ke depan menghadapi Anwar ialah sekalian sang profesor. Umno dan BN termasuk MCA seolah-olah jadi pihak kedua atau ketiga, seperti pembantu kepada Umno dan BN.
Jika lazimnya NGO-NGO menjadi pembantu penting kepada Umno, di Kajang nampaknya Umno mendapat bantuan sang-sang profesor.
Baik profesor penuh dan yang belum jadi profesor penuh, baik yang berada di Lembah Klang seperti di Universiti Putra dan yang di sempadan Siam di kampus UUM berdahulu-dahuluan  hendak menghukum Adun yang meletak jawatan dengan denda yang berpuluh dan ratusan ribu.
Boleh bangkrap mantan Adun itu dan habis harta benda jika sabda si profesor itu dijadikan undang-undang. Denda jenayah merompak dan peras ugut pun beberapa ribu saja, apa yang dikatakan kesalahan politik yang dibenarkan oleh amalan demokrasi seolah lebih teruk daripada jenayah kelas tinggi.
Si profesor-profesor itu mengira tidak layak Anwar sebagai perdana menteri menunggu hendak mencemar wibawanya bertanding DUN dan di Kajang pula, bukan negeri kelahirannya.
Sekalian guru di universiti itulah yang mengatakan Anwar akan sukar berurusan dengan istana dan bukanlah senang Raja hendak menerimanya. Mereka kata Anwar hendak membuang Menteri Besar Khalid Ibrahim sedang hamba Allah itu adalah menteri besar  yang terbaik.
Pada hal sebelumnya pada mereka ketua pentadbir Selangor itu bukan elok sangat jika dibanding dengan menteri besar lain yang terdahulu. Cuma mereka tidak kata dia hampas saja. Tiba-tiba seolah-olah sayangnya mereka pada menteri besar itu Tuhan saja yang tahu.
Bila kita baca komen mereka  setiap hari di akhbar, seolah-olah Anwar macam budak tidak pernah sekolah dan tidak ada nilai politik langsung.
Baik profesor Melayu dan profesor India sama sahaja. Cuma profesor Cina tidak berapa buka mulut.
Pada hal Anwar bertanding di tempat yang sebelum tahun 2000 adalah diwakili oleh MCA. Patutnya profesor Cina yang cauvenis apabila kawassan MCA hendak ditandingi Melayu? Sebaliknya guru Melayu universiti pula yang sibuk kata Anwar tidak patut bertanding tempat Cina.
Read More / Baca Lagi >>

Mengendalikan maklumat di hujung jari

Posted: 25 Feb 2014 06:57 PM PST

Johan Jaaffar
Manusia moden sarat dengan data dan maklumat. Bayangkan berbilion halaman maklumat yang boleh diperolehi melalui enjin carian Google. Setiap hari 400 juta tweet dihantar oleh manusia. Pada masa ini 1.4 bilion manusia mempunyai akaun Facebook. Sebuah buku baharu lahir setiap 30 saat. Kita diasak dengan jutaan data dan maklumat setiap masa melalui pelbagai sumber, lebih-lebih lagi melalui internet.

Satu ketika dahulu, maklumat datang merangkak. Hari ini segala-galanya boleh didapati dengan pantas dalam sekelip mata. Perpustakaan dan arkib bukan lagi sumber mendapatkan ilmu dan maklumat. Ensiklopedia yang mahal dan tebal dianggap tidak relevan lagi. Hari ini Wikipedia memberikan laluan mudah untuk kita mendapat apa sahaja yang diperlukan. Maklumat kini di hujung jari. Komputer saya yang pertama pada awal 1980-an namanya Commodore 64 – sesuai dengan namanya hanya mempunyai 64 bit. Ini bermakna ia boleh menyimpan paling banyak lima fail untuk rencana seperti ini. Hari ini, BlackBerry boleh memuatkan maklumat sejuta kali lagi banyak.
Ada yang meramalkan menjelang 2025, kita akan mempunyai komputer yang boleh memproses maklumat seperti otak manusia. Pada 2045, komputer itu boleh mempunyai keupayaan memproses enam bilion otak.
Apakah kita berada dalam keadaan 'sarat maklumat'? Dalam bahasa Inggeris, ungkapan yang tepat ialah 'information overload'. Ada juga yang melabelkannya 'infobesity' atau 'infoxication'. Apakah keadaan ini baik untuk manusia? Atau menjadikan kita terlalu bergantung pada maklumat atau data?
Nampaknya begitulah, kita berdepan dengan tsunami maklumat – sebahagiannya berguna, banyak juga sekadar sampah sarap yang tidak bermanfaat. Apakah manusia menjadi lebih cerdik dengan teknologi di tangannya?
Ledakan maklumat perlu dimanfaat
Read More / Baca Lagi >>

Sejauh mana dibenar melihat aurat dalam perubatan

Posted: 25 Feb 2014 06:56 PM PST

Dr Suhazeli Abdullah
TUGAS seorang pengamal perubatan sungguh mulia. Membantu menyelamatkan nyawa manusia dan menghilangkan kesakitan kepada pesakit (dengan tidak dinafikan bahawa segalanya adalah ketentuan dari Allah jua). Sesiapa yang menceburi bidang ini, sama ada doktor, jururawat atau seumpamanya adalah khusus bagi menolong kehidupan manusia sejagat. Inilah kemahiran yang sukar diperoleh. Malah untuk menjadi seorang doktor, sela masa yang lebih lama di universiti berbanding dengan profesyen lain

Oleh kerana keistimewaan inilah tugasan yang diberikan amat besar. Justeru, tugasan ini tidak boleh diberikan kepada orang yang tidak khusus belajar mengenai hal ehwal merawat pesakit. Lebih besar lagi taklifan yang diberikan kepada para pengamal perubatan ini apabila ada di antara mereka menceburi bidang yang lebih spesifik dalam ilmu dan dunia perubatan. Sebagai contohnya pembedahan jantung oleh pakar Jantung, hal-hal khusus sakit puan oleh pakar sakit puan. Ada yang mengambil kepakaran sakit tulang, sakit kanak-kanak, sakit berkaitan darah dan sebagainya. Pendek kata bukan calang-calang orang sahaja yang mengambil bidang yang penting ini.
Ilmu Allah ini juga tidak tertakluk kepada lelaki mahupun wanita. Ianya bergantung kepada kecenderungan masing-masing dan minat yang mendalam dalam sesuatu disiplin ilmu spesifik itu.

menjaga batas syariat
Tidak sihat seseorang itu boleh membawa kepada hidup tidak berkualiti. Kerja terganggu. Ibadah pun terbatas. Malah penyakit yang dialami boleh membawa maut jika tidak diurus dengan baik oleh perawat yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang penyakit tersebut.
Namun disana timbul satu isu apabila kita sebagai seorang muslim, perlu menjaga batas syariat yang ditetapkan dalam agama seperti menjaga aurat sepanjang waktu. Aurat lelaki antara pusat dan lutut bagi masyarakat umum. Manakala aurat wanita adalah muka dan tapak tangan boleh didedahkan.
Batasan aurat ini boleh terangkat hukumnya jika berlaku darurat. Apa yang dimaksudkan darurat di sini sebagai contohnya jika wanita yang sudah sampai waktu bersalin, wajib hadir disisinya seorang pembantu yang mahir dalam selok belok kelahiran dan membantu proses berkaitan dengan kelahiran agar terjamin nyawa ibu dan anak.
Penjagaan batas aurat ini tidaklah termasuk dalam lima perkara penting tujuan diturunkan syariat (maqasid syar'iyyah); iaitu untuk menjaga agama, akal, nyawa, maruah dan harta.
Penggunaan hukum darurat bagi menjaga aurat semasa merawat ini tidak terpakai secara langsung. Cuma hukum darurat ini digunapakai secara tidak langsung apabila ketidakhadiran orang yang mahir (sama ada lelaki atau wanita) boleh mengakibatkan nyawa siibu atau sianak yang akan dilahirkan terancam.

batasan hukum penjagaan aurat
Batasan hukum penjagaan aurat dalam bidang perubatan ini boleh diletakkan sebagai rukhsah. Rukhsah bermaksud keringanan yang dibenarkan syariat atas keadaan-keadaan tertentu.
Keringanan ini juga disebut sebagai 'takhfif' selain rukhsah. Ia adalah bentuk kemudahan yang diberikan oleh Islam bagi setiap hamba-Nya yang berada pada keadaan tertentu. Ibnu Nujaim menyebutkan bahwa rukhsah terdiri dari beberapa jenis:
Pertama: Menggugurkan (takhfif isqath), seperti pengguguran kewajiban solat Jumaat kepada orang yang sakit kronik.
Kedua: Mengurangkan (takhfif tanqish), seperti qasar solat empat rakaat menjadi dua ketika dalam keadaan musafir; dibolehkan solat sesuai dengan kemampuan bagi seseorang yang dalam keadaan sakit dan yang lainnya.
Ketiga: Menggantikan (takhfif ibdal). Misalnya mengganti wuduk air dengan tayamum menggunakan debu diakibatkan tidak adanya air yang digunakan untuk berwuduk.
Keempat: Mendahulukan (takhfif taqdim), seperti rukhsah jamak taqdim.
Kelima: Mengakhirkan (takhfif takhir). Ini termasuklah rukhsah jamak takhir, melewatkan solat Isyak dan lain-lain.
Keenam: Meringankan (takhfif tarkhish), seperti dibolehkan minum arak jika tercekik sesuatu apabila tiada minuman lain di sekelilingnya.
Ketujuh: Mengubah (takhfif taghyir). Misalnya perubahan bentuk perbuatan solat menjadi lebih ringan ketika terjadi peperangan. [Lihat Imam Musbikin, Qawa'id al-Fiqhiyah, Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada, 2001]
Read More / Baca Lagi >>

DUIT RAKYAT JADI MANGSA LAGI: KLIA2 LAMBAT DI BUKA KERANA LANDASAN RETAK ??

Posted: 25 Feb 2014 06:35 PM PST



Kebimbangan mengenai keselamatan lapangan terbang tambang murah klia2 dibangkitkan lagi selepas penemuan keretakan di jalan rayap, kawasan apron dan sekurang-kurangnya satu tempat parkir pesawat, seminggu selepas bangunan terminal gagal pemeriksaan bagi piawaian kebakaran dan keselamatan.

Satu set gambar yang diambil baru-baru ini menunjukkan keretakan dan permukaan beralun di jalan rayap membawa ke landasan sepanjang 3.96 km, selain keretakan di kawasan apron dan tempat parkir pesawat yang boleh menyebabkan pembukaan lapangan tambang murah itu yang dijadualkan pada 2 Mei ditangguhkan lagi.

"Jalan rayap ini penting kerana lebih 300 pesawat berlepas dan mendarat di lapangan terbang tambang murah pada ketika ini dengan pesawat yang penuh. Sebarang keretakan akan menyebabkan kebimbangan keselamatan kepada syarikat penerbangan untuk mendarat di sini," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Di antara syarikat penerbangan bakal menggunakan terminal ini adalah AirAsia, AirAsia X, Cebu Pacific dan Malindo Air yang kebanyakannya akan menggunakan pesawat kecil seperti Boeing 737 dan Airbus 320. Bagaimanapun, AirAsia X menggunakan pesawat besar A330 dan A340 yang boleh membawa beban lebih berat.

"Pihak berkuasa sudah diberitahu mengenai keretakan dan kerja baik pulih akan mengambil masa, lebih lama daripada tarikh pembukaan pada 2 Mei ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan," tambah sumber tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

'Ancaman itik' & cat merah oleh puak pelampau pada media dikecam

Posted: 25 Feb 2014 06:33 PM PST


Gerakan Media Marah (GERAMM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melempar cat merah pada bangunan portal berita bebas Malaysiakini serta mengikat kaki seekor itik yang dimasukkan ke dalam sebuah kotak di luar pejabat itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi hari ini dipercayai merupakan satu ancaman kepada Malaysiakini susulan beberapa laporan berkaitan kejadian seumpamanya, melibatkan cat merah dan bangkai ayam, yang berlaku di pejabat Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Gambar Kok turut dilekatkan pada kotak yang mengandungi seekor itik, yang pada awalnya disangka bangkai tetapi kemudian disahkan masih hidup.

Dua keping gambar hitam putih Kok turut ditampal di dinding luar pejabat Malaysiakini. Gambar-gambar ini diletakkan dalam plastik bersama sejumlah kecil beras dan jarum berwarna merah.

Tindakan semberono sebegini bukan saja melibatkan kerosakan harta benda tetapi juga menyeksa seekor binatang yang dijadikan mangsa dalam serangan cat merah ini.

Lebih khusus dan membimbangkan lagi, ia berbaur ancaman kepada kebebasan sebuah organisasi media yang terkenal itu.

GERAMM ingin menegaskan adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak cuba mengancam pengamal media atau menggambarkan laporan seperti Malaysiakini hasilkan sebagai satu bentuk sokongan terhadap sesuatu pihak atau ahli politik secara individu.

Kes Tamil Malar & BERSIH 3.0
Read More / Baca Lagi >>

Agihan air: Syabas diminta jangan berdolak dalik dan sabotaj kerajaan negeri

Posted: 25 Feb 2014 06:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor berpendapat tempoh lama ambil oleh Syabas untuk mendapatkan kelulusan SPAN bagi Pelan Pengagihan Air Berjadual akibat penutupan Loji Batu 11 dan Loji Bukit Tampoi akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat dan menjadikan SPAN sebagai alasan amat tidak masuk akal, mengarut dan tidak boleh diterima kerana perkara ini mustahak dan melibatkan kepentingan ramai.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan semalam menyatakan kerajaan negeri terpaksa melaksanakan pengurangan pelepasan air daripada empangan untuk pastikan pengguna tetap menerima bekalan air walaupun berselang seli sehingga akhir Mac ini.

"Penurunan paras air empangan kerana perubahan monsun yang menyebabkan cuaca panas berlanjutan dan keadaan ini turut dialami di negeri-negeri lain," jelas kenyataan itu, sebagaimana di bawah.

Perbincangan mengenai persediaan terhadap cadangan pelaksanaan penjadualan pengagihan air telah dibincangkan bersama wakil Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor sejak 18 Februari 2014.

Dalam mesyuarat itu, jawatankuasa telah dimaklumkan keadaan paras empangan di Selangor khususnya Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi dan Empangan Klang Gates yang menghampiri paras kritikal.

Pihak Syabas telah diminta menyediakan pelan penjadualan pengagihan bagi kawasan liputan Loji Sungai Selangor 1,2,3, Loji Rasa dan Rantau Panjang sekiranya pengurangan pelepasan air dilaksanakan daripada Empangan Sungai Selangor sebanyak 500 juta liter sehari (JLH).

Jawatankuasa berkenaan meminta supaya Syabas membentangkan pelan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 20 Februari 2014.
Read More / Baca Lagi >>

Guru ditukar kerana bantah PBS buat rayuan, anggap pemindahan secara paksaan

Posted: 25 Feb 2014 06:30 PM PST

Nor Izzat berkata alasan yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan dalam surat pertukaran sekolah yang diterimanya tidak munasabah.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Februari, 2014.Nor Izzat berkata alasan yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan dalam surat pertukaran sekolah yang diterimanya tidak munasabah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Februari, 2014.

Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 29, guru yang ditukar kerana mengkritik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan membuat rayuan ke atas arahan pemindahannya itu.
Menurut Nor Izzat, permohonan rayuan itu akan dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri Pahang hari ini.
"Kalau ikut keadaan semasa ini, saya akan buat rayuan dan dihantar petang nanti," kata Nor Izzat kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi semalam.
Salinan permohonan rayuan itu juga akan dipanjangkan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin, kata beliau lagi.
"Selepas itulah kita akan cuba tengok apa respon daripada jabatan negeri. Salinan akan dihantar ke pejabat menteri pendidikan."
Nor Izzat juga berkata alasan yang diberikan oleh jabatan pendidikan dalam surat pertukaran yang diterimanya tidak munasabah.
"Pertama sekali, pertukaran ini adalah mengejutkan tanpa ada alasan yang kukuh.
"Mengikut surat ini, alasan yang diberikan adalah atas kepentingan perkhidmatan tetapi tiada alasan spesifik," katanya.
Malah Nor Izzat yang mengajar Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah Kebangsaan Damak di Jerantut berkata guru mata pelajaran itu di sekolah tersebut hanya beliau seorang sahaja.
"Jadi, kalau kata atas alasan kepentingan perkhidmatan, sekolah yang saya ajar sekarang ini pun masih memerlukan saya kerana tidak ada guru lain yang boleh mengajar di sini.
"Dan saya satu-satunya guru option di sini. Justeru,  alasan yang diberikan tidak munasabah. Macam mana pula mereka boleh kata atas kepentingan perkhidmatan," katanya.
Nor Izzat pada minggu lalu dilaporkan diarahkan bertukar ke sebuah sekolah pedalaman, dipercayai kerana menentang pelaksanaan PBS yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rakannya, Mohd Zulkefli Seman yang mengajar di sekolah sama juga turut menerima surat pertukaran.
Nor Izzat juga berkata, tidak pernah mengisi sebarang permohonan pertukaran ke sekolah lain dan menyifatkan ia dibuat secara tidak sukarela.
Read More / Baca Lagi >>

PAS bantah hasrat Bernas keluar Bursa Saham

Posted: 25 Feb 2014 04:02 PM PST

Menghairankan apabila Syed Mokhtar mengekalkan harga yang sama

Dzulkefly Ahmad PASKUALA LUMPUR: Tawaran kali kedua taikun beras, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary membawa Padiberas Nasional Berhad (Bernas) keluar daripada senarai Bursa Malaysia dan mahu menjadi syarikat swasta dibantah.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad (gambar)  berkata, menghairankan apabila Syed Mokhtar mengekalkan harga yang sama ketika membuka tawaran kedua pada awal Februari lalu iaitu pada paras RM3.70 sesaham.
Katanya, Bernas kini dalam proses rayuan untuk keluar daripada Bursa Malaysia selepas keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu menghalang mereka daripada berbuat demikian dan tidak membenarkan entiti itu dimiliki oleh seorang individu.
"Kalau Bernas keluar daripasa syarikat penyenaraian awam (PLC) ia sangat ditakuti.
"Bagaimana sesebuah aset strategik negara diswastakan dan kekayaan negara akan dimiliki oleh seorang individu?
"Persoalan yang dipertikaikan pelbagai pihak ialah mengapakah Perdana Menteri Najib Razak terus mengizinkan satu aset strategik penting negara dimonopoli oleh swasta dan seorang individu," soalnya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.
Dzulkefly berkata, empat syarikat yang menawarkan pembelian saham pada harga tersebut adalah Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures SB, Seaport Terminal (Johore) SNN dan Acara Kreatif.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Tarif elektrik mungkin terus naik

Posted: 25 Feb 2014 04:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik mungkin akan terus berlaku jika kerajaan menganugerahkan projek jana kuasa arang batu 2,000MW, atau projek 3B kepada Syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
 
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meminta kerajaan tidak menganugerahkan projek tersebut kepada 1MDB kerana rakyat yang akan menanggung beban kenaikan tarif elektrik.
 
Menurut Husam, syarikat lain yang bersaing dengan 1MDB ialah YTL Corporation Berhad.
 
Bagaimanapun, 1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh.
 
"Kalau 1MDB dipilih kita akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh.
 
Perbezaan ini menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi.
 
"Adakah rakyat Malaysia perlu membayar kos elektrik yang lebih mahal semata-mata nak bayar kepada 1MBD sedangkan ada saingan yang lebih murah dengan saingannya YTL," kata pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
 
Read More / Baca Lagi >>

Memo mansuh PBS diserah pada sidang Parlimen, Mac depan

Posted: 25 Feb 2014 03:59 PM PST

normala_sudirmanPUTRAJAYA 25 FEB: Memorandum bantahan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dihantar ke peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum diserah kepada Perdana Menteri.
Menurut Pengerusi Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) Normala Sudirman memorandum bagi pemansuhan PBS akan dihantar kepada Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat awal Mac depan.
Beliau hari ini bersama NGO pendidikan lain antaranya Majlis Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (MAKPEN), Persekutuan Persatuan Lembaga Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Yayasan Tamil menyerahkan memorandum ke KPT.
Memorandum diserahkan kepada Timbalan Pengarah Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Sufa'at Tumin.
Antara kandungannya termasuk cadangan rundingan meja bulat berkaitan sistem PBS dan seterusnya meminta kerajaan membentangkan kajian yang dilakukan kerajaan sebelum PBS dilaksana pada tahun 2011.
Selain itu, memorandum mendesak KPM menghentikan tindakan tidak profesional dan penganiayaan kepada warga pendidik yang dipandang remeh pihak Kementerian.

JPM: Ini saya wakil rakyat, bagaimana rakyat biasa - Rafizi

Posted: 25 Feb 2014 03:55 PM PST


PUTRAJAYA: Selepas setengah jam 'ditolak sana sini' oleh pegawai di pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Adun Batu Lintang See Chee How akan menghantar memorandum berhubung kes rasuah balak bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melalui pos.

Rafizi yang ditemui di pekarangan Jabatan Perdana Menteri kecewa apabila pegawai Najib enggan berjumpa beliau sedangkan perkara itu telah dimaklumkan dalam satu surat semalam.

"Semalam saya sudah bagi surat tentang penyerahan memorandum hari ini. Notis sudah bagi dan difaks awal.

"Saya berhubung dengan dua pegawai Mohd Nor dan Azian sebaliknya mereka minta saya berhubung dengan Badrin.

"Badrin pula tiba-tiba tanya soalan macam-macam dengan saya seolah-olah hendak menyiasat saya. Saya ditolak tolak, buang masa saya sahaja," katanya kepada media.

Rafizi kesal apabila pejabat Perdana Menteri tidak mahu menerima memorandum apatah lagi beliau hendak berjumpa dengan Najib sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO yang sudah tidak ku kenali lagi..!!!

Posted: 25 Feb 2014 03:51 PM PST

Aspan Alias

Najib sedang menghadapi tekanan lebih hebat dari apa yang dialami oleh Abdullah Badawi semasa Abdullah masih Perdana Menteri dahulu. Semasa Dr Mahathir mundar mandir kedarat dan kebaroh membidas Abdullah, masih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mempertahankan Abdullah Badawi. Kumpulan Abdullah telah memberikan reaksi yang agak kuat terhadap tindakan Dr Mahathir, sehinggakan Dr Mahathir sendiri telah dimalukan oleh Abdullah. Dr Mahathir telah di gagalkan oleh perwakilan Kubang Pasu untuk beliau menjadi perwakilan ke perhimpunan agong UMNO pada tahun 2006 dahulu.
Di sebaliknya sekarang ini tidak kedengaran suara mempertahankan Najib dikalangan pimpinan UMNO selain dari sekali sekala kedengaran Ketua Pemuda Khairy membela Nbeliau dalam beberapa isu. Sesungguhnya Najib merupakan seorang 'orphanage leader' yang hanya dapat pembelaan mungkin dari isterinya sahaja. Satu dua insiden kedengaran Ahli Parlimen Kota Belut, seorang Menteri baru yang bernama Rahman Dahalan yang membela Najib dengan sambil lewa sahaja.
Kalaulah keadaan ini berlaku semasa tahun tujuh puluhan dahulu, seorang Perdana Menteri yang berada dalam situasi seperti Najib ini pasti akan meletakan jawatan jika sudah ada tanda-tanda pemimpinan mereka itu tidak mendapat sokongan padu dari ahli partinya. Pemimpin itu tidak akan bertahan kerana takut partinya akan perpecah belah dan mereka rela melepaskan jawatan tertinggi mereka demi kelangsungan perpaduan diantara ahli parti dan rakyat.
Saya ingin mengingatkan insiden-insiden yang masih segar dalam ingatan saya tentang isu isu ini yang anak-anak muda sekarang mungkin mengaggapnya sebagai ganjil. Walaupun ia berlaku lebih tiga puluh tahun dahulu saya tetap ingat dan menjadikan sikap yang diambil oleh pucuk pimpinan semasa itu sebagai tauladan baik yang sepatutnya di ikuti oleh pimpinan hari ini.
Tetapi ia tidak ditauladani lagi kerana nilai kepimpinan sekarang sudah jauh berbeza kerana nilai yang baik dahulu itu tidak di gilapkan oleh pucuk pimpinan yang bernafsu kuat untuk berkuasa berseorangan. Nilai kepimpinan seperti itu sudah dianggap 'out-of- date' kata setengah yang baru main politik, hari ini.
Tun Husien Onn merupakan contoh yang terbaik untuk kita buat contoh dalam isu ini. Selepas sahaja beliau ditentang oleh Hj Sulaiman Palestin sebagai Presiden UMNO pada tahun 1978 dahulu, beliau terus mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan 1981 nanti. Beliau tahu walaupun beliau memenangi undi dengan majoriti yang sangat besar, beliau tahu ada sedikit dikalangan pimpinan dan ahli-ahli UMNO tidak menyokong beliau.
Read More / Baca Lagi >>

2 Menteri Kabinet Najib Akan Letak Jawatan?.. Agak-Agaknya Siapa?

Posted: 25 Feb 2014 03:49 PM PST

Spekulasi dua menteri kabinet bakal meletakkan jawatan bukti kegagalan prestasi dan kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata, beliau tidak terkejut jika dalam masa terdekat ada mana-mana lagi menteri kabinet bertindak meletakkan jawatannya.
"Saya tidak terkejut jika ada mana-mana menteri yang bertindak drastik dengan meninggalkan kabinet Najib."Ini kerana Perdana Menteri itu sendiri telah gagal menyelesaikan banyak isu, terutama isu hubungan antara kaum dan masalah agama," kata Johari ketika dihubungi Keadilandaily.
Media baru-baru ini melaporkan spekulasi bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek akan meletakkan jawatan.
Perkara itu dikuatkan dengan peletakan jawatan Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy dari semua jawatan kerajaan dan Dewan Negara berkuat kuasa 10 Februari lalu.
Ini berikutan rasa tidak berpuas hatinya dengan corak pentadbiran Najib yang menurutnya tidak memperdulikan nasib masyarakat India di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Pekerja Petronas Warga Bangladesh Dedah Taktik Penipuan Cashier Di Kaunter

Posted: 25 Feb 2014 03:48 PM PST

Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan *******, ******.

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang...)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.


Lelaki Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

"Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

"Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

"Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.

Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Eksekutif muda bankrap

Posted: 25 Feb 2014 03:46 PM PST

Dalam satu laporan dan statistik dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia, hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Daripada jumlah itu, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang along.
Tahap pengetahuan rendah mengenai pengurusan kewangan menjadi salah satu punca kepada kemelut bebanan hutang golongan ini. Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) membuktikan 47 peratus daripada mereka dibebani hutang serius dan pemerhatian lanjut mengenai perilaku dan tabiat kewangan golongan pekerja muda, 37 peratus daripada kelompok ini mengakui mereka berbelanja melebihi gaji bulanan.
Kos sara hidup yang meningkat saban tahun turut menyumbang kepada masalah pengurusan wang golongan muda. Memetik statistik dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) empat tahun lalu, pendapatan kasar bulanan isi rumah di kawasan bandar menjulang naik kepada RM4,705 berbanding RM3,357 pada sepuluh tahun sebelumnya.

Hal ini memberi gambaran bebanan dan tanggungan perlu dihadapi oleh golongan muda terutamanya graduan yang baru memasuki alam pekerjaan. Gaya hidup di luar kemampuan sering menjadi punca utama masalah kewangan yang semakin meruncing dalam kalangan remaja. Hal itu membawa kepada bebanan hutang pada usia muda akibat berbelanja secara berlebihan.

Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) sendiri mengakui yang kajian awal dilakukan mereka terhadap 100 individu mendapati golongan itu menghabiskan 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang tertunggak setiap bulan.

Namun secara lebih teliti, apakah yang membuatkan mereka diisytiharkan muflis?


Hutang sewa beli

Sebanyak 1,046 kes muflis membabitkan mereka di bawah umur 25 tahun dicatatkan bagi 2005 hingga Julai tahun lalu dan daripada kes itu, 487 atau 46.5 peratus diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang sewa beli kenderaan manakala 354 orang (33.8 peratus) pula gagal menjelaskan pinjaman peribadi.

Terdapat juga kalangan mereka muflis kerana menjadi penjamin korporat dan sosial, serta gagal menjelaskan pinjaman kad kredit serta biasiswa atau pinjaman pelajaran.

Apa perasaan anda apabila menyandang status muflis pada usia muda? Tambah lagi apabila silapnya adalah anda tidak mampu lagi membayar hutang kad kredit yang mencecah ribuan ringgit. Atau mungkin kerana menjadi mangsa kepada ketaksuban untuk bertukar-tukar kereta pada hal kewangan belum benar-benar layak untuk berbuat demikian.

Tidak salah memenuhi keperluan asas, namun salah langkah dan tanpa perancangan kewangan yang teliti bahana menanti. Apatah lagi dengan promosi makin hebat terutamanya apabila majikan mengumumkan kenaikan gaji dan bonus.
Read More / Baca Lagi >>