Isnin, 24 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tindakan pada Kassim Ahmad lewat sebab Mahathir

Posted: 24 Feb 2014 10:33 PM PST


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
FEBRUARY 25, 2014
Pihak berkuasa agama berlengah dalam mengambil tindakan terhadap kenyataan Kassim Ahmad, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Gambar fail.Pihak berkuasa agama berlengah dalam mengambil tindakan terhadap kenyataan Kassim Ahmad, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Gambar fail.Tiada tindakan yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama negeri berhubung kenyataan Dr Kassim Ahmad dipercayai akibat pengaruh daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata ahli Parlimen PAS.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata kelewatan jabatan agama negeri mengambil tindakan terhadap Kassim akan mengundang salah faham di kalangan umat Islam serta mewujudkan ketegangan di antara orang Melayu.
"Kita nampak semua jabatan agama ambil tindakan terhadap Syiah tetapi apabila Kassim mengeluarkan kenyataan menghina Rasulullah yang mana kedudukannya diabadikan dalam Al-Quran tiada tindakan daripada mana-mana pihak.
"Apabila melibatkan Dr Mahathir yang menjadi orang yang menjemput Kassim untuk berucap maka langsung tidak ada apa-apa tindakan. Kita hairan dengan mainan politik sebegini rupa," katanya pada satu sidang media di Shah Alam, hari ini.
Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya dilaporkan menuduh ulama mengawal Islam di Malaysia menggunakan sistem kasta paderi, mempersoal penggunaan hadis dalam menjelaskan ajaran Al-Quran dan mengatakan salah bagi umat Islam mendewakan Nabi Muhammad kerana "beliau hanya pesuruh Allah".
Beliau turut mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita Islam, mengatakan "rambut bukannya sebahagian daripada aurat" dalam ceramahnya yang bertajuk, "Hala Tuju Malaysia dalam masa 30 Tahun". - 25 Februari, 2014 TMI

Cuba bersetubuh dengan mayat

Posted: 24 Feb 2014 06:07 PM PST

Phnom Penh: Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu.
Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean.

Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur seorang remaja perempuan. Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu. Chin memberitahu polis, dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu.

Akhbar Cambodia Daily melaporkan Chin mengakui dia cuba berasmara dengan mayat remaja itu, tetapi disebabkan kerandanya terlalu kecil menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian. Dia kemudian tertidur di atas mayat remaja itu. "Penduduk melihat kakinya terjulur keluar dari kubur kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada keluarga terbabit," kata Keo Vutha, ketua polis kampung an Prey Poun, yang terletak 190 kilometer ke tenggara Phnom Penh. "Kami tidak pasti sama ada dia mengenali remaja itu ketika mangsa masih hidup," katanya. - Agensi

SANTAI TGH MALAM :Untuk para-para isteri - Kelebihan suami boroi

Posted: 24 Feb 2014 08:52 AM PST

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM

BOROI. Malangnya perkataan itu, ia jadi musuh hampir semua orang.Bagi lelaki, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan diri tidak termasuk dalam golongan yang malang itu terutama apabila usia menjangkau 40-an.

Namun dalam berusaha, hanya sedikit yang berjaya. Ini berkait dengan banyak sebab, pemakanan, gaya hidup juga soal istiqamah dalam bersenam.


Bagi wanita pula, mereka seboleh mungkin tidak mahu pasangan boroi kerana hakikatnya, sesiapa yang boroi akan dipandang hodoh seperti kuih yang tidak ikut bentuk acuan.

Namun dalam berdepan dengan isu boroi, kita kadang kala diperdengarkan dengan kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa lelaki boroi juga punya kelebihan.



Ini termasuk pengakuan oleh wanita sendiri yang saya dapati melalui tinjauan media sosial menyebut bahawa lelaki boroi itu seksi. Benarkah?

Saya kira ini mungkin sekadar alasan untuk menyedapkan hati kerana secara relatif, bagaimana boroi mahu dianggap seksi. Apakah kuih yang jadinya tidak mengikut bentuk acuan semestinya sedap?

Ya, saya sendiri termasuk dalam kategori boroi. Dan untuk menyedapkan hati sendiri, sejak berkahwin, saya sering mengatakan kepada sesiapa sahaja yang membangkitkan isu keboroian saya bahawa hanya jauhari yang mengenal manikam. Kononnya, hanya wanita yang bersuamikan lelaki boroi sahaja tahu kelebihan kami.

Kadang kala saya membuat perbandingan bahawa kami yang boroi ini seumpama minyak masak Seri Murni yang melalui proses pemeringkatan dua kali untuk mendapat kualiti  terbaik.

Sesiapa yang tidak fahami  metafora ini, cuba-cuba fikir sendiri untuk mendapatkan jawapannya!

Baru-baru ini saya ditemukan dengan satu lagi kenyataan bahawa lelaki boroi dikatakan lebih penyayang, berfikiran jauh (mungkin sebab hujung perutnya lebih jauh dari otak) dan satu lagi, seksi.

Itu berkaitan dengan boroi.



Dalam kes gemuk atau berat badan berlebihan, satu soal selidik di Jerman mendapati lelaki yang termasuk dalam kategori itu lebih setia dalam percintaan berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal ataupun kurus.

Sekumpulan lelaki berusia antara 31 hingga 69 tahun ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta termasuk yang sudah berkahwin.

Hasilnya mendapati daripada 53 peratus yang memberikan jawapan, hanya 11 peratus yang mengaku benar-benar setia dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki gemuk.

23 peratus lagi yang dikenal pasti mempunyai berat badan ideal, mengaku curang. Demikian juga 19 peratus mereka yang dikategorikan sebagai kurus.

Apa pun, saya tidak jamin ini juga cerminan bagi orang kita.

Namun harus jadi ingatan bahawa setiap apa yang padanya ada kelebihan, pasti ada kekurangan dan setiap yang dianggap kurang, pasti ada kelebihan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan bagaimana seadanya kita.

Kepada mereka yang termasuk kategori gemuk atau boroi, usahlah lagi bergundah gulana. Jangan dibenci, apa lagi dikeji 'tembikai masak' anda kerana di situlah tersimpan rahsia kelebihan diri anda yang tidak banyak diketahui orang.  

Uar-uarkanlah bahawa anda bukanlah kuih yang jadinya tidak mengikut acuan kerana bahulu yang rupanya cantik molek bukan semestinya sedap!

Kepada isteri-isteri yang suaminya boroi atau gemuk, anggaplah diri anda bertuah kerana zaman sekarang, ramai suami yang tidak setia. Yakinlah selagi mana perut suami anda boroi dan badannya juga gemuk, itulah tanda dia setia.

Lazimnya, jarang ada wanita muda yang mahu lelaki seperti itu melainkan jika dompetnya juga benar-benar boroi dan gemuk!./sinarharian.com.my 

Tiada ulasan: