Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Taib Mahmud akan bersara

Posted: 04 Feb 2014 10:44 PM PST

05/02/2014 1:36pm

KUCHING - Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg enggan diseretkan dalam spekulasi bahawa beliau antara pemimpin parti itu yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Presiden PBB dan Ketua Menteri Sarawak.
Beliau mengesahkan satu mesyuarat khas majlis tertinggi PBB akan diadakan pada Sabtu ini, namun enggan mengulas sama ada Abdul Taib akan mengumumkan keputusannya untuk bersara pada mesyuarat itu.
"Anda yang cakap (mengenai persaraan Abdul Taib) sebagai spekulasi. "Saya tidak boleh mengulas spekulasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditanya laporan muka hadapan akhbar Berita Harian bahawa Abdul Taib akan mengumumkan persaraannya sebagai Ketua Menteri sebelum penghujung minggu ini.
Laporan itu yang memetik sumber, menyatakan Abdul Taib, 78, yang menyandang jawatan itu sejak 1981, juga akan bertemu semua wakil rakyat Barisan Nasional negeri pada Ahad ini.
Selain Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan Sarawak dan Menteri
Perumahan Sarawak turut diuar-uarkan menggantikan Abdul Taib ialah Naib
Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi.- Bernama

PRK Kajang - 11 Mac penamaan calon 23 Mac hari mengundi

Posted: 04 Feb 2014 10:05 PM PST


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, manakala penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor yang dikosongkan berikutan peletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh pada 27 Januari
lepas.


Ini bermakna tempoh kempen akan berjalan selama 12 hari bagi PRK yang pertama bagi tahun ini, yang bakal menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menganggotai DUN Selangor.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Kerusi itu dikosongkan oleh Lee sebagai satu langkah oleh parti itu untuk membawa Anwar memainkan peranan yang lebih aktif dalam kerajaan negeri Selangor.

Langkah itu dilihat bakal memberi laluan kepada Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim - dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya serta menamatkan persengketaan antara Khalid dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Selangor.

BN masih belum membuat keputusan mengenai calonnya bagi kerusi tersebut dan terdapat desas-desus sama ada Umno atau MCA perlu bertanding kerusi yang secara tradisinya diperuntukkan kepada MCA.

Ia adalah pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 ekoran peletakan jawatan secara sukarela dan bukan disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya.

Ia juga merupakan PRK ketiga dalam tempoh lapan bulan sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK DUN Kuala Besut, Terengganu dan DUN Sungai Limau di Kedah.

Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan DUN Kuala Besut, manakala PAS pula berjaya mengekalkan DUN Sungai Limau. - malaysiakini

BN ketandusan calon menyaingi Anwar di Kajang

Posted: 04 Feb 2014 07:32 PM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
FEBRUARY 05, 2014
Penganalisis politik berpendapat Barisan Nasional (BN) ketandusan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat (PR). 
Prof Madya Dr Shaharudin Badaruddin dari Universiti Teknologi Mara berkata, BN juga tidak mampu menyaingi kehebatan Anwar yang pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan satu ketika dahulu.
"Adakah mereka memiliki calon yang berkredibiliti untuk menandingi pengaruh Anwar? Tokoh Umno sedia ada sudah memiliki kerusi Parlimen atau negeri, maka siapa orang Selangor yang boleh menentang Anwar?" katanya kepada The Malaysian Insider.
"Di situ sahaja cukup untuk dilihat, bukan soal ketandusan. Anwar punyai kredibiliti antarabangsa, pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri dan masih aktif dalam politik, maka dengan sendiri dalam konteks PRK, mereka buntu meletakkan calon."
Kredibiliti Anwar yang pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan menaikkan persoalan siapa dapat menyaingi Anwar sebagai calon BN. – Gambar fail.Kredibiliti Anwar yang pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan menaikkan persoalan siapa dapat menyaingi Anwar sebagai calon BN. – Gambar fail.Shaharudin berkata, jika BN masih buntu untuk meletakkan calon, adalah lebih baik untuk tidak menyertai PRK itu bagi mengelakkkan isu nasional yang akan dimainkan Pakatan.
Katanya, momentum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang masih dirasakan, belum mampu mengubah pendirian kaum Cina yang dilihat cenderung menyebelahi Pakatan.
"Jika buntu, lebih baik tidak bertanding kerana jika BN letakkan calon, sudah tentu timbul isu nasional yang tidak dapat dielakkan.
"Baru 9 bulan (selepas) PRU13, maka agak sukar mood pengundi Cina beralih dan mereka memerlukan masa. Kalau MCA bertanding, undi Cina pergi ke Pakatan, sudah pasti sukar MCA mendapat undi di sana," katanya.
Sementara itu, pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, kemelut Umno dan MCA yang mahu meletakkan calon masing-masing dilihat bagi parti paling lama memerintah negara itu untuk membuat keputusan.
Katanya, selain masalah calon, BN juga perlu berdepan dengan isu kenaikan harga barang yang setakat ini masih gagal ditangani oleh parti pemerintah itu.
"Sama ada ketiadaan calon yang jelas untuk dipertandingkan atau perebutan parti komponen dalam Umno dan MCA, kerana kawasan itu mempunyai jumlah pengundi Melayu yang hampir sama dengan pengundi Cina.
"Pemilihan waktu ini untuk mengadakan PRK dilihat lebih menguntungkan Pakatan sebagai pembangkang dalam keadaan harga barangan masih tinggi, kos hidup semakin meningkat dan semuanya masih belum dapat ditangani dengan baik," katanya.
Mohamad berkata apa juga keputusan yang diambil BN, parti gabungan itu pasti berdepan masalah sama ada dari segi calon atau keputusan untuk menyertai pilihan raya.
Katanya, atas sebab itulah BN lebih cenderung menggunakan taktik kelemahan dan kecurangan yang dilakukan oleh Pakatan.
"Mana-mana pilihan yang dibuat BN sama ada bertanding atau tidak mahu pun meletakkan calon dari MCA atau Umno, mesti membuahkan masalah. Tidak dapat dielakkan.
"Saya tak lihat ada penyelesaian. Ertinya PR sudah menjangkakan keadaan yang akan dihadapi BN. Oleh kerana itu dalam kempen BN yang saya lihat ia lebih tertumpu kepada kekurangan dan kecurangan PR," katanya.
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff pula beranggapan barangkali Umno lebih mengambil pendekatan tunggu dan lihat untuk mengelakkan sebarang spekulasi di peringkat awal.
Katanya, calon yang mungkin ditonjolkan berkemungkinan dari kalangan profesional yang masih belum mendapat perhatian media.
"Mungkin mereka belum mengumumkannya dan ada yang terpengaruh dengan spekulasi. Kita sendiri tidak melihat siapa yang disembunyikan.
"Mungkin mereka munculkan di kalangan profesional yang kita tidak tahu. Masih terlalu awal untuk bercakap tentang calon. Tidak adil jika mengatakan MCA tiada calon," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mohammad Agus berpendapat Umno tidak akan bertanding dalam PRK Kajang kali ini dan peluang seharusnya diberikan kepadda MCA.
Katanya, persepakatan yang diamalkan dalam BN menjadi kunci kekuatan parti itu dalam mengetengahkan calon mereka dalam pilihan raya kali ini.
"Saya tidak rasa Umno akan ambil kerusi ini. Apa pun spekulasi, BN akan tetap dengan prinsip kerjasama mereka. Jika MCA letak calon Cina, mungkin mereka yang beragama Islam atau di kalangan profesional.
"Dalam PRK Pengkalan Chepa dan Kota Bharu, selalu Umno bertanding tetapi mereka kalah. Perlukah lagi kita beri peluang di kawasan itu? Sama juga dengan MCA. Tidak adil ditanya dan dibahaskan," katanya.
Sementara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata BN sememangnya mempunyai calon, sama ada dari Umno, MCA atau MIC.
Katanya, kredibiliti BN dalam PRK kali ini tidak wajar dipertikaikan kerana parti dalam Pakatan sendiri tidak sepakat menyatakan persetujuan ketua pembangkang untuk bertanding di Kajang.
"Kita ada calon. Umno, MCA dan MIC masing-masing mempunyai calon.
"Prestasi Anwar jatuh kerana parti dalam Pakatan tidak sehaluan. PAS dan DAP tidak berpuas hati. Ada di antara wakil rakyat dan pemimpin PKR tidak berpuas hati dengan penyandang Adun Kajang, Lee Chin Cheh kerana meletakkan jawatan," katanya.
Shahidan berkata PRK adalah satu pesta dosa kerana banyak perbuatan fitnah disebarkan dalam kempen PRK sehingga pihak yang diaibkan sudah tidak ada apa lagi yang dapat dirahsiakan.
"PRK pesta dosa besar. Jika muda-mudi buat pesta sosial, mereka buat dosa besar tetapi PRK lebih besar kerana dosa orang memfitnah lebih besar daripada membunuh.
"PRK tempat terkumpulnya pesta dosa yang hebat. Dosa ceramah maki hamun di luar batasan kemanusiaan. Mereka memaki orang sehingga tiada apa lagi yang boleh dilondehkan," katanya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut melihat penampilan BN dalam PRK kali ini sebagai medan menguji kerajaan dalam beberapa isu yang sering dimainkan di Selangor.
"PRK kali ini, pengundi tidak lihat isu tetapi kehadiran kerajaan dengan fakta sama ada kerajaan mampu menstabilkan harga dan selesaikan beberapa isu besar seperti perkauman dan sengketa agama," katanya. – 5 Febuari, 2014.- TMI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[Live-Tertunda]Kehebatan Umar Al-Khattab Dan Imam Nawawi - Us

Posted: 04 Feb 2014 06:01 AM PST


LIVE NOW [Live]Majlis Mawlid Akbar - Ust Nizam dan Al-Mawlid

Posted: 04 Feb 2014 05:56 AM PST


Pembalasan atau dejavu, Najib rasakan bahang serangan orang lama Umno

Posted: 04 Feb 2014 05:34 AM PST


Dunia ibarat roda.

Sejurus selepas pilihan raya umum pada 2008, Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai calon perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi susulan daripada keputusan buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu dan kempen menyingkirkan Abdullah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Akibat desakan berterusan itu, Abdullah akhirnya memberi laluan kepada Najib pada Mac 2009. Sehingga ke hari ini, penyokong Abdullah percaya gelombang penentangan terhadap mantan perdana menteri itu tidak seperti yang dicanangkan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun Abdullah tidak berminat untuk bertahan dan melawan kerana bimbang perang dengan musuhnya itu akan mencederakan Umno.

Kebenaran tersingkap, beliau masih belum sembuh sejak hari-hari terakhirnya pada Mac menyaksikan BN hilang lima negeri dan tidak berjaya mempertahankan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen.

Jadi beliau pun menyerahkan kedudukannya kepada Najib meskipun diberitahu orangnya bahawa ahli Parlimen Pekan inilah antara pihak yang cuba menjatuhkannya. Namun Abdullah dilihat seperti tidak mempercayai berita itu atau hanya mengambil pendekatan berbeza.

Terluka dan marah. Sebahagian penyokong Abdullah percaya Najib akan menerima pembalasan suatu hari nanti dan nampaknya hari itu sudah tiba.

Dunia ibarat roda. Ia mengambil masa selama lima tahun tetapi Najib kini memahami bagaimana rasanya berada dalam kepungan Dr Mahathir dan penyokongnya.

Beliau bimbang. Itu yang sepatutnya. Oleh kerana melihat ketabahan dan kemusnahan dilakukan Dr Mahathir; gaya mantan perdana menteri itu dilihat semakin membesarkan jurang kelemahan musuh dan kebolehannya sebagai seorang doktor melukis sekeping gambar mengerikan untuk parti dan negara jika sasarannya kekal dipacu.

Jentera Dr Mahathir mula bergerak dengan mantan perdana menteri itu bertemu kumpulan kecil dan mengulangi mantera kelemahan kepimpinan Najib serta hakikat BN akan kehilangan kuasa dalam pilihan raya akan datang jika orang nombor satu kerajaan itu terus berkuasa.

Selain itu, Dr Mahathir turut mengkritik kebergantungan Najib kepada penasihat, perunding dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang dikepalai bekas pengarah urusan Malaysia Airlines, Datuk Seri Idris Jala.

Biasa mendengarnya, bukan? Pada 2008, serangan itu pernah difokuskan kepada kebergantungan Abdullah kepada Tingkat Empat, sekumpulan penasihat mudanya.

Mereka yang berada di sekitar Najib sedar persamaan itu namun tidak berniat melancarkan perang saraf terbuka terhadap Dr Mahathir dan pengkritik lain.

Apa yang perdana menteri dan pasukannya lakukan adalah berjumpa dengan sebanyak mungkin mereka yang berkuasa dalam Umno dan kumpulan Melayu berpengaruh bagi menerangkan strategi ekonomi dan politiknya serta memberikan jawapan terus kepada kritikan yang dibuat oleh Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan pihak lain.

Melalui usaha mereka itu, kem Najib berharap cubaan penentangan terhadap mereka dalam Umno akan berakhir.

Perdana menteri dan pasukannya tahu pengkritik dalam Umno menjangkakan akan berlaku perubahan dalam kepimpinan parti itu seawal-awalnya pada April.

Tetapi untuk melawan cakap-cakap ini, mereka berhujah Najib menguasai Majlis Tertinggi Umno yang tidak seperti Abdullah, bersedia menggunakan semua jawatan disandangnya bagi terus berkuasa.

Satu-satunya masalah bergantung kepada pemimpin Umno adalah sokongan mereka tidak sekali boleh diubah. Cukup kerap, godaan peluang dan kuasa datang walaupun kepada penyokong yang paling "kuat".

Semasa kemuncak serangan terhadap Abdullah, beberapa ahli politik berpengaruh bersumpah untuk mempertahankan mantan perdana menteri itu. Tetapi dalam sesi sulit, mereka juga menyerang Abdullah.

Hari ini, salah seorang daripada individu tersebut memegang kedudukan yang kuat dalam Umno dan dilaporkan turut bersumpah memberikan taat setia kepada Najib.

Cabaran Najib adalah untuk memujuk, meyakinkan dan memperdaya broker kuasa dalam Umno bahawa beliau akan memenangi peperangan yang disasarkan kepada dirinya. Tetapi ia tidak semudah apa yang disangka. Ia lebih jauh daripada itu.

Di dalamnya wujud rasa tidak puas hati terhadap peningkatan kos sara hidup; yang dilihat salah percaturan tanpa akhirnya oleh menteri kerajaan dan tekanan terhadap mereka yang tinggal di Malaysia.

Memandangkan keseimbangan sudah pun berkocak, Najib dan pasukannya tidak akan mampu melancarkan perang habis-habisan terhadap pengkritik mereka, satu keadaan yang akan lebih mengeruhkan kedudukan negara.

Beliau perlu menunjukkan kepada parti bahawa dirinya adalah pemimpin terbaik dan kritikan yang datang pula berniat jahat, didorong kepentingan peribadi dan keluarga.


Penyokong Abdullah dalam Umno menyaksikan drama ini dengan pendekatan sama iaitu tidak ambil peduli dan berasa geli hati kerana dunia ibarat roda. - TMI




BN buntu cari calon tanding Anwar

Posted: 04 Feb 2014 05:31 AM PST

BN buntu cari calon tanding Anwar


ALOR SETAR - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan BN tenggelam punca sehingga ada cadangan supaya meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pada PRK Dun Kajang.

Berseloroh dengan cadangan itu, Anwar berkata, beliau akan angkat tangan dan menyerah kalah sekiranya perlu bertanding dengan Chong Wei.

"Saya tak mahu lawan dia (Chong Wei), kalau saya lawan dia...kalahlah saya. Tapi itu kalau lawan badminton. Badminton dia menanglah, pilihan raya lain.

"Badminton biar saya kalah, pilihan raya biar saya menanglah. Tapi saya tak fikir dia akan bertanding."

Beliau berkata demikian apabila menyentuh isu PRK Dun Kajang ketika menyampaikan ceramah di Kampung Alor Ibus, di sini, malam kelmarin.

Beliau yang mengakui turut mengagumi kehebatan jaguh badminton negara itu berkata, PRK bukan lagi melibatkan isu 'smash' di gelanggang badminton. Sebaliknya ia adalah soal pentadbiran dan pengurusan sebuah kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Anwar turut mengulangi pendirian bahawa keputusan yang diambil beliau untuk bertanding di kerusi Dun Kajang adalah demi kepentingan dan kemantapan Kerajaan Selangor.
Mengakui wujudnya masalah peringkat Kerajaan Selangor, menurut beliau, permasalahan yang ada itu perlu dipulihkan dari awal bermula sekarang.

"Kita mahu kuatkan lagi Selangor, Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) buat kerja bagus dan kita kena jadikan beliau sebagai model, tetapi dia diserang dengan kuat.

"Jadi saya berpendapat pimpinan pakatan mesti jadikan Selangor sebagai medan untuk berkhidmat kepada rakyat dan meningkatkan ekonomi rakyat," tegasnya.

Tambah Anwar lagi, PR akan menggunakan perbelanjaan paling minimum sempena kempen pilihan raya kali ini.

Katanya, sebagai orang yang sudah dikenali rakyat beliau tidak memerlukan perbelanjaan besar untuk mencetak poster kempen dan sebagainya.

"Kita sudah putuskan perbelanjaan paling minimum. Poster saya pun tak diperlukan, melainkan poster calon sahaja. Tetapi kita akan beri penjelasan dan penerangan sepanjang berkempen," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya. - Sinar Harian



TERKINI : Adun Hutan Melintang nafi keluar parti

Posted: 04 Feb 2014 05:27 AM PST

Adun Hutan Melintang nafi keluar parti

HUTAN MELINTANG -  Adun Hutan Melintang, S Kesavan hari ini menafikan dakwaan beliau keluar parti seperti mana yang dilaporkan dalam media sosial.

Sebelum ini, tersebar di media sosial surat peletakan jawatan Kesavan sebagai Adun dihantar ke Pejabat Speaker Dun Perak.

Pada sidang medianya sebentar tadi, Kesavan nyata terkejut dengan kewujudan surat yang hanya diketahui hari ini selepas menerima pelbagai panggilan mengenai perkara itu.

Menurutnya, surat yang dikemukakan kepada Pejabat Speaker Dun Perak jelas bukan dihantar olehnya berdasarkan tanda tangan pada surat itu.

"Kalau dilihat daripada surat palsu itu, kepala surat berbeza dengan alamat yang digunakan untuk urusan rasmi.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya tindakan itu sebaliknya tiada niat langsung untuk keluar parti dan akan terus setia bersama sama PKR," katanya sebentar tadi. - Sinar Harian


Salahkah Anwar terus mengejar cita-cita jadi PM?

Posted: 04 Feb 2014 05:20 AM PST

Kejutan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan kemungkinan besar menjadi menteri besar Selangor selepas itu,

membuatkan orang ramai bercakap kembali mengenai cita-citanya mahu menjadi perdana menteri. Dalam PRU13 lalu, cita-cita Anwar itu tidak kesampaian berikutan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PR hanyalah 89 berbanding BN sebanyak 133.

Meskipun kekurangan bilangan kerusi tetapi dengan penguasaan undi popular sebanyak 51%, lantas menyebabkan Anwar menangguhkan persaraannya. Beliau barangkali meyakini peluang sebenarnya ialah pada PRU14.

Meskipun tidak berjaya menggapai cita-cita ke Putrajaya, Anwar tetap penting dalam perjalanan politik negara. Beliau tidak tenggelam begitu sahaja. Berita mengenainya jarang tidak menarik perhatian ramai. Dengan berjawatan ketua pembangkang, beliau sering bercakap mengenai perpaduan, konsensus nasional, kritikannya terhadap Najib, teguran kepada kerajaan dan semuanya menjadi berita yang diperbualkan rakyat. Malah kejadian beliau dihalang memasuki Jepun juga menjadi bahan berita yang menarik dan ini membuktikan Anwar masih merupakan bahan berita menarik, di sebalik kegagalannya dalam PRU13 lalu.
Namun sejak berita mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang dan diikuti dengan keputusan rasmi beliau bertanding di kerusi itu, Anwar kembali menjadi sorotan ramai. Beliau menjadi perhatian media dan berita mengenainya dikejar setiap saat oleh pencari berita, tidak kira yang memihak atau memperlekehnya. Beliau dilaporkan akan menjadi menteri besar Selangor dan akan menjadikan jawatan itu sebagai tangga untuk melangkah ke Putrajaya pula.

Dr Mahathir sendiri mengakui hakikat itu dengan menyatakan keupayaan mentadbir negeri dengan baik akan dijadikan tiket bagi membuktikan kemampuannya mentadbir negara pula. Tambah Dr Mahathir, jawatan menteri besar Selangor hanyalah tangga untuk Anwar mengejar cita-citanya yang sebenar iaitu menjadi perdana menteri.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin juga mengakui hakikat sama dengan membayangkan melalui jawatan menteri besar yang disandangnya, Anwar akan menjadi pencabar hebat untuk merampas kerusi perdana menteri yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib Razak.
Pada masa sama, menyedari bahawa jawatan menteri besar mungkin memberi kelebihan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti, usaha menghalangnya menduduki kerusi itu turut dibuat. Untuk BN menewaskan Anwar di Kajang, mungkin sesuatu yang mustahil berdasarkan mood dan kedudukan BN yang tidak popular ketika itu, lantas usaha menghasut mengenai kuasa Sultan Selangor pula dilakukan.

Ahli akademik, peguam, pemimpin NGO dan peguam pencen tiba-tiba ghairah membuat tafsiran mengenai kuasa Sultan Selangor dalam melantik menteri besar. Semua memberi hujah yang cenderung untuk menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar dengan memberi bayangan sultan ada hak menolak Anwar dan memilih calon yang disukai oleh baginda.

Mereka yang memberi hujah dan pandangan ini bukan saja menampakkan warna yang jelas sebagai pro BN dan tidak mahu Anwar menjadi menteri besar dengan harapan sultan akan menerima bulat-bulat hujah dan tafsiran mereka tanpa menyedari bahawa sultan juga ada kebijaksanaan sendiri di samping baginda juga mempunyai penasihat yang cukup arif mengenai undang-undang serta perlembagaan negeri.

Terlihat ketakutan yang amat sangat di kalangan sesetengah pihak kiranya Anwar berjaya menduduki kerusi menteri besar Selangor akan memudahkan lagi laluannya menuju Putrajaya.

Menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar sepatutnya dilakukan dengan usaha yang lebih keras bagi memastikan beliau tewas di Kajang dan bukannya dengan cuba menghasut sultan atau mengajar baginda mengenai tafsiran undang-undang dan perlembagaan negeri.

Soal sama ada percaturan Anwar kali ini akan memudah atau menyulitkan lagi matlamatnya ke Putrajaya biarlah masa dan takdir Tuhan yang menentukan. Tetapi Anwar memang seorang yang tidak mudah putus asa serta mempunyai daya juang tinggi. Beberapa bekas menteri turut melahirkan kekaguman terhadap daya juang Anwar dan berkata, jika mereka yang dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti itu, sudah lama mengambil jalan berundur dan mengalah saja.

Di sebalik pelbagai cabaran, dugaan serta masalah yang membelengunya, sumbangan beliau juga sebenarnya adalah besar. Anwar berjaya mewujudkan barisan pembangkang yang kuat melalui kesepakatan beberapa parti dan ini amat baik dalam sistem demokrasi. Kewujudan pembangkang yang kuat dan tidak berjaya dibentuk oleh mana-mana pemimpin sebelum ini menyumbang beberapa faedah yang bermanfaat kepada rakyat dan ini haruslah diakui sebagai sumbangan terbesarnya kepada rakyat dan negara.

Melalui kekuatan pembangkang ini, kerajaan menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak boleh lagi bertindak sesuka hati mentadbir negara. Tindakan kerajaan mewujudkan BR1M serta pelbagai bentuk bantuan lainnya, menukar pinjaman tabung PTPTN menjadi biasiswa dan lain-lainnya tidak lain adalah bertujuan menunjukkan kerajaan lebih prihatin kepada rakyat bawahan dan menyaingi janji yang dilakukan oleh pembangkang.

Sekiranya kekuatan pembangkang ini berterusan dan politik kita menjadi sistem dua parti iaitu BN dan PR, nikmat yang diperolehi oleh rakyat tentu lebih berganda lagi. Sesiapa yang menjadi kerajaan akan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat agar dalam pilihan raya yang seterusnya mereka terus diberikan sokongan.

Mana-mana kerajaan yang tidak baik, tidak amanah dan tidak menunaikan janji pula boleh ditukar oleh rakyat dengan memberi peluang kepada parti lain pula menjadi kerajaan. Inilah sistem yang menjadi amalan di beberapa negara maju sekarang ini.

Dalam konteks negara kita, walaupun pengejaran cita-cita Anwar menjadi perdana menteri tidak dinafikan mempunyai unsur untuk kepuasan peribadi dan matlamat yang dipendam sejak sekian lama tetapi memandangkan bersamanya turut berkembang suasana politik yang semakin matang, faedah untuk rakyat juga turut ada.

Ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat, dalam usaha menarik sokongan, menjanjikan pelbagai faedah serta pembaharuan untuk rakyat dan negara jika mereka diberi kuasa. Kiranya janji-janji itu diyakini dapat ditunaikan dan pembaharuan yang dijanjikan juga boleh menjadi kenyataan, tidak mustahil mereka mampu mengungguli kuasa.

Setelah kuasa diperolehi pula, sekiranya ia gagal ditunaikan, rakyat juga mempunyai pilihan untuk kembali menerima BN semula. Namun sekiranya mereka mampu menunaikan janji dan terbukti menggembirakan rakyat, sokongan akan terus diterima.


Sistem dua parti dan kerajaan yang boleh bertukar ganti harus diakui lebih baik daripada membiarkan sesebuah kerajaan memerintah selama 50 atau 100 tahun tanpa hentinya. Inilah yang seharusnya difahami di sebalik Anwar terus berusaha mengejar cita-citanya. – shahbudindotcom.blogspot.com, 4 Februari, 2014.


* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Jika dibiar, DUN Selangor pun akan mesyuarat bawah pokok

Posted: 04 Feb 2014 05:13 AM PST



PKR menasihatkan penyokong Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor supaya tidak memandang rendah dengan apa yang boleh lakukan oleh Umno sambil mengingatkan mereka bahawa pada 1977 parti Melayu itu menggunakan kuasa darurat untuk merampas kerajaan Kelantan pimpinan PAS. Justeru, menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ADUN di Selangor adalah penting bagi menghalang Umno bagi mewujudkan situasi darurat sebagai alasan merampas negeri termaju itu.



RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mewahkah Gaji RM1,500 Hari Ini di Zaman Pemerintahan Najib & Rosmah?

Posted: 04 Feb 2014 06:04 PM PST


Cukupkah zaman sekarang gaji RM1500 dengan kos sara hidup hari ini?

Di atas ini hanyalah sekadar anggaran kasar sahaja. Mungkin berbeza mengikut lokasi, dan situasi kehidupan anda sekarang.

Bagaimana pula pendapatan yang anda perolehi dibandingkan dengan perbelanjaan bulanan anda sekarang ini?


Metaphysics behind kangkung and Kajang

Posted: 04 Feb 2014 05:51 PM PST

Everyone should remain calm and should not act rashly in any heated circumstances or situations.

For the practitioners of the Four Pillars (a branch of Chinese metaphysics), the year of the Wood Horse comes in on Feb 4.
This is because we use the solar calendar which has a fixed changeover date of Feb 4 annually compared to the Chinese New Year celebration which uses the lunar calendar.
This year the annual chart is as follows:
Year Pillar: Wood Horse
Month Pillar: Fire Tiger
Day Pillar: Fire Horse
Hour Pillar: Metal Rabbit
Each pillar consists of the Heavenly Stem and the Earthly Branch. For example in the Wood Horse pillar, the Heavenly Stem is the wood element while the Earthly Branch is Horse which has two elements inside it, namely Yin Fire and Yin Earth.
Inside the Tiger, there is Yang Wood, Yang Fire and Yang Earth while the Rabbit is pure Yin Wood. All these elements are called 'qi' (pronounced as 'chi'), meaning energy force.
The Tiger and Horse are two-thirds of the Three Harmony Fire Combination with the Dog completing the combination whereas the Tiger and Rabbit are two-thirds of the Eastern Spring Wood Directional Combination with the Dragon completing this wood formula.
As there is a lot of wood and fire in this year's chart, people tend to get angry fast as the formula is: wood feeds fire. And fire symbolises anger.
Although Feb 4 is the entry date of the Wood Horse, its energy force had already started seeping in or in this case, galloping in by early January.
So far, two prominent persons have made people very angry via the elements of wood and fire.
The first person is none other than Prime Minister Najib Tun Razak who had quoted the example of kangkung or water spinach to show that not all things have gone up in prices.
But he had spoken too soon. Kangkung is a vegetable and is of the wood element and therefore as wood feeds fire, he has only succeeded in making people angry.
The second person to make people angry is Opposition Leader Anwar Ibrahim. By causing a by-election in Kajang, people are angry. In addition to that, Kajang is located in the south which is a direction of fire.
Thus the general advice for everyone this year is to think carefully before speaking or doing anything important.
This is of utmost importance because this year's chart does not have the 'thinking element' – Yang Metal which is sword or axe.
Politicians beware
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang peluang pengundi hukum BN

Posted: 04 Feb 2014 05:48 PM PST

PAS 4

KUALA LUMPUR 5 FEB: Pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno-BN yang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum ke-13.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Tapi, Umno-BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa. Dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.
"Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," kata Muhammad kepada  Keadilandaily.
Tegas Muhammad, PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Taib Mahmud tidak hirau pribumi Sarawak, empangan baru akan dibina.,.!!

Posted: 04 Feb 2014 05:46 PM PST

Taib mengatakan pembinaan empangan serentak itu bagi memenuhi keperluan syarikat dari Jepun, Korea dan Timur Tengah yang menunjukkan minat untuk membina kilang mereka di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score). – Gambar fail. 
Taib mengatakan pembinaan empangan serentak itu bagi memenuhi keperluan syarikat dari Jepun, Korea dan Timur Tengah yang menunjukkan minat untuk membina kilang mereka di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score). – Gambar fail.

Selepas 100 hari menghalang cadangan pembinaan empangan di daerah Baram, penduduk pribumi Sarawak semalam mendengar berita tidak menggembirakan dari Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa empangan itu akan dibina.
Apa yang lebih memeranjatkan lagi, kerajaan negeri bersetuju membina dua empangan iaitu di Baram dan di Tageh secara serentak daripada membinanya satu persatu.
Biarpun seringkali dikecam pihak pembangkang berhubung cadangan kerajaan negeri membina 12 empangan keseluruhannya bagi merancakkan perindustrian, Taib berkata pembinaan serentak itu bagi memenuhi keperluan syarikat dari Jepun, Korea dan Timur Tengah yang menunjukkan minat untuk membina kilang mereka di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score).
Koridor industri itu bermula dari Tanjong Manis di Sarikei di bahagian tengah Sarawak, ke Samalaju di utara bahagian Bintulu.
Bercakap di pra-pelancaran Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) kampus Sibu, Taib berkata empangan Bakun yang siap pada 2009 dan empangan Murum yang hampir siap tidak mampu menjana tenaga yang diperlukan syarikat berkenaan.
"Dengan dua empangan baru (Baram dan Baleh), kita boleh menyediakan keperluan tenaga lebih tinggi, terutamanya kepada pelabur baru di Score," katanya.
Beliau berkata Sarawak perlu mengurangkan penerimaan permohonan syarikat baru yang mahu melabur di Score atas masalah bekalan elektrik.

Badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar tempatan dalam kempen anti empangan, Save Sarawak Rivers Network, bertindak pantas mendakwa Taib cuba memadamkan kontroversi dengan mengenepikan harapan penduduk yang terjejas dalam pembinaan empangan tersebut.

Pengerusi Save Rivers, Peter Kallang mendakwa Taib mengabaikan piawaian dan etika antarabangsa pembinaan empangan seperti prinsip Persetujuan Bebas, Awal dan Termaklum (FPIC) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Read More / Baca Lagi >>

Insuran kenderaan naik siri terbaru BN bebankan rakyat

Posted: 04 Feb 2014 04:42 PM PST


KUALA LUMPUR 5 FEB: Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan keatas syarikat takaful merupakan satu lagi tambahan yang membebankan rakyat.
"Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, kenaikan insuran sebanyak 15 peratus merupakan satu kenaikan yang tinggi,
Azrul"Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
"Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda," kata Azrul kepada Keadilandaily.
Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia telah meluluskan kenaikan premium insuran takaful sebanyak 15 peratus.
Kenaikan tersebut membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan juga bas ekspress, bermula 15 Februari 2014.
Justeru kata Azrul, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar.
Tambahnya, penduduk di luar bandar memerlukan kenderaan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran.
"Di bandar ada pengangkutan awam, jika nak berjimat. Tapi penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam. Mereka terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak.
"Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika tak bayar, pengguna tak dapat cukai jalan.
Read More / Baca Lagi >>

Polis terima lebih 40 laporan polis terhadap video Teresa Kok, kata Zahid Hamidi

Posted: 04 Feb 2014 04:41 PM PST

Polis menerima lebih 40 laporan berhubung isu klip video berbaur sindiran yang didakwa melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata siasatan terperinci video sempena Tahun Baru Cina yang tersebar luas dalam YouTube sejak Isnin lepas itu dilakukan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Ini adalah bidang kuasa SKMM, jika hasil siasatan itu mendapati ada isu melibatkan Akta Hasutan, tindakan mahkamah akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan bola sepak PBAPP FC menentang PDRM di Stadium Bandaraya, di Georgetown, Pulau Pinang malam tadi.
Beliau meminta masyarakat, tanpa mengira fahaman politik, tidak memainkan isu melibatkan sensitiviti agama sehingga menjejaskan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Kok dikatakan 'berlakon' sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina tahun ini dan tetamu undangannya pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.
Read More / Baca Lagi >>

Jadual program Anwar di PRK Dun Kajang 5-9 Februari

Posted: 04 Feb 2014 04:38 PM PST

admin-ajaxBERIKUT ialah jadual tentatif Program Turun Padang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Orang ramai disaran menyertai program berkenaan. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada perubahan pada saat akhir

5 FEBRUARI
5–7 ptg: Hi-Tea – Pusat Khidmat Komuniti DUN Kajang, Taman Sg Sekamat.
7.30–8.30 mlm: Solat & Tazkirah Maghrib – Surau Taman Muhibah, Kajang
9–12 mlm: Ceramah Perdana depan Surau At-Taqwa, Taman Kajang Baru, Sungai Jelok

6 FEBRUARI
5–7 ptg: Hi-Tea – Pusat Komuniti Kg. Sungai Kantan
7.30–8.30 mlm: Solat, Solat Hajat & Tazkirah – Surau Jenaris, Tmn Desa Jenaris
8.3 –12 mlm – Ceramah Perdana – Taman Koperasi Cuepac

7 FEBRUARI
12.30–2 ptg: Solat Jumaat & Jamuan Rakyat – Masjid Jamek Kajang
5–7 mlm: Hi-Tea – Pusat JKKK Batu 13, Tmn Delima, Bt 13 Jln Cheras
7.30 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib di Surau At Taqwa, Tmn Kota Cheras Fasa 2
7.30–11.00 mlm: Chinese Dinner – Shuang Xi Lou Chinese Restaurant, Metro Kajang
8.30 – 12 mlm – Pelancaran Jentera Pilihanraya PRK Kajang di Dataran Prima Saujana, Kajang

Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Saya tak tersinggung dengan tohmahan kata Anwar

Posted: 04 Feb 2014 04:36 PM PST

Anwar: Saya tak tersinggung dengan tohmahan 
KAJANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak tersinggung dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak diumumkan sebagai calon PKR di Dun Kajang.

Menurut Anwar, beliau memahami ramai terkejut dengan keputusan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan Adun Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding.

"Apabila nama saya diumumkan, pelbagai reaksi diterima. Ada yang kecam dan bingung dengan pendirian PKR sehingga tempias kepada (Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul ) Khalid (Ibrahim) dan (Pengerusi PKR Selangor) Azmin (Ali).

"Ada juga yang pelik Anwar daripada pemangku perdana menteri mahu jadi Adun. Saya tidak terasa. Bagi saya, apa saja jawatan dan amanah yang ALLAH SWT takdirkan, saya terima," katanya ketika berucap dalam majlis bersama pimpinan masyarakat Daerah Hulu Langat, di sini, kelmarin.

Beliau berharap agar tiada lagi yang mempertikaikan keputusannya bertanding di Selangor.

"Memang saya bukan anak Selangor, tapi saya tinggal puluhan tahun di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Asal-usul Kajang: Pakatan wajar ambil iktibar

Posted: 04 Feb 2014 04:27 PM PST

Fariz Musa

Sumber asal usul Kajang dari Perpustakaan UKM Bangi, Selangor. – 5 Februari, 2014. 
Sumber asal usul Kajang dari Perpustakaan UKM Bangi, Selangor. – 5 Februari, 2014.

Sebelum kewujudan Kajang, terdapat satu kawasan penempatan orang asli dan Melayu bernama Reko.
Pada satu hari, dua orang sahabat, seorang Melayu dan orang asli menaiki sampan melalui Sungai Langat untuk menuju pulang.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, lalu mereka berhenti berteduh.
Sahabat Melayu mengajak rakannya untuk berkajang di situ. Kepada orang Melayu, berkajang bermaksud berteduh, tapi pada fahaman orang asli, berkajang bermaksud bertikam.
Oleh kerana salah faham, maka orang asli menikam rakannya itu. Maka dengan itu, tempat tersebut telah diberi nama Kajang. (sumber: Perpustakaan UKM)
Peristiwa yang tidak ada siapa pun mampu mengiyakan, kerana sumbernya adalah sebuah cerita lisan, tiada fakta yang menyokongnya.
Mitos ini tiada siapa pun ketahui tarikh kejadian serta pengesahan yang menjadi asal-usul nama Kajang.
Namun, ceritanya mungkin ada signifikan boleh diterima akal, kerana salah faham komunikasi (miscommunication) sehingga berlakunya peristiwa berdarah tersebut, atau mungkin ada yang membacanya terasa lucu serta sangsi dan mempertikaikan kesahihannya kerana dengan mudah orang asli tersebut menikam rakan Melayunya tanpa usul periksa dan bertanyakan sebab musabab mereka perlu bertikam yang sudah pasti diperbetulkan rakan Melayu itu!
Tiba-tiba nama Kajang menjadi sangat panas, mungkin sepanas bara arang satay kajang ekoran peletakan jawatan secara drastik dan mengejutkan Ahli Dewan Undangan N25 Kajang, CC Lee yang menimbulkan kontroversi dan mengundang pelbagai persepsi.
Kajang menjadi isu yang sangat panas, sama ada positif dan negatif oleh semua pihak, dan rakan Pakatan Rakyat serta seterunya, Umno-BN bagai 'cacing kepanasan'.
Kehangatan ini bukan sahaja menimbulkan reaksi di kalangan politikus, malah turut mendapat respon daripada ahli akademik, penganalisis politik serta orang awam.
Lebih ketara isu Kajang terus 'dikipas' oleh media massa , media internet dan media sosial.
Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh rakan Pakatan Rakyat yang secara negatif dan positif  mengundang perdebatan.
Ada yang dilihat bersifat egois serta amat kasar hingga sanggup memboikot PRK dan membiarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendirian, dan ada yang melihat relevan PRK Kajang dan tindakan positif Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutamakan kepentingan Pakatan dan rakyat Selangor untuk terus utuh di Selangor.
Sudah pasti yang akan bertepuk tangan ialah Umno-BN , yang bakal menikmati 'satay' hasil kontroversi dan polemik dalam Pakatan sendiri.
Pertelingkahan dan serangan beberapa kenyataan yang dilabel 'geng kopiah putih' begitu ekstrim dan prejudis terhadap PRK Kajang, termasuk melalui media sosial mereka yang dijadikan bahan kepada pimpinan dan media Umno-BN, khususnya Utusan Malaysia dan TV3.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO membela BIAWAK hidup...!!

Posted: 04 Feb 2014 03:55 PM PST

PRK Dun Kajang: Luahan bersifat peribadi

Posted: 04 Feb 2014 03:48 PM PST

Isu Dun Kajang: Luahan bersifat peribadi 
KUALA LUMPUR - Segala luahan dan pandangan yang bertentangan dengan parti adalah bersifat peribadi, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

 Beliau mengulas sikap sesetengah pimpinan Pas yang menyatakan mereka tidak puas hati dengan sekutu mereka, PKR, yang kosongkan kerusi Dun Kajang bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

"Kita akan bantu PKR atas semangat setiakawan untuk memastikan kemenangan kepada PR dalam PRK Kajang.

"Sekarang kita bercerita tentang Dun Kajang. Semua bersetuju untuk kalahkan BN," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, di sini, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Pilihanraya, Hari Raya Dan Hantu Raya

Posted: 04 Feb 2014 03:41 PM PST

Pilihanraya kecil DUN Kajang barangkali merupakan pilihanraya paling unik dan menarik. Sejak rakyat Malaysia mengenal apa itu pilihanraya, inilah pilihanraya yang paling menjadi tumpuan dan diperbualkan ramai orang. Menariknya pilihanraya kecil ini tentu faktor utamanya ialah kerana Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Dengan Anwar bertanding dan dikhabarkan akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas itu dan kemudian dijadikan laluan menawan Putrajaya, bukan saja UMNO dan BN yang kepanasan dan terasa bahangnya, malah rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat juga ada turut terlompat seolah-olah kejutan yang berlaku membuatkan mereka tergeletek sama.

Pilihanraya bagi orang politik adalah umpama hari raya. Ini kerana ketika pilihanraya, sentiasa meriah dengan makan minum, baju T dan topi yang silih berganti serta duit belanja yang boleh diminta sesuka hati.

Baik pilihanraya besar atau pilihanraya kecil, itulah resam dan kelazimannya.

Dalam pilihanraya DUN Kajang ini, walaupun ia hanya hanya sebuah pilihanraya kecil, faktor Anwar dan kerusi Menteri Besar yang direbutkan menjadikan ianya menarik dan diberikan tumpuan. Meskipun Anwar diramalkan tidak mempunyai banyak masalah untuk menang, namun kempen dan gerak kerja sudah pun bermula.

Kemeriahan yang dibawa bersama kehadiran Anwar ke Kajang bukan saja menyebabkan orang berpusu-pusu ke bandar itu, malah peniaga makanan, penjual baju T dan topi yang berkaitan Kajang atau mempunyai gambar wajah Anwar, dilaporkan mulai sibuk menambah bekalan bagi memenuhi permintaan yang dijangka meningkat.

Jika BN sudah memutuskan turut bertanding nanti, kemeriahan Kajang tentunya lebih berganda. Di sebalik tidak ramai yang yakin BN mampu meraih kemenangan, namun sebagai kerajaan BN pastinya tidak memandang randah pilihanraya ini, lebih-lebih lagi lawan yang dihadapi ialah Anwar. Kempen, gerak kerja, majlis perasmian itu ini dah pelbagai peruntukan sudah pasti melimpah ruah. Pilihanraya akan benar-benar seperti hari raya.
Read More / Baca Lagi >>

Kini Putrajaya nasihat Herald langsung tidak guna kalimah Allah

Posted: 04 Feb 2014 03:36 PM PST

Surat yang dikeluarkan Putrajaya hanyalah nasihat semata-mata yang diharap dapat dipatuhi pihak penerbitan Herald. - Gambar fail.Surat yang dikeluarkan Putrajaya hanyalah nasihat semata-mata yang diharap dapat dipatuhi pihak penerbitan Herald. - Gambar fail.Putrajaya memaklumkan akhbar mingguan Katolik, Herald agar tidak menggunakan kalimah Allah dalam apa-apa bahan bertulis seperti artikel atau surat sebulan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan arahan Menteri Dalam Negeri mengharamkan perkataan itu dalam penerbitan bahasa Melayunya.
Surat makluman bertarikh 20 Januari itu, bertujuan menguatkuasakan sekatan penggunaan perkataan tersebut di dalam keseluruhan penerbitan.
Ketua Bahagian Penerbitan dan Kementerian Dalam Negeri, Hashimah Nik Jaafar mengesahkan notis berkenaan dikeluarkan kepada pengarang Herald Paderi Lawrence Andrew minggu lepas.
Beliau bagaimanapun menekankan, notis itu hanyalah nasihat, yang boleh diikuti pihak penerbit.
"Kami hanya memberi nasihat. Isu ini masih dalam perbicaraan di mahkamah. Justeru, mereka perlu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan buat masa sekarang," Hashimah memberitahu The Malaysian Insider.
Beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan Oktober  tahun lepas yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah dalam ruangan bahasa Melayunya.
Dalam keputusan itu, mahkamah mendapati bahawa kalimah Allah tiada kaitan atau sebahagian daripada agama Kristian.
Gereja Katolik memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan, yang dijangka didengari pada 5 Mac.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Mayat hidup semula

Posted: 04 Feb 2014 03:28 PM PST

Kuala Lumpur: "Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat terhadap 'jenazah' saya yang disahkan sudah meninggal dunia," kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62.
Menurutnya, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru.
Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang 'hidup' semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan.

Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.
Foto
ZULROZI menunjukkan bekas pembedahan di kepala ayahnya.

Bagaimanapun, selepas 'jenazah'nya dihantar ke bilik bedah untuk proses bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan kepala.

Malaysia Kita: Lans Koperal SB mati ditembak

Posted: 04 Feb 2014 03:24 PM PST



POLIS menggunakan anjing pengesan di tempat kejadian seorang anggota Cawangan Khas Bukit Aman mati ditembak di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil ialah Thivakaran.



KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis Cawangan Khas (SB) Bukit Aman berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan dua das tembakan pada muka dan mata sebelah kanan di tepi Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini semalam.
Mayat T. Thivakaran, 37, berasal yang dari Chemor, Perak itu ditemui orang awam pada pukul 4.30 petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata, pemeriksaan yang dilakukan di lokasi kejadian, polis menemui dua kelongsong peluru berukuran .9 milimeter berdekatan mayat mangsa.

Lihat `pencerobohan’ kapal China secara positif

Posted: 04 Feb 2014 03:22 PM PST

Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu untuk melindungi negeri Sabah dari kuasa besar seperti China. 

KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Negeri Sabah Datuk Simon Sipaun mengesa semua pihak melihat reaksi kerajaan Malaysia secara realistik mengenai kemasukan kapal perang di perairan James Shoal.
Lebih dikenali sebagai Beting Serupai, kawasan ini merupakan sebuah beting di Laut China Selatan dengan kedalaman 22 meter terletak 80 km dari Bintulu.
Kawasan ini dituntut oleh Malaysia, Republik Rakyat China (RRC) dan Republik China Taiwan (ROC) dalam pertikaikan perebutan kawasan kepulauan Spartly di Laut China Selatan.
"Apabila dilihat dan difikir dari sudut perhubungan antarabangsa, ia adalah satu reaksi yang bijak bagi kerajaan Malaysia yang tidak memperbesarkan kejadian ini," jelas beliau semasa temubual telefon dengan FMT
Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu untuk melindungi negeri Sabah dari kuasa besar seperti China sekiranya kita meminta bantuan.
"Kerajaan Malaysia juga menghadapi masalah semasa pencerobohan sekumpulan Sulu pada masa yang bulan Febuari tahun lalu."
"Bayangkan sejumlah 7 batalion askar yang dikerah, yang mempunyai lebih kurang 6,500 orang askar untuk menghadapi pencerobohan itu yang sebanyak 235 orang." kata beliau sambil merujuk kepada kejadian pencerobohan di Kampung Tanduo Lahad Datu.
"Apakah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Malaysia sekiranya mereka ingin memperbesarkan perkara tersebut tetapi pada masa yang sama tidak dapat berbuat apa apa?" beliau mempersoalkan.
Bukan ancaman

Namun, Sipaun tidak melihat pencerobohan kapal perang China di perairan Malaysia sebagai satu ancaman sebenar tetapi ia merupakan satu tindakan untuk mendapatkan pengiktirafan kuasa tenteranya dikalangan negara jiran terutamanya Malaysia
Read More / Baca Lagi >>

Banyak kes rasuah tergendala sebab AG tiada kredibiliti

Posted: 04 Feb 2014 07:15 AM PST

sprm
KUALA LUMPUR 4 FEB : Ahli jawatankuasa khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Fauzi Abdul Rahman mempersoal kredibiliti Jabatan Peguam Negara (AG) berikutan masih terdapat banyak kes rasuah tergendala.
"Walaupun saya baru dalam Jawatankuasa Khas Rasuah SPRM ni,
"Saya lihat persepsi rakyat terhadap SPRM buruk. Kita dah jalankan tugas kita dengan baik, cuma tak ada kuasa mendakwa sebab kuasa besar terletak pada Jabatan Peguam Negara.
Fauzi"Apa yang dipertikaikan ialah integriti dan amanah Jabatan Peguam Negara.
"Kita (seolah-olah) memberi kuasa paling besar kepada orang yang salah," kata Fauzi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang.
Katanya lagi, siasatan menjadi lebih cepat dan selaras sekiranya SPRM memikul tanggungjawab tersebut.
Kelewatan pejabat AG kata Fauzi (gambar) menyebabkan agensi penguatkuasaan lain termasuk SPRM tidak dapat bertindak kerana kuasa pendakwaan mutlak di Pejabat Peguam Negara.
Katanya, antara kes menunjukkan kelemahan pendakwaan Pejabat Peguam Negara termasuk pembebasan daripada dakwaan skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) melibatkan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy 14 Januari lalu.
"Itu kesilapan terbesar sistem kita kerana memberi kuasa mutlak kepada pihak yang tidak ada integriti dan tidak amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Najib's Running Mate?

Posted: 04 Feb 2014 07:12 AM PST

Hi folks. Just in case you were feeling sleepy.

Above : Old story
Below : New pictures


These pictures and stories pop up because of two things : 

i. persistent rumours that Muhyiddin is leaving town
ii. who is going to be No. 2 after Muhyiddin?

Obviously the three VPs (except one) are not considered to be replacement material. Who is the one? Few know. Or claim to know. Or think they know. Or behave as if they know. 

There is a new columnist in town. The column is called 'Relevances'.  

KERAJAAN MALAYSIA PATUT MALU JIKA GAMBAR INI BENAR2 SAHIH..!!!

Posted: 04 Feb 2014 06:55 AM PST

 
Gomen Dah Tak De Duit....MP Pulak Sebok Buat Duit...???

Perkasa selar SKMM cepat bertindak tutup Facebook anti Kristian tetapi tidak anti Islam

Posted: 04 Feb 2014 06:44 AM PST


Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mempersoalkan tindakan pantas Suruhanjaya Komunikasi Media Multimedia (SKMM) menutup laman Facebook yang dikatakan menghina agama Kristian tetapi lambat bertindak apabila ia berkaitan agama Islam.
Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar), agak menghairankan apabila SKMM tidak bertindak biarpun laporan polis dibuat terhadap beberapa laman sesawang dan Facebook yang menghina umat Islam di negara ini.
"Perkasa  ingin bertanya kepada SKMM, mengapa begitu cepat bertindak terhadap akaun Facebook menghina Kristian tetapi tiada satu pun tindakan diambil terhadap Facebook yang menghina kesucian Islam walau sudah banyak aduan dibuat," kata Syed Hassan dalam satu kenyataan lewat petang tadi di Kuala Lumpur.
"Laporan polis terhadap beberapa portal berita dan Facebook yang menghina kesucian Islam kami kira cukup banyak tetapi mengapa masih tiada tindakan diambil? Apakah laporan polis tidak mencukupi dan perlu juga membuat aduan kepada SKMM?"
Perkasa turut menuntut SKMM agar tidak bersikap memilih dalam mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat kerana agak mengecewakan apabila melihat begitu banyak penghinaan terhadap kesucian Islam sedangkan pihak bertanggungjawab seperti SKMM hanya memandang ringan mengenai isu tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Sandiwara pantau harga barang, TPM buat wayang – Yahya Sahri

Posted: 04 Feb 2014 06:43 AM PST

yAHYAKUALA LUMPUR, 4 FEB: Lawatan mengejut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke beberapa hypermarket kononnya bagi memantau harga barangan keperluan rakyat hanya bersifat sandiwara dan sama sekali tidak membantu mengurangkan beban hidup rakyat Malaysia.
"Jangan jadikan lawatan tersebut sebagai sandiwara politik murahan bagi menarik sokongan rakyat yang sedia tertekan," kata Yahya Sahri, Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN.
"Kerajaan sepatutnya menurunkan harga bahan api dan elektrik, ini dapat mengurangkan kos operasi dan pengangkutan dan akhirnya menurunkan kembali harga di pasaran.
"Lawatan tersebut tidak membantu mengurangkan masalah yang ditanggung rakyat," kata Yahya kepada Keadilandaily.
Beliau mengulas tindakan Timbalan Perdana Menteri ke Pasaraya Mydin dan Kedai Rakyat Satu Malaysia di Mantin hari ini kononnya bagi memantau harga barangan bagi menangani kos sara hidup.
Kata Yahya, sekiranya kerajaan benar-benar berhasrat membantu rakyat, langkah lebih berkesan dan proaktif perlu dilakukan bagi memastikan harga barangan diturunkan, bukan dengan setakat melakukan lawatan.
Read More / Baca Lagi >>

Cover Line: Ekspedisi Antartika bukan pembaziran kata Mat Said

Posted: 04 Feb 2014 06:42 AM PST

SEPANG - Ekspedisi saintifik ke Antartika telah memberi peluang kepada peserta rombongan melihat secara dekat kerja-kerja penyelidikan para saintis dari seluruh dunia.
  
Menegaskan demikian, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata dakwaan pembangkang bahawa ekspedisi itu suatu pembaziran adalah tidak benar sama sekali.
  
Katanya, beliau dan peserta rombongan yang lain mengambil risiko yang tinggi mengunjungi kutub selatan itu.
  
"Saya ke Antartika atas undangan Institut Penyelidikan Antartika Chile.
  
"Ketika di sana kami menaiki kapal tentera laut Chile iaitu 'Aqulies' dan bukannya makan angin (melancong).
  
"Kalau saya nak makan angin, lebih baik saya tidak ke Antartika..nak beli apa di sana?..nak sentuh dan bawa balik penguin pun tak boleh.
  
"kami sebenarnya mengambil risiko tinggi kerana cuaca di sana sukar diramalkan dan berubah dalam masa yang singkat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz kepada Mukhriz - Jangan Dok Ugut, Ada Bukti Sila Dedahkan

Posted: 04 Feb 2014 05:58 AM PST



Adakah Muhyiddin Yassin hantar Nallakaruppan lawan Anwar diKajang..???

Posted: 04 Feb 2014 05:49 AM PST


Muhyiddin Yassin hantar Nalakaruppan lawan Anwar Ibrahim di Kajang?
kami nampak ada gambar Muhyiddin kat belakang tu, Muhyiddin hantar dia ni ke nak lawan Anwar?

Asuhan dalam prinsip Demokrasi- Bhg 1

Posted: 04 Feb 2014 05:47 AM PST

Ada 2 tahniah yang patut diberi. Pertama kepada Teresa Kok kerana mengemukakan suatu YouTube yang menggambarkan rekod Najib dan BN dalam bentuk humour dan satire. Darah pemuda UMNO hendak menggelegak kenapa? Benda2 ini nak tunjuk garang sangat- penderitaan Melayu akibat dasar2 UMNO dan BN tak hendak memberontak pulak!
Rakyat lagi lama dihina dan diperbudakkan berbanding dengan Najib dan Rosmah. Si penoreh getah dari kampong Gesing dan Ulu Atok Raub, menderita untuk dapat RM200 sebulan, bil letrik kediaman rasmi Najib ialah RM6100 sehari dan bil air RM800 sehari. Dan Najib dan pemimpin UMNO yang lain, tidak malu dan segan menasihatkan rakyat supaya berjimat dalam belanja! Pu****k!
Mengapa tidak ada lapuran polis dibuat kepada pimpinan BN? kerana kita tidak guna polis untuk mendepankan idea kita. Yang mengguna polis adalah kumpulan yang merasakan polis dalam genggaman dan bayaran mereka. Kita gunakan dialog dan thought engagement. Rakyat Kampung pun sudah cerdik sekarang. Belia2 kampung pula akan merupakan barisan depan mendukong panji2 perubahan kepada lanskap politik bangsa Melayu khususnya.
Hanya UMNO sahaja yang menggunakan belantan dan penggunaan belantan ini, cara penghuni gua dan politik gua.
Kedua- tahniah kepada Anwar Ibrahim dan PKR kerana mengembangkan nilai demokrasi sejagat atau universal democracy. Itu saya akan lakukan dalam tulisan selepas ini.
Saya baru sampai ke Kuala Lumpur setelah berada lama dalam kawasan Raub. Di kawasan Bukit Kajang Raub, seorang cukong Cina sedang membalun suatu kawasan seluas 3000 ekar. Semua dilakukan atas nama Raja Melayu. Benarlah seperti yang dikatakan oleh seorang bekas timbalan PM- yang jual negara ini ialah UMNO. Resthouse di Raub telah lama dijual kepada Cina. Demikian juga bungalow lama diatas bukit Giat Mara Raub.Wahai UMNO- jual lah negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT