Selasa, 28 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PAS Setuju Anwar jadi ADUN tapi bukan MB

Posted: 28 Jan 2014 10:11 PM PST

PETALING JAYA: Tiada masalah bagi PAS untuk menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang lantaran kerusi tersebut merupakan kerusi PKR.
Namun, menurut Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PKR harus berbincang dengan semua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain sekiranya ingin menggantikan menteri besar popular Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Anwar.
"KIta melihat keputusan yang diambil oleh PKR ini merupakan hak mereka kerana itu memang kerusi PKR. Kita tiada masalah mereka meletakkan mana-mana calon pilihan mereka.
"Tapi sekiranya melibatkan perubahan jawatan menteri besar ia perlu dibincangkan dahulu dengan PAS dan DAP sebelum buat apa-apa keputusan," katanya apabila dihubungi FMT hari ini.
Sambil menegaskan bahawa PKR tidak boleh membuat keputusan bersendirian dalam mentadbir Selangor, Tuan Ibrahim mengakui terkejut mengenai perkembangan terbaru yang berlaku di Selangor.
"Kita pun rasa terkejut dengan keputusan tersebut. Kita sedar ada beberapa masalah dalaman yang berlaku di Selangor seperti isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan beberapa lagi, tapi tak sangka sampai melibatkan perubahan kerusi menteri besar," katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui hubungan PAS dalam PR tidak terjejas dengan isu yang berbangkit.
"Kita yakin akan ada perbincangan selepas ini dalam persiapan mengahadapi pilihan raya kecil (PRK) Kajang nanti dan pimpinan PR akan membincangkan mengenai isu ini," jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin  Ayub, menerusi satu kenyataan berkata PAS telah menunaikan tanggungjawab sebagai rakan dalam PR dengan memberikan pandangan dan nasihat yang sewajarnya kepada Anwar.
"Apabila PKR telah membuat keputusan untuk bertanding dan meletakan Anwar sebagai calon , PAS sekali lagi telah menyatakan sokongan diatas semangat kerjasama PR," katanya.
Tambahnya lagi, PAS bersedia membantu PKR dan Anwar dalam PRK Kajang di saat rakyat dilihat marah dengan tindakan parti itu yang dilihat seperti membazirkan wang rakyat.
"Dalam keadaan seperti ini saya rasa pastinya PAS terus menunjukan sikap jiwa besarnya untuk menghulurkan tangan bagi membantu apa saja cara dan pendekatan untuk memastikan kejayaan PR mempertahan kerusi DUN Kajang.
"Adalah penting disaat-saat sukar begini Pas terus dilihat sebagai rakan yang setia dalam persahabatan. Sekiranya isu dan masalah dalaman yang melibatkan PR ada yang PAS tidak puas hati, PAS akan menggunakan saluran sewajarnya untuk menyatakan sikap dan pendirian kita," jelasnya lagi.
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun enggan mengulas isu ini.
Semalam, PKR dalam satu sidang media mengumumkan bahawa Anwar akan dicalonkan bagi merebut kerusi Kajang yang kosong setelah penyandangnya Lee Chin Cheh, juga dari PKR, meletakkan jawatan.
Tindakan Lee itu menghangatkan spekulasi bahawa Anwar bakal mengambil alih jawatan menteri besar bagi meleraikan pergelutan kuasa di Selangor di antara Abdul Khalid dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali walaupun Anwar menafikannya.
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR berkata tindakan tersebut merupakan strategi PKR untuk mengukuhkan kekuatan parti tersebut di Selangor.

DSAI tidak hormati pengundi, pentingkan parti dari negara

Posted: 28 Jan 2014 07:53 PM PST

OLEH MD IZWAN DAN ELIZABETH ZACHARIAH
JANUARY 29, 2014
LATEST UPDATE: JANUARY 29, 2014 11:07 AM
Keputusan bertanding di DUN Kajang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak 'menghormati' pengundi. Gambar fail.Keputusan bertanding di DUN Kajang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak 'menghormati' pengundi. Gambar fail.Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menunjukkan ketua pembangkang itu pentingkan partinya daripada negara, kata penganalisis politik.
Langkah tersebut menunjukkan ketua umum PKR itu "tidak menghormati" pengundi dan akan melemahkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Ketua Pegawai Eksekuti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, berkata pilihan raya kecil tersebut akan menyebabkan "masalah tidak sepatutnya" kepada rakyat.
"Ia adalah paling teruk yang dibuat pada ketika ini, menunjukkan Anwar meletakkan kepentingan parti berbanding rakyat.
"Rakyat pasti kecewa dengan ini, ia jelas tidak menghormati pengundi dan hanya menunjukkan perbalahan politik dalaman," katanya dan dan menambah ia teladan tidak baik pada masa hadapan.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata rakyat pasti mempersoalkan langkah Anwar kerana mereka yang memilih pemimpin dalam pilihan raya umum sebelum ini.
"Rakyat pasti rasa ini suatu yang tidak betul kerana perbalahan dalaman menyebabkan mereka perlu mengundi sekali lagi," katanya.
Kedua-dua mereka, Wan Saiful dan Azizuddin mempersoalkan kos pilihan raya kerana ia pasti menelan belanja berjuta ringgit pada ketika rakyat terpaksa berjimat-cermat berikutan kenaikan kos sara hidup.
"Dia (Anwar) akan buat rakyat terpaksa bayar satu lagi pilihan raya.
"Kita bercakap tentang penjimatan tapi dia mahu belanja lebih lagi," kata Wan Saiful.
Azizuddin berkata: "Pilihan raya ini membazir wang sahaja. Suruhanjaya Pilihan Raya berbelanja sekurang-kurangnya RM4 juta untuk setiap pilihan raya kecil."
PKR semalam mengesahkan Anwar yang juga ketua pembangkang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheh melepaskan jawatan atas alasan "demi kebaikan parti".
Spekulasi mengatakan langkah tersebut bertujuan memberi laluan kepada Anwar untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor bagi meredakan ketegangan antara dua kem pemimpin PKR, Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Bila tukar menteri besar, saya takut akan ada kesan kerana Abdul Khalid kerana rakyat suka dia berikutan pengurusan kewangan dan ketelusannya, maka ia akan merengangkan hubungan antara Pakatan dengan rakyat nanti.
"Apabila berlaku keadaan seperti ini, tidak sampai setahun memerintah tiba-tiba ada pertukaran, ini menunjukkan masalah dalam Pakatan. Ini tidak elok untuk mereka," kata Azizuddin.
Bagaimanapun, dua penganalisis politik, Wong Chin Huat dan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman meramalkan masa depan cerah untuk PR susulan keputusan Anwar untuk bertanding di kerusi DUN Kajang.
"Dalam sistem presiden, ketua eksekutif kerajaan sub-nasional mengawal lebih banyak sumber dan peluang untuk membuktikan kemampuan mengurus kepada pemimpin nasional lain.
"Logiknya sama di Malaysia, walaupun kita secara amnya mengamalkan sistem berparlimen," kata Wong  di akaun Facebook miliknya.
Wong berkata, langkah Anwar itu bukan suatu kebetulan dan ia adalah realistik sebelum mensasarkan tempat ke Putrajaya.
"Ini bukan kebetulan. Anwar lebih realistik dengan meletak dirinya di Shah Alam terlebih dahulu sebelum mensasarkan ke Putrajaya," katanya.
Mohamad Redzuan pula yakin Anwar akan menang dengan majoriti lebih besar berbanding yang diperoleh Lee dalam pilihan raya sebelum ini.
"Perlu ambil kira faktor pengundi Cina dan Melayu serta calon itu sendiri.
"Ini pasti akan memalukan Barisan Nasional. Jika mereka letak wakil MCA di situ, ia pasti akan memalukan mereka," kata Mohammad Redzuan.
Beliau juga menyifatkan menteri besar, Abdul Khalid tidak mempamerkan prestasi baik selepas terpilih untuk penggal kedua.
"Ini mungkin pendekatan selamatkan Pakatan di Selangor, sebab Khalid tidak menunjukkan peningkatan prestasi.
"Walaupun rakyat suka Khalid dan popular, tapi orang politik tidak begitu, itulah isunya," katanya.
Beliau juga menolak andaian mengatakan perpecahan dalam parti seperti yang didakwa sesetengah pihak kerana semua parti politik memiliki masalah dalaman.
"Perpecahan dalaman PKR bagi saya perkara biasa, bukan mereka sahaja, malah PAS dan DAP pun sama juga.
"Dalam Umno pun ada pecahan kerana perpecahan parti politik ini perkara biasa," kata Mohammad Redzuan. – 29 Januari, 2014 - TMI

Undian mahukan Khalid kekal MB

Posted: 28 Jan 2014 05:41 PM PST


Abdul Khalid menjadi pilihan untuk kekal sebagai MB.
PETALING JAYA: Pelbagai pihak mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor mengikut undian yang dijalankan oleh The Star pada Selasa.
Undian yang bermula pada pukul 8 pagi itu telah menarik perhatian seramai 2,125 pengundi untuk membuat pilihan dengan 43 peratus mahu Abdul Khalid dikekalkan.
"Beliau telah mentadbir dengan baik, sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh pemimpin di negara ini. Beliau perlu terus menjadi menteri besar walaupun terdapat gesaan daripada pengkritiknya," kata pengundi.
Seorang anak kelahiran Terengganu, Ariff berkata, Abdul Khalid merupakan seorang yang memahami masalah ekonomi dan lebih baik dari orang lain.
"Berintegriti, jika orang Selangor tidak mahu beliau sebagai menteri besar, kami orang Terengganu mempelawa Abdul Khalid dengan tangan terbuka untuk menjadi menteri besar," katanya.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula mendapat sebanyak 24 peratus undian untuk berada sebagai pilihan kedua dengan 497 undi.
Ahmad Rasydan berkata, Rafizi merupakan rakan sekolahnya dan beliau adalah calon terbaik untuk menjadi menteri besar Selangor.
"Walaupun terdapat beberapa kenyataan beliau tidak tepat tetapi kesalahan itu lebih kecil jika dibandingkan dengan yang dilakukan oleh pemimpin lain," kata penduduk Kerteh itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil itu hanya menjadi pilihan ketiga dengan mendapat 21 peratus atau 450 undi.
Berada di kedudukan keempat pula ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang mendapat 172 undi iaitu 8 peratus.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pula menjadi pilihan terakhir dengan 91 undi atau 4 peratus dari keseluruhan pilihan.  mStar 29 Jan 14

Kejutan Tahun Baru Cina Anwar

Anwar Ibrahim, makin hampir ke matlamat utama. Pic: Faisol Mustafa/mDAnwar Ibrahim, makin hampir ke matlamat utama. Pic: Faisol Mustafa/mDSIAPA yang tidak kenal dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang yang bukan calang-calang orangnya.
Beliau ialah seorang yang petah berbahasa, bijak dan masih mampu memberi impak yang kuat di Malaysia walau sudah berdekad bergelumang dengan kontroversi dan onak ranjau dalam merealisasikan impian politiknya.
Terkini, beliau mencetuskan senario sensasi terbaru apabila diumumkan akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang baru dua hari dikosongkan bekas ahli DUN Kajang Lee Chin Chen.
Di awal tahun 2014 ini, tindakan Anwar itu dilihat sebagai berani, seolah-olah beliau mencari satu batu loncatan untuk menggapai 'sesuatu' yang lebih besar dalam genggamannya.
Atau adakah ini satu kejutan sempena Tahun Baru Cina daripada Anwar?
Jadi MB Sebagai Pampasan
Datul A. Kadir JasinDatul A. Kadir JasinBekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A. Kadir Jasin menulis dalam blognya baru-baru ini tentang tindakan Anwar bertanding di Kajang. Di mata beliau, ia dilihat sebagai akuan kalah Anwar kerana gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Saban tahun, masyarakat Malaysia sudah sedia maklum akan aspirasi Anwar yang mahu memegang kuasa sebagai menteri paling kanan dalam kabinet. Ramai yang sudah arif akan harapan Anwar ini yang berputik sejak awal pembabitannya di arena politik Malaysia.
Kesungguhan beliau untuk bertanding kerusi DUN Kajang boleh dilihat sebagai 'pampasan' atas kegagalan menjadi seorang Perdana Menteri. Sekiranya beliau berjaya memegang tiket Ahli Undangan Negeri, Anwar berkemungkinan besar mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Melalui tulisan blog Kadir, beliau berpendapat 'musuh' Anwar tentu akan berfikir yang Anwar bertindak demikian untuk memuaskan kehendaknya untuk menjadi Perdana Menteri yang masih tidak lagi kesampaian.
Kadir meramalkan implikasi tindakan Anwar itu akan menjadi susuatu yang menarik untuk tatapan umum.
Melalui blognya, Kadir juga menjelasnya, memandangkan Anwar lebih berpengalaman berbanding Khalid mungkin tindakan Anwar itu menjadikannya lebih layak untuk menerajui pentadbiran Negeri Selangor.
"Anwar membuat pengorbanan besar kerana matlamat beliau sejak menyertai Umno pada 1982 ialah untuk menjadi perdana menteri," tulisnya.
Perancangan Teliti Seorang Genius
Penganalisis Politik Dr. Ismail Sualman yang dihubingi penulis bersutuju dengan anggapan yang pencalonan Anwar lewat petang semalam adalah sebagai langkah pertama beliau untuk bergelar Menteri Besar.
Prof Madya Dr Ismail SualmanProf Madya Dr Ismail SualmanKatanya, pencalonan itu bukan satu kebetulan tetapi sudah dirancang dengan teliti.
"Perancangan Anwar bermula sejak beliau dilantik sebagai perancang ekonomi kerajaan Selangor lagi pada tahun 2008 dengan bayaran sebanyak RM1 sebulan," jelas Ismail.
Konflik yang berlaku antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Khalid juga hanyalah sandiwara dalam PKR dan diumpamakan sebagai pendahuluan kepada ceritera cita-cita Anwar.
"Pergelutan dalam PKR adalah sebuah agenda yang dirancang, begitu juga dengan perlucutan jawatan Azmin yang dilihat memberi laluan kepada Anwar untuk menerajui Selangor.
Tambahnya lagi, Azmin dan Khalid hanya berbalah menerusi media sahaja namun hakikatnya hubungan kedua-dua mereka tidak seperti yang dilaporkan.
Pengeksploitasian Demokrasi
Ismail juga berkata, tindakan Anwar yang mahu bertanding di pilihanraya kecil Kajang memperlihatkan beliau sebagai seorang yang berhati kering dan tidak mempedulikan mandat yang diberikan kepada PKR sebelum ini melalui system demokrasi.
"Anwar seperti berhati kering untuk bertanding, memperdagangkan mandat rakyat hanya untuk menguntungkan PKR", katanya.
Timbul tanda tanya sama ada perletakan jawatan Lee disebabkan kerelaannya sendiri atau atas tekanan daripada Majlis Pimpinan PKR.
Tindakan bekas Adun Kajang Lee pula yang tidak mengumumkan sendiri perletakkan jawatannya seolah-olah tidak menghormati amanat rakyat dan menimbulkan seribu tanda tanya.
BN Perlu Bersedia
Khalid Ibrahim ketika di sidang media semalam ketika mengumumkan calon PKR bagi PRK Kajang. Pic: Faisol Mustafa/mDDalam pada itu Ismail juga menggesa BN supaya bangun dari mimpi dan melihat permainan Anwar ini dengan mata yang terbuka dan menilai setiap pergerakan Anwar dengan bijak. Beliau berfikir adalah tidak wajar untuk BN memandang enteng percaturan terbaru Anwar ini dan berterusan mentertawakan pergelutan PKR.
Sebagai langkah proaktif, BN harus mula memikirkan calon sesuai dan sama handal untuk bertanding bersama Anwar di piliharaya kecil Kajang yang akan dijalankan tidak lama lagi. Aspek terpenting untuk difikirkan ialah langkah-langkah untuk mengambil hati penduduk Kajang dan secara tidak langsung memancing undi mereka.
"Saya harap rakyat Kajang juga terbuka dan menjadi hakim terhadap permainan ini", katanya semalam.
Bolehkah Anwar Jadi Menteri Besar Selangor?
Wujud keraguan sama ada Anwar memenuhi kriteria untuk menjadi Menteri Besar sekiranya beliau berjaya memenangi kerusi DUN Kajang itu.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Sivamurugan Pandian berkata antara kriteria yang paling utama untuk menjadi Menteri Besar ialah; calon perlu mempunyai kerakyatan negeri itu.
"Saya tidak pasti di dalam undang-undang tubuh negeri mensyaratkan ahli politik yang mahu menjadi MB mempunyai kad pengenalan yang membuktikan beliau seorang pemastautin di Selangor," jelas Sivamurugan.
Katanya lagi, sekiranya Anwar memenangi kerusi itu beliau masih perlu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, terlebih dahulu sebelum boleh dilantik sebagai Menteri Besar yang sah.
Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian. Pic: TMIProfesor Madya Dr Sivamurugan Pandian. Pic: TMIMenurut Sivamurugan, keputusan Anwar untuk bertanding mungkin untuk menstabilkan hubungan di antara Azmin dan Khalid.
"Saya yakin Majlis Tertinggi PKR ada sebab yang kuat memilih Anwar sebagai calon untuk bertanding", katanya kepada mD.
Apa Kata Rakyat?
Suhaimi Daud, 38, yang berasal dari Kajang berkata pencalonan Anwar menggantikan Lee adalah tidak wajar dan dia merasakan keputusan Anwar itu membuktikan beliau seorang yang tamak.
Katanya, Anwar tidak sesuai di Kajang kerana ketua pembangkang itu bukan berasal dari sana.
"Dia sudah jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, apa yang dia mahu di Kajang?", soalnya.
"Bagi saya, tidak menjadi masalah siapa yang bertanding tetapi kalau boleh berilah peluang kepada penduduk tempatan untuk menjadi wakil rakyat kami", jelasnya kepada mD.
Namun begitu berlainan pula dengan Zamanhuri Yaacob yang berusia dalam lingkungan 50-an. Beliau menyokong penuh pencalonan Anwar di kawasannya.
"Saya yakin Anwar adalah calon yang tepat untuk membawa pembaharuan di sini tambah-tambah lagi dengan pengalaman luas yang beliau miliki," kata Zamanhuri.
Beliau juga berpendapat penduduk di Kajang kebanyakkannya terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat dan majoriti daripada mereka adalah penyokong Anwar.
Zamanhuri berpendapat ramai orang tempatan Kajang memaklumkan kepada beliau yang mereka tertarik dengan janji Pakatan Rakyat yang menawarkan pendidikan percuma kepada anak Selangor.
"Kalau Anwar jadi Menteri Besar, pendidikan anak-anak akan jadi percuma...jika dapat tawaran masuk Universiti tak perlu ibu bapa buat pinjaman", katanya kepada mD.
Sementara itu, Chew Hiew Kuang berpendapat laluan Anwar tidak akan menjadi semudah yang disangka selepas diumumkan sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang.
Katanya, peluang Anwar untuk memenangi kerusi itu adalah 50-50.
.."Walaupun Anwar dilihat sebagai pemimpin yang berkaliber dan berpengalaman luas, namun ramai diantara kawan-kawan saya yang tidak suka dengan perwatakan serta masalah peribadi beliau sebelum ini," katanya.
Beliau beranggapan banyak undi yang diperolehi PKR pada pilihanraya lalu majoritinya disumbangkan oleh masyarakat berbangsa Cina (rekod melaporkan terdapat 41 peratus pengundi Kajang terdiri daripada kaum Cina).
"Individu yang diletakkan sebagai calon adalah faktor yang amat penting. Selain daripada itu, adalah lebih baik sekiranya wakil rakyat kami ialah seorang yang berperwatakan baik dan bersahsiah," katanya.
Masyarakat Siber Selar Keputusan Anwar
..Pengguna laman sosial Twitter bagaimanapun dilihat mengecap tindakan Anwar mengisi kekosongan kerusi di Kajang. Masing-masing memaparkan pandangan mereka yang kebanyakkannya melihat pencalonan Anwar seperti mengiyakan spekulasi  yang mengatakan beliau bercadang untuk menjadi Menteri Besar.
Berikut ialah luahan sebilangan pengguna Twitter:
@IhsanHuhu :"Seriously I trust DAP more than PKR. You do not take #Kajang people's trust for granted. Surely we can wat until PRU14 for any reshuffling."
@beckyilham : "So as an MP, do you serve the people or the power hungry leader in your party?#kajang", tulisnya.
..Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang @tankengliang:
"PR leaders should come up with a crystal clear explanation on #Kajang fiaso. Just be honest and man up! Otherwise, face the consequences.
@mdsaifullah9: " Kau ingat Pengundi tak rasa marah ke? kena 'buang' masa pergi undi untuk PRK sebab YB DUN #kajang letak jawatan", tulisnya.

PKR mempermainkan pilihan raya - Dr MAZA

Posted: 28 Jan 2014 04:22 AM PST

Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.
"Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur.
Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut.
"PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan," katanya.
Anwar hari ini disahkan menjadi calon PKR di DUN Kajang selepas Lee memutuskan untuk mengundurkan diri "demi kebaikan PKR."
Dipercayai tindakan Anwar itu adalah bagi menyelesaikan kemelut antara Azmin dan Abdul Khalid di Selangor.
"PKR bersama Pakatan Rakyat (PR) setuju letak Anwar sebagai calon DUN Kajang," kata Abdul Khalid kepada pemberita pada sidang media di Petaling Jay,  pagi tadi.
Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan PKR meletakkan Anwar, Abdul Khalid berkata:"Kalau saya tidak setuju saya tiada di sini."
Anwar yang turut hadir pada sidang media tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut spekulasi beliau bertanding di DUN Kajang bagi mengambil alih kedudukan menteri besar Selangor daripada Abdul Khalid.
"Itu sekadar spekulasi ... tidak berbangkit isu itu," kata Anwar.
Anwar berkata, keputusan meletakkan beliau sebagai calon di DUN Kajang akan digunakan sebagai lonjakan prestasi khidmat PKR kepada masyarakat di kawasan berkenaan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, PKR akan menjelaskan kepada pengundi Kajang keperluan untuk pilihan raya kecil di DUN berkenaan.
"Kami akan jelaskan, Khalid, Azmin akan membantu. DAP dan PAS penting, semua perlu untuk pengundi Kajang tahu kenapa kami perlu PRK ini," katanya.
Katanya, cadangan beliau untuk bertanding di kerusi berkenaan juga diutarakan oleh rakan komponen pembangkang itu daripada PAS dan PKR.
"Ada konsensus dalam PKR, dan kami bawa kepada DAP dan PAS untuk mencalonkan saya, saya tiada pilihan kecuali untuk bertanding," katanya. - 28 Januari, 2014. - TMI

Khalid umum Anwar bertanding DUN Kajanng

Posted: 28 Jan 2014 12:25 AM PST


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekiranya pilihan raya kecil diadakan.
Abdul Khalid berkata keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan pagi Selasa.
"Kita telah adakan perbincangan untuk tentukan calon bagi pertandingan kerusi tersebut (Kajang) dan telah dipersetujui bahawa Pakatan Rakyat akan meletakkan calon PKR bagi pilihan raya kecil Kajang.
"PKR bersetuju meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon yang akan bertanding," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.
Hadir sama Anwar, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Pengumuman itu dibuat selepas kerusi DUN Kajang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan secara tiba-tiba pada Isnin.
Abdul Khalid berkata keputusan tersebut dibuat dengan harapan untuk mempertingkatkan prestasi parti dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat pada masa hadapan.
Katanya, perjuangan PKR sentiasa menuju ke arah yang lebih baik dan bertambah kuat sejak dulu.
"Pada 2008 kita mula menang dalam keadaan lebih baik dari satu kerusi bertambah kepada 30 kerusi.
"Pada 2013 kita menang majoriti dari segi jumlah pengundi tapi kalah dari segi jumlah kerusi...sebab itu pada kali ini, pada pilihan raya akan datang kita kena kuatkan sampai ke satu tahap bukan sahaja undi banyak, kerusi pun lebih banyak," katanya.
Ditanya sama ada beliau bersetuju Anwar diletakkan sebagai calon bertanding di Kajang beliau berkata: Kalau tak setuju saya tak ada di sini.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRK Dun Kajang Bukan Ujian Kekuatan, Tapi Mengukur Kelemahan Najib dan UMNO

Posted: 28 Jan 2014 09:03 PM PST

Selepas PRU 13, isu yang paling banyak diperkatakan ialah mengenai kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri. Ia tidak saja diselak dan dijaja oleh pembangkang, diperkatakan oleh rakyat biasa, malah secara perlahan-lahan turut diakui oleh banyak kalangan dalam UMNO sendiri.

Pelbagai isu yang berlaku, daripada kenaikan harga barang, perkauman, keselamatan, kalimah Allah dan sebagainya lagi ternyata lebih menyerlah kelemahan Najib berikutan tiada satu pun isu-isu tersebut cuba diselesaikannya secara tegas dan berani. Beliau bukan saja gemar menangguhkan masalah, malah responnya dalam banyak isu juga sering ketinggalan bas.

Tidak saja banyak blogger menyarankannya agar segera meletakkan jawatan bagi mengelakkan BN terus kalah dalam pilihanraya akan datang, malah bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin mulai lantang menggariskan beberapa kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN lebih berpotensi kecundang dalam pilihanraya akan datang jika tiada sebarang perubahan.

Sementara Mahathir Mohamad bersetuju dengan pandangan Daim itu, anaknya Mukhriz dan Marina juga turut bersuara. Dalam isu kenaikan harga, Mukhriz turut mengingatkan bahawa BN akan kalah dalam PRU 14 jika kepentingan rakyat terus diabaikan. Tegurannya itu dilihat cukup memberi kesan sehingga Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor segera menegurnya agar menggunakan saluran yang betul jika ingin menegur kerajaan dan pucuk pimpinan.

Marina pula mengkritik Najib dan kerajaan yang dianggapnya begitu lemah dan lambat bertindak menyelesaikan kemelut isu kalimah Allah sehingga berlakunya beberapa kejadian tidak diingini antara kedua penganut Islam dan Kristian.

Kelemahan lain Najib yang turut dipertikaikan ialah pergantungannya yang keterlaluan terhadap sekian ramai penasihatnya serta Pemandu yang dilihat lebih banyak menyusahkan berbanding memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Kelemahan Najib menjadi lebih hangat diperbualkan apabila adiknya sendiri, Nazir Razak menulis sebuah rencana sempena 38 tahun pemergian Allahyarham Tun Razak, sambil menitipkan satu persatu ingatannya mengenai sikap ayahnya yang begitu cermat dan berhemah dalam berbelanja dan menggunakan wang rakyat sehingga ia dilihat merupakan sindiran tepat yang ditujukan ke dahi Najib dan Rosmah Mansor.
Read More / Baca Lagi >>

PKR cabar BN letak Najib lawan Anwar di Kajang

Posted: 28 Jan 2014 08:08 PM PST

PKR mencabar  Barisan Nasional (BN) agar tidak meletakkan calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang daripada parti komponen MCA dan Gerakan, sebaliknya, mereka mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanding satu lawan satu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata BN seharusnya meletakkan calon mereka daripada Umno di kerusi berkenaan jika merasakan parti Melayu itu mempunyai sokongan yang kuat.
"Kalau Umno hebat, letak Najib. Jangan letak MCA, Gerakan sebagai calon," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu ketika sesi taklimat bersama jentera PKR di Kajang, hari ini.
"Setuju atau tidak?" soal Azmin, dan disambut dengan jerita "Setuju!" daripada jentera PKR yang berkumpul di Dewan Serbaguna Sekamat.
Kekosongan kerusi DUN Kajang berlaku selepas Lee Chin Cheh, bekas Adun kawasan berkenaan melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.
Read More / Baca Lagi >>

KAJANG MOVE: The real game changer in the quest for PUTRAJAYA

Posted: 28 Jan 2014 08:07 PM PST

I am aware that there is a lot of explanation that has to be made on the decision to vacate the Kajang seat to force a by-election. I am also acutely aware of Dato' Ambiga's advice communicated personally to me that we have to be as honest as possible with the people.

Apology to the public
So let me begin by offering the sincerest apology to the Malaysian public especially the voters of Kajang. The by-election will certainly consume public money and public space at the time when the people have to go through economic hardship.
KAJANG MOVE: The real game changer in the quest for PUTRAJAYAThere is no excuse for wasting public money except to offer my sincerest apology and for the party to be prepared if the voters of Kajang decide to punish us.
In all honesty, as the strongest proponent of the scheme I bear most responsibility for the decision.
Dynamics in Umno, racial and religious controversies
Yet precisely because we are honest to ourselves and the people, we have to acknowledge that there are problems and challenges that we are facing in Selangor that require intervention.
While Khalid Ibrahim's administration has shown sterling performance over the last 6 years that endears him to the public, there are rooms for improvement in many areas especially given the latest dynamics in Umno.
It is an open secret that the move to remove Najib Razak has begun. As a party strategist, I cannot rule out the possibility that Najib is removed and Umno falls to the ultras led by Mahathir Mohamad's faction.
The unscrupulous attack and schemes to take Selangor by hook or by crook will begin the moment the weak Najib is removed. Even as we speak, Umno's cards are all too obvious in the latest round of racial and religious controversies stirred up in Selangor in the last few months.
Should Najib fall, expect a full blown manipulation of racial and religious issues to create mistrust and frustration with the Selangor government.
Model state as a launchpad for Putrajaya
While Khalid Ibrahim's administration has set a gold standard in integrity and prudence in managing public funds, we also have to admit there are also other areas that we can improve.
We need radical approach to solving the traffic woes, the pace of affordable public housing has to pick up. There is a need for more rigorous forward planning of water resources in Selangor and some hard decisions have to be made soon. We have to vigorously protect the rights of the minorities who are the targets of Umno's political game.
Read More / Baca Lagi >>

‘Keep calm call by Najib is nonsense’

Posted: 28 Jan 2014 07:59 PM PST

Former Bersih co-chair lashes out at PM and the IGP for condoning racial and religious tensions in the country. 

PETALING JAYA: S Ambiga has hit out at Najib Tun Razak for condoning the escalating racial and religious tensions in the country.
The former co-chairman of electoral reform group Bersih 2.0 yesterday lashed out at the premier for not taking firmer action against those inciting hatred among the people.
"This situation among the races is being condoned by the leadership," Ambiga told an audience at a forum organised by DAP last night.
"That's my inference because as far as I'm concerned, you can stop it and if you don't, you are condoning it," she added, referring to Najib.
Ambiga said the prime minister, together with Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar, have the power to stop the escalating tensions.
Ambiga criticised Najib for calling on Malaysians to remain calm. She believed the premier should have taken firmer action by warning those involved that they would face stern punishment.
She added that Putrajaya must make a firm stand of zero tolerance towards those who incite hatred and racism.
Read More / Baca Lagi >>

Komen Zel Fithry timbulkan kemarahan rakyat Sabah

Posted: 28 Jan 2014 07:58 PM PST

Rakyat Sabah dan Sarawak memberi komen mengenai hal ini dan meminta tindakan drastik diambil.

KOTA KINABALU: Komen terbuka seorang pengguna Facebook yang dikenali 'Zel Fithry' dari Semenanjung mendatangkan ketidakpuashatian kepada penduduk Sabah.
Isu timbul apabila 'Zel Fithry' mengumpamakan penduduk Sabah seperti 'babi' dan memalukan Malaysia mengenai isu yang mengaibkan seperti pencerobohan Sulu.
Sementara itu, rakyat Sabah dan Sarawak memberi komen mengenai hal ini dan meminta tindakan drastik diambil.
"Buat lebih banyak laporan Polis, semua badan bukan kerajaan (NGO) perlu tampil dan yang penting paksa wakil rakyat turut membuat laporan, tunjukkan bahawa seseorang tidak boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan tanpa asas," ujar Adrian Kodili
Han Raffee pula berkata, "Inilah generasi baru hasil pembuatan projek IC untuk mengekalkan kuasa Tun Mahathir 20 tahun yang lepas."
"Tindakan perlu diambil ke atas individu ini dan yang sepertinya kerana boleh merosakkan intergrasi nasional," tambah Deliz Stanis
Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Kota Belud semalam mengenai penghinaan terbabit.
FMT mencari komen Zel Fithry tetapi didapati akaunnya sudah dipadam.
Tinjauan mendapati semangat '1Malaysia' semakin pudar dalam kalangan penduduk Borneo dan Semenanjung disebabkan pelbagai isu.

DSAI boleh selesaikan masalah PKR Selangor di rumahnya sendiri

Posted: 28 Jan 2014 07:57 PM PST

Jika masalah dan isu membesar kerana permasalahan parti dengan parti, mengadakan pilihanraya kecil mungkin cara yang terbaik untuk membetulkan dimana yang tidak betul. Tetapi jika masalah yang timbul itu adalah masalah 'intra-party' membawa semua pihak terbabit untuk penyelesaian masalah dalamannya adalah tindakan yang tidak baik. Apa yang berlaku di Selangor itu adalah masalah PKR sahaja, kerana ia tidak melibatkan mana-mana parti yang lain.
Maka seelok-eloknya PKR sepatutnya menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan melibatkan ahli-ahli parti mereka sendiri sahaja. Janganlah membawa pihak lain khususnya rakyat untuk terlibat sama, kerana rakyat di kawasan Kajang sememangnya telah memberikan mandat kepada PKR dalam pilihanraya yang baru sahaja berlalu. Hanya dalam PKR sahaja yang berlaku masalah di Selangor ini, maka memanggil pilihanraya kecil amat membebankan parti-parti komponen yang lain
PKR telah memilih untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana masalah dalaman mereka dan ia tentulah melibatkan banyak pihak termasuk parti-parti komponen mereka dalam Pakatan Rakyat. Sepatutnya PKR memanggil persidangan tergempar parti mereka sendiri dan tentukan apa cara yang terbaik untuk menyelesaikan isu kepimpinan di Negeri Selangor itu. Ia lebih baik lagi penyelesaian dalam PKR Selangor itu di selesaikan oleh pimpinan dan ahli parti itu di Selangor sahaja.
Pimpinan peringkat tertinggi hanya berikan pandangan dan nasihat bagaimana cara untuk menyelesaikan isu sesama mereka di Selangor itu. Malahan pengerusi PKR Selangor itu adalah Timbalan Presiden parti itu sendiri. Jika Anwar menjadi penyelesaian yang baik untuk parti maka Anwar perlu bertindak menyelesaikan di antara dua orang pemimpin Selangor itu.
Read More / Baca Lagi >>

Penubuhan polis Syarie cubaan bebankan polis, kata bekas KPN

Posted: 28 Jan 2014 07:55 PM PST


Unit Polis Syarie akan menambah beban dan tekanan kepada polis, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Gambar fail.Unit Polis Syarie akan menambah beban dan tekanan kepada polis, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Gambar fail.Penubuhan Unit Polis Syarie melalui kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah cubaan untuk menambahkan beban kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Musa berkata, apa yang lebih diperlukan sekarang ini adalah pasukan polis bantuan kerana proses penguatkuasaan dan perundangan Islam sememangnya dipikul oleh pihak berkuasa agama di peringkat negeri.
"Penubuhan unit itu sebagai satu cubaan menambah beban dan tekanan kepada polis sedangkan tanggungjawab sedia ada masih belum terlaksana," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustafa sebelum ini berkata, penubuhan Unit Polis Syarie akan dimuktamadkan selepas perbincangan mengenai skop tugas dan bidang kuasanya selesai tidak lama lagi.
Beliau berkata, perbincangan antara Jakim, KDN dan PDRM akan dijalankan dalam masa terdekat bagi menubuhkan unit itu secara berperingkat.
Read More / Baca Lagi >>

Mesir: Dailog Morsi-Hakim & Kerajaan Boneka Menurut Qardhawi

Posted: 28 Jan 2014 07:46 PM PST

MORSI berada di dalam kandang pesalah di sebuah mahkamah di pinggir Kaherah, Mesir semalam

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dibicarakan di sebuah mahkamah semalam atas tuduhan melarikan diri dari penjara semasa kebangkitan rakyat menentang pentadbiran Hosni Mubarak pada tahun 2011.
Kesnya dibicarakan sehari selepas pihak tentera negara itu mengesahkan, Ketua Tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bakal bertanding dalam pilihan raya presiden tidak lama lagi. Ketika ketegangan semakin memuncak ekoran perbicaraan itu, seorang lelaki menembak mati seorang ketua polis ketika mangsa keluar dari rumahnya di barat Kaherah.
Pada perbicaraan itu, imej televisyen memaparkan Morsi yang memakai baju penjara berwarna hitam putih berada dalam keadaan marah dengan me- ngangkat kedua-dua belah tangan di mahkamah.
"Siapa kamu? Adakah kamu tahu siapa saya?'' kata Morsi kepada hakim tersebut.
Seorang hakim menjawab: "Saya ialah Presiden di Mahkamah Jenayah Kaherah."
Seramai 21 lagi individu turut berada di dalam kandang pesalah termasuk Mursyidul Am pergera- kan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie.
Secara keseluruhannya, seramai 131 individu didakwa dalam perbicaraan tersebut termasuk berpuluh-puluh anggota Ikhwanul Muslimin, Hamas dan pergerakan Hezbollah.
Perbicaraan tersebut dijalankan dengan kawalan keselamatan yang ketat di sebuah mahkamah di dalam sebuah akademi polis di luar Kaherah.
Morsi juga berdepan dengan tuduhan pengintipan membabitkan Hamas.
Read More / Baca Lagi >>

Kecantikan Dalam Kekalutan Di Ukraine..!!!

Posted: 28 Jan 2014 07:38 PM PST

Artistic Chaos


Rusuhan di Ukraine sudah berlarutan sejak November berpunca dari Presiden Viktor Yanukovych yang menolak bantuan dari Kesatuan Eropah dan memilih untuk mendapatkan bantuan Russia. Pada pendapat rakyat marhaen Viktor Yanukovych memilih untuk bersekongkol dengan Russia yang hanya mementingkan golongan elit. Mereka mahu Ukraine untuk memasuki EU bagi memudahkan pergerakan buruh dan barangan. Rusuhan berlaku apabila kerajaan Ukraine cuba menghalau perusuh yang berkhemah di Maidan Nezalezhnosti (Dataran Kemerdekaan). Rusuhan anti kerajaan kini merebak ke beberapa banda utama Ukraine. Mari lihat beberapa gambar yang sangat artistik yang diambil ketika perusuh dan polis bertempur. Inilah namanya artistic chaos!

Read More / Baca Lagi >>

Penang: Tolak provokasi, suburkan keharmonian

Posted: 28 Jan 2014 07:28 PM PST

GEORGE TOWN: Anggota Exco Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim (gambar) mengingatkan penduduk negeri ini supaya tidak mudah terpedaya dengan provokasi yang ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang tidak menghormati agama dan bangsa orang lain.
  
Mereka patut menolak secara tegas suara kebencian dan kemarahan yang boleh mengganggu gugat keharmonian di negeri ini, kata Abdul Malik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam negeri.
  
"Rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tidak dapat menerima tindakan mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keharmonian rakyat.
  
"Perlu ditegaskan, identiti Malaysia terutama sekali Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berbilang kaum dan agama cukup terikat dengan keeratan silaturahim dalam kalangan semua kaum. Maka selepas 56 tahun merdeka, pertalian silaturahim ini perlu kita pertahankan bersama," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
  
Read More / Baca Lagi >>

Aktivis didakwa, gagal maklum polis perhimpunan TURUN malam tahun baru

Posted: 28 Jan 2014 07:26 PM PST


Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin (tengah) tiba di Komples Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 Januari, 2014.Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin (tengah) tiba di Komples Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 Januari, 2014.Aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm), Badrul Hisham Shaharin dan Edy Noor Reduan serta Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia )SMM), Mohd Bukhairy Mohamed Sofian didakwa hari ini atas tuduhan menganjurkan perhimpunan haram pada malam ambang tahun baru membantah kenaikan kos sara hidup.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memberitahu polis berhubung rancangan mereka 10 hari sebelum hari perhimpunan.
 Bagaimanapun, ketiga-tiga mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Pada 31 Disember lalu, ribuan rakyat menyertai perhimpunan yang membantah kenaikan kos barangan dan perkhidmatan seperti pemotongan subsidi gula dan minyak petrol, kenaikan tarif elektrik, kenaikan kadar cukai pintu bagi hartanah di Kuala Lumpur, kenaikan tambang pengangkutan awam serta kadar tol bagi beberapa lebuh raya.

Tiada masalah Anwar jadi MB - Dr Aziz Bari

Posted: 28 Jan 2014 07:24 PM PST


Abdul Aziz Bari 

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor, kerana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor hanya meletakkan syarat Melayu dan Islam, selain sokongan majoriti dalam Dun.

Pakar perundangan, Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, adalah tidak mustahil Anwar boleh menjadi menteri besar yang baharu kerana kerusi Dun Kajang kini telah dikosongkan dan ia memberi laluan kepadanya untuk menjadi Adun.

Bagaimanapun, kesemuanya bergantung sama ada Anwar berjaya mendapatkan perkenan daripada Sultan Selangor atau tidak.

"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri telah menyebut pentingnya perkenan Sultan dan persetujuan PR sebelum beliau dapat digantikan," katanya dalam satu kenyataan.

Namun, Abdul Aziz berkata, dari sudut perlembagaan, peranan sultan tidak disebutkan, kerana budi bicara melantik sebenarnya hanya relevan jika calon yang mahu dilantik masih lagi tidak jelas.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar pentingkan PKR berbanding negara, kata penganalisis politik

Posted: 28 Jan 2014 07:16 PM PST

Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menunjukkan ketua pembangkang itu pentingkan partinya daripada negara, kata penganalisis politik.
Langkah tersebut menunjukkan ketua umum PKR itu "tidak menghormati" pengundi dan akan melemahkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Ketua Pegawai Eksekuti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, berkata pilihan raya kecil tersebut akan menyebabkan "masalah tidak sepatutnya" kepada rakyat.
"Ia adalah paling teruk yang dibuat pada ketika ini, menunjukkan Anwar meletakkan kepentingan parti berbanding rakyat.
"Rakyat pasti kecewa dengan ini, ia jelas tidak menghormati pengundi dan hanya menunjukkan perbalahan politik dalaman," katanya dan dan menambah ia teladan tidak baik pada masa hadapan.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata rakyat pasti mempersoalkan langkah Anwar kerana mereka yang memilih pemimpin dalam pilihan raya umum sebelum ini.
"Rakyat pasti rasa ini suatu yang tidak betul kerana perbalahan dalaman menyebabkan mereka perlu mengundi sekali lagi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

TAKTIKAL PERCATURAN YANG MEMEGUN LAWAN !

Posted: 28 Jan 2014 07:13 PM PST

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Saya tidak pasti sama ada Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pernah bermain catur atau tidak, ataupun beliau sememangnya pemain catur professional.

2) Dalam permainan catur professional, 'pawn' tidak akan dikorbankan tanpa sebarang hasil kepada strategi. Berbeza dengan catur yang dimain oleh orang kampung, mengorbankan 'pawn' adalah perkara biasa. Kau makan aku, aku makan kau balik.

3) Pemain catur professional tidak akan mengorbankan 'pawn' secara sia-sia. Pasti ada langkah seterusnya yang boleh mengikat pergerakan lawan, ataupun mengucar-kacirkan strategi lawan. Sekalipun hanya 'pawn' terkorban, musuh akan tersentak dan berfikir panjang apa yang akan berlaku seterusnya.

4) Sayugia, Adun Kajang adalah 'pawn' yang dikorbankan dalam percaturan terbaru. DSAI dianggap pencatur professional oleh lawannya. Lawan DSAI juga adalah professional, bukan pencatur kampung. Biasanya pencatur kampung memandang sinis dengan terkorbannya satu 'pawn'. Tetapi pemain catur lawan DSAI ini memilih untuk berhati-hati. Tidak membuta-tuli untuk mengikut rentak catur DSAI.

5) Buktinya, sehingga hari ini SPR masih kelu. PERKASA belum bersuara. Dato Seri Najib juga masih berstatus tunggu dan lihat. Hanya juak-juak kecil mereka sahaja yang bersuara mengkritik DSAI. Muhyiddin juga mengeluarkan kenyataan selamat. Nyata mereka terkejut dan terkedu sejenak dengan tindakan DSAI - mengorbankan pawn secara percuma.

6) Pelbagai andaian dibuat oleh penyokong PR dan BN. Ada yang mengatakan ia adalah poliking yang membazir duit rakyat. Ada pula yang menyindir DSAI tidak dapat jadi PM, jadi MB Selangor pun jadilah. Ada yang mengancam untuk memboikot PRK Kajang. Ada yang bersetuju langkah ini sebagai menyelamatkan Selangor, supaya tidak jatuh seperti Kedah. Ada pula yang terkial-kial membuat fiqh muwazanat untuk menghalalkan tindakan DSAI. Ada yang secara sinis berkata - keputusan multaqa ulamak pas benar - kaji semula hubungan dengan PKR.

Read More / Baca Lagi >>

Awas bom jangka polarisasi kaum

Posted: 28 Jan 2014 07:10 PM PST



Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memandang serius seruan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim agar usaha untuk mencapai permuafakatan nasional digerakkan, melihat kepada suasana keharmonian negara yang semakin tergugat.

Kami bersetuju tanda-tanda polarisasi kaum akibat tindakan pihak tertentu yang kerap melaungkan sentimen perkauman, telah menyebabkan suatu keadaan "bom jangka" kini wujud.

Senario ini sangat berbahaya kepada negara.

Kami mendapati keghairahan menimbulkan kecurigaan antara kaum telah mengakibatkan perpaduan dan muhibah dalam masyarakat diperjudikan sehingga ke tahap yang berpotensi mencetuskan ketegangan.

Saranan untuk berdialog antara BN dan PR adalah sangat wajar bagi mencari penyelesaian kepada isu-isu pokok dalam negara seperti masalah urus tadbir, membasmi rasuah, keborosan dan ketirisan perbelanjaan serta isu menyentuh sensitiviti antara agama dan kaum.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas mufti: Islam larang serang, berbunuh di rumah ibadat

Posted: 28 Jan 2014 06:59 PM PST


Islam larang umatnya berbunuhan dalam rumah ibadat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar fail.Islam larang umatnya berbunuhan dalam rumah ibadat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar fail.Pendakwah popular, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam melarang umatnya menyerang ataupun berbunuhan di dalam rumah ibadat walaupun kerana berbeza agama.
Pada Isnin, ketika pertikaian berhubung kalimah Allah masih terus diperdebatkan, insiden serangan dua bom buatan sendiri molotov cocktail di sebuah gereja Pulau Pinang mengejutkan negara.
"Dalam peperangan agama tidak benarkan iaitu antara ciri peperangan Islam, tidak boleh dibunuh mereka yang sedang beribadat dalam rumah ibadat," katanya kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas tentang isu serangan terbaru tersebut.
Bekas mufti Perli yang juga menetap di Pulau Pinang itu berkata, alasan untuk menyerang kerana kain rentang provokasi yang dipasang di hadapan gereja adalah tidak wajar dan umat Islam perlu bersikap adil.
"Saya harap orang Islam bersifat adil dalam hal ini.
"Walaupun digantung kain rentang tersebut, dalam peperangan Islam tidak benar musnahkan tempat ibadat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

KPN beri amaran kepada pihak cetus ketegangan isu kalimah Allah

Posted: 28 Jan 2014 06:58 PM PST


Sidang media gabungan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia di Bukit Aman, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Januari, 2014.Sidang media gabungan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia di Bukit Aman, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Januari, 2014.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran keras tindakan tegas akan diambil kepada indivdu atau kumpulan tertentu yang mengancam keselamatan negara dan awam, khususnya dalam isu kalimah Allah.
Khalid berkata, insiden balingan bom buatan sendiri di Pulau Pinang baru-baru ini sebagai perkara yang membimbangkan.
"Kejadian terbaru di Pulau Pinang di mana molotov cocktail dibaling ke Church of the Assumption dan meletak kain rentang provokasi di gereja Pulau Pinang suatu yang membimbangkan.
"Polis sedang menjejak pihak terlibat dalam tindakan biadab ini kerana ia mengancam keselamatan dalam negara dan ketenteraman awam," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

MACAI FITNAH KONONNYA ADA ANGGOTA POLIS KENA PUKUL TURUNKAN BANNER KALIMAH ALLAH

Posted: 28 Jan 2014 06:58 PM PST


Inilah akal satu akaun FB atas nama Persatuan Mukabuku Pulau Pinang yang sejak kebelakangan ini cukup rancak dan ligat membuat fitnah adu domba perkauman dan agama di Pulau Pinang.

Buat satu status dengan kata-kata ...Semakin menjadi bangsa cinabeng ni .. Mencabar orang mleayu dan anggota polis. Anggota polis ini telah di pukul sekumpulan Samseng cinabeng ketika anggota polis itu Menurunkan bannner penghinaan kalimah allah.

Hakikatnya gambar digunakan ialah mengenai seorang anggota FRU kena serang oleh penyokong Sarawak dalam pertandingan bolasepak bulan April 10hb 2012.

Semakan dapati tiada kejadian anggota polis kena pukul pun sebab nak turunkan banner Kalimah Allah.

Untuk apa tujuan sampai begini sekali ingin mengwujudkan suasana tidak tenteram dan harmoni dalam negara kita ... Apakah macai ini ingat cara ini akan berduyun-duyun orang Melayu melompat masuk menyokong UMNO/BN?

Diperturunkan gambar dan kisah sebenar yang dicilok oleh pemfitnah jahat ini ....

Permainan Bermula: NGO Melayu protes, syaki masjid 'mungkin' diserang

Posted: 28 Jan 2014 06:56 PM PST

 
Sekumpulan kira-kira 150 ahli NGO Melayu mengadakan protes di luar masjid Bayan Baru malam tadi kerana mengesyaki ada pihak-pihak tertentu merancang untuk "menyerang" masjid.

Difahamkan sepuluh buah NGO, termasuk Persatuan Belia Merong, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Persatuan Kebajikan Insan Mulia, PERKASA, Skuad Rejam, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Al Ehsan, menyertai protes tersebut pada kira-kira 8 malam di luar masjid berkenaan.

Mereka mengutuk sepanduk memaparkan kalimah 'Allah' yang
ditemui di luar lima buah gereja di Pulau Pinang pada hari Ahad walaupun pihak gereja telah membuat laporan polis menafikan mereka bertanggungjawab terhadap sepanduk tersebut.


Dengan membawa sepanduk yang menegaskan hak eksklusif penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang Islam, kumpulan tersebut kemudian berarak ke balai polis berdekatan Bayan Baru untuk membuat laporan berhubung perkara itu.

Gambar protes tersebut boleh didapati di blog dan Facebook tetapi tidak pasti siapakah penganjurnya atau sama ada pihak polis telah dimaklumkan mengenainya sepertimana yang
dikehendaki di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketika dihubungi, polis Bayan Baru mengesahkan bahawa laporan polis dibuat di balai itu malam tadi terhadap penggunaan perkataan kalimah 'Allah' dalam Bible bahasa Melayu .
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: DAP Selangor sokong penuh Anwar

Posted: 28 Jan 2014 06:00 PM PST


PETALING JAYA, 29 JANUARI: DAP Selangor memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, tidak lama lagi.
Pengerusinya, Tony Pua berkata, sokongan padu itu supaya PKR memperoleh kemenangan bergaya, seterusnya memperkukuhkan lagi kekuatan PR di Selangor.
Menurutnya, DAP Selangor juga amat berbesar hati untuk memberikan segala bantuan dan pertolongan.
"DAP Selangor tidak akan meninggal atau lebih teruk lagi mengkhianati ketika rakan kami (PKR) memerlukan sokongan dan bantuan.
"Jika kemasukan Anwar boleh memainkan peranan utama dalam membawa PR ke tahap lebih tinggi, maka Selangor akan menjadi model paling baik untuk dicontohi negeri lain.
"Dalam proses itu, pencapaian empat tahun selepas ini merupakan batu loncatan utama bagi PR untuk memenangi Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu juga menyeru seluruh rakyat Selangor agar turut sama menyokong penuh PKR pada PRK DUN Kajang nanti.
"Sejak lima tahun lalu, PR Selangor membuktikan kebolehan dan kemampuan mentadbir negeri dengan cara yang telus serta bertanggungjawab.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Buktikan Pakatan untuk rakyat!

Posted: 28 Jan 2014 05:23 PM PST

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF

Dengan apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Selangor, ia menepati teori politik bahawa "politics is art of possibilities". Dalam politik, sesungguhnya tiada yang mustahil selagi mana ia selari dengan kehendak Allah SWT.

Mengambilkira kemuafakatan dalam Pakatan Rakyat dan fokus utama ialah menumbangkan Barisan Nasional, saya percaya tindakan perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kajang tentunya dilatari motif yang cukup kuat.

Justeru, saya benar-benar berharap perkara berikut diambilkira oleh teraju utama Pakatan Rakyat bagi mendepani suasana yang di luar jangkaan ramai pihak ini:

1.Seluruh jentera terutamanya pimpinan Pakatan Rakyat mestilah bersedia untuk membuat satu lonjakan yang benar-benar ampuh bagi menampilkan Pakatan Rakyat sebagai satu-satunya pengganti tunggal kepada Barisan Nasional untuk menerajui Malaysia.

2.Seluruh pimpinan dan jentera Pakatan Rakyat mestilah dipacu dengan seoptimum mungkin bagi memastikan tumbangnya Barisan Nasional.

3.Sebarang perubahan dalam kepimpinan negeri Selangor perlulah mampu menampilkan suatu perubahan terhadap corak dan gaya dalam perencanaan serta perlaksanaan pembangunan OKU yang pelbagai katagori.

4.Sebarang pembaharuan kepimpinan di Selangor mestilah mampu memberi impak dan kesan kepada gerakan memperkasakan rakyat bagi memastikan kebersamaan rakyat yang cukup jitu kepada Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

Saya penuh percaya dengan gagalnya Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum PRU13 yang lalu, Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah yang cukup agresif bagi mendepani cabaran menumbangkan Barisan Nasional.Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: KENYATAAN KETUA WANITA KEADILAN SELANGOR

Posted: 28 Jan 2014 05:19 PM PST

Kenyataan Media Ketua Wanita Selangor Parti Keadilan Rakyat,

Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail 29 Januari 2014

Mengekalkan Kemenangan di Kajang Wanita Parti Keadilan Selangor akan memberikan sepenuh sokongan dan mobilisasi jentera pilihan rayanya bagi mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil di N25 Kajang nanti.

Pergolakan politik sentiasa menjadi cabaran dan lumrah untuk diatasi oleh para ahli politik. Yang penting ialah memastikan bahawa kita tidak dikalahkan oleh sebarang unsur yang ingin menggagalkan agenda reformasi. Parti Keadilan Rakyat adalah parti termuda di kalangan Pakatan Rakyat.

Setiap yang menginginkan yang terbaik akan melalui beberapa proses dan cabaran. Pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mendokong dan menginginkan reformasi itu menjadi kenyataan akan meneruskan usaha yang diperlukan bagi merealisasikannya.

Lumrah juga dalam arena politik bahawa lawan akan menggunakan apa saja untuk memusnahkan apa yang ada di dalam genggaman kita. Tidak kurang juga mereka yang menangguk di air keruh, sering mengambil kesempatan dalam setiap krisis dan kekurangan.

Wanita Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor menyeru anggota parti dan rakyat fokus hanya terhadap meraih kemenangan bagi Dato' Seri Anwar Ibrahim di N25 Kajang.

Reformasi!

Membujur lalu, melintang patah.

Rodziah Ismail
Merangkap Timbalan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat dan ADUN Batu Tiga

Kenaikan Harga Barang (Rakyat Malaysia), Bebanan Kos (Petronas + TNB) = IPP Untung Bilion Ringgit?

Posted: 28 Jan 2014 05:05 PM PST

Pemilik IPP Malaysia
Kalau nak dikatakan kenaikan harga barang di Malaysia disebabkan barang yang diimport, elektrik kita tidak import yang mana bahan bakarnya adalah gas asli yang diperolehi hasil dalam negara kita sendiri. Yang kita import arang batu.
Masalahnya sekarang ini adalah, adakah Petronas akan terus menjadi "hamba" kepada kalangan taikun IPP seperti Tan Sri Syed Mokhtar (Malakoff), Tan sri Ananada Krishnan (PD Power), Tan Sri Francis Yeoh (YTL), Tan Sri Lim Kok Thay (kumpulan Genting) dengan menjual harga gas asli pada harga yang cukup rendah kepada penjana-penjana ini, sedangkan IPP ini mengaut keuntungan bebrilion ringgit pada kadar yang dimeterai oleh kerajaan dengan penjana elektrik.

Kenaikan Harga Barang VS Kenaikan Harga Minyak, Elektrik, Tol?

Perjanjian IPP MalaysiaSebenarnya harga barang naik kita adalah kerana mengambil kira faktor rantaian seperti pengangkutan (tol), minyak, elektrik, beras gula contohnya yang mana semuanya dikawal oleh kerajaan. Setiap barang yang dikawal oleh kerajaan ini sudah dikawal oleh konglemerat yang mana ada monopoli yang mana perjanjian yang dimeterai untuk tempoh yang cukup lama dan juga berat sebelah.
Bagaimana mungkin naik harga minyak, tarif elektrik, kemungkinan naik tol, gula dan sebagainya, peniaga tidak dibenarkan naik harga? Adakah mereka ini bukan rakyat Malaysia juga?
Soalnya sekarang, rakyat Malaysia bertanya di mana setiap tahun dijamah dengan berita pengumuman kenaikan ekonomi yang memberangsangkan dan pertumbuhan ekonomi 4%, 5%. Tetapi pertumbuhan ekonomi yang dicanang selama ini tidak sampai kepada rakyat Malaysia. Jikalau betul, ekonomi Malaysia bagus dan kaya sebegitu, mengapa kerajaan mahu berkira harga 20 sen dengan mengambil manfaatnya kepada rakyat? Mengapa?

Pendapatan Kerajaan Malaysia Meningkat VS Perbelanjaan Defisit?

Masalahnya di Malaysia adalah perbelanjaan tidak terkawal kerajaan Malaysia, bukannya perbelanjaan tidak berhemah rakyat Malaysia. Ini kerana setiap tahun pendapatan Malaysia meningkat saban tahun, lebih baik daripada negara-negara lain. Tetapi malangnya perbelanjaan yang dibelanjakan kerajaan melebihi pendapatan Malaysia (perbelanjaan defisit). Caranya penyelesaiannya cukup mudah, rakyat malaysia dihadiahkan beberapa siri pengumuman yang bertalu-talu termasuk kenaikan harga minyak, harga gula, harga tol, tarif elektrik?
Read More / Baca Lagi >>

Ask Sweden to return kids to M’sia

Posted: 28 Jan 2014 04:54 PM PST

Demand that the children be sent home to Malaysia, without delay, to their relatives there.

By Marianne Haslev Skanland
The plight of the Malaysian children in foster care in Sweden and their jailed parents has been given great publicity in Malaysia.
Making matters public is very important and it is the right reaction, I am sure. Swedish authorities may say the opposite and the Malaysian authorities may reason that common sense put forward through quiet, friendly diplomacy and compliance – avoiding publicity and supporting 'activism' – is going to solve the case.
That this is their hope is indicated by the fact that Malaysian embassies abroad whom some of us have called with a view, not to throw our weight about, but to give them some rather important information about such cases in our countries, have apparently been instructed to refuse all contact with 'activists' and the like.
But the child protection systems in Western countries, not least in Sweden and the rest of Scandinavia, are beyond ordinary, humane reasoning.
Yes, what has happened to the Malaysian family is out of proportion, but this case is not an exception, it is the norm. It happens to literally thousands of families here, most of them of our own, European culture and ethnicity.
Some of us have published articles and books about the wayward child 'protection' here for years but the development in practice and legislation has gone from bad to worse.
You will find unlimited amount of information on the internet to warn you of the realities.
I can forward any number of links to your newspapers, blogs, websites – to your authorities too, for that matter.
Malaysian publicity, however, good as it is, has so far mostly concentrated on whether or not physical punishment/correction of children is good or bad, whether the Swedish reaction is overdone, whether the parents are treated well in jail in Sweden (no danger of anything else), and their Muslim children having been placed in a non-Muslim foster-home.
These may be important questions for general debate, but they are not the most important ones in the present situation for the family.
Read More / Baca Lagi >>

Betul ka Pemuda Pusat dan PAS Selangor seberani tu nak 'sabotaj' PKR?

Posted: 28 Jan 2014 04:46 PM PST

Astro Awani melaporkan:
Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah atas pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal berbuat demikian Pemuda PAS Selangor akan memboikot Pilihan Raya Kecil DUN Kajang. - AstroAwani.

AstroAwani juga melaporkan:
"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. - Ibid.
Aku harap sangat Pemuda PAS Malaysia dan Pemuda PAS Selangor pegang sungguh-sungguh kenyataan berani mati depa ni. Tolong la jangan malukan Pemuda PAS yang baru saja dapat Ketua Pemuda baru Syuhaizan Kayat.

Kalau akhirnya terpaksa 'jilat balik ludah' aku harap yang buat keputusan 'berani mati' ni berani ambil tindakan letak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab.Read More / Baca Lagi >>