RAKYAT MARHAEN |
- Anwar Ibrahim: Apakah Kerangka Dirancang Untuk Menakluk Kawasan Luar Bandar ?
- Anwar Ibrahim; Apa Yang Kekuatan Saya Untuk Terus Berjuang?
- PRK Dun Kajang: Jangan sampai senjata makan tuan kata Pemuda PAS..!!
- PRK Dun Kajang: Kuat sangatkah MCA? Kata Ridhuan Tee..!!!
- PRK Dun Kajang dan Suhaizan yang cool
- PRK Dun Kajang: 'Presiden MCA patut lawan Anwar'
- Cubaan Zam jadikan PRK Dun Kajang isu perkauman kebudak-budakan
- PRK Dun Kajang: Ahmad Maslan langgar signal Zahid?
- PRK Dun Kajang: Bukan Islam tiada pilihan, Melayu bagaimana?
- Generasi 13 Mei sudah berlalu
- Masalah di Bangkok, PM Thai salah kotak undi
- SAMM sedia anjur debat Khalid Samad – Noh Omar
- Malaysia Kita: Kerani `rajin’ di mahkamah Ipoh curi RM1.5 juta wang denda
- Video 'Onederful' Lawak Teresa Kok Sindir Rosmah Sebabkan UMNO Meroyan Sakan
- Berhemah Dalam Memberi Nasihat - Dato Dr MAZA
- Makmum Sujud Lama Lebih Daripada Imam - Ustaz Azhar Idrus
- Hukum Guna WIFI Orang Lain - Ustaz Azhar Idrus
- Hukum Tolong Orang Kafir Angkat BERHALA - Ustaz Azhar Idrus
- Status Air Basuhan Wuduk Kali Ke-2 & Ke-3 - Ustaz Azhar Idrus
- Kajang | Letak jawatan dan PRK : Umno lebih awal membazir! - Saifuddin Abdullah
- PRK Dun Kajang: Umno Takut Hadapi Anwar, Mais Dan Jais Terus Dimangsakan..!!
- PRK Dun Kajang: Ahmad Maslan Hanya Menghodohkan Lagi Wajah UMNO dan BN
- Pendakwaan Terpilih: Spekulasi merebak bekas setiausaha politik menteri Umno lewat didakwa
- Khalid bersama Anwar lancar kempen PRK Kajang malam ini
- KHIR TOYO MOHON AGAR BN TIDAK MASUK BERTANDING DI PRK DUN KAJANG
Anwar Ibrahim: Apakah Kerangka Dirancang Untuk Menakluk Kawasan Luar Bandar ? Posted: 02 Feb 2014 09:07 PM PST |
Anwar Ibrahim; Apa Yang Kekuatan Saya Untuk Terus Berjuang? Posted: 02 Feb 2014 09:07 PM PST |
PRK Dun Kajang: Jangan sampai senjata makan tuan kata Pemuda PAS..!! Posted: 02 Feb 2014 09:05 PM PST Pemuda PAS menegur kepimpinan PKR supaya tidak begitu ghairah mengeluarkan kenyataan berhubung isu pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi mengelak "senjata makan tuan". Ketua Penerangannya Zaharuddin Mohammad Facebooknya dilapor menyindir pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, lapor Berita Harian. "Saya meneliti ucapan dan tulisan Rafizi mengenai Kajang. Saya nak komen sedikit, jangan banyak sangat 'berstatement' dalam politik dalam isu Kajang, takut nanti 'senjata makan tuan' "Kami (PAS) mengamalkan politik telus bila berdepan dengan hak rakyat. Jangan menjadikan kami serba salah antara menjaga amanah ketelusan kepada rakyat atau menjaga rakan pakatan. "Saya harap ini juga berlaku kepada Rafizi. Tolong, jangan heret kami terlalu jauh," beliau dipetik sebagai berkata. |
PRK Dun Kajang: Kuat sangatkah MCA? Kata Ridhuan Tee..!!! Posted: 02 Feb 2014 09:04 PM PST MCA belum apa-apa lagi sudah membidas Umno yang ingin bertanding di Dun Kajang, yang telah dikosongkan parti ultra kiasu. Read More / Baca Lagi >>Pada MCA, kerusi tersebut adalah milik bapaknya. Formula Barisan Nasional (BN) mesti dipatuhi. Jika tidak, mereka akan bertindak balas, boikot. Peliknya, bila kena pada mereka, mesti ikut formula. Bila kena pada kita, tidak ada formula. Bukankah perlembagaan negara itu bapak segala formula? Kenapa tidak mahu ikut? Masih ingat kerusi Parlimen Wangsa Maju PRU 2013? Bila calon Umno diletakkan di sana, maka MCA boikot. Banyak cantik muka MCA! Cermin diri dahulu. Saya tidak pernah hairan dengan boikot MCA, kerana ahli MCA sendiri belum tentu menyokong Umno. Persoalan saya, siapakah calon MCA paling layak untuk menentang pemimpin nombor 1 PKR itu? Jika tidak ada, duduk rumah diam-diam. Serahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukannya. Jika adapun calon MCA, cari yang Cina Muslim, baharu boleh mengetuk pintu hati pengundi Melayu. Ingat! Majoriti pengundi di situ adalah Melayu, 48%, Cina 41%, India 10%. Pada tahun 2013, PKR menang dengan majoriti 6,824. Tahun 2008 - 3,268, tahun 2004 - 2,773. |
PRK Dun Kajang dan Suhaizan yang cool Posted: 02 Feb 2014 08:56 PM PST AHMAD LUTFI OTHMAN Pertemuan itu sepatutnya diadakan lebih awal, sebaik beliau menang pertandingan sengit, mengisi kekosongan Ustaz Nasrudin Hassan, hujung November 2013. Saya dan wartawan Arif Juhani hanya bersembang santai, tanpa sempat bersoal-jawab secara khusus dengan Suhaizan di Pejabat Pemuda, Jalan Raja Laut, satu pagi hujung minggu. Waktu itu, Suhaizan lebih banyak mengisahkan pengalaman berkacanya mendaki kerjaya politik sejak di kampus lagi. Kebetulan kami dari universiti yang sama, Universiti Teknologi Malaysia dam belioau turut aktif dalam PMUTM. Saya lebih mengingati komitmennya dalam kempen memansuhkan PPSMI dan juga membongkar senarai daftar pemilih -- menjelang PRU13 -- yang mengelirukan dengan kes nama-nama pengundi pelik. Sesekali saya cuba mengorek rahsia "pertembungan dalaman" Pemuda, yang khabarnya belum selesai walaupun muktamar sudah berakhir, namun Suhaizan hanya menjawabnya dengan senyuman. Mendengar gosip liar seolah-olah dia cukup terhimpit tetapi lenggok badannya berbeda sekali. Cerita peribadinya menarik dan wajar dikongsi bersama; cuma saya belum sempat menulisnya. Moga catatan tangan saya di Pejabat Pemuda itu masih boleh dibaca! Tengahari 29 Januarai lalu, Suhaizan yang berbaju merah, tiba agak lewat. Sebelah paginya ada rakaman perutusan Tahun Baru Cina di Batu Caves. Dia menyapa kami dengan ucap selamat dalam bahasa Cina, yang mungkin baru dilafaznya semasa di studio tadi. Dalam sesi wawancara itu, saya dapat mengesan keistimewaan awal Suhaizan; dalam apa jua keadaan, dia nampak tenang dan cool. Mungkin tidak banyak isu baru yang ditekankannya dalam perbualan hampir satu jam itu, selain mengulangi kerangka besar haluan Pemuda tapi bersikap terbuka mengakui kelemahan yang perlu diperbaiki dan ruang besar yang masih belum dimanfaatkan. Editor ruangan antarabangsa Harakah, Haris Zalkapli, yang turut sama dalam sesi wawancaram ketika saya minta merumuskan misi dan visi Suhaizan, mencatatkan: "Yang paling jelas ialah agenda untuk memobilisasi Pemuda PAS menghadapi cabaran semasa anak muda, dengan menggalakkan lagi usaha penyebaran maklumat, pendidikan politik dan kajian serta wacana supaya sebarang tindakan dibuat berdasarkan maklumat yang tepat dan mendapat sumbang saran daripada rakyat." Dalam isu PRK Kajang, Suhaizan turut menyinggung kritikan keras terhadap KeADILan, sekurang-kurangnya daripada dua pemimpin kanan Pemuda, iaitu Ketua Pemuda Selangor dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: 'Presiden MCA patut lawan Anwar' Posted: 02 Feb 2014 08:55 PM PST Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan supaya MCA lebih berani untuk mempertaruhkan presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam pilihan raya kecil DUN Kajang menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti. Read More / Baca Lagi >>Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa MPN Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak berkata, Liow paling layak kerana memiliki kredibiliti dan sikap mesra rakyatnya yang mampu meraih semula sokongan kaum Cina, lapor Utusan Malaysia. Bahkan, Mohamed juga beranggapan Liow Tiong Lai adalah calon yang berpotensi mengugat pengaruh kuat ketua umum PKR itu. "Calon mestilah tokoh nasional. Maka, individu paling layak ialah Tiong Lai sendiri kerana beliau mempunyai kredibiliti dan bersikap mesra rakyat. "Sebagai presiden MCA yang baru inilah peluang untuk beliau menguji pengaruhnya," beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan. |
Cubaan Zam jadikan PRK Dun Kajang isu perkauman kebudak-budakan Posted: 02 Feb 2014 08:54 PM PST Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengecam bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang cuba menyalakan sentimen perkauman dalam berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Beliau mengulas kenyataan Zainuddin dalam blognya semalam bahawa PRK kali ini adalah peluang masyarakat Cina memperbetulkan persepsi orang Melayu bahawa mereka tidak boleh dipercayai sebagai rakan politik. Memetik kenyataan itu lagi, beliau yang lebih dikenali sebagai Zam juga berkata, "Sesungguhnya tidak dapat dinafikan keyakinan ini telah dicarik-carikkan oleh Tsunami Cina". Kit Siang berkata, kenyataan itu menunjukkan sikap perkauman yang ada pada pemerintah dan pihak yang berkaitan dengan mereka, yang menjadi punca sebenar polarisasi kaum yang semakin memburuk di Malaysia. "Zam boleh berharap agar majoriti pengundi yang memilih Pakatan pada PRU lalu berpihak kepada BN nanti, tapi apa logik beliau menjadikan PKR sebagai isu perkauman? "Beliau perlu hormat hak demokrasi majoriti yang mengundi Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, dan paling penting 51 peratus atau 5,624,084 yang mengundi Pakatan seluruh negara, tanpa menjadikannya isu kaum," katanya dalam satu kenyataan. Menyifatkan tuduhan itu sebagai kebudak-budakan, katanya lagi, tindakan Zam yang cuba menghidupkan persepsi 'Tsunami Cina' juga bercanggah dengan 'Rekonsiliasi Nasional' yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Ahmad Maslan langgar signal Zahid? Posted: 02 Feb 2014 07:48 PM PST Oleh Mohd Sayuti Omar Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan nampaknya telah memberi isyarat awal agar pilihan raya kecil DUN Kajang bakal diadakan, dilumuri dan dihiasi dengan isu yang kotor dan menjijikkan mengenai moral Anwar. Dalam satu kenyataan Ahamad memberi tahu isu liwat yang membabitkan Anwar tidak boleh didiamkan dan rakyat kena diberi tahu. Beliau juga membuat psywar mengatakan pembangkang meletakan calon yang dibebankan oleh kes mahkamah. Beliau merujuk kepada kes rayuan Anwar berhubung kes liwat II yang masih dibicarakan dimahkamah ketika ini. Katanya kes video membabitkan 'pembacuh kopi' menyebabkan timbul pesepsi buruk terhadap Anwar kerana mahkamah masih belum memutuskannya. Perkara itu tegasnya tidak boleh disembunyikan dan pengundi di Kajang kena diberi tahu. Isyarat atau topik dibicarakan Ahmad itu menjelaskan apakah modal utama yang bakal digunakan oleh UBN dalam pilihan raya kecil itu. Tidak sepatut sebagai seorang menteri muda yang berpendidikan tinggi dan dapat CGPA tinggi dalam peperiksaan memberi ruang agar kempen di Kajang menjadi cemar dan jijik. Isyarat diberikan Ahmad itu lebih jijik dari kes membabitkan ketua pembangkang itu sendiri.Tindakan beliau itu sebagai tidak bermoral dan politik kelas longkang dan kangkung saja. Bahkan ahli Umno sendiri juga sudah muak dengan kes berkenaan yang tidak pernah habis dan tamat dari diperkatakan. Sebagai tokoh muda yang lebih bermoral dari Anwar (?), Ahmad sepatutnya menutupi ruang politik sebegitu dari dicabuli oleh isu-isu yang perit untuk kita dengari kerana ia adalah salah satu tanggungjawab dan tuntutan agama agar menutup aib seseorang. Pilihan raya kecil itu akan sah kalau pun isu yang menimpa dan dikaitkan Anwar itu tidak dimainkan. Sudah lebih 15 tahun isu moral Anwar made in Mahathir Mohamad itu dijaja dan diperdagangkan untuk kepentingan politik. Rasanya 29 juta rakyat Malaysia termasuk yang sedang dikandung oleh ibu-ibu sekarang ini sudah mengetahuinya isu itu gara-gara hebatnya publitisi dan jampi serapah tentangnya dilakukan Umno. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Bukan Islam tiada pilihan, Melayu bagaimana? Posted: 02 Feb 2014 07:46 PM PST Timmy Say Pelbagai alasan diberikan mengapa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ini perlu disengajakan oleh PKR sehinggakan permohonan maaf terbuka terpaksa dilakukan. Permohonan maaf yang dilakukan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menandakan beliau langsung tidak menjangka penyokong Pakatan Rakyat (PR) memberikan reaksi sebegitu negatif terhadap langkah politik kontroversi ini. Ketika berita 'Langkah Kajang' ini diledakkan, ramai penyokong PR yang menghentam PKR. Bagi pemerhati awam, memberikan laluan kepada Anwar dengan sengaja mengadakan PRK adalah satu tindakan memanipulasikan demokrasi. Bagi mereka, sindrom 'nafi-mengaku-nafi-mengaku' PKR dalam episod ini sangat menjengkelkan, terutamanya sikap ini amat menonjol pada Anwar yang diwar-warkan mereka selama ini sebagai calon perdana menteri. Terbaru, Anwar 'masih' menafikan beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sekiranya menang nanti. Tunggu sahaja penafian ini menjadi pengakuan dengan pelbagai alasan apabila Kajang berjaya dimenanginya nanti. Kajang mempunyai komposisi penduduk 52% bukan Islam dan 48% Islam. Ini adalah faktor utama mengapa Kajang dipilih sebagai medan pertaruhan PKR. Bagi mereka, meskipun pengundi bukan Islam marah, mereka tetap akan kembali ke pangkuan PR kerana menumbangkan Umno-BN menjadi matlamat utama mereka. Setelah pengundi bukan Islam meluahkan kemarahan mereka, mereka berdepan dengan realiti pilihan, sama ada undi PKR, undi Umno-BN ataupun undi rosak. Pengundi kumpulan ini sedar bahawa kerajaan Selangor PR tidak akan tumbang dengan kejatuhan DUN Kajang. Tetapi bayangan untuk melihat Umno-BN, Perkasa dan Jati berpesta di media perdana meraikan kemenangan PRK Kajang adalah "way too much" untuk penyokong bukan Islam. Oleh itu, meskipun mereka tidak dapat menerima sikap memberi alasan tidak konsisten dan dangkal PKR dalam memaksa PRK Kajang, mereka tetap tidak akan memberikan kemenangan kepada Umno-BN. Keinginan mereka untuk kejatuhan Umno-BN melebihi segalanya dan ini dimanipulasikan dengan baik oleh PKR dalam strategi 'Langkah Kajang'. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 02 Feb 2014 07:40 PM PST Oleh Abd Shukur Harun Peristiwa berdarah pergaduhan kaum 13 Mei 69 sudah berlalu 45 tahun yang lalu, suatu peristiwa yang diakibatkan oleh pergeseran kaum selepas keputuan PRU tahun tersebut di mana Umno/Perikatan kalah teruk. Seperti dikatakan peristiwa itu berlaku 45 tahun lalu dan kini tidak ada siapa lagi, bagi mereka yang waras fikirannya, untuk melambai supaya peristiwa berdarah itu berulang kembali, malah hendak menyebutnya pun tidak mahu lagi. Generasi baru, hanya mengetahui sepintas lalu mengnai peristiwa berdarah itu dan sama sekali tidak berminat untuk mengetahuinya lebih lanjut. Tetapi malangnya masih ada segelintir yang amat kecil orang Melayu yang masih mengungkit dan cuba menakut-nakutkan peristiwa itu seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang tempoh hari. Bagaimanapun ternyata masyarakat Melayu tidak lagi terpengaruh dengan provokasi perkauman itu. Malangnya segelintir kecil orang Melayu yang masih mengelus-ngelus peristiwa tersebut untuk menakutkan orang bukan Melayu tidak sedar bahawa zaman dan susana telah berubah. Orang Melayu kini sudah semakin matang dan tidak mudah dihasut dengan isu perkauman seperti itu. Mereka sedang berusaha untuk hidup damai dengan kalangan bukan Melayu, sama-sama mencari rezeki di negara yang indah ini. Manifestasi kecintaan rakyat pelbagai kaum untuk hidup bersama dengan penuh harmoni terpamcar dalam PRU ke-13 yang lalu, di mana pengundi pelbagai kaum telah menolak parti perkauman. Sebanyak 52% undi popular yang diperoleh Pakatan Rakyat dan hanya 47% undi poppular yang diperoleh Barisan Nasional dalam PRU yang lalu adalah bukti paling soheh bahawa majoriti pengundi – amak semua bangsa – telah menolak isu perkauman yang ditiup dengan kencangnya oleh Umno/BN dalam sepanjang kempen pilihan raya umum itu. Ternyata pengndi bandar – pelbagai kaum – menolak calon parti perkauman. Malah beberapa kawasan parlimen dan Dun di kawasan luar bandar juga seperti di Johor, Perak dan beberapa megeri lagi seperti di Johor, Perak dan beberapa negeri lagi turut menolak parti perkauman. Sementara itu saya terkesan dengan tulisan ideologi PAS, Dr. Mujahid Yusof Rawa mengenai pemikiran baru perpaduan nasional, yang saya lihat suatu sorotan yang mendalam mengenai sejarah dan perkembangan politik tanah air. Inilah cetusan sebuah idea yang sangat bagus, meladeni pemikiran dan perkembangan terkini apa yang dikatakan perpaduan nasional sebenarnya. Read More / Baca Lagi >> |
Masalah di Bangkok, PM Thai salah kotak undi Posted: 02 Feb 2014 07:11 PM PST Pilihan raya berjalan lancar di kebanyakan wilayah di Thailand hari ini, sekalipun pemprotes anti-kerajaan menyekat kertas undi daripada sampai ke pusat-pusat mengundi. Read More / Baca Lagi >>Dalam sesetengah hal, pegawai pengundian dilaporkan tidak muncul kerana khuatirkan keselamatan diri mereka. Pengundian diadakan di 89.2 peratus daripada 93,532 pusat mengundi di seluruh negara, dan tidak ada kejadian keganasan dilaporkan, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) Supachai Phucharoen pada sidang akhbar tengah hari ini selepas pusat pengundian ditutup. Beliau berkata proses pengundian dibatalkan di sembilan wilayah yang mempunyai 37 kawasan pilihan raya, dan di beberapa pusat pengundian di sembilan wilayah yang lain. Thailand mempunyai sejumlah 77 wilayah dan 48.77 juta pengundi. Masalah pengundian dikatakan tertumpu di Bangkok dan di bahagian selatan. Thailand mempunyai 375 anggota parlimen yang dipilih berasaskan kawasan sementara 125 kerusi bagi senarai parti calon. Dalam pada itu, jumlah mereka yang mengundi di seberang laut dilaporkan rendah dengan hanya 38,350 pengundi atau 27 peratus daripada sejumlah 143,807 pengundi berdaftar di 67 negara menjalankan hak mereka. Sementara itu, Supachai mengesahkan keputusan pilihan raya tidak dapat diumumkan semalam, kerana masalah pengundian awal pada 26 Jan, yang dijadual diadakan semula pada 23 Feb. Dalam perkembangan lain, media perdana dan media sosial sibuk menyiarkan berita mengenai Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra memasukkan kertas undinya di kotak undi yang salah. |
SAMM sedia anjur debat Khalid Samad – Noh Omar Posted: 02 Feb 2014 07:07 PM PST SHAH ALAM 2 FEB: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersedia mempertemukan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar dalam satu gelanggang debat yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah. Debat yang dicadangkan pada 10 Febuari itu diadakan bagi menyambut gesaan Khalid agar debat penggunaan kalimah Allah itu diteruskan dan mengubati kekecewaan Noh apabila Wacana Sinar Harian bertajuk 'Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Perundangan' dibatalkan pada saat akhir. Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, selain itu SAMM juga percaya bahawa rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal 'disekolahkan' dalam perdebatan yang masih belum ditentukan lokasinya itu. "Drama yang ditonjolkan oleh Noh Omar yang hadir ke venue debat di auditorium Karangkraf walaupun berita pembatalan telah dimaklum secara meluas, membuktikan betapa seriusnya hasrat Noh untuk 'bertemu' Khalid Samad. SAMM dengan ini sedia untuk merealisasikan hasrat tersebut dan percaya rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal 'disekolahkan'. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita: Kerani `rajin’ di mahkamah Ipoh curi RM1.5 juta wang denda Posted: 02 Feb 2014 07:03 PM PST Sepanjang tempoh 18 bulan, seorang kerani wanita yang bekerja di Mahkamah Tinggi Ipoh boleh dijadikan contoh kepada kakitangan awam kerana dia tidak pernah mengambil waktu rehat makan tengah hari atau cuti tahunan. Bagaimanapun, ketika juruaudit datang untuk memeriksa rekod dan buku mahkamah tahun lalu, sebab sebenar komitmen dan ketekunan wanita berusia 35 tahun itu terdedah. Wanita itu menggelapkan lebih RM1.5 juta wang mahkamah, beliau diamanahkan untuk mengutip denda daripada pesalah kesalahan kecil dan misdemeanor. Juruaudit membuat laporan polis berhubung kehilangan wang itu dan kerani terbabit digantung daripada tugas sementara siasatan dijalankan. Menurut polis, kerani itu seorang pendiam dan pekerja yang rajin serta tidak pernah bercuti sepanjang April 2012 hingga September 2013. Rakan sekerjanya memberitahu polis bahawa kerani itu tidak pernah meninggalkan mejanya, walaupun ketika rehat makan tengah hari dan kelihatan sangat rajin. Tugas kerani itu ialah mengutip wang daripada pesalah yang didapati bersalah oleh mahkamah dan didenda. Walaupun denda yang dibayar oleh setiap pesalah bukan dalam jumlah besar, tetapi keseluruhan kutipan agak banyak di penghujung hari. The Malaysian Insider diberitahu wanita itu akan mengambil antara RM1,000 hingga RM2,000 setiap hari. Read More / Baca Lagi >> |
Video 'Onederful' Lawak Teresa Kok Sindir Rosmah Sebabkan UMNO Meroyan Sakan Posted: 02 Feb 2014 06:44 PM PST Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok hari ini menegaskan beliau tidak akan memohon maaf sekali gus mempertahankan video sempena Tahun Baharu Cina yang dilakonkannya hanya sebagai lawak jenaka yang disasarkan kepada kaum Cina. Menurutnya, video sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu merujuk kepada isu semasa dan tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak. "Minta maaf? Siapa makan cili dia terasa pedas. "Video itu dalam dialek Mandarin dan Kantonis, saya tujukan untuk golongan yang faham bahasa itu. "Saya juga hanya lakukan untuk tujuan lawak jenaka sempena Tahun Baru Cina, jangan serius sangat, ia hanya (watak) khayalan," katanya kepada Sinar Harian Online. |
Berhemah Dalam Memberi Nasihat - Dato Dr MAZA Posted: 02 Feb 2014 06:43 PM PST |
Makmum Sujud Lama Lebih Daripada Imam - Ustaz Azhar Idrus Posted: 02 Feb 2014 06:43 PM PST |
Hukum Guna WIFI Orang Lain - Ustaz Azhar Idrus Posted: 02 Feb 2014 06:42 PM PST |
Hukum Tolong Orang Kafir Angkat BERHALA - Ustaz Azhar Idrus Posted: 02 Feb 2014 06:42 PM PST |
Status Air Basuhan Wuduk Kali Ke-2 & Ke-3 - Ustaz Azhar Idrus Posted: 02 Feb 2014 06:41 PM PST |
Kajang | Letak jawatan dan PRK : Umno lebih awal membazir! - Saifuddin Abdullah Posted: 02 Feb 2014 06:27 PM PST |
PRK Dun Kajang: Umno Takut Hadapi Anwar, Mais Dan Jais Terus Dimangsakan..!! Posted: 02 Feb 2014 03:59 PM PST Dalam kesibukan orang ramai membahaskan tindakan betul atau salah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Kajang, terdengar amaran keras dari dalam Umno. Umno dan kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) memulakan kempen mereka untuk menyekat Anwar daripada mendapat akses kepada para pengundi – bukti yang menunjukkan kebimbangan mereka yang sangat nyata. Dari Perlis ke Johor, setiap muslihat telah dijalankan terhadap pembangkang. Pada masa tertentu, pengaruh istana digunakan dan kadang- kala bekerjasama dengan pihak berkuasa agama.Bagaimanapun, taktik undang-undang yang sering digunakan oleh Umno. Justeru, ini yang nampaknya terjadi kepada kejadian di Kajang di mana Anwar dihalang daripada memberi tazkirah di sebuah masjid di Impian Saujana, Kajang yang dikatakan atas arahan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan tazkirah sebelum Jumaat manakala Ketua Peneraangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty sepatutnya memberi khutbah Jumaat. "Tetapi selepas solat subuh pada 30 Januari, pihak masjid memberitahu kami bahawa mereka telah ditekan oleh Mais untuk menghentikan acara tersebut. Justeru, ahli jawatankuasa masjid tidak berani untuk meneruskan perancangan awal itu. "Jadi kami terpaksa cepat mencari masjid lain," kata sumber itu, yang juga adalah sebahagian daripada pasukan Anwar, menjelaskan bagaimana program ini kemudiannya berpindah dari masjid Impian Saujana ke masjid kariah di Batu 10 Cheras, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Kajang. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Ahmad Maslan Hanya Menghodohkan Lagi Wajah UMNO dan BN Posted: 02 Feb 2014 03:55 PM PST Satu-satunya pemimpin dalam dunia, dari zaman kuno hingga dunia moden, yang mengaku dirinya seorang yang pandai sambil membanggakan pencapaian CGPA 3.85 ketika di universiti, Ahmad Maslan yang kini menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri Kewangan, hari ini tampil dengan satu lagi "kecerdikannya" menjelang kempen pilihanraya kecil DUN Kajang yang bakal diadakan tidak lama lagi. Selepas mengadakan taklimat tertutup anjuran UMNO Hulu Langat, beliau memberitahu, kes liwat Anwar Ibrahim yang masih belum selesai di mahkamah dan video seks yang menyerupai Ketua Pembangkang itu akan menjadi bahan kempen utama sepanjang pilihanraya itu nanti. Menurut beliau, pengundi DUN Kajang perlu diingatkan bahawa pembangkang menawarkan seorang calon yang masih mempunyai beban kes di mahkamah dan tidak menjadi kesalahan untuk UMNO bercerita tentang calon peribadi calon pembangkang itu kerana kita mahu pengundi memilih calon yang benar-benar sesuai sebagai wakil rakyat mereka. Dengan awal-awal lagi sudah memberi signal akan membangkitkan dan menjaja cerita seks dan liwat mengenai Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di DUN Kajang, ia tidak lain memperlihatkan UMNO dan BN benar-benar sudah kekeringan modal untuk menghadapi pilihanraya ini. Ini kerana isu seks dan liwat bukanlah lagi modal yang mendatangkan untung kepada UMNO, BN dan kerajaan memandangkan dalam kempen PRU 13 itu, isu tersebut sudah pun dimainkan semahu-mahunya dan hasilnya kemenangan BN berkurangan daripada 140 kerusi pada 2008 menjadi hanya 133 kerusi saja. Dalam masa yang sama, undi popular BN pula hanyalah 47 peratus berbanding pembangkang 53 peratus. Read More / Baca Lagi >> |
Pendakwaan Terpilih: Spekulasi merebak bekas setiausaha politik menteri Umno lewat didakwa Posted: 02 Feb 2014 03:46 PM PST Spekulasi semakin memuncak menyatakan wujud campur tangan politik atau pendakwaan terpilih yang menyebabkan tuduhan terhadap bekas setiausaha politik Umno lewat dijalankan selepas ditangkap Isnin lalu berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan. Sumber berkata, bekas setiausaha politik dan pengarah salah satu yayasan itu dikaitkan dengan siasatan kerana dikatakan menggunakan wang yayasan yang sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin itu bagi kegunaan politik. "Ia siasatan yang besar dan apa yang dilihat hanya di permukaan sahaja. Terdapat beberapa pihak dalam Umno yang tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Beliau merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu yang berkata mereka menahan dua lelaki, termasuk seorang bekas setiausaha politik dengan gelaran datuk, dan dijangka mendakwa mereka pada Selasa lalu. Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, SPRM berkata terdapat kesilapan dan individu berkenaan akan didakwa pada tarikh yang belum ditentukan. Kedua-duana dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000. Read More / Baca Lagi >> |
Khalid bersama Anwar lancar kempen PRK Kajang malam ini Posted: 02 Feb 2014 03:43 PM PST Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka hadir di Kajang malam ini bagi membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerangkan kepada pengundi keperluan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu. Selain menerangkan rasional di sebalik kritikan terhadap PRK itu, PKR berharap dapat menunjukkan kepimpinan yang kukuh kepada orang ramai dengan menggandingkan ketua pembangkang dan populariti Abdul Khalid. Usaha itu penting bagi menolak dakwaan menyatakan PRK Kajang yang disebabkan peletakan jawatan penyandangnya Lim Chin Cheh daripada PKR merupakan satu gerakan menyingkirkan Abdul Khalid oleh partinya sendiri. Abdul Khalid dijangka memberi penerangan itu bersama Anwar dalam pelancaran jentera PRK di dewan komuniti Taman Mesra Kajang pada jam 9 malam ini. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata kehadiran Abdul Khalid merupakan pengesahan pelan keseluruhan yang mahu mengangkat Anwar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor melalui PRK. Read More / Baca Lagi >> |
KHIR TOYO MOHON AGAR BN TIDAK MASUK BERTANDING DI PRK DUN KAJANG Posted: 02 Feb 2014 06:52 AM PST Biarlah rakyat kata UMNO/BN pengecut ... Bekas Menteri Besar Selangor yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah DS Mohd Khir Toyo telah menggesa agar BN melupakan PRK N25 Kajang kerana mengganggap kemenangan BN di sana sebagai suatu yang mustahil. "Don't contest. It is quite impossible to win the seat and a victory will be pointless as it changes nothing," Beliau berkata demikian merujuk kepada jumlah kerusi yang diperolehi BN Selangor pada PRU13 lalu yang cuma mendapat 12 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi. Jika BN menang di Kajang sekalipun, ia tidak akan mengubah apa-apa. Kemenangan besar Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824 pada PRU 13 mungkin menjadi penyebab Khir Toyo menganggap kemenagan di DUN itu sebagai mustahil. Khir Toyo juga menganggap PRK Kajang merupakan satu perangkap politik. Beliau menggesa BN agar tidak bertanding kerana baginya hanya membazir wang. Sebaliknya beliau menyeru BN memberi fokus kepada penyelesaian kenaikan kos sara hidup yang melanda rakyat Malaysia sekarang. "So never mind if they call us cowards for not contesting. Let them. We should think about the bigger picture," APA LAGI UMNO MAU????? |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan