Selasa, 18 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Majlis Fatwa berani tegur Tony Pua, tapi tak berani tegur Nazri

Posted: 18 Feb 2014 10:26 PM PST

PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail mempersoal tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berani membidas Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua tetapi tidak berani membidas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang mempertikaikan keputusan majlis itu melarang umat Islam menyambut Hari Kekasih.
Katanya, tindakan double standard pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin menunjukkan bahawa Majlis Fatwa bersikap pilih kasih.
"Bagaimana orang bukan Islam nak hormati Majlis Fatwa kalau majlis itu hanya berani menegur orang bukan Islam sedangkan orang Islam yang membuat kenyataan yang sama terlepas," katanya kepada FMT.
Dalam akhbar harian hari ini, Dr Shukor menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu supaya tidak menyerlahkan kejahilannya dalam isu berkaitan agama Islam.
Katanya, fatwa berkaitan Hari Kekasih adalah berdasarkan sudut Islam yang hanya terpakai kepada umat Islam sahaja justeru, tindakan Tony itu dilihat seolah-olah cuba memperlekeh fatwa berkenaan.
"Tindakan ini tidak kena dan dia (Tony) tidak memikirkan sensitiviti umat Islam. Ini adalah negara majmuk dan dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak tahu kesan terhadapnya kelak.
"Kalau tidak melibatkan dirinya, janganlah bising sebab semua ini adalah dari sudut agama Islam," kata Dr Shukor ketika dihubungi di sini hari ini.
Tony melalui laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini memuat naik satu kenyataan ketika berada di London bersama isterinya.
Kenyataan itu didakwa menyentuh larangan pihak berkuasa agama Islam di negara ini yang mengisytiharkan sambutan Hari Kekasih sebagai haram.
Mengulas lanjut, Abdul Shukor menegaskan, sebagai pemimpin bertaraf wakil rakyat, Tony sepatutnya mempunyai kesedaran sivik, saling menghormati dan bertanggungjawab terhadap segala kenyataannya.
"Saya fikir semua rakyat terutama yang berada di bandar mengetahui berhubung sensitiviti ini. Saya percaya umat Islam tidak akan sampai ke tahap itu untuk membuat provokasi agama," tegasnya.
Syed Rosli hairan kenapa Pengerusi Majlis itu tidak berani menegur Nazri.
"Adakah takut jawatannya terlucut?" soal beliau.
Nazri sebelum ini mempersoalkan mengapa orang Islam tidak dibenarkan meraikan Valentine's Day, selain berpandangan sambutan itu bukan sebagai satu bentuk sembahyang.
Nazri turut mengecam PAS atas tindakan parti itu melancarkan kempen menentang Valentine's Day dan menyifatkannya sebagai 'mengarut'.
Nazri dilaporkan mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai reaksi terhadap kenyataan Menteri agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melancarkan penguatkuasaan pencegahan secara besar-besaran di seluruh negara pada malam 14 Feb lalu.
Pada 22 hingga 24 Nov 2005, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day.
Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Putrajaya hanyut, dorong menteri cari jalan keluar

Posted: 18 Feb 2014 07:45 PM PST



Dua menteri Umno sudah menunjukkan mereka mahu keluar daripada Kabinet menjelang rombakan pada Jun, membayangkan peningkatan kejengkelan terhadap tanggapan tiada arah tuju dalam kerajaan, kata sumber dalaman parti.
Ia sekurang-kurangnya membabitkan seorang menteri dalam pasukan ekonomi Putrajaya, yang berdepan dengan isu potongan subsidi, konsesi kenderaan import dan rundingan pakatan perdagangan Pacific Rim.
"Mood di Putrajaya muram. Sekurang-kurangnya dua menteri mahu cepat keluar daripada kerajaan Najib," kata seorang ahli politik Umno kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada presiden parti dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Pencarian untuk menggantikan tempat itu kini bermula tetapi kekurangan bakat. Kita mempunyai sedikit sangat menteri atau ahli politik yang berkelayakan," katanya.
Pasukan ekonomi Najib merangkumi dirinya sendiri sebagai menteri kewangan 1; Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai menteri kewangan II; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad; penasihat ekonomi, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad Husni dan Abdul Wahid mendiamkan diri sejak kebelakangan ini selepas Putrajaya membuat keputusan menarik balik kenaikan kadar tol yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau berkata kerajaan akan membayar RM400 juta kepada pemegang konsesi tol sebagai ganti rugi.
Mustapa dan kementeriannya menjadi perhatian kerana masih belum lagi memuktamadkan sistem Permit Import (AP) untuk kenderaan, yang semakin meningkatkan harga, dan kerana masih berbincang dengan rakan kongsi dalam Pacific Rim untuk membentuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Perdana menteri masih boleh menambah seorang lagi timbalan  menteri dalam Kementerian Kewangan, ruang yang disimpan untuk MCA kerana parti komponen senior Barisan Nasional (BN) itu mengambil keputusan untuk tidak menyertai kerajaan berikutan kekalahan teruk dalam pilihan raya tahun lalu.
Seorang pakar strategi Umno berkata, kemasukan MCA tidak akan memberi kesan besar terhadap kerajaan Najib, yang berdepan dengan perang prasangka lebih besar selepas pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy meletakkan jawatan secara mengejut sebagai timbalan menteri, minggu lalu.
"Kabinet seperti sudah tidak ada calon dan MCA tidak terlalu menonjol, maka kemasukan mereka nanti tidak akan mengubah apa-apa.
"Kerajaan perlu cepat keluar daripada kesuraman ini dan bekerja kuat. Mereka tidak akan kehilangan apa-apa sehingga pilihan raya akan datang," katanya.
Pengkritik berkata, pentadbiran Najib gagal meredakan peningkatan ketegangan perkauman dan agama dalam negara, terutama di Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir oleh pembangkang.
Katanya, polis berjanji untuk bertindak tetapi setakat ini, hanya pemimpin pembangkang yang berdepan dengan cabaran besar.
Najib juga berdepan dengan kritikan daripada parti Umno sendiri, terutama golongan veterannya, yang percaya bahawa perdana menteri perlu melakukan lebih lagi untuk memotong perbelanjaan, bukan semata-mata potong subsidi.
"Kerajaan memerlukan kepimpinan lebih tegas dan lebih memahami apa yang berlaku dalam Malaysia. Mereka kelihatan seperti tidak tahu dan kadang-kadang, nampak tidak peduli.
"Mungkin itu sebabnya mereka mereka berperasaan muram. Mereka tiada arah, tiada petunjuk dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan Putrajaya terus berkuasa," kata seorang ahli Umno. – 19 Februari, 2014.- TMI

Sarang Seks Siber Kanak2

Posted: 18 Feb 2014 05:06 AM PST

Rasanya tidak salah untuk ibu bapa bersikap sedikit cerewet apabila memilih pusat jagaan harian. Selepas beberapa laporan kematian bayi tersedak susu, ada pula ibu yang membuat intipan cara moden dan terkejut apabila mendapati pengasuh memukul anak mereka.
Itu mungkin kes terpencil, tetapi tidak salah untuk kita lebih berhati-hati. Kita tidak mahu anak kecil ini 'diperdagangkan' secara sulit seperti yang berlaku di sebuah kampung pedalaman di Filipina. 
Ketika kanak-kanak kecil di sebuah pusat jagaan harian leka bermain, tiga kanak-kanak di rumah sebelah dipaksa menjadi pelakon untuk melakukan aksi seks yang ditayangkan secara langsung melalui Internet dan dapat disaksikan di seluruh dunia.


Aksi menjijikkan yang berlaku di rumah banglo itu turut diulang berkali-kali secara rahsia di kebanyakan rumah di Ibabao, kampung terpencil di Pulau Cebu di mana pornografi Internet kanak-kanak sudah memasuki 5,000 rumah penduduk dan dianggap aktiviti lebih menguntungkan berbanding menangkap ikan atau bekerja di kilang.
Foto
KANAK-KANAK daripada keluarga miskin sering jadi mangsa penderaan seks siber.

"Pada mulanya saya amat terkejut, tidak percaya perkara ini berlaku di bandar saya," kata Datuk Bandar, Adelino Sitoy, sejurus selepas polis mengumumkan mereka berjaya menjejaki rantaian pedofilia (keinginan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak atau ada kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak) yang ditayangkan secara langsung. Paling mengejutkan, Ibabao menjadi penyumbang atau sumber pornografi kanak-kanak.

Ketika kampung terpencil itu mendapat perhatian, pihak berkuasa dan badan yang memperjuangkan hak kanak-kanak berkata, industri lucah itu berjangkit dan merebak dengan pantas di kebanyakan kawasan di Filipina khususnya membabitkan keluarga miskin apabila ribuan kanak-kanak sudah menjadi mangsa penderaan seksual.

Sekali imbas, Ibabao adalah kampung nelayan yang terletak 550 kilometer di selatan Manila. Penduduknya amat akrab kerana kebanyakannya ada pertalian persaudaraan atau mempunyai hubungan baik sejak dulu lagi dengan jiran. Mereka juga dilihat sering ke gereja.

Namun polis dan pihak berkuasa berkata, di dalam rumah separa kayu yang kecil, ramai ibu bapa mengarahkan anak mereka melakukan aksi seks di depan kamera web yang disambungkan ke Internet dan dijual kepada kaki pedofilia luar negara. Ada juga kanak-kanak yang diperdaya masuk ke rumah jiran dan akhirnya dipaksa melakukan aksi lucah itu, kata mereka.

Sitoy berkata, ada banyak faktor yang membuatkan perdagangan seks secara dalam talian itu berkembang dengan pesat antaranya kanak-kanak dikurung secara rahsia di rumah, kedudukan Ibabao yang terpencil dan sikap tidak peduli ketua kampung, apatah lagi jika mereka mempunyai saudara-mara yang terbabit dalam jenayah berkenaan.

Pemburuan besar-besaran hanya dilakukan apabila sesetengah daripada rakaman video itu sampai ke rumah warga Britain yang sememangnya terkenal sebagai kaki pedofilia. Pada Mac lalu, lelaki ini dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun.

Sejurus selepas itu, polis Filipina mengadakan serbuan di Ibabao dan kawasan berhampiran dengan bantuan pihak berkuasa Britain, Australia dan Amerika Syarikat. Dalam satu serbuan pada September tahun lalu, polis dan pekerja sosial memasuki rumah banglo di sebelah pusat jagaan harian berkenaan dan menahan sepasang suami isteri serta menyelamatkan tiga anak mereka yang berumur tiga, sembilan dan 11 tahun. Dua hari kemudian, 13 lagi kanak-kanak diselamatkan daripada beberapa rumah lain.

Penduduk Ibabao kini amat curiga dengan kemasukan orang luar, tetapi ada yang bersetuju untuk membuka mulut dengan syarat identiti mereka dirahsiakan.

Mereka memberitahu 'sarang seks siber' masih terus beroperasi di kampung itu, tetapi tiada penduduk yang melaporkannya atas faktor keselamatan. Selain itu, budaya penduduk Filipina yang tidak suka menjaga tepi kain orang turut membantu jenayah itu terus dilakukan.

Seorang suri rumah, Jennifer Canete, 38, yang bersedia bercakap mengenai jenayah itu secara terbuka mengesahkan ramai penduduk yang terbabit dan dia bimbangkan keselamatan empat anaknya yang masih kecil, takut mereka juga menjadi mangsa. Ini kerana dia menghantar salah seorang anaknya di pusat jagaan bersebelahan banglo sarang seks siber itu.

"Kami berasa amat marah apabila mengetahui perkara ini. Macam mana mereka boleh lakukan jenayah di sebelah pusat jagaan harian? Kini kami mula bimbang, kami tidak tahu apa akan jadi pada anak-anak kami apabila mereka pergi ke sekolah kerana di sini ramai orang yang terbabit dalam jenayah ini," katanya.

Pihak berkuasa juga tidak pasti bila perdagangan seks kanak-kanak itu memasuki Ibabao. Namun menurut pekerja sosial, seorang wanita Filipina yang dipercayai menganggotai kumpulan penjenayah datang ke kampung berkenaan beberapa tahun lalu dan memperkenalkan skim cepat kaya kepada penduduk di situ.

Wanita itu juga mengajar penduduk cara mencari pelanggan daripada laman sembang pornografi dan menerima bayaran melalui pemindahan wang antarabangsa, kata salah seorang pekerja sosial yang meminta identitinya dirahsiakan demi keselamatannya.

Sesetengah operator memujuk kawan anak mereka untuk datang ke rumah dan menjadikan kanak-kanak ini sebagai mangsa. Mangsa diugut supaya menutup mulut jika tidak mahu ibu bapa mereka dicederakan.

Seorang ibu berkata, jirannya pernah mengajaknya untuk turut serta dalam jenayah berkenaan dan menawarkan RM320 untuk satu sesi - jumlah yang amat lumayan bagi penduduk yang kebanyakannya mempunyai pendapatan kira-kira RM22 sehari. Jirannya memujuk dengan mengatakan mereka tidak perlu mengadakan sebarang sentuhan fizikal.

"Saya berasa amat marah. Sejak dulu kami diajar untuk melindungi dan me-nyayangi anak kami. Kami memang bukan orang kaya, tetapi kami juga bukanlah terlalu miskin atau terdesak. Ini perbuatan terkutuk," katanya.

Bagaimanapun, seperti penduduk lain yang bimbangkan keselamatan mereka, dia juga tidak membuat laporan polis. Namun dia cuba sedaya upaya menjauhkan diri daripada mereka yang diketahui terbabit dalam jenayah itu bagi mengelakkan sebarang masalah.

Ketika mengumumkan kehancuran rangkaian pedofilia, Agensi Jenayah Nasional Britain berkata, 11 orang sudah ditangkap di Filipina pada pertengahan Januari lalu dan 18 lagi tangkapan dibuat di negara lain di seluruh dunia manakala 733 suspek masih ditahan untuk siasatan.

Andrey Sawchenko, Ketua Misi Keamanan Filipina (IJM) yang membantu dalam penangkapan berkenaan berkata, 39 kanak-kanak diselamatkan di Ibabao dan kawasan lain di negara itu.

Tetapi dia percaya, masalah sebenar jauh lebih besar dan serius. Masih ramai penjenayah yang bebas dan aktif menjalankan perdagangan seks siber membabitkan kanak-kanak. Agensi Jenayah Nasional Britain juga menyifatkan penderaan seksual kanak-kanak secara dalam talian itu sebagai 'ancaman yang semakin membimbangkan.'

Dalam satu kenyataannya berbunyi: kedaifan hidup, kewujudan perkhidmatan Internet yang semakin pantas dan adanya pelanggan kaya dari luar negara mendorong kumpulan penjenayah mengeksploitasi kanak-kanak demi mengaut keuntungan.

Kumpulan pejuang hak kanak-kanak Belanda, Terre des Hommes menganggarkan di Filipina saja 'berpuluh-puluh ribu' kanak-kanak dianiaya dalam industri seks siber ini. Tahun lalu kumpulan ini mencipta kanak-kanak perempuan warga Filipina berumur 10 tahun secara maya dan dia 'dihantar' ke laman sembang bagi menarik minat kaki pedofilia.

Dalam tempoh 10 minggu, 20,000 orang daripada 71 negara cuba berkenalan dengan gadis maya ini dan memintanya melakukan aksi atau persembahan seks. Maklumat kaki pedofilia itu dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mungkin jenayah seperti ini tidak berlaku di negara kita, tetapi tidak rugi jika ibu bapa meluangkan lebih masa dan memantau pergerakan anak-anak kita demi keselamatan mereka. - myMetro

Surat terbuka kepada Dr Kassim Ahmad

Posted: 18 Feb 2014 03:01 AM PST


Saya menulis surat ini kepada Tuan doktor selepas saya membaca beberapa petikan daripada kenyataan Tuan di akhbar dan media internet. Entah mimpi apa tiba-tiba Tuan kembali bersuara setelah sekian lama bagai diam bertapa.
Rasanya sudah lama Tuan tidak bersuara. Kali terakhir kita bertemu kira-kira enam tahun lalu di Permatang Pauh.
Sewaktu Tuan duduk bersendirian, saya memberanikan diri untuk berteman bicara dengan tuan. Tidak mengapa jika Tuan tidak mengingati saya. Itu tidak penting.
Yang penting waktu itu, Tuan menyebut bahawa tuan tidak menolak hadis kecuali hadis palsu. Sayapun setuju. Tuan juga menyebut bahawa Tuan tidak anti hadis.
Bahkan Tuan menyebutkan bahawa perlunya al-Quran dijadikan rujukan. Itupun tiadalah siapa yang ingin menyangkalnya.
Di penghujung bicara kita waktu itu, Tuan sangat menghargai kepimpinan Fadzil Mohd Noor. Akupun teruja mendengarnya. 
Walaupun dalam masa yang sama Tuan juga menghargai kepimpinan Dr Mahathir Muhamad.
Tuan berasa cukup jelek dengan politik Umno. Waktu itu. Saya hanya mencatatkan semua itu dalam kertas otak saya.
Betapa saya sangat menghargai keintelektualan Tuan dalam bidang kesusasteraan dan politik tidaklah saya berani pada bidang keagamaan khususnya yang melibatkan persoalan aqidah dan syariah.
Meski kita mempunyai jalur yang sama dalam sastera namun persoalan agama yang Tuan nyatakan adalah suatu yang sukar dan saya memilih tidak bersama Tuan.
Saat orang Melayu mendewa-dewakan Hang Tuah bagai wira mereka, tiba-tiba Tuan dengan berani menongkah arus dan menukilkan bahawa lelaki tampan itu sebenarnya pengkhianat dan tidak layak dianggap sebagai wira.
Wira yang menegakkan keadilan adalah Hang Jebat yang beratus tahun mati sebagai penderhaka. Mati penuh kehinaan.
Hidup Tuan penuh pemberontakan seperti hidupnya Hang Jebat. Malangnya Tuan lupa akan adab susila orang Melayu yang penuh berbudi. Melayu tidak akan hidup dengan nafas revolusi Bolshevik atau amuk Jebat derhaka. Melayu ada caranya yang tersendiri.
Saya bukanlah ulama yang boleh mengatur ayat al Quran dan hadis (yang tentunya yang shahih) untuk menentang hujah Tuan. Saya hanya orang Melayu yang ingin hidup pada lingkungan Islam yang indah dan harmoni.
Jika kelompok ulama seperti kasta paderi, tentu kelompok pemikir seperti Tuan berkeinginan membina kasta tersendiri yang belum tahu apa istilahnya.
Bukan semua ulama akan menjurus kepada kebaikan. Sebab itu Imam Ghazali membahagikan ulama kepada dua; ulama baik dan ulama jahat. Sewaktu dulupun, Tuan pernah menjadi pejuang kelas bawahan.
Tetapi tidak wajar untuk Tuan menghukum kelas bourjuis semua sebagai "mustakbirin" dan kelas proletariat sebagai "mustaafin". Kejahatan itu bukan terletak pada kelas atau ilmunya. Memang ada ulama tinggi ilmunya tetapi hidungnya panjang seperti Pinocchio atau "musang berjanggut" dalam filem P. Ramlee.
Bagaimanapun, menganggap ulama sebagai suatu kelompok elit dalam agama merupakan kekeliruan yang nyata.
Tuan akan menjadi menjadi fokus nasional. Nama Tuan semakin kerap dalam media massa hingga memungkinkan orang kita lupa tentang kenaikan harga barangan, ketegangan antara agama dan kaum dan timbunan permasalahan nasional, rasuah, hutang negara yang membimbangkan, ketirisan dan kegagalan kerajaan memerintah.
Orang Melayu akan mengamuk semacam Jebat bila agama dan bangsa mereka dilihat dihina. Barangkali elok saya peringatkan kembali puisi Usman Awang, "maruah dan agama dihina jangan, hebat amuknya tak kenal lawan".
Pada umumnya,kenyataan Tuan itu satu penghinaan. Kebijaksanaan orang Melayu akan tenggelam. Orang Melayu akan turun berdemonstrasi, mengecam dan menghukum Tuan hingga stamina orang Melayu lemah untuk menentang syaitan besar yang sedang bertakhta menyusun skrip buat sandiwara yang tidak berkesudahan.
Kerana itu, saya mencadangkan pada rakan-rakan saya yang marah pada Tuan; jalan yang paling mulia menentang Dr Kasim Ahmad, jangan dirampas saxophone dari mulutnya tapi bawalah tali gambus keramat kalian!
Harap Tuan memahaminya dan kembali ke pangkuan jalan al Rahman. Amin. – 18 Februari, 2014.

Erra Fazira & Engku Emran Cerai Talak Satu

Posted: 17 Feb 2014 11:20 PM PST


Erran dan Emran akhirnya bercerai talak satu.
SHAH ALAM: Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa.
Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.
Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi.
Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida.
Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.
Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.
Hasil perkahwinan pertama itu mereka tidak mempunyai cahaya mata. - 18/2/14 mStar

NURUL IZZAH  &  RAJA AHMAD

KUALA LUMPUR: Tarikh sebutan kes perceraian yang melibatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang difailkan terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar ditetapkan pada 11 Mac ini.
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Syariah Ab Malek Awang selepas bertemu peguam itu di ruang Mahkamah Syariah Rendah, Jalan Sri Hartamas Selasa.
Peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah memberitahu pemberita bahawa mereka sedang membincangkan perkara itu dengan harapan untuk menyelesaikannya secara baik, tetapi prosiding perceraian bersama masih berterusan di bawah Seksyen 47 Akta 1984 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) .
Suami Nurul, Raja Ahmad Shahrir Iskandar tiba sendirian pada 10.30 pagi.
Nurul Izzah, 33, memohon untuk bercerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar,35, dalam petisyen yang difailkan pada bulan Disember.
Rendah Syariah Mahkamah di Jalan Sri Hartamas telah mengesahkan bahawa Nurul Izzah, anak perempuan sulung kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan petisyen di bawah Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Kes tersebut 14001-055-0023-2014, pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang pada 21 Jan.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003, dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan anak lelaki berusia lima tahun.
Laporan awal berkata keluarga pasangan itu telah memujuk mereka untuk berdamai.
Pada tarikh tersebut merupakan hari penamaan calon bagi Kajang pilihan raya kecil di mana bapanya bertanding di situ.- mtar 18/2/14

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Politik Rasis Dan Samseng: Cat merah dan ayam mati di letak depan pejabat Teresa Kok

Posted: 18 Feb 2014 09:00 PM PST


Teresa Kok menunjukkan cat merah dan ayam mati yang diletakkan di depan pusat khidmat beliau. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Februari, 2014. 
Teresa Kok menunjukkan cat merah dan ayam mati yang diletakkan di depan pusat khidmat beliau. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Februari, 2014.

Pusat perkhidmatan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok disimbah dengan cat merah dan seokor ayam mati juga diletakkkan di depan pintunya awal pagi ini, selepas dua minggu NGO yang mengaku Islam memberikan tawaran agar beliau ditampar.
Kok diberitahu mengenainya oleh pihak pengurusan bangunan tempat terletaknya pejabat beliau kira-kira jam 9.20 pagi ini.
"Mereka menelefon saya memaklumkan perkara itu sebaik saja mengetahui mengenainya," kata Kok yang menjadi sasaran kemarahan NGO yang mengaku Islam ekoran video tahun barunya baru-baru ini.
Dalam protes yang dilakukan minggu lalu, NGO itu turut menyembelih ayam di atas gambar beliau dan beberapa pemimpin Cina iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dari DAP serta Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.
Kok dan enam lagi membuat laporan polis mengenainya namun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolaknya dengan berkata menampar muka bukan dikira sebagai ugutan.
Polis telah menyiasat empat ahli NGO yang terlibat membuat ugutan dan tawaran itu.
Read More / Baca Lagi >>

Hentikan pengedaran ‘pil ajaib’ di sekolah

Posted: 18 Feb 2014 08:56 PM PST

Pil itu didakwa mampu meningkatkan prestasi akademik pelajar 

PETALING JAYA: Tindakan kerajaan membiarkan pengedaran 'pil ajaib' Dimensi 108  di sekolah dilihat seolah-olah menghalalkan satu bentuk jenayah terancang dengan menjadi pelajar sebagai mangsa.
Pemuda Sosialis Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata, pil yang didakwa mampu meningkatkan prestasi akademik pelajar didapati diedarkan semula secara aktif itu mengandungi ramuan yang meragukan.
"Kajian Persatuan Perubatan Malaysia mendapati bahawa sebiji pil ajaib Dimensi 108 seberat 500mg ini hanya mengandungi 95% gula dan 7.5mg atau 1.5% herba.
"Malah, mengikut undang-undang produk makanan, penggunaan ayat 'Kuasa Mengubah Perangai' sebagai "tagline" produk tersebut juga turut menyalahi Peraturan 18(1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985," kata Setiausaha Agung Pemuda PSM Edwin Michael dalam kenyataan hari ini.
Pil Dimensi 108 kononnya dikatakan mempunyai kuasa untuk mengubah tingkah laku pelajar serta mampu membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik dalam jangka masa pendek iaitu 20 hari.
Antara faedah mengamalkan pemakanan Pil Ajaib Dimensi 108 ini ialah hormat kedua ibu bapa, boleh membezakan perkara yang baik dan buruk, rajin berusaha dan berdikari, berakhlak baik dan mulia, mempunyai ketahanan terhadap penyakit, mengamalkan gelagat yang positif, cerdas minda (bijak berfikir) dan memiliki fikiran, kesihatan dan rohani yang baik.
Read More / Baca Lagi >>

Noh Omar ramal berlaku krisis dengan kuasa istana, sepatutnya PAS jadi MB....Umno Selangor dah pecah lubang..!!

Posted: 18 Feb 2014 08:54 PM PST

Akan berlaku pertembungan krisis perlembagaan antara kuasa Istana dan 'kuasa rakyat' kalau Anwar dicalonkan MB.

PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar meramalkan Istana akan menolak nama bakal ADUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Katanya, Anwar ada agenda besar dengan kelak akan ada yang melihat seolah-olah Istana campur tangan beri pandangan berbeza.
"Di sini kemungkinan akan berlaku pertembungan krisis perlembagaan antara kuasa Istana dan 'kuasa rakyat' kalau Anwar dicalonkan MB (Menteri Besar) oleh DUN Selangor," katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia hari ini.
Katanya lagi, adalah pada masa itu nanti Sultan yang mempunyai kuasa melantik MB, akan dilihat yang mana satu 'aspek' lebih berkuasa.
"Adakah Sultan ada kuasa pilih MB atau Sultan pula nak kena akur daripada apa yang diputuskan oleh DUN," katanya lagi.
Noh yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberi contoh, dalam sesi lepas (2008) apabila berlaku krisis untuk pilih Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), akhirnya kerajaan negeri Selangor terpaksa menerima Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai SUK yang baharu walaupun pada mulanya dilihat ditolak.
Read More / Baca Lagi >>

Last of the rajahs - The Economist

Posted: 18 Feb 2014 08:28 PM PST

A powerful chief minister bows out—or does he?

 The Economist 

FEW of Asia's elected leaders have enjoyed the power of Abdul Taib Mahmud, the chief minister of Sarawak. For 33 years he lorded it over this Malaysian state on the island of Borneo, once densely forested and still rich in oil. Mr Taib was an appropriate successor to generations of the British Brooke family, who ran the territory as their own monarchy for a century from 1841. They were known as the White Rajahs. Their 77-year-old, white-haired modern equivalent, Mr Taib, will officially retire on February 28th, passing the job to a hand-picked successor, Adenan Saten. Mr Taib, though, will probably get another comfortable job himself, retaining much influence.
Few have contributed more, for better and for worse, to the course of modern Malaysian history. Mr Taib has played a crucial role in keeping the Barisan Nasional (BN) coalition in power—it has ruled ever since Malaysia won independence from Britain in 1957. The two former British possessions on Borneo, Sabah and Sarawak, joined the new federation of Malaysia in 1963 (together with Singapore, which dropped out two years later). Ever since, east Malaysia has supplied the oil and votes that the BN needs.
Oil revenues have fuelled the country's breakneck development, while the votes have kept the coalition's stranglehold on federal power even as its share of the vote has dropped steeply over time in peninsular Malaysia. Gerrymandering by the BN means that Sabah and Sarawak, largely rural and sparsely inhabited, fill almost a quarter of the federal parliament's seats, out of all proportion to their populations. Mr Taib has secured the vote every time. The 25 seats out of a possible 31 that his own political machine, allied to the BN, won in the general election last year was, with the seats that the BN's allies won in Sabah, the difference between the coalition holding on to power and electoral humiliation.
His electoral muscle has given Mr Taib disproportionate political clout. He has run Sarawak single-handedly, with little accounting to anyone. His supporters credit him with presiding over an era of unparalleled development, transforming a disease-ridden backwater into a relatively modern state and well-known tourist destination. He has also used his clout with the central government to insist upon an impressive degree of local autonomy for Sarawak, thus preserving its special ethnic and religious make-up in the federation.
Read More / Baca Lagi >>

Mei Fun calon terbaik BN di Kajang kata Ibrahim Ali

Posted: 18 Feb 2014 08:21 PM PST


Ahli politik veteran Datuk Ibrahim Ali berpendapat, pemimpin kanan MCA Chew Mei Fun calon terbaik BN bagi menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya keci; Kajang.

"Calon BN siapa pula? Kalau tanya saya, Chew Mei Fun, naib presiden MCA. Dulu (beliau) letak jawatan timbalan menteri kewangan atas isu malu video seks presiden MCA ketika itu.

"Hebat moralnya kalau nak dibanding dengan Anwar," kata Ibrahim .

Chew pada 2010 meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan ketua wanita MCA selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden parti.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim melihat kelebihan Chew itu dapat digunakan bagi menarik sokongan terhadap BN berbanding Anwar yang berdepan rayuan terhadap pembebasannya dalam kes Liwat II.

"Jika ini calon (BN untuk) pilihan raya kecil DUN Kajang, sama-sama kita lihat apakah sikap majoriti rakyat pengundi Kajang?" kata bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu.

"Moga-moga Tuhan menunjukkan kebenaran dalam pilihan raya kecil Kajang."

Mahkamah Pilihanraya tolak petisyen dengan kos RM25,000, Zahid kekal MP di Bagan Datoh

Posted: 18 Feb 2014 08:19 PM PST


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai anggota Parlimen Bagan Datoh apabila Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal oleh peguamnya terhadap dua petisyen yang difailkan terhadapnya.

Hakim Datuk Hasnah Mohamed Hashim mendapati kedua-dua petisyen, difailkan calon PKR Madhi Hassan dan seorang pengundi lagi, sebagai tidak sah dan cacat.

Beliau turut memerintahkan Madhi untuk membayar kos sebanyak RM25,000.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini memerintahkan kes ini dibicarakan selepas membenarkan rayuan Mahdi sebelum ini.

Bagaimanapun, bantahan awal dikemukakan peguam Ahmad Zahid, sewaktu pendengaran bulan lalu.

Dua nama sesuai debat dengan Kassim Ahmad

Posted: 18 Feb 2014 08:15 PM PST

USTAZ EMRAN AHMAD  
Pendapat saya tentang debat dengan Kassim Ahmad

1. Ramai benar yang hendak berdebat dengan Kassim Ahmad, namun yang lebih afdhal bagi para agamawan saat ini ialah untuk menghampirinya lalu menasihatinya secara sulit, jauh dari kamera, jauh dari popular dan jauh dari kaca mata manusia. Moga-moga dalam usia yang sudah tua ini, dia mahu bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH di bawah petunjuk al-Quran dan al-sunnah serta menyedari kesilapannya.

Kassim Ahmad bukan orang sembarangan, dia orang yang pernah masuk ISA dan penjara kerana mempertahankan pegangannya. Sedang pak Ustaz, dan sang pendakwah ahli sunnah pun belum tentu mampu bertahan dengan penjara.

2. Kalau mahu berdebat dengan alasan penting untuk mendedahkan kepada umum tentang kesesatan fahaman anti-hadith ini maka lebih baik dibuat dialog dan forum atau diskusi soal-jawab terbuka yang dikendalikan oleh agamawan yang mahir. Mungkin Datuk Dr Asri adalah orang yang sesuai dan lain-lain tokoh.

Kalau mahu berdebat juga dengan Kassim Ahmad, maka saya rayu dan mencadangkan agar orang yang berdebat dengannya itu ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ini kerana beliau berupaya menangkis hujah Kassim Ahmad dari sudut sejarah, psikologi dan pemikiran di samping mengetengahkan jalan damai yang mampu memujuk Kassim Ahmad beralah secara sukarela dan memujuk hadirin yang menyebelahinya memahami hujah-hujah agama. Insya-ALLAH.

Read More / Baca Lagi >>

Press freedom is going down…

Posted: 18 Feb 2014 07:50 PM PST

In the latest ranking, Burundi (142), Ethiopia (143), Cambodia (144), Myanmar (145) and Bangladesh (146) have all topped us.

For all the talk about Malaysia becoming a First World democracy, press freedom in Malaysia is still being tightly-controlled.
Therefore it was unsurprising that our Press Freedom Index (PFI) rating has dropped two rungs from 145 previously to 147 currently out of 180 countries as shown from the information released by Reporters Without Borders for this year.
This is certainly deplorable for a country that aspires to be a First World nation, especially when we have been touted as a 'model democracy' by Prime Minister Najib Tun Razak.
The placing of 147 out of 180 countries is more than three quarters down the list as 135 is the three quarter mark.
What is worse is that our ranking is even below that of Burundi (142), Ethiopia (143), Cambodia (144), Myanmar (145) and Bangladesh (146).
Certainly with this type of ranking, we cannot claim to be a 'model democracy' and to continue claiming so would be shameful and embarrassing.
However this drop in ranking is only to be expected due to the drama involving the weekly 'The Heat' last year.
It has to be noted that the best result was shown in the year 2006 with the ranking of 92 which was achieved under the premiership of Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Although we still have opposition newsletters in the form of Suara Keadilan, The Rocket and Harakah, these are strictly opposition party newsletters and the public know what to expect from their content which is always critical of the government.
But what is amazing is that some mainstream papers seem to act like party newsletters by bad-mouthing the opposition on a regular basis. This is definitely unethical, unprofessional and unacceptable as the duty of the mainstream papers is to always adopt a neutral stance when reporting the news to the public.
Moreover these mainstream papers are read as bona fide newspapers and there is no indication whatsoever anywhere on these papers that they are the organs of such and such a political party.
What transformation?
As for the opposition's newsletters, they have to put up with extremely too many conditions set by the Home Ministry despite the fact that they are clearly published by the opposition parties.
For Malaysia's ranking to fall below that of Myanmar and Bangladesh is horrendous indeed as we are now approaching our 57th year of Independence.
Therefore PM Najib must take responsibility for the fall in the PFI.
What has happened to all his talk about 'Transformation' in the Government Transformation Programme (GTP)? Has the government transformed into an exemplary democratic government?
"It is thus meaningless to proclaim that Malaysia is the world's best democracy if the citizens are prevented from obtaining news in a free and fair manner via the printed press," said PAS Central Committee member and former Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad.
Najib therefore has to show that Malaysia is the world's best democracy by giving the opposition fair access to the mainstream press thereby enabling the citizens to make an informed decision at the ballot box.
The fall in the Press Freedom Index does not show that the government is favourable to the issue of press freedom, remarked the PAS man.
Read More / Baca Lagi >>

NO WONDER TAIB NOT AFRAID! Forestry staff write ‘ground reports’ from SEASIDE HOTELS in KK

Posted: 18 Feb 2014 07:48 PM PST

Forest Department staff, who are supposed to monitor the activities of timber companies, regularly concoct false reports from seaside hotels, instead of conducting genuine ground checks, Sarawak Report has learnt.
Insiders have confessed to the practice, which they say is orchestrated by the major timber companies, who spend thousands of ringgit a week entertaining the Forest Department officials and paying them 'pocket money' to keep them from doing their job of guarding against illegal logging.
One former worker at a major timber company operating in the Baram region told us that the vast majority of the company's logging in the area is unauthorised and that in order to keep Forest Department staff from viewing the extent of their illegal operations the company would go to extreme lengths to keep them out of the area.
Can you give us a lift?
A key weakness in Forest Department practice, which the company is happy to exploit, is the willingness to allow its officials to rely on company transport to get to the areas they are supposed to be checking.
Before every inspection trip the Forest Department official rings the company to notify they would like transport and then a discussion takes place.
"They would ring to say they want to check a coup, but all along the road to get to the area you can see the unauthorised activity.  So, we say we can take you to the area tomorrow, but bring your passports. Instead, we would take them to KK and go to one of the nice hotels, like the Casuarina in Tanjung Aru beach"
The group of officials from the Forestry's 'Preventative Department' would then spend the entire week enjoying casinos, drinking and other forms of entertainment at the resort, thanks to regular 'pocket money' supplied by the timber company.
A timber industry insider told us that the timber company's top managers were well aware of what was going on and that the petty cash department would allow them to take thousands of ringgit to cover each trip.  The Chief Executive of the company was well aware too:
"We had to avoid the Forest Department seeing the extent of the unauthorised activity, because they would exact such big penalties, so, it was better to do the negotiations away from the area", the company employee explained.
According our sources all the major timber companies in Sarawak employ similar tactics to subvert reports by Forest Department ground staff.  These have an official salary of RM3-4,000 a month, but can inflate their earnings  up to RM20,000 through cash bribes.
"They can't bank this money, which they get in cash. We call it money under the pillow"
On certain occasions one timber industry worker admitted, his company would even fly a group of forest guards to Manila to keep them away from their proper duties.  Asked if he felt guilty he responded "Yes, I didn't really enjoy taking them, some of the officials were single, but many had wives".
Log pond - no traceability to show whether the timber came from authorised or unauthorised areas.Log pond – no traceability to show whether the timber came from authorised or unauthorised areas.
On paper everything is proper, but 90% of it is lies
Ludicrously, our informant described how during the course of their week at the seaside the forest officials would retire to their rooms to do their "homework", in order to complete the paperwork required of their trip.
Read More / Baca Lagi >>

Kecam Najib: Waythamoorthy buatkan Pemuda Umno, MIC berang

Posted: 18 Feb 2014 07:45 PM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak adil bagi P. Waythamoorthy (gambar)  menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan.
  
Menteri Belia dan Sukan itu dalam tulisan di twitternya berkata Waythamoorthy tidak bertindak sebagai peserta pasukan dan tidak melaksanakan apa yang diperjuangkannya. 
  
Beliau berkata Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana beliau mahu mengawal wang, dengan mengetepikan agensi dan kementerian.
  
"Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," kata Khairy.
  
Beliau berkata bila Waythamoorthy membawa hal-hal tertentu ke perhatian Najib, segalanya diselesaikan.
  
Khairy berkata sekalipun ketiadaan Waythamoorthy, kerajaan tetap komited memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu seperti pendidikan dan kemiskinan. 
  
Minggu lepas, Waythamoorthy melepaskan semua jawatannya, dengan mendakwa kerajaan tidak melakukan perubahan sosio-ekonomi untuk membantu masyarakat miskin India.

Sementara itu, Presiden Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) Datuk M. Sambanthan meminta Waythamoorthy supaya tidak mengulangi kenyataan yang memburukkan kerajaan demi kepentingan sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama erat Pas & DAP bantu kempen PRK Dun Kajang – Anwar

Posted: 18 Feb 2014 07:43 PM PST

Pakatan_RakyatKUALA LUMPUR 19 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pas, DAP dan KEADILAN bekerjasama erat dalam menghadapi pilihan aya kecil N25 DUN Kajang, bermula dari pemilihan calon sehinggalah ke peringkat gerak kerja jentera pilihanraya.
Justeru, beliau menasihatkan rakyat Malaysia secara umum dan pengundi DUN Kajang.secara khusus supaya berhati-hari dengan permainan media arus perdana yang ditunggangi Umno-yang memanipulasi pelbagai isu.
Rakyat"Sebab Umno memanglah kamu tengok macam histeria sekarang ini. Saya juga dapat maklumat tentang kemungkinan Umno-BN masuk (berkempen) dengan strategi yang mengejutkan dan sebagainya
"Oleh itu ada percubaan dalam media untuk melaga-lagakan. Saya tidak fikir ia menjejaskan kerana hubungan kerja kita (Pakatan) seperti biasa.
"Selang sehari sekurangnya saya ke sana (Kajang). Saya tengok, semalam (18 Februari) jentera DAP, Pas dan KEADILAN, penuh," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.
Beliau berkata demikian ketiika ditanya pemberita mengenai tindakan media pro kerajaan Umno-BN sekarang ini yang giat berkempen untuk memfitnah dan memburukkan Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Air percuma KL, Putrajaya bukti PR perjuang hak rakyat

Posted: 18 Feb 2014 07:42 PM PST

rodziahSHAH ALAM 19 FEB : Kesediaan Kerajaan Selangor menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa konsisten memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira sempadan politik.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata perkara itu juga sudah lama dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri dengan mengambil kira penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya juga merupakan pelanggan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Katanya, perancangan itu bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan sekiranya Syabas masih dikawal sepenuhnya oleh pihak swasta yang bermotifkan keuntungan semata-mata.
"Tetapi seandainya penstrukturan semula berjaya dan kerajaan negeri dapat menguruskan pembekalan air, maka mereka (penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya) berhak untuk mendapat inisiatif sama seperti rakyat Selangor dapat.
"Inilah yang Pakatan Rakyat perjuangkan, iaitu manfaat kepada setiap rakyat tidak kira kamu itu siapa, asalkan hak kamu, kamu seharusnya dapat," katanya kepada Selangor Kini.
Read More / Baca Lagi >>

Taktik judi zaman siber

Posted: 18 Feb 2014 07:42 PM PST


judi siber 
 Mereka yang terlibat dengan judi sanggup menghabiskan masa 24 jam di hadapan komputer. - Gambar hiasan
KEGIATAN perjudian begitu popular sejak dahulu lagi, cuma trendnya kini diubah suai mengikut trend semasa bagi memancing minat orang ramai khususnya yang gila berjudi.

Rata-rata menyedari impak kegiatan judi tetapi sikap tamak mengatasi segala-galanya sehingga sanggup menghabiskan masa untuk berjudi dan menjejaskan kerja serta tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri.

Pelbagai tindakan dilakukan agensi penguat kuasa termasuk polis dan pihak berkuasa tempatan, namun penganjur judi sangat licik,  mencari port baru supaya kegiatan mereka dapat diteruskan.

Segelintir daripadanya seolah-olah tidak takut dan berulang kali melakukan perbuatan sama walaupun pernah ditangkap atau premis judi mereka disita. Namun, sikap tidak serik penganjur atau pemilik premis judi ini dipercayai didorong permintaan tinggi daripada individu yang ketagih berjudi.

Individu di sebalik kegiatan judi:
1. Penganjur
Menyediakan tempat/kawasan untuk berjudi.

Mengurus hadiah/wang ganjaran.

2. Penjaga premis

Menguruskan premis judi

3. Pemain/penjudi
Individu bermain/membuat taruhan.

Biasanya penagih dadah, penganggur, kakitangan awam.

Berusia 20 tahun ke atas.

4. Penonton

Individu memberi sokongan/hadir  menghilangkan ketagihan berjudi.

Jenis Judi
1. Judi dalam bangunan

2. Judi tempat bebas - Judi bola golek, sabung ayam

3. Judi dalam talian - Judi bola
4. Judi komputer

5. Judi ekor haram

Modus Operandi

Read More / Baca Lagi >>

Dr M pertahan Kassim yang anti-hadis, beranikah Jakim bertindak?

Posted: 18 Feb 2014 07:38 PM PST

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahan pemikiran Kassim Ahmad tidak boleh dilihat sebagai halangan untuk mengambil tindakan terhadap tokoh pemikir aliran anti hadis itu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa agama sewajarnya perlu bertindak segera kerana umum mengetahui pemikiran Kassim itu telah dikategorikan sebagai sesat.

"Hanya kerana beliau mendapat ruang disokong oleh Tun Mahathir sebagai bekas PM tidak bermakna pihak berkuasa agama tidak boleh menyanggah Kassim dan Mahathir dan mengambil tindakan jika mereka terus berdegil .

"Mereka berdua yang sudah lanjut usia serta golongan yang berpemikiran yang sama mungkin tidak mahu bertaubat dari pegangan yang sesat ini , tetapi untuk membiarkan pemikiran ini menyebar dalam bentuk penerbitan dan wacana terbuka akan menimbulkan kekeliruan yang lebih parah dikalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.


Kenyataan Dr. Mahathir  mempertahankan Kassim Ahmad sebagai bukan berpemikiran anti hadith adalah berkonotasi bahawa tidak mengapa berpegang kepada pendapat yang salah mengenai kedudukan Rasulullah s.a.w. selagi tidak ada pihak yang boleh menjawab balas hujah Kassim.

Pemikiran yang cuba dibawa oleh Kassim itu telah dikategori sebagai sesat oleh ulama dan pemikir Islam.Namun Mahathir pula berpendapat Kassim yang mempersoalkan perkara pokok dalam Islam  iaitu syahadah terhadap Rasulullah s.a.w sebagai tidak termasuk dalam syahadah terhadap Allah SWT itu tidak salah . Pegangan ini bagi beliau adalah pendapat Kassim yang seharusnya diterima selagi tidak dihujah sebaliknya.

Kami merumuskan Mahathir berpendirian  selagi tidak ada hujah yang boleh menjawab pegangan Kassim , maka beliau menganggap Kassim benar dan tidak mengapa jika pemikirannya itu disebar luas.
Read More / Baca Lagi >>

Bangkai ayam, cat merah disimbah di pejabat Teresa Kok

Posted: 18 Feb 2014 06:32 PM PST

Cat merah telah disimbah di tangga kepada pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Seekor bangkai ayam dan gambar Teresa juga ditemui seorang kakitangannya yang tiba di pejabat kira-kira jam 9 pagi ini.

Ketika dihubungi, Teresa merujuk kepada gambar tersebut dan berkata: "Ini pasti disasarkan kepada saya"

Beliau akan mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada jam 10.30 pagi ini.

SINGAPORE: At least 70 witnesses to be called up for COI hearing on Little India riot

Posted: 18 Feb 2014 06:21 PM PST

Riot Police Move in Against Kiev Protest Camp

Posted: 18 Feb 2014 06:20 PM PST

Boy in desert photo: Propaganda or true?

Posted: 18 Feb 2014 06:18 PM PST

Ukraine crisis: "Apocalyptic" night-time clashes in Kiev

Posted: 18 Feb 2014 06:17 PM PST

WAYTHAMOORTHY HILANG SABAR DENGAN PENGKHIANATAN NAJIB..!!!

Posted: 18 Feb 2014 06:10 PM PST

"Saya meletak jawatan selepas berbulan bersabar selain sentiasa cuba untuk bekerja menerusi perjanjian MOU yang telah ditandatangani antara BN dengan Hindraf...Dalam tempoh lapan bulan lepas saya telah mengadakan pertemuan dengan PM sebanyak 16 kali. Dalam setiap pertemuan itu saya mengusulkan penamaan unit baru dan bajet seperti yang dijanjikan kepada saya sebelum ini."
 - Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy

Putrajaya hanyut dan gagal, dorong lebih ramai menteri cari jalan keluar

Posted: 18 Feb 2014 05:15 PM PST

Dua menteri Umno sudah menunjukkan mereka mahu keluar daripada Kabinet menjelang rombakan pada Jun, membayangkan peningkatan kejengkelan terhadap tanggapan tiada arah tuju dalam kerajaan, kata sumber dalaman parti.
Ia sekurang-kurangnya membabitkan seorang menteri dalam pasukan ekonomi Putrajaya, yang berdepan dengan isu potongan subsidi, konsesi kenderaan import dan rundingan pakatan perdagangan Pacific Rim.
"Mood di Putrajaya muram. Sekurang-kurangnya dua menteri mahu cepat keluar daripada kerajaan Najib," kata seorang ahli politik Umno kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada presiden parti dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Pencarian untuk menggantikan tempat itu kini bermula tetapi kekurangan bakat. Kita mempunyai sedikit sangat menteri atau ahli politik yang berkelayakan," katanya.
Pasukan ekonomi Najib merangkumi dirinya sendiri sebagai menteri kewangan 1; Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai menteri kewangan II; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad; penasihat ekonomi, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad Husni dan Abdul Wahid mendiamkan diri sejak kebelakangan ini selepas Putrajaya membuat keputusan menarik balik kenaikan kadar tol yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau berkata kerajaan akan membayar RM400 juta kepada pemegang konsesi tol sebagai ganti rugi.
Read More / Baca Lagi >>

Taib Undur, Umno Masuk Sarawak?

Posted: 18 Feb 2014 05:12 PM PST


Oleh: Mat Zahari Ali
Selepas menempa sejarah menjadi ketua menteri paling lama berkuasa, akhirnya Tan Sri Taib Mahmud meletak jawatan akhir bulan ini selepas 33 tahun menguasai bumi kenyalang.
Pun begitu, usaha parti beliau, Parti Pusaka Bumiputra Bersatu (PBB) mengusulkan agar Taib dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) atau Gabenor Sarawak juga berkuatkuasa pada hari dan tarikh yang sama.
Persoalannya, mengapa Taib masih diperlukan sumbangannya walaupun sudah meletak jawatan sebagai ketua menteri?
Sekiranya Taib ditabal menjadi gabenor Sarawak, maka Taib sekali lagi mencipta sejarah negara di mana beliau merupakan tokoh pertama ketua menteri menjadi gabenor di negeri yang sama.
Persoalannya juga, apakah tuntutan ini datang daripada PBB atau Taib sendiri? Namun, sebagai presiden dan kuasa yang dimiliki setelah lebih 33 tahun, serta kestabilan politik yang dicapai maka Taib disuluh sebagai pemimpin yang berjaya.
Maka legasi kejayaan tersebut perlu kesinambungannya. Taib dan PBB menyedari peluang dan keperluan itu.
Di atas kertas, Taib selayaknya diletakkan di mana saja oleh PBB. Parti itu menang besar dengan memenangi 35 kerusi berbanding komponen BN lain seperti PRS (9),SPDP (6) dan SUPP (6) ketika Pilihanraya Negeri pada 2011 lalu.
Apa pun perbahasan dan usul di DUN Sarawak, PBB tetap akan peroleh majoriti. Hatta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun tidak layak mengubah kehendak Taib dan tuntutan parti beliau.
Malah tuntutan Taib untuk menjawat jawatan TYT juga tidak memerlukan restu Najib.
Walaupun ada pihak menyatakan permintaan Taib untuk menjadi TYT bagi memeteri sedikit kekebalan beliau berhubung isu kekayaan beliau serta keluarganya.
Mungkin ada kebenarannya. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Melaka, Tun Khalil Yaakob juga dulunya didakwa dengan salah guna kuasa berhubung kawasan pembalakan di Pahang. Setelah dilantik menjadi gabenor Melaka, isu dan kes tersebut hilang daripada media dan siasatan pihak berkuasa.
Justeru mungkin Taib cuba mengguna pakai formula yang sama.
Taib undur, Umno masuk
Read More / Baca Lagi >>

PERKASA: Front Perpaduan Nasional ganti MPPN..!!

Posted: 18 Feb 2014 05:10 PM PST

PERKASA hari ini menolak kenyataan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (MPPN) yang dianggapnya tidak layak menegur Putrajaya dalam isu berkaitan keharmonian kaum.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali (bawah) berkata, ini kerana majlis itu bersifat partisan daripada awal dan malah tidak membantu ke arah meredakan ketegangan puak dan agama.

"Jika MPPN berminat untuk bercakap mengenai perpaduan, komposisi ahli-ahli MPPN kena berubah dan ditukar dahulu," kata Ibrahim.

Menurutnya lagi, anggota sedia ada MPPN tidak mewakili pelbagai lapisan masyarakat dan melibatkan individu yang antinasional dan terlibat dengan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango), justeru menjadikan MPPN tidak berkecuali.

MPPN semalam menggesa kerajaan bertindak segera terhadap pihak yang mengancam keharmonian negara dan mempromosikan perpaduan nasional secara aktif.

Badan itu akan memulakan jelajah "Dialog Perpaduan" ke seluruh negara antara 22 Februari-30 Mac bagi menggubal pelan tindakan perpaduan negara untuk melengkapkan rancangan rekonsilasi kerajaan.

Dalam kenyataan hari ini, PERKASA turut membidas sikap prejudus majlis itu kepada kumpulan tertentu yang menurutnya "mempertahan asas perlembagaan negara dan kedaulatan institusi raja".

"Agenda pertamanya sepatutnya program promosi sekolah satu aliran. Jika MPPN tidak mahu bercakap mengenainya, eloklah tak payah bercakap langsung hal perpaduan," kata Ibrahim.

Ibrahim juga mencadangkan NGO Melayu turut bergabung bagi mewujudkan "perpaduan yang sebenar" secara agresif, dengan nama Front Perpaduan Nasional.

"Mana-mana NGO yang mahu terlibat mesti tanda tangan deklarasi mempertahan perlembagaan negara dan Rukun Negara," katanya lagi.

Penghinaan kepada negara jika Taib Mahmud dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak

Posted: 18 Feb 2014 05:07 PM PST

Bantah_Taib_Mahmud_TYTKami, yang menandatangani di bawah, menyatakan bantahan kuat kami kepada spekulasi pelantikan Taib Mahmud sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun. Memandangkan andaian jawatan yang mulia itu akan menjadi penghinaan kepada negara, kami dengan ini menyenaraikan sebab-sebab mengapa beliau mesti dihentikan daripada berbuat demikian:

1. Rasuah dan Eksploitasi yang keterlaluan
Taib Mahmud telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri dalam 33 tahun yang lalu dengan secara keterlaluan mengeksploitasi sumber asli Sarawak untuk keuntungan peribadi. Sarawak dikatakan mempunyai kadar penebangan hutan tertinggi di Asia, dilaporkan telah kehilangan lebih daripada 90 % daripada hutan semulajadi untuk pembalakan. Pentadbiran Taib juga telah membina empangan mega yang tidak wajar dari segi ekonomi dan memudaratkan alam semulajadi di seluruh negeri.
Ironinya, Sarawak tetap menjadi salah satu negeri-negeri yang paling miskin di Malaysia walaupun mengandungi pelbagai sumber semula jadi, manakala Taib telah menjadi manusia terkaya di negara ini. Satu kajian terperinci oleh NGO Bruno Manser Fund berpangkalan di Switzerland menganggarkan kekayaan Taib berjumlah AS$1 5 bilion ( RM46 bilion) dan nilai himpunan bersih oleh 20 keluarga Taib adalah hampir AS$ 21 bilion (RM64 bilion). Siasatan sulit yang dilakukan oleh International NGO Global Witness mengimplikasikan penglibatan Taib dalam rasuah, merampas tanah dan pengelakan cukai melalui kawalannya ke atas lesen pembalakan dan perladangan kelapa sawit di Sarawak.

2 Pelanggaran Hak Asasi Manusia yang nyata
Pemerintahan autoritarian Taib di Sarawak telah melihat demokrasi dan hak asasi manusia yang terjejas setiap hari, hak-hak sivil dan politik ditindas dengan teruk , kebebasan media sangat terhad dan penipuan pilihan raya secara terang-terangan.
Bantah_Taib_Mahmud_TYT2Khususnya, Taib telah melakukan pelanggaran hak asasi manusia secara besar-besaran terhadap orang asli terutamanya kepada komuniti pedalaman, walaupun dirinya menjadi anak negeri dari puak Melanau. Majoriti daripada mereka telah dinafikan pembangunan dan hidup dalam kemiskinan. Ramai yang telah dicabut Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka dan mengalami pembunuhan budaya, dimana Taib, keluarga dan kroninya tanpa segan silu dan melampaui batas merebut tanah untuk projek mega empangan, pembalakan dan perladangan.
Di kawasan beliau sendiri di Balingian, penduduk tempatan mengalami pencemaran yang serius disebabkan oleh kilang Aluminium, yang operasinya diluluskan oleh Taib.
Ketua Negeri harus menjadi simbol perpaduan untuk rakyat Sarawak dari semua lapisan masyarakat dan daripada pelbagai kepercayaan politik. Jelas sekali, Taib – melambangkan jurang etnik dan politik sementara itu membawa sebegitu banyak penderitaan kepada begitu ramai rakyat Sarawak – adalah benar-benar tidak layak untuk jawatan Yang Dipertua Negeri .
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor: Air percuma kepada KL, Putrajaya jika penstrukturan berjaya

Posted: 18 Feb 2014 05:04 PM PST

air-syabas_MB1Kerajaan Selangor bersedia menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya, seperti yang dinikmati rakyat Selangor kini sekiranya penstrukturan air berjaya diselesaikan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perkara itu merupakan sebahagian daripada perancangan manfaat daripada penstrukturan air Selangor.
"Perbelanjaan kos melaksanakan pemberian air percuma di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dianggarkan RM2 bilion setahun," katanya ketika berucap dalam Malaysian Power and Water Summit 2014.
Jelas Abdul Khalid, rundingan penstrukturan ini sudah berada di peringkat akhir dan berharap akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu.
Tambahnya, pelan penstrukturan air ini bukan menjurus kepada unjuran untuk tahun 2020 malah boleh diteruskan sehingga tahun 2035.
Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri kekal dengan tawaran sebanyak RM9.65 juta kepada syarikat konsesi air dan tidak akan membayar dengan harga lebih rendah daripada itu.
Sekiranya harga berkenaan tidak dipersetujui, syarikat konsesi boleh membawa perkara ini ke peringkat Timbang Tara untuk diputuskan dan Kerajaan Negeri bersedia untuk membayar harga yang bakal diputuskan.