Jumaat, 17 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PDRM nafi beri latihan UTK pada Farid Kamil

Posted: 17 Jan 2014 08:32 PM PST

Farid Kamil.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada memberikan latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti Farid Kamil seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, Jumaat.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad turut menegaskan bahawa pihaknya juga tidak memberi sebarang bentuk latihan UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam.
"PDRM menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan ini denganapa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan," katanya melalui laman sosial PDRM malam Jumaat.
Akhbar itu pada Jumaat melaporkan pengarah dan pelakon filem, Farid Kamil Zahari menjadi selebriti tempatan pertama yang mengikuti sesi latihan UTK PDRM bagi memantapkan staminanya yang telah dijalani sejak minggu lalu.
Farid dipetik sebagai berkata dia memohon untuk menyertai latihan itu selama tiga bulan atas inisiatif sendiri untuk mendisiplinkan diri serta meningkatkan kecergasan badan bagi membantu kerjayanya sebagai pengarah dan pelakon di negara ini. - BERNAMA

Dubai padam ‘adegan lucah’ dalam filem terbitan anak Rosmah

Posted: 17 Jan 2014 05:17 AM PST

daily_mail_anak_rosmah_banned_dubaiKUALA LUMPUR 17 JAN: Kira-kira 45 minit adegan lucah dalam filem 'The Wolf Of Wall Street' terbitan Riza Aziz, anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor dipadamkan kerajaan Dubai, lapor portal Britain, Daily Mail.
Daily Mail melaporkan, selain aksi lucah, turut dipadamkan dalam filem tersebut ialah dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.
Pengkritik filem menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra 'dadah, seks dan wang itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan kurang sopan, yang diistilahkan sebagai 'f-bomb'.
Juma al-Leem, pengarah kandungan media National Media Center berkata, penapis filem di UAE termasuk Dubai lazimnya membuang babak atau penggunaan bahasa yang dianggap mencela, berbahaya kepada keselamatan negara selain adegan keterlaluan.
Laporan Daily Mail turut memetik komen penonton wanita di laman Facebook Reel Cinemas, pengendali dua pawagam di Dubai yang terpaksa keluar selepas 40 minit tayangan, kerana filem tersebut disifatkannya menjengkelkan dan 'tidak boleh ditonton'.
Filem 'The Wolf Of Wall Street' lakonan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.menelan belanja USD100 juta (RM325 juta)
Ketika hangat diperkatakan media barat, 'The Wolf Of Wall Street' menjadi lebih panas di Malaysia apabila spekulasi mengatakan filem terbitan Riza Aziz itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58385

Spekulasi Rosmah taja filem anaknya, SPRM perlu siasat – Jingga 13

Posted: 17 Jan 2014 03:46 AM PST

(Azuan Ab Rahman)
anak-rosmahKUALA LUMPUR 17 JAN: Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat spekulasi media bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah terlibat membiayai filem anaknya Riza Aziz.
Spekulasi tersebut seperti yang dilaporkan
Portal Mstar Online sebelum in melaporkan Riza enggan mengulas kontroversi berhubung filemnya yang menelan belanja hampir RM326 juta selain dakwaan mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.
"SPRM harus melakukan siasatan terhadap rosmah untuk mengetahui apakah dakwaan tersebut benar atau tidak.
"Sebelum ini, anaknya didakwa telah membeli sebuah rumah penthouse mewah, kini menghasilkan pula sebuah filem dengan kos yang sangat besar.
"Sudah pasti rakyat mahu tahu apakah kekayaan dan kemewahan luar biasa anak isteri perdana menteri itu datangnya dari ibunya yang kita tahu mengamalkan cara hidup yang mewah dan berprestij," kata Fariz kepada Keadilandaily.
Namun menurut ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu, walaupun Jingga 13 sendiri sebelum ini telah beberapa kali membuat laporan kepada SPRM berhubung isteri perdana menteri itu, malangnya tidak satu siasatan pun yang dilakukan.
"Ini mengecewakan dan memberi gambaran ketidaktelusan SPRM.
"Dalam keadaan rakyat tertekan dengan kos hidup, keluarganya dan beberapa Menteri terus berbelanja mewah. SPRM perlu siasat," tegas Fariz.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58376

Perbincangan perpaduan gagal, Najib hadapi pemberontakan dalaman, lapor The Edge Review

Posted: 17 Jan 2014 03:21 AM PST

JANUARY 17, 2014
LATEST UPDATE: JANUARY 17, 2014
Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.
Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya.
"Perbincangan itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit berkenaan kepada mingguan itu.
Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum lalu.
Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN mentadbir negara.
Isu yang utama adalah rasuah yang melampau dalam sektor awam dari pegawai rendah sehingga kepada pemimpin politik.
Perbincangan perpaduan yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pihak kerajaan telah membawa beliau kepada pemimpin pembangkang termasuk dari PAS.
Bagaimanapun, sesetengah pihak dalam Umno tidak berminat dengan laporannya dan meningkatkan serangan ke atas Najib, lapor mingguan itu.
Serangan berterusan ke atas Najib juga tidak dipertahankan oleh rakan-rakannya dalam Kabinet.
"Hanya sedikit sahaja keraguan bahawa Najib berada di kedudukan paling lemah dari segi politiknya dan sebahagian besar dari masalah berpunca dari dirinya sendiri," kata seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Najib sebagaimana dilaporkan The Edge Review.
Dalam menghadapi kedua-dua musuh iaitu pembangkang dan pihak dalam Umno sendiri, mingguan itu menyifatkan keputusan Najib sebagai "strategi risiko tinggi untuk hadapi krisis" dalam kepimpinan.
Tetapi selepas lapan bulan ke sana ke mari, pembangkang akhirnya letih dengan cakap-cakap Najib untuk membentuk kerajaan perpaduan.
"Berdasarkan pengalaman lalu, ia adalah silap. Anwar menyertai perbincangan ini atas keyakinan ia boleh membawa agenda pembaharuan," lapor mingguan itu berdasarkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang.
Bagaimanapun, kata The Edge Review, rundingan berpanjangan Najib ini tidaklah sia-sia.
Perdana menteri sentiasa saja meniupkan berita perbincangan setiap kali berlakunya krisis kepimpinan, termasuk ketika kemungkinan kepimpinan beliau tercabar misalnya menjelang pembentangan Bajet 2014 Oktober lalu.
Bagaimana mingguan ini berkata, taktik Najib kali ini tidak akan berjaya lagi.
Ia termasuklah kerana kekurangan sokongan kepada Najib dari kerajaannya sendiri dan juga meningkatnya kemarahan awam terhadap kepimpinan beliau, kata The Edge Review, lebih-lebih lagi apabila banyak janji menjelang pilihan raya yang tidak tertunai dan kelemahan pengurusan telah menyusahkan Najib.
Artikel itu juga memetik kenyataan Ibrahim Sufian dari Merdeka Center yang berkata,"Pada masa ini, dia kelihatan lumpuh tanpa sebarang tindakan terhadap kesemua isu panas. Beliau sepatutnya berbesar hati bahawa dia memenangi pilihan raya umum dan kepimpinan parti. Dia sepatutnya memenuhi mandat yang diterima itu".
Mingguan itu memetik Ibrahim yang mencadangkan supaya Najib turun menerangkan kepada rakyat kedudukan kewangan negara dan penyelesaian yang diperlukan untuk meneguhkan ekonomi negara.
Beliau berkata, Najib juga patut memimpin melalui tauladan misalnya dengan memotong gaji anggota Kabinet termasuk dirinya.
Yang paling penting, mingguan itu meminta Najib membawa semula agenda kesederhanaannya itu.
"Dia kena tunjukkan keberaniannya untuk melawan tekanan itu hatta jika ia diketuai sendiri oleh bekas perdana menteri. Dia kena tunjukkan bahawa dia adalah pemimpin bukan sekadar ahli politik biasa," katanya.
"Bagi Malaysia, apa berlaku selepas ini adalah pilihan Najib." – 17 Januari, 2014.- TMI

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Patrick Teoh: Do You Know How Much One Billion Is?

Posted: 17 Jan 2014 09:29 PM PST

Pembela "Kangkung": "Himpunan Pantang Ajal Sebelum Maut"...ha..ha..ha...!!!!

Posted: 17 Jan 2014 09:28 PM PST


Bertempat di Sunway, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pagi ini telah berlangsungnya satu perhimpunan dari macai-macai UMNO,  pembela Najib Razak membantah tindakan ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan kuncu-kuncunya yang dikatakan kononnya melkakukan kerja biadap menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Kehadiran yang tidak sampai 300  orang, hampir 100% penyokong dan ahli UMNO.

Tidak nampak langsung seorang kelibat yang bergelar pemimpin UMNO di perhimpunan menentang penghinaan terhadap PM .. mungkin mereka sedar .. jika hadir akan menghina diri mereka sendiri.

Maunya tidak rasa malu dan terhina .. lihat sahaja bahasa poster jemputan yang cacar merba bahasanya... Tahun pun silap... Sepatutnya Pantang maut sebelum ajal tapi depa tulis pantang ajal sebelum maut.

Cakap berdegar dikaca TV dan media .. apabila tiba masa untuk berlongok nyatakan sokongan dan bantahan batang hidup dan bayang pun tak nampak ... Jelas betapa mudahnya para macai UMNO dikangkungkan oleh pemimpin mereka.

Malang sungguh nasib badan Najib kini .. bila memerlukan para hulubalangnya datang untuk membela tidak ramai mana pun yang datang dan sudi untuk berlonggok.

Kangkung unrelated to cost of living, says former NST boss

Posted: 17 Jan 2014 09:22 PM PST


Even if the price of kangkung (water spinach) has fallen, it does not mean the cost of living has decreased, former New Straits Times group editor-in-chief, Datuk A. Kadir Jasin (pic) said.
In his latest blog post, Kadir wondered why Prime Minister Datuk Seri Najib Razak linked the falling price of kangkung to the cost of living in Malaysia.
"Why does Najib think that Putrajaya deserves to be praised for the falling price of kangkung?" Kadir asked.
Referring to the latest figures from the Department of Statistics, Kadir said food and drinks amounted to about 20.3% of the average monthly household expenditure.
"Of the 20.3% spent on food and drinks, 10% is used to buy vegetables. This means that the average household expenditure on greens comes up to about 2% a month," Kadir said.
"In fact, the percentage might be even lower as not every household will eat only kangkung," he added.
"Therefore, the easy conclusion to draw would be that even if the price of kangkung has fallen, it does not mean that the cost of living has decreased."
Kadir said he had asked an economist friend to ascertain if a cost of living or inflation indicator could be developed around the price of kangkung to create a kangkung index.
After the economist helped Kadir draw up a Kangkung Index to replace the Consumer Price Index, the results indicated that the price of kangkung had indeed dropped by 50% since early 2013.
"However, it is pointless to use kangkung as an example or barometer when households spend a mere 2% of their total monthly expenditure on buying greens," Kadir said.
On a separate issue, Kadir said he was also tempted to join the debate on prominent banker, Datuk Seri Nazir Razak's remembrance of his father, Tun Abdul Razak Hussein.
Read More / Baca Lagi >>

Umno’s outrage over kangkung reflects detachment from reality, say analysts

Posted: 17 Jan 2014 09:21 PM PST


Netizens came up with humorous responses to Datuk Seri Najib Razak's kangkung remark but many Umno leaders failed to see the funny side of the kangkung parodies. –  January 18, 2014.Netizens came up with humorous responses to Datuk Seri Najib Razak's kangkung remark but many Umno leaders failed to see the funny side of the kangkung parodies. – January 18, 2014.Umno's inability to see the funny side of the kangkung parody lampooning Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is a sign that they are out of touch with the feelings of the people and refuse to recognise the power of social media, say analysts.
The analysts told The Malaysian Insider it showed that the Malay party members and supporters still hold on to the mentality that their leaders are above criticisms and should be venerated instead.
This mindset is largely driven by the structure and history of the Malay party, a traditional set up with a strong association with feudal culture, said respected Merdeka Center pollster Ibrahim Suffian.
"They come from a different frame of mind, they have a different way of looking at leaders. It is strongly influenced by feudalism in the Malay culture, hence the fervent hand kissing we often see between members and leaders," he told The Malaysian Insider.
On Sunday, Najib had lamented that the Barisan Nasional (BN) federal government was never praised when the prices of goods went down. Using the kangkung, or water spinach, as an example, he noted that the price of the vegetable had gone down and yet, Putrajaya did not receive any praise.
His remarks were carried by local broadcaster TV3 and uploaded onto YouTube, drawing stinging criticism from netizens, with many pointing out the silliness of the PM using the cost of a vegetable which grew wildly by the roadside as an example of government intervention.
Since then, the kangkung statement had gone viral on social media and had spawned videos, pictures, parodies, jokes and even a flashmob poking fun at Najib.
This caused Umno members to criticise the people for not showing gratitude for cheaper vegetables, and mocking the premier.
However, things took a racial slant when Umno blogger, Dr Novandri Hassan Basri, lashed out at Chinese members of the opposition.
"Pakatan (Rakyat) Chinese are becoming more extreme and insolent... They openly insulted the prime minister by stuffing kangkung into the mouth of a replica of Najib," he was quoted as saying after PKR Machang Bubuk assemblyman Lee Khai Loon organised a protest in Penang which featured an effigy of Najib with its mouth stuffed with kangkung.
Ibrahim said the reaction from Umno showed that the lynchin of BN had trouble dealing with the irreverence younger people have towards leaders.
Read More / Baca Lagi >>

Dipecat sebagai MB Selangor: Khalid serah kepada rakyat, ahli parti

Posted: 17 Jan 2014 09:16 PM PST


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersalam dengan peserta dialog di Kuala Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Januari, 2014.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersalam dengan peserta dialog di Kuala Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Januari, 2014.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau menyerahkan cadangan pemecatan beliau sebagai menteri besar Selangor yang diusulkan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam mesyuarat parti tersebut baru-baru ini kepada rakyat dan ahli parti.
Menteri besar Selangor yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut bagaimanapun hanya menyifatkan isu yang melanda antara beliau dan Azmin itu sebagai isu politik.
"Itu hal politik. Isu tersebut biarlah ditentukan oleh rakyat dan ahli parti sendiri," katanya kepada media selepas menghadiri program dialog bersama penduduk di Kuala Selangor.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Khalid hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila Azmin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dan penyokongnya mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.
Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin sebagai ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.
The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada malam Rabu lalu yang dipengerusikan oleh Anwar.

Potong bajet pendidikan felda bunuh impian ribuan anak peneroka

Posted: 17 Jan 2014 09:15 PM PST

KUALA LUMPUR: Ura-ura pemotongan peruntukan tahunan Kolej Felda daripada RM16 juta kepada hanya RM5 juta akan "membunuh impian" ribuan anak peneroka di seluruh negara dan menimbulkan persoalan terhadap fokus utama Yayasan Felda bagi meningkatkan aspek kebajikan, latihan dan pendidikan generasi Felda, tegas Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Mengulas laporan The Malaysian Insider berhubung cadangan pengurusan Felda itu, Mazlan berkata, visi Yayasan Felda sebagai peneraju utama pelaksana tanggungjawab sosial peneroka Felda akan dipersoalkan umum jika peruntukan tahunan empat Kolej Felda itu dipotong.
Menurut sumber, pemotongan bajet itu akan mengakibatkan Kolej Felda yang terletak di Kelana Jaya (Selangor), Trolak (Perak), Mempaga (Pahang) dan Raja Alias (Negeri Sembilan) akan ditutup.
Kolej Felda dibangunkan untuk memberi peluang latihan kepada anak peneroka di bidang vokasional. Institusi itu diletakkan di bawah seliaan Yayasan Felda yang dipengerusikan Tan Sri Isa Samad. Pengarah Besar Felda, Dato' Faizoull Ahmad ialah salah seorang Ahli Lembaga.

Mengulas lanjut, Mazlan mempersoalkan ura-ura Felda mengurangkan bajet kebajikan, latihan dan pendidikan masyarakat peneroka tetapi menerusi instrumen perniagaannya bertindak membeli hotel, apartment mewah, ladang dan melabur dengan jumlah ribuan juta ringgit.
"Semua itu dibuat dengan cepat tetapi untuk pendidikan anak peneroka yang jumlahnya begitu kecil pun berkira?" kesalnya.

Menurut Mazlan, projek usahasama pendidikan Felda dengan Universiti Lim Kok Wing memakan belanja berkali ganda berbanding Kolej Felda namun keberkesanannya tidak pernah disemak.
Sehubungan itu beliau hairan mengapa Kolej Felda yang cuma ada di Kelana Jaya, Trolak, Mempaga dan Raja Alias mahu diganggu?

"Mana dia pembangunan modal insan yang acapkali di sebut oleh Faizoull Ahmad? Apa gunanya MOU dengan Kolej West Cheshire & Universiti Chester yang di war-warkan lanjutan daripada Kolej Felda?" soal beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Beri gaji secukupnya pada penjawat awam elak rasuah dalam kerajaan

Posted: 17 Jan 2014 09:12 PM PST



Hanipa Maidin
SHAH ALAM – Penjawat awam termasuk anggota keselamatan perlu diberikan bayaran gaji yang mencukupi dan sesuai dengan kos sara hidup semasa khususnya di bandar bagi menutup ruang daripada terjerumus dalam gejala rasuah.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, cadangan meletakkan kesalahan memiliki kemewahan di luar kemampuan penjawat awam dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (2009) pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac depan tidak mencukupi jika skim gaji mereka tidak dikaji semula.

"Pada prinsipnya kami (ahli parlimen) boleh menyokong cadangan itu, kakitangan awam termasuk menteri tidak dibenarkan memiliki harta luar biasa di luar kemampuan dan pendapatan mereka, hal itu kita boleh persoalkan dari mana dia perolehi.

"Bagi saya pendekatan undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk selesaikan masalah ini (rasuah), kita patut fikirkan bagaimana boleh berikan mereka gaji yang mencukupi untuk menutup ruang daripada mereka melakukan rasuah," katanya ketika dihubungi Sinar harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Timbalan Pengarah Kanan Penyiasatan SPRM, Han Chee Rull semalam yang mencadangkan supaya kesalahan bagi penjawat awam memiliki kemewahan di luar kemampuan mereka dimasuk dan dibentangkan ke dalam Akta SPRM 2009, pada sidang Dewan Rakyat, Mac depan.
Read More / Baca Lagi >>

Pesawah minta kaji semula harga syiling padi..!! RM1350 harga yang berpatutan.....

Posted: 17 Jan 2014 09:09 PM PST

Wajib Sokong Kerajaan Kudeta Al-Sisi ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Jan 2014 09:03 PM PST

Umno marah bila ada orang bagi makan kangkung kepada perdana menteri..tapi mereka tidak marah bila rakyat dikangkung oleh pemimpin umno..!!!

Posted: 17 Jan 2014 08:57 PM PST

Umno Pulau Pinang dilaporkan marah dan meradang dengan acara memberi makan kangkung kepada patung perdana menteri Najib Razak dua hari lepas. Kemarahan itu disuarakan beberapa orang pemimpin Umno Pulau Pinang yang mengecam perbuatan memberi makan kangkung itu sebagai biadab.

Satu laporan polis oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam juga dilakukan agar polis menyiasat acara itu yang melibatkan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan. Beliau bertanya apakah dosa perdana menteri sehingga diperlakukan demikian rupa, sedangkan cara itu tidak dapat membantu menyelesaikan kos sara hidup.

Seorang lagi pemimpin Umno Pulau Pinang, Musa Shaikh Fadzir berkata banyak lagi cara lain boleh dilakukan, bukan dengan menyumbatkan kangkung ke dalam mulut patung Najib Razak.

Dua tiga hari kepas sekumpulan anak-anak muda telah mengadakan tunjuk perasaan sambil membawa patung berupa Najib Razak dan menyumbatkan dengan seberkas kangkung ke mulutnya. Acara itu dibuat sebagai menempelak Najib Razak yang mengambil contoh bukan semua harga barangan naik, sebaliknya harga kangkung sudah turun.

Perbandingan Najib itu menyebabkan beliau diejak. Gambar acara memberi Najib makan kankung itu dimasukkan ke dalam Facebook secara meluas yang bagi pandangan sesetengah pihak ia menghina perdana menteri.

Sebenarnya perbuatan kumpulan berkenaan tidak perlu pun dilayan. Mereka hanya menyumbat kangkung kepada patung Najib saja dan tidak lebih dari itu.  Kalau kejadian itu tidak diungkit ia dilupakan begitu saja. Kejadian seperti itu bukan pelik kerana sebelum ini bermacam-macam replika berupa pemimpin dilakukan dengan cara lebih 'beruk' lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor mampu terus program bantuan rakyat, saat ekonomi negara kritikal

Posted: 17 Jan 2014 08:55 PM PST

rafizi 01SHAH ALAM 18 JAN:Selangor mampu meneruskan pelbagai program membantu rakyat seperti skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan menampung perbelanjaan penting lain jika kerajaan pusat berhadapan masalah kewangan yang semakin kritikal.
Keupayaan itu berikutan amalan pengurusan kewangan cemerlang dengan mengawal pembaziran, ketelusan dan menghindar amalan budaya rasuah secara total yang diamalkan kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata amalam itu adalah faktor utama yang membolehkan kerajaan negeri mengumpul rizab hampir RM3 bilion.
"Ini salah satu sebab mengapa kita kena pertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Pengurusan kewangan yang baik mampu menampung kekurangan jika keadaan kewangan parah di pusat nanti dan Selangor masih boleh pertahan program membantu rakyat hasil simpanan dan harta kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri ada kemampuan untuk meneruskan pelbagai skim sedia ada bagi membantu rakyat ketika kerajaan pusat tidak mmepunyai keupayaan untuk melaksanakannya kerana tidak mempunyai kedudukan kewangan dan harta yang kukuh seperti Selangor," katanya ketika ditemu bual Selangor Kini, di Ibu Pejabat PKR, baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Reman ‘Sultan Melaka’ disambung tiga hari lagi

Posted: 17 Jan 2014 08:26 PM PST


Polis hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Melaka untuk menyambung reman ahli perniagaan Noor Jan Tuah (gambar) selama tiga hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan kes dia mendakwa dirinya sultan Melaka.
Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, V Kanasan bagi membolehkan polis menyiasat kes berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.
Noor Jan, 57, ditahan pada 10.50 pagi Selasa lalu di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama 'pengikutnya'.
Pada Rabu lalu polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret menahan reman lelaki itu selama empat hari. - Bernama

Pusat judi online bersepah di Lembah Klang

Posted: 17 Jan 2014 07:59 PM PST

Pusat judi online bersepah di Lembah Klang 
  •  Keadaan premis menjadi sarang judi online. Gambar kecil, Rosliza.
SHAH ALAM - Selain Kuala Lumpur, kawasan lain sekitar Lembah Klang  dikenal pasti menjadi sarang pusat judi online turut melibatkan kawasan perumahan dan perniagaan di Ampang, Puchong, Selayang, Sungai Buloh dan Petaling Jaya.

Malah segelintir pengusaha premis judi online  berkenaan, didapati menyalahgunakan lesen yang diberi dan menjalankan aktiviti tersebut secara haram.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Rosliza Mohd berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras kegiatan haram itu.

"Modus operandi kegiatan sindiket berkenaan cukup mudah, sindiket berkenaan akan menyewa sebuah premis untuk menjalankan aktiviti perjudian," katanya.

Rosliza berkata, selain menggunakan kamera litar tertutup (CCTV),  premis perjudian turut menggunakan 'pintu magnetik' yang mana pelanggan tetap dibekalkan dengan kod nombor tertentu untuk membuka pintu berkenaan.

"Kita terpaksa menyamar sebagai pelanggan tetap untuk mendapatkan kod tersebut, sebelum serbuan dilakukan.

Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Dana Banjir: Fuziah ambil tindakan undang-undang, bakal saman blogger MyMassa

Posted: 17 Jan 2014 07:57 PM PST

Fuziah SallehSHAH ALAM, 18 JAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger MyMassa yang didakwa memfitnahnya melalui penerbitan satu artikel, baru-baru ini.
Beliau berkata, laporan polis yang dibuat pada 14 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan akan diserahkan kepada peguam dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
"Laporan polis yang dibuat sebelum ini akan diserahkan kepada peguam dalam rangka untuk menyaman blogger MyMassa yang sudah memfitnah saya," katanya melalui laman Facebook.
Fuziah berkata, tindakan itu diambil susulan blog pro-Umno berkenaan yang secara jelas sengaja menghasilkan artikel untuk menjejaskan karier politiknya.
Penulis blog itu mendakwa Fuziah menyalahgunakan duit banjir yang diperuntukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berjoli di Ghuangzhou, China.
Tuduhan itu dinafikan Fuziah kerana tegasnya tidak ada pindahan wang dilakukan ke dalam akaun beliau, sebaliknya bantuan disalurkan dalam bentuk barangan.

Letak SPR di bawah Parlimen hanya ‘janji kangkung’ Najib

Posted: 17 Jan 2014 07:34 PM PST


KUALA LUMPUR: Rakyat akan terkejut jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan janji untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata demikian ketika menyatakan rasa tidak yakin kerajaan Umno akan menyambut baik seruan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah supaya SPR dipimpin oleh seseorang yang tidak dilihat mewakili BN.

"Apalah sangat saranan Saifuddin di sisi kerajaan Umno sedangkan janji Perdana Menteri untuk letak SPR di bawah jawatankuasa khas parlimen pun semakin kelihatan akan jadi janji kangkung.

"Macam-macam Najib janjikan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

"Tol tidak akan dinaikkan, letrik tidak akan dinaikkan, minyak tidak akan dinaikkan dan pelbagai janji lain lagi.

"Semuanya Najib mungkir! Janji Najib adalah janji kangkung! Sebab itulah satu dunia akan terkejut kalau Najib setuju SPR diletakkan di bawah Parlimen," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pasangan warga Malaysia ditahan di Sweden, empat anak mahu kembali ke tanah air

Posted: 17 Jan 2014 07:33 PM PST


 (Ditahan kerana merotan anak yang tidak mahu solat)



Empat anak pasangan warga Malaysia yang kini berada bersama keluarga angkat di Sweden tidak selesa dan mahu pulang ke Malaysia.

Pasangan Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Nurshal kini ditahan pihak berkuasa Sweden kerana dituduh mendera salah seorang anaknya.
Azizul, pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati guru sekolah menengah yang bercuti tanpa gaji dilaporkan mendera anak lelakinya berusia 12 tahun kerana tidak menunaikan solat.
Empat anak pasangan itu kini berada dalam jagaan keluarga angkat bukan Islam dan mengadu rindukan ibu bapa mereka.
Bernama melaporkan anak sulung kepada pasangan itu, Aisyah, 14, berkata dia bersama tiga adik berusia 12, 11 dan 7, tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat.
"Mereka memelihara anjing dan memasak makanan tidak halal. Meskipun mereka memberi kami makanan halal tetapi kami berkongsi pinggan mangkuk dan perkakas dapur.
"Pihak berkuasa Sweden tidak membenarkan kami bertemu saudara-mara yang terbang dari Malaysia untuk berjumpa kami," katanya.
Ammar adik kepada Aishah berkata: "Saya rindukan mak dan ayah. Kami nak pulang ke Malaysia tetapi mereka tak benarkan.
"Kami sedih setiap kali pulang dari sekolah kerana mak dan ayah tidak ada bersama," katanya kepada Bernama.
Akhbar berbahasa Inggeris, The Star memetik sumber terdekat kepada pasangan tersebut berkata, Azizul dan isteri sudah meminta pihak berkuasa Sweden agar memindahkan anaknya kepada keluarga angkat lain.
Read More / Baca Lagi >>

Will ‘kangkungnomics’ help the rakyat?

Posted: 17 Jan 2014 07:29 PM PST

The Prime Minister must pull the nation back from the brink of disaster.

Prime Minister Najib Tun Razak has recently urged the rakyat not to blame the government for the price hike of goods.
He has also announced that the price of kangkung or water spinach has gone down but he was unhappy that this was overlooked by the people.
Clearly our Prime Minister is now adept in what can be labelled as 'kangkungnomics' – the art of saving money in a very small quantity. This is not even microeconomics, it is already microcosm economics, too tiny an amount to be of any consequence.
No importance can be attached to 'kangkungnomics' when the price of a tray of 10 ordinary eggs have just gone up by 10 sen from RM3.85 to RM3.95. Eggs of course is more important than kangkung as some people take the former for breakfast daily.
He should concentrate on eggs instead as it is a breakfast staple.
"PM Najib should have focused on fish, meat or all vegetables instead of just kangkung. Then we can have 'fishnomics', 'meatnomics' or 'vegenomics' as a concept," said Nizar Jamaluddin, the PAS Changkat Jering state assemblyman.
This shows that Najib is off-tangent in regard to the nation's economy and is not in touch with the pulse of the ordinary rakyat.
However, PAS Pokok Sena MP, Mahfuz Omar has praised Najib for being capable enough to reduce the kangkung price.
"Najib's performance is in line with his slogan of 'People First Performance Now'. Congrats to the Prime Minister for executing this brilliant move. We hope to now look forward to reduced prices for meat, fish and all other vegetables as well as dried foodstuffs such as onion and garlic," said Mahfuz.
He adding that "Najib's 'kangkungnomics' reveal the government to be off-course in charting the economic path for the nation. We will be the world's laughing stock if he continues listing food items one by one".
Roundtable talks
Read More / Baca Lagi >>

Kemarahan Umno terhadap isu kangkung serlah pemisahan daripada realiti

Posted: 17 Jan 2014 07:26 PM PST


Antara bahan lawak menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tersebar luar di laman sosial.
Antara bahan lawak menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tersebar luar di laman sosial.Ketidakmampuan Umno untuk melihat sisi lawak parodi kangkung mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tanda bahawa mereka hilang sentuhan dengan perasaan rakyat dan enggan mengiktiraf kuasa media sosial, kata penganalisis.
Penganalisis berkata, keadaan itu menunjukkan parti ahli Melayu dan penyokongnya masih berpegang kepada mentaliti bahawa pemimpin mereka tidak boleh dikritik.
Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata cara pemikiran ini kebanyakannya didorong oleh struktur dan sejarah parti Melayu itu, penetapan tradisional yang ada kaitan kuat dengan budaya feudal.
"Mereka datang daripada pelbagai rangka fikiran, mereka mempunyai cara berbeza memandang pemimpin. Ia dipengaruhi kuat oleh feudalism dalam budaya Melayu, maka budaya mencium tangan sering dilihat antara ahli dengan pemimpin," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahad lalu, Najib berkata kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) tidak pernah dipuji apabila harga barangan turun. Menggunakan kangkung sebagai contoh, beliau berkata harga sayuran sudah turun tetapi Putrajaya tidak menerima sebarang pujian.
Kenyataannya disiarkan oleh siaran televisyen tempatan TV3 dan dimuat naik ke You Tube, mencetuskan kritikan daripada pengguna laman sosial, dengan kebanyakannya menyatakan kebodohan perdana menteri menggunakan kos sayuran yang tumbuh liar di tepi jalan sebagai contoh kerajaan memahami.
Read More / Baca Lagi >>

'Tarian punggung lagi teruk dari flash mob kangkung'

Posted: 17 Jan 2014 07:18 PM PST

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan flash mob yang mengejek Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan 'kangkung' untuk menjelaskan isu kenaikan harga.

Ia dianjurkan oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, di kawasan pasar malam di Alma, Bukit Mertajam Rabu lalu.

Anwar berkata Pemuda Umno dan NGO hak Melayu PERKASA pun telah menghina pemimpin Pakatan Rakyat tetapi hanya segelintir sahaja yang telah membantah.

Menurutnya, tarian punggung oleh kumpulan pro-kerajaan yang terdiri daripada veteran tentera di hadapan bekas penyelaras BERSIH, Datuk S Ambiga pada 2012, lagi teruk daripada flash mob 'kangkung'.

"Kenapa tidak ada bantahan apabila tarian punggung itu dilakukan? Adakah perbuatan itu betul dari segi agama atau pelakuan (moral)" tanya Anwar yang juga ahli  Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui semasa lawatan ke Sungai Lembu semalam.

"Anda tidak boleh mempertahankan itu (tarian punggung) berbanding dengan apa yang (Lee) Khai Loon lakukan," katanya.

Rabu Rabu, kira-kira 15 orang menyertai flash mob membantah inflasi yang semakin meningkat, dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib yang diperbuat daripada styrofoam.
Read More / Baca Lagi >>

Berubahlah Najib sebelum krisis keyakinan bertambah parah!

Posted: 17 Jan 2014 06:34 PM PST

MASIH belum terlambat untuk PM Najib berbuat sesuatu bagi menyelamatkan Negara serta kedudukannya sebagai Perdana menteri sebelum berdepan dengan krisis keyakinan rakyat serta ahli UMNO yang lebih besar terhadap kepimpinan beliau apatah lagi di ketika ini wibawanya sebagai pemimpin untuk membawa parti dan kerajaan mendepani pelbagai kekusutan yang timbul makin tidak terurai.

PM Najib sedang dilihat sebagai Perdana Menteri yang gagal menguruskan negara dan setiap tindakan serta keputusannya sedang diperlekeh malah dihina bukan sahaja oleh pembangkang tetapi olah ahli-ahli parti serta yang selama ini menyokong beliau.


Selepas PRU13,seperti ada gerakan terancang ataupun kerana menyerlah kepincangan PM Najib,setiap sesuatu yang beliau sentuh bukan lagi menjadi emas tetapi telah dilihat busuk serta menjijikkan oleh beberapa pihak dan kita tidak hairan andai pembangkang menyerang PM Najib tetapi malang kepada beliau yang mengharapkan sokongan daripada pemimpin parti tetapi ada juga kalangan pemimpin yang turut sama mengambil kesempatan menabur garam atas luka yang PM Najib tinggalkan.

Tidak tahu dimana silapnya tetapi yang jelas selepas PRU13 dan selepas PM Najib mengumumkan rasionalisasi subsidi,PM Najib mula diserang dan diasak di setiap penjuru sehingga pada satu-satu ketika,beliau dilihat bersendirian menangani isu serta mengurus persepsi yang timbul. 
Kegagalan PM Najib hari ini dilihat oleh ramai pihak kerana beliau terlalu tunduk dan menjadi Yes Man kepada PEMANDU dan juga ada pihak melihat Najib mempunyai ketakutan yang luar biasa untuk mengambil tindakan memecat terhadap Penasihat-penasihatnya,agensi-agensi strategi yang dibawah Jabatan Perdana Menteri yang gagal melaksanakan teori transformasi yang beliau laungkan pada awal pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

P Pinang bantah penjaja bayar RM50 kursus kendali makanan oleh Kem Kesihatan

Posted: 17 Jan 2014 06:31 PM PST


Kerajaan Pulau Pinang membantah tindakan kementerian kesihatan mengswastakan kepada enam syarikat di negeri itu pengendalian kursus pengendalian makanan bagi penjaja dengan dikenakan bayaran RM50.

Menurutnya, tindakan tersebut akan menambah beban kewangan penjaja yang berpendapatan rendah, khususnya "apabila mereka sedang menderita akibat kenaikan harga yang dikenakan oleh kerajaan persekutuan BN."

Para penjaja di Pulau Pinang, katanya, kini tergesa-gesa mendaftarkan diri untuk kursus pengendalian makanan kerana takut disaman atau dipenjarakan selepas tarikh akhir 23 Januari untuk mendapatkan sijil.

Penjaja boleh dikenakan denda maksima RM10,000 atau penjara maksima dua tahun, atau kedua-duanya, sekiranya gagal memperolehi sijil itu di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Sehubungan itu, tegas Lim, kerajaan negeri telah mengarahkan Exco Kesihatan negeri itu, Dr Afif Bahardin supaya menghantar surat kepada kerajaan persekutuan berhubung perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Parchu: Uniquely Chetti

Posted: 17 Jan 2014 06:21 PM PST



Free Market: No money, bring something, take something

Posted: 17 Jan 2014 06:20 PM PST



Barang Naik: Semua mahal di Kuala Terengganu

Posted: 17 Jan 2014 06:04 PM PST

KUALA TERENGGANU - "Di Kuala Terengganu, serba serbi mahal," itulah jawapan pertama yang diberikan kebanyakan masyarakat apabila ditanya mengenai kos hidup di bandar raya ini.

Pekerja swasta, Noraini Salleh, 50, berkata, dengan gaji yang diterimanya kini, ditambah dengan kos hidup terutama barangan keperluan yang tinggi, tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya bersama anak-anak jika tidak berbelanja secara berhemah.

"Kalau tanya di Terengganu apa yang mahal? saya akan kata serba serbi mahal. Paling ketara nampak mahal berbanding tempat lain ialah makanan dan barangan keperluan asas.

"Sewa teksi pun mahal di sini, kalau dari rumah saya di Kampung Gong Tok Nasek nak ke tempat kerja di Pasar Payang, paling tidak pun perlu bayar RM15 untuk pergi balik. Jadi, duit gaji hanya memadai untuk bayar tambang teksi sahaja. Tetapi, Alhamdulillah, sekarang saya telah mempunyai kenaikan sendiri untuk ke tempat kerja," katanya.

Sementara itu, peniaga, Hanif Maiyus, 30, berkata, walaupun berniaga jam dan memiliki sebuah kedai, dia tidak mampu untuk menyimpan duit jika tidak membuat pekerjaan sampingan lain seperti berniaga online dan sebagainya.

"Dengan pendapatan sedia ada sekarang, saya rasa saya belum mampu menyimpan duit. Malahan, saya terpaksa mencari kerja lain untuk cari pendapatan lebih menjelang bulan seterusnya.

"Apa yang ketara mahal di Kuala Terengganu ialah makanan, memang mahal. Kalau kos sewa rumah tu agak biasa cuma mahal atau murah bergantung pada lokasi rumah yang disewa.

"Dengan kenaikan harga barang sekarang, saya tidak yakin mampu tanggung kos kehidupan dengan sempurna pada masa akan datang," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Tahu kah Bagaimana Rasa Hidup Dengan RM1,000 Sebulan?

Posted: 17 Jan 2014 06:00 PM PST

MENDENGAR pemimpin-pemimpin yang kita pilih berucap panjang lebar tentang bagaimana mereka cuba membantu rakyat disertai dengan berbagai perancangan dan dasar yang membantu menjadikan hidup rakyat lebih baik kedengarannya cukup menarik.

Statistik kebangsaan menunjukkan bahawa negara kita hampir membasmi kemiskinan kerana menurut statistik Unit Perancangan Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan hanya tinggal 3.8 peratus rakyat Malaysia hidup di bawah garis kemiskinan pada 2010.

Garis kemiskinan ditetapkan pada RM800 sebulan untuk sebuah rumah keluarga lima orang (dua dewasa dan tiga kanak-kanak). Dan mungkin atas garis kemiskinan ini, maka kerajaan telah melaksanakan gaji minimum, yang juga sebesar itu, akan tetapi tambahan RM100 di Semenanjung.

Secara logikanya, apa yang mampu diperolehi sebuah keluarga lima orang dengan pendapatan RM800?

Kebanyakan ahli politik telah biasa berbelanja lebih daripada jumlah ini dalam sehari!!! Adalah mengelirukan, bagaimana mereka beranggapan bahawa dengan jumlah pendapatan minima, maka rakyat yang menikmatinya, maka telah dianggap bukan tergolong miskin lagi.

Sudah tentu ramai diantara kita biasa bergaul dengan mereka yang tergolong miskin, termasuk anda yang sedang membaca posting ini. Jika diamati benar-benar, angka kemiskinan dalam negara ini bukanlah di bawah 4 peratus seperti data statistik, melainkan lebih daripada itu, dan tidak keterlaluan  bahawa kadar kemiskinan adalah antara 30-20 peratus.

Hakekat perlu diterima bahawa mereka yang merangka angka garis kemiskinan adalah bukan daripada golongan miskin, melainkan mereka berkerja di pejabat, dan kalaupun melawat kawasan untuk mendapatkan data, mereka ke sana dengan kenderaan berhawa dingin, dan tidak keterlaluan dikatakan, mereka mencatur data dalam kenderaan itu atau hanya meletakan angka-angka di dalam pejabat yang berhawa dingin, tanpa mengalami sendiri apa itu kemiskinan.

Adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan, bahawa mereka yang tergolong miskin daripada segi ekonomi selalunya lebih bersyukur dan sesetengahnya masih mengekalkan maruah dan kehormatan walaupun hidup susah. Kerana sifat mereka yang mudah bersyukur, maka setiap pilihanraya umum, biasanya golongan ini menjadi simpanan politik kerajaan barisan nasional.
Read More / Baca Lagi >>