MIMPI SENJA |
- PAS Setuju Anwar jadi ADUN tapi bukan MB
- DSAI tidak hormati pengundi, pentingkan parti dari negara
- Undian mahukan Khalid kekal MB
- PKR mempermainkan pilihan raya - Dr MAZA
- Khalid umum Anwar bertanding DUN Kajanng
PAS Setuju Anwar jadi ADUN tapi bukan MB Posted: 28 Jan 2014 10:11 PM PST PETALING JAYA: Tiada masalah bagi PAS untuk menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang lantaran kerusi tersebut merupakan kerusi PKR. Namun, menurut Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PKR harus berbincang dengan semua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain sekiranya ingin menggantikan menteri besar popular Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Anwar. "KIta melihat keputusan yang diambil oleh PKR ini merupakan hak mereka kerana itu memang kerusi PKR. Kita tiada masalah mereka meletakkan mana-mana calon pilihan mereka. "Tapi sekiranya melibatkan perubahan jawatan menteri besar ia perlu dibincangkan dahulu dengan PAS dan DAP sebelum buat apa-apa keputusan," katanya apabila dihubungi FMT hari ini. Sambil menegaskan bahawa PKR tidak boleh membuat keputusan bersendirian dalam mentadbir Selangor, Tuan Ibrahim mengakui terkejut mengenai perkembangan terbaru yang berlaku di Selangor. "Kita pun rasa terkejut dengan keputusan tersebut. Kita sedar ada beberapa masalah dalaman yang berlaku di Selangor seperti isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan beberapa lagi, tapi tak sangka sampai melibatkan perubahan kerusi menteri besar," katanya. Beliau bagaimanapun mengakui hubungan PAS dalam PR tidak terjejas dengan isu yang berbangkit. "Kita yakin akan ada perbincangan selepas ini dalam persiapan mengahadapi pilihan raya kecil (PRK) Kajang nanti dan pimpinan PR akan membincangkan mengenai isu ini," jelasnya. Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, menerusi satu kenyataan berkata PAS telah menunaikan tanggungjawab sebagai rakan dalam PR dengan memberikan pandangan dan nasihat yang sewajarnya kepada Anwar. "Apabila PKR telah membuat keputusan untuk bertanding dan meletakan Anwar sebagai calon , PAS sekali lagi telah menyatakan sokongan diatas semangat kerjasama PR," katanya. Tambahnya lagi, PAS bersedia membantu PKR dan Anwar dalam PRK Kajang di saat rakyat dilihat marah dengan tindakan parti itu yang dilihat seperti membazirkan wang rakyat. "Dalam keadaan seperti ini saya rasa pastinya PAS terus menunjukan sikap jiwa besarnya untuk menghulurkan tangan bagi membantu apa saja cara dan pendekatan untuk memastikan kejayaan PR mempertahan kerusi DUN Kajang. "Adalah penting disaat-saat sukar begini Pas terus dilihat sebagai rakan yang setia dalam persahabatan. Sekiranya isu dan masalah dalaman yang melibatkan PR ada yang PAS tidak puas hati, PAS akan menggunakan saluran sewajarnya untuk menyatakan sikap dan pendirian kita," jelasnya lagi. Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun enggan mengulas isu ini. Semalam, PKR dalam satu sidang media mengumumkan bahawa Anwar akan dicalonkan bagi merebut kerusi Kajang yang kosong setelah penyandangnya Lee Chin Cheh, juga dari PKR, meletakkan jawatan. Tindakan Lee itu menghangatkan spekulasi bahawa Anwar bakal mengambil alih jawatan menteri besar bagi meleraikan pergelutan kuasa di Selangor di antara Abdul Khalid dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali walaupun Anwar menafikannya. Azmin, yang juga timbalan presiden PKR berkata tindakan tersebut merupakan strategi PKR untuk mengukuhkan kekuatan parti tersebut di Selangor. |
DSAI tidak hormati pengundi, pentingkan parti dari negara Posted: 28 Jan 2014 07:53 PM PST Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menunjukkan ketua pembangkang itu pentingkan partinya daripada negara, kata penganalisis politik. Langkah tersebut menunjukkan ketua umum PKR itu "tidak menghormati" pengundi dan akan melemahkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Ketua Pegawai Eksekuti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, berkata pilihan raya kecil tersebut akan menyebabkan "masalah tidak sepatutnya" kepada rakyat. "Ia adalah paling teruk yang dibuat pada ketika ini, menunjukkan Anwar meletakkan kepentingan parti berbanding rakyat. "Rakyat pasti kecewa dengan ini, ia jelas tidak menghormati pengundi dan hanya menunjukkan perbalahan politik dalaman," katanya dan dan menambah ia teladan tidak baik pada masa hadapan. Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata rakyat pasti mempersoalkan langkah Anwar kerana mereka yang memilih pemimpin dalam pilihan raya umum sebelum ini. "Rakyat pasti rasa ini suatu yang tidak betul kerana perbalahan dalaman menyebabkan mereka perlu mengundi sekali lagi," katanya. Kedua-dua mereka, Wan Saiful dan Azizuddin mempersoalkan kos pilihan raya kerana ia pasti menelan belanja berjuta ringgit pada ketika rakyat terpaksa berjimat-cermat berikutan kenaikan kos sara hidup. "Dia (Anwar) akan buat rakyat terpaksa bayar satu lagi pilihan raya. "Kita bercakap tentang penjimatan tapi dia mahu belanja lebih lagi," kata Wan Saiful. Azizuddin berkata: "Pilihan raya ini membazir wang sahaja. Suruhanjaya Pilihan Raya berbelanja sekurang-kurangnya RM4 juta untuk setiap pilihan raya kecil." PKR semalam mengesahkan Anwar yang juga ketua pembangkang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheh melepaskan jawatan atas alasan "demi kebaikan parti". Spekulasi mengatakan langkah tersebut bertujuan memberi laluan kepada Anwar untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor bagi meredakan ketegangan antara dua kem pemimpin PKR, Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Bila tukar menteri besar, saya takut akan ada kesan kerana Abdul Khalid kerana rakyat suka dia berikutan pengurusan kewangan dan ketelusannya, maka ia akan merengangkan hubungan antara Pakatan dengan rakyat nanti. "Apabila berlaku keadaan seperti ini, tidak sampai setahun memerintah tiba-tiba ada pertukaran, ini menunjukkan masalah dalam Pakatan. Ini tidak elok untuk mereka," kata Azizuddin. Bagaimanapun, dua penganalisis politik, Wong Chin Huat dan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman meramalkan masa depan cerah untuk PR susulan keputusan Anwar untuk bertanding di kerusi DUN Kajang. "Dalam sistem presiden, ketua eksekutif kerajaan sub-nasional mengawal lebih banyak sumber dan peluang untuk membuktikan kemampuan mengurus kepada pemimpin nasional lain. "Logiknya sama di Malaysia, walaupun kita secara amnya mengamalkan sistem berparlimen," kata Wong di akaun Facebook miliknya. Wong berkata, langkah Anwar itu bukan suatu kebetulan dan ia adalah realistik sebelum mensasarkan tempat ke Putrajaya. "Ini bukan kebetulan. Anwar lebih realistik dengan meletak dirinya di Shah Alam terlebih dahulu sebelum mensasarkan ke Putrajaya," katanya. Mohamad Redzuan pula yakin Anwar akan menang dengan majoriti lebih besar berbanding yang diperoleh Lee dalam pilihan raya sebelum ini. "Perlu ambil kira faktor pengundi Cina dan Melayu serta calon itu sendiri. "Ini pasti akan memalukan Barisan Nasional. Jika mereka letak wakil MCA di situ, ia pasti akan memalukan mereka," kata Mohammad Redzuan. Beliau juga menyifatkan menteri besar, Abdul Khalid tidak mempamerkan prestasi baik selepas terpilih untuk penggal kedua. "Ini mungkin pendekatan selamatkan Pakatan di Selangor, sebab Khalid tidak menunjukkan peningkatan prestasi. "Walaupun rakyat suka Khalid dan popular, tapi orang politik tidak begitu, itulah isunya," katanya. Beliau juga menolak andaian mengatakan perpecahan dalam parti seperti yang didakwa sesetengah pihak kerana semua parti politik memiliki masalah dalaman. "Perpecahan dalaman PKR bagi saya perkara biasa, bukan mereka sahaja, malah PAS dan DAP pun sama juga. "Dalam Umno pun ada pecahan kerana perpecahan parti politik ini perkara biasa," kata Mohammad Redzuan. – 29 Januari, 2014 - TMI |
Undian mahukan Khalid kekal MB Posted: 28 Jan 2014 05:41 PM PST PETALING JAYA: Pelbagai pihak mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor mengikut undian yang dijalankan oleh The Star pada Selasa. Undian yang bermula pada pukul 8 pagi itu telah menarik perhatian seramai 2,125 pengundi untuk membuat pilihan dengan 43 peratus mahu Abdul Khalid dikekalkan. "Beliau telah mentadbir dengan baik, sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh pemimpin di negara ini. Beliau perlu terus menjadi menteri besar walaupun terdapat gesaan daripada pengkritiknya," kata pengundi. Seorang anak kelahiran Terengganu, Ariff berkata, Abdul Khalid merupakan seorang yang memahami masalah ekonomi dan lebih baik dari orang lain. "Berintegriti, jika orang Selangor tidak mahu beliau sebagai menteri besar, kami orang Terengganu mempelawa Abdul Khalid dengan tangan terbuka untuk menjadi menteri besar," katanya. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula mendapat sebanyak 24 peratus undian untuk berada sebagai pilihan kedua dengan 497 undi. Ahmad Rasydan berkata, Rafizi merupakan rakan sekolahnya dan beliau adalah calon terbaik untuk menjadi menteri besar Selangor. "Walaupun terdapat beberapa kenyataan beliau tidak tepat tetapi kesalahan itu lebih kecil jika dibandingkan dengan yang dilakukan oleh pemimpin lain," kata penduduk Kerteh itu. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil itu hanya menjadi pilihan ketiga dengan mendapat 21 peratus atau 450 undi. Berada di kedudukan keempat pula ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang mendapat 172 undi iaitu 8 peratus. Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pula menjadi pilihan terakhir dengan 91 undi atau 4 peratus dari keseluruhan pilihan. mStar 29 Jan 14 Kejutan Tahun Baru Cina Anwar
SIAPA yang tidak kenal dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang yang bukan calang-calang orangnya. Beliau ialah seorang yang petah berbahasa, bijak dan masih mampu memberi impak yang kuat di Malaysia walau sudah berdekad bergelumang dengan kontroversi dan onak ranjau dalam merealisasikan impian politiknya. Terkini, beliau mencetuskan senario sensasi terbaru apabila diumumkan akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang baru dua hari dikosongkan bekas ahli DUN Kajang Lee Chin Chen. Di awal tahun 2014 ini, tindakan Anwar itu dilihat sebagai berani, seolah-olah beliau mencari satu batu loncatan untuk menggapai 'sesuatu' yang lebih besar dalam genggamannya. Atau adakah ini satu kejutan sempena Tahun Baru Cina daripada Anwar? Jadi MB Sebagai Pampasan Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A. Kadir Jasin menulis dalam blognya baru-baru ini tentang tindakan Anwar bertanding di Kajang. Di mata beliau, ia dilihat sebagai akuan kalah Anwar kerana gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saban tahun, masyarakat Malaysia sudah sedia maklum akan aspirasi Anwar yang mahu memegang kuasa sebagai menteri paling kanan dalam kabinet. Ramai yang sudah arif akan harapan Anwar ini yang berputik sejak awal pembabitannya di arena politik Malaysia. Kesungguhan beliau untuk bertanding kerusi DUN Kajang boleh dilihat sebagai 'pampasan' atas kegagalan menjadi seorang Perdana Menteri. Sekiranya beliau berjaya memegang tiket Ahli Undangan Negeri, Anwar berkemungkinan besar mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Melalui tulisan blog Kadir, beliau berpendapat 'musuh' Anwar tentu akan berfikir yang Anwar bertindak demikian untuk memuaskan kehendaknya untuk menjadi Perdana Menteri yang masih tidak lagi kesampaian. Kadir meramalkan implikasi tindakan Anwar itu akan menjadi susuatu yang menarik untuk tatapan umum. Melalui blognya, Kadir juga menjelasnya, memandangkan Anwar lebih berpengalaman berbanding Khalid mungkin tindakan Anwar itu menjadikannya lebih layak untuk menerajui pentadbiran Negeri Selangor. "Anwar membuat pengorbanan besar kerana matlamat beliau sejak menyertai Umno pada 1982 ialah untuk menjadi perdana menteri," tulisnya. Perancangan Teliti Seorang Genius Penganalisis Politik Dr. Ismail Sualman yang dihubingi penulis bersutuju dengan anggapan yang pencalonan Anwar lewat petang semalam adalah sebagai langkah pertama beliau untuk bergelar Menteri Besar. Katanya, pencalonan itu bukan satu kebetulan tetapi sudah dirancang dengan teliti. "Perancangan Anwar bermula sejak beliau dilantik sebagai perancang ekonomi kerajaan Selangor lagi pada tahun 2008 dengan bayaran sebanyak RM1 sebulan," jelas Ismail. Konflik yang berlaku antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Khalid juga hanyalah sandiwara dalam PKR dan diumpamakan sebagai pendahuluan kepada ceritera cita-cita Anwar. "Pergelutan dalam PKR adalah sebuah agenda yang dirancang, begitu juga dengan perlucutan jawatan Azmin yang dilihat memberi laluan kepada Anwar untuk menerajui Selangor. Tambahnya lagi, Azmin dan Khalid hanya berbalah menerusi media sahaja namun hakikatnya hubungan kedua-dua mereka tidak seperti yang dilaporkan. Pengeksploitasian Demokrasi Ismail juga berkata, tindakan Anwar yang mahu bertanding di pilihanraya kecil Kajang memperlihatkan beliau sebagai seorang yang berhati kering dan tidak mempedulikan mandat yang diberikan kepada PKR sebelum ini melalui system demokrasi. "Anwar seperti berhati kering untuk bertanding, memperdagangkan mandat rakyat hanya untuk menguntungkan PKR", katanya. Timbul tanda tanya sama ada perletakan jawatan Lee disebabkan kerelaannya sendiri atau atas tekanan daripada Majlis Pimpinan PKR. Tindakan bekas Adun Kajang Lee pula yang tidak mengumumkan sendiri perletakkan jawatannya seolah-olah tidak menghormati amanat rakyat dan menimbulkan seribu tanda tanya. BN Perlu Bersedia Dalam pada itu Ismail juga menggesa BN supaya bangun dari mimpi dan melihat permainan Anwar ini dengan mata yang terbuka dan menilai setiap pergerakan Anwar dengan bijak. Beliau berfikir adalah tidak wajar untuk BN memandang enteng percaturan terbaru Anwar ini dan berterusan mentertawakan pergelutan PKR. Sebagai langkah proaktif, BN harus mula memikirkan calon sesuai dan sama handal untuk bertanding bersama Anwar di piliharaya kecil Kajang yang akan dijalankan tidak lama lagi. Aspek terpenting untuk difikirkan ialah langkah-langkah untuk mengambil hati penduduk Kajang dan secara tidak langsung memancing undi mereka. "Saya harap rakyat Kajang juga terbuka dan menjadi hakim terhadap permainan ini", katanya semalam. Bolehkah Anwar Jadi Menteri Besar Selangor? Wujud keraguan sama ada Anwar memenuhi kriteria untuk menjadi Menteri Besar sekiranya beliau berjaya memenangi kerusi DUN Kajang itu. Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Sivamurugan Pandian berkata antara kriteria yang paling utama untuk menjadi Menteri Besar ialah; calon perlu mempunyai kerakyatan negeri itu. "Saya tidak pasti di dalam undang-undang tubuh negeri mensyaratkan ahli politik yang mahu menjadi MB mempunyai kad pengenalan yang membuktikan beliau seorang pemastautin di Selangor," jelas Sivamurugan. Katanya lagi, sekiranya Anwar memenangi kerusi itu beliau masih perlu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, terlebih dahulu sebelum boleh dilantik sebagai Menteri Besar yang sah. Menurut Sivamurugan, keputusan Anwar untuk bertanding mungkin untuk menstabilkan hubungan di antara Azmin dan Khalid. "Saya yakin Majlis Tertinggi PKR ada sebab yang kuat memilih Anwar sebagai calon untuk bertanding", katanya kepada mD. Apa Kata Rakyat? Suhaimi Daud, 38, yang berasal dari Kajang berkata pencalonan Anwar menggantikan Lee adalah tidak wajar dan dia merasakan keputusan Anwar itu membuktikan beliau seorang yang tamak. Katanya, Anwar tidak sesuai di Kajang kerana ketua pembangkang itu bukan berasal dari sana. "Dia sudah jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, apa yang dia mahu di Kajang?", soalnya. "Bagi saya, tidak menjadi masalah siapa yang bertanding tetapi kalau boleh berilah peluang kepada penduduk tempatan untuk menjadi wakil rakyat kami", jelasnya kepada mD. Namun begitu berlainan pula dengan Zamanhuri Yaacob yang berusia dalam lingkungan 50-an. Beliau menyokong penuh pencalonan Anwar di kawasannya. "Saya yakin Anwar adalah calon yang tepat untuk membawa pembaharuan di sini tambah-tambah lagi dengan pengalaman luas yang beliau miliki," kata Zamanhuri. Beliau juga berpendapat penduduk di Kajang kebanyakkannya terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat dan majoriti daripada mereka adalah penyokong Anwar. Zamanhuri berpendapat ramai orang tempatan Kajang memaklumkan kepada beliau yang mereka tertarik dengan janji Pakatan Rakyat yang menawarkan pendidikan percuma kepada anak Selangor. "Kalau Anwar jadi Menteri Besar, pendidikan anak-anak akan jadi percuma...jika dapat tawaran masuk Universiti tak perlu ibu bapa buat pinjaman", katanya kepada mD. Sementara itu, Chew Hiew Kuang berpendapat laluan Anwar tidak akan menjadi semudah yang disangka selepas diumumkan sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang. Katanya, peluang Anwar untuk memenangi kerusi itu adalah 50-50. "Walaupun Anwar dilihat sebagai pemimpin yang berkaliber dan berpengalaman luas, namun ramai diantara kawan-kawan saya yang tidak suka dengan perwatakan serta masalah peribadi beliau sebelum ini," katanya. Beliau beranggapan banyak undi yang diperolehi PKR pada pilihanraya lalu majoritinya disumbangkan oleh masyarakat berbangsa Cina (rekod melaporkan terdapat 41 peratus pengundi Kajang terdiri daripada kaum Cina). "Individu yang diletakkan sebagai calon adalah faktor yang amat penting. Selain daripada itu, adalah lebih baik sekiranya wakil rakyat kami ialah seorang yang berperwatakan baik dan bersahsiah," katanya. Masyarakat Siber Selar Keputusan Anwar Pengguna laman sosial Twitter bagaimanapun dilihat mengecap tindakan Anwar mengisi kekosongan kerusi di Kajang. Masing-masing memaparkan pandangan mereka yang kebanyakkannya melihat pencalonan Anwar seperti mengiyakan spekulasi yang mengatakan beliau bercadang untuk menjadi Menteri Besar. Berikut ialah luahan sebilangan pengguna Twitter: @IhsanHuhu :"Seriously I trust DAP more than PKR. You do not take #Kajang people's trust for granted. Surely we can wat until PRU14 for any reshuffling." @beckyilham : "So as an MP, do you serve the people or the power hungry leader in your party?#kajang", tulisnya. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang @tankengliang: "PR leaders should come up with a crystal clear explanation on #Kajang fiaso. Just be honest and man up! Otherwise, face the consequences. @mdsaifullah9: " Kau ingat Pengundi tak rasa marah ke? kena 'buang' masa pergi undi untuk PRK sebab YB DUN #kajang letak jawatan", tulisnya. |
PKR mempermainkan pilihan raya - Dr MAZA Posted: 28 Jan 2014 04:22 AM PST Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti. "Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur. Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut. "PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan," katanya. Anwar hari ini disahkan menjadi calon PKR di DUN Kajang selepas Lee memutuskan untuk mengundurkan diri "demi kebaikan PKR." Dipercayai tindakan Anwar itu adalah bagi menyelesaikan kemelut antara Azmin dan Abdul Khalid di Selangor. "PKR bersama Pakatan Rakyat (PR) setuju letak Anwar sebagai calon DUN Kajang," kata Abdul Khalid kepada pemberita pada sidang media di Petaling Jay, pagi tadi. Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan PKR meletakkan Anwar, Abdul Khalid berkata:"Kalau saya tidak setuju saya tiada di sini." Anwar yang turut hadir pada sidang media tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut spekulasi beliau bertanding di DUN Kajang bagi mengambil alih kedudukan menteri besar Selangor daripada Abdul Khalid. "Itu sekadar spekulasi ... tidak berbangkit isu itu," kata Anwar. Anwar berkata, keputusan meletakkan beliau sebagai calon di DUN Kajang akan digunakan sebagai lonjakan prestasi khidmat PKR kepada masyarakat di kawasan berkenaan. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, PKR akan menjelaskan kepada pengundi Kajang keperluan untuk pilihan raya kecil di DUN berkenaan. "Kami akan jelaskan, Khalid, Azmin akan membantu. DAP dan PAS penting, semua perlu untuk pengundi Kajang tahu kenapa kami perlu PRK ini," katanya. Katanya, cadangan beliau untuk bertanding di kerusi berkenaan juga diutarakan oleh rakan komponen pembangkang itu daripada PAS dan PKR. "Ada konsensus dalam PKR, dan kami bawa kepada DAP dan PAS untuk mencalonkan saya, saya tiada pilihan kecuali untuk bertanding," katanya. - 28 Januari, 2014. - TMI |
Khalid umum Anwar bertanding DUN Kajanng Posted: 28 Jan 2014 12:25 AM PST PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekiranya pilihan raya kecil diadakan. Abdul Khalid berkata keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan pagi Selasa. "Kita telah adakan perbincangan untuk tentukan calon bagi pertandingan kerusi tersebut (Kajang) dan telah dipersetujui bahawa Pakatan Rakyat akan meletakkan calon PKR bagi pilihan raya kecil Kajang. "PKR bersetuju meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon yang akan bertanding," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa. Pengumuman itu dibuat selepas kerusi DUN Kajang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan secara tiba-tiba pada Isnin. Abdul Khalid berkata keputusan tersebut dibuat dengan harapan untuk mempertingkatkan prestasi parti dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat pada masa hadapan. Katanya, perjuangan PKR sentiasa menuju ke arah yang lebih baik dan bertambah kuat sejak dulu. "Pada 2008 kita mula menang dalam keadaan lebih baik dari satu kerusi bertambah kepada 30 kerusi. "Pada 2013 kita menang majoriti dari segi jumlah pengundi tapi kalah dari segi jumlah kerusi...sebab itu pada kali ini, pada pilihan raya akan datang kita kena kuatkan sampai ke satu tahap bukan sahaja undi banyak, kerusi pun lebih banyak," katanya. Ditanya sama ada beliau bersetuju Anwar diletakkan sebagai calon bertanding di Kajang beliau berkata: Kalau tak setuju saya tak ada di sini. |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan