RAKYAT MARHAEN |
- Kenapa orang Cina tolak BN?
- TS Taib Mahmud berpesan, "lindungilah Sarawak dari......."
- Dr Aziz Bari: Taib tak kebal walau jadi TYT
- Wujud konflik kepentingan jika lantik Shafee dalam rayuan kes liwat Anwar
- 'Demo sembelih ayam ancam ketenteraman' - Majlis Peguam
- Polis segera siasat kempen awal Anwar di Kajang..!!
- Form 'peaceful resistance' against racial, religious strife, says Ambiga
- Tunku is more than Bapa Kemerdekaan - TS Khalid Ibrahim
- Negara aman kerana pembangkang tak bertindak balas, kata PAS
- Anwar menang PRK Dun Kajang, Umno tiada harapan rampas Selangor
- Artikel Kajang: Polis siasat wartawan
- Seluruh tenaga PR perlu ke Kajang
- Rakyat Kedah tidak perlukan hiburan liar – Mapim
- Badan warisan gesa DBKL nilai sejarah Brickfields sebelum roboh kawasan lama
- Kajang bukan sekadar bandar sate
- Apa agaknya tindakan Tunku Abdul Rahman tatkala ketegangan kaum marak?
- Ustaz Mad, tol dan nafikan TYT Taib!
- Conduct Unbecoming seorang Menteri
- Tol patut dihapuskan, syarikat konsesi untung berganda
- KM Sarawak: Alfred Jabu buat kejutan?
- Malaysia Kita: Elaun kebajikan ditamatkan JKM..!!
- 40 maut di Syria
- Syrian city still under siege
- Get Rea!: Missing in Malaysia
- Tentera Syaitan Assad: Mereka Bernama Islam Tapi Lebih Kejam Dari Yahudi Laknatullah
Posted: 10 Feb 2014 09:21 PM PST MCA berada di luar kabinet merugikan orang Cina. Begitu juga dalam PRU 2013. Orang Cina tetap memilih DAP. Sekali lagi BN gagal dapat majoriti dua pertiga. Pada tahun 2009, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) apabila BN gagal mendapat majoriti dua pertiga. Sebaliknya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meletakkan jawatan walaupun BN gagal meraih majoriti dua pertiga. Alasannya prestasi Umno semakin baik. Yang teruk MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Bukan sahaja MCA kalah teruk sebaliknya MCA enggan menerima jawatan dalam kabinet. Ini menyebabkan kerajaan BN didominasi oleh orang Bumiputera (termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak). Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gembira suasana ini kerana orang Cina tidak ada dalam kabinet. Selama ini orang Cina sering menjadi rakan kongsi politik. Katanya, MCA berada di luar kabinet merugikan orang Cina. Inilah bezanya orang Cina di zaman Dr Mahathir dengan zaman Pak Lah. Ketika Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno pada tahun 1998, BN tetap menang majoriti dua pertiga kerana orang Cina tetap menyokong BN pimpinan Dr Mahathir. Sebaliknya peluang perniagaan di zaman Pak Lah dilihat susah cari makan. Maka orang Cina meninggalkan BN pimpinan Pak Lah dan menyokong Pakatan Rakyat. Walaupun MCA berkempen jika mengundi Pakatan bermakna menyokong hudud PAS, orang Cina tetap menyokong Pakatan Rakyat. Zaman Dr Mahathir orang Cina dapat peluang berniaga walaupun yang ada dapat permit orang Melayu, tetapi yang dapat sewa permit itu orang Cina. Yang dapat tender orang Melayu, yang dapat subkontrak itu orang Cina. Maka orang Cina tetap mewah di zaman Dr Mahathir. Pak Lah berbangga dapat jimatkan wang rakyat tetapi orang Cina terseksa kerana tak dapat peluang subkontrak lagi bila orang Melayu tak dapat tender direct nego lagi di zaman Pak Lah. Betul kata Dr Mahathir, buat apa ada duit banyak, kalau duit itu tidak dibelanjakan. Bila sesuatu projek dibuat, semua bisnes berkembang, bisnes restoran, bisnes dobi, bisnes kedai tayar, bisnes hardware, maka semua peniaga dapat limpahan dari projek ini. Kalau sekadar berbangga menyimpan duit yang banyak, rakyat yang rugi kerana duit tidak dapat bertukar tangan sesama mereka. TPM Cina? | |
TS Taib Mahmud berpesan, "lindungilah Sarawak dari......." Posted: 10 Feb 2014 09:19 PM PST TS Taib Mahmud akan bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak dan pengumuman persaraan beliau telah membawa banyak spekulasi politik yang begitu liar kadangkalanya. Beliau akan bersara hujung bulan ini selepas mengetuai kepimpinan negeri itu selama 33 tahun. TS Taib telah berkuasa begitu lama dan beliau telah berpegang kepada kuasa rakyat yang memandatkan beliau melalui BN Sarawak sejak lebih dari tiga dekad. Salah satu isu yang timbul akhir-akhir ini Taib telah dikatakan berpesan supaya kepimpinan yang baru menjaga Sarawak dan mesti mempertahankan Sarawak 'at all cost'. Ia bermakna Sarawak mesti mengekalkan apa yang sedia ada dengan tiadanya UMNO menyusup masuk ke Sarawak. Sarawak sememangnya berbeza dengan Sabah dan tidak ramai yang memahami Sarawak dengan rapi. Sarawak mempunyai identitinya tersendiri sebagai sebuah negeri yang tidak wujud parti UMNO, parti yang menguasai Kerajaan Persekutuan. Sarawak terkenal sebagai sebuah negeri yang tidak boleh dibolosi oleh UMNO sejak dari dulu, tidak ada parti dalam BN Sarawak berada di Semenanjung. Malahan tidak pernah kita melihat perhubungan sesebuah parti dalam Sarawak dengan parti-parti di Semenanjung selain dari melalui mesyuarat dan perbincangan dalam pimpinan BN Persekutuan. UMNO pernah mencuba untuk mengembangkan sayapnya di Sarawak melalui beberapa orang pimpinan persekutuan dari Sarawak dan kesemua diantara mereka yang mencuba untuk membawa UMNO di Sarawak telah menerima ajal politik mereka dengan mudah dan senang. Di Sarawak UMNO adalah sebuah parti yang seolah-olah dianggap sebagai parti pembangkang. DAP mampu masuk ke Sarawak dan telah memenangi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu dua kerusi Parlimen, tetapi tidak UMNO. PAS telah berjaya menubuhkan cawangan di Sarawak. Semuanya ini adalah kerana kekentalan Taib Mahmud menolak kemasukan UMNO itu dengan jelas dan nyata. Seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan untuk bertapak di negara ini, UMNO seolah-olah diharamkan bertapak di Sarawak. Justeru isu samada UMNO akan masuk ke Sarawak selepas pengunduran Taib Mahmud nanti menjadi tajuk yang besar dan perbincangan dan pemikiran rakyat sehari dua ini. Abang Abu Bakar benar-benar terbakar politik beliau kerana cuba membawa masuk UMNO ke negeri kenyalang itu pada suatu ketika dahulu. Justeru adalah menjadi keyakinan ramai yang UMNO tetap di 'haramkan' untuk bertapak di Sarawak kerana ia akan membenamkan politik mana-mana individu yang cuba untuk membawa UMNO ke Sarawak. Read More / Baca Lagi >> | |
Dr Aziz Bari: Taib tak kebal walau jadi TYT Posted: 10 Feb 2014 09:16 PM PST Menjadi gabenor negeri tidak semestinya menjadikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kebal daripada sebarang pendakwaan, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. Menurut Abdul Aziz, walaupun sembilan raja Melayu kebal dari sebarang prosiding undang-undang di mahkamah, mereka boleh didakwa di mahkamah khas yang dibentuk bawah Artikel 182 Perlembagaan Persekutuan. Beliau mengulas protes Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak yang membantah Abdul Taib menjadi Yang di-Pertua Negeri maka dengan itu beliau boleh mengelak menjawab dakwaan lalu melibatkan rasuah dan salah guna kuasa. Abdul Taib yang menjadi ketua menteri Sarawak sejak 33 tahun lalu, berdepan dengan dakwaan rasuah dan penyalahguanaan kuasa dan ia sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). | |
Wujud konflik kepentingan jika lantik Shafee dalam rayuan kes liwat Anwar Posted: 10 Feb 2014 09:15 PM PST Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah perlu digugurkan daripada mengetuai kumpulan pendakwa dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana wujudnya konflik kepentingan. Peguam, Tommy Thomas, berkata Shafee perlu dihalang daripada mencampuri kes tersebut kerana sebagai seorang peguam beliau juga akan melanggar peraturan Profesion Undang-undang 1978 (Undang-Undang dan Etika). Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail melantik Shafee sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada Julai lalu untuk mengetuai barisan pendakwa dalam kes berkenaan. Thomas dalam hujahnya di hadapan Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, berkata Shafee juga adalah penasihat undang-undang kepada Umno dan Barisan Nasional. "Beliau juga penasihat undang-undang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang membabitkan kes Anwar," katanya. Shafee juga penasihat undang-undang kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Thomas dalam penghujahan permohonannya di hadapan panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin. Thomas berkata, Pejabat Peguam Negara dalam piagam pelanggannya menyatakan semua kes harus ditangani secara adil, saksama dan telus. "Tetapi, pada hakikatnya, ini tidak berlaku dalam kes yang melibatkan Anwar," katanya. Thomas masih di peringkat penghujahan sementara Shafee pula akan membalas hujah itu pada petang nanti. Keputusan dijangka dibuat hari ini, kerana Mahkamah Rayuan menetapkan esok dan Khamis untuk mendengar rayuan pendakwa raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada kes liwatnya. Read More / Baca Lagi >> | |
'Demo sembelih ayam ancam ketenteraman' - Majlis Peguam Posted: 10 Feb 2014 09:12 PM PST Menurutnya, pihak berkuasa tidak bertanggungjawab seandainya tiada tindakan diambil ke atas kumpulan terbabit. "Majlis Peguam berpandangan yang demonstrasi oleh sekumpulan NGO melibatkan penyembelihan ayam dan melumur darahnya pada sepanduk dengan gambar pemimpin politik tertentu termasuklah rujukan kepada peristiwa 13 Mei secara tersurat atau tersirat - adalah satu bentuk pengapi-apian dan ancaman kepada ketenteraman awam. "Ia sangat tidak bertanggungjawab sekiranya pihak berkuasa tak ambil sebarang tindakan tegas dan segera," katanya pada sidang media pagi tadi. | |
Polis segera siasat kempen awal Anwar di Kajang..!! Posted: 10 Feb 2014 09:00 PM PST Polis memulakan siasatan terhadap calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum berkempen awal di Kajang, kata timbalan ketua polis Selangor. Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pihaknya tidak menerima sebarang notis daripada Anwar berhubung kempen beliau di Kajang seperti yang dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. Katanya, tindakan Anwar boleh disiasat mengikut akta tersebut kerana kempen rasmi PRK hanya boleh dilakukan selepas tarikh penamaan calon pada 11 Mac. "Apa yang saya cakap adalah termaktub dalam undang-undang dan semua parti bertanding perlu mematuhinya, tiada yang terkecuali. "Saya minta parti politik supaya mendapatkan permit polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya mengadakan perhimpunan atau ceramah," katanya dipetik daripada akhbar Berita Harian. Anwar yang juga ketua pembangkang menganjurkan siri ceramah serta sesi bertemu rakyat di Kajang untuk menjelaskan tindakannya bertanding di situ. Read More / Baca Lagi >> | |
Form 'peaceful resistance' against racial, religious strife, says Ambiga Posted: 10 Feb 2014 08:53 PM PST | |
Tunku is more than Bapa Kemerdekaan - TS Khalid Ibrahim Posted: 10 Feb 2014 08:52 PM PST | |
Negara aman kerana pembangkang tak bertindak balas, kata PAS Posted: 10 Feb 2014 08:51 PM PST | |
Anwar menang PRK Dun Kajang, Umno tiada harapan rampas Selangor Posted: 10 Feb 2014 07:24 PM PST Sekiranya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti, harapan Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali negeri terkaya itu daripada Pakatan Rakyat (PR) bakal terkubur. Anwar berkata, perkara itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebaik mengetahui beliau merupakan calon dalam PRK Kajang. "Bila mengetahui, Umno terus adakan mesyuarat. Orang yang tengah tidur bangun balik sebab Anwar nak pergi Selangor. Tun Daim Zainuddin juga bangun dan bagi tahu kalau Anwar jaga Selangor, habislah Umno. "Jadi Umno tengah fikir macamana nak sekat (tetapi) orang Kajang akan tentukan mereka mahu atau tidak," kata Anwar. Beliau berkata demikian semasa program Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Kajang di Dataran Prima Saujana, Kajang baru-baru ini. Kata Anwar lagi, Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berjaya membuktikan keupayaan PR dalam mentadbir kerajaan negeri jauh lebih baik dan berkesan berbanding BN sendiri sebelumnya. Read More / Baca Lagi >> | |
Artikel Kajang: Polis siasat wartawan Posted: 10 Feb 2014 07:23 PM PST Azril diminta hadir ke ibu pejabat pois Kajang untuk siasatan pagi ini ekoran artikelnya pada 4 Februari berjudul "Analyst: Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?" di fz.com dan The Edge Financial Daily pada hari berikutnya. Menurut Azril, beliau dimaklumkan bahawa kehadirannya hanya sebagai "formaliti" ekoran ketegangan politik di Kajang sejak Lee Chin Cheh mengosongkannya dan memberi laluan kepada Anwar. Portal itu juga melaporkan, terdapat juga laporan polis oleh Umno Selangor terhadap kenyataan Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli yang dimuatkan dalam artikel itu. | |
Seluruh tenaga PR perlu ke Kajang Posted: 10 Feb 2014 06:50 PM PST
Dengan seluruh jentera PAS, DAP dan PKR bertumpu Kajang untuk berkempen, ia akan menunjukkan kepada umum akan perpaduan dalam Pakatan Rakyat justeru PRK Kajang ini sangat luar biasa. Kemenangan calon dari PKR, DS Anwar Ibrahim, adalah kemenangan Pakatan Rakyat. Maka itu setiap pendukung Pakatan Rakyat mestilah merasa dan memahaminya. Tidak patut ada sebarang alasan untuk tidak menyertai kempen tersebut, kecuali uzur syarie. Pandangan saya ini berasaskan kepada keadaan yang wujud sekarang di mana sebarang keputusan PRK Kajang ini secara lansung atau tidak langsung akan menentukan kedudukan masa depan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang kini sedang menghadapi cabaran paling hebat dari Umno/BN. Keputusan PRK Kajang ini juga akan membawa kesan kepada Pakatan Rakyat keseluruhannya di seluruh negara dalam menghadapi PRU ke-14 nanti. Jika kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kuat dan padu, tidak mudah ditembusi oleh sebarang anasir yang hendak melemahkannya dari dalam dan luar, maka Pakatan Rakyat seluruh negara akan terus kuat dan ia akan mampu melayari bahtera perjuangan hingga ke Putrajaya nanti. Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 'Langkah Kajang' menggerunkan Umno-BN, kroni dan keluarga mereka sehingga ke peringkat menteri bertaraf veteran. Selangor, adalah negeri terkaya di Asia Tenggara diketahui umum menjadi pusat ekonomi, pendidikan dan kebudayaan yang kaya hasil bumi dan sumber manusia. Maka itu ia menjadi permata idaman setiap parti politik. Bayangkanlah jika ditakdirkan Umno/BN dapat menguasai Selangor dalam PRU akan datang, maka pendukung Pakatan Rakyat akan terkebil-kebil melihat kekayaan Selangor akan berada di tangan musuh politik Pakatan. Maka segala dasar dan perancangan yang disusun dengan baik oleh kerajaan Selangor selama ini untuk rakyat tidak akan tercapai. Pintu rasuah, penyelewengan dan pembaziranpun akan terbukan luas. Oleh itu, pendukung Pakatan Rakyat jangan mengambil mudah cabaran yang dihadapi oleh calon Pakatan dalam pilihan raya kecil Dun Kajang. Hal ini kerana Umno/BN akan mengumpulkan segala jenteranya ke Kajang pada pilhan raya kecil nanti. Kita melihat para tokoh veteran BN sendiri telah memberikan perhatian kepada PRK Kajang ini, sementara saluran TV sudahpun memulakan kempennya. Read More / Baca Lagi >> | |
Rakyat Kedah tidak perlukan hiburan liar – Mapim Posted: 10 Feb 2014 06:48 PM PST KUALA LUMPUR: Adalah tidak munasabah apabila kerajaan negeri menunjukkan minat menganjurkan Majlis Mahabbatur Rasul tetapi dalam masa yang sama membenarkan acara hiburan liar berlangsung. "Kerajaan Negeri Kedah perlu menunjukkan dasar yang konsisten untuk memastikan rakyat tidak menjadi mangsa kepada pencemaran budaya," tegas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan. . Beliau menyatakan demikian sebagai bantahan kepada program anjuran EUPE Corporation Berhad iaitu pesta muzik besar-besaran yang diwar-warkan sebagai 'Pesta Muzik Pertama dan Terunggul di Utara Malaysia Serta Acara Persembahan Terbesar Malaysia' yang bakal diadakan pada 1 Mac depan di taman air The Carnival Cinta Sayang Resort, Sungai Petani. Bantahan itu turut disokong oleh beberapa NGO sebagaimana di bawah. Kami membantah dengan keras rancangan EUPE Corporation Berhad yang akan menganjurkan pesta muzik besar-besaran yang diwar-warkan sebagai "Pesta Muzik Pertama dan Terunggul di Utara Malaysia Serta Acara Persembahan Terbesar Malaysia" yang bakal diadakan pada 1hb. Mac 2014 di Taman Tema Air "The Carnival" – Cinta Sayang Resort, Sungai Petani. Kami berpendirian masyarakat tidak wajar didedahkan dengan pesta muzik berskala mega yang hanya berunsur hiburan liar yang tidak melambangkan budaya kebangsaan negara ini. Read More / Baca Lagi >> | |
Badan warisan gesa DBKL nilai sejarah Brickfields sebelum roboh kawasan lama Posted: 10 Feb 2014 06:45 PM PST Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu merangka nilai warisan Brickfields sebelum meneruskan tindakan merobohkan 100 Quarters yang ikonik - sebuah perumahan kakitangan awam, kata Badan Warisan Malaysia (BWM). Presiden BWM, Ar Laurence Loh, berkata bangunan dua tingkat di Brickfields itu menjadi rumah kepada penduduk selama 99 tahun, dan walaupun permukaannya nampak ringkas dan biasa, ia kaya dengan sejarah. "Badan Warisan menyeru datuk bandar Kuala Lumpur supaya mengadakan satu moratorium atas pembangunan semula ini sehingga pemetaan budaya yang komprehensif dijalankan ke atas kawasan ini. Dibina pada 1915, 100 Quarters mengandungi tiga deretan rumah sepanjang Jalan Chan Ah Tong, Lorong Chan Ah Tong dan Jalan Rozario – ia diduduki oleh pekerja Malayan Railways. Kini, kawasan itu akan memberi laluan kepada tiga menara kediaman yang akan dibangunkan oleh syarikat dimiliki sebahagiannya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Malaysia Resources Corp Bhd (MRCB). Pembangunan bandar dibayar dengan kos kehilangan sejarah estetik, dan penduduk lama serta baru berkata, kawasan tersebut sudah menjadi sebahagian besar identiti Brickfields. "Pihak berkuasa dan pemaju tanah perlu faham apakah Brickfields sebenarnya. Kawasan ini sudah menjadi hub kebudayaan, perumahan serta spiritual," kata V Kanagasivam, presiden Temple of Fine Arts Malaysia yang terletak dua lorong dari kuarters tersebut. "Itulah karekter Brickfields. Membina tiga menara 47 tingkat akan merosakkan karakter tempat ini," katanya. Read More / Baca Lagi >> | |
Kajang bukan sekadar bandar sate Posted: 10 Feb 2014 06:45 PM PST Sebut sahaja Kajang, tidak dapat tidak, perkara pertama yang datang ke fikiran ialah 'sate'. Bagi mereka yang berjiwa sastera, mungkin teringatkan pantun yang diungkapkan bintang filem Nordin Ahmad dalam filem Melayu klasik Sri Mersing yang berbunyi "Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu." Bukan sekadar pantun dan sate, Kajang yang terletak di daerah Hulu Langat, di bahagian timur Selangor kini menjadi tumpuan ramai kerana pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan pada 23 Mac depan. Kekosongan kerusi DUN Kajang berlaku apabila ADUN daripada PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Jan. Sehingga artikel ini ditulis, Barisan Nasional (BN) serta parti lain masih belum mengumumkan calon mereka. Lokasi strategik Bandar Kajang meliputi kawasan seluas 787.6 kilometer persegi dihuni sejumlah 311,000 orang. Dengan pengundi berdaftar terdiri 48.5 peratus Melayu (19,050 orang), 40.28 peratus Cina (15,823), 10.29 peratus India (4,040), 0.52 peratus lain-lain (203), 0.2 peratus bumiputera Sabah (78), 0.19 peratus bumiputera Sarawak (74) dan 0.03 peratus Orang Asli (10 orang), Kajang pastinya satu kawasan menarik, melangkaui sate dan kuah kacang yang popular di sini. Kedudukan bandar ini agak strategik iaitu antara Kuala Lumpur, Putrajaya dan Nilai. Ia menjadi titik pertemuan beberapa lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kajang-Putrajaya dan Kajang Silk. Pada 2017, Kajang akan menempatkan stesen terakhir kereta api MRT (Transit Laju Massa) yang akan menjadikan akses kepada bandar ini lebih mudah. Berbanding tempoh 20 hingga 30 tahun lalu di mana Kajang hanyalah sebuah pekan kecil, ia kini sudah berkembang menjadi pusat perniagaan yang semakin penting. Banyak kedai serta kemudahan boleh didapati di bandar ini menjadikan saban hari bandar ini penuh sesak dengan kenderaan serta pengunjung yang datang dari luar Kajang. Pertumbuhan pesat bandar ini boleh dilihat dengan pembukaan taman perumahan baharu, antaranya Saujana Impian, Prima Saujana dan Sutera Residence. Pesat membangun Read More / Baca Lagi >> | |
Apa agaknya tindakan Tunku Abdul Rahman tatkala ketegangan kaum marak? Posted: 10 Feb 2014 06:41 PM PST Jika Tunku Abdul Rahman masih hidup, pasti beliau akan hampa dengan elemen yang cuba memisahkan rakyat Malaysia kini. Perdana menteri Malaysia yang pertama itu menggelar dirinya ketua negara paling bahagia di dunia; namun sekiranya beliau masih di sini, tentu beliau menjadi rakyat paling sedih, melihat ketegangan kaum di Malaysia. Legasinya iaitu perpaduan rakyat kini terancam dan ahli panel forum memperingati hari lahir Tunku ke-111 semalam di Kajang berkata, Malaysia perlu menjamin bahawa legasi Tunku di negara ini tetap utuh demi memastikan perpaduan rakyat. "Malaysia tidak pernah menjadi begitu terpisah, sejak 8 atau 9 bulan lalu keadaan kita semakin teruk. Forum hari ini adalah untuk memperingati apa yang kita bina selama 56 tahun demi membangunkan negara. "Pasti Tunku mahu lihat rakyat Malaysia bersatu. Adakah Malaysia lebih bersatu hari ini atau lebih terpisah? Adakah isu perkauman dan keagamaan semakin dipolarisasikan," katanya. Ahli politik veteran itu berkata, ketika pentadbiran Tunku dahulu, beberapa langkah sivik serta lemah lembut daripadanya kini sering dilupakan. Datuk Ambiga Sreenevasan menggelar Tunku, perdana menteri untuk semua dan berkata, bapanya serta rakan sekerjanya adalah di antara mereka yang mendapat ilham daripada pemimpin keturunan diraja Kedah itu untuk bekerjasama membangunkan negara. "Pada waktu itu semangat nasionalisme semakin tinggi dan apa yang mengilhamkan rakyat untuk bekerja demi negara adalah Tunku. Beliau membuat semua orang rasa selesa dan mencintai negara serta menegaskan kepentingan membangunkan negara," katanya. Apa agaknya kata Tunku jika melihat keadaan Malaysia hari ini? Read More / Baca Lagi >> | |
Ustaz Mad, tol dan nafikan TYT Taib! Posted: 10 Feb 2014 04:50 PM PST Ahmad Lutfi Othman Walaupun tidak ada dalam perancangan asal dan tidak sempat mengatur temu janji, petang Selasa lalu, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Ahmad Yakob balik semula ke pejabatnya di Kota Darulnaim, mencuri waktu untuk menemui kami. Saya, Ketua Pegawai Operasi Harakah, Mohkhtar Rozaidi dan wartawan Arif Juhani berkunjung ke Kota Bharu, 4 Februari, bukan untuk mencari berita eksklusif -- apatah lagi untuk menelek situasi politik dalaman PAS yang didakwa sebuah portal berita sebagai bermasalah -- tetapi dalam rangka meneliti peluang untuk meningkatkan lagi rangkaian pengedaran Harakah. Ustaz Ahmad, sepatutnya menyambut ulangtahun ke-64 pada 1 Februari lalu, kelihatan tenang, tulus dan sederhana sekali, juga menyembunyikan kepenatan di wajahnya. Sayang, saya sendiri pula yang agak uzur, sehingga tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sesi pendek wawancara itu yang diatur pantas Setiausaha Politik MB, Wan Nik Wan Yusof. Tengahari esoknya, semasa berbincang panjang dengan seorang pegawai kanan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), beliau menceritakan pengalaman awalnya berurusan dengan Ustaz Ahmad dalam suatu mesyuarat. Katanya, semasa memaklumkan pembinaan projek baru perumahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, Ustaz Ahmad terus bertanya, ke mana penduduk di situ hendak ditempatkan. Dan apabila diberitahu jumlah pampasan, Menteri Besar mahu penempatan baru dibina terlebih dahulu sebelum mereka dipindahkan. "MB cukup prihatin nasib rakyat, terutama yang berpendapatan rendah. Dia akan segera menghubungi wakil rakyat tertentu sebaik mendapat tahu ada penduduk yang ditimpa musibah, seperti kebakaran, dengan menghantar bukti gambar yang dirakamnya sendiri daripada paparan akhbar melalui telefon bimbitnya," tambah pegawai berkenaan. Ustaz Ahmad turut menekankan soal pelaksanaan undang-undang syariah semasa bercerita pengalaman rombongan kerajaan Kelantan yang diketuainya semasa menghadap Sultan Brunei tidak lama dulu. Beliau sendiri menzahirkan penghargaan kepada baginda di atas komitmen tinggi kerajaan Brunei untuk mula melaksanakan hukuman takzir, April depan. Ketika mengunjungi anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr Mohd Fadzli Hassan, yang turut sama dalam rombongan itu, beliau memberitahu kami bahawa Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan oleh Dun Kelantan juga menjadi sumber inspirasi kepada kerajaan Brunei. "Pada 2006, mereka (rombongan Brunei) datang ke Kelantan untuk belajar mengenai sistem perundangan Islam dan apabila dibawa balik ke Brunei, mereka melakukan penambahbaikan dan meneliti suasana yang sesuai dengan keadaan masyarakat di sana," ujar Dr Fadzli. Read More / Baca Lagi >> | |
Conduct Unbecoming seorang Menteri Posted: 10 Feb 2014 04:45 PM PST Dalam suatu artikel yang terdahulu saya ada menyebut sedikit mengenai Tun Dr Ismail. Kita boleh membaca sedikit mengenai nya melalui buku The Reluctant Politician. Saya hanya menceritakan hal Tun Dr Ismail, dari penyampaian seorang yang berkerja lama denngan Tun Dr Ismail. Kepentingan tokoh seperti Tun Dr Ismail bukan terletak kepada usaha untuk 'membesarkan' perwatakan Tun Dr Ismail- tapi sebagai sumber pengajaran2 kepimpinan. Apa yang kita boleh pelajari? Tun DR Ismail elok dijadikan contoh bagaimana seorang pemimpin dan orang yang berkuasa 'conduct' atau menggayakan diri nya sebagai pemimpin. Seorang pemimpin mesti conduct dirinya honourably ketika berurusan dengan rakyat at all times. Jika dari sudut Islam, yang lebih penting ialah bagaimana menggayakan dii atas prinsip Islam dan bukan menggayakan dirinya sebagai Muslim. Hari ini, perbezaan antara Islam dan Muslim amat ketara dan diperlukan. Gaya Muslim tdiak semestinya gaya yang Islam kehendaki. Hari ini, ramai orang Melayu memperagakan diri mereka sebagai Muslim, tapi kurang menegakkan prinsip Islam. Mereka menonjolkan diri mereka sebagai seorang Muslim melalui pertuturan, pakaian, mengiklan diri mereka. Tapi perlakuan mereka tidak ikut prinsip Islam. Islam itu agama keamanan. Namun ramai pula diantara kita menonjolkan perangai ganas bila berinteraksi sesama manusia. Melaksanakan konsep dan idea keadilan misalnya, lebih penting dari menggayakan diri sebagai Muslim yang bersongkok, berkopiah dan berjubah dan memekik slogan sana sini. Dalam konteks ini , elok orang Melayu yang beragama Islam mengetahui bahawa Harvard University Law School meperakui tinggi nya bagaimana melaksanakan idea keadilan. Universiti tersebut memuliakan prinsip yang terkandung dalam Quran 4:135. Ayat tersebut menyeru semua orang menjadi penegak keadilan seperti yang dikehendaki oleh Allah dan menyekat diri dari bertindak ikut suka selera peribadi.Mungkin Zahid Hamidi yang tahu serba sedikit mengenai agama Islam, mengambil perhatian mengenai perkara ini. | |
Tol patut dihapuskan, syarikat konsesi untung berganda Posted: 10 Feb 2014 04:41 PM PST 1. Rakyat kononnya digembirakan dengan pengumuman tol yang tidak dinaikkan. Tetapi sebenarnya ia berita buruk kerana kerajaan terpaksa menggunakan duit rakyat juga untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi. Ertinya syarikat konsesi tetap untung dan rakyat juga terpaksa menanggung secara tidak langsung. Bukan sahaja syarikat konsesi untung menerusi pampasan tetapi mereka juga telah mendapat untung berganda daripada servis jalan raya yang melibatkan keperluan rakyat. 2. Rakyat berhak menuntut bukan sekadar kadar tol tidak dinaikkan tetapi sebaliknya diturunkan dan seterusnya dihapuskan kerana syarikat konsesi telah mengutip laba berganda yang tidak pernah rugi kerana perniagaan jalan bertol ini. 3. Hal ini kerana perniagaan lebuh raya bertol adalah perniagaan perkhidmatan seperti perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Digi, Celcom, Yes4G dan Umobile. Ia mendatangkan profit margin (jurang keuntungan) yang tinggi. Menurut laporan kewangan 2013 Litrak Bhd yang mengendalikan Lebuhraya Damansara - Puchong [LDP] dan Sprint, profit margin menghampiri 49 peratus. Menurut Maybank Investment Bank Research, Kesas juga mencapai keuntungan pula mencecah 121 peratus secara cumulative annual growth rate atau CAGR daripada 2008 ke 2012. 4. Lebih daripada itu, pertambahan pengguna jalan bertol yang semakin meningkat bererti keuntungan yang sentiasa meningkat dan bertambah tanpa risiko kerugian. 6. Jika sebelum ini rakyat mempunyai alternatif memilih jalan tidak bertol untuk sampai ke destinasi tapi tidak lagi pada hari ini. Lebuh raya bertol bukan satu pilihan mewah untuk rakyat tetapi adalah satu keperluan bagi mengelakkan kesesakan, menjimatkan masa dan kos penggunaan minyak. Malah lebuh raya bertol sendiri pun sesak apatah lagi jalan biasa. Read More / Baca Lagi >> | |
KM Sarawak: Alfred Jabu buat kejutan? Posted: 10 Feb 2014 04:10 PM PST Jabu yang paling lama berkhidmat di bawah Taib Selain satu-satunya timbalan ketua menteri, Jabu, seorang Iban dan beragama Kristian, juga merupakan timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang begitu lama berkhidmat di bawah Taib yang akan bersara dalam beberapa hari. Sehingga semalam Jabu adalah satu-satunya pemimpin yang sentiasa mempunyai senyuman paling lebar dan manis di sisi Taib dalam beberapa hari kebelakangan ini. Kenapakah beliau begitu girang? Taib pula sudah menyatakan semalam "tiada kejutan". Apakah maknanya kenyataan "tiada kejutan" itu? Apakah ia bermakna timbalan ketua menterinya, Jabu, akan secara semulajadinya mengambil-alih jawatan ketua menteri sehingga pilihanraya umum negeri yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang sehingga 2016 ini? Semua pemerhati politik Sarawak dan Semenanjung malahan para pemerhati dari menara gading seolah-olah telah mengenepikan sama sekali peluang seorang pemimpin Iban, golongan majoriti di Sarawak, sebagai ketua menteri! Ini sangat menyedihkan kerana masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak pun ingin melihat sekali lagi seorang pemimpin Iban memegang tampuk pemerintahan negeri kenyalang yang terkenal dengan budaya Dayak itu. Tiga menteri Sarawak yang sering dipahat dalam media cetak, elektronik mahupun maya sebagai pengganti Taib yang paling layak dan afdal ialah Tan Sri Adenan Satem, Datuk Amar Abang Johari Open dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Nama keempat pemimpin Islam yang mula dijaja media semalam ialah Datuk Mohd Effendi Norwawi, seorang bekas menteri persekutuan. Nama Jabu anak Numpang dari Betong langsung tidak disebut. Para pemerhati politik dari negeri jiran Sabah juga hairan dengan keganjilan yang sedang melanda minda Sarawak, mengetepikan sama sekali seseorang dari golongan majoriti di negeri itu sedangkan dia sedang memegang jawatan nombor dua paling tinggi, selayaknya naik ke tempat paling atas mengikut norma biasa. Kalau tidak, buat apa Jabu jadi timbalan ketua menteri Sarawak selama ini? | |
Malaysia Kita: Elaun kebajikan ditamatkan JKM..!! Posted: 10 Feb 2014 04:04 PM PST KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan kini dihimpit kesusahan ekoran bantuan elaun yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditamatkan tanpa sebarang notis. Berikutan keadaan itu, Zulkifli Jaidin, 44, dan isterinya, Teh Faridah Muhammad, 31, terpaksa menyerahkan anak sulung mereka Nurul Fatin Zulaikha, 5, kepada saudara terdekat. Seorang lagi anak, Nur Farah Zarihah, 2, pula terpaksa hidup susah bersama mereka. Zulkifli mendakwa, bantuan elaun sebanyak RM300 sebulan yang diterimanya sejak 2008 itu ditamatkan pada Ogos tahun lalu manakala elaun isterinya pada bulan ini dengan alasan mereka sudah mempunyai pendapatan tetap sebagai tukang urut. | |
Posted: 10 Feb 2014 03:56 PM PST DAMSYIK - Seramai 40 orang maut termasuk 20 orang awam yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dalam satu serangan oleh sekumpulan penentang anti-Presiden Bashar Al-Assad di sebuah perkampungan di tengah Syria kelmarin. Beberapa aktivis hak asasi manusia berkata, serangan lewat kelmarin yang berlaku di perkampungan Maan yang terletak di tengah wilayah Hama menyebabkan 20 orang pejuang yang mempertahankan penempatan itu maut. Seorang aktivis, Rami Abdurrahman berkata, seramai 20 orang awam termasuk enam orang wanita antara yang turut terkorban dalam serangan tersebut. Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 10 Feb 2014 03:51 PM PST | |
Posted: 10 Feb 2014 03:47 PM PST | |
Tentera Syaitan Assad: Mereka Bernama Islam Tapi Lebih Kejam Dari Yahudi Laknatullah Posted: 10 Feb 2014 03:46 PM PST Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB), disebutkan bahwa sejumlah anak di Suriah ditangkap pasukan Presiden Assad karena dicurigai punya hubungan dengan kelompok oposisi. Para bocah yang ditahan itu disiksa dan menjadi korban penderaan seksual. "Anak-anak yang ditahan dilaporkan dipukuli dengan kabel logam dan tongkat kayu, dicambuk, dan disengat listrik, atau disundut rokok, serta mengalami kekerasan seksual, termasuk pemerkosaan dan ancaman pemerkosaan," demikian yang tertulis dalam laporan PBB, seperti dimuat Guardian, Kamis (6/2/2014). PBB juga menyatakan pihaknya kerap menerima laporan kekerasan dan pelecehan seksual tersebut, namun mereka sulit untuk menyelidiki ke lokasi, karena akses mereka. Disebutkan juga bahwa pasukan Assad dan kelompok oposisi memperdayakan anak-anak untuk berperang. Namun PBB belum bisa mengonfirmasi hal tersebut. Sekjen PBB Ban Ki-moon mengatakan, anak-anak Suriah menjadi obyek kekerasan dan menderita selama perang saudara di Suriah. "Harus diambil langkah cepat untuk melindungi dan menegakkan hak-hak asasi manusia kepada para anak di Suriah. Penderitaan mereka tak bisa kami terima dan tak masuk akal," tegas Ban, seperti dikutipReuters. Badan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berkantor di London melaporkan, jumlah korban tewas di Suriah sampai akhir Januari 2014 mencapai sedikitnya 136.227 orang. Kepala lembaga tersebut, Rami Abdel Rahman, mengatakan bulan Januari 2014 merupakan salah satu bulan yang paling berdarah sejak konflik dimulai bulan Maret tahun 2011. (Riz/Ein)-news.liputan6.com-Lihat video di bawah bagaimana kanak-kanak dijadikan sasaran tentera Syaitan Asad Masjidpun Di Bom Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan