Isnin, 17 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Blog salah guna gambar sebagai tertuduh yang dirogol - Sharifah Zarina

Posted: 17 Feb 2014 08:28 PM PST


SHARIFAH ZARINA berharap agar pengendali blog lebih beretika dalam setiap laporan yang disiarkan.


LAMA sudah tidak bersua, namun khabar terkini mengenai penyanyi Sharifah Zarina di sebuah blog hiburan cukup mengejutkan peminat-peminatnya.
Pelantun lagu popular Langit Ketujuh itu dikatakan dipenjara atas kesalahan membunuh lelaki yang cuba merogolnya.
Bagaimanapun, setelah dihubungi Kosmo!, dia menjelaskan blog berkenaan telah menyalahgunakan gambarnya ke atas artikel yang tiada kaitan langsung dengan dirinya.
Artikel tersebut telah disiarkan sekitar bulan Januari lalu, namun Zarina hanya mula mengambil tindakan pada minggu lalu.
Penyanyi berusia 32 tahun itu terpaksa mengambil tindakan ke atas blog hiburan berkenaan kerana perkara itu telah memalukan dirinya.
Apakah tindakan yang dikenakan Zarina ke atas penulis blog berkenaan? Penyanyi itu turut bercerita mengenai perkembangan terbaharunya yang kini sudah berhijab.
Kosmo!: Bagaimanakah Zarina mengetahui artikel yang menyalahgunakan gambar anda itu?
SHARIFAH ZARINA: Saya diberitahu oleh anak saudara dan kemudiannya ada beberapa rakan juga memaklumkan perkara itu. Kata mereka, cerita berkenaan sudah meluas di dalam laman Facebook.
Apakah perasaan anda apabila mengetahui perkara itu?
Sudah tentu saya berasa sakit hati dan malu. Saya paling risaukan anak saya, Athilia Deena yang kini berusia 11 tahun. Apakah perasaannya apabila dia melihat gambar ibunya dan membaca artikel tersebut. Bagaimana juga kalau rakan-rakannya pula membacanya? Saya juga risau kalau keluarga membacanya. Dia tidak beretika kerana menggunakan gambar untuk cerita yang tiada kena mengena langsung, malah cerita tersebut tentang mangsa rogol.
Jadi apakah tindakan anda mengenai perkara itu?
Saya berbincang dengan peguam. Dia menasihatkan saya membuat laporan polis terlebih dahulu. Saya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Subang. Selepas itu, saya berjumpa pula dengan pakar IT untuk mengenalpasti penulis blog berkenaan. Saya tahu menyeluruh mengenai blog berkenaan. Tetapi, saya terpaksa menggunakan medium media untuk memberi pengajaran kepada blog berkenaan supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut. Saya beri tempoh selama 14 hari kepada blog berkenaan untuk menarik keluar gambar saya dan tampil membuat permohonan maaf.
Bilakah tempoh 14 hari itu berkuat kuasa?
Ia telah berkuat kuasa sejak semalam.
Apakah tindakan lanjut anda jika blog berkenaan tidak melakukan apa yang diminta oleh anda?
Saya akan bawa kes ini ke mahkamah dan segala kos akan ditanggung oleh blog berkenaan.
Terkini anda tampil cantik bertudung. Bilakah terbuka hati untuk mengenakan tudung?
Sekitar bulan Disember pada cuti sekolah, saya berjalan-jalan dengan keluarga. Saya ada beli beberapa helai tudung. Selepas cuba memakai tudung, saya tidak berasa untuk membukanya. Alhamdulillah, sejak tiga bulan lepas saya mula memakai tudung sepenuhnya.
Apakah perasaan anda selepas memakai tudung?
Saya rasa lebih tenang. Sebelum ini, saya mengerjakan solat dan juga puasa, tetapi selepas memakai tudung, saya rasa lebih sempurna ibadah saya. Tetapi, saya masih belajar secara perlahan untuk memperbetulkan pemakaian baju saya. Saya kini mula membeli dan mengumpul baju-baju yang lebih menutup aurat.
Setelah bertudung, bagaimana pula dengan kerjaya nyanyian anda?
Saya masih meneruskan nyanyian kerana ia adalah minat saya. Malah, saya juga sedang sibuk dengan single terbaharu iaitu Mengharap Cinta. Saya juga merancang untuk menghasilkan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu lama dan juga lagu terbaharu saya.
Selain itu, apakah perkembangan terbaharu yang ingin dikongsikan kepada peminat?
Saya sekarang sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Saya tertarik dengan jurusan itu kerana ia berkaitan kanak-kanak dan saya juga mempunyai anak. Idea sentiasa mencurah-curah setiap kali saya melakukan tugasan untuk jurusan tersebut. Bagaimanapun, saya hanya mengikuti kelas pengajian pada hari Sabtu sahaja.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2tdEb5cN4 
Hakcipta terpelihara 

PRK Kajang : Herman Tino berhasrat bertanding di Kajang

Posted: 17 Feb 2014 06:18 PM PST

Herman Tino
PETALING JAYA: Penyanyi dangdut, Herman Tino telah menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang, memulakannya dengan hashtag #Herman4Kajang di Twitter.
Beliau yang mengungguli carta pada era 1980-an dengan rentak dangdut telah mencipta #Herman4Kajang bagi mengukur reaksi orang ramai mengenai hasratnya untuk bertanding kerusi itu.
Herman berkata, beliau hanya akan bertanding jika rakyat di Kajang memberikan lampu hijau kepadanya.
"Saya akan menunggu isyarat dalam talian daripada pengundi di Kajang dalam masa 10 hari akan datang sebelum membuat keputusan muktamad. Saya mestilah mendapatkan kebenaran pengundi di sana kerana saya tinggal di tempat lain iaitu di Tanjung Karang," kata Herman.
Beliau adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN Kajang yang mana PKR telah mencalonkan ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka yang lain adalah bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim, bekas sekutu Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dan peguam Yuktes Vijay.
Barisan Nasional masih belum secara rasmi menamakan calonnya.
"Saya mahu bertanding di Kajang sebagai tanda protes terhadap percubaan Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar," kata Herman, atau nama sebenarnya Masrum Tamsi.
Herman berkata, sebagai anak Selangor, beliau tidak mahu melihat negeri itu menjadi mangsa permainan politik.
"Sudah tiba masanya kita mengatakan tidak kepada pembulian politik. Kita perlukan pemimpin yang berpandangan jauh yang membuat perancangan bagi kepentingan orang ramai, bukannya seseorang yang melakukannya untuk kepentingan politik peribadi," katanya.
Herman berkata beliau menentang sebarang percubaan untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Saya pasti ramai di Selangor berkongsi sentimen yang sama untuk menghalang Anwar, yang merupakan orang luar yang berhasrat mendapatkan jawatan menteri besar," katanya.
Herman telah bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Tanjung Karang dalam pilihan raya umum dan disingkirkan dari Umno tahun lepas. - mStar

PRK Kajang : PKR Pelik Khairy Sokong Zaid ... Cabar Umno Hantar Calon

Posted: 17 Feb 2014 05:27 PM PST

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang akan bertanding di atas tiket bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menimbulkan persoalan dan dilihat aneh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Khairy telah memberikan sokongan secara segera kepada Zaid tanpa memikirkan bahawa beliau pernah bersama Pakatan Rakyat dan pernah menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Hanya kerana Zaid buat pengumuman bertanding sebagai calon bebas, mahu menang di Kajang dengan 'tema' untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar...kan aneh tu?


"Ketua Pemuda Umno kemudian sokong bekas pemimpin Umno yang menyertai PKR, ternyata Khairy lupa terus sikap anti-Umno yang diambil oleh Zaid hanya kerana kempennya untuk menyerang Anwar," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, Isnin.


Saifuddin berkata persoalan juga timbul apakah Umno berada di belakang, di sebalik kesediaan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk turun bertanding di Kajang.

Menurut beliau, adalah lebih baik jika Umno sendiri yang menghantar calonnya di Kajang daripada menyatakan sokongan kepada calon lain atau kepada Zaid yang jelas bertanding dengan misi bukan untuk kepentingan rakyat.

"Saya suka mencabar Ketua Pemuda Umno ini supaya Umno sendiri turun bertanding seperti mana Umno mengambil kerusi MCA di Kuantan dan Wangsa Maju pada pilihan raya lepas, jangan sokong, jangan hantar Zaid," katanya.

Dalam pada itu, beliau menganggap isu berkempen awal tidak lagi timbul apabila Khairy sendiri telah turun ke Kajang dan berkempen dari rumah ke rumah pada Ahad.

"Khairy juga sudah turun ke 25 buah rumah, PC (sidang media) di kedai mee bandung, saya tak fikir beliau makan angin di 25 buah rumah.

"Tak salah bila sesebuah parti politik itu memulakan gerak kerja sesuai dengan persiapan apabila sesebuah kerusi itu kosong," katanya sambil mengalu-alukan kunjungan Khairy ke Kajang.  - mStar

Mahathir, Daim paling takut Anwar masuk Selangor

Posted: 17 Feb 2014 04:24 PM PST

dsai_kajang_sg_kantanKAJANG 18 FEB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan sekutu rapatnya, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling takut dan bimbang sekiranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pentadbiran Selangor.
"Bila dengar sahaja Anwar nak masuk ke Selangor, (Tun) Daim tak senang duduk. Meroyan dia dengar Anwar nak tanding (PRK DUN) Kajang,
"(Tun) Dr Mahathir yang sedang tidur (berehat) pun bangun (berkempen) bila tahu Anwar nak masuk Selangor," kata Anwar dalam ceramah kelompok di Padang Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, malam tadi
Kata Anwar, sebagai anjakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, Selangor merupakan benteng penting dan negeri contoh dengan meletakkan DUN Kajang sebagai asas permulaan.
Anwar 'pekena' sate Kajang bersama penduduk kampung di Sg Kantan
Anwar 'pekena' sate Kajang bersama penduduk kampung di Sg Kantan
"Sebab itu dia (BN) cuba main isu kaum dan agama. Sedangkan yang kita sentuh soal dasar dan masalah rakyat. Tapi mereka (BN) mula sahaja kempen, terus berkasar.
"Tuduh saya ejen Amerika, dalang 'Ops Lalang'. Sampai MCA pun tumpang sekaki. Kononnya nak tunjuk hero," kata Anwar disambut tepukan hadirin.
Justeru, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu mengingatkan kepada pengundi DUN Kajang tidak terperangkap taktik jahat Umno-BN.yang menunggangi media arus perdana yang menyebar maklumat palsu.
"Lebih baik kita tumpu kepada isu sebenar. Kalau kita nak layan dan jawab (mereka), membazir waktu," ujar Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59391

Abdul Khalid nafi pengaruhi Zaid Ibrahim bertanding di Kajang

Posted: 17 Feb 2014 02:41 AM PST

LEH MOHD FARHAN DARWIS
FEBRUARY 17, 2014
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menafikan beliau mempengaruhi bekas menteri Kabinet Datuk Zaid Ibrahim supaya bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang untuk mengekalkan kuasanya sebagai menteri besar.
Spekulasi mengatakan Abdul Khalid mempengaruhi Zaid yang merupakan bekas anggota PKR bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.
"Tidak," katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu.
Zaid yang juga bekas ahli PKR semalam berkata, tujuan beliau bertanding sebagai calon bebas di DUN Kajang adalah untuk menyekat "Langkah Kajang" Ketua Pembangkang dan mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar negeri itu.
Abdul Khalid bagaimanapun berkata, kenyataan Zaid itu adalah kebebasan politik demokrasi yang mana memperuntukkan kebebasan dalam memberikan pandangan dan pendapat mana-mana individu.
"Inilah kita lihat bagaimana politik ini perkara yang memberi kebebasan kepada mereka untuk memberikan pandangan dan juga penglibatan mereka.
"Saya baru tahu bahawa politik ini, kita tidak dapat tentukan tindakan kumpulan atau seseorang dari segi untuk bersama dalam pergolakan demokrasi dan politik Malaysia," katanya.
Zaid ketika pengumuman berkenaan berkata, dengan menewaskan Anwar dalam PRK Kajang yang dijadualkan 23 Mac depan, masa depan Pakatan Rakyat (PR) Selangor akan dapat diselamatkan.
"Kalau saya menang, Anwar kalah. Maka amanlah PR di Selangor," katanya.
"Khalid akan terus jadi menteri besar," katanya lagi.
Beliau berkata, rancangan Anwar bertanding di kerusi DUN berkenaan adalah untuk menggantikan Abdul Khalid adalah tindakan politik liar dan tidak wajar direstui.
"Jika Abdul Khalid dan kepimpinan beliau perlu disingkir biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi yang sihat," kata Zaid kepada pemberita semalam.
Tindakan Anwar itu jelasnya akan membawa perpecahan besar kepada PR.
"Jika Anwar menang di Kajang dan Abdul Khalid enggan berhenti secara sukarela, maka akan timbul krisis politik dan pentadbiran yang buruk di Selangor.
"Malah, jika Anwar menang di Kajang, belum tentu beliau akan diterima menjadi menteri besar oleh Sultan Selangor," katanya, dan menambah rakan komponen PR dari PAS juga belum tentu akan menyokong rancangan Anwar menjadi menteri besar.
"Ia boleh selesai jika saya menang kerusi DUN Kajang," katanya. – 17 Februari, 2014. TMI

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kenapa Mahathir Takut Anwar Jadi MB Sedangkan Najib Relaks Saja?

Posted: 17 Feb 2014 09:10 PM PST

Beberapa kenyataan Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini mengenai Anwar Ibrahim dan pilihanraya kecil DUN Kajang, tidak lain menyerlahkan ketakutannya mengenai kebangkitan musuh poltitiknya itu. Bermula dengan jujur mengakui bahawa jawatan sebagai MB Selangor akan memberi kelebihan kepada Anwar untuk menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang, beliau kemudian mengatakan niat Anwar sejak awal menyertai UMNO adalah semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Mahathir seterusnya cuba menghasut Pas dengan mengatakan sepatutnya jawatan MB Selangor adalah kepunyaan parti itu memandangkan mereka mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih bahyak berbanding PKR.

Ketika Ops Lalang dibangkitkan semula oleh MCA, Mahathir sekali lagi menuding kepada Anwar sebagai turut bertanggungjawab dalam operasi yang menyaksikan ramai ditahan dibawah ISA itu, meskipun seluruh dunia tahu ketika itu beliau adalah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan dalam sebuah buku pula beliau pernah berkata penahanan itu adalah tindakan yang diambil oleh pihak polis sepenuhnya.

Menuding jari kepada Anwar semata-mata beliau anggota kabinet yang turut melibatkan Najib juga ketika itu, hanya menyerlahkan sikap Mahathir yang cuba melonggokkan semua kesalahan kepada bekas timbalannya yang dipecat pada 1998 itu sebagai sebahagian usaha untuk menghalangnya menjadi ADUN Kajang dan MB Selangor.

Semalam pula, Mahathir bersuara lagi dengan mengatakan mengundi Anwar salah seperti memberi undi kepada Amerika, walaupun seluruh dunia juga tahu bahawa Amerika adalah "tuhan politik" kepada Najib di mana sejak memimpin negara pada 2009, keinginannya untuk berbaik-baik dan dilihat akrab dengan Amerika cukup luar biasa.

Najib bukan saja paling kerap mengunjungi Amerika, bahkan sebaik menjadi Perdana Menteri telah melantik rakan baiknya, Jamaluddin Jarjis sebsgai duta ke negara itu dengan misi untuk menjalinkan hubungan lebih akrab dan mempromosi dirinya sebagai peneraju Malaysia yang pro Amerika kepada Barack Obama.

Jika dengan mengatakan Pas lebih berhak menduduki kerusi MB adalah bertujuan meracuni pemikiran pengundi Pas manakala menuduh Anwar terlibat dslam Ops Lalang pula dengan harapan pengundi Cina menolak Anwar, dakwaannya yang mengatakan mengundi Anwar sama seperti memberi undi kepada Amerika, nyata lebih disasarkan kepada keseluruhan pengundi Melayu di Kajang.

Sehingga ini hanya pengundi India yang berjumlah kira-kira 10 peratus saja lagi yang belum dihasut dan diracuni oleh Mahathir.

Read More / Baca Lagi >>

‘Anwar akan menang 80% undi Kajang’ - Datuk Ujang Bagong

Posted: 17 Feb 2014 09:04 PM PST

Datuk Ujang Bagong turut meramalkan calon lain akan kehilangan deposit dalam PRK bulan depan. 

KAJANG:  Tokoh dermawan Datuk Ujang Bagong meramalkan bahawa calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang 80% undi dalam pilihanraya kecil (PRK) Kajang bulan depan.
"Anwar akan menang 80% undi rakyat. Yang lain akan mendapat 20% dan hilang deposit," kata anak tempatan terkenal Kajang yang berumur 90 tahun.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah sebelum majlis hi-tea bersama Anwar di Sungai Kantan petang semalam.
Ujang seorang bekas anggota tentera dan banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan.  Beliau banyak menyumbangkan wang kepada masjid dan sekolah.
Selain itu beliau pernah memegang jawatan timbalan pengerusi Persatuan Mencegah Dah Malaysia (Pemadam) peringkat daerah Hulu Langat.
Dalam bidang politik pula beliau menyertai Umno "ketika zaman Datuk Harun Idris (bekas Menteri Besar Selangor dalam era 1970an)" dan meninggalkan Umno tiga tahun lalu.
"Saya hanya menyokong Anwar kerana politik Umno semakin kotor," kata beliau.
Selain Anwar, calon MCA, bekas naib presiden PKR Zaid Ibrahim, calon Parti Generasi Baru, dan bekas pembantu pasukan peguam bela Anwar, Yuktes Vijay  turut berminat untuk bertanding.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari pengundian pada 23 Mac dan hari penamaan calon pada 11 Mac.
Read More / Baca Lagi >>

Waytha wants Najib to quit as PM

Posted: 17 Feb 2014 09:02 PM PST

The Hindraf leader calls Najib a weakling who does not have the will to fulfill promises made in the MOU between Hindraf and BN.
KUALA LUMPUR: Hindraf chairman P Waythamoorthy today called on Prime Minister Najib Tun Razak to step down from office as he had betrayed the Indians by not fulfilling the promises made in the MOU signed prior to the 13th GE.
Making the call at a press conference here today, Waythamoorthy said Najib does not have the requisite will and courage to meet the demands made in the memorandum.
He further vented his disappointment with Najib, saying that over the eight months he had held 16 meetings with the premier to push the demands forward, as well as to obtain the necessary budget but Najib failed him.
Waythamoorthy, labelling Najib as a weak leader, said it was time he passed on the leadership to a more credible person.
In a bold move last week Waythamoorthy relinquished all his positions in the government and had apologised to the Indian community for failing them in getting their demands met by the Barisan Nasional government.
Hindraf's list of demands were contained in a MOU signed by Hindraf and the BN government prior to the 2013 General Election, in May last year.
Waythamoorthy was appointed senator and subsequently deputy minister to carry out initiatives for the Indian community as contained in the MOU.

PRK Dun Kajang: Kalau membazir, BN tak payah bertanding - Khalid Samad

Posted: 17 Feb 2014 08:59 PM PST

Dakwaan bahawa pilihan raya kecil DUN Kajang satu pembaziran menyebabkan Ahli Parlimen Shah Alam mencabar BN supaya tidak meletakkan calon dan memberikan laluan mudah PKR menang tanpa sebarang perebutan kerusi.

Khalid Samad berkata Pakatan Rakyat yakin calon mereka akan menang seperti dalam pilihan raya umum ke-13 lalu sekalipun meletakkan calon yang kurang dikenali sebelum ini iaitu Lee Chin Cheh.

"Ada orang kata PRK (ini) membazir, tapi apabila Lee Chin Cheh letak jawatan dia tak payah bayar apa-apa. Percuma.

"Belanja hanya perlu apabila ada pertandingan. BN akan letak calon bertanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru ada belanja dikeluarkan.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Macai: Dakwaan palsu PP pertimbang "haram khutbah"

Posted: 17 Feb 2014 08:55 PM PST

Laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna akaun Twitter yang menyebarkan maklumat palsu bahawa khutbah Jumaat mungkin akan diharamkan di masjid-masjid di Pulau Pinang.

Tweet tersebut dihubungkan dengan artikel di sebuah berjudul "Penang pertimbang haramkan Khutbah Jumaat" di blog yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera Mohd Haris Zuan Jaharuddin menafikan blog itu diuruskan Pakatan.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Timur Laut di Jalan Pattani hari ini.

Akaun Twitter itu dikatakan milik Abdul Aziz Johari, yang didakwa bergiat dalam Pemuda Umno Kuala Nerus, Terengganu.

Tweet yang dirujuk itu berbunyi: "Bukan kuasa Penang pun, kalu buat juga, 'kompem' (sah) perang."

Mungkir Janji: Najib harus letak jawatan, kata Waytha Moorthy

Posted: 17 Feb 2014 08:49 PM PST



Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Februari, 2014.  
Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Februari, 2014.

Datuk Seri Najib Razak harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India yang miskin, kata Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy hari ini.
"Beliau sudah hilang kuasa moral untuk memimpin negara," kata Waytha Moorthy yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri minggu lalu.
Beliau meninggalkan sidang media tanpa melayan sebarang soalan daripada pemberita dan bercakap berdasarkan kenyataan yang disediakan.

“Isunya bukan kerjasama dengan siapa, tapi kerjasama buat apa” - Khalid Samad

Posted: 17 Feb 2014 06:08 PM PST

khalid_samadKAJANG 18 FEB: Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Ir Khalid Samad mengingatkan perserikatan politik parti Islam itu di dalam Pakatan Rakyat adalah berdasarkan konsep kerjasama dalam melakukan perkara-perkara yang baik dan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Beliau menjawab tohmahan pihak tertentu kononnya parti itu lebih sanggup bekerjasama dengan DAP yang majoriti ahli dan pimpinannnya bukan Islam berbanding Umno.
"Orang bertanya, Kenapa Pas kerjasama dengan DAP?
"Isunya bukan kerjasama dengan siapa, tapi kerjasama buat apa? kata Khalid Samad.
"Kalau kerjasama dengan Ustaz pun, tapi merompak, buat apa? kata Khalid disambut ketawa hadirin pada ceramah kelompok di padang Pusat Komuniti Kg Sg Kantan, malam tadi.
Ahli parlimen Shah Alam itu merujuk kepada fatwa Mufti Perak, awal tahun ini yang menyatakan bahawa seseorang itu dianggap sebagai 'bughah' (memberontak) kerana terlibat dalam himpunan membantah kenaikan harga barang menjelang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka.
"Sedangkan yang datang ke perhimpunan malam itu secara aman. Mereka membantah kenaikan harga barang
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Khutbah Jumaat wajar berperanan reda ketegangan

Posted: 17 Feb 2014 04:55 PM PST

dsai_prk_kajangKAJANG 18 FEB: Khutbah Jumaat sewajarnya menjadi institusi penting rujukan, medium dakwah selain meredakan ketegangan dan mendidik umat Islam menghadapi pelbagai cabaran dewasa ini.
Dalam ceramah di Padang Pusat Komuniti Kg Sg Kantan malam tadi Anwar berkata, teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 14 Februari melegakan, selepas agak tegang dengan insiden provokasi agama yang cuba dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab.
"Khutbah JAIS baru-baru ini agak melegakan," kata Anwar mengulas bacaan khatib ketika beliau berjemaah di Masjid Jamek Sg Sekamat, minggu lalu.
"Setiap mimbar Jumaat mengingatkan kita umat Islam tentang keadilan…dan mesej keadilan itu bukan hanya perlu berlaku adil kepada orang Melayu, kerana keadilan dan rahmat itu untuk sekalian alam.
"Keadilan ini bukannya mengikut takrif Menteri Dalam Negeri yang bertentangan dengan amalan Islam," kata Anwar dihadapan kira-kira 300 hadirin.
AnwarIbrahim
"Dalam tradisi Islam tak boleh menghina warna kulit atau menggelar orang dengan pelbagai nama. Kita mesti tolak amalan yang merugikan umat.
"Pengucapan tidak ada makna sekiranya tidak ada penghayatan," kata Anwar.
Justeru Selangor sebagai pusat keilmuan Islam penting di negara ini berperanan mengangkat martabat melalui program-program pendidikan, sahsiah dan pengupayaan ummah.
Kanak-kanak turut mengambi peluang bersalaman dengan Anwar"Sebab itu perlu dilakukan sesuatu untuk menarik minat anak-anak muda. Penyebaran (ilmu), (progran (kesedaran.
"Orang bukan Islam juga kena faham. Apa yang dilakukan oleh sesetengah orang Islam (provokasi) itu tidak mewakili pandangan keseluruhan orang Islam," tegasnya.
Kanak-kanak turut mengambi peluang bersalaman dengan Anwar
Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan kedudukan institusi penting negara yang menjadi tonggak perpaduan dan kestabilan terpelihara seperti yang ditunjukkan Pakatan Rakyat selepas mentadbir Selangor selama dua penggal.
"Dalam hal ini Pakatan Rakyat jelas. Kedudukan Raja-raja Melayu tidak dipertikaikan. Keudukan bahasa Melayu, saya tidak ada kompromi. Kedudukan agama Islam terpelihara," tegas Anwar.

PRK Dun Kajang: Dr Mahathir, Daim paling takut Anwar masuk Selangor

Posted: 17 Feb 2014 04:53 PM PST

dsai_kajang_sg_kantanKAJANG 18 FEB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan sekutu rapatnya, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling takut dan bimbang sekiranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pentadbiran Selangor.
"Bila dengar sahaja Anwar nak masuk ke Selangor, (Tun) Daim tak senang duduk. Meroyan dia dengar Anwar nak tanding (PRK DUN) Kajang,
"(Tun) Dr Mahathir yang sedang tidur (berehat) pun bangun (berkempen) bila tahu Anwar nak masuk Selangor," kata Anwar dalam ceramah kelompok di Padang Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, malam tadi
Kata Anwar, sebagai anjakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, Selangor merupakan benteng penting dan negeri contoh dengan meletakkan DUN Kajang sebagai asas permulaan.
Anwar 'pekena' sate Kajang bersama penduduk kampung di Sg Kantan
Anwar 'pekena' sate Kajang bersama penduduk kampung di Sg Kantan
"Sebab itu dia (BN) cuba main isu kaum dan agama. Sedangkan yang kita sentuh soal dasar dan masalah rakyat. Tapi mereka (BN) mula sahaja kempen, terus berkasar.
"Tuduh saya ejen Amerika, dalang 'Ops Lalang'. Sampai MCA pun tumpang sekaki. Kononnya nak tunjuk hero," kata Anwar disambut tepukan hadirin.
Justeru, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu mengingatkan kepada pengundi DUN Kajang tidak terperangkap taktik jahat Umno-BN.yang menunggangi media arus perdana yang menyebar maklumat palsu.
"Lebih baik kita tumpu kepada isu sebenar. Kalau kita nak layan dan jawab (mereka), membazir waktu," ujar Anwar.

PRK Dun Kajang: Masalah dalaman PKR senjata utama BN.!!

Posted: 17 Feb 2014 04:51 PM PST

Dr Shamsul Adabi Mamat 
SHAH ALAM - Masalah dalaman PKR serta isu peletakan jawatan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh akan menjadi senjata utama kempen BN dalam PRK Dun Kajang.

Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, BN akan cuba menggunakan isu tersebut
sebagai kempen terhadap rakyat dan pengundi di Kajang.

"Masalah pokok di Dun Kajang ialah isu peletakan jawatan yang diambil mudah oleh PKR semata-mata kerana ingin memberi ruang seseorang yang berhasrat menjadi menteri besar.

"Jika BN berjaya merasionalisasikan dan menyedarkan rakyat bahawa perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh PKR, maka pengundi akan berfikir dua kali untuk memilih parti itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa 20 peratus pengundi atas pagar akan memihak kepada BN sekiranya parti itu berjaya menyedarkan pengundi tentang isu ini di dalam kempen.
Katanya lagi, isu ini juga akan memberikan kesan besar terutama kepada penyokong Pas untuk tidak memihak kepada PKR dan menyokong BN.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Kepincangan PKR jadi modal MCA.!!

Posted: 17 Feb 2014 04:50 PM PST

 Lee Chee Leong 
KUALA LUMPUR - Isu dalaman PKR mungkin menjadi salah satu bahan kempen untuk MCA pada PRK Dun Kajang.

Naib Presiden MCA, Datuk Lee Chee Leong berkata, BN lebih menumpukan gerak kerja dalam memberi penerangan kepada rakyat tentang usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan.

"Mungkin kita akan sentuh isu (dalaman PKR) itu, dan jelaskan kepada rakyat kenapa ia berlaku.

"Namun, kami (BN) lebih berminat untuk menerangkan kepada rakyat, apakah perkhidmatan yang BN mampu berikan dan sudah lakukan, " katanya, semalam.

Bagaimanapun, Chee Leong berkata pihaknya akan mula berkempen selepas hari penamaan calon pada 11 Mac depan seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengosongan kerusi Dun Kajang oleh Lee Chin Cheh dikatakan berpunca daripada masalah dalaman PKR.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Anwar wajar diberi peluang

Posted: 17 Feb 2014 04:42 PM PST


A Shukur Harun

Cabaran yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat menjelang PRK Kajang dilihat sangat berat, kerana ia berangkai jauh di mana penghujungnya ialah sama ada Pakatan berjaya atau tidak dalam hasrat untuk menawan Putrajaya dalam PRU akan datang.
PRK Kajang adalah permulaan dari sebuah langkah yang jauh yang akan dilalui oleh Pakatan, di mana ia berdepan dengan cabaran yang bukan saja datang dari musuh politiknya, Barisan Nasional, bahkan datang dari dalaman Pakatan sendiri, iaitu jika berlaku perpecahan dalaman.
Pemerhati politik percaya jika perpaduan dalam Pakatan dapat dibina dengan disertai pula calon heavyweightnya, DS Anwar Ibrahim, serta kerja keras dan strategi yang tepat, Pakatan akan dapat memenangi PRK Kajang yang memungkinkannya dapat membina lebuhraya kuasa ke Putrajaya.
Kepada saya, DS Anwar adalah tokoh yang unik, beliau menghadapi ujian paling getir yang belum pernah dilalui oleh mana-mana tokoh politik lain di sepanjang sejarah negara ini.
Dengan pengalamannya yang panjang, bacaan politiknya yang luas, serta kecerdasan fikirannya, beliau wajar diberi peluang – sebagai pemimpin penting yang berwibawa – untuk mendambakan dirinya memimpin negeri Selangor dan seterusnya negara ini.
Adalah sangat mendukacitakan, jika berlaku berantakan dari dalam Pakatan Rakyat sendiri, disebabkan perselisihan mengenai isu umpamanya, siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor nanti, maka sukarlah Pakatan mengelak dari berlaku perpecahan itu dan menjadi lebih sukar lagi untuk memenangi PRU akan datang.
Ketika itu, janganlah bermimpi untuk berkuasa di Putrajaya, sebab itu elakkanlah ia daripada berlaku.
Kini semakin ketara dan tidak mungkin dapat disembunyikan lagi berhubung  pelbagai kenyataan media oleh pendukung Pakatan sendiri yang memberi isyarat ada pihak tidak dapat menerima DS Anwar Ibrahim sebagai bakal MB Selangor.
Bahkan juga menolaknya sebagai tokoh yang bakal menjadi pemimpin utama jika Pakatan berkuasa di Putrajaya.
Kenyataan kontrovesi yang muncul ini nampaknya seperti tidak terkawal dan mencerminkan siapa saja boleh memberikan kenyataan tanpa mengira mudarat kenyataan itu sendiri, sama ada kenyataan itu sudah diputuskan oleh parti, atau pendapatnya sendiri saja.
Bahkan seolah-olah tiada halangan bagi pendukung  parti dalam Pakatan untuk mengeluarkan apa saja kenyataan sama ada menyentuh polisi kecil mahupun besar parti.
Adakah ini sebuah kebijaksanaan berpolitik? Pada pendapat saya, ini sebuah kemunduran kerana merosakkkan dan tidak bijaksana.
Lalu ada yang bertanya, tidak adakah etika atau peraturan dalam sesebuah parti politik, untuk mengekang perbuatan seperti ini? Ataukah mereka yang gemar membuat kenyataan tanpa perhitungan ini dikira sangat demokratik?
Disebabkan itu, seorang ideolog PAS, Dr Dzulkifly Ahmad menyatakan kebimbangannya jika berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang  diakibatkan oleh sikap tidak bijaksana dalam berpolitik ini.
Kebimbangannya ini ditulisnya dalam dua siri rencana dalam Malaysian Insider dan Harakah.
Saya mendapat tahu, ramai yang menyertai kebimbangannya ini.
Menurut Dr Dzulkifly, jika Selangor mampu dipertahankan PR dengan gandingan kekuatan pengurusan ekonomi Tan Sri Khalid Ibrahim bersama kekuatan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin PAS dan DAP yang lain, maka Selangor akan diperagakan sekaligus sebagai 'the Leading State of the Federation' atau 'negeri contoh dan idaman' dalam Persekutuan Malaysia.
Pencapaian cemerlang ini sangat dihajatkan bagi meyakinkan rakyat di negara ini bahawa Pakatan Rakyat bersedia menawan dan memerintah Putrajaya, kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: Syabas patut naik taraf loji bukan sekadar tunggu hujan

Posted: 17 Feb 2014 04:15 PM PST

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diminta untuk tidak terus manjadikan keadaan cuaca sebagai alasan gangguan bekalan air yang berlaku di sekitar Lembah Klang.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata sebaliknya Syabas perlu menaik taraf sistem pemprosesan loji sedia ada kepada teknologi lebih baik dan bukannya sekadar menunggu hujan turun.
Katanya, sebagai pemegang konsesi air Syabas tidak sepatutnya membiarkan sahaja dua buah loji rawatan airnya ditutup daripada beroperasi sehingga menjejaskan jutaan pengguna.
"Syabas dakwa mereka tidak berupaya memproses kandungan ammonia yang tinggi melebih 5 miligram per liter sedangkan standard Indah Water Konsoritum (IWK) ialah 15 hingga 20 miligram per liter.
"Jadi Syabas perlu naik taraf sistem mereka yang hanya memakan modal sekitar RM 500,000 sahaja.
"Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan gaji bos besarnya yang menerima lebih RM 500,000 sebulan," kata Rafizi.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Hotel Oriental Crystal di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Exco Negeri, Elizabeth Wong.
Sejak beberapa minggu lalu, Syabas mendakwa loji rawatan air Bukit Tampoi dan Batu 11 Cheras terpaksa ditutup ekoran kandungan ammonia yang tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Banyak Perkara Aneh Berlaku...!!!

Posted: 17 Feb 2014 04:13 PM PST

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang akan bertanding di atas tiket bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menimbulkan persoalan dan dilihat aneh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Khairy telah memberikan sokongan secara segera kepada Zaid tanpa memikirkan bahawa beliau pernah bersama Pakatan Rakyat dan pernah menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Hanya kerana Zaid buat pengumuman bertanding sebagai calon bebas, mahu menang di Kajang dengan 'tema' untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar...kan aneh tu?

"Ketua Pemuda Umno kemudian sokong bekas pemimpin Umno yang menyertai PKR, ternyata Khairy lupa terus sikap anti-Umno yang diambil oleh Zaid hanya kerana kempennya untuk menyerang Anwar," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, Isnin.

Saifuddin berkata persoalan juga timbul apakah Umno berada di belakang, di sebalik kesediaan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk turun bertanding di Kajang.
Read More / Baca Lagi >>

Anti Hadis: Menolak Dakwaan Kassim Ahmad - Dr Maszlee

Posted: 17 Feb 2014 04:01 PM PST

Penolakan secara pukal Sunnah dan Hadith Nabi di atas alasan ianya bukan dari Tuhan merupakan penafian terhadap isi kandungan AlQuran yang banyak menyeru kepada mentaati, mengikuti tauladan dan mencontohi Nabi Muhammad SAW dalam segenap kehidupan Muslim. Ini jelas mempamerkan kegersangan si penutur tentang tradisi AlQuran itu sendiri yang telah diwarisi semenjak AlQuran itu diturunkan di Mekah lagi. ia juga menonjolkan kejahilan sang penolak Sunnah kepada persoalan tradisi keilmuan Islam samada di zaman periwayatan lisan pada awalnya mahupun di zaman penulisan ilmu. Ini merupakan salah satu dari akibat menafikan peranan autoriti dan metodologi yang sahih dan diperakui zaman berzaman di dalam menyikapi AlQuran dan agama Islam itu sendiri.

Penerimaan autoriti berteraskan metod yang sahih dalam tradisi keilmuan Islam tidak akan mewujudkan kelompok kepaderian seperti yang didakwa. Malah sepanjang sejarah Islam tidak wujud konotasi institusi mahupun kerangka pengamalan kepaderian seperti zaman kegelapan Kristian Eropah. Apa yang wujud ialah penerimaan autoriti dan metodologi yang sahih telah melahirkan ramai sarjanawan, cerdik pandai dan tokoh-tokoh ilmu dari pelbagai bangsa di dalam segenap bidang keilmuan berkaitan AlQuran dan Hadith. Malah sistem periwayatan Hadith dan Sunnah serta penjagaan dan penyelidikannya merupakan sesuatu yang unik yang bertujuan demi menjaga ketulenan agama yang tidak terdapat dalam tradisi keilmuan agama agama lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan yang terhasil dari tradisi keilmuan Islam juga adalah jutaan koleksi kajian ilmiah, penyelidikan, kesarjanaan dan juga ratusan ribu jilid karya-karya agung di perpustakaan yang bukan hanya diiktiraf oleh kaum Muslimin sahaja nilai keilmuannya, malah oleh mereka yang bukan Islam. Malah Sunnah dan Hadith yang disikapi sebagai sumber epistemologi ilmu yang primier bersama AlQuran telah menjadi dinamo kepada revolusi ilmu di dalam sejarah umat Islam sehingga hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Saman Fitnah Terhadap The New Straits Times: Kemenangan Untuk Lawan Fitnah

Posted: 17 Feb 2014 03:44 PM PST


Keputusan Mahkamah Tinggi pada hari ini, 17 Februari 2014 telah dibuat oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam, memerintahkan defendan ketiga (The New Straits Times) membayar sejumlah RM 350,000 kepada Dato' Paduka Hj Husam Bin Musa sebagai gantirugi am (general), teladan (exemplary) & teruk (aggravated), kos Rm10,000/ (bagi bicara taksiran gantirugi) dan faedah dari tarikh pemfailan. Ini adalah kes tindakan saman fitnah yang difailkan oleh Dato' Husam ke atas The New Straits Times dan dua pihak lain atas penerbitan artikel-artikel fitnah di dalam akhbar The New Straits Times dan Berita Harian pada tahun 2008 semasa Dato Husam menjawat jawatan Exco dalam Kerajaan Negeri Kelantan.
Dato' Haji Husam Musa menyifatkan kemenangan ini bukan sahaja kepada beliau tetapi kemenangan bersama dengan rakyat sebagai signal untuk lawan fitnah media agar selepas ini dapat melapor secara adil dan beretika. Keputusan ini merupakan isyarat yang jelas dan nyata bahawa kewartawanan yang jijik dan fitnah tidak akan diberi ruang oleh undang-undang. Pihak Dato' juga mengucapkan syukur kepada Allah swt dan terima kasih kepada pihak keluarga, barisan peguam, dan seluruh pendokong perjuangan.

Husam Musa

PEJABAT YB DATO HUSAM MUSA
NAIB Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Ahli Dewan Negeri Salor

Dalam Tempoh 40 Tahun: Apakah Karpal Singah akan menang untuk kali keempat?

Posted: 17 Feb 2014 03:37 PM PST


Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – Gambar fail. 
Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – Gambar fail.

Karier ahli politik pembangkang veteran, Karpal Singh bergantung kepada pertuduhan jenayah minggu ini, selepas memenangi tiga pertuduhan sebelum ini dalam masa 40 tahun berkecimpung dalam politik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada Jumaat sama ada ahli Parlimen Gelugor itu bersalah kerana menghasut, kesalahan yang boleh menyebabkan denda RM5,000, atau dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah, dalam satu kes melibatkan Sultan Perak.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat akan terbatal tugasnya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjarakan melebihi satu tahun.

"Saya sedar jika didapati bersalah, karier politik saya akan berakhir, tetapi saya sudah lakukan apa yang diharapkan daripada saya.

"Saya tidak pernah menyesal," peguam veteran berumur 73 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider.

Katanya, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hukuman "tidak menyebabkan beliau dihukum bunuh."

Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari, 2009.

Beliau dituduh kerana mengatakan penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan boleh dipersoalkan di mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Sampai hati ibu...

Posted: 17 Feb 2014 03:33 PM PST

Johor Bahru: "Saya tidak benci ibu walaupun dia pernah cuba menjual saya, tetapi sejak tiga tahun lalu saya terpaksa merahsiakan tempat tinggal dan aktiviti saya kerana tidak mahu fikiran saya bercelaru.
"Saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT membuka hati ibu menerima keputusan saya menyambung pengajian bagi mencapai impian untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan," kata seorang bekas pelatih projek perintis perlindungan kanak-kanak dikenali sebagai sebagai Mimi, 22, semalam.

Mimi berkata, dia terpaksa 'menyembunyikan' diri daripada ibunya kerana sejak Januari lalu wanita itu mahu dia berhenti belajar dan bekerja bagi menampung kehidupannya.

"Saya hanya mahu berjaya dalam hidup, saya mahu terus belajar dan mengubah hidup dan pastinya membantu ibu juga nanti," katanya.
FotoMIMI menunjukkan SMS daripada ibunya yang memintanya supaya menamatkan pengajian.

Menceritakan kisah hidupnya, Mimi berkata, dia berpisah dengan ibunya sejak 20 tahun lalu sebelum ditempatkan di beberapa pusat perlindungan JKM.

Abim gesa PBS ditangguhkan serta merta

Posted: 17 Feb 2014 02:58 PM PST

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menuntut agar pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan serta merta bagi membolehkan kajian, perancangan dan persiapan infrastruktur dibuat sebaik mungkin.

"Abim berpandangan bahawa PBS adalah satu lonjakan besar (giant leap) dalam sistem pendidikan negara," ujar Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, masyarakat yang telah terbiasa dengan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan perlu diberikan penerangan yang mencukupi dari segala sudut.

Sehubungan itu, ujarnya Abim merakamkan kekesalan kerana para pemimpin negara tidak mengambil iktibar kegagalan pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibuat dengan tergopoh gapah tanpa kajian yang mencukupi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Pelbagai isu melingkari pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Perubahan demi perubahan yang begitu drastik bermula dari Oktober 2013 sehingga hari ini menunjukkan wujud masalah yang serius dalam perancangan dan pelaksanaan PBS ini.

Permasalahan SPPBS yang dijangka hanya dapat diselesaikan pada April ini, adalah satu di antara berpuluh permasalahan yang perlu diselesaikan.
Read More / Baca Lagi >>

Isu kesesakan di jabatan kecemasan - Reaksi CUEPACS

Posted: 17 Feb 2014 02:39 PM PST

Ust. Mokhtar Senik - 7 Golongan Yg Dinaungi Oleh Arasy Allah Pd Hari Kiamat

Posted: 17 Feb 2014 02:37 PM PST

Hukum Kentut Dalam Majlis Ilmu..'Kentut Dalam Kereta!' - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Feb 2014 07:44 AM PST

[Berat Nanang] "Tak Bagi Orang Lalu Atas Tanah Dia" - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Feb 2014 07:43 AM PST

Tambah 'SAYYIDINA' Dalam Selawat Nabi MUHAMMAD S.A.W - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Feb 2014 07:36 AM PST

Hukum Solat Sunat HIFZI - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Feb 2014 07:35 AM PST