Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik TPP
KERUGIAN bakal dialami Malaysia adalah jauh lebih tinggi berbanding manfaatnya jika negara memutuskan untuk menyertai perjanjian perdagangan bebas (FTA) Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Malaysia kini sedang berunding untuk mewujudkan blok perdagangan bebas TPP yang dianggotai 12 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), yang didakwa banyak pihak sebagai cuba menjajah ekonomi negara Asia Pasifik melalui perjanjian ini.

Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata, CAP beranggapan kerajaan Malaysia mempertimbang untuk menandatangani TPP kerana memikirkan manfaat berkenaan tarif yang boleh dielakkan syarikat Malaysia semasa mengeksport produk mereka ke negara lain di bawah perjanjian itu, dan sama ada manfaat ini lebih besar berbanding kerugian kepada negara.