RAKYAT MARHAEN |
- Akhirnya Terbongkar Kerja UMNO@BN: Perkasa cadang DUN Selangor dibubarkan..!!!
- Anti Hadis: PAS mahu Kassim Ahmad dikenakan tindakan
- Pemikiran Songsang Lagi Sesat: Siapa dalang anjur Seminar Pemikiran Kassim Ahmad?
- SPRM perlu siasat Taib Mahmud sebelum dilantik jadi Gabenor Sarawak, kata PAS
- PRK Dun Kajang: PAS minta Umno tak terus buli MCA
- PRK Dun Kajang: MCA ikrar 'kebumikan' Anwar
- PRK Dun Kajang: Berbanding Zaid Ibrahim, 1000 Kali Lebih Baik Undi Diberi Pada Herman Tino.!!
- KERAjaan UMNO@BN Bijak: KPM Bina Sekolah RM8 Juta Hanya Untuk 10 Murid Dan 8 Guru..Membazir Dan Tak Masuk Akal Kata Sultan Johor..!!!
- Tak mudah Sabah dan Sarawak berpisah dari Malaysia, kata pakar Perlembagaan
- Huru-Hara: Polis akan guna SOSMA jika perlu kata KPN
- Nostalgia Lagu Mencuit Jiwa Di Gerai Laksa Penang Downtown Cheras
- Malaysia seeks to control dengue fever
- Elizabeth Wong: With Anwar Ibrahim & Khalid Ibrahim, We Expect Great Future For Selangor
- Presiden MCA sahkan tidak bertanding PRK Dun Kajang
- Anwar Ibrahim: Daya Dan Fitnah Berterusan Sampai Orang Melayu Ada Yang Rasa Bimbang
- Anwar Ibrahim: Nak Bantu Selangor Dengan Cara Sokong Saya & Pertahankan Dasar Yang Saya Nak Buat
- Expect goodies and gutter politics
- POLITIK MALAYSIA
- TV3 DAN BERITA HARIAN KANTOI MENIPU RAKYAT?
- Kerugian sertai TPP jauh lebih tinggi dari manfaatnya
- Selepas 40 Tahun: Elak demonstrasi Baling 1974, Anwar diminta kempen kawal kejatuhan harga getah
- Guling k'jaan: Kenyataan Shafruddin Ali (MPPDM) hina guru
- Berapa rakyat Malaysia diperlukan bagi mengubah masa depan pilihan raya?
- Anwar Ibrahim: Mengapa Saya Pilih Untuk Menentang UMNO & BN?
- Kenaikan harga barang dan provokasi parti politik punca ketegangan kaum
Akhirnya Terbongkar Kerja UMNO@BN: Perkasa cadang DUN Selangor dibubarkan..!!! Posted: 16 Feb 2014 09:32 PM PST Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sebelum kedudukannya sebagai menteri besar diancam ahli partinya sendiri. Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Abdul Khalid harus membubarkan DUN Selangor sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 11 Mac, sebelum disuruh menandatangani surat peletakan jawatan selepas calon PKR untuk PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi DUN tersebut. "Tan Sri sepatutnya sudah nampak mereka sedang menyediakan perangkap untuk membunuh karier politik Tan Sri sebagai Menteri Besar Selangor. Tan Sri penghalang kepada nafsu serakah mereka. Tan Sri sekarang adalah satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan mereka di dalan PKR. Beliau menambah, ahli partinya menarik sokongan kakitangan awam dengan menimbulkan kebencian di kalangan mereka, susulan isu pemecatan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Read More / Baca Lagi >> |
Anti Hadis: PAS mahu Kassim Ahmad dikenakan tindakan Posted: 16 Feb 2014 09:28 PM PST Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar mahu tindakan diambil terhadap Dr Kassim Ahmad kerana didakwa menghina Islam dalam sebuah majlis di Putrajaya semalam. Mahfuz berkata Kassim tidak pernah diambil tindakan oleh mana-mana penguatkuasa agama di negara ini walaupun ajaran 'anti-hadis' beliau telah difatwakan haram sebelum ini. "Beliau (Kassim) persoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, rambut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi. "Ini satu penghinaan kepada Islam dan pencabulan hak dan penghinaan terhadap Majlis Raja-Raja," kata beliau dalam sidang media hari ini. Malaysiakini melaporkan semalam Kassim hadir mengajak rakyat Malaysia dan parti politik kembali kepada Islam sebenar, dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad : Satu Penilaian di Putrajaya. Bagaimanapun idea beliau tetap kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem "kasta paderi" yang dipanggil ulama. Mahfuz yang juga MP Pokok Sena menganggap Kassim sebagai 'ulama Umno' kerana beliau merupakan antara tempat rujukan oleh parti itu. Pemimpin PAS itu turut mempersoalkan samada kumpulan pendesak Melayu seperti PERKASA akan mendesak tindakan diambil terhadap Kassim kerana didakwa telah menghina Islam. "Saya terkejut kerana tidak ada sebarang komen dan tindakan yang dibuat oleh ahli Umno. Malang bagi kita bila Umno biarkan ajaran yang boleh tumbul kecelaruan berleluasa di kalangan masyarakat," kata beliau. |
Pemikiran Songsang Lagi Sesat: Siapa dalang anjur Seminar Pemikiran Kassim Ahmad? Posted: 16 Feb 2014 09:26 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mempersoalkan bagaimana seminar yang membawa kepada pemikiran songsang lagi sesat boleh dibenarkan untuk diadakan, lebih-lebih lagi oleh sebuah badan yang berkaitan kerajaan. Ketua Penerangannya, Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata penganjuran Seminar Pemikiran Kassim Ahmad di Putrajaya semalam sepatutnya tidak perlu memandangkan jelas Kassim Ahmad itu seorang yang menolak hadis, yang bertentangan dengan pegangan umat Islam keseluruhannya. "Sesiapa yang menolak hadis ini merupakan seorang yang kufur. Jadi, bagi saya tidak perlu perkara yang dibangkitkan di dalam seminar itu perlu dibincangkan secara ilmiah memandangkan ia satu perkara yang merosakkan dasar Islam itu sendiri. Soalnya, bagaimana ia boleh terlepas begitu sahaja?," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas penganjuran seminar tersebut di Putrajaya, pada 15 dan 16 Feb lalu, yang dianjurkan Yayasan Kepimpinan Perdana di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan, khususnya melalui menteri berkaitan agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertanggungjawab atas penganjuran seminar songsang demikian dengan memberikan penjelasan kepada seluruh umat Islam bagaimana seminar itu boleh diadakan. "Dalam masa sama, saya juga menggesa Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) segera menyatakan apakah tindakan yang akan diambil mereka terhadap penganjuran seminar ini, sepertimana tindakan segera yang diambil Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika melancarkan tindakan ke atas kumpulan ajaran sesat," tegas beliau lagi. Read More / Baca Lagi >> |
SPRM perlu siasat Taib Mahmud sebelum dilantik jadi Gabenor Sarawak, kata PAS Posted: 16 Feb 2014 09:24 PM PST Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menggesa Bakal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberi penjelasan adakah beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau berkata persoalan itu perlu dijawab Adenan, memandangkan sebelum ini SPRM dilaporkan gagal untuk menyiasat bekas ketua menteri Sarawak itu yang dikaitkan dengan banyak kes rasuah dan salah guna kuasa. Selain itu, Mahfuz juga menggesa SPRM untuk turut membuat penjelasan secara terbuka kepada umum, adakah badan itu sudah melakukan dan melengkapkan kertas siastan ke atas Taib yang bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak yang baru? " Dan jika masih belum lengkap siasatan kerana masih tidak dapat memasuki pejabat ketua menteri, maka Datuk Satem perlu memberi penjelasan adakah beliau bersedia berkerjasama dengan SPRM bagi siasatan dilakukan termasuk menyerahkan dokumen berkait walaupun saya percaya ia sudah tiada dihilangkan pihak tertentu,"katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini. |
PRK Dun Kajang: PAS minta Umno tak terus buli MCA Posted: 16 Feb 2014 09:07 PM PST Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar meminta agar Umno tidak terus membuli MCA dan bertanding menentang dua lagi calon Melayu di pilihan raya kecil Kajang 23 Mac depan. Read More / Baca Lagi >>Dalam sidang medianya hari ini, Mahfuz berkata membenarkan MCA bertanding di situ walaupun tahu telah ditolak oleh masyarakat Cina ibarat membuli parti tersebut. "Semalam, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sendiri minta kepimpinan buat keputusan bertanding. Saya nak minta beliau desak kepimpinan Umno untuk benarkan Umno yang bertanding menentang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan (Datuk) Zaid Ibrahim," katanya. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ahmad berkata tindakan BN melengah-lengahkan perkara itu menyukarkan jentera parti pemerintah berkenaan selain tertanya-tanya sama ada BN akan meletakkan calon menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kerusi berkenaan. "Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati. |
PRK Dun Kajang: MCA ikrar 'kebumikan' Anwar Posted: 16 Feb 2014 08:18 PM PST Presiden MCA Liow Tiong Lai berikrar untuk "mengebumikan" Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang dipersalahkan kerana mencipta sebuah lagi pilihan raya kecil di Kajang. "Oleh kerana dia gali lubang, kami akan tutup (lubang itu), kami akan kebumikan dia," katanya dalam ucapan ketika melancarkan pusat operasi MCA di Sungai Chua semalam. "Dia (manipulasi) demokrasi dan cipta pilihan raya kecil, kita tidak boleh biarkan dia dalam kes ini." Menurut Liow, MCA akan membuka sembilan pusat operasi yang lebih kecil selain pusat operasi utama di Sungai Chua. Setiap sebuah akan dijaga oleh pemimpin pusat parti itu. Ditanya tentang kehadiran ramai dalam program Anwar di Gereja Holy Family pagi semalam, Liow berkata beliau tidak bimbang dengan perkara itu. |
PRK Dun Kajang: Berbanding Zaid Ibrahim, 1000 Kali Lebih Baik Undi Diberi Pada Herman Tino.!! Posted: 16 Feb 2014 07:50 PM PST Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim akhirnya mengesahkan hasratnya bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan. Setelah mendapat lampu hijau daripada isterinya dan menganggap penyertaannya dalam pilihanraya ini sebagai hadiah Valentine, Zaid juga tidak menyembunyikan hasrat sebenarnya ialah untuk menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar Selangor. Menurut Zaid, sekiranya beliau menang dan Anwar kalah, maka amanlah Pakatan Rakyat di negeri Selangor dan Khalid Ibrahim akan terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Dengan alasan sebegini, penyertaan Zaid dalam pilihanraya ini tidak lebih menunjukkan jiwanya yang celaru dan keliru. Selain tidak ada sesiapa yang memintanya menjadi pengaman dalam Pakatan Rakyat, impiannya untuk menang dan sekaligus memastikan kemaraan Anwar dapat disekat juga jauh panggang dari api. Walaupun memberi contoh sokongan hebat yang diterimanya semasa bertanding di Hulu Selangor tidak lama dulu, Zaid barangkali terlupa bahawa ketika itu beliau bertanding atast tiket PKR dan mendapat sokongan kuat daripada Anwar sendiri. Kekeliruan dan kecelaruan jiwa Zaid ini sebenarnya boleh dilihat daripada sejarah perjalanan politiknya yang kacau-bilau. Zaid pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Kota Bharu sebelum digantung kerana didakwa terlibat dalam politik wang. Beliau kemudian dijadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh Pak Lah dengan bertanggungjawab mengenai hal ehwal undang-undang. Disebabkan tidak bersetuju dengan kes penahanan ISA dan mungkin merasakan Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN, beliau kemudian meletakkan jawatan dan menyertai PKR. Ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor diadakan tidak lama selepas itu, Zaid dipilih sebagai calon mewakili PKR. Walaupun kalah dengan kekurangan undi sebanyak 1725 dalam pilihanraya itu, Zaid mula merasakan beliau orang penting dalam PKR. Dalam pemilihan PKR selepas itu, beliau menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dan berhadapan dengan Azmin Ali yang merupakan antara penggerak awal gerakan reformasi. Wujud tanggapan bahawa beliau bertanding jawatan nombor dua ketika itu dan Anwar pula sedang menghadapi kes liwat di mahkamah adalah bertujuan memastikan PKR berada dibawah terajunya suatu hari nanti. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 16 Feb 2014 07:48 PM PST Lagi cara rompak duit rakyat, ada projek duit masyuk!! Sebuah sekolah rendah telah dibina dengan kos RM8 juta di Pulau Aur hanya untuk 10 murid dan 8 guru. Bukti 'kebijaksanaan' kerajaan dan kementerian pendidikan dalam melaksanakan sesuatu. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata ia membazir dan tidak masuk akal, lapor Bernama. Baginda mencadangkan murid di sekolah itu, dipindahkan ke sekolah di bandar Mersing dan mereka akan disediakan kemudahan asrama bagi memudahkan urusan persekolahan. Cara berkenaan akan menjimatkan kos kerajaan dan Sultan Johor sendiri bersedia untuk memberikan bantuan biasiswa kepada murid-murid berkenaan jika perlukan, titah Sultan Johor semasa merasmikan bangunan baharu Majlis Daerah Mersing hari ini. |
Tak mudah Sabah dan Sarawak berpisah dari Malaysia, kata pakar Perlembagaan Posted: 16 Feb 2014 07:43 PM PST Sabah dan Sarawak hanya boleh berpisah daripada Malaysia selepas mendapatkan sokongan negeri lain dan Majlis Raja-Raja Melayu, kata seorang pakar Perlembagaan pada ketika sentimen rakyat Malaysia Timur meningkat untuk berpisah dari Malaysia, kerana merasakan negara berusia 50 tahun itu tidak memanfaatkan mereka. Bekas Profesor Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari (gambar)berkata, kedua-dua negeri Borneo itu tidak boleh berpisah dari Persekutuan dengan bersendirian. "Itu tidak boleh berlaku. Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan membincangkan kemasukan wilayah baru, oleh itu pemisahan hanya boleh berlaku jika Parlimen membenarkannya, seperti Singapura pada 1965." katanya. "Memang betul, Ketua Menteri Singapura dahulu, Lee Kuan Yew lebih suka untuk tinggal di Malaysia tetapi perdana menteri Tunku Abdul Rahman tidak mahukan mereka," tambahnya. |
Huru-Hara: Polis akan guna SOSMA jika perlu kata KPN Posted: 16 Feb 2014 07:41 PM PST Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan huru-hara di negara ini. Beliau menegaskan semua pengguna laman sosial seperti Facebook dan penulis blog perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama yang mungkin menyentuh sensitiviti kaum. "Kita akan ambil tindakan di bawah SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012) jika perlu. Kita ada kebebasan bersuara tetapi ada batasannya," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Malam Penghargaan Masyarakat kepada Polis Diraja Malaysia di Petaling Jaya. Khalid menarik perhatian bahawa beliau baru saja menerima satu laporan berhubung tindakan pihak tertentu mempersoal isi kandungan khutbah Jumaat dan nasihat bagi orang Islam berhubung sambutan Hari Valentine. Menurutnya, peringatan itu dibuat bagi mengelak kewujudan suasana kurang senang dalam negara. - Bernama |
Nostalgia Lagu Mencuit Jiwa Di Gerai Laksa Penang Downtown Cheras Posted: 16 Feb 2014 07:36 PM PST |
Malaysia seeks to control dengue fever Posted: 16 Feb 2014 07:35 PM PST |
Elizabeth Wong: With Anwar Ibrahim & Khalid Ibrahim, We Expect Great Future For Selangor Posted: 16 Feb 2014 07:34 PM PST |
Presiden MCA sahkan tidak bertanding PRK Dun Kajang Posted: 16 Feb 2014 06:37 PM PST |
Anwar Ibrahim: Daya Dan Fitnah Berterusan Sampai Orang Melayu Ada Yang Rasa Bimbang Posted: 16 Feb 2014 06:33 PM PST |
Anwar Ibrahim: Nak Bantu Selangor Dengan Cara Sokong Saya & Pertahankan Dasar Yang Saya Nak Buat Posted: 16 Feb 2014 06:33 PM PST |
Expect goodies and gutter politics Posted: 16 Feb 2014 06:31 PM PST How will Umno counter the Anwar/Pakatan juggernaut in Kajang? Two words – gutter politics! First they instruct the Election Commission to have the Kajang by-election just days short of the 60 days legal limit. Why do they do this? To give the Umno-led Barisan Nasional enough time to reposition all their big guns that they had facing the state governments of Penang, Kelantan and Selangor to now face towards Kajang! Yes it will take them almost two months to do that. What they fail to compute is that it also gives Anwar and Pakatan Rakyat two months to prepare their game plan for Kajang. It gives two months for Umno to prepare for their inevitable loss of Kajang to Pakatan. Two months to 'atur' a succession plan after Najib Tun Razak. Two months to prepare Najib's "gracious" exit out of Seri Perdana. But it also gives our people two months to get behind Pakatan and march together with Pakatan into Kajang –this time hopefully with a bigger majority to kickstart that long march towards Putrajaya. Imagine the stupidity of giving Anwar two months to go into Kajang to work his magic on the people of Kajang. This is a Kajang where PKR already won with 19,571 votes compared to BN's 12,747 votes in the last election. This in a state where Pakatan has 44 seats against 12 held by BN. Umno has to ask themselves this sobering question: who, one on one and on a level playing field can fire up the people of Kajang more? Najib or Anwar Ibrahim? How will Umno counter the Anwar/Pakatan juggernaut in Kajang? Two words – gutter politics! Expect goodies That is why Senator KS Nallakaruppan is already trying to earn his two cents worth by offering himself as the candidate to spearhead BN's salacious thrust into Kajang. But even Umno and Najib have learnt that there is only so much you can do with gutter politics. It is sailing too close to the wind, and by doing so they are putting themselves into the danger zone of being suck into the gutter themselves. Altantuya Shaariibuu alone will resurrect too many ghosts for Najib and present a fait accompali to those from within Umno who want to see Najib gone. So what is left for Najib and BN? BR1M all over again concentrated within Kajang – an electorates of 38,965 registered voters? But where will they get the money? Umno's coffers are no longer open ended. Who will "invest" in a state seat against Anwar ? Huh! Not even Umno warlords or those pliant Chinese towkays are that stupid. So the money has to come from the people. Win or lose, Najib and this BN government will spend our money and leave us with the bill. Then there is the question of "who will stand" for BN. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 16 Feb 2014 06:30 PM PST Ini adalah realiti bukannya emosi cakap pakai air liur basi .. fakta bukan auta .. benar bukan putar .. kenyataan bukan rekaan. Sebelum pilihanraya menyembah melutut merayu mohon sokongan dan undi rakyat dengan manburkan pelbagai janji manis melebehi gula dan tebu .. Bila undi dan sokongan diperolehi .. kuasa masih ditangan kesemuanya itu sudah menjadi terbalik. Rakyat pula terpaksa menyembah melutut merayu demi bantuan dan pembelaan... Janji-janji manis sudah dilupai dan dikhianati. Kini rakyat diberi hadiah dan imbuhan dengan bermacam-macam kenaikkan harga barang dan perkhidmatan. Kos sara hidup semakin meninggi dan para pemimpin UMNO/BN hidung pun semakin meninggi juga dengan main politik wayang tinggi. CUKUP .. CUKUP .. CUKUP .. Rakyat diperlekeh dan dipersendakan oleh UMNO/BN .. PRK Kajang sebagai asas mengajar UMNO bahawa rakyat sudah muak,mual dan menyampah dengan janji-janji palsu serta ketidak upayaan memerintah dan menjaga negara. Keharmonian semakin menipis .. kesejahteraan semakin terhakis .. Hidup rakyat umpama pengemis ... UMNO wajar di kuburkan. |
TV3 DAN BERITA HARIAN KANTOI MENIPU RAKYAT? Posted: 16 Feb 2014 06:29 PM PST |
Kerugian sertai TPP jauh lebih tinggi dari manfaatnya Posted: 16 Feb 2014 06:26 PM PST KERUGIAN bakal dialami Malaysia adalah jauh lebih tinggi berbanding manfaatnya jika negara memutuskan untuk menyertai perjanjian perdagangan bebas (FTA) Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Read More / Baca Lagi >>Malaysia kini sedang berunding untuk mewujudkan blok perdagangan bebas TPP yang dianggotai 12 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), yang didakwa banyak pihak sebagai cuba menjajah ekonomi negara Asia Pasifik melalui perjanjian ini. Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata, CAP beranggapan kerajaan Malaysia mempertimbang untuk menandatangani TPP kerana memikirkan manfaat berkenaan tarif yang boleh dielakkan syarikat Malaysia semasa mengeksport produk mereka ke negara lain di bawah perjanjian itu, dan sama ada manfaat ini lebih besar berbanding kerugian kepada negara. |
Selepas 40 Tahun: Elak demonstrasi Baling 1974, Anwar diminta kempen kawal kejatuhan harga getah Posted: 16 Feb 2014 06:24 PM PST Demonstrasi Baling 1974 boleh berulang jika harga getah yang sedang jatuh teruk sekarang tidak dikawal segera, kerana para penoreh getah sedang berhadapan masalah berganda kerananya. Ini kerana, ketika harga getah jatuh merudum, musim kemarau yang melanda negara pula menyebabkan susu getah hanya sedikit, dan dalam masa yang sama, kos sara hidup melonjak naik. Daripada RM4.50 - 5.00 sekilo pada tahun 2011, kini harga getah sekerap hanya sekitar RM2.40 sekilo, menyebabkan hidup penoreh getah tradisional sangat tertekan. Di Baling, Kedah tempat berlakunya demonstrasi 1974 kerana kemiskinan akibat kejatuhan harga komoditi itu, penduduknya mulai marah sekarang. Pada 1974, penoreh getah di Baling, Kedah berdemonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan kejatuhan harga komoditi itu pada tahap sangat rendah. Hero pada ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam demonstrasi tersebut. "Saya meminta Datuk Seri Anwar membawa isu ini sekali lagi ketika beliau berkempen di Kajang sekarang," kata Mazlan Aliman, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) yang turut terasa dengan masalah kejatuhan harga komoditi ini. Menurut Mazlan, Anak sudah menghantar memorandum kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Unggah Embas mengenainya sebaik sahaja harga getah mulai jatuh hampir setahun lalu. "Kita mencadangkan agar subsidi diberikan kepada petani ini untuk sekurang-kurangnya melepaskan mereka dari paras kemiskinan," kata Mazlan kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
Guling k'jaan: Kenyataan Shafruddin Ali (MPPDM) hina guru Posted: 16 Feb 2014 06:22 PM PST KUALA LUMPUR: Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) menyifatkan kenyataan Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM), Shafruddin Ali Husin bersifat emosi dan ada sentimen untuk mewujudkan kebencian. Sedangkan, tegas Presiden Pendidik Normala Sudirman, hasrat sebenar 'himpunan 222' adalah untuk membantah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), dan bukan mahu menggulingkan kerajaan atau mengugat Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan itu, beliau menggesa Shafruddin agar memohon maaf atas kenyataan yang bersifat naif, menghina dan 'tidak cermat' itu yang telah merendahkan martabat warga pendidik di Malaysia. Sejak 2012 lalu , katanya NGO Pendidik konsisten membantah pelaksanaan PBS termasuk menghantar memorandum ke Parlimen Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kerana ia jelas membebankan guru dan menzalimi warga pendidik. Beliau berkata demikian mengulas kepada kenyataan pegawai pendidikan berkenaan yang tidak mahu guru-guru menyertai bantahan PBS pada 22 Febuari ini. Sejak PBS diperkenalkan jelas Normala, guru dilayan seperti robot dan masa rehat mereka dirampas bahkan terpaksa bangun malam,selain KPM gagal menyediakan maklumat yang jelas untuk warga pendidik mengurus aplikasi PBS ini. Read More / Baca Lagi >> |
Berapa rakyat Malaysia diperlukan bagi mengubah masa depan pilihan raya? Posted: 16 Feb 2014 06:21 PM PST Hanya 100,000 rakyat Malaysia. Ini angka yang diperlukan untuk melawan pertempuran seterusnya bagi masa depan politik Malaysia bulan hadapan. Dalam sesi Parlimen akan datang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan deraf persempadanan pilihan raya yang baru. Jika diluluskan, ia akan menentukan nasib semua pilihan raya untuk tempoh 10 tahun akan datang. Daripada turun ke jalan raya dan disembur gas beracun, pertempuran bagi reformasi pilihan raya ini memerlukan 100,000 orang untuk memberikan nama dan kekal di kawasan mengundi mereka, seperti dijelaskan PY Wong daripada Tindak Malaysia hujung minggu lalu. Katanya, tandatangan mereka akan digunakan dalam borang bantahan kempen Tindak Malaysia yang mahu SPR melukis kawasan pilihan raya menepati kemahuan rakyat Malaysia dalam pilihan raya umum. "100 orang ini dan peta kami adalah senjata berkuasa," kata Wong apabila ditemui selepas forum hujung minggu lalu mengenai reformasi pilihan raya yang dianjurkan kumpulannya bersama Majlis Peguam. Jika tiada sesiapa mencabar SPR bulan depan (dan Tindak Malaysia percaya mereka mempunyai pendekatan unik dan tidak pernah dilakukan), rakyat Malaysia hanya perlu berpuas hati dengan fakta ini – seperti yang lepas, Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan menghasilkan kerajaan tidak menepati kehendak rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Pilihan raya yang bebas tetapi tidak adil Read More / Baca Lagi >> |
Anwar Ibrahim: Mengapa Saya Pilih Untuk Menentang UMNO & BN? Posted: 16 Feb 2014 06:11 PM PST |
Kenaikan harga barang dan provokasi parti politik punca ketegangan kaum Posted: 16 Feb 2014 05:20 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan