Selasa, 25 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Daim terus serang Anwar, jika Kajang kalah, UMNO hilang Putrajaya

Posted: 25 Feb 2014 11:40 PM PST


Apa yang nyata, bekas menteri kewangan itu dalam keadaan penuh kebimbangan. Cukup bimbang sehingga beliau terus bercakap mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara terbuka, beliau menolak pemimpin PKR sebagai seorang gila publisiti dan sukakan perhatian. Secara terbuka juga, beliau merendah-rendahkan ketua pembangkang itu sebagai seorang yang tidak pernah mampu menyelesaikan sebarang masalah.

Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Secara terbuka, beliau berkata bahawa langkah Anwar bertanding pilihan raya kecil di Kajang hanya membazirkan duit rakyat.

Rupa-rupanya penentangan Daim terhadap Anwar diteruskan dalam sesi perbincangan peribadi tetapi dengan nada lebih serius dan tidaklah begitu memandang rendah terhadap kemampuan Anwar.

Mereka yang berada di kelilingnya berkata, beliau gusar akan kesan sekiranya Anwar menang di Kajang; terutamanya kemungkinan Anwar menjadi ketua eksekutif negeri paling kaya di Malaysia dengan beberapa bilion pada tangannya dan kesan segera terhadap moral ahli-ahli Umno di Selangor serta seluruh negara.

Namun, tidak dinyatakan ketakutan bahawa ia mampu menjadi  asas ekonomi yang kukuh dan landasan untuk mempamerkan kualiti kepimpinan kuat berbanding Putrajaya, nafas baru dan fokus Anwar ini boleh membawa Pakatan Rakyat (PR) untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang – keputusan akhir yang ternyata membuatkan Daim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno lain dari zaman kegemilangan penswastaan tidak senang duduk.

Tambahan pula, Selangor adalah negeri perindustrian dan paling kaya serta bersebelahan dengan Kuala Lumpur yang menjadikannya sumber bagi  projek-projek infrastruktur, tawaran hartanah dan perniagaan untuk kroni dan lain-lain yang berkaitan dengan Putrajaya.

Ia menjadi penting bagi pihak yang pernah mendapat manfaat untuk memastikan Selangor kembali kepada BN. Kepimpinan Anwar di negeri ini akan menjauhkan lagi kemungkinan masa hadapan dan menjadikan Selangor sebuah lagi kubu politik seperti Kelantan bagi PAS.

Secara mudah, wujud keperluan untuk melindungi "angsa emas".  Para jutawan yang mempunyai kaitan dengan Umno akan berusaha sedaya mungkin menghalang Anwar mengambil alih jawatan sebagai menteri besar.

Justeru, jangan terkejut jika Daim mengambil berat terhadap bagaimana persediaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk "berperang" dengan Anwar.

Penting bagi golongan yang mendapat manfaat pada zaman Mahathir jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengosongkan jawatannya.

Jelaslah, dakwaan mereka berkenaan "Langkah Kajang" sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan penggunaan dana awam untuk pilihan raya kecil.

Ini kerana jika mereka benar-benar mengambil berat bagaimana wang pembayar cukai dibelanjakan, mereka pasti tidak akan membenarkan konsesi tol yang berat sebelah atau tawaran untuk pengeluar tenaga bebas atau menyimpan sumber air di tangan beberapa ahli perniagaan tertentu sahaja.

Oleh itu, pertempuran di Kajang adalah pertempuran bagi menentukan siapa yang akan dapat mengawal Putrajaya pada masa hadapan. Kemenangan Anwar di Kajang boleh menyebabkan Umno kehilangan Putrajaya lambat laun nanti.

Khalid Ibrahim jadi timbalan presiden, ganjaran lepas jawatan MB Selangor?

Posted: 25 Feb 2014 08:13 PM PST


OLEH MD IZWAN
FEBRUARY 26, 2014
Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain 'tarik tali' dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014.Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain 'tarik tali' dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mendapat sokongan dan pengaruh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada April ini, kata satu sumber.
Sumber dalaman PKR memberitahu, perkara itu mungkin berlaku sebagai ganjaran Khalid melepaskan jawatan menteri besar Selangor kepada Anwar selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.
"PRK Kajang ini hanya platform bagi pemilihan parti April nanti," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider yang enggan namanya didedahkan.
"Ia menjadi medan masing-masing dalam parti untuk membuktikan keupayaan dan kebolehan."
Anwar dikatakan akan menggantikan menteri besar penggal kedua itu bagi meredakan ketegangan Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Dengan jawatan presiden semakin hampir menjadi milik Anwar, jawatan kedua tertinggi timbalan presiden akan menjadi rebutan untuk bergandingan bersama-sama ketua pembangkang tersebut.
Ketika ini masih ada belum calon secara terbuka mengumumkan untuk mencabar Azmin. Bagaimanapun sumber memberitahu dua nama ketika ini menjadi sebutan.
Antaranya Khalid dan anak perempuan sulung Anwar, Nurul Izzah yang kini naib presiden PKR.
"Khalid dilihat paling kuat sekali untuk melawan Azmin dan Nurul Izzah pun mungkin bertanding... tapi dengan kes perceraian yang melandanya, mungkin dia akan menarik diri," kata sumber itu merujuk kepada kes perceraian Nurul Izzah dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Sumber memberitahu, perkembangan terkini terutamanya tawaran Khalid sendiri untuk menjadi pengarah PRK Kajang dan beberapa langkah populis dalam isu air bertujuan membina imejnya sebagai seorang pemimpin hebat.
"Perlu ingat, ahli PKR paling ramai adalah di Selangor... jika Khalid berjaya dalam pilihan raya kecil kali ini, ia pasti membina momentum untuk pemilihan parti nanti," kata sumber yang mengatakan di Selangor sahaja ahli PKR adalah sebanyak 130,000 orang.
Kebimbangan disuarakan oleh sumber sekiranya Anwar tunduk kepada Khalid yang mahu mendapatkan sokongan daripada beliau untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
"Sepatutnya Azmin yang jadi pengarah pilihan raya, tapi Khalid berjaya mengambil alih selepas memaksa Anwar tunduk kepada syaratnya," kata sumber yang mendedahkan antara syarat Khalid sekiranya mahu mengosongkan jawatan menteri besar adalah dengan melantiknya sebagai pengarah pilihan raya.
Malah, sumber mendedahkan sehingga kini Khalid masih belum menandatangani sebarang surat perjanjian untuk melepaskan jawatannya.
"Mana ada dia tandatangani, sampai sekarang pun belum ada apa-apa lagi.
"Ini yang membimbangkan. Khalid mungkin menggunakan surat tersebut untuk paksa Anwar sokong dia," katanya sumber itu lagi.
Tidak menolak sokongan akar umbi masih lagi memihak kepada Azmin, sumber menegaskan situasi tersebut akan berubah sekiranyaAnwar sendiri menyokong Khalid untuk bertanding.
Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain "tarik tali" dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya.
Khalid sehingga kini masih belum memberikan sebarang isyarat untuk bertanding dalam pemilihan parti, namun Azmin sejak awal sudah memulakan kempen mempertahankan jawatannya.
Khalid dan Azmin sering tidak sekata serta menimbulkan banyak pertikaian dalam banyak perkara, antaranya baru-baru ini dalam isu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pemilihan PKR akan bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. Penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.
Bagi peringkat cawangan pula, ia akan diadakan mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini. – 26 Februari, 2014. - TMI

Kerajaan lemah - Apa kata Daim

Posted: 25 Feb 2014 03:57 AM PST


Masalah inflasi, yang diperkatakan orang ramai, antara kelemahan kerajaan di mata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Banyak. Nombor satu tentunya hari ini orang ramai kata inflasi meningkat," katanya ketika ditanya ruang di mana kerajaan masih tidak kuat.

Tokoh korporat itu juga berkata, orang ramai mahu tahu kenapa kerajaan membuat semua pengumuman yang mendorong inflasi pada masa yang sama.

"Orang ramai mula mengkritik dasar-dasar dan bertanya kenapa pemilihan waktunya begini.

"Kenapa pengumuman pada Disember ketika keluarga memerlukan wang untuk keperluan sekolah anak dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau fikir kepimpinan negara lemah, Daim menjawab ringkas "saya penyokong kuat kerajaan".

Beliau kemudiannya ketawa dan menambah:

"Apa yang kita mahu pastikan, kerajaan menuju ke arah yang betul, bahawa orang ramai mempunyai keyakinan kepada kerajaan dan menyokong kerajaan.

"Tetapi orang ramai mahu melihat, mereka mahu selesa dengan kerajaan. Dan saya fikir majoriti—jika kamu turun ke bawah—rasa ada sesuatu tidak betul di mana-mana.

"Tetapi terpulanglah kepada kerajaan untuk menilainya, bukan saya." malaysiakini

Depa ni dah meluat kat UMNO... 174 tinggalkan UMNO sertai PKR

Posted: 25 Feb 2014 12:50 AM PST





Majlis penyerahan borang keahlian PKR pada perasmian Pejabat PKR Cabang Maran. di sini.

MARAN - Bekas ketua kampung dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Maran antara 174 individu yang menyerahkan borang keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada majlis perasmian Pejabat PKR Cabang Maran, di sini.

Borang keahlian diserahkan kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Rahman yang turut melancarkan penubuhan empat ranting PKR Maran iaitu Bandar Maran, Taman Sri Keramat, Kampung Senggora dan Taman Maran Impian.

Bekas ahli jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Senggora, Hairi Dahalan berkata, keputusan keluar dari Umno dan menyertai PKR bukan kerana kecewa sebaliknya demi kemajuan Bandar Maran.



Menurutnya, pembangunan dan kemajuan prasarana itu hanya boleh dilakukan oleh PKR selepas pemimpin Umno setempat gagal berbuat demikian meskipun tidak pernah kalah dalam pilihan raya bagi kesemua kerusi di Parlimen Maran.

"Lebih 30 tahun saya menyokong Umno tetapi pembangunan Maran jauh mundur daripada daerah lain.

"Ini membuktikan Umno tidak mampu menyediakan prasarana lebih baik kepada penduduk seperti hospital, kilang untuk peluang pekerjaan, institut pengajian dan sebagainya.

"Parlimen Maran tidak pernah kalah dan merupakan kubu kuat Umno di negeri ini namun apa yang mereka beri kepada pengundi semula?," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa Pemuda Umbi Bahagian, Ahmad Suhor Awang berkata, visi dan perjuangan PKR lebih jelas untuk keadilan semua rakyat dan bukan demi kepentingan peribadi.

Menurutnya, Maran seakan tersisih dari sebarang kemajuan walaupun berada di bawah penguasaan Umno.

"Masyarakat di sini sudah sedar dan semakin hilang kepercayaan kepada pemimpin Umno apabila gagal membangunkan Bandar Maran.

"Golongan muda tagih peluang pekerjaan dan perkara ini telah lama disuarakan dalam Umno.

"Tapi suara akar umbi itu tidak mendapat perhatian dan jika Umno terus memerintah, sampai bila-bila Maran tidak akan berubah," katanya.

Tiada ulasan: