Isnin, 24 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tindakan pada Kassim Ahmad lewat sebab Mahathir

Posted: 24 Feb 2014 10:33 PM PST


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
FEBRUARY 25, 2014
Pihak berkuasa agama berlengah dalam mengambil tindakan terhadap kenyataan Kassim Ahmad, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Gambar fail.Pihak berkuasa agama berlengah dalam mengambil tindakan terhadap kenyataan Kassim Ahmad, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Gambar fail.Tiada tindakan yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama negeri berhubung kenyataan Dr Kassim Ahmad dipercayai akibat pengaruh daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata ahli Parlimen PAS.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata kelewatan jabatan agama negeri mengambil tindakan terhadap Kassim akan mengundang salah faham di kalangan umat Islam serta mewujudkan ketegangan di antara orang Melayu.
"Kita nampak semua jabatan agama ambil tindakan terhadap Syiah tetapi apabila Kassim mengeluarkan kenyataan menghina Rasulullah yang mana kedudukannya diabadikan dalam Al-Quran tiada tindakan daripada mana-mana pihak.
"Apabila melibatkan Dr Mahathir yang menjadi orang yang menjemput Kassim untuk berucap maka langsung tidak ada apa-apa tindakan. Kita hairan dengan mainan politik sebegini rupa," katanya pada satu sidang media di Shah Alam, hari ini.
Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya dilaporkan menuduh ulama mengawal Islam di Malaysia menggunakan sistem kasta paderi, mempersoal penggunaan hadis dalam menjelaskan ajaran Al-Quran dan mengatakan salah bagi umat Islam mendewakan Nabi Muhammad kerana "beliau hanya pesuruh Allah".
Beliau turut mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita Islam, mengatakan "rambut bukannya sebahagian daripada aurat" dalam ceramahnya yang bertajuk, "Hala Tuju Malaysia dalam masa 30 Tahun". - 25 Februari, 2014 TMI

Cuba bersetubuh dengan mayat

Posted: 24 Feb 2014 06:07 PM PST

Phnom Penh: Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu.
Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean.

Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur seorang remaja perempuan. Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu. Chin memberitahu polis, dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu.

Akhbar Cambodia Daily melaporkan Chin mengakui dia cuba berasmara dengan mayat remaja itu, tetapi disebabkan kerandanya terlalu kecil menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian. Dia kemudian tertidur di atas mayat remaja itu. "Penduduk melihat kakinya terjulur keluar dari kubur kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada keluarga terbabit," kata Keo Vutha, ketua polis kampung an Prey Poun, yang terletak 190 kilometer ke tenggara Phnom Penh. "Kami tidak pasti sama ada dia mengenali remaja itu ketika mangsa masih hidup," katanya. - Agensi

SANTAI TGH MALAM :Untuk para-para isteri - Kelebihan suami boroi

Posted: 24 Feb 2014 08:52 AM PST

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM

BOROI. Malangnya perkataan itu, ia jadi musuh hampir semua orang.Bagi lelaki, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan diri tidak termasuk dalam golongan yang malang itu terutama apabila usia menjangkau 40-an.

Namun dalam berusaha, hanya sedikit yang berjaya. Ini berkait dengan banyak sebab, pemakanan, gaya hidup juga soal istiqamah dalam bersenam.


Bagi wanita pula, mereka seboleh mungkin tidak mahu pasangan boroi kerana hakikatnya, sesiapa yang boroi akan dipandang hodoh seperti kuih yang tidak ikut bentuk acuan.

Namun dalam berdepan dengan isu boroi, kita kadang kala diperdengarkan dengan kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa lelaki boroi juga punya kelebihan.



Ini termasuk pengakuan oleh wanita sendiri yang saya dapati melalui tinjauan media sosial menyebut bahawa lelaki boroi itu seksi. Benarkah?

Saya kira ini mungkin sekadar alasan untuk menyedapkan hati kerana secara relatif, bagaimana boroi mahu dianggap seksi. Apakah kuih yang jadinya tidak mengikut bentuk acuan semestinya sedap?

Ya, saya sendiri termasuk dalam kategori boroi. Dan untuk menyedapkan hati sendiri, sejak berkahwin, saya sering mengatakan kepada sesiapa sahaja yang membangkitkan isu keboroian saya bahawa hanya jauhari yang mengenal manikam. Kononnya, hanya wanita yang bersuamikan lelaki boroi sahaja tahu kelebihan kami.

Kadang kala saya membuat perbandingan bahawa kami yang boroi ini seumpama minyak masak Seri Murni yang melalui proses pemeringkatan dua kali untuk mendapat kualiti  terbaik.

Sesiapa yang tidak fahami  metafora ini, cuba-cuba fikir sendiri untuk mendapatkan jawapannya!

Baru-baru ini saya ditemukan dengan satu lagi kenyataan bahawa lelaki boroi dikatakan lebih penyayang, berfikiran jauh (mungkin sebab hujung perutnya lebih jauh dari otak) dan satu lagi, seksi.

Itu berkaitan dengan boroi.



Dalam kes gemuk atau berat badan berlebihan, satu soal selidik di Jerman mendapati lelaki yang termasuk dalam kategori itu lebih setia dalam percintaan berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal ataupun kurus.

Sekumpulan lelaki berusia antara 31 hingga 69 tahun ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta termasuk yang sudah berkahwin.

Hasilnya mendapati daripada 53 peratus yang memberikan jawapan, hanya 11 peratus yang mengaku benar-benar setia dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki gemuk.

23 peratus lagi yang dikenal pasti mempunyai berat badan ideal, mengaku curang. Demikian juga 19 peratus mereka yang dikategorikan sebagai kurus.

Apa pun, saya tidak jamin ini juga cerminan bagi orang kita.

Namun harus jadi ingatan bahawa setiap apa yang padanya ada kelebihan, pasti ada kekurangan dan setiap yang dianggap kurang, pasti ada kelebihan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan bagaimana seadanya kita.

Kepada mereka yang termasuk kategori gemuk atau boroi, usahlah lagi bergundah gulana. Jangan dibenci, apa lagi dikeji 'tembikai masak' anda kerana di situlah tersimpan rahsia kelebihan diri anda yang tidak banyak diketahui orang.  

Uar-uarkanlah bahawa anda bukanlah kuih yang jadinya tidak mengikut acuan kerana bahulu yang rupanya cantik molek bukan semestinya sedap!

Kepada isteri-isteri yang suaminya boroi atau gemuk, anggaplah diri anda bertuah kerana zaman sekarang, ramai suami yang tidak setia. Yakinlah selagi mana perut suami anda boroi dan badannya juga gemuk, itulah tanda dia setia.

Lazimnya, jarang ada wanita muda yang mahu lelaki seperti itu melainkan jika dompetnya juga benar-benar boroi dan gemuk!./sinarharian.com.my 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


VIDEO: AWAS SABOTAJ DARI LUAR

Posted: 24 Feb 2014 04:53 AM PST








PPD DI ANGGAP LEBIH SUDU DARI KUAH

Posted: 24 Feb 2014 04:28 AM PST

 Ada Pegawai PPD mengeluarkan arahan melarang guru menghadiri perhimpunan dan ianya seolah-lah bersifat politik kepartian.



Saya tak keluar arahan hukum guru anti-PBS' Farah Noor Samat | 2:49PM Feb 24
dikemaskini Arahan itu dibuat pejabat pendidikan daerah dan TPM sendiri kurang jelas mengapa ia dikeluarkan.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Macai Rasis Dan Jahat: Cat merah di pejabat Malaysiakini, itik disangka mati tapi hidup

Posted: 24 Feb 2014 09:07 PM PST

1MDB Land Acquisition Press Conference

Posted: 24 Feb 2014 08:59 PM PST

Live duck, red paint at Malaysiakini's office

Posted: 24 Feb 2014 08:59 PM PST

Tak Ikut Syariat: Hanya berselindung di sebalik nama Islam - Dr Asri

Posted: 24 Feb 2014 03:58 PM PST

Dr Asri 
SHAH ALAM - Terlalu banyak perniagaan yang tidak mengikut syariat tetapi menggunakan label jenama Islam bagi mengalih pandangan orang Islam untuk mendapatkan produknya.

Dr Asri berkata, terdapat peniaga yang mengambil kesempatan di sebalik nama Islam.

"Sesetengah orang itu percaya ekonomi itu jadi Islam kerana ia diletakkan ala-ala gambar macam masjid sikit, ada bangunannya ada kubah-kubah sikit, ada tulisan Arab sikit atau di tambah tulisan yang ada perkataan al.

"Tapi dari segi akadnya tidak tercapai walaupun kopiahnya besar, kerana wujud unsur penindasannya ada di situ, contohnya pinjam di bank yang Islam atau tidak Islam bebanannya adalah sama, tidak dapat mengeluarkan orang Islam dari masalah kemiskinan," katanya.

Kata beliau, ekonomi Islam adalah melibatkan semua perkara termasuk etika dalam ekonomi itu sendiri supaya ia bersih daripada amalan yang tidak diredai ALLAH.

"Ada pelbagai produk Islam dalam dunia ini, tapi isu kemiskinan tidak dapat kita keluar dengan hanya menghasilkan  produk-produk seperti ini.

"ALLAH menyuruh kita bukan sahaja adil, tapi ihsan, bukan sahaja adil dalam urus tadbir ekonomi, urus tadbir politik, rumah tangga dan sebagainya," ujarnya.

Read More / Baca Lagi >>

PRK, Lalat Khinzir Dan Masuk Gereja

Posted: 24 Feb 2014 03:34 PM PST

A Kadir Jasin
CERITA masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya. Jadi apabila penceramah Ridhuan Tee Abdullah dilaporkan mengecam perbuatan seorang bakal calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang berucap di gereja, saya ingin tumpang sekali.

Saya katakan "bakal calon" kerana penamaan calon belum diadakan. Antara sekarang dan saat itu, apa pun boleh berlaku.

Menulis dalam akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah bakal calon tersebut memasuki gereja Holy Family, Kajang dan berucap. Tee menyifatkan tindakan itu  sebagai "liberal dan keterlaluan". Bakal calon yang dimaksudkan itu ialah Anwar Ibrahim.

Katanya: "Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut 'lalat khinzir' terbang kawasan 'halal' Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka."

Saya katakan cerita masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya kerana kedua-duanya adalah sebahagian daripada pendewasaan saya.
1. Ketika saya kanak-kanak,  di kampung saya babi peliharaan adalah perkara biasa. Jiran Cina yang berupa penduduk minoriti pelihara babi dan kadang kala babi mereka terlepas keluar kandang dan masuk kampung kami.

2. Babi masuk kampung perkara biasa waktu itu. Kita hambat keluar atau kita biarkan asal tidak merosakkan tanaman atau datang terlalu hampir dengan rumah. Malah nenek saya melakukan kegiatan tukar barang kerana babi. Penternak babi tuai keladi liar yang tumbuh dalam kampungnya untuk makanan haiwan itu. Sebagai ganti mereka memberikannya gula, kopi dan susu.

3. Kalau menunggang basikal dari Tanah Merah (Pendang) ke Kubur Panjang melalui Tobiar, kita akan  melintasi sebuah perkampungan orang Siam. Mereka pun pelihara babi dan babi mereka jinak. Bila kita lalu, babi akan ikut kita, apatah lagi kalau kita membawa buah-buahan atau sayur-sayuran.
Read More / Baca Lagi >>

Photographer lets shoes tell S Sudan crisis

Posted: 24 Feb 2014 03:23 PM PST

Aleppo residents defy siege to stay home

Posted: 24 Feb 2014 03:22 PM PST

Zuckerberg on WhatsApp, Internet Access for All

Posted: 24 Feb 2014 03:20 PM PST

Malaysia Masih Aman: Ditembak ketika minum..!!

Posted: 24 Feb 2014 09:33 AM PST

Dua lelaki cedera ditembak dalam kejadian berasingan di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dekat sini dan di Taman Makmur, Lunas, Kulim, malam ini.
Dalam kejadian di Sri Sentosa, seorang lelaki ditembak dari jarak dekat berhampiran kedai serbaneka, kira-kira 9.30 malam tadi dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan kecemasan.

Di Kulim, seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan pada perut dan kaki kanan di sebuah kedai kopi di Taman Makmur, Lunas, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Mangsa berusia 39 tahun dipercayai tembak ketika sedang berbual bersama seorang rakannya sebelum didatangi seorang daripada dua suspek.
FotoAnggota polis memeriksa lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum kejadian beberapa pelanggan lain turut berada di dalam kedai kopi berkenaan tetapi di meja berasingan.

"Secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar meluru masuk lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

"Rakan mangsa serta beberapa pelanggan lain sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di badan serta kaki kanan dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya.

Katanya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kesan Buruk Kepada Kita Selepas Facebook Membeli WhatsApp..

Posted: 24 Feb 2014 09:22 AM PST

Pada 19 Februari 2014, Facebook telah sah membeli WhatsApp dengan nilai rekod USD 16 Bilion. Kenapa Mark Zuckerberg sanggup membeli satu syarikat kecil yang tidak menjana keuntungan yang nilainya kurang dari satu bilion dengan jumlah yang begitu besar? 
Apa impaknya kepada kita? Sedikit 'latar belakang' pembelian tersebut:
1. Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini 'baik' tetapi sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?) Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain. 'Penjahat'nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook, Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna.
2. Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba 'mencuri' nombor peribadi dan kenalan pengguna dengan menggabungkan FB Messenger dengan SMS. Tindakan ini mendapat tentangan hebat rakyat Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Pengguna juga telah memboikot langkah tersebut dengan menyahpasang perisian Messenger. Strategi tersebut telah gagal maka strategi baru diperlukan. Oleh kerana WhatsApp 'telah pun' memiliki rekod buku telefon pengguna, cara termudah ialah dengan mengambil secara 'paksa' iaitu dengan membeli syarikat pembuat WhatsApp.
Apa yang mereka mahu?
Mereka mahukan nombor peribadi pengguna, supaya mereka tahu siapakah sebenarnya pemilik laman Facebook. Sebagai bonus, adalah senarai kenalan seseorang pengguna (melalui buku telefon). Mereka mahu tahu lokasi sebenar seseorang, selama mana dia di situ, ke mana dia pergi seterusnya, apakah rutin perjalanan hariannya dan sebagainya. Sebab, Facebook adalah tatapan awam (public) sebahagian pengguna yang cerdik tidak mendedahkan segala-galanya tetapi di WhatsApp, hubungan adalah dengan orang-orang terdekat dan keluarga, jadi kebanyakan orang akan berkongsi gambar, hal-hal peribadi dan lain-lain. Sekarang, itu yang Facebook mahukan.
Apa yang perlu saya buat sekarang?
1. Sebarkan mesej ini kepada semua orang.
2. Jangan buang dulu aplikasi WhatsApp!
3. Buka WhatsApp dan padam akaun anda terlebih dahulu. Berdoa agar segala data peribadi anda benar-benar mereka padam dari simpanan mereka.
4. Sekarang anda boleh menyahpasang aplikasi WhatsApp.
Apa saya nak gunakan selepas ini?
Banyak sebenarnya. Telegram, Line, KakaoTalk, WeChat. Tapi dicadangkan kepada pengguna tegar WhatsApp supaya memasang aplikasi 'Telegram' dari Playstore Google.
Read More / Baca Lagi >>

Permudah PBS agar fokus guru tidak terganggu, kata NUTP

Posted: 24 Feb 2014 09:20 AM PST

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipermudah agar fokus guru dalam mendidik pelajar tidak terganggu.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata sistem PBS merugikan pelajar kerana guru boleh hilang fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana perlu memeriksa kertas ujian serta mengisi data berkenaan setiap hari.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan NUTP menyambut baik penangguhan pelaksanaan PBS seperti yang diumum Kementerian Pendidikan semalam.
"Sepatutnya guru menggunakan masa mereka di sekolah untuk mendidik pelajar bukan mengisi data di dalam sistem," katanya.
Kementerian Pendidikan berkata penangguhan itu adalah bagi meneliti semula pelaksanaan PBS dalam usaha mengurangkan beban tugas guru selain memfokus kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan memasukkan data, termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid. – Bernama

PBS: Muhyiddin, Idris bercanggah guru makin pening dan jadi mangsa

Posted: 24 Feb 2014 09:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Kenyataan bercanggah antara dua Menteri Pendidikan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Idris Jusoh berhubung status terkini Pentaksiran Berasaskan Sekokah (PBS) membuatkan guru-guru bertambah pening.
Sebelum ini guru-guru sudah cukup pening dan tertekan dengan sistem PBS yang carca marba kini mereka bertambah pening apabila kenyataan Menteri Pendidikan yang tidak sekata.
Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengakui ada kepincangan di kalangan Menteri Pendidikan apabila Muhyiddin bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan PBS ditangguh serta merta malangnya sehari selepas itu Idris pula berkata PBS tetap berjalan seperti biasa.
"Mana satu yang patut diikut dan yang mana satu terpakai. Cukuplah buat cikgu-cikgu pening dengan PBS ni pula pening dengan kenyataan menteri yang bercanggah," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Idris, kementerian akan meneruskan sistem PBS kerana pelaksanaan itu dimahukan semua rakyat di negara ini.
Katanya, sebelum ini rakyat Malaysia meminta kementerian menukar sistem Pendidikan Malaysia untuk tidak berorientasikan peperiksaan.
Kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan siatem PBS 1 April ini.

Subsidi bukan penyelesaian kenaikan kos sara hidup - Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Posted: 24 Feb 2014 09:14 AM PST

Tan Sri Muhammad Ali Hashim 
SHAH ALAM – Masalah kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta lonjakan inflasi yang tinggi di negara ini tidak boleh diatasi dengan pemberian subsidi termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, kerajaan sepatutnya mengatasi kemelut ekonomi itu dengan menyediakan platform untuk menjana pendapatan rakyat kerana subsidi hanya untuk jangka pendek.

"Kenaikan kos sara hidup kerana inlasi tidak boleh ditangani dengan subsidi, kerajaan perlu segerakan tingkatkan pendapatan rakyat.

"Hari ini tiada institusi tertentu untuk menjana pendapatan rakyat dan kenaikan inflasi secara mendadak kini telah menjejas gologan kelas menengah dan pertengahan malah hal ini boleh membuatkan mereka memberontak kepada kerajaan," katanya pada Wacana Sinar ke-26 bertajuk 'Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran' di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, perkara itu jelas dapat dilihat apabila kadar kenaikan gaji bagi kakitangan swasta dari 2007 hingga 2010 hanya meningkat pada kadar 2.4 peratus sedangkan kenaikan gaji penjawat awam jauh lebih tinggi dengan pelbagai elaun bagi menampung kos sara hidup yang tinggi.

"Kenaikan gaji sektor yang rendah tidak sama dengan purata margin yang diperolehi syarikat korporat yang melambung keuntungannya khususnya yang melibatkan jual beli hartanah pada kadar 45.3 peratus.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Perlancaran Jentera PRK Komuniti Cina Kajang 加影州席補選行動室開幕

Posted: 24 Feb 2014 07:07 AM PST

Ukrainian officials issue arrest warrant for Yanukovich

Posted: 24 Feb 2014 07:05 AM PST

Ukraine attempts to recover from political unrest

Posted: 24 Feb 2014 07:04 AM PST

Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran Bhg 3

Posted: 24 Feb 2014 07:03 AM PST

Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran Bhg 2

Posted: 24 Feb 2014 07:02 AM PST

Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran Bhg 1

Posted: 24 Feb 2014 07:01 AM PST

PRK Dun Kajang: Jentera BN semakin tidak bersemangat dengan kenyataan Muhyiddin

Posted: 24 Feb 2014 06:51 AM PST

Muhyiddin tidak sepatutnya berkata meskipun Anwar Ibrahim menang, seolah-olah beliau mendoakan kemenangan Anwar 

KAJANG: Nampaknya Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak yakin BN akan menang dalam PRK Kajang pada 23 Mac ini apabila beliau berkata meskipun calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi PRK Kajang, Anwar tidak akan berjaya ke Putrajaya,
Katanya, sekiranya Anwar menang, beliau hanya ADUN di Selangor sedangkan Datuk Seri Najib Tun Razak masih Perdana Menteri.
"Yang menang sekarang BN. Perdana menteri kita Najib. Anwar kalau menang sebagai ADUN. Yang menang di Kajang tidak jadi perdana menteri," katanya ketika berucap di hadapan penyokong Barisan Nasional (BN) dan penduduk setempat di Kajang, Selangor hari ini.
Pemerhati politik menyifatkan kenyataan Muhyiddin ini seolah-olah sudah mengiktiraf kemenangan Anwar walaupun hari pembuangan undi pada 23 Mac masih jauh lagi.
Menurut seorang pemerhati politik yang enggan namanya disebut, kenyataan Muhyiddin itu mengecewakan jentera BN kerana sebagai orang nombor dua dalam BN, beliau sepatutnya memberi kata semangat kepada jentera dan bukannya "negative thinking" dengan mengandaikan Anwar akan menang.
Katanya, Muhyiddin tidak sepatutnya berkata meskipun Anwar Ibrahim menang, seolah-olah beliau mendoakan kemenangan Anwar
Katanya lagi, Timbalan Perdana Menteri dia hari lepas ditegur kerana mengatakan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun boleh tahan cantik. Ia dianggap sebagai kenyataan sexist.
Pemerhati politik itu mempertikai kenyataan Muhyiddin seolah-olah bercakap seperti bekas Timbalan Perdana Menteri (1986-1993), Tun Ghafar Baba yang suka bercakap merapu.
Read More / Baca Lagi >>

PAS perlu tangani isu Melayu dan Felda jika mahu ke Putrajaya

Posted: 24 Feb 2014 06:49 AM PST

Antara dakyah untuk menakut-nakutkan orang Melayu ialah, jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, hak orang Melayu akan terhakis.

taufekKUALA PILAH :PAS perlu menangani isu-isu yang melibatkan orang Islam, Melayu dan masyarakat Felda jika PAS mahu ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Bercakap dalam Konvensyen PAS Negeri Sembilan di Hotel Melang Inn, Kuala Pilah kelmarin, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani berkata isu-isu yang membelenggu orang Melayu dan masyarakat Felda perlu ditangani dan diurus secara professional dengan memperkasakan Lajnah Penerangan, Jabatan Penyelidikan dan Strategik PAS Negeri Sembilan supaya rakyat khususnya orang Melayu dapat difahamkan dan akhirnya mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.
"Walau macam mana sekali pun, PAS harus menembusi kubu kuat Umno di kawasan majoriti Melayu khususnya Felda, kampung tradisi dan kawasan luar bandar jika berhasrat membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dan seterusnya menuju ke Putrajaya (Kerajaan Pusat).
"Antara dakyah  yang paling popular dimainkan oleh Umno untuk menakut-nakutkan orang Melayu ialah, jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, maka orang Cina akan menjadi Perdana Menteri, seterusnya hak orang Melayu akan terhakis.
"Walaubagaimanapun sokongan rakyat bukan Islam khususnya pengundi Cina juga perlu dikekalkan bahkan harus ditingkatkan melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di peringkat kawasan dan menerusi kerjasama Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR dalam program-program yang dianjurkan.
Read More / Baca Lagi >>

Projek Beres: Projek tambah baik sistem PRU

Posted: 24 Feb 2014 06:44 AM PST


Projek Beres bukan Bersih, mahupun Tindak Malaysia. Ia bukan ditaja oleh mana-mana pihak dan tidak menyebelahi mana-mana barisan mahupun pakatan politik. Projek Beres merupakan sebuah gagasan yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang inginkan sistem pilihan raya lebih baik dan berkesan.

Projek Beres mencadangkan beberapa pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan bagi menambah baik sistem yang sedia ada. Pindaan-pindaan ini dianggap perlu bagi mewujudkan institusi-institusi baharu yang dapat memastikan sistem pilihan raya tanah air dapat diperbaiki.

Projek Beres mencadangkan supaya kerusi Dewan Rakyat ditambahkan. Penambahan kerusi bagi Semenanjung Malaysia adalah bagi memastikan bahawa taburan pengundi itu lebih berkadar antara satu sama lain. Ada negeri-negeri yang mana kerusinya akan bertambah, dan yang kerusinya akan berkurang, mengikut bilangan pengundi. Untuk Sabah dan Sarawak pula, kerusi akan bertambah bagi melaksanakan apa yang telah dipersetujui semasa pembentukan persekutuan Malaysia.

Projek Beres juga mencadangkan supaya peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) disemak semula bagi memastikan mereka benar-benar bebas. Untuk tujuan ini, persempadanan semula tidak lagi akan dijalankan oleh SPR tetapi oleh badan Perlembagaan yang baharu iaitu 'Suruhanjaya Persempadanan'. Suruhanjaya Persempadanan ini akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab ke atas hal-hal sempadan pilihan raya, yang dahulunya di bawah SPR.
Read More / Baca Lagi >>

Wan Saiful Wan Jan: Tanpa akses, bagaimana nak jadi kaya?

Posted: 24 Feb 2014 06:39 AM PST

Wan Saiful Wan Jan 
SHAH ALAM - Institusi swasta penting sebagai akses kepada orang Melayu untuk berjaya dalam bidang ekonomi.

Ketua Eksekutif Institusi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, peranan yayasan dan koperasi adalah saluran yang baik kepada usahawan Melayu yang sukar untuk mendapatkan akses untuk mengembangkan perniagaan.

Menurutnya, isntitusi swasta itu  perlu diwujudkan selain bergantung kepada kerajaan untuk memberi paltform kepada usahawan khusunya kaum Melayu yang ingin berjaya dlam bidang tersebut.

"Kita perlu ada prinsip, macam mana kita nak bantu orang Islam. Malaysia sebenarnya kita telah ada institusi untuk membantu golongan yang tidak ada akses untuk menjadi kaya.

"Sekarang kita tengok semua nak bergantung kepada kerajaan, nak buat itu kerajaan, nak buat ini kerajaan.

"Kita perlu ada institusi swasta iaitu yayasan atau koperasi yang ditubuhkan antara masyarakat.

Read More / Baca Lagi >>

Presiden PAS turun padang ke Beting Maro

Posted: 24 Feb 2014 06:38 AM PST


Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyapa mesra beberapa penduduk yang hadir pada program 'Santai Kopi Kaw' di Kampung Pusa, Beting Maro.
SRI AMAN, Sarawak: Lawatan kerja Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Kampung Pusa dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro semalam disambut mesra para penduduk tempatan.
Sebaik tiba di jeti Kg Pusa pada jam 2 petang, lebih 50 petugas yang menantikan kehadiran beliau melaungkan takbir.
Tuan Guru Abdul Hadi diiringi Naib Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid; Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriajo Paijo ; Setiausaha Perhubungan, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus; Ketua Penerangan PAS negeri, Andri Zulkarnaen Hamden dan para anggota Lajnah Tanah PAS Pusat.
Rombongan singgah di Markas PAS Pusa untuk program taklimat isu semasa sebelum menziarahi rumah-rumah penduduk Kg Pusa Tengah.
Program 'Santai Kopi Kaw' bersama Presiden PAS kemudian berlangsung di sebuah warung di Kg Pusa Tengah pada lewat petang.
Read More / Baca Lagi >>

Wang Rakyat Jadi Mangsa: Penumpang merungut kualiti makanan MAS

Posted: 24 Feb 2014 06:36 AM PST

Kualiti makanan dan perkhidmatan di bawah standard antara aduan paling banyak dibuat penumpang Malaysia Airlines dalam laman web penarafan SkyTrax Airline Rating and Review.

Daripada 66 ulasan antara Disember tahun lalu hingga 20 Februari, seramai 41 peratus tidak mengesyorkan tidak menggunakan lagi penerbangan itu atas alasan tersebut.

Penerbangan lain seperti Singapore Airlines mendapat 25 peratus kritikan.

Sementara 16 peratus enggan menggunakan lagi Thai Airways selepas pengalaman buruk dalam tempoh sama.

Bagaimanapun, Malaysia Airlines sedikit lebih baik berbanding Emirates apabila kira-kira separuh daripada penumpang antara Disember dan Februari, dalam ulasannya, enggan mengesyorkan penerbangan itu.

Malaysia Airlines belum memberikan respon kepada permintaan Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PENDEK GEMOK DAN HODOH

Posted: 24 Feb 2014 06:41 PM PST




KAH KAH KAH
perhatikan sanggul bik mama
perhatiklan betul betul
adakah ini rambut asli
atau 
 rambut ini  di pinjam dari sami veloo
atau
dipinjam dari bini madey
kah kah kah
SEMIOTIK
-

PENDEK GEMOK DAN HODOH
perhatikan betul betul
betapa pendeknya rosmah
semua disekeliling tinggi
kecuali kanak kanak
kah kah kah

---------

BELI SONGKOK UKUR KEPALA SENDIRI

Posted: 24 Feb 2014 05:44 PM PST




Zaid mahu Anwar sahut cabaran debat
Kuala Lumpur: Calon Bebas, Zaid Ibrahim, menggesa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, menerima cabarannya berdebat, bagi membolehkan agenda pakatan pembangkang di Selangor, dinilai oleh rakyat. »

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... SOOOOKONG... SEEETUJUUU... kah kah kah..

kah..WAJIB ADA DEBAT.. WAJIB UNTUK DEMOKRASI...  kah..

kah kah kah..ZAHID IBRAHIM DENGAN LATIF ABDUL... kah kah..

jah kah ak..ATAU DENGAN MISS  G. PREMA JIL... kah kah..

kah kah kah..ATAU DENGAN LIM KEW LENG... kah kah kah..

kah . LATIF... KETUA RANTING FLAT SRI KEDAH BANGSAR. kah

kah ..PREMA... BIRO GENDER RANTING SENTUL DALAM..  kah..

kah... LIM...BIRO TEKSI RANTING BUKIT BINTANG...kah kah..

kah... TAPI TERPULANG PADA PERSETUJUAN MEREKA... kah..

woit... LIM SUSAH SIKIT ..kah kah kah..

kah kah kah...KERANA DIA ANGGAP ZAHID INI TAK SETARAF...kah kah

kah kah kah... LATIF JUGA  SUSAH SUSAH SIKIT.... kah kah kah..

kah... DIA OLD BOY SDAR..DIA PELEKEH BUDAK STAR.. kah kah..

kha kah kahg.....MISS PREMA  JIL PILIHAN UTAMA.. kah kah kah..

BELI KONDOM

 UKUR KEPALA SENDIRI
------

JANGAN MEMBAZIRKAN DAGING ITIK

Posted: 24 Feb 2014 05:15 PM PST




LIHAT DAN TENGOK
CARA TERBAIK MENGGUNAKAN ITIK

Cat merah, bangkai itik, foto Teresa Kok dicampak di pejabat Malaysiakini

OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA
Cat merah, bangkai itik, foto Teresa Kok dicampak di pejabat MalaysiakiniCat merah dan kotak berisi bangkai itik ditemui di luar pejabat portal berita Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur, pagi ini. Pengarang...SELANJUTNYA
Cat merah dan kotak berisi bangkai itik ditemui di luar pejabat portal berita Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur, pagi ini.
Pengarang Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari, berkata cat merah turut disimbah ke dinding serta papan tanda Malaysiakini dan percikannya turut terkena motosikal yang diletakkan berhampiran pejabat itu.
"Cat merah itu masih lagi basah waktu saya sampai ke pejabat jam 6.15 pagi tadi.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KAH KAH KAH... kah kah kah..
.
woit... KALAU NAK CAT...BOOOLEH....kah kah kah...

kah kah kah... BUAT BETU BETUL... CAT SATU BLOK... kah kah kah..

kah kah kah..ITIK TU... TERBAIK... kah kah kah..

kah kah kah....BUAT ITIK SALAI.... kah kah kah


JANGAN SIA SIAKAN ITIK



----------

ASAL SABAH PULANG SABAH

Posted: 24 Feb 2014 06:30 AM PST



BERSEDIA

Pengundi Kajang Diminta Pilih Adun Berasal Dari Selangor

PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno  Mohd Shafie Apdal menasihati pengundi di Kajang supaya memilih Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berasal dari Selangor pada pilihan raya kecil kawasan itu 23 Mac ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SETUJU 100%... kah kah kah..

kah kah..MALAON INI BERAMBUS DARI SEMENANJUNG..  kah kah..

kah kah kah..ASAL MALAON INI SABAH... kah kah.. kah

kah kah kah..PULANG KE SABAH.... kah kah kah...

kah kah kah..WARGA  SEMENAJUNG  DAH MUAK... kah kah kah..

kah kah kah..LOYO TENGOK MUKA MALAON INI... kah kah kah..


RADIO BANGSAR
MELAPOR SECARA LANGSUNG
---------

PROJEK BELI SENJATA L:AGI KE?

Posted: 24 Feb 2014 05:30 AM PST





ADA  PROJEK BARU BELI SENJATA

Malaysia perlu jadi negara kuasa perantara serantau - Najib

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Malaysia perlu menjadi kuasa perantara serantau (region middle power) terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk muncul negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat direalisasikan.

Najib Razak berkata, status sebagai negara kuasa perantara serantau akan berupaya memberi impak yang signifikan kepada Malaysia khususnya dalam aspek ekonomi dan diplomasi. - UTUSAN MELOYO ONLINE


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... APA MAKSUD CAKAP MALAON INI?... kah kah kah..

kah kah kah... NAK BELI KAPAL SELAM LAGI KE?.... kah kah kah..

kah kah kah..NAK BELI ROKET KE?... kah kah kah...

kah kah kah... ATAU NAK BUAT KILANG

 NUKLEAR?... kah kah kah



----------

SYABAS PEMUDA PAS

Posted: 23 Feb 2014 11:37 PM PST




KOMENTAR TUKAR TIUB
syabas pemuda pas
 ulangi sejarah sekali lagi
november 1974 baling kedah
febuari 2014  baling kedah

anak muda
pelajar dan mahasiswa
anak semua bangsa
wajib turun bersama
sekali lagi melakar sejarah
PAS anjur demonstrasi penoreh getah 5 April
  • Ram Anand | 2:33PM Feb 24
    PAS Kedah akan menganjurkan demonstrasi itu di Baling pada petang tarikh tersebut.
  • Satu demonstrasi akan diadakan pada 5 April ini sebagai tanda solidariti kepada penoreh gerah yang terkesan dengan penurunan harga komoditi itu, kata Dewan Pemuda PAS Pusat.

BALING KEDAH 1974

------------

NASI PANGGUNG KELMARIN

Posted: 23 Feb 2014 09:35 PM PST






NASI PANGGUNG 
PETANG KELMARIN
Langit Kuala Lumpur petang itu cerah
Jalan panggung kembali meriah
Terukir senyuman warga penghuni kota
kerana masih ada yang mengerti, 
masih ada yang peduli
 dengan kisah & cerita dicelah lorong kota

Menu dan para penyumbang hari ini:-
Tim Dapur Jalanan - Bihun Tomyam Ayam
Tim Syed Syahir - Roti Canai // Air Mineral
Nadhiatul & the geng - Putu Bamboo
Mujahid Sekeluarga - Ais Krim Malaysia
PyanHabib - Towkey Air
Izzuddin dan Kawan-kawan - Baju // Toiletries Pack 

SUKARELAWAN
Para penyumbang tenaga; yang sibuk & buat ramai di Jalan Panggong:-
Ikhwan the master chef, Faz, Aisyah, Darlina
Hazman, Fauzi, Izzudin dan kawan-kawan
Mujahid sekeluarga, Nadhiatul, 
Pyanhabib, Azen geng kotak dan tim bilik sulit
serta kawan-kawan yg sama-sama hadir membantu & memeriahkan Jalan Panggong!

Terima kasih daun keladi, Minggu depan kita berjumpa lagi!
TERIMA KASIH SEMUA!!

BERATUR BERSANTAI
- Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL 

yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan
   1479-0000917-05-1 spkl collective

JALAN PANGGUNG
yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
  Pakwan = 019-267-12-85  
atau 
Hadikhalid = 012-664-88-73

GAMBAR UNTUK KENANGAN
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
23 Februari 2014


--------

TEATER AMAL BILIK SULIT

Posted: 23 Feb 2014 08:07 PM PST



TEATER  AMAL BILIK SULIT
26, 27, 28 feb 2014
jam 8:30 malam
dewan china
kuala lumpur
TEATER AMAL BILIK SULIT
akan dibawa ke united kingdom
untuk dihayati 
oleh warga malaysia 
yang tinggal di uk

semua yang  menentang ISA
semua yang menentang tahanan tanpa bicara
semua yang menentang kezaliman
dijemput datang

masuk dengan sumbangan


----------

AWAS SEMUA INI DECOY

Posted: 23 Feb 2014 07:33 PM PST




APA ITU DECOY
di sweden pada musim menembak itik
para pemburu telah meletakan itik plastik
dalam paya dan kolam

itik itik liar yang berkeliaran terbang
akan ternampak itik plastik terapong dalam tasik
itik liar akan angggap ini kawasan baik
kerana telah ada kawan yang turun makan

itik plastik ini dipanggil decoy

KOMENTAR TUKAR TIUB
heboh heboh  mat banga dan mat burma
dilihat datang berkumpul di kajang adalah decoy

awas!
jangan terkena dua kali
pada pru13  pengundi hantu
dari sabah telah digunakan sebagai decoy
walhal pengundi hantu sebenarnya ialah pengundi awal

kali ini warga asing telah digunakan sebagai decoy
pasti ada cara menipu yang lebih licik
yang sedang di rancang
pengundi asing ini hanya decoy

INI DECOY

Perlindungan untuk pelarian di Kajang cetus kejutan

Dalam kesibukan pelbagai aktiviti di Kajang menjelang pilihan raya kecil bulan depan, sebuah rumah kelihatan menarik perhatian ramai, terutama apabila sekumpulan warga asing dilihat keluar masuk di situ, membangkitkan kebimbangan pendatang asing dibawa masuk untuk membuang undi. Malah, polis juga sudah melawat rumah.
INI DECOY



-----------