MCA belum apa-apa lagi sudah membidas Umno yang ingin bertanding di Dun Kajang, yang telah dikosongkan parti ultra kiasu.

Pada MCA, kerusi tersebut adalah milik bapaknya. Formula Barisan Nasional (BN) mesti dipatuhi. Jika tidak, mereka akan bertindak balas, boikot.

Peliknya, bila kena pada mereka, mesti ikut formula. Bila kena pada kita, tidak ada formula. Bukankah perlembagaan negara itu bapak segala formula? Kenapa tidak mahu ikut?

Masih ingat kerusi Parlimen Wangsa Maju PRU 2013? Bila calon Umno diletakkan di sana, maka MCA boikot.

Banyak cantik muka MCA! Cermin diri dahulu. Saya tidak pernah hairan dengan boikot MCA, kerana ahli MCA sendiri belum tentu menyokong Umno.

Persoalan saya, siapakah calon MCA paling layak untuk menentang pemimpin nombor 1 PKR itu?

Jika tidak ada, duduk rumah diam-diam. Serahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukannya.

Jika adapun calon MCA, cari yang Cina Muslim, baharu boleh mengetuk pintu hati pengundi Melayu.

Ingat! Majoriti pengundi di situ adalah Melayu, 48%, Cina 41%, India 10%. Pada tahun 2013, PKR menang dengan majoriti 6,824. Tahun 2008 - 3,268, tahun 2004 - 2,773.