Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


TERKINI : Khalid Ibrahim berundur Rabu ini DSAI bakal MB Selangor?

Posted: 26 Jan 2014 09:59 PM PST



AnwarrenungKhalid[1]Dalam kemelut konflik antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, The Star Online hari ini melaporkan bahawa Khalid Ibrahim telah bersetuju untuk berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor.
Apa yang memeranjatkan ialah laporan berkenaan, yang didakwa bersumberkan dalaman PKR memberitahu bahawa pengganti kepada Khalid Ibrahim ialah Anwar Ibrahim!

Apakah ini bermakna Khalid Ibrahim juga akan meletakkan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang (N46)? Perkara ini difahamkan telah dipersetujui pada pertemuan di antara kedua-duanya pada hari Ahad yang lalu.

Apakah Khalid memang bersedia untuk mengundurkan diri, atau bertindak melepaskan jawatan Menteri Besar dan ADUN sebagai tanda protesnya kepada Anwar Ibrahim? Ini adalah kerana melepaskan jawatan Menteri Besar, dan meletakkan jawatan selaku ADUN Pelabuhan Klang adalah 2 perkara berbeza, pada saat kerusi itu milik PKR!
the star anwar mb selangor
Dari sumber yang lain pula, Khalid Ibrahim dikhabarkan bersedia untuk mengundurkan diri sebagai Menteri Besar dengan syarat penggantinya bukan Azmin Ali.

Sumber juga memberitahu bahawa setakat ini, 2 DUN yang dimenangi oleh PKR sedang dalam pertimbangan Anwar dalam cita-citanya untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Selangor bakal menghadapi satu Pilihanraya Kecil dalam masa terdekat!

Jika berlaku, dan Anwar menang, maka Anwar Ibrahim bakal berkuasa di Selangor, lebih berkuasa dari jawatannya sebelum ini iaitu Penasihat Ekonomi Selangor yang telah membuat tuntutan jutaan ringgit sepanjang tempoh perkhidmatannya setelah berselindung di sebalik elaun RM1!

Apa pula tindakan PAS pada ketika ini? SUMBER

Dirogol anak saudara

Posted: 26 Jan 2014 08:57 PM PST

KUALA LUMPUR 27 Jan - Seorang ibu tunggal mendakwa menjadi mangsa nafsu buas anak saudara lelakinya sendiri berusia 22 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di ibu negara, kelmarin.

Lebih mengejutkan, suspek turut membawa rakannya untuk merogol mangsa selain merakam gambar bogel mangsa untuk simpanannya serta mengugut mangsa untuk terus melayan nafsunya jika tidak mahu gambar bogel berkenaan disebarkan.

Menceritakan semula kejadian malang itu, mangsa dikenali sebagai Siti, seorang pekerja am berkata, dia tinggal serumah dengan anak saudaranya itu sejak kematian suami dua tahun lalu tidak pernah menyangka anak saudaranya itu tergamak melakukan perbuatan itu terhadapnya.

Menurutnya, anak saudaranya itu dipelihara seperti anak sendiri.

"Bagaimanapun, minggu lalu, saya menemui klip video lucah dalam telefon bimbitnya dan apabila ditegur dia marah kepada saya sebelum hanya mendiamkan diri selepas itu.

"Kelmarin, ketika kami berdua sedang menonton televisyen di rumah, dia yang baru pulang selepas melepak bersama rakan-rakannya tiba-tiba meminta maaf dengan saya atas kelakuannya tempoh hari sebelum membawa air minuman berkarbonat untuk saya," katanya.

Katanya, selepas meminum air yang diberikan anak saudaranya itu, tiba-tiba dia berasa pening sebelum tidak sedarkan diri dan apabila tersedar selepas beberapa jam selepas itu mendapati dirinya berada di sebuah rumah lain dan lebih mengejutkan, dia turut tidur bersama anak saudaranya serta rakan lelakinya.

"Ketika itu, baru saya sedar menjadi mangsa nafsu buas kedua-dua lelaki itu dan apabila saya memarahinya, dia menunjukkan gambar bogel saya yang dirakam ketika saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Dia turut mengugut saya supaya melayan nafsunya lagi jika tidak mahu dicederakan dan bimbang dengan keselamatan diri, saya membuat aduan di Balai Polis Salak Selatan," katanya

Tindakan tegas terhadap lawak kangkung - jaminan internet tidak benarkan

Posted: 26 Jan 2014 05:21 PM PST

OLEH JAHABAR SADIQ, PENGARANG
JANUARY 27, 2014
BBC melaporkan kontroversi kangkung dan komen Datuk Seri Najib Razak yang berkata orang ramai harus bersyukur apabila harga sayur turun.BBC melaporkan kontroversi kangkung dan komen Datuk Seri Najib Razak yang berkata orang ramai harus bersyukur apabila harga sayur turun.Di kemuncak kontroversi kangkung minggu lepas beberapa menteri menggesa agar tindakan tegas diambil untuk menghentikan komen negatif di alam siber terhadap perdana menteri, akan tetapi Rang Jaminan Malaysia untuk internet menghentikan mereka.
The Malaysian Insider difahamkan beberapa menteri berhujah, Putrajaya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat lawak di internet terhadap komen Datuk Seri Najib Razak kerana mengatakan orang ramai seharusnya bersyukur apabila harga sayur turun dan tidak hanya menyalahkan kerajaan apabila berlaku kenaikan harga barang.
"Sesetengah menteri mahukan tindakan terhadap mereka yang membuat lawak akan tetapi tiada undang-undang yang boleh menghalang perbuatan tersebut," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
"Menteri-menteri berkenaan diberitahu Rang Jaminan Malaysia untuk Multimedia Super Corridor (MSC) menghalang penapisan," tambah beliau.
"Lebih baik suruh sahaja kerajaan tutup Facebook, Twitter dan media sosial lain kalau nak hentikan lawak dan jenaka daripada tersebar," kata sumber itu lagi.
Difahamkan, menteri-menteri berkenaan berhenti berhujah apabila dicabar menandatangani keputusan Kabinet secara kolektif untuk menggantung jaminan dibuat perdana menteri pada 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sehingga kini, Rang Jaminan itu kekal untuk memastikan tidak terdapat sekatan di internet," tambah sumber itu lagi.
Terdapat spekulasi elemen dalam kerajaan mencuba untuk menyekat laporan BBC dalam isu kangkung apabila sesetengah pengguna internet Malaysia mengadu gagal untuk mengakses laporan BBC tersebut, sehingga timbulnya pertuduhan berlakunya sekatan internet.
Pengguna internet jalur lebar Telekom Malaysia mengatakan mereka mengalami kesukaran membaca laporan "#BBCtrending: Be careful what you say about spinach" dan video YouTube ucapan Najib yang diremix.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyelia industri komunikasi di negara ini menafikan menyekat akses laporan itu walaupun mempunyai kuasa melakukannya terhadap kandungan dibantah seperti pornografi mengikut Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 hanya membenarkan sekatan terhadap laman sesawang sekiranya benar-benar perlu dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan.
Pada 2009, The Malaysian Insider melaporkan Putrajaya mengkaji kemungkinan meletakkan penapis untuk menghalang kandungan yang tidak sesuai menerusi laman sesawang, sebagaimana dilakukan China dengan menghasilkan perisian khas "Green Dam".
Alasan untuk melakukan sekatan adalah untuk mempertahankan keharmonian kaum dalam negara. Akan tetapi, penapis internet itu tidak pernah dipasang.
Akan tetapi Dr Mahathir mengakui Jun lalu melakukan kesilapan semasa masih berkuasa kerana memberi jaminan tidak akan menyekat internet, ia ekoran keputusan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang menyaksikan pembangkang menang lebih banyak kerusi.
Menurut bekas perdana menteri itu, beliau kini terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan penuh internet semasa mengetuai MSC pada 1996.
"Ketika saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan menyekat internet.
"Saya beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas… tapi kini saya terpaksa berfikir dua kali," katanya.
Najib pernah berikrar sebelum ini beliau tidak akan melakukan sekatan internet dan juga meminda undang-undang penerbitan yang sebelum ini memerlukan pembaharuan permit setiap tahun. – 27 Januari, 2014

AJL28 - Bahagiamu Deritaku dipilih sebagai juara

Posted: 26 Jan 2014 08:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjudul Bahagiamu Deritakudipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.
Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000.
Bahagiamu Deritaku berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara).
Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).
Naib juara AJL 28 menjadi milik lagu Hanya Aku ciptaan Hyper Act dan Frozen dan dinyanyikan oleh Hyper Act sekali gus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga dimenangi oleh lagu Kalau Aku Kaya ciptaan Omar K, Audi Mok dan Altimet nyanyian Awi Rafael dan Altimet.
Mereka berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
Penyanyi Jaclyn Victor memecah rekod apabila merampas anugerah Vokal Terbaik daripada Hafiz yang dimenanginya tiga tahun berturut-turut.
Jaclyn membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.
Hafiz bagaimanapun turut memenangi kategori persembahan terbaik menerusi laguBahagiamu Deritaku.
Penyanyi itu menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
Persembahan 12 finalis AJL 28 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Acis, Ajai, Habsah Hassan, Aubrey Suwito, Ad Samad dan Helen Yap, Taja, Cat Farish dan Edrie Hashim.
Azmeer bertindak sebagai ketua juri pada acara itu.
Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.
Hampir tiga dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.
Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 28 memperkenalkan 'Game On!' sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini.
Pada acara itu juga, Hafiz telah memenangi Anugerah Juara Mobile menerusi laguBahagiamu Deritaku yang mendapat muat turun Call Me Tones paling tinggi menerusi The Cube Celcom.
AJL 28 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan penampilan pertama pasangan hos Muzik Muzik 28, AG dan Scha Al-Yahya sebagai hos.
Malam kemuncak AJL 28 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai yang berkonsep 'battle' vokal oleh Shila Amzah dan Mus May menerusi lagu Mahakarya Cintaselain tarian oleh Funky Fresh Family.
Manakala segmen interlude pula mengetengahkan muzik hip hop yang menggandingkan penyanyi baharu dan lama antaranya W.A.R.I.S, Zaidi (One Nation Emcees), Ziana Zain, FILSUF, Datuk M. Daud Kilau dan Amy Search.
Acara 'Purple Carpet' AJL 28' yang berlansung sebelum itu dihoskan oleh Aidid Marcello dan Hani Hatim manakala segmen 'Backstage' dihoskan oleh Elfira Loy.

"Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja" - Mizz Nina

Posted: 26 Jan 2014 05:33 AM PST

mizznina
Penyanyi Mizz Nina membuat keputusan untuk tidak mengadakan persembahan di hadapan penonton lelaki sekembalinya dari mengerjakan haji November lalu. 
"Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah. 
"Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu," katanya selepas melancarkan bengkel sempena Hari Hijab Sedunia, di sini, semalam
Tegas Mizz Nina, keputusan itu dibuat atas kesedaran sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
Terdahulu, Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29.
Mizz Nina juga menjelaskan sebelum ini bahawa akan menukar konsep muzik kepada lebih perlahan dan tidak lagi seperti dahulu ini kerana mahu ianya lebih bersesuaian dengan pembawakan imej terbaharunya.

Gadis 13 dirogol sekumpulan lelaki

Posted: 26 Jan 2014 04:32 AM PST

PARIT BUNTAR - Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.

Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya.

Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.

"Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.

"Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.


"Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol  kumpulan lelaki terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.

Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

"Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter," katanya.

Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu siasatan kes itu.

"Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Pak2 Menteri kena masuk kelas 'Latihan Media' Dato' ZAM

Posted: 26 Jan 2014 05:32 AM PST

Kalaulah dihimpunkan kata-kata hikmat para menteri, tidak mustahil kata-kata hikmat menteri Malaysia akan tersenarai dalam 10 terhebat aka terlawak di dunia. Apa tidaknya, sejak belakangan ini kata-kata pak menteri sering dijadikan bahan lawak jenaka rakyat.

Siapa yang tidak pernah dengar ungkapan "harga minyak (petrol dan diesel) di Malaysia masih murah berbanding negara jiran" – kata-kata yang sering dijadikan alasan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak. Selepas ungkapan ini menjadi klise – kerajaan menukar pula kepada "kerajaan mengurangkan subsidi minyak..." – perkara yang sama tetapi cuba diselindung daripada sudut sebenar.

Selain itu, ungkapan "Kalau ayam mahal, jangan makan ayam," – ujar menteri berkaitan berhubung rungutan rakyat apabila harga ayam yang semakin mahal. Juga – "kerajaan menaikkan harga gula untuk mengelakkan rakyat kena kencing manis." – perihatinnya kerajaan pada kesihatan rakyat.

Apabila rakyat marah-marah kerana tol bakal dinaikkan, maka menteri berkaitan, berkata, "Guna jalan yang tidak bertol..." Ketika tarif elektrik naik, kerajaan dengan rendah hatinya menyatakan bahawa kerajaan akan memastikan kenaikan tidak membebankan rakyat!

Tidak lupa juga bahawa sang penasihat menyeru rakyat supaya menerima segala kenaikan itu sebagai ketentuan Allah dan rakyat tak perlu merusuh sehingga menyusahkan diri sendiri. Namun yang peliknya ketika harga kangkung turun, rakyat disuruh berterima kasih kepada kerajaan. Bukankah penurunan harga kangkung itu juga ketentuan Allah, kenapa pula mesti berterima kasih kepada kerajaan? 

Yang pasti, jika tidak suka segala kenaikan ini, silalah pindah ke negara lain. Ya, betul, jika tidak sukakan apa-apa yang kerajaan Selangor, Pulau Pinang & Kelantan buat – jangan bising-bising, silalah keluar dari negeri tersebut! Amacam?

Kesimpulannya, kadang kala rakyat perlukan penglipur lara ini untuk mengubat kerisauan akibat kos hidup semakin meningkat. Terima kasih bapak menteri kerana sudi menghiburkan kami.


dollah yankee -
Zainudin Maidin sebagai fasilator

Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


NASI PANGGUNG KELMARIN

Posted: 26 Jan 2014 07:23 PM PST







 NASI PANGGUNG KELMARIN
 

Jalan Panggung semalam penuh sesak,
sesak dengan anak muda, 
sesak dengan warga tanpa rumah,
dari seluruh pelusuk tanah malaya,
datang bertemu, meraikan bersama
makanan itu keperluan semua

Menu dan para penyumbang hari ini:-
Tim Dapur Jalanan - Pasta Ikan 
Tim Kolej Berjaya - Onde - Onde, Dadih
Tim Syed Syahir - Roti Canai // Air Mineral
Tim Politeknik Nilai - Roti
Tim Waris design Lab - Pinggan // cawan
Kak Yatt & Famili - Buah Appple // Snack
Aisyah Awek Cun - Buah Limau 
Pyanhabib the towkey air
Para penyumbang tenaga; yang sibuk, buat sibuk, buat ramai, buat meriah :-
Ikhwan the master chef, Faz, Nabilah, Asyraf, Fateha dan kawan2 
Fiz, Hussin dan kawan - kawan dari Berjaya Kolej
Haziq dan mamat2 hensem dan awek2 cun dan pensyarah2 dari politeknik Nilai 
Kawan-kawan dari Waris Design Lab
Hazman, Zarif,dan awek2 cun dari MSU Ohana
Melati & mamat- mamat cool dari geng kotak
dan kawan-kawan yang bersama meraikan Dapur Jalanan hari ini!

TERIMA KASIH SEMUA
Jangan segan2 nak datang 
jumpa semua minggu hadapan
Minggu hadapan berTema: MERAH
bersempena Tahun Baru Cina
Gong Xi Fa Cai! Happy Chinese New Year!

Untuk makluman semua:
bermula Februari nnt (2 Februari 2014) Dapur Jalanan akan berdapur di jalan panggung bermula jam 5.30 ptg.  



maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL 

yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan
   1479-0000917-05-1
 spkl collective

- Untuk yang ingin sama-sama potong bawang, potong atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
  Pakwan = 013-4315356  atau Hadikhalid = 012-6648873

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
26 Januari 2014

GONG HEE FATT CHAI 
Note
Baju kuning group dari politeknik Nilai (40orang)
Baju hitam group "waris design Lab" dari UITM


------------

DOK ROK CHETONG - GAPO?

Posted: 26 Jan 2014 06:59 PM PST




KOMENTAR TUKAR TIUB
pergi melawat sambil belajar
ada salah satu cara bagaimana
menteri united malays national organisation
rembat duit negara

justeru anak muda wajib
memberi jawapan yang tepat
kepada kerja jahat ini

kerana dunia ini akhirnya adalah milik
anak muda

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said perlu menjelaskan siapakah menanggung perbelanjaan dan tujuan lawatan ke Antartika.

"Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu?

"Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah," ujar Pengerusi Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail dipetikKeadilanDaily.

Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Orang ramai dinasihat pakai baju tebal

Kota Bharu: Orang ramai dinasihatkan memakai pakaian tebal berikutan fenomena perubahan cuaca kepada sejuk terutama sekitar jajahan Kuala Krai di negeri ini. »

KUALA LUMPUR: Isu lawatan Menteri Besar Terengganu ke benua Antartika memasuki episod baru apabila Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM), 24 Januari lalu menafikan ia menganjurkan lawatan Datuk Seri Ahmad Said ke Antartika.

  • Lawat Antartika: YDSM nafi, mana penjelasan MB T'ganu

    27-01-2014 HARAKAHDAILY
    Lawat Antartika: YDSM nafi, mana penjelasan MB T'ganuKUALA LUMPUR: Penafian Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) penglibatan mereka dengan lawatan Menteri Besar Terengganu ke Antartika sebagaimana dilaporkan media sangat menarik perhatian rakyat negeri itu.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KANG   KONG
-----------

BUDAYA DEMO DI SANA SINI

Posted: 26 Jan 2014 06:00 PM PST










LAGI DI TEGAH
LAGI RAMAI YANG TURUN


Protes 'kandar sayur' di PP hari ini

Orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...LAGI B UGHAH... LAGI  MELAWAN... kah kah kah

KAH KAH KAH

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

-------------

KONSENSUS NASIONAL

Posted: 26 Jan 2014 05:00 PM PST





PERUTUSAN KHAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA
26 JANUARI 2014, SUNWAY HOTEL
 
KE ARAH SEBUAH KONSENSUS NASIONAL
 
1. Lebih empat bulan sudah berlalu sejak kita menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Namun menyambut hari-hari bersejarah ini kurang maknanya jika kita tidak mengamati kerangka lebih besar bagi negara kita di kala ini.
 
2. Perlu saya tekankan betapa pentingnya kerangka lebih besar ini.
 
3. Inilah sebabnya saya mengambil peluang untuk memberikan satu perutusan bukan sahaja untuk kalian yang hadir di majlis ini, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia di dalam dan juga di luar negara.
 
4. Yang saya maksudkan dengan 'seluruh rakyat Malaysia' adalah keseluruhan keluarga anak Malaysia - tanpa mengira kaum, agama, kumpulan budaya mahupun bahasa ibunda; tidak kira sama ada anda menetap di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak; dan tanpa mengira pendirian politik.
 
5. Tidak kira sama ada anda bersama Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, atau anda tidak bersama kedua-duanya, atau anda bebas ataupun menjauhi politik, saya tujukan perutusan ini kepada seluruh warga Malaysia.
 
6. Perutusan ini dilakar dengan penuh rasa cinta terhadap nusa dan bangsa, tanpa rasa benci terhadap sesiapa. Ianya dikarang dengan nawaitu penuh harapan, dan bukannya  dipenuhi dendam kemusnahan. Ianya dikarang agar semua termasuk diri saya sendiri akan membawa intipatinya pulang dan disebarkan kepada keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, dan sanak saudara agar kita sebagai satu umat akan dapat maju ke hadapan.
 
7. Di awal kalam saya ada menyebut tentang menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia dan bagaimana untuk memaknai hari-hari bersejarah itu. Pertama sekali, ianya merupakan sambutan hak-hak kita sebagai warga negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sebuah dokumen kenegaraan yang dipersetujui bersama oleh pimpinan negara di kala kita merdeka.
 
8. Perlembagaan ini bukan hanya kata-kata. Ia adalah sebuah dokumen berdaulat yang dizahirkan daripada satu persetujuan di kalangan para pemimpin yang mewakili pelbagai komuniti yang tinggal di tanah air tercinta ini.
 
9. Ia menjamin hak kita kepada kehidupan dan kebebasan, kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan berkesatuan. Ia menegaskan kesaksamaan rakyat di bawah naugan undang-undang dan menjamin kebebasan beragama.
 
10. Prinsip-prinsip ini wajib dihormati semua komuniti, sama ada mereka dari kalangan majoriti mahupun minoriti. Prinsip-prinsip ini wajib disanjung tinggi ahli-ahli politik dalam percakapan dan perilaku sama ada mereka berkuasa mahupun di kalangan pembangkang. Semua kumpulan masyarakat sivil, badan-badan bukan kerajaan, dan semua organ-organ negara wajib mematuhi hak-hak di dalam perlembagaan ini.
 
11. Identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum cukup terikat dengan keeratan silaturrahim di kalangan semua kaum yang tinggal di bumi tercinta ini. Jika keutuhan silaturrahim ini tercalar, maka identiti kita sebagai warga Malaysia juga bakal terhapus.
 
12. Maka, selepas 56 tahun merdeka pertalian silaturrahim ini bukan sahaja wujud malah bertambah kukuh dan erat. Namun, mutakhir ini, beberapa keadaan dan kejadian telah mengakibatkan silaturrahim ini, yang merupakan tiang seri identiti kita, semakin renggang.
 
13. Malah kejadian-kejadian ini seperti semakin menjadi-jadi hingga kelihatan seperti mampu menggugat perpaduan. Walaupun perpaduan di kalangan kita belum lagi musnah, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
 
14. Kita tidak boleh leka. Ini kerana kita sedang menyaksikan tindakan beberapa pihak yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membawa negara ke ambang kemusnahan.
 
15. Kita sebenarnya belum menyaksikan usaha sebegini rupa semenjak kejadian-kejadian yang berlaku sebelum tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Suara-suara kebencian dan kemarahan, suara-suara berprasangka buruk dan penuh syak wasangka, dan suara-suara kemusnahan dan kebobrokan yang cuba menghancur-leburkan keharmonian, kerjasama dan persefahaman yang telah kita bina dari runtuhan tragedi ini.
 
16. Saya menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit dan bersuara. Biarlah suara-suara rakyat yang penuh rasa hormat dan mahabbah, suara-suara yang penuh timbang rasa dan kepercayaan, suara-suara perpaduan dan integrasi mengalahkan suara-suara sumbang yang penuh kebencian, dendam kesumat, perbalahan dan kemusnahan.
 
17. Kita perlu mengubah halatuju kita dari arah polarisasi yang menjadi-jadi menuju arah penyepaduan yang lebih jitu. Kita perlu hentikan semangat perkauman yang keterlaluan, hentikan budaya menghasut persengketaan dan kebencian terhadap penganut agama, dan merapatkan silaturrahim sesama kita di dalam semangat perpaduan.
 
18. Para pemimpin dari kedua-dua belah pihak perlu mengenepikan isu kepartian dan menunjukkan semangat kepimpinan sejati untuk meleraikan ketegangan ini dan berusaha memperbaiki keadaan.
 
Konsensus nasional
 
19. Maka telah tiba waktunya untuk kita semua mencapai satu konsensus nasional terhadap isu-isu yang teramat penting ini yang mendatangkan impak terhadap identiti kita sebagai sebuah bangsa dan negara.
 
20. Dengan memegang kukuh pada semangat perlembagaan, semua pihak perlu berhenti mempersoal kedudukan utama agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
 
21. Dalam menegaskan kedudukan Islam dan mengakui bahawa orang Islam merupakan majoriti penduduk di negara ini, kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam sedang terancam. Kita mesti menolak tanggapan bahawa wujudnya satu konspirasi jahat untuk merubah status Islam sebagai agama bagi Persekutuan kepada satu agama yang lain.
 
22. Pada masa yang sama kita perlu memperakui hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan terpakai buat semua agama lain di tanah air kita. Kita adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai komuniti agama. Dari sudut ini, penganut agama Buddha, Taoisme, Kristian, Hindu, Sikh dan penganut-penganut agama etnik lain perlu diberi kebebasan untuk mengamalkan agama mereka sebagaimana yang mereka pilih.
 
23. Dalam menuju konsensus ini, marilah kita memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang amat mustahak untuk negara kita maju ke hadapan.
 
24. Marilah kita bekerjasama untuk mengatasi masalah-masalah dalam isu tadbir urus, ketelusan dan kebertanggungjawapan. Tidak kira di peringkat Pusat mahupun di negeri-negeri, marilah kita menetapkan iltizam untuk menghapuskan barah rasuah yang menghantui kita.
 
25. Masalah kenaikan harga barang tidak mengenal batas kepartian. Oleh itu, marilah kita berganding bahu untuk meningkatkan kebajikan rakyat dan mencari jalan penyelesaian yang tidak terus mendatangkan beban.
 
26. Daripada kita mengutuk isu-isu keselamatan negara berdasarkan khayalan kita, marilah kita membantu pasukan polis untuk membanteras jenayah dan dengan langsungnya membuatkan tempat tinggal kita, sekolah-sekolah kita, malah pusat-pusat membeli belah kita lebih selamat.
 
27. Adalah menjadi tanggungjawab moral kita, khusus di kalangan kita yang telah dipilih untuk mewakili rakyat, untuk melangkaui batas kepartian dan berganjak menuju suatu konsensus nasional demi membawa Malaysia ke hadapan.
 
28. Tugas kita terhadap negara, yang jelas lebih mustahak dari tugas kita terhadap parti, memaksa kita memikul cabaran ini. Kita mesti mengukuhkan azam dan mengumpul keseluruhan kekuatan moral kita demi memastikan kejayaan bersama.
 
Terima kasih.
 
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA






--------------

MENDAFTAR KULIAH FALSAFAH

Posted: 26 Jan 2014 04:30 AM PST





MENDAFTAR SEKARANG

kelasfalsafah@gmail.com

TIAP KHAMIS 
kelas bermula jam 9:00 malam
khamis 6 febuari 2014
di universiti bangsar utama
52c jalan kemuja
bangsar utama
belakang stesen lrt bangsar


LUAR KUALA LUMPUR
sila layari
radio bangsar utama
untuk mendengar kuliah

-----------

MENONTON SEJARAH

Posted: 26 Jan 2014 12:30 AM PST





KLIP WAJIB TONTON
klip cult klasik
untuk semua jenerasi
-



----------

PAKATAN RAKYAT 52%

Posted: 25 Jan 2014 10:00 PM PST



WASPADA
kerajaan najib rosmah
hanya menang dengan tipu

OBAMA
bulan april ini 
obama akan melawat malayaia
jika najib menanda tangani penjanjian jual malaysia
maka
perjanjian ttpa ini 
adalah penjanjian haram
kerna najib dan rosmah
tidak mewakili majoriti rakyat malaysia
-------------

KLIP KLASIK

Posted: 25 Jan 2014 07:30 PM PST








KANG KONG 
klip kang kong remix
klip lenggang kang kong
akan menjadi klip klasik sepanjang zaman
selagi ada you tube
selagai ada internet
anak cucu cicit kita
akan melihat klip ini
hanya bezanya mereka tidak sedar
mereka tidak faham
apa latar belakang klip klip ini

SELAMAT MENONTON
-----------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT