Pihak gereja perlu mohon maaf 
 Sulaiman (tengah) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat kelmarin berhubung bantahan penggunaan kalimah ALLAH.
BANTING- Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli mahu pihak gereja tampil memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di negeri ini berikutan isu penggunaaan kalimah ALLAH.
Beliau berkata, berkata, Umno bahagian it turut menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan terhadap Bible Society of Malaysia dan merampas ratusan Injil berbahasa Malaysia serta Iban.
"Seperti kita maklum, rampasan kitab Injil sebelum ini turut membuktikan pihak Jais berusaha menangani masalah penyalahgunaan undang- undang selain membantu menangkis tanggapan masyarakat bahawa mereka tidak aktif
mengadakan serbuan.
"Kita berharap semua gereja di Selangor dapat menghormati undang-undang yang termaktub. Jangan disebabkan penyalahgunaan kalimah ALLAH di rumah ibadat menimbulkan kemarahan rakyat Islam di Selangor," katanya.