Rabu, 19 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Boria, gulai daging buat Anwar

Posted: 19 Feb 2014 10:50 PM PST


Andai kata dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor, maka sah dan nyatalah Anwar Ibrahim mencipta sekurang-kurangnya dua sejarah.

Selain menempatkan diri dalam politik Selangor sebagai MB pertama bertaraf bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ada satu lagi perlu perhatian. Anwar merupakan orang luar pertama (bukan anak jati Selangor) dipilih menjadi MB.

Ini tidak menghairankan kerana Anwar sudah menetap di negeri ini sejak 1970an, semasa menuntut di Universiti Malaya dan memimpin Abim yang pejabatnya di Lembah Pantai. Bagi orang Pulau Pinang, ia mengujakan dan boleh buat kenduri gulai daging. Manalah tahu kalau ada dicipta sebuah lagu boria khas untuk majlis pelantikan ini. Apa pun dan dalam situasi mana sekalipun, impian Anwar ke Shah Alam semakin dekat.

Jika tidak ada sebarang halangan sebaik bergelar YB Kajang awal bulan depan, beliau bakal pula bergelar YAB. Kali pertama memakai gelaran serupa ialah apabila bekas mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993 ekoran peletakan jawatan Pak Ghafar Baba.

Isu ini timbul apabila kemelut Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, rupa-rupanya ada satu lagi drama politik.

Di pentas sama andaian dibuat, Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR mahukan Khalid dipecat. Ia tak menghairankan kerana perbuatan Khalid menyebabkan Azmin kehilangan jawatan di PKNS.

Dari aspek moral ia amat memalukan. Faktor lemah dan gagal mentadbir Selangor mengiringi desakan terhadap MB ini.

Ironinya di atas permukaan sebahagian besar penyokong dan ahli PKR menyebelahi Khalid untuk dikekalkan.

Manakala hal sama dilihat berasaskan komen daripada regu PKR iaitu Pas dan DAP. Kumpulan yang menentang Khalid melihat usaha membuang MB itu tidaklah sesusah mana.

Bagaimanapun jangkaan itu semakin meleset apabila mereka dapati Khalid bukan lagi seperti mereka kenali dulu — tidak tunduk pada sebarang tekanan.

Walau terpaksa berdepan dengan Anwar dan PKR,  risiko bagi Khalid tak ubah seperti satu pekerjaan.

Apakah semangat baru ini kerana Presiden parti, Wan Azizah Wan Ismail berada di belakangnya?

Untuk rekod Khalid telah menafikan beliau ada menandatangani surat peletakan jawatan. Ini mendorong spekulasi laluan Anwar, walau bakal bergelar YB Kajang, tidak semudah dijangkakan.

Kita lihat dari aspek lain, Sultan Selangor ada hak dan peranan menentukan Selangor perlu seorang MB baru merujuk kepada isu Khalid.

Lazimnya Tuanku tidak mencampuri atau menyebelahi urusan politik kepartian. Namun dalam bab jawatan MB, penglibatan istana harus diakui. Ia berlaku semasa BN memerintah Selangor, begitu juga sekarang.

Peranan Tuanku tidak perlu dimanipulasikan. Bahkan jika berlaku sebarang konfrontasi puak Anwar akan mengalah.

Keadaan ini lebih baik daripada ibarat menyediakan kubur menjelang PRU14 kelak. Sejarah membuktikan konfrontasi dengan istana merugikan orang politik kerana lazimnya rakyat akan menyebelahi istana seperti yang pernah berlaku.

Rekod Khalid sejak 2008 perlu diambil kira. Keputusan Anwar memilih Khalid sebagai MB Selangor mengetepikan Azmin mestilah bersebab.

Puak korporat selesa dengan pendekatan Khalid lebih business oriented daripada lebih kepada menggunakan pertimbangan berasaskan sifir politik. Oleh itu ramai yakin kemenangan cemerlang Pakatan Rakyat di Selangor dalam PRU ke13 lalu adalah faktor Khalid.

Kini perhatian dunia kepada PRK Kajang, yang bermula hujung minggu ini. Pertanyaan popular ialah apakah Anwar masih ada aura seperti bertanding di PRK Permatang Pauh dahulu?

Jika pengundi di Kajang memilih beliau sebagai Adun, ini tidak bermakna laluan seterusnya jauh lebih mudah. Ia kerana halangan utama tentu saja, seperti disebut tadi, perkenan pihak istana. PKR harus membekalkan cukup sebab bagi menanggalkan jawatan Khalid serta di tempatnya digantikan dengan Anwar.

Kalangan media serta BN Selangor pula nampak hala tuju PKR Selangor selepas PRK Kajang tetapi mereka percaya Khalid juga mempunyai strateginya. Undi tidak percaya terhadap Khalid hanya boleh berlaku jika semua Adun PR sebulat suara.

Perpecahan bererti ia menguntungkan Khalid lebih-lebih lagi jika wakil rakyat BN memberikan sokongan padanya. BN Selangor mempunyai sebab tersendiri menyokong Khalid kerana selain anak jati Selangor, beliau adalah MB untuk rakyat Selangor. BN sedar kesukaran tembusi kubu PR adalah kerana rakyat melihat kesungguhan Khalid memajukan negeri ini.

Soal sekecil seperti soal pengangkutan sampah hingga isu pembangunan ditangani secara profesional tanpa melibatkan fahaman politik. Justeru cita-cita Anwar untuk jawatan tersebut tidak lebih daripada satu lagi boria politik yang tidak asing untuk rakyat Malaysia.- - 20/2/14 - yusof harun

Pembunuhan aktivis Myanmar di Ampang cetus kebimbangan

Posted: 19 Feb 2014 09:00 PM PST

Seorang peserta demonstrasi bantahan pembunuhan etnik Rohingya beragama Islam di Myanmar yang diadakan di depan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 14 Februari. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Februari, 2014.Seorang peserta demonstrasi bantahan pembunuhan etnik Rohingya beragama Islam di Myanmar yang diadakan di depan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 14 Februari. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Februari, 2014.Pembunuhan kejam pejuang demokrasi kelahiran Myanmar di Ampang melahirkan kebimbangan rakyat Myanmar di Malaysia jika ketegangan agama di tanah air mereka merebak ke dalam komuniti mereka yang sangat kecil di sini, kata satu laporan hari ini.
Polis berkata, Ko Aung Gyi, penganut agama Buddha dan ahli Persatuan Jenerasi 88 dan Jenerasi Baru - kumpulan yang menonjol dalam memperjuangkan demokrasi di Myanmar ditemui mati pada 4 Februari lalu.
Mayat aktivis berusia 43 tahun itu ditemui dalam bonet kereta terbiar.
Laporan autopsi menunjukkan kemungkinan dia ditikam di tengkok dan muka dengan pemutar skru, diserang dengan benda berat, kemungkinan batu bata dan ditumbuk beberapa kali.
"Saya sangat takut," kata Myat Ko Ko, seorang penganut Buddha yang pernah berdemonstrasi bersama Aung Gyi untuk menuntut demokrasi di Myanmar."Apa yang berlaku kepada Aung Gyi juga boleh berlaku kepada aktivis lain," katanya dipetik oleh Asian Wall Street Journal dalam laporannya semalam.
Kematian Aung Gyi berlaku dalam minggu sama dengan kejadian dua ahli politik Buddha dari daerah bergolak Myanmar iaitu Rakhine yang terselamat daripada tembakan ketika melawat Kuala Lumpur, dalam kejadian disifatkan polis sebagai percubaan membunuh.
Aye Maung, peguam, dan Aye Thar Aung, Presiden Liga Demokrasi Arakan, kumpulan yang memperjuangkan hak etnik Buddha Rakhine berkata pada sidang media, 'pengganas agama' terlibat dalam cubaan untuk membunuh mereka.
Polis Malaysia bagaimanapun tidak memberikan motif atau mengenal pasti orang yang disyaki dalam serangan itu.
Polis berkata, tiada bukti sehingga kini yang mengaitkan kedua-dua kejadian itu dan pilis akan menyiasat kedua-dua kejadian itu daripada semua sudut untuk mengenal pasti motif.
Kebangkitan sentimen anti-Islam di Myanmar mengganggu perubahan politik, dengan majoriti Buddha melawan minoriti, khasnya di Rakhine yang bersempadan dengan Bangladesh.
Lebih 150,000 masih tidak ada tempat tinggal selepas keganasan yang tercetus sehingga memaksa mereka meninggalkan rumah dan tinggal di tempat tinggal sementara, lapor media.
Pertempuran merebak ke kawasan lain di negara itu sepanjang tahun lalu, membunuh sekurang-kurangnya 150 mangsa yang kebanyakannya beragama Islam.
Pakar keselamatan memberikan amaran ketegangan ini boleh merebak ke kawasan lain di Asia Tenggara, khasnya di Malaysia yang mempunyai majoriti penduduk Islam dan Indonesia yang simpati dengan nasib umat Islam di sana dan membalas dendam.
Malaysia sangat terdedah kepada apa yang berlaku ini, kerana mempunyai penduduk Myanmar yang beragama Buddha dan Islam yang ramai, lapor sebuah harian perniagaan.
Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi orang pelarian berkata, 34,368 Rohingya didaftarkan sebagai pelarian di Malaysia, bersama 7,940 etnik Rakhine.
Dijangka ribuan rakyat Myanmar berada di Malaysia secara haram atau menunggu didaftarkan sebagai pelarian. Kebanyakan etnik Rakhine adalah Buddha, manakala Rohingya adalah Islam.
Aktivis Myanmar beragama Buddha di Malaysia memberitahu The Wall Street Journal, mereka bimbang dengan keselamatan mereka.
Manakala umat Islam Myanmar yang tinggal di Malaysia pula bimbang mereka dituduh terlibat dalam serangan itu dan menjadi sasaran keganasan.
"Saya belum pernah mendengar Rohingya membunuh aktivis atau ahli politik sepanjang hidup saya," kata Abdul Hamid Musa Ali, Presiden Persatuan Rohingya Malaysia, kumpulan yang menyediakan bantuan kepada Rohingya Muslim di negara ini.
"Jika Rohingya ini berani, mereka akan kekal di Rakhine dan berjuang di sana," katanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bimbang dengan merebaknya ketegangan antara Buddha - Islam di Myanmar.
"Kami mengikuti perkembangan di Myanmar secara dekat," kata Khalid.
Pada Jun, keganasan yang berlaku di Rakhine menyebabkan empat mati di Malaysia dan 15 lagi cedera, semuanya penganut Buddha Myanmar.
San Win, Buddha Myanmar yang tinggal di Malaysia berkata, dia dan Aung Gyi menerima ancaman bunuh selepas itu.
San Win berkata, dia dan rakan-rakannya sangat bimbang berikutan pembunuhan rakan-rakannya.
Pada Mei lalu, beberapa rakyat Indonesia ditahan kerana didakwa cuba mengebom kedutaan Myanmar di Jakarta.
Tertuduh kemudiannya mengaku membuat rancangan itu, dengan berkata mahu membalas dendam dengan pembunuhan yang berlaku ke atas umat Islam di Myanmar.
Indonesia mempunyai bilangan umat Islam teramai di dunia. – 20 Februari, 2014. - TMI

PRK Kajang : Zaid diramal hilang deposit

Posted: 19 Feb 2014 08:14 PM PST

KUALA TERENGGANU – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dijangka kehilangan deposit jika beliau benar-benar bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, Zaid tidak mempunyai pengaruh besar yang boleh menyebabkan pengundi bertindak memilihnya pada pilihan raya semula itu pada 23 Mac ini.

Menurutnya, keputusan Zaid untuk bertanding bagi menghormati mandat rakyat Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim juga disifatkan tidak kukuh untuk menarik minat pengundi beralih sokongan daripada PR.

"Negara kita demokrasi. Sesiapa yang mahu bertanding pun terserah, tetapi kita melihat penyertaan Zaid Ibrahim tidak memberi kesan kepada undi PR sama ada beliau bertanding atau tidak, sama sahaja. Dia masuk pun tiada matlamat apa-apa," katanya kepada Sinar Harian, di sini.


Zaid Ibrahim sebelum ini mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Dun Kajang.

Melalui tulisan terbaharu dalam laman blognya, Zaid berkata, bertanding sebagai calon bagi kerusi itu akan membolehkannya menyentuh pelbagai isu politik dan ekonomi yang sedang melanda negara.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, perkembangan politik ketika ini dilihat tidak memberi ruang kepada calon Bebas untuk menang, sebaliknya pemilih memberi tumpuan kepada parti politik seperti BN dan PR.

Berbanding dahulu katanya, calon Bebas mampu menang disebabkan pengaruh yang ada pada seseorang individu.

"Tetapi sekarang, keadaan sudah berubah dan pengundi tidak lagi melihat kepada pengaruh individu sebaliknya parti. Kalau dahulu, jika pemimpin BN yang mempunyai pengaruh keluar parti dan bertanding Bebas, dia masih boleh menang khususnya di Semenanjung Malaysia. Kalau di Sabah dan Sarawak saya tidak tahu," katanya.

Beliau turut menjelaskan, sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim menang di kerusi terbabit, belum tentu Ketua Umum PKR itu akan menjadi menteri besar bagi menggantikan yang sedia ada sebagaimana yang heboh di media.- SH 20/2/14

Guru wanita dipenjara kerana cium murid

Posted: 19 Feb 2014 07:29 PM PST

Singapura: Mahkamah republik ini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang guru kerana berkelakuan tidak senonoh termasuk membuat "gigitan cinta" terhadap pelajarnya.
Guru wanita berusia 42 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan ke atas pelajar lelaki berusia 13 tahun di sekolahnya. 
Dia yang mengajar sejak 11 tahun lalu dan ibu empat anak sebelum ini mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak atau remaja di bawah Akta Kanak-kanak dan Remaja Singapura.


Mengikut fail mahkamah, wanita yang dirahsiakan identitinya itu dikatakan mencium mulut dan membuat gigitan cinta pada bahu dan leher pelajar lelaki itu dalam dua kejadian berasingan pada 2012.

Dia mengenali pelajar yang berada dalam pasukan bola sepak bersama anak lelakinya dan mula berhubung melalui Facebook kemudiannya melakukan kesalahan itu di taman awam ketika mereka keluar bersama.

Ibu pelajar berkenaan membuat laporan polis selepas mengesan tanda gigitan cinta pada leher anaknya. - AFP

Saya Dipukul Lebih Seribu Kali Setahun - Anak Pasangan Malaysia Di Sweden

Posted: 19 Feb 2014 01:23 PM PST

Mahathir memang kuat pemohong ...Mahathir berbohong tentang Kassim Ahmad, kata bekas ketua Persatuan Ulama

Posted: 19 Feb 2014 05:24 AM PST

OLEH ZULKIFLI SULONG
FEBRUARY 19, 2014
Ahmad Awang meneliti dokumen tentang Kassim Ahmad sebelum diserahkan kepada The Malaysian Insider. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Februari, 2014.Ahmad Awang meneliti dokumen tentang Kassim Ahmad sebelum diserahkan kepada The Malaysian Insider. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Februari, 2014.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa berbohong apabila berkata para ulama di negara ini gagal melawan Dr Kassim Ahmad dengan hujah, lalu melabelkannya sebagai 'anti-Hadis'.
Bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang berkata, ketika kejadian pertama Kassim membawa teorinya pada tahun 1986, beliaulah ketika itu Pengarah Penyelidikan Pusat Islam (kini Jakim) yang berdepan dengan Kassim.
"Atas kapasiti sebagai Yang di-Pertua PUM, kami berdepan dengan Kassim di Masjid Seksyen 16, Petaling Jaya. Beliau meminta kami dengarkan dulu dia bercakap, selepas dia bercakap, masa habis, dan dia pulang ke Pulau Pinang.
"Dia berjanji akan bertemu semula. Namun selepas itu, sampai sekarang dia tidak mahu bertemu kami. Ia berakhir dengan dia sahaja yang bercakap dan kami hanya mampu mendengar dan tidak boleh berhujah balas bagi menjawab dakwaan beliau," cerita Ahmad Awang kepada The Malaysian Insider, mengingati kembali kejadian hampir 30 tahun lalu itu.
Tidak lama selepas pertemuan itu, katanya, Kassim pergi ke akhbar Watan ketika itu (walaupun berjanji tidak ada sebarang laporan media berkaitan majlis itu) dan memaklumkan akhbar tersebut para ulama gagal berhujah dengan beliau.
"Jadi, bukan sahaja Dr Mahathir sahaja yang berbohong dalam hal ini, Kassim Ahmad yang menjadi rakan Mahathir sejak di Universiti Malaya Singapura juga berbohong," kata Ahmad.
Dr Mahathir berkata, Kassim sering dilabel anti-Hadis kerana pihak yang menuduhnya gagal berhujah dengannya mengenai isu agama.
"Dia dilabelkan sebagai anti-Hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang dia katakan. Kita lihat di sini, label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain," katanya selepas Majlis Pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kelmarin.
Katanya, sama seperti Kassim, beliau juga sering dilabel dengan pelbagai gelaran selepas hujahnya tidak diterima pihak tertentu.
"Saya juga dilabel sebagai anti-Cina, dituduh rasis dan macam-macam. Jadi walaupun saya berkata benda yang benar, saya tetap dianggap rasis," katanya.
Kassim adalah junior Dr Mahathir di Universiti Malaya Singapura.
Kassim juga pelopor Kelab Sosialis UM Singapura yang banyak mengeluarkan kenyataan menggunakan tulisan warna merah.
Pada 18 September 1986, Majlis Fatwa Kebangsaan mewartakan fatwa bahawa buku tulisan Kassim bertajuk "Hadith: Satu Penilaian Semula" adalah haram.
Fatwa yang dibuat oleh Majlis Fatwa Sabah itu diterima pakai oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Antara lain, fatwa itu menyebut, "Pengarang buku itu termasuk dalam golongan orang yang murtad, sekiranya undang-undang murtad dikuatkuasakan di Negara ini, maka pengarang buku itu wajib dibunuh."
Menurut Ahmad Awang, Kassim didakwa anti-Hadis apabila beliau mencadangkan umat Islam hanya merujuk kepada Al Quran semata-mata dan menolak hadis Rasulullah sebagai sumber hukum dalam Islam.
Ia bermula apabila beliau selaku Pengarah Penyelidikan Pusat Islam menerima lima buah buku tulisan Rashad Khalifa dari Tucson Arizona, Amerika yang ditahan oleh Jabatan Kastam daripada diserahkan kepada Kassim yang sepatutnya menerima buku-buku itu.
Buku-buku itu adalah:
1) Miracle of the Quran: Significance of the Mysterous Alphabets
2) The Computer Speaks: God's  Message to the world.
3) Quran: The Final Scripture
4) Quran, Hadith and Islam, dan
5) Authorized English version Translated from the Original.
Selepas dikaji, kata Ahmad, ia bertentangan dengan Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang di Johor Bahru pada tahun 1986 yang mengharamkan buku-buku itu.
Ahmad yakin, walaupun buku itu berjaya disekat, tetapi Kassim menerima juga buku itu melalui cara lain.
"Hampir kesemua teori Kassim Ahmad tentang Hadis datang dari buku-buku ini," kata Ahmad.
Ketika memberikan ucapan dalam seminar pemikiran Kassim Ahmad di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu, yang dianjurkan Yayasan Kepimpinan Perdana, Kassim berkata, umat Islam sepatutnya menjadikan Al Quran sahaja sebagai sumber rujukannya hukumnnya.
Beliau juga berkata, frasa kedua dalam dua kalimah syahadah mendewakan Nabi Muhammad.
Beliau juga berkata, rambut bukan aurat wanita.
"Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk.
"Dengan lain perkataan, ia tidak sihat. Anehnya, wanita yang bertudung menganggap diri mereka lebih suci!" kata Kassim dalam ucapannya itu.
Ekoran itu, pelbagai pihak membantah Kassim, termasuk badan yang selama ini menyokong Umno, seperti Isma. – 19 Februari, 2014.- TMI

Asteroid Sebesar 3 Padang Bola Lepasi Bumi

Posted: 19 Feb 2014 04:08 AM PST

alt

LONDON 19 Feb -  Sebuah asteroid yang dianggarkan sebesar tiga padang bola melepasi bumi pada jarak dekat kelmarin, kira-kira setahun selepas sebuah asteroid lain sebelum ini meletup di Russia dan mencederakan 1,200 orang.

Slooth Space Camera menjejaki asteroid itu yang melepasi bumi pada kelajuan 43 kilometer sejam bermula jam 2 pagi (GMT), menurut perkhidmatan teleskop robotik itu dalam laman Slooh.com.
Kumpulan Astronomi Dubai memaparkan gambar Slooth di langit dalam laluannya yang mudah dilihat, tetapi pergerakannya tidak dapat diambil dalam paparan secara langsung di sebalik pemandangan bintang waktu malam.
Asteroid sepanjang 270 meter itu melepasi bumi pada jarak 3.4 juta kilometer, lebih setahun selepas asteroid jatuh ke bumi pada 15 Februari 2013 di Chelyabinsk, Russia.
Asteroid itu mencederakan 1,200 orang dan menyebabkan gelombang gegaran yang memecahkan tingkap dan merosakkan bangunan.
Pegawai rasmi wilayah Chelyabinsk berhasrat memperingati insiden itu dengan memberikan secebis batu meteorit kepada setiap atlit yang memenangi Olimpik Musim Sejuk 2014 yang memenangi pingat pada Sabtu di Sochi.
Rakyat News

Namun, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada saat-saat akhir berkata, ia boleh dilakukan hanya selepas acara tamat dan berasingan.

"Balai cerap paling canggih Slooh di Gunung Teide, Kepulauan Canary, Sepanyol dilitupi ais dan tidak boleh digunakan untuk pencerapan 2000 EM26," kata pengarah teknikal dan penyelidikan Slooh, Paul Cox menerusi paparan langsung laman Slooh. - Reuters

Kassim Ahmad ibarat bongkah ais di permukaan laut

Posted: 19 Feb 2014 02:38 AM PST



Pelbagai pihak melahirkan kritikan terhadap kenyataan tidak beradab serta bertentangan dengan prinsip Islam yang dikeluarkan oleh Kassim Ahmad.

Kenyataan beliau bukanlah perkara baru, bahkan buku beliau turut diharamkan dan diyakini boleh membawa kerosakan akidah.

Pelbagai fatwa serta kecaman telah dilakukan sebelum ini, nampaknya ia tidak berkesan untuk mengubah pendirian dan kefahaman salahnya terhadap ajaran Islam.


Melihat latar belakang beliau, pandangannya bukanlah sesuatu yang pelik kerana kejahilan adalah musuh utama manusia, namun tidak menyedari kejahilan adalah lebih besar lagi.

Lantaran itu wujudnya istilah seperti jahil murakab, iaitu seseorang yang tidak menyedari bahawa ia tidak mengetahui. Atau dalam bahasa biasa "dia tidak tahu yang dia tidak tahu."

Kalaulah ia hanya sekadar Kassim Ahmad, mungkin tidaklah besar sangat untuk diulas dan diberi perhatian.

Namun bilamana pemikiran salah ini diterima dan dibahas sebagai suatu pemikiran yang dianggap hebat, maka ia akan menjadi masalah.

Ia ibarat bongkah ais di atas permukaan laut, walau yang kelihatan hanya seketul ais yang kecil, namun di bawahnya jauh lebih besar dari apa yang dilihat.

Apa perlu dibuat?

Pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khususnya, dan majlis agama Islam negeri mesti melihat isu ini secara serius untuk diatasi.

Sekadar mengeluarkan fatwa sahaja tanpa tindakan hanya akan menjadikan ia satu bahan ketawa masyarakat.

Kalau ajaran al-Arqam diburu sehingga akar umbinya, maka sepatutnya ajaran yang menyimpang ini juga mesti diatasi.

Saya melihat serangan dan kecaman tidak akan menyelesaikan masalah. Kefahaman salah beliau perlu diperbetulkan melalui perbincangan dan diskusi yang penuh hikmah.

Memang pelik pemikiran beliau, akan tetapi ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk diatasi.

Ambil contoh gesaan beliau agar al-Quran ditafsir semula, dan pentafsirannya mestilah berdasarkan al-Quran sahaja, bukan Hadis dan bukan pandangan para sahabat atau para alim ulama.

Persoalannya, kalau beliau menolak Hadis, bagaimana beliau boleh beriman dengan al-Quran kerana al-Quran diturunkan kepada Rasulullah dan Baginda membacakan al-Quran ini?

Umpamanya, di dalam al-Quran, Allah memerintahkan sujud, bagaimana kita nak tahu cara perbuatan sujud tersebut kalau bukan melalui cara yang ditunjukkan Rasullulah?

Demikian juga puasa, zakat dan seluruh ajaran al-Quran. Kalaulah Rasulullah bukan pentafsir kepada al-Quran, apakah kita lebih layak mentafsirnya?

Kassim Ahmad, dan orang-orang Islam yang lain yang jelas dilihat keliru perlu dipanggil, diperbetulkan dan diberi kefahaman sebenar terhadap kekeliruan tersebut.

Seandainya beliau telah dipanggil dan diberi penjelasan, maka jangan pula ada penganjur yang merasai hebat pemikiran salah beliau sehingga sanggup menganjurkan wacana pemikiran beliau.

Lebih dukacita beberapa orang mufti dan pemimpin agama yang biasa cepat mengeluarkan pandangan yang melibatkan pembangkang terus diam membisu tidak mengeluarkan kenyataan kecaman sebagaimana biasa.

Apakah ini membuktikan politik melebihi segalanya termasuk isu akidah bagi mereka ini? Wallahu a'lam.

Yang dikhuatiri PAS ialah tindakan mereka yang sudi membisu dalam hal ini akan dilihat oleh orang yang jahil bahawa apa yang disebut Kassim Ahmad boleh diterima.

JAKIM perlu memanggil penganjur dan mendapatkan keterangan, bahkan pihak berwajib perlu bertindak kerana pelbagai pihak telah membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya.


DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN naib presiden PAS dan pengerusi lujnah dakwah PAS.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRK Dun Kajang: Anwar penebat krisis kewangan 2014

Posted: 19 Feb 2014 09:19 PM PST

Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor penting bagi menghadapi kemungkinan krisis kewangan global yang dijangka tahun ini.

Anggota Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani berkata, pengalaman Anwar semasa menjadi menteri kewangan semasa krisis kewangan 1997 amat diperlukan kerajaan Selangor.

"Sebab kehadiran Anwar pastikan gelombang krisis kewangan 2014, Insya-Allah Selangor akan selamat.

"Kerana apa? Ketika zaman beliau telah melalui fenomena begitu. Dan kita yakin yang menerajui Selangor perlukan bantuan Anwar," kata Abdullah di Kajang malam tadi.

Abdullah bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut peranan spesifik Anwar dalam isu itu. Anwar sekarang turut menyandang jawatan penasihat ekonomi Selangor.

'Anak Melayu dapat anugerah dunia'

Abdullah juga dalam ucapannya turut menghamburkan puji pujian melambung tinggi kepada Anwar, yang disifatkannya tokoh hebat yang diiktiraf dunia.

Bahkan, katanya lagi, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad juga tidak layak menerima pengiktirafan sebegitu.

"Orang Kajang patut bersyukur mempunyai tokoh hebat mewakili Kajang diiktiraf dunia.

Read More / Baca Lagi >>

Daim, 'godfather' korporat Malaysia

Posted: 19 Feb 2014 09:16 PM PST


Ekoran peletakan jawatan Tun Daim Zainuddin daripada portfolio kewangan pada 2001, beliau bergerak senyap, mencipta tanggapan untuk sesetengah pihak bahawa beliau bersara.

Tanggapan itu berubah pada 2004 apabila beliau mencuri perhatian ekoran penglibatan pembelian saham Alliance Financial Group (AFG) milik penuh Alliance Bank Malaysia, oleh Temasek Holding.

Ini bukan satu-satunya penglibatannya dengan Temasek.

"Sejak saya tahu tentang Temasek, mereka kata mereka mencari peluang di Malaysia. Mereka minta saya buat penelitian," Daim dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan Far Eastern Economic Review berhubung penglibatannya dengan Temasek.

Tiga tahun kemudian, tanggapan bahawa Daim bersara sama sekali berubah.

Sebaliknya gambaran baru muncul – Daim kelihatan maju ke peringkat global, termasuk menasihatkan kerajaan Singapura dan Brunei berhubung pelaburan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Belum apa-apa BN dah 'londeh' saya - Anwar

Posted: 19 Feb 2014 09:14 PM PST

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan melayan sebarang "serangan" BN terhadapnya ekoran menjadi calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Sebaliknya, beliau berkata hanya akan menjawab perkara berkaitan pembangunan Kajang semata-mata.

"Belum lagi apa-apa, lambat  lagi penamaan calon, mereka (BN) serang macam-macam, habis dia 'londeh' saya dah.

"Hari-hari mereka (BN) 'serang', saya  kata 'Anwar Ibrahim tak layak' (jadi ADUN Kajang).

"Kita nak jawab? Tak payah," katanya dalam  majlis pelancaran jentera pilihan raya PKR di Sungai Sekamat, Kajang, malam tadi.

Takut punca spekulasi

Sementara itu, Anwar juga berkata, ketakutan pemimpin Umno terhadap "kekuatan" Pakatan Rakyat juga menyebabkan ditimbulkan spekulasi beliau mahu menjadi menteri besar Selangor.

"Sebab apa orang macam (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), (Tun) Daim Zainuddin dan menteri-menteri takut betul, sampai kata saya nak ambil alih MB.
Read More / Baca Lagi >>

“Siapa takut, Anwar atau Mahathir?

Posted: 19 Feb 2014 09:12 PM PST

Oleh Manivanan Gowin

Langkah Kajang yang dicanang-canang sebagai langkah sumbang Parti Keadilan Rakyat oleh Umno dan Barisan Nasional, nyata hanyalah omongan yang sebenarnya mengoncangkan perikatan yang memerintah kerajaan itu. Semalam, orang 'nombor satu' Umno Barisan Nasional Tun Dr. Mahathir menggambarkan 'ketakutan' beliau sekiranya Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor kerana ini akan menyerlahkan kewibawaan dan kepintaran bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Mahathir yang menunjangi kerajaaan ketika zaman ledakan Reformasi, menyedari kekuatan dan keupayaan yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang boleh mematahkan plot politik Umno Barisan Nasional dan mereka hilang punca dengan strategi terkini politik yang bakal menjadi batu asas kepada kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Strategi politik Dato' Seri Anwar Ibrahim ini akan kembali membuka ruang kepada rakyat terutamanya generasi muda untuk mengenali sosok dan kebolehan serta kemampuan pemimpin ini. Rekod cemerlang terutamanya ketika mengemudi Kementerian Kewangan daripada 1991-1998, yang disebut era emas kewangan Malaysia adalah sesuatu yang Mahathir tidak mahu berulang kembali di Selangor, seterusnya menjadi kayu ukur Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pertama dari Pakatan Rakyat.
Mahathir takut provokasi-provokasi keagamaan dan peerkauman yang sengaja diwujudkan oleh Umno Barisan Nasional kebelakangan ini akan tenggelam dan terpadam dengan penghargaan dan kefahaman rakyat tentang demokrasi yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim. Ditakdirkan Anwar Ibrahim menang di Kajang, dan seterusnya menjawat kerusi Menteri Besar Selangor seperti yang diramalkan oleh Mahathir, maka segala rancangan sulit Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor Darul Ehsan melalui pintu belakang akan menemui jalan buntu.
Mahathir Mohamad Tetap Akui Kehebatan Anwar Ibrahim
Read More / Baca Lagi >>

Menangkapi apa yang Kassim Ahmad ingini

Posted: 19 Feb 2014 09:09 PM PST

Kassim, seronok dia dibahas.
Kassim Ahmad - satu nama yang menjadi phobia kepada sesetengah umat Islam negara ini. Semuanya kerana bentuk pemikiran dan keberaniannya mengenegahkan pandangan yang agak kritikal terhadap ajaran dan pegangan agama Islam. Inilah dinama keberanian. Sesuai dengan darjat beliau sebagai pemikir, maka wajar beliau melontarkan pandangan atau idea-idea kritikal yang boleh menimbulkan suasana 'kiamat' dalam dunia pemikiran ummah negara ini, sekurang-kurangnya.

Manusia yang hebat ialah manusia yang ingin merubah sesuatu yang sedia ada di dunia ini dengan harapan ia menjadi lebih baik lagi. Dia juga manusia yang berfikir dengan kedua belah otak mencakupi lapisan yang belum diterokai. Pemikir dia bukan pengikut. Dalam konteks Kassim ini itulah yang terserlah.

Semuanya bermula kerana beliau berani membuat penilaian dan kajian semula ke atas hadith Nabi yang dianggap sesetengahnya palsu. Kepalsuan itu dari padangannya memberi kesan negatif kepada umat Islam khasnya di negara ini. Kepalsuan itu juga (mungkin pada anggapannya) menjadikan orang Islam berpegang kepada bayang-bayang dan bukannya teras. Ia amat merbahaya kalau mengikut pandangan Kassim dan ia perlu dijernihkan.

Persoalan ini (karektor pemikiran Kassim) berlaku sejak tahun 1986 lagi apabila beliau menulis buku khas yang mengundang perbahasan mengenai pendiriannya itu sekaligus menjadi vehicle untuk menyebarkan pemikirannya. Buku itu berjudul; Hadith satu penialaian semula. Dunia Malaysia kalut dan warga ulamak dan lebai-lebai konvensional tersintak dengan pemikiran itu. Kassim mengumpamakan berlaku kiamat dengan bukunya itu.

Rakyat negara ini yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah terkaget dan merasakan dunia Islam Malaysia dibom dengan bom yang sangat dahsayat. Ada yang merasakan Kassim mahu merombak pegangan dan keyakinan Ahli Sunnah Wal Jemaah selama ini dan membawa fahaman baru. Beliau seakan mahu merombak ikatan akidah umat Islam di negara ini.

Lantas golongan agama, NGO dan institusi agama berbincang, bermuzakarah, 'berjemak berkira' mengenai pandangan Kassim itu. Meneliti dan mencari sumber untuk berhujah dan mematahkannya atas keyakinan ia sangat merbahaya. Akhirnya keputusan dibuat secara kolektif bahawa pendirian Kassim itu salah dan bertentangan dengan fahaman Aahli Sunnah Wal Jemaah maka beliau harus diperangi.

Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang di Johor pada 18 September 1986, telah mewartakan apa yang dipegang atau dilontarkan oleh Kassim itu boleh digolongkan dalam golongan murtad. Ia satu keputusan yang konkrit dan tegas. Ini kerana kalau mengikut pendapat Imam Syafie orang yang murtad boleh hukum bunuh.

Sejak iu Kassim dihukum dengan kecaman dan dilontar dengan 'batu-batu' hudud. Perwartaan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu dijadikan sempadan untuk menolak fahaman Kassim dan dijadikan batu-batu hudud untuk merejamnya hingga mati. Selepas itu, tidak timbul lagi kalau soal Kassim melontarkan pandangan itu untuk dibahas dan dinilai saja kerana keputusannya sudah tetap.
Read More / Baca Lagi >>

2,000 penoreh demo tuntut harga lantai getah RM4 sekilo

Posted: 19 Feb 2014 08:59 PM PST

PADANG TERAP: Hampir 2,000 penduduk yang terdiri daripada penoreh getah keluar beramai-ramai di Pekan Naka di sini semalam bagi menuntut kerajaan segera bertindak mengatasi masalah harga getah yang kini jatuh mendadak.

Mereka adalah sebahagian rakyat Malaysia dan rakyat Kedah khususnya yang pendapatan mereka terjejas teruk akibat penurunan mendadak harga getah sejak beberapa bulan lalu.

Himpunan itu dinamakan sebagai Himpunan Sengsara Penoreh Getak, sebagai menyatakan luahan tekanan ekonomi yang terpaksa ditanggung.

Pelbagai spanduk turut dibawa termasuk yang bertulis "Harga barang naik, harga getah turun", "BN menang rakyat senang?" dan "Getah turun ape cerita, terima kasih BN".

Dalam pada itu, mereka turut mendesak kerajaan menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram bagi meringankan beban penoreh getah.Read More / Baca Lagi >>

Aktivis: Kelantan tak minat lagi isu royalti?

Posted: 19 Feb 2014 08:57 PM PST


Sikap terkini kerajaan Kelantan bawah pentadbiran baru Datuk Ahmad Yaakob terhadap perjuangan menuntut royalti minyak mula dipersoal aktivis negeri.

Ini ekoran timbulnya khabar angin bahawa Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan tidak berminat lagi meneruskan saman berhubung tuntutan bayaran itu di mahkamah.

Perkara itu dinyatakan dalam surat terbuka seorang penggerak Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Petrolium ke Negeri Kelantan (ROYALTI), NGO paling terkedepan dengan tuntutan itu.

Mohd Fauzi  Azmi hari ini membangkitkan beberapa perkara, antaranya, hampir setahun setengah, Kelantan masih belum mengemukakan rayuan terhadap prosiding tuntutan itu.

"Adakah kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan prosiding saman tuntutan royalti negeri Kelantan terhadap Petronas atau ia masih dalam perbincangan?" soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Waythamoorthy terjemahan akar umbi Umno marah Najib

Posted: 19 Feb 2014 08:56 PM PST

KUALA LUMPUR: Akibat daripada hilang kepercayaan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua menteri dari Umno bakal meninggalkan kabinet menjelang rombakan pada Jun nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri sudah berada pada tahap yang sukar untuk diselamatkan lagi.

Perkara ini jelas terbukti, bukan sahaja dua menteri yang bakal meninggalkan kabinet tetapi ada antara mereka yang berani mengkritik secara terbuka tentang pentadbiran Najib yang dilihat terlalu lemah tanpa sebarang tindakan tegas.

"Pentadbiran Najib ini seperti syok sendiri ataupun 'hidup segan, mati tidak mahu'.

"Beliau hanya melaungkan pembaharuan dan pelancaran idea, namum diperingkat pelaksanaan dan implementasi, hambar dan tidak mendatang apa-apa kebaikan serta kesan," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, pentadbiran Najib tidak ubah seperti NATO (No Action Talk Only), begitu juga inisiatif Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang diwar-warkan sebelum ini sehinggakan beliau (Najib) digelar sebagai 'Najibnomics'.
Read More / Baca Lagi >>

Waythamoorthy Sekolahkan Khairy Jamaluddin

Posted: 19 Feb 2014 08:55 PM PST

Bekas timbalan menteri, P Waythamoorthy membidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana berpihak kepada perdana menteri tanpa memahami kekecewaannya terlebih dahulu.

Meningkah dakwaan Khairy yang mendakwa beliau tidak cekap dan mata duitan, Waythamoorthy berkata, beliau meletak jawatan kerana Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap tidak acuh untuk menubuhkan unit khas bagi menangani masalah India Malaysia yang miskin.

"Tindakan Khairy mempertahankan bosnya adalah tidak matang dan kurang bijak," kata Waythamoorthy dalam kenyataannya.

"Bolehkah Khairy melaksanakan tugasnya jika belanjawan kementeriannya dihapuskan dan beliau diminta menjalankan tugasnya sebagai menteri belia dan sukan?"
Read More / Baca Lagi >>

Khairy Jamaluddin kini tulang belakang Putrajaya..??

Posted: 19 Feb 2014 08:54 PM PST

Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi menteri paling pantas ke depan mempertahankan kerajaan setiap kali menerima kritikan pembangkang. Gambar fail.Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi menteri paling pantas ke depan mempertahankan kerajaan setiap kali menerima kritikan pembangkang. Gambar fail.Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah orang yang berjaya memusnahkan hujah P Waytha Moothy yang meletakkan jawatannya sebagai timbalan menteri apabila berkata pemimpin Hindraf itu bukan pemain dalam pasukan dan mendesak bajet untuk masyarakat India diletakkan di bawahnya.
Menteri lain juga nampaknya mengikuti pendedahan Khairy yang dibuat melalui akaun Twiter, dilihat sebagai usaha bersama selepas sembilan hari Waytha meletakkan jawatan.
Tetapi ia bukan kejadian luar biasa untuk Khairy membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan dengan lebih cepat berbanding menteri lain dan menteri Belia dan Sukan untuk penggal pertama itu dijangka memainkan peranan lebih besar pada masa depan.
Alasannya: Dalam kabinet yang sangat besar tetapi tidak cekap ini, dia bersinar. Seolah-olah orang bermata satu di kalangan yang buta.
Read More / Baca Lagi >>

'DR. WALHAN', Kerja GANGGU Orang TAHARAH - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 Feb 2014 08:45 PM PST

Pesanan UAI : "ALLAH Sedia Mengampunkan Kita Bila-bila Masa..."

Posted: 19 Feb 2014 08:44 PM PST

Sembang TITM - Pas & Tahaluf Siyasi

Posted: 19 Feb 2014 08:41 PM PST

Penang: Permohonan Membina Sekolah Tamil ditolak oleh Kerajaan Persekutuan

Posted: 19 Feb 2014 08:40 PM PST

MB Selangor:Setiap orang berhak mendapat air

Posted: 19 Feb 2014 08:34 PM PST

Pakatan: Umno agih air secara terpilih kepada penduduk Balakong

Posted: 19 Feb 2014 08:31 PM PST



Terpaksa dengar ceramah Umno sebelum dapat RM100 bantuan awal persekolahan.

Posted: 19 Feb 2014 06:34 PM PST

PASIR PUTEH: Ramai ibu bapa terpaksa meninggalkan kerja harian semata-mata mahu datang mengambil bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 anak mereka.

Terpaksa menunggu sehingga empat jam bagi mendapat bantuan tersebut yang disampaikan pemimpin Umno peringkat bahagian, perkara lumrah yang berlaku di Kelantan.

Pemimpin Umno pula mengambil peluang kehadiran ramai ibu bapa di sekolah, menyampaikan ucapan bagi menghentam pihak lawan.

Seorang bapa di sini memberitahu terpaksa menutup kedai hampir sehari kerana datang mengambil bantuan persekolahan dua anaknya.

Situasi tersebut juga berlaku tahun lepas di mana orang ramai terpaksa menunggu hampir sehari sebelum menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500.

"Semua orang tahu pemimpin Umno menggunakan kesempatan kehadiran ramai ibu bapa ke sekolah untuk melebarkan pengaruh politik mereka.

"Hanya menggunakan peluang tersebut pemimpin Umno boleh berceramah di hadapan khalayak ramai. Mereka menggunakan peluang majlis penyampaian bantuan persekolahan untuk datang ke sekolah-sekolah.

"Mereka mengharap peluang serupa juga diberi untuk datang ke Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan," kata Adun Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat (gambar).

Sebuah akhbar semalam melaporkan Ketua Umno Pasir Puteh, Zawawi Othman mendakwa Yayasan Islam Kelantan (Yik) melarang pemimpin Umno memasuki sekolah agama bagi menyampaikan bantuan awal persekolahan.

Menurutnya yang juga Adun Semerak, larangan itu disifatkan berbentuk politik dan cuba menyemai perasaan benci dalam kalangan pelajar.
Read More / Baca Lagi >>

Anti-Hadis: Lepas Kassim, Dr M pula sasaran kritikan

Posted: 19 Feb 2014 06:30 PM PST

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula kini menjadi sasaran kritikan NGO Islam ekoran kenyataannya yang membela sarjana kontroversi Dr Kassim Ahmad.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dalam kenyataannya menyatakan kekesalan kepada Mahathir yang "nampak bersungguh" mempertahankan Kassim.

"Padahal implikasi dari pegangan Kassim mengenai Islam di negara ini sangat berat dari segi autoriti dan perundangan Islam," kata presiden gabungan gabungan NGO itu Mohd Azmi Abdul Hamid (kiri).

Mahathir pada Selasa tampil menongkah arus apabila mempertahankan Kassim yang berdepan tuduhan anti-Hadis, yang muncul semula dalam sebuah seminar di Putrajaya yang dirasmikannya.

Mahathir berhujah, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel pihak yang gagal berhujah.

Malah, kata Mahathir, Kassim bukan anti-hadis dan mempunyai fahaman sama seperti orang lain.

Menurut Mapim lagi, pandangan Kassim berkaitan dakwaan pendewaan terhadap Nabi Muhammad boleh membawa kepada penolakan seluruh institusi hukum dalam Islam.

"Apakah Mahathir cenderung untuk bersetuju dengan pendapat ini dan mempertahankan Kassim bahawa beliau tidak bersalah mencabar semua pendapat ulama, walaupun Kassim bukan ahli dalam hal ilmu agama Islam," kata Mohd Azmi.

Tolak debat terbuka
Read More / Baca Lagi >>

Kassim & 'tafsir ikut suka hati'

Posted: 19 Feb 2014 06:28 PM PST

Pihak yang tidak mempunyai kepakaran dalam ilmu Islam dan diiktiraf oleh badan-badan agama Islam di negara ini mestilah berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan "cetek dan dangkal" berkaitan Islam dan hukum-hakam.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini nyata mengundang polemik, kekeliruan dan perbahasan yang tidak diperlukan dalam masyarakat Malaysia.

Dalam isu terbaru ketika seminar pemikiran Kassim Ahmad yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini, beliau didakwa telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang bersifat kontroversi.

Ia antaranya:

  1. Islam di negara ini telah diselewengkan oleh "kasta paderi" yang dipanggil ulama.
     
  2. Mempertikaikan kredibiliti Rasulullah SAW.
     
  3. Mempertikaikan rambut wanita sebagai sebahagian daripada aurat wanita.
Sekiranya dakwaan ini benar, PEMBELA beranggapan kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh seseorang yang cetek ilmu Islam dan keliru dengan agamanya sendiri.

Barangkali, inilah kesan daripada pembelajaran agama tanpa melalui disiplin-disiplin serta cabang-cabang ilmu dalam Islam.

PEMBELA tidak ada masalah sekiranya Kassim hendak berbicara tentang pengetahuannya dari sudut sastera mahu pun falsafah.

Tak diikiraf layakRead More / Baca Lagi >>

Syabas Gagal: Penduduk Balakong ikrar demo sampai ada air

Posted: 19 Feb 2014 06:26 PM PST

Penduduk beberapa kawasan di Balakong, Selangor berikrar akan mengadakan demonstrasi setiap petang sehingga bekalan air di kawasan itu pulih.

Mereka menuntut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memberikan perkhidmatan air yang sepatutnya setelah 10 hari terputus bekalan.

Dalam demonstrasi pertama petang semalam, mereka mendakwa kira-kira 20,000 penduduk di Balakong, terutama di Taman Impian Ehsan, Taman Impian Indah dan Kampung Kenangan Indah, terjejas.

Jurucakap perhimpunan itu Paul Wong berkata, mereka mahu penjelasan SYABAS berkaitan punca pemotongan bekalan air tanpa notis sejak 9 Februari lalu.

"Kita hanya minta ada air, kalau macam ini selalu, susahlah kita, hidup tanpa air.

"Lagipun bahaya, naik motor bawa tong (air) banyak-banyak. (Penduduk) rumah flat angkat (air) sampai atas rumah, macam mana?" katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Facebook to buy Whatsapp for $19 billion

Posted: 19 Feb 2014 06:09 PM PST

New video from the fiery Ukraine clash

Posted: 19 Feb 2014 06:08 PM PST

Why should Americans care about Ukraine?

Posted: 19 Feb 2014 06:07 PM PST

What next, Waythamoorthy?

Posted: 19 Feb 2014 06:04 PM PST

Waythamoorthy's theatrics are not going to work wonders for him.

Whatever his agenda may be, P Waythamoothy does not deserve an inch of empathy nor sorry for his failure to perform as a deputy minister and uplift the socio-economic status of the Indian community.
Waythamoorthy was appointed senator in June last year and subsequently appointed deputy minister. He relinquished both the positions 10 days ago.
The rakyat, particularly the Indians, have not forgotten Waythamoorthy's self-conceit soon after inking the memorandum of understanding with Barisan Nasional where the Hindraf leader said it did not matter whether the country was helmed by a Rama or Ravana.
That 'opening line' itself got Waythamoorthy flak from former Malaysian Bar president S Ambiga who was worried with the wrong message Waythamoorthy was sending out to the community and children.
"I am horrified that Waythamoorthy said it does not matter whether Rama or Ravana rules. This is shocking since Ravana is seen as the embodiment of evil and Rama, the embodiment of goodness.
"Furthermore, this message is intended for the Indians and the Hindus revere Lord Rama. I am utterly shocked that he is selling this idea that it does not matter if the ruler is good or evil and that it is all right to negotiate with evil. What kind of message is that?" Ambiga then said.
Waythamoorthy then called on Indian voters to back the Najib administration in the 2013 general election, a move which earned the former widespread condemnation.
Detractors were convinced that Waythamoorthy pocketed a handsome sum in return for his allegiance but the lawyer-turned politician claimed he did so after BN agreed to Hindraf's terms of uplifting the Indians, something which the opposition Pakatan Rakyat failed to do.
Waythamoorthy's appointment also earned him the ire of his activist brother P Uthayakumar who said his younger brother was a "political opportunist" who had diverted from Hindraf's (Hindu Rights Action Force) cause by a personal agenda.
Read More / Baca Lagi >>

One thing Waytha said is true - Najib is a LIAR!

Posted: 19 Feb 2014 06:02 PM PST

The resignation of P Waythamoorthy is a good example of Prime Minister Najib Razak's broken promise towards the Indians.
What happened to the special unit of at least 50 members to help the poor?
Waythamoorthy has been conned to deliver the Indian support to BN. After winning the election, nothing has been done and this is unacceptable. The trust of the people has been betrayed.
One thing Waytha said is true - Najib is a LIAR! - Zuraida KamaruddinHindraf had been actively championing the Indians' rights but now they are left with nothing but price hikes.
I hope this serves as a warning to those who are charmed by pre-election goodies like BR1M.
The Prime Minister had promised that there would be no petrol hikes during election, but what happened after that? Petrol prices went up, sugar prices went up and toll prices will be going up too, after the Kajang election.
One thing Waytha said is true - Najib is a LIAR!
What Waythamoorthy said was right - that the Prime Minister is a liar who does not fulfill his promises.
In Penang, Najib promised low cost housing throughout the island before the election but now he is very silent.
Waythamoorthy was made an offer to help make the Indians' lives better. Unfortunately, he had to learn the hard way to realise that the Prime Minister never keeps his promises. I hope that others will not make the same mistake.
The Indians must know the truth about BN and their empty promises. People in Kajang will be waiting to hear directly from Waytha. I hope he takes this opportunity to truly apologise to the Indians and reveal to them the true colours of BN and their lies.
Zuraida Kamaruddin is head of the PKR Women's wing and MP for Ampang