Isnin, 10 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kangkung - McDonald's tarik semula iklan

Posted: 10 Feb 2014 11:23 PM PST


McDonald's Malaysia menarik semula iklan yang dilihat mempermainkan kenyataan kontroversi 'kangkung' oleh perdana menteri.

Rangkaian makanan segera popular itu memberitahu Malaysiakini yang iklan tersebut sebenarnya "tidak diluluskan" dan terlepas daripada saringan rasmi.

"McDonald's Malaysia ingin menjelaskan bahawa visual yang dihasilkan itu terlepas ke restoran-restoran kami akibat kesilapan komunikasi.

"Semua bahan ini telah ditanggalkan," kata rangkaian restoran itu dalam kenyataan mereka.

Bahan iklan itu yang mula dikesan di meja-meja restoran McDonald's di sekitar Lembah Klang adalah sebahagian daripada kempen pemasaran McSavers.

Ia berbunyi seperti berikut:

"Harga sayur tidak turun tapi harga burger tetap turun"

Ia ditanggalkan beberapa hari kemudiannya.

Ayat dalam kempen itu dilihat merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mendakwa harga kangkung sudah berkurangan.

Kenyataa itu yang dibuat Najib bagi menggambarkan bagaimana turun naik harga barang berlaku kerana faktor luaran dan bukannya dasar kerajaan, diperlekehkan oleh orang ramai - malaysiakini

Trauma dtrogol jiran

Posted: 10 Feb 2014 06:56 PM PST

  • Ibu tunggal trauma dirogol jiranSuspek yang ditahan reman enam hari bermula semalam dan kemungkinan akan didakwa Jumaat ini.
 1 / 1 
BERA - Seorang ibu tunggal yang menolak cinta jiran sekampungnya hidup dalam keadaan trauma selepas dirogol lelaki itu semasa dalam perjalanan ke kebun getah di Kampung Menteri, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Zakaria Yusof berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke kebun getahnya yang terletak kira-kira 700 meter daripada rumahnya dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, wanita itu terpaksa memberhentikan motosikalnya selepas mendapati titi kecil di parit dekat kebun itu dialihkan.

"Tetapi, sebaik sahaja mangsa turun daripada motosikal, suspek telah memeluk belakang mangsa dan mengikat kaki, tangan dan mulut serta menutup muka mangsa sebelum bertindak merogol mangsa.


"Suspek kemudiannya meletakkan senjata tajam di leher mangsa dan mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya mangsa bertindak melawan," katanya kepada Sinar Harian.

Zakaria berkata, mangsa hanya berjaya membuka ikatan dan menyelamatkan diri selepas hampir satu jam suspek melarikan diri.

Katanya, mangsa dibawa oleh ahli keluarga untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.

Dipercayai, suspek yang beberapa cuba memikat mangsa sebelum ini bertindak ganas selepas cintanya ditolak mangsa.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan atau kedua-duanya sekali.

"Kita sudah menahan suspek semalam (kelmarin) di Jalan Mengkarak ketika cuba melarikan diri dan suspek ditahan reman selama enam hari mulai hari ini (semalam) sebelum dijangka didakwa Jumaat ini," kata beliau.

Lemah sangatkah politik Khalid Ibrahim?

Posted: 10 Feb 2014 09:11 AM PST

  • khalid ibrahim
 1 / 1 
SEJAK Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang disengajakan, ramai di kalangan ahli PKR yang menyokong dengan hujah bahawa langkah tersebut terpaksa dilakukan kerana kelemahan berpolitik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Mereka memuji Khalid hebat dalam pentadbiran, tetapi pada masa yang sama, mengeji beliau tidak mahir berpolitik.

Apakah betul dakwaan mereka?

Menaikkan rizab Selangor

Mari kita bermula dari 2008. Khalid dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan mendapati kerajaan Selangor yang kaya sebenarnya miskin. Duit kerajaan entah ke mana meskipun Datuk Seri Dr Khir Toyo boleh memiliki mahligai di Shah Alam.


Tiada jalan lain bagi Khalid. Sama ada beliau mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri Selangor ataupun beliau merayu dan membiarkan diri diperas ugut daripada segi kewangan oleh kerajaan persekutuan yang masih di bawah Umno.

Bagi Khalid, untuk melawan kemaraan dan kacauan Umno di Selangor, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat mesti mempunyai dana yang bukan sekadar cukup, malah menggerunkan lawan.

Oleh itu, tidak susah untuk memahami mengapa Khalid sentiasa mewar-warkan jumlah rizab kerajaan Selangor kepada umum. Ia adalah strategi politik serampang dua mata, pertama mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat bahawa Selangor sedang ditadbir dengan baik, dan kedua ditujukan untuk Umno, bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempunyai dana yang cukup untuk berperang dengannya sekiranya mereka melakukan apa-apa.

Meningkatkan rizab kerajaan negeri Selangor adalah satu langkah politik untuk menyekat sebarang peluang Umno untuk merampas kembali Selangor.

Hanya dengan rizab yang menggerunkan, Putrajaya tidak berani melakukan sabotaj berbentuk kewangan pada kerajaan negeri Selangor kerana ia tahu kerajaan Selangor mampu menyelesaikannya.

Ia dilakukan dengan baik oleh Khalid apabila beliau melawan sabotaj Umno menggunakan isu kutipan sampah melalui pembelian sendiri jentera pengurusan sampah.

Untuk membolehkan rakyat melupakan Umno di Selangor dan hanya teringat kepada Pakatan Rakyat, Khalid memberikan air percuma 20m3 setiap bulan kepada rakyatnya.

Pemberian air percuma ini menjadi satu mercu tanda kecemerlangan pentadbiran Khalid, kerana rakyat tidak pernah menikmati kemewahan ini semasa Umno-BN mentadbir.

Kerana air percuma ini, rakyat juga merasakan Selangor ditadbir dengan baik kerana rizab semakin meningkat sehingga mampu memberikan air percuma yang selama ini tidak mampu diberikan oleh kerajaan Umno-BN.

Air percuma ini pada kulitnya dilihat sebagai satu usaha berkebajikan Khalid, tetapi di sebaliknya, ia sebenarnya dicatur dengan penuh teliti yang merangkumi kehebatan ilmu strategik politik Khalid.

Lantikan Khusrin, gaji, istana

Sebagai seorang bekas CEO satu syarikat yang besar, setiap tindakan Khalid akan dilakukan dengan penghujungnya "apakah kesudahan yang diinginkan."

Khalid perlu memastikan setiap langkah taktikalnya menguntungkan kerajaan negeri dan juga rakyatnya meskipun berdepan dengan keadaan yang amat sukar. Situasinya mesti win-win, atau win-lose, tapi lose untuk pihak lain.

Selain itu, Khalid juga dilihat sentiasa mengelakkan diri dan kerajaan negeri daripada bertembung dengan pihak istana.

Khalid belajar daripada episod bantahannya terhadap pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor.

Ketika itu, walaupun Khalid membantah pelantikan Khusrin yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) tanpa merujuknya terlebih dahulu, tetapi beliau tetap menghadirkan diri ke majlis angkat sumpat Khusrin atas alasan menghormati Sultan Selangor.

Daripada segi politik, Khalid memahami sekiranya beliau memulau majlis angkat sumpah tersebut, ia akan dilihat sebagai mengisytihar perang dengan istana.

Apakah kebaikan atau keuntungan yang boleh dicapai dengan berperang dengan istana? Tiada, malah ia merugikan kerana langkah itu akan memberi laluan untuk Umno mempertingkat serangan dan menjejaskan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, Khalid akur dengan lantikan Khusrin meskipun dalam protes kerana menjaga hubungan baiknya dengan istana perlu diutamakan bagi mengelak gangguan tidak perlu terhadap kerja beliau sebagai MB Selangor. Langkah sedemikian juga mengelakkan beliau dan seluruh kerajaan negeri daripada terperangkap dalam permainan Umno.

Berbalik ke waktu ini, ramai yang mengecam tindakan Khalid menaikkan gaji exco, speaker, timbalan speaker dan beliau sendiri sebagai menteri besar pada skala yang besar.

Walaupun panas pada awal isu ini terletus, tetapi akhirnya, isu gaji tinggi di Selangor sebenarnya berpihak kepada kebijaksanaan politik Khalid.

Gaji yang tinggi melambangkan kemakmuran pentadbiran Selangor. Gaji MB lebih tinggi daripada PM sebenarnya satu kemenangan untuk Pakatan Rakyat, kerana ia menunjukkan Selangor ditadbir jauh lebih baik daripada Putrajaya sehingga membolehkan keadaan itu berlaku. Meskipun Umno-BN mentadbir untuk 5 dekad lamanya, mereka masih tidak mampu berbuat demikian.

Khalid juga tidak mahu apa yang berlaku semasa pentadbiran Umno-BN berlaku di zaman Pakatan Rakyat iaitu ahli politik termasuk exco merekacipta projek dan menceburkan diri dalam aktiviti untuk menambah sumber pendapatan diri dan keluarga kerana kesempitan wang. Situasi inilah menjadi baja kepada suburnya masalah kronisme, salah guna kuasa, projek rundingan terus dan rasuah di dalam pentadbiran Umno-BN.

Apakah jalan keluar untuk mengelakkan perkara ini berlaku? Bagi Khalid, memberikan gaji yang setimpal kepada mereka adalah jalan keluar paling mudah dan logik. Walaupun dari luar kenaikan gaji yang dicadangnya kelihatan lumayan, sebenarnya gaji itu adalah setimpal dengan kecemerlangan kerajaan negeri Selangor.

Jais, isu Allah dan PKNS

Dalam isu kemelut agama pula, Khalid sebagai MB Selangor menghadapi dua ujian politik yang besar, kedua-duanya melibatkan tindakan Jais.

Pertama ialah serbuan Jais ke gereja DUMC dan yang kedua ialah serbuan Jais ke Persatuan Bible Malaysia (PBM) untuk merampas Bible berbahasa Melayu.

Khalid sudah tentu sedar isu kalimah ALLAH ini bukanlah isu akidah, kerana sekiranya ia adalah isu akidah, sudah tentu hukumnya meliputi semua negeri di Malaysia.

Namun, apabila ada sesetengah negeri dibenarkan kerajaan untuk menggunakan kalimah ALLAH dan sesetengah negeri tidak, sudah pasti isu kalimah ALLAH pada pandangan Khalid menjadi satu isu politik.

Isu kalimah  ALLAH tidak pernah reda, dan malah makin buruk apabila ahli politik, para peguam dan media daripada kedua-dua belah terus menghangatkan suasana dengan menegaskan pandangan masing-masing mengenai penggunaan nama ALLAH.

Penganut Kristian terus menggesa pemimpin bukan Islam daripada PR untuk bersuara mempertahankan hak mereka. Mereka juga mengharapkan pemimpin Melayu PR bersuara untuk pihak mereka menggunakan fakta sejarah dan sudut perlembagaan.

Pihak satu lagi pula, mereka terus bertegas bahawa kalimah ALLAH adalah hak milik eksklusif orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

Perkara ini menjadi lebih rumit, apabila kajian UMCEDEL dan Merdeka Centre menunjukkan lebih daripada 75 peratus orang Islam di Malaysia berpendapat bahawa kalimah ALLAH adalah hak milik eksklusif orang Islam.

Oleh itu, apakah kesudahan yang diharapkan daripada kemelut kalimah ALLAH ini?

Dalam isu kalimah ALLAH, situasi apakah yang paling menguntungkan Pakatan Rakyat dan pada masa sama menghalang Umno terus mengambil untung politik daripada segi menjauhkan pengundi Melayu pedalaman daripada mendekati Pakatan Rakyat?

Itu yang menjadi pertimbangan Khalid. Khalid sedar isu ALLAH sudah menghampiri tahap tiada penyelesaian, maka apa yang boleh dilakukannya ialah mengelakkan diri dan kerajaan negeri daripada menambah minyak pada isu yang tengah membara.

Ini dilakukan oleh Khalid dengan mengambil sikap pasif terhadap isu tersebut.

Khalid tahu mengheret kerajaan negeri ke kemelut isu ALLAH adalah satu tindakan tidak bijak. Isu kalimah ALLAH ini sepatutnya masalah kerajaan persekutuan, dan tiba-tiba kini ia cuba dijadikan seolah-olah ia masalah Selangor kerana tindakan Jais seperti cara Umno melontarkan kentang panas isu kalimah ALLAH ini kepada Pas.

Apakah kesudahan yang boleh diharapkan jika Khalid membawa kerajaan negeri untuk berperang dengan satu agensi di bawah kuasa sultan? Tiada, kerana 75 peratus orang Melayu tidak bersetuju dengan nama ALLAH digunakan oleh agama lain, sudah tentu berperang dengan Jais dan Mais tidak akan menyelesaikan kemelut ini.

Berpihak kepada mana-mana pihak akan menyemarakkan keadaan. Langkah yang boleh diambil oleh Khalid ialah meredakan keadaan.

Bagaimana untuk meredakan keadaan? Iaitu dengan bersikap pasif dan mengelak daripada melakukan apa-apa yang boleh menghangatkan lagi kontroversi dan memberi peluang kepada Umno untuk menyerang.

Maka, kerajaan negeri Selangor mengambil pendirian menghormati apa yang dilakukan Jais dan Mais untuk tidak dilihat bertembung dengan istana sambil memberikan teguran kepada Jais agar memaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri sebelum serbuan dilakukan pada masa depan.

Sikap pasif Khalid juga boleh dilihat apabila beliau tidak menyahut cadangan beberapa Adun DAP untuk meminda Enakmen 1988 Selangor. Jika disahut, maka Khalid sendiri membantu DAP dan Pakatan Rakyat memijak bom yang dipasang lawan.

Itulah langkah tengah yang diambil oleh Khalid untuk meredakan isu kalimah ALLAH.

Sudah tentu, ada pihak yang tidak senang dengan tindakan Khalid, tetapi daripada sudut politik, apa yang dibuat Khalid menghentikan isu kalimah ALLAH daripada terus marak dan dimanipulasikan pihak tertentu untuk menegangkan lagi hubungan antara kaum dan agama di Selangor.

Dan sikap pasif Khalid ini memberi manfaat kepada Pakatan Rakyat daripada terus rugi daripada sudut persepsi politik bahawa mereka tidak berpihak kepada orang Melayu.

Khalid sedar bahawa Pakatan Rakyat berhadapan dengan masalah kurangnya sokongan Melayu pedalaman, dan orang Melayu pedalaman ini tidak mempunyai masalah untuk kekal bersama Umno-BN.

Oleh itu, daripada sudut politiknya, Khalid tidak boleh melakukan sesuatu yang menambahkan alasan untuk mereka kekal bersama Umno-BN.

Bagi rakyat di kawasan bandar dan semi-bandar, terutamanya pengundi bukan Islam, Khalid memilih untuk mengambil 'calculated risk' dengan menaruh harapan bahawa mereka sedar bahawa ini adalah permainan Umno-BN. Khalid menaruh keyakinan bahawa mereka akan kekal bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno-BN.

Kontroversi di PKNS dan pemecatan 30 pekerja kontrak di PKNS juga secara tersiratnya menunjukkan kehebatan Khalid berpolitik.

Tindakan tegas dan cepat ini dilakukan pada waktu PRK Kajang bakal langsung dapat mengurangkan protes dalaman secara drastik terhadap isu ini kerana masing-masing ingin menjaga kepentingan kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang.

Memahami CEO Khalid

Sebagai seorang CEO, Khalid perlu memastikan perniagaan Guthrie adalah terjamin. Sebagai MB, Khalid perlu memastikan Selangor terus berkembang, terus kaya dan terus kekal di tangan Pakatan Rakyat.

Kerajaan Selangor mesti kekal telus. Kerajaan Selangor mesti dilihat kerajaan yang 'do what you say, and say what you do.'

Asalkan kerajaan Selangor kekal di tangan Pakatan Rakyat dengan kepercayaan yang diberikan rakyat, barulah rakyat dan parti Pakatan Rakyat dapat mendapat manfaat daripadanya. Jika ia kembali kepada Umno-BN, hanya segelintir yang sahaja yang dapat tinggal di rumah seperti istana.

Kerajaan negeri yang mencampur-adukkan hal ehwal kerajaan negeri dengan hal parti tidak akan bertahan lama.

Banyak keputusan kerajaan negeri perlu diambil atas kepentingan kerajaan negeri, dan kebanyakan keputusan tersebut sebenarnya tidak menguntungkan parti politik; sebagai contoh - mengurangkan pembelanjaan daripada sudut lantikan politik atau memberi projek kecil-kecilan untuk membiayai program parti secara halus.

Lebih-lebih lagi, Khalid tahu agensi seperti SPRM adalah 'lebih rajin' untuk menyiasat salah laku di dalam kerajaan negeri milik PR berbanding Umno-BN. Oleh itu, beliau tidak boleh mengambil sebarang risiko untuk SPRM dan Umno-BN mendapat sebarang bukti kesilapan dengan membiarkan hal ehwal negeri disalahgunakan untuk keperluan parti.

Beliau terpaksa kedekut. Demi kerajaan Selangor untuk terus hidup, Khalid perlu pentingkan kepentingan kerajaan negeri daripada kepentingan parti.

Barangkali itulah yang menyebabkan ahli partinya sendiri menuduh beliau tidak pandai berpolitik, meskipun langkah politik Khalid untuk menghalang kemaraan Umno di Selangor cukup mengkagumkan.

Sebagai seorang bekas CEO di syarikat sebesar Guthrie, mustahil Khalid tidak mahir berpolitik. Politik dalam dunia korporat kadangkala adalah jauh lebih ganas daripada politik di luar.

Khalid tidak pernah malu menyatakan bahawa beliau kaya. Dan kerana itu, beliau "has nothing to lose."

CEO yang menampilkan dirinya seolah-olah tidak pandai berpoltik, tetapi, pada masa sama cukup berani dan tangkas membuat keputusan (lihat episod PKNS) apabila situasi memerlukannya adalah amat digeruni oleh kawan mahupun lawan.

Apakah anda masih percaya Khalid tidak bijak berpolitik?

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kenapa orang Cina tolak BN?

Posted: 10 Feb 2014 09:21 PM PST

MCA berada di luar kabinet merugikan orang Cina.

Sudah dua kali PRU, orang Cina menolak Barisan Nasional (BN). Kali pertama pada tahun 2008, apabila orang Cina memilih DAP dan bukan MCA rakan BN. Apabila orang Cina menolak BN, secara automatik BN gagal dapat majoriti dua pertiga.
Begitu juga dalam PRU 2013. Orang Cina tetap memilih DAP. Sekali lagi BN gagal dapat majoriti dua pertiga. Pada tahun 2009, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) apabila BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.
Sebaliknya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meletakkan jawatan walaupun BN gagal meraih majoriti dua pertiga. Alasannya prestasi Umno semakin baik. Yang teruk MCA, Gerakan, MIC dan PPP.
Bukan sahaja MCA kalah teruk sebaliknya MCA enggan menerima jawatan dalam kabinet. Ini menyebabkan kerajaan BN didominasi oleh orang Bumiputera (termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak).
Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gembira suasana ini kerana orang Cina tidak ada dalam kabinet. Selama ini orang Cina sering menjadi rakan kongsi politik. Katanya, MCA berada di luar kabinet merugikan orang Cina.
Inilah bezanya orang Cina di zaman Dr Mahathir dengan zaman Pak Lah. Ketika Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno pada tahun 1998, BN tetap menang majoriti dua pertiga kerana orang Cina tetap menyokong BN pimpinan Dr Mahathir.
Sebaliknya peluang perniagaan di zaman Pak Lah dilihat susah cari makan. Maka orang Cina meninggalkan BN pimpinan Pak Lah dan menyokong Pakatan Rakyat. Walaupun MCA berkempen jika mengundi Pakatan bermakna menyokong hudud PAS, orang Cina tetap menyokong Pakatan Rakyat.
Zaman Dr Mahathir orang Cina dapat peluang berniaga walaupun yang ada dapat permit orang Melayu, tetapi yang dapat sewa permit itu orang Cina. Yang dapat tender orang Melayu, yang dapat subkontrak itu orang Cina. Maka orang Cina tetap mewah di zaman Dr Mahathir.
Pak Lah berbangga dapat jimatkan wang rakyat tetapi orang Cina terseksa kerana tak dapat peluang subkontrak lagi bila orang Melayu tak dapat tender direct nego lagi di zaman Pak Lah. Betul kata Dr Mahathir, buat apa ada duit banyak, kalau duit itu tidak dibelanjakan.
Bila sesuatu projek dibuat, semua bisnes berkembang, bisnes restoran, bisnes dobi, bisnes kedai tayar, bisnes hardware, maka semua peniaga dapat limpahan dari projek ini. Kalau sekadar berbangga menyimpan duit yang banyak, rakyat yang rugi kerana duit tidak dapat bertukar tangan sesama mereka.
TPM Cina?
Read More / Baca Lagi >>

TS Taib Mahmud berpesan, "lindungilah Sarawak dari......."

Posted: 10 Feb 2014 09:19 PM PST

TS Taib Mahmud akan bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak dan pengumuman persaraan beliau telah membawa banyak spekulasi politik yang begitu liar kadangkalanya. Beliau akan bersara hujung bulan ini selepas mengetuai kepimpinan negeri itu selama 33 tahun. TS Taib telah berkuasa begitu lama dan beliau telah berpegang kepada kuasa rakyat yang memandatkan beliau melalui BN Sarawak sejak lebih dari tiga dekad.
Salah satu isu yang timbul akhir-akhir ini Taib telah dikatakan berpesan supaya kepimpinan yang baru menjaga Sarawak dan mesti mempertahankan Sarawak 'at all cost'. Ia bermakna Sarawak mesti mengekalkan apa yang sedia ada dengan tiadanya UMNO menyusup masuk ke Sarawak. Sarawak sememangnya berbeza dengan Sabah dan tidak ramai yang memahami Sarawak dengan rapi. Sarawak mempunyai identitinya tersendiri sebagai sebuah negeri yang tidak wujud parti UMNO, parti yang menguasai Kerajaan Persekutuan.
Sarawak terkenal sebagai sebuah negeri yang tidak boleh dibolosi oleh UMNO sejak dari dulu, tidak ada parti dalam BN Sarawak berada di Semenanjung. Malahan tidak pernah kita melihat perhubungan sesebuah parti dalam Sarawak dengan parti-parti di Semenanjung selain dari melalui mesyuarat dan perbincangan dalam pimpinan BN Persekutuan.
UMNO pernah mencuba untuk mengembangkan sayapnya di Sarawak melalui beberapa orang pimpinan persekutuan dari Sarawak dan kesemua diantara mereka yang mencuba untuk membawa UMNO di Sarawak telah menerima ajal politik mereka dengan mudah dan senang. Di Sarawak UMNO adalah sebuah parti yang seolah-olah dianggap sebagai parti pembangkang. DAP mampu masuk ke Sarawak dan telah memenangi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu dua kerusi Parlimen, tetapi tidak UMNO. PAS telah berjaya menubuhkan cawangan di Sarawak.
Semuanya ini adalah kerana kekentalan Taib Mahmud menolak kemasukan UMNO itu dengan jelas dan nyata. Seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan untuk bertapak di negara ini, UMNO seolah-olah diharamkan bertapak di Sarawak.
Justeru isu samada UMNO akan masuk ke Sarawak selepas pengunduran Taib Mahmud nanti menjadi tajuk yang besar dan perbincangan dan pemikiran rakyat sehari dua ini. Abang Abu Bakar benar-benar terbakar politik beliau kerana cuba membawa masuk UMNO ke negeri kenyalang itu pada suatu ketika dahulu. Justeru adalah menjadi keyakinan ramai yang UMNO tetap di 'haramkan' untuk bertapak di Sarawak kerana ia akan membenamkan politik mana-mana individu yang cuba untuk membawa UMNO ke Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Aziz Bari: Taib tak kebal walau jadi TYT

Posted: 10 Feb 2014 09:16 PM PST



Menjadi gabenor negeri tidak semestinya menjadikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kebal daripada sebarang pendakwaan, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Menurut Abdul Aziz, walaupun sembilan raja Melayu kebal dari sebarang prosiding undang-undang di mahkamah, mereka boleh didakwa di mahkamah khas yang dibentuk bawah Artikel 182 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mengulas protes Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak yang membantah Abdul Taib menjadi Yang di-Pertua Negeri maka dengan itu beliau boleh mengelak menjawab dakwaan lalu melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.

Abdul Taib yang menjadi ketua menteri Sarawak sejak 33 tahun lalu, berdepan dengan dakwaan rasuah dan penyalahguanaan kuasa dan ia sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wujud konflik kepentingan jika lantik Shafee dalam rayuan kes liwat Anwar

Posted: 10 Feb 2014 09:15 PM PST

Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah perlu digugurkan daripada mengetuai kumpulan pendakwa dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana wujudnya konflik kepentingan.
Peguam, Tommy Thomas, berkata Shafee perlu dihalang daripada mencampuri kes tersebut kerana sebagai seorang peguam beliau juga akan melanggar peraturan Profesion Undang-undang 1978 (Undang-Undang dan Etika).
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail melantik Shafee sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada Julai lalu untuk mengetuai barisan pendakwa dalam kes berkenaan.
Thomas berkata, Shafee juga dikatakan sebagai peguam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam permohonan Anwar untuk menjadikan mereka sebagai saksi kes liwatnya.
Thomas dalam hujahnya di hadapan Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, berkata Shafee juga adalah penasihat undang-undang kepada Umno dan Barisan Nasional.
"Beliau juga penasihat undang-undang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang membabitkan kes Anwar," katanya.
Shafee juga penasihat undang-undang kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Thomas dalam penghujahan permohonannya di hadapan panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Thomas berkata, Pejabat Peguam Negara dalam piagam pelanggannya menyatakan semua kes harus ditangani secara adil, saksama dan telus.
"Tetapi, pada hakikatnya, ini tidak berlaku dalam kes yang melibatkan Anwar," katanya.
Thomas masih di peringkat penghujahan sementara Shafee pula akan membalas hujah itu pada petang nanti.
Keputusan dijangka dibuat hari ini, kerana Mahkamah Rayuan menetapkan esok dan Khamis untuk mendengar rayuan pendakwa raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada kes liwatnya.
Read More / Baca Lagi >>

'Demo sembelih ayam ancam ketenteraman' - Majlis Peguam

Posted: 10 Feb 2014 09:12 PM PST

 
Perhimpunan sekumpulan NGO yang menyembelih ayam dan melumurkan darahnya pada poster beberapa pemimpin politik serta minggu lalu adalah ancaman kepada ketenteraman awam, kata Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak bertanggungjawab seandainya tiada tindakan diambil ke atas kumpulan terbabit.

"Majlis Peguam berpandangan yang demonstrasi oleh sekumpulan NGO melibatkan penyembelihan ayam dan melumur darahnya pada sepanduk dengan gambar pemimpin politik tertentu termasuklah rujukan kepada peristiwa 13 Mei secara tersurat atau tersirat - adalah satu bentuk pengapi-apian dan ancaman kepada ketenteraman awam.

"Ia sangat tidak bertanggungjawab sekiranya pihak berkuasa tak ambil sebarang tindakan tegas dan segera," katanya pada sidang media pagi tadi.

Polis segera siasat kempen awal Anwar di Kajang..!!

Posted: 10 Feb 2014 09:00 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi ceramah dan kempen di Kajang sejak PKR mengumumkan beliau sebagai calon PRK penghujung bulan lalu. Gambar fail.Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi ceramah dan kempen di Kajang sejak PKR mengumumkan beliau sebagai calon PRK penghujung bulan lalu. Gambar fail.Polis memulakan siasatan terhadap calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum berkempen awal di Kajang, kata timbalan ketua polis Selangor.
Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pihaknya tidak menerima sebarang notis daripada Anwar berhubung kempen beliau di Kajang seperti yang dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Katanya, tindakan Anwar boleh disiasat mengikut akta tersebut kerana kempen rasmi PRK hanya boleh dilakukan selepas tarikh penamaan calon pada 11 Mac.
Beliau berkata, tindakan berkempen lebih awal melanggar undang-undang seperti yang termaktub dalam peruntukan yang harus dipatuhi semua pihak.
"Apa yang saya cakap adalah termaktub dalam undang-undang dan semua parti bertanding perlu mematuhinya, tiada yang terkecuali.
"Saya minta parti politik supaya mendapatkan permit polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya mengadakan perhimpunan atau ceramah," katanya dipetik daripada akhbar Berita Harian.
Anwar yang juga ketua pembangkang menganjurkan siri ceramah serta sesi bertemu rakyat di Kajang  untuk menjelaskan tindakannya bertanding di situ.
Read More / Baca Lagi >>

Form 'peaceful resistance' against racial, religious strife, says Ambiga

Posted: 10 Feb 2014 08:53 PM PST

Tunku is more than Bapa Kemerdekaan - TS Khalid Ibrahim

Posted: 10 Feb 2014 08:52 PM PST

Negara aman kerana pembangkang tak bertindak balas, kata PAS

Posted: 10 Feb 2014 08:51 PM PST

Anwar menang PRK Dun Kajang, Umno tiada harapan rampas Selangor

Posted: 10 Feb 2014 07:24 PM PST

EMY_5740 Sekiranya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti, harapan Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali negeri terkaya itu daripada Pakatan Rakyat (PR) bakal terkubur.
Anwar berkata, perkara itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebaik mengetahui beliau merupakan calon dalam PRK Kajang.
"Bila mengetahui, Umno terus adakan mesyuarat. Orang yang tengah tidur bangun balik sebab Anwar nak pergi Selangor. Tun Daim Zainuddin juga bangun dan bagi tahu kalau Anwar jaga Selangor, habislah Umno.
"Jadi Umno tengah fikir macamana nak sekat (tetapi) orang Kajang akan tentukan mereka mahu atau tidak," kata Anwar.
Beliau berkata demikian semasa program Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Kajang di Dataran Prima Saujana, Kajang baru-baru ini.
Kata Anwar lagi, Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berjaya membuktikan keupayaan PR dalam mentadbir kerajaan negeri jauh lebih baik dan berkesan berbanding BN sendiri sebelumnya.
Read More / Baca Lagi >>

Artikel Kajang: Polis siasat wartawan

Posted: 10 Feb 2014 07:23 PM PST

 
Wartawan fz.com Azril Annuar dipanggil polis bagi membantu siasatan terhadap artikel yang ditulisnya berhubung pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Azril diminta hadir ke ibu pejabat pois Kajang untuk siasatan pagi ini ekoran artikelnya pada 4 Februari berjudul "Analyst: Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?" di fz.com dan The Edge Financial Daily pada hari berikutnya.

Menurut Azril, beliau dimaklumkan bahawa kehadirannya hanya sebagai "formaliti" ekoran ketegangan politik di Kajang sejak  Lee Chin Cheh mengosongkannya dan memberi laluan kepada Anwar.

Portal itu juga melaporkan, terdapat juga laporan polis oleh Umno Selangor terhadap kenyataan Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli yang dimuatkan dalam artikel itu.

Seluruh tenaga PR perlu ke Kajang

Posted: 10 Feb 2014 06:50 PM PST

Pilihan raya kecil Dun Kajang 23 Mac ini bukan sebarang pilihan raya, atau pilihan raya kecil yang biasa, tetapi ia pilihan raya luar biasa, sangat besar makna dan kesannya. Oleh itu Pakatan Rakyat perlulah mengerahkan seluruh tenaga dan jenteranya untuk bertumpu ke Kajang.

Dengan seluruh jentera PAS, DAP dan PKR bertumpu Kajang untuk berkempen, ia akan menunjukkan kepada umum akan perpaduan dalam Pakatan Rakyat justeru PRK Kajang ini sangat luar biasa.

Kemenangan calon dari PKR, DS Anwar Ibrahim, adalah kemenangan Pakatan Rakyat. Maka itu setiap pendukung Pakatan Rakyat mestilah merasa dan memahaminya. Tidak patut ada sebarang alasan untuk tidak menyertai kempen tersebut, kecuali uzur syarie.

Pandangan saya ini berasaskan kepada keadaan yang wujud sekarang di mana sebarang keputusan PRK Kajang ini secara lansung atau tidak langsung akan menentukan kedudukan masa depan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang kini sedang menghadapi cabaran paling hebat dari Umno/BN.

Keputusan PRK Kajang ini juga akan membawa kesan kepada Pakatan Rakyat keseluruhannya di seluruh negara dalam menghadapi PRU ke-14 nanti. Jika kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kuat dan padu, tidak mudah ditembusi oleh sebarang anasir yang hendak melemahkannya dari dalam dan luar, maka Pakatan Rakyat seluruh negara akan terus kuat dan ia akan mampu melayari bahtera perjuangan hingga ke Putrajaya nanti.

Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 'Langkah Kajang' menggerunkan Umno-BN, kroni dan keluarga mereka sehingga ke peringkat menteri bertaraf veteran.

Selangor, adalah negeri terkaya di Asia Tenggara diketahui umum menjadi pusat ekonomi, pendidikan dan kebudayaan yang kaya hasil bumi dan sumber manusia. Maka itu ia menjadi permata idaman setiap parti politik.

Bayangkanlah jika ditakdirkan Umno/BN dapat menguasai Selangor dalam PRU akan datang, maka pendukung Pakatan Rakyat akan terkebil-kebil melihat kekayaan Selangor akan berada di tangan musuh politik Pakatan. Maka segala dasar dan perancangan yang disusun dengan baik oleh kerajaan Selangor selama ini untuk rakyat tidak akan tercapai. Pintu rasuah, penyelewengan dan pembaziranpun akan terbukan luas.

Oleh itu, pendukung Pakatan Rakyat jangan mengambil mudah cabaran yang dihadapi oleh calon Pakatan dalam pilihan raya kecil Dun Kajang. Hal ini kerana Umno/BN akan mengumpulkan segala jenteranya ke Kajang pada pilhan raya kecil nanti. Kita melihat para tokoh veteran BN sendiri telah memberikan perhatian kepada PRK Kajang ini, sementara saluran TV sudahpun memulakan kempennya.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Kedah tidak perlukan hiburan liar – Mapim

Posted: 10 Feb 2014 06:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Adalah tidak munasabah apabila kerajaan negeri menunjukkan minat menganjurkan Majlis Mahabbatur Rasul tetapi dalam masa yang sama membenarkan acara hiburan liar berlangsung.

"Kerajaan Negeri Kedah perlu menunjukkan dasar yang konsisten untuk memastikan rakyat tidak menjadi mangsa kepada pencemaran budaya," tegas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
.
Beliau menyatakan demikian sebagai bantahan kepada program anjuran EUPE Corporation Berhad iaitu pesta muzik besar-besaran yang diwar-warkan sebagai 'Pesta Muzik Pertama dan Terunggul di Utara Malaysia Serta Acara Persembahan Terbesar Malaysia' yang bakal diadakan  pada 1 Mac depan di taman air The Carnival Cinta Sayang Resort,  Sungai Petani.

Bantahan itu turut disokong oleh beberapa NGO sebagaimana di bawah.

Kami membantah dengan keras rancangan EUPE Corporation Berhad yang akan menganjurkan pesta muzik besar-besaran yang diwar-warkan sebagai "Pesta Muzik Pertama dan Terunggul di Utara Malaysia Serta Acara Persembahan Terbesar Malaysia" yang bakal diadakan  pada 1hb. Mac 2014 di Taman Tema Air "The Carnival" – Cinta Sayang Resort,  Sungai Petani.

Kami berpendirian masyarakat tidak wajar didedahkan dengan pesta muzik berskala mega yang hanya berunsur hiburan liar yang tidak melambangkan budaya kebangsaan negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Badan warisan gesa DBKL nilai sejarah Brickfields sebelum roboh kawasan lama

Posted: 10 Feb 2014 06:45 PM PST


Bangunan bersejarah 100 Quarters di Brickfields, Kuala Lumpur yang bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada bangunan pencakar langit. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Februari, 2014. Bangunan bersejarah 100 Quarters di Brickfields, Kuala Lumpur yang bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada bangunan pencakar langit. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Februari, 2014. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu merangka nilai warisan Brickfields sebelum meneruskan tindakan merobohkan 100 Quarters yang ikonik - sebuah perumahan kakitangan awam, kata Badan Warisan Malaysia (BWM).
Presiden BWM, Ar Laurence Loh, berkata bangunan dua tingkat di Brickfields itu menjadi rumah kepada penduduk selama 99 tahun, dan walaupun permukaannya nampak ringkas dan biasa, ia kaya dengan sejarah.
"Badan Warisan menyeru datuk bandar Kuala Lumpur supaya mengadakan satu moratorium atas pembangunan semula ini sehingga pemetaan budaya yang komprehensif dijalankan ke atas kawasan ini.
"Kita perlu berhenti sementara bagi mengelak peningkatan hakisan watak dan identiti KL, sebelum kita kehilangan sebab sebenar mengapa KL adalah destinasi menarik bagi bekerja dan bersantai, bagi penduduk dan pelawat sementaranya," katanya menerusi surat kepada The Malaysian Insider.
Dibina pada 1915, 100 Quarters mengandungi tiga deretan rumah sepanjang Jalan Chan Ah Tong, Lorong Chan Ah Tong dan Jalan Rozario – ia diduduki oleh pekerja Malayan Railways.
Kini, kawasan itu akan memberi laluan kepada tiga menara kediaman yang akan dibangunkan oleh syarikat dimiliki sebahagiannya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Malaysia Resources Corp Bhd (MRCB).
Pembangunan bandar dibayar dengan kos kehilangan sejarah estetik, dan penduduk lama serta baru berkata, kawasan tersebut sudah menjadi sebahagian besar identiti Brickfields.
"Pihak berkuasa dan pemaju tanah perlu faham apakah Brickfields sebenarnya. Kawasan ini sudah menjadi hub kebudayaan, perumahan serta spiritual," kata V Kanagasivam, presiden Temple of Fine Arts Malaysia yang terletak dua lorong dari kuarters tersebut.
"Itulah karekter Brickfields. Membina tiga menara 47 tingkat akan merosakkan karakter tempat ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kajang bukan sekadar bandar sate

Posted: 10 Feb 2014 06:45 PM PST

Sebut sahaja Kajang, tidak dapat tidak, perkara pertama yang datang ke fikiran ialah 'sate'.
Bagi mereka yang berjiwa sastera, mungkin teringatkan pantun yang diungkapkan bintang filem Nordin Ahmad dalam filem Melayu klasik Sri Mersing yang berbunyi "Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu."
Bukan sekadar pantun dan sate, Kajang yang terletak di daerah Hulu Langat, di bahagian timur Selangor kini menjadi tumpuan ramai kerana pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan pada 23 Mac depan.
PRK ini menjadi bertambah hangat apabila ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu.
Kekosongan kerusi DUN Kajang berlaku apabila ADUN daripada PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Jan.
Sehingga artikel ini ditulis, Barisan Nasional (BN) serta parti lain masih belum mengumumkan calon mereka.
Lokasi strategik
Bandar Kajang meliputi kawasan seluas 787.6 kilometer persegi dihuni sejumlah 311,000 orang. Dengan pengundi berdaftar terdiri 48.5 peratus Melayu (19,050 orang), 40.28 peratus Cina (15,823), 10.29 peratus India (4,040), 0.52 peratus lain-lain (203), 0.2 peratus bumiputera Sabah (78), 0.19 peratus bumiputera Sarawak (74) dan 0.03 peratus Orang Asli (10 orang), Kajang pastinya satu kawasan menarik, melangkaui sate dan kuah kacang yang popular di sini.
Kedudukan bandar ini agak strategik iaitu antara Kuala Lumpur, Putrajaya dan Nilai. Ia menjadi titik pertemuan beberapa lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kajang-Putrajaya dan Kajang Silk.
Pada 2017, Kajang akan menempatkan stesen terakhir kereta api MRT (Transit Laju Massa) yang akan menjadikan akses kepada bandar ini lebih mudah.
Berbanding tempoh 20 hingga 30 tahun lalu di mana Kajang hanyalah sebuah pekan kecil, ia kini sudah berkembang menjadi pusat perniagaan yang semakin penting.
Banyak kedai serta kemudahan boleh didapati di bandar ini menjadikan saban hari bandar ini penuh sesak dengan kenderaan serta pengunjung yang datang dari luar Kajang.
Pertumbuhan pesat bandar ini boleh dilihat dengan pembukaan taman perumahan baharu, antaranya Saujana Impian, Prima Saujana dan Sutera Residence.
Pesat membangun
Read More / Baca Lagi >>

Apa agaknya tindakan Tunku Abdul Rahman tatkala ketegangan kaum marak?

Posted: 10 Feb 2014 06:41 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim bercerita pengalamannya bersama allahyarham Tunku Abdul Rahman di forum memperingati perdana menteri pertama Malaysia itu di Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Februari, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim bercerita pengalamannya bersama allahyarham Tunku Abdul Rahman di forum memperingati perdana menteri pertama Malaysia itu di Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Februari, 2014.Jika Tunku Abdul Rahman masih hidup, pasti beliau akan hampa dengan elemen yang cuba memisahkan rakyat Malaysia kini.
Perdana menteri Malaysia yang pertama itu menggelar dirinya ketua negara paling bahagia di dunia; namun sekiranya beliau masih di sini, tentu beliau menjadi rakyat paling sedih, melihat ketegangan kaum di Malaysia.
Legasinya iaitu perpaduan rakyat kini terancam dan ahli panel forum memperingati hari lahir Tunku ke-111 semalam di Kajang berkata, Malaysia perlu menjamin bahawa legasi Tunku di negara ini tetap utuh demi memastikan perpaduan rakyat.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata Tunku mahukan keamanan, kasih sayang serta harmoni yang kurang diberi perhatian sejak akhir-akhir ini.
"Malaysia tidak pernah menjadi begitu terpisah, sejak 8 atau 9 bulan lalu keadaan kita semakin teruk. Forum hari ini adalah untuk memperingati apa yang kita bina selama 56 tahun demi membangunkan negara.
"Pasti Tunku mahu lihat rakyat Malaysia bersatu. Adakah Malaysia lebih bersatu hari ini atau lebih terpisah? Adakah isu perkauman dan keagamaan semakin dipolarisasikan," katanya.
Ahli politik veteran itu berkata, ketika pentadbiran Tunku dahulu, beberapa langkah sivik serta lemah lembut daripadanya kini sering dilupakan.
Datuk Ambiga Sreenevasan menggelar Tunku, perdana menteri untuk semua dan berkata, bapanya serta rakan sekerjanya adalah di antara mereka yang mendapat ilham daripada pemimpin keturunan diraja Kedah itu untuk bekerjasama membangunkan negara.
"Pada waktu itu semangat nasionalisme semakin tinggi dan apa yang mengilhamkan rakyat untuk bekerja demi negara adalah Tunku. Beliau membuat semua orang rasa selesa dan mencintai negara serta menegaskan kepentingan membangunkan negara," katanya.
Apa agaknya kata Tunku jika melihat keadaan Malaysia hari ini?
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Mad, tol dan nafikan TYT Taib!

Posted: 10 Feb 2014 04:50 PM PST

Ahmad Lutfi Othman
Walaupun tidak ada dalam perancangan asal dan tidak sempat mengatur temu janji, petang Selasa lalu, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Ahmad Yakob balik semula ke pejabatnya di Kota Darulnaim, mencuri waktu untuk menemui kami.
Saya, Ketua Pegawai Operasi Harakah, Mohkhtar Rozaidi dan wartawan Arif Juhani berkunjung ke Kota Bharu, 4 Februari, bukan untuk mencari berita eksklusif -- apatah lagi untuk menelek situasi politik dalaman PAS yang didakwa sebuah portal berita  sebagai bermasalah -- tetapi dalam rangka meneliti peluang untuk meningkatkan lagi rangkaian pengedaran Harakah.
Ustaz Ahmad, sepatutnya menyambut ulangtahun ke-64 pada 1 Februari lalu, kelihatan tenang, tulus dan sederhana sekali, juga menyembunyikan kepenatan di wajahnya. Sayang, saya sendiri pula yang agak uzur, sehingga tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sesi pendek wawancara itu yang diatur pantas Setiausaha Politik MB, Wan Nik Wan Yusof.

Tengahari esoknya, semasa berbincang panjang dengan seorang pegawai kanan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), beliau menceritakan pengalaman awalnya berurusan dengan Ustaz Ahmad dalam suatu mesyuarat.
Katanya, semasa memaklumkan pembinaan projek baru perumahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, Ustaz Ahmad terus bertanya, ke mana penduduk di situ hendak ditempatkan. Dan apabila diberitahu jumlah pampasan, Menteri Besar mahu penempatan baru dibina terlebih dahulu sebelum mereka dipindahkan.
"MB cukup prihatin nasib rakyat, terutama yang berpendapatan rendah. Dia akan segera menghubungi wakil rakyat tertentu sebaik mendapat tahu  ada penduduk yang ditimpa musibah, seperti kebakaran, dengan menghantar bukti gambar yang dirakamnya sendiri daripada paparan akhbar melalui telefon bimbitnya," tambah pegawai berkenaan.
Ustaz Ahmad turut menekankan soal pelaksanaan undang-undang syariah semasa bercerita pengalaman rombongan kerajaan Kelantan yang diketuainya semasa menghadap Sultan Brunei tidak lama dulu. Beliau sendiri menzahirkan penghargaan kepada baginda di atas komitmen tinggi kerajaan Brunei untuk mula melaksanakan hukuman takzir, April depan.
Ketika mengunjungi anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr Mohd Fadzli Hassan, yang turut sama dalam rombongan itu, beliau memberitahu kami bahawa Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan oleh Dun Kelantan juga menjadi sumber inspirasi kepada kerajaan Brunei.
"Pada 2006, mereka (rombongan Brunei) datang ke Kelantan untuk belajar mengenai sistem perundangan Islam dan apabila dibawa balik ke Brunei, mereka melakukan penambahbaikan dan meneliti suasana yang sesuai dengan keadaan masyarakat di sana," ujar Dr Fadzli.
Read More / Baca Lagi >>

Conduct Unbecoming seorang Menteri

Posted: 10 Feb 2014 04:45 PM PST

Dalam suatu artikel yang terdahulu saya ada menyebut sedikit mengenai Tun Dr Ismail. Kita boleh membaca sedikit mengenai nya melalui buku The Reluctant Politician. Saya hanya menceritakan hal Tun Dr Ismail, dari penyampaian seorang yang berkerja lama denngan Tun Dr Ismail. Kepentingan tokoh seperti Tun Dr Ismail bukan terletak kepada usaha untuk 'membesarkan' perwatakan Tun Dr Ismail- tapi sebagai sumber pengajaran2 kepimpinan.
Apa yang kita boleh pelajari? Tun DR Ismail elok dijadikan contoh bagaimana seorang pemimpin dan orang yang berkuasa 'conduct' atau menggayakan diri nya sebagai pemimpin.  Seorang pemimpin mesti conduct dirinya honourably ketika berurusan dengan rakyat at all times.
Jika dari sudut Islam, yang lebih penting ialah bagaimana menggayakan dii atas prinsip Islam dan bukan menggayakan dirinya sebagai Muslim. Hari ini, perbezaan antara Islam dan Muslim amat ketara dan diperlukan. Gaya Muslim tdiak semestinya gaya yang Islam kehendaki.
Hari ini, ramai orang Melayu memperagakan diri mereka sebagai Muslim, tapi kurang menegakkan prinsip Islam. Mereka menonjolkan diri mereka sebagai seorang Muslim melalui pertuturan, pakaian, mengiklan diri mereka. Tapi perlakuan mereka tidak ikut prinsip Islam.
Islam itu agama keamanan. Namun ramai pula diantara kita menonjolkan perangai ganas bila berinteraksi sesama manusia.
Melaksanakan konsep dan idea keadilan misalnya, lebih penting dari menggayakan diri sebagai Muslim yang bersongkok, berkopiah dan berjubah dan memekik slogan sana sini.
Dalam konteks ini , elok orang Melayu yang beragama Islam mengetahui bahawa Harvard University Law School meperakui tinggi nya bagaimana melaksanakan idea keadilan. Universiti tersebut memuliakan prinsip yang terkandung dalam Quran 4:135. Ayat tersebut menyeru semua orang menjadi penegak keadilan seperti yang dikehendaki oleh Allah dan menyekat diri dari bertindak ikut suka selera peribadi.Mungkin Zahid Hamidi yang tahu serba sedikit mengenai agama Islam, mengambil perhatian mengenai perkara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tol patut dihapuskan, syarikat konsesi untung berganda

Posted: 10 Feb 2014 04:41 PM PST

1. Rakyat kononnya digembirakan dengan pengumuman tol yang tidak dinaikkan. Tetapi sebenarnya ia berita buruk kerana kerajaan terpaksa menggunakan duit rakyat juga untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi. Ertinya syarikat konsesi tetap untung dan rakyat juga terpaksa menanggung secara tidak langsung. Bukan sahaja syarikat konsesi untung menerusi pampasan tetapi mereka juga telah mendapat untung berganda daripada servis jalan raya yang melibatkan keperluan rakyat.

2. Rakyat berhak menuntut bukan sekadar kadar tol tidak dinaikkan tetapi sebaliknya diturunkan dan seterusnya dihapuskan kerana syarikat konsesi telah mengutip laba berganda yang tidak pernah rugi kerana perniagaan jalan bertol ini.

3. Hal ini kerana perniagaan lebuh raya bertol adalah perniagaan perkhidmatan seperti perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Digi, Celcom, Yes4G dan Umobile. Ia mendatangkan profit margin (jurang keuntungan) yang tinggi. Menurut laporan kewangan 2013 Litrak Bhd yang mengendalikan Lebuhraya Damansara - Puchong [LDP] dan Sprint, profit margin menghampiri 49 peratus. Menurut Maybank Investment Bank Research, Kesas juga mencapai keuntungan pula mencecah 121 peratus secara cumulative annual growth rate atau CAGR daripada 2008 ke 2012.

4. Lebih daripada itu, pertambahan pengguna jalan bertol yang semakin meningkat bererti keuntungan yang sentiasa meningkat dan bertambah tanpa risiko kerugian.

6. Jika sebelum ini rakyat mempunyai alternatif memilih jalan tidak bertol untuk sampai ke destinasi tapi tidak lagi pada hari ini. Lebuh raya bertol bukan satu pilihan mewah untuk rakyat tetapi adalah satu keperluan bagi mengelakkan kesesakan, menjimatkan masa dan kos penggunaan minyak. Malah lebuh raya bertol sendiri pun sesak apatah lagi jalan biasa.
Read More / Baca Lagi >>

KM Sarawak: Alfred Jabu buat kejutan?

Posted: 10 Feb 2014 04:10 PM PST

Jabu yang paling lama berkhidmat di bawah Taib

KUCHING : Ketika semua perhatian tertumpu kepada tiga, malah empat sekarang, nama pemimpin Islam Sarawak yang diwar-warkan bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak, tidak ramai tahu bahawa timbalan ketua menteri negeri itu, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, mungkin membuat kejutan.
Selain satu-satunya timbalan ketua menteri, Jabu, seorang Iban dan beragama Kristian, juga merupakan timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang begitu lama berkhidmat di bawah Taib yang akan bersara dalam beberapa hari.
Sehingga semalam Jabu adalah satu-satunya pemimpin yang sentiasa mempunyai senyuman paling lebar dan manis di sisi Taib dalam beberapa hari kebelakangan ini. Kenapakah beliau begitu girang?
Taib pula sudah menyatakan semalam "tiada kejutan". Apakah maknanya kenyataan "tiada kejutan" itu? Apakah ia bermakna timbalan ketua menterinya, Jabu, akan secara semulajadinya mengambil-alih jawatan ketua menteri sehingga pilihanraya umum negeri yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang sehingga 2016 ini?
Semua pemerhati politik Sarawak dan Semenanjung malahan para pemerhati dari menara gading seolah-olah telah mengenepikan sama sekali peluang seorang pemimpin Iban, golongan majoriti di Sarawak, sebagai ketua menteri!
Ini sangat menyedihkan kerana masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak pun ingin melihat sekali lagi seorang pemimpin Iban memegang tampuk pemerintahan negeri kenyalang yang terkenal dengan budaya Dayak itu.
Tiga menteri Sarawak yang sering dipahat dalam media cetak, elektronik mahupun maya sebagai pengganti Taib yang paling layak dan afdal ialah Tan Sri Adenan Satem, Datuk Amar Abang Johari Open dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Nama keempat pemimpin Islam yang mula dijaja media semalam ialah Datuk Mohd Effendi Norwawi, seorang bekas menteri persekutuan.
Nama Jabu anak Numpang dari Betong langsung tidak disebut.
Para pemerhati politik dari negeri jiran Sabah juga hairan dengan keganjilan yang sedang melanda minda Sarawak, mengetepikan sama sekali seseorang dari golongan majoriti di negeri itu sedangkan dia sedang memegang jawatan nombor dua paling tinggi, selayaknya naik ke tempat paling atas mengikut norma biasa.
Kalau tidak, buat apa Jabu jadi timbalan ketua menteri Sarawak selama ini?
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Elaun kebajikan ditamatkan JKM..!!

Posted: 10 Feb 2014 04:04 PM PST


ZULKIFLI menunjukkan dokuman OKU miliknya ketika ditemui Kosmo! di rumah di Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan kini dihimpit kesusahan ekoran bantuan elaun yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditamatkan tanpa sebarang notis.
Berikutan keadaan itu, Zulkifli Jaidin, 44, dan isterinya, Teh Faridah Muhammad, 31, terpaksa menyerahkan anak sulung mereka Nurul Fatin Zulaikha, 5, kepada saudara terdekat.
Seorang lagi anak, Nur Farah Zarihah, 2, pula terpaksa hidup susah bersama mereka.
Zulkifli mendakwa, bantuan elaun sebanyak RM300 sebulan yang diterimanya sejak 2008 itu ditamatkan pada Ogos tahun lalu manakala elaun isterinya pada bulan ini dengan alasan mereka sudah mempunyai pendapatan tetap sebagai tukang urut.

40 maut di Syria

Posted: 10 Feb 2014 03:56 PM PST

BEBERAPA orang membawa barang-barang mereka untuk berpindah dari Homs, Syria kelmarin.


DAMSYIK - Seramai 40 orang maut termasuk 20 orang awam yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dalam satu serangan oleh sekumpulan penentang anti-Presiden Bashar Al-Assad di sebuah perkampungan di tengah Syria kelmarin.
Beberapa aktivis hak asasi manusia berkata, serangan lewat kelmarin yang berlaku di perkampungan Maan yang terletak di tengah wilayah Hama menyebabkan 20 orang pejuang yang mempertahankan penempatan itu maut.
Seorang aktivis, Rami Abdurrahman berkata, seramai 20 orang awam termasuk enam orang wanita antara yang turut terkorban dalam serangan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Syrian city still under siege

Posted: 10 Feb 2014 03:51 PM PST

Get Rea!: Missing in Malaysia

Posted: 10 Feb 2014 03:47 PM PST

Tentera Syaitan Assad: Mereka Bernama Islam Tapi Lebih Kejam Dari Yahudi Laknatullah

Posted: 10 Feb 2014 03:46 PM PST

PBB: Anak-anak Suriah Disiksa & Diperkosa Pasukan Presiden Assad

Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB), disebutkan bahwa sejumlah anak di Suriah ditangkap pasukan Presiden Assad karena dicurigai punya hubungan dengan kelompok oposisi. Para bocah yang ditahan itu disiksa dan menjadi korban penderaan seksual.

"Anak-anak yang ditahan dilaporkan dipukuli dengan 
kabel logam dan tongkat kayu, dicambuk, dan disengat listrik, atau disundut rokok, serta mengalami kekerasan seksual, termasuk pemerkosaan dan ancaman pemerkosaan," demikian yang tertulis dalam laporan PBB, seperti dimuat Guardian, Kamis (6/2/2014).
PBB juga menyatakan pihaknya kerap menerima laporan kekerasan dan pelecehan seksual tersebut, namun mereka sulit untuk menyelidiki ke lokasi, karena akses mereka.

Disebutkan juga bahwa pasukan Assad dan kelompok oposisi memperdayakan anak-anak untuk berperang. Namun PBB belum bisa mengonfirmasi hal tersebut.
Sekjen PBB Ban Ki-moon mengatakan, anak-anak Suriah menjadi obyek kekerasan dan menderita selama perang saudara di Suriah.

"Harus diambil langkah cepat untuk melindungi dan menegakkan hak-hak asasi manusia kepada para anak di Suriah. Penderitaan mereka tak bisa kami terima dan tak masuk akal," tegas Ban, seperti dikutipReuters.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berkantor di London melaporkan, jumlah korban tewas di Suriah sampai akhir Januari 2014 mencapai sedikitnya 136.227 orang.
Kepala lembaga tersebut, Rami Abdel Rahman, mengatakan bulan Januari 2014 merupakan salah satu bulan yang paling berdarah sejak konflik dimulai bulan Maret tahun 2011. (Riz/Ein)-news.liputan6.com
-Lihat video di bawah bagaimana kanak-kanak dijadikan sasaran tentera Syaitan Asad



Masjidpun Di Bom
Bom Hancurkan Masjid di Suriah, 11 Orang Tewas
Read More / Baca Lagi >>

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SATU PERCUBAAN

Posted: 10 Feb 2014 07:06 PM PST



SATU PERCUBAAN


about an hour ago

...dah sedie maklum nt from Mobile maklum, kau pun tau aku dah ade gf..so start tahun ni tak ade lagi name aku kat senarai gagalist, tq..
Chat Conversation End


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SILA TEKA... DARI SIAPA INI?... kah kah kah

LAGI SUARA GAGALIS

Gua tak perlu 14 Februari untuk Hari Kekasih. Tiap-tiap hari di celahan hiruk-pikuk dan rencam manusia ini adalah Hari Kekasih buat gua. Selamat berjuang para gagalis: 

PENGUMUMAN
senarai gagalis akan mucul
dalam pada hari kahamis ini
masih ada masa untuk berusaha


-----------

AWAS! BETUL KERANA APA?

Posted: 10 Feb 2014 06:58 PM PST







KOMENTAR TUKAR TIUB
sikap seorang pemimpin yang wajib di contohi

tapi awas
keputusan itu di terima kerana ianya betul
bukan kerana keputusan itu betul
kerana di keluarkan oleh majlis presiden

kalau keputusan menjadi betul
kerana ikut majlis presiden
maka keputusan pemuda pas ini adalah silap


MB Selangor: Pemuda PAS tukar nada

 | February 7, 2014
Pihaknya terpaksa akur jika perkara itu diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS tidak menolak kemungkinan akan menyokong Ketua Umum PKR  Anwar Ibrahim sebgai Menteri Besar Selangor menggantikan penyandangnya,  Abdul Khalid Ibrahim.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya terpaksa akur jika perkara itu diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
"Tak sokong (sebelum ini) sebab belum ada keputusan daripada Majlis Presiden (Pakatan Rakyat).
"Kalau sudah ada keputusan dibuat kita akur keputusan pimpinan parti.



------------

AL-FATIHAH

Posted: 10 Feb 2014 06:22 PM PST




AL-FATIHAH
STUART HALL 1932-2014
pemikir intelektual kiri

KESAH NYA
ketika itu aku bekerja sebagai pelayan
disebuah restoran
152 shaftbury avanue 
diwilayh soho london

aku bekerja  di restoran 
masakan melayu minang indonesia
ertinya masakan yang menggunakan lada

stuart hall
berasal dari jamica
warga jamaica juga menggunkan lada
malah lebih pedas dari masakan melayu
ertinya lidah dan cita rasa 
warga jamaica
tahu menikmati masakan melayu

satu malam sang profesor dengan kawan
mungkin juga seorang profesor
tapi lebih muda
mungkin anak pelajar

ujung minggu kota london
agak susah untuk mendapatkan meja makan
bila aku ternampak stuarat hall di tepi pintu
aku terus menyediakan meja
walau pun dia tidak ada booking

kami tidak pernah berkenalan
tetapi sebagai anak mahasiwa kota london
mustahil tidak mengenali intelektual besar
saperti stuart hall

aku melayan si profesor ini
dia memesan
satay
sambal ikan rendang sayur campur

kemudian
aku memula kesah melayan sang profesot

aku menerangkan 
kepada sang professor bahawa
bahawa
aku telah menenemui satu teori
kenapa kaum buruh
tidak lagi bangun memberontak

mata sang profesor terbuka luas
dia tersenyum
aku mengundur dari mejanya
untuk melayan meja yang lain

aku perhatikan sang profesor
menanti jawapan
menunggu teori dari aku

aku menghampiri mejanya
lau berkata
' profesor, now it's almost past midnite
i've been working since 11 in the morning
the working class is really tired and fatique
for revolution
i need to rest and sleep'

'tuan profesor, jam telah melintasi tengah malam
saya telah bekerja dari jam 11 pagi
sebagai kelas buruh saya terlalu letih
untuk berevolusi
saya perlu rehat dan tidur'

KEMUDIAN
aku selalu menceritakan kesah ini
kepada kawan kawan lain dalam kampus
semuanya ketawa 
'kau gila isham - kau ganggu dia'

KELMARIN
aku terbaca sang profesor ini
telah meninggal dunia
al-fatihah

-----------

WAHAI BANI MELAYU

Posted: 10 Feb 2014 05:50 PM PST



 ANTARA DUA INI SIAPA YANG MENYAMAR



PRK Kajang: Anwar Cuba Berlagak Hero - ZambryTerkini

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak,  Zambry Abdul Kadir mendakwa  Anwar Ibrahim cuba berlagak sebagai hero dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang yang telah disengajakan itu.
WAHAI BANI KETUANAN MELAYU
lihat gambar diatas betul betul
lihat rapi rapi
buka mata
celikan mata

berlaku jujur pada diri sendiri
parti tuan hamba
parti united malays national organisation
berimankan ketuanan melayu

kerana parti ini
berimankan ketuanan melayu
maka ahli parti tuan hamba
pastilah dari bani melayu

lalu timbul soalan hakiki
adakah gambar di atas  muka melayu?
ini solaan hakiki
untuk kurun ini

satu gambar anak lerlaki india
satu lagi gambar anak lelaki yang mengaku melayu

pilih mana yang jujur
pilih mana yang menyamar
siapa yang india
siapa yang menyamar melayu


---------

SAEKOR LAGI EEE

Posted: 10 Feb 2014 05:18 PM PST





PEMFAILAN ADUAN KEPADA LEMBAGA DISIPLIN UNTUK PENGAMAL UNDANG-UNDANG

Adalah dimaklumkan bahawa anak guam saya,  Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, hari ini telah memfailkan satu aduan kepada Lembaga Disiplin untuk pengamal undang-undang terhadap  Muhammad Shafee bin Md Abdullah.

Aduan ini dibuat kerana Shafee telah salah laku dan melanggar seksyen 94(3)(d) Akta Profesion Undang-Undang 1976 di mana Shafee telah melanggar, antara lain, Peraturan 3, 4, 5, 10, 16, 17, 18, 28, dan 36 Peraturan (Amalan dan Etika) Profesion Guaman 1978 dengan menerima fiat Peguam Negara untuk bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam kes Mahkamah Rayuan terhadap anak guam saya.

Salahlaku Shafee ini melanggar peraturan etika profesional di mana seseorang peguam tidak boleh berada di dalam keadaan percanggahan kepentingan dan tidak boleh memiliki kepentingan sendiri di dalam hasil sesuatu kes. Di dalam kes ini, Shafee telah dilantik oleh Peguam Negara walaupun Shafee berada di rumah Najib Razak pada hari Saiful Bukhari hadir untuk "membuat aduan"; Shafee sering dilantik sebagai peguam kepadaNajib, Rosmah dan  Mahathir; dan Shafee sendiri tahu tentang salahlaku Peguam Negara.

Walau apa pun yang berlaku esok di dalam kes untuk menyingkirkan Shafee dari terus bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam kes rayuan Fitnah 2, anak guam saya akan meneruskan dengan aduan beliau ini demi kemaslahatan umum.

Bersama-sama kenyataan ini disertakan aduan yang dimaksudkan.

SIVARASA RASIAH
Peguam Anwar Ibrahim

SHAFEE

-----------

SANG BANGANG KENA TIPU

Posted: 10 Feb 2014 06:00 AM PST





DARI FACE BOOK





Apabila pembelot kena kencing dgn UMNO-BN
Like ·  · Share



-----------

KESAH DUA EKOR BADAK

Posted: 10 Feb 2014 05:00 AM PST




Isteri pemimpin negara perlu kuasai teknologi maklumat, kata isteri TPM


Isteri pemimpin negara perlu menguasai bidang teknologi maklumat termasuk penggunaan media sosial bagi memantapkan lagi peranan mereka dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, kata isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (gambar).

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KAH KAH KAH.... kah kah kah..

kah kah kah..SAEKOR LAGI BADAK SAMPAI.... kah kah kah..

kah kah kah..TAK KAN TAK ADA YANG SLIM CUN.... kah kah kah..

kah kah kah... SEMUANYA MENIRU ROSMAH.... kah kah kah...

NOTA
jantan terseksa 
ialah jantan berkuasa
jantan berduit
tapi berbinikan badak
bahaya untuk negara
kah kah kah

BADAK PERGI
BADAK DATANG

---------

NASI PANGGUNG KELMARIN

Posted: 09 Feb 2014 11:49 PM PST



.

PETANG KELMARIN

NASI PANGGUNG KELMARIN
Petang ahad ujung minggu
Jalan Panggung terus meriah
meraikan wargakota tanpa rumah
meringankan beban, keluh kesah 
mereka yg dihimpit kerakusan kota

Menu dan para penyumbang hari ini:-
Tim Dapur Jalanan - Roti Benggali // Kari Ayam 
Tim Syed Syahir - Roti Canai // Air Mineral
Tim Ohana MSU - Baju bundle
Mujahid sekeluarga - Skewer Ayam
Shahril dari  gombak - Roti Canai
Pyanhabib the towkey air

MEMBANTU
Para penyumbang tenaga; yang sibuk, buat sibuk, buat ramai :-
Ikhwan the master chef, Faz, Nabilah, Fizi
Hazman, Fadhil, Farhan dan kawan-kawan dari MSU
Farhan, Azizah dan kawan-kawan UPM
Mujahid sekeluarga, Awek2 dari UIA, Syuhada dan Nadiah, Nazrin dari Kuantan
Pyanhabib, Rara SAMM, Buyong dan mamat-mamat dari Geng Kotak & APBM 
serta kawan-kawan yg sama-sama hadir memeriahkan Jalan Pangggong!

PARA PEMBANTU

TERIMA KASIH! TERIMA KASIH!
adik, abang, kakak, awek dan semua
jemput datang ke Jalan Panggung
Minggu depan kita berdapur lagi

 maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL 

yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan
   1479-0000917-05-1 spkl collective

 yang ingin sama-sama potong bawang, potong atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
  Pakwan = 019-257-12-85  
Hadikhalid = 012-664-88-73

---------

MENNGHINA PEMIMPIN MELAYU ISLAM

Posted: 09 Feb 2014 10:00 PM PST






MENGANCAM 
KESELAMATAN NEGARA

Bagaimana Jika Ada Pihak Tawarkan RM1200 Untuk Botakkan Rosmah Mansor?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam keras kenyataan 'kurang masak' Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi dalam isu tawaran tampar ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Ketika banyak pihak menggesa tindakan sewajarnya terhadap kumpulan yang membuat tawaran melampau berbentuk ugutan itu, Zahid tanpa rasa bersalah mempertahankan kumpulan tersebut dan menganggap tawaran tampar itu bukan suatu ancaman keselamatan.


Apakah Zahid Hamidi buta undang-undang? Atau sebenarnya ada dua set undang-undang maka itulah jawapan terbaik seorang menteri?

Jika benar tawaran menampar itu bukan satu ancaman keselamatan, maka oleh kerana sikapnya yang sering membazir wang rakyat, bagaimana jika ada pihak yang menawarkan RM1200 kepada sesiapa yang berjaya membotakkan kepala Rosmah Mansor? SAMM percaya ini juga bukan satu ancaman keselamatan jika hukum mantik yang sama terpakai.

SAMM juga ingin memberi nasihat percuma kepada para menteri, janganlah perbodohkan rakyat kelak rakyat pula akan perbodohkan kamu dengan pelbagai gelagat termasuklah flashmob dan klip video lucu.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

MENGHINA PEMIMPIN MELAYU ISLAM
MENGHINA KAVITA KAUR

----------