RAKYAT MARHAEN |
- PERSPEKTIF- Demo turun harga naikkan suhu politik
- Dungun: Flashmob Menyedarkan Masyarakat Tentang Kenaikan Kos Sara Hidup
- Selepas tidak bersetuju dengan Jais, Utusan suara rasmi Umno lagakan Mujahid dengan PAS pulak
- Pihak gereja perlu mohon maaf - Umno Kuala Langat
- Marina Mahathir sertai himpunan pertahan penganut Kristian
- Laksana Rekonsiliasi Nasional segera hadapi kemelut negara, cadang pemimpin PAS
- Demo Ahad: Dijangka kemarahan tetapi yang datang Muslim dengan bunga
- TIDAK SUKA DENGAN PEMERINTAHAN KERAJAAN 47% BN SILA BERAMBOS DARI MALAYSIA!!
- Naik Harga: Prof tenggelam dalam buku, tidak faham sengsara rakyat
- Bughah: Saya tetap dengan kenyataan - Harussani
- Barang naik, salahkan tangan memangkah BN
- Walau diserang, Mufti Perak pertahan kenyataan bughah dan halal darah
- Malaysia Kita: Pelajar ada, sekolah dan cikgu tak dak...
- Malaysia Kita: 25 kali gagal temu duga kerana OKU..!!
- Malaysia Kita: RM500,000 sehari tanggung PATI...rakyat sendiri merempat dan dihambat...!!!
- Malaysia Kita: Dua pengawal keselamatan rumah Timb Menteri KDN ditahan
- Isu Allah meletus lagi kerana penghakiman kabur, pihak berkuasa berdiam, kata ahli akademik
- Riuh Pasal Fatwa, Bising Pasal Serbuan Jais - Berjayakah Mereka Mengalih Isu?
- 2014: Malaysia bertukar menjadi negara Islam ‘fasis’
- Perlukah Hard Rock Cafe Di Putrajaya? Untuk menambah gejala maksiat dan haram..!!!
- "Red Pencil Protest" pushes for press freedom
- Clashes erupt in Syria after shots fired at crowd
- US: Cars frozen solid to the ground
- Banglasia: Violence on eve of Bangladesh elections
- Deadly snowstorm wreaks havoc in US
PERSPEKTIF- Demo turun harga naikkan suhu politik Posted: 04 Jan 2014 08:22 PM PST |
Dungun: Flashmob Menyedarkan Masyarakat Tentang Kenaikan Kos Sara Hidup Posted: 04 Jan 2014 08:20 PM PST |
Selepas tidak bersetuju dengan Jais, Utusan suara rasmi Umno lagakan Mujahid dengan PAS pulak Posted: 04 Jan 2014 08:10 PM PST Berikutan kenyaaannya tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (BSM), Mingguan Malaysia iaitu versi Ahad Utusan Malaysia bertindak melaga-lagakan Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar) dengan pemimpin PAS yang lain. Utusan melaporkan, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamed Nordin Mohd Nor berpendapat pandangan ahli parlimen PAS itu jauh berbeza dengan bapanya, Yusof Abdullah Ar Rawa yang kini dikatakannya ulama terbilang. Katanya, selaku seorang bekas pemimpin veteran PAS, beliau berasa terkejut dan dukacita melihat pemikiran Mujahid mempertikaikan tindakan Jais merampas Bible mengandungi kalimah Allah yang dilihat bernada liberal. "Jadi, kita boleh nampak Mujahid seakan-akan membawa pemikiran liberal yang sedang melanda umat Islam di Malaysia pada masa ini," katanya dalam akhbar milik Umno edisi Ahad, Mingguan Malaysia. Mujahid dalam satu kenyataan sebelum ini mengemukakan persoalan kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seolah-olah ia tercemar dengan tindakan Jais yang bercanggah dengan perintah Allah. Read More / Baca Lagi >> |
Pihak gereja perlu mohon maaf - Umno Kuala Langat Posted: 04 Jan 2014 07:38 PM PST Sulaiman (tengah) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat kelmarin berhubung bantahan penggunaan kalimah ALLAH. BANTING- Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli mahu pihak gereja tampil memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di negeri ini berikutan isu penggunaaan kalimah ALLAH.Beliau berkata, berkata, Umno bahagian it turut menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan terhadap Bible Society of Malaysia dan merampas ratusan Injil berbahasa Malaysia serta Iban. "Seperti kita maklum, rampasan kitab Injil sebelum ini turut membuktikan pihak Jais berusaha menangani masalah penyalahgunaan undang- undang selain membantu menangkis tanggapan masyarakat bahawa mereka tidak aktif mengadakan serbuan. "Kita berharap semua gereja di Selangor dapat menghormati undang-undang yang termaktub. Jangan disebabkan penyalahgunaan kalimah ALLAH di rumah ibadat menimbulkan kemarahan rakyat Islam di Selangor," katanya. |
Marina Mahathir sertai himpunan pertahan penganut Kristian Posted: 04 Jan 2014 07:35 PM PST Sekumpulan penganut Islam menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang, susulan ancaman dari satu kumpulan NGO Islam yang merancang untuk membuat bantahan di hadapan rumah ibadat tersebut tersebut hari ini. Turut hadir ke perhimpunan tersebut ialah anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir, yang membawa bunga sambil berdiri di hadapan gereja Our Lady of Lourdes yang sedang mengadakan satu upaca agama Kristian. Ia berikutan ancaman NGO Solidariti Ummah Selangor yang mengumumkan untuk mengadakan bantahan di luar gereja tersebut selepas pengarang penerbitan The Herald, Lawrence Andrew membuat kenyataan menegaskan orang Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah. |
Laksana Rekonsiliasi Nasional segera hadapi kemelut negara, cadang pemimpin PAS Posted: 04 Jan 2014 07:34 PM PST Pemimpin PAS menyarankan Rekonsiliasi Nasional dilakukan segera antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR) serta lain-lain pihak dalam menghadapi kemelut yang sedang melanda negara. Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, masanya sudah tiba untuk melaksanakan saranan itu tetapi bukannya kerajaan perpaduan. "Dengan kos sara hidup yang meningkat dan pertentangan antara agama yang meletus kembali, agenda Rekonsiliasi Nasional mesti diperhalusi bukan Kerajaan Perpaduan – bagi menangani kemelut dan pelbagai pertentangan yang semakin kusut termasuk kesejahteraan rakyat," cadang AJK PAS Pusat itu. Namun ia tidak pernah dilaksanakan dan senyap begitu sahaja selepas itu. Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mencadangkan agenda ini untuk kepentingan negara. Kata Dr Dzulkefly, berdepan dengan dua cabaran besar ini menuntut satu penyelesaian yang tegas, tuntas, berwibawa dan dihormati semua pihak. Bagi beliau, impak kos sara hidup ke atas rakyat akibat langkah-langkah menangani hutang kerajaan pusat bukan sesuatu yang mudah ditangani. "Himpitan kepada keluarga dan anak-anak, mencari pendapatan tambahan, ibu bapa terpaksa membuat kerja tambahan, kenaikan kadar jenayah, kemalangan dan sebagainya perlu ditangani bersama. Read More / Baca Lagi >> |
Demo Ahad: Dijangka kemarahan tetapi yang datang Muslim dengan bunga Posted: 04 Jan 2014 07:32 PM PST Hampir 1,000 orang menyertai himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang di pagi yang dijangka bakal menghadapi beberapa kumpulan Islam yang marah dengan mereka, tetapi dengan tidak disangka sekumpulan Islam datang membawa bunga untuk mereka. Antaranya yang datang adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang mebawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian. Namun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian. "Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ. "Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya. Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain." Beliau menyifatkan serbuan Jais sangat mencurigakan dan kesal dengan tindakan mendiamkan diri pihak kerajaan. Marina dan rakannya Nik Elin kemudiannya pergi menemui penganut Kristian di situ dan memberikan bunga untuk mereka dengan diringi sorakan daripada orang ramai. |
TIDAK SUKA DENGAN PEMERINTAHAN KERAJAAN 47% BN SILA BERAMBOS DARI MALAYSIA!! Posted: 04 Jan 2014 07:26 PM PST Ini bukan cubaan .. ini betul-betul .. sayap tulang belakang UMNO telah mengeluarkan semboyan amaran kepada rakyat Malaysia yang tidak suka dengan cara pemerintahan Kerajaan UMNO/BN dipersilakan berambos dari negara ini. Negara ini hanya layak didiami oleh rakyat yang hanya suka dan sokong UMNO/BN sahaja .. yang bantah selain di labelkan sebagai bughah akan diperhambat halau keluar dari negara bertuah ini. |
Naik Harga: Prof tenggelam dalam buku, tidak faham sengsara rakyat Posted: 04 Jan 2014 06:56 PM PST KUALA LUMPUR: Kenyataan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Amini Amir Abdullah semalam mengenai Himpunan Turun dilihat menyebelahi parti pemerintah dan bersifat mengampu. "Sangkaan saya benar walaupun bertaraf profesor, tidak mustahil jika mereka tidak memahami kesengsaraan rakyat," ujar Pengarah Mobilisasi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Abdul Malik Abdul Razak sebagai respons kepada kenyataan itu. Menurutnya, mungkin dengan kehidupan yang mewah dan tenggalam dalam dunia buku menjadikan mereka golongan yang teori dan tidak memahami nadi jerit perih rakyat. "Saya kira rakyat jelas bahawa kedatangan mereka ke himpunan bukan untuk menyertai konsert di Dataran Merdeka tapi berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup," katanya lagi. Berikut kenyataan penuh beliau. 1. Kenyataan Dr. Amini Amir menyebelahi parti pemerintah dan bersifat mengampu. Sangkaan saya benar walaupun bertaraf profesor, tidak mustahil jika mereka tidak memahami kesengsaraan rakyat. Mungkin dengan kehidupan yang mewah dan tenggalam dalam dunia buku menjadikan mereka golongan yang teori dan tidak memahami nadi jerit perih rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Bughah: Saya tetap dengan kenyataan - Harussani Posted: 04 Jan 2014 06:52 PM PST Sejak kenyataannya mengenai peserta demonstrasi malam 31 Disember lalu dikaitkan dalam golongan bughah (pemberontak), Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terus menerima pelbagai cemuhan hingga ada desakan yang mahukan beliau meletakkan jawatan. Ada juga yang percaya kenyataannya disalah tafsir beberapa pihak. Wartawan Sinar Harian, Haslina Kamaludin mendapatkan penjelasan beliau berhubung isu berkenaan. Apakah kenyataan sebenar Tan Sri mengenai demonstrasi baru-baru ini? Kenyataan asal saya adalah berdasarkan demonstrasi pertama, iaitu 'guling kerajaan'. Kumpulan ini berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh kerana mereka mahu menggulingkan kerajaan, saya kaitkan dengan firman ALLAH SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud; 'Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.' Nama 'guling kerajaan' itu telah ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai, dan diganti dengan Turun. Walaupun mereka menukar nama, tetap dengan maksud sama. Apakah pandangan Tan Sri apabila ada pihak mendakwa kenyataan bughah itu sebagai terlalu berat? Bughah atau darah halal itu dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka benar, tetapi cara mereka salah. Ayat (al-Quran) itu sudah lengkap. Walau apa pun alasan, cara itu tetap salah. Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri. Apakah itu dikatakan aman? Jika benar tidak setuju dengan harga barang dan kenaikan kos sara hidup, buatlah cara yang betul. Pergi pejabat Perdana Menteri, beri memorandum. Demonstrasi bukan penyelesai kepada masalah, malah ia menambah masalah kepada orang lain. Saya sendiri, kalau ada yang tidak kena, saya akan jumpa perdana menteri dan nyatakan apa yang benar mengikut ajaran Islam. Tapi, kalau berkaitan ekonomi atau yang lain-lain, itu bukan kepakaran saya. Timbul dakwaan mengatakan Tan Sri tidak bijak dalam mengeluarkan kenyataan kerana demonstrasi itu tidak seperti digambarkan? Macam-macam orang lempar kenyataan kepada saya, tetapi saya tidak kisah kerana saya bercakap berlandaskan al-Quran. Bukan saya pandai-pandai cakap. ULASAN GB Oh rupa-rupanya Mufti Perak itu ternyata menyandarkan hujjah dan kenyataannnya berdasarkan kepada pendirian UMNO dan media massa arus perdana yang mengecap demonstrasi TURUN tempohari sebagai satu rancangan untuk "guling kerajaan". GB pernah membuat ulasan bahawa jika selalu perkataan "guling kerajaan" disebut-sebut, maka benarlah ia akan terjadi demikian. Petikan: "Himpunan Guling Kerajaan" - itulah ungkapan dan istilah yang digunakan oleh pihak berkuasa, terutama pihak polis bersama-sama dengan UMNO, para pencacainya dan NGO-NGO mesra-UMNO serta media massa arus perdana terhadap perhimpunan TURUN yang akan diadakan malam esok.Read More / Baca Lagi >> |
Barang naik, salahkan tangan memangkah BN Posted: 04 Jan 2014 06:47 PM PST Katanya, mereka cuba mengalihkan isu untuk dibeban kepada peniaga kerana barang menjadi mahal kononnya beberapa siri tangkapan dan serbuan dilakukan kerana peniaga menaikkan harga barang. "Pada hal peniaga tidak ada pilihan, kerana dengan kenaikan petrol, tol, letrik memberi kesan kepada peniaga dan peningkatan modal. Akhirnya mereka tidak ada pilihan, barang mesti dinaikkan," ujarnya kepada Harakahdaily. Fenomena yang berlaku, kata beliau pengundi BN di dalam PRU13 tidak boleh melepaskan diri kerana mengundi parti itu. Read More / Baca Lagi >> |
Walau diserang, Mufti Perak pertahan kenyataan bughah dan halal darah Posted: 04 Jan 2014 06:46 PM PST Berhadapan serangan daripada pelbagai pihak, Tan Sri Harussani Zakaria terus mempertahankan kenyataannya menggelar peserta perhimpunan pada malam sambutan ambang 2014 di Dataran Merdeka sebagai golongan bughah (penderhaka) yang halal darah mereka kerana kononnya ia sesuai dengan apa yang terkandung dalam ajaran Al Quran. Mufti Perak itu berkata, kenyataan asal beliau adalah berdasarkan demonstrasi yang berhasrat untuk menggulingkan kerajaan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat tetapi nama "guling kerajaan" telah ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai dan diganti dengan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun). "Bughah atau darah halal disebut dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka benar tetapi cara mereka salah. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Dr Khairudin Aman Razali berkata pada Khamis, kenyataan Harussani itu sangat jahil mengkategorikan peserta perhimpunan sebagai pemberontak malah lebih malang dan merbahaya apabila darah peserta pula diisytiharkan sebagai halal. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita: Pelajar ada, sekolah dan cikgu tak dak... Posted: 04 Jan 2014 04:10 PM PST Kira-kira 20 pelajar SJK Tamil Seaport, Kelana Jaya bakal menghabiskan tahun persekolahan ini berada di bawah pokok di sebuah tanah lapang. Ini ekoran ibu bapa mereka mahu sekolah yang ditutup secara tiba-tiba bulan lalu itu dibuka semula. Ibu bapa enggan menerima arahan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berpindah dari sekolah yang berusia 80 tahun itu ke blok baru sekolah di Kampung Lindungan, Subang kerana terlalu jauh dan menyukarkan perjalanan ke sekolah. "Jika sekolah ini ditutup, tiada lagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Kelana Jaya dan Lembah Subang," kata pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, V Kumar, hari ini. Menurut Kumar, peningkatan kos hidup menyebabkan ramai ibu bapa yang mempunyai pendapatan kecil tidak mampu membiayai perjalanan 9km setiap hari untuk menghantar dan mengambil anak mereka di sekolah baru. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita: 25 kali gagal temu duga kerana OKU..!! Posted: 04 Jan 2014 04:03 PM PST Kuala Lumpur: "Sejak kecil saya cuba buktikan kecacatan saya bukan penghalang untuk berjaya. Begitupun, lain pula jadinya bila saya mahu cari kerja. "Kebanyakan majikan yang menemuduga saya hanya melihat kecacatan dan bukan kemampuan saya," kata Kamairu Azman Daud, 26, pelajar kelainan upaya (OKU) bijak yang masih gagal mendapatkan pekerjaan meskipun menamatkan pengajian dengan cemerlang tahun lalu. Dilahirkan cacat tangan kiri dan kudung kaki kiri, pelajar jurusan Ijazah Teknologi Sains Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam itu mendapatkan purata nilai gred (GPA) 4.00 untuk semester akhir iaitu praktikal dan tesis, sekali gus menamatkan pengajian dengan purata nilai gred terkumpul (CGPA) 3.57. Sepanjang tempoh pengajian, anak kelahiran Kelantan ini juga menerima tiga Anugerah Dekan berikutan kecemerlangannya dalam akademik walaupun terpaksa berulang-alik ke kuliah menggunakan kaki palsu. Menurut Kamalru, cita-cita untuk berjaya dalam bidang pelajaran kini tercapai, namum impian untuk berkerja seperti individu normal tetap terhalang kerana diskriminasi terhadap individu sepertinya. |
Malaysia Kita: RM500,000 sehari tanggung PATI...rakyat sendiri merempat dan dihambat...!!! Posted: 04 Jan 2014 04:00 PM PST KUCHING - Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan kira-kira RM500,000 sehari atau secara purata RM75 seorang sehari bagi menampung kira-kira 6,500 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di 13 buah depot tahanan imigresen di seluruh negara ketika ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbelanjaan itu melibatkan kos seperti pengurusan makanan, kemudahan elektrik, bekalan air serta perkhidmatan kesihatan dan keselamatan. "Ketika ini, kerajaan telah memperuntukkan RM8 hingga RM12 sehari bagi kos makan seorang tahanan selain menanggung kos-kos pengurusan lain yang melibatkan tahanan warga asing di pusat tahanan terbabit," katanya. |
Malaysia Kita: Dua pengawal keselamatan rumah Timb Menteri KDN ditahan Posted: 04 Jan 2014 03:52 PM PST KUCHING – Dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) merupakan antara tiga suspek yang ditahan polis petang semalam berhubung kes cubaan memecah masuk rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Deputi Superintendan Amihizam Abd. Shukor berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 30 hingga 36 tahun itu diberkas kira-kira pukul 2 petang. Menurutnya, kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk diambil keterangan sementara menunggu proses permohonan perintah tahanan reman. "Siasatan awal mendapati suspek pertama berusia 34 tahun mempunyai 12 rekod jenayah lampau manakala suspek kedua memiliki dua rekod jenayah. "Kedua-dua suspek ini juga merupakan anggota Rela yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di kediaman tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo Ahad! di sini semalam. |
Isu Allah meletus lagi kerana penghakiman kabur, pihak berkuasa berdiam, kata ahli akademik Posted: 04 Jan 2014 03:43 PM PST Pertelingkahan tentang kalimah Allah di Malaysia telah merebak daripada sekadar di media sahaja akibat penghakiman kabur yang telah mengelirukan kumpulan konservatif Islam dan sikap tidak peduli Putrajaya untuk menyelesaikannya, kata ahli akademik memberitahu The Malaysian Insider. Penggunaan perkataan ini oleh Kristian menjadi tajuk berita minggu lalu selepas Paderi Katolik berkata undang-undang Islam Selangor itu tidak terpakai bagi masyarakat Kristian, mendorong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) dan menyita 320 Bible versi Melayu dan Iban yang mengandungi perkataan Allah – bertentangan dengan perjanjian persekutuan bahawa Bible bahasa Melayu boleh digunakan di Malaysia. "Kita mempunyai dua situasi di sini; berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan menafikan hak mingguan Katolik Herald untuk menggunakan perkataanAllah dalam penerbitannya, membuka persoalan sama ada selain daripada penerbitan itu boleh menggunakan perkataan itu atau tidak. Beliau menegaskan bahawa, lebih teruk lagi, tidak ada apa-apa percubaan oleh mana-mana agensi kerajaan untuk menjelaskan perkara itu selepas Mahkamah Rayuan telah membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 yang membenarkan Herald untuk menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Melayu. "Perkara ini telah diperbesarkan dan dieksploitasi untuk sebab-sebab politik," kata Abdul Halim, yang merupakan setiausaha bagi keselamatan politik dan hal ehwal antarabangsa, satu portfolio dalam Majlis Profesor Negara (MPN). Read More / Baca Lagi >> |
Riuh Pasal Fatwa, Bising Pasal Serbuan Jais - Berjayakah Mereka Mengalih Isu? Posted: 04 Jan 2014 03:35 PM PST |
2014: Malaysia bertukar menjadi negara Islam ‘fasis’ Posted: 04 Jan 2014 03:26 PM PST Amin Iskandar Tahun 2014 dibuka di Malaysia dengan petunjuk bahawa pergolakan antara agama di negara ini akan berterusan sepanjang tahun dan tidak mustahil akan menjadi semakin memburuk. Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas 300 kitab Injil berbahasa Melayu membuktikan Malaysia sedang bertukar daripada sebuah negara yang mengamalkan toleransi diantara agama menjadi negara Islam "fasis". Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu mengamalkan kesederhanaan dalam pemerintahannya kelihatan terlalu lemah untuk mengawal keadaan. Tiada lagi 1Malaysia dan dasar inklusif. Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Najib dilihat semakin gagal dalam memastikan Malaysia kekal aman untuk semua agama dan kaum. Kuasa politik yang ada padanya tidak dapat digunakan kerana beliau bukanlah seorang pemimpin yang kuat dan tegas dalam membuat keputusan. Saya sekarang sedang berada di sebuah "negara kafir" di Eropah tempat di mana pemimpin-pemimpin tertinggi negara membeli-belah semasa "boxing day" pada hujung tahun. Read More / Baca Lagi >> |
Perlukah Hard Rock Cafe Di Putrajaya? Untuk menambah gejala maksiat dan haram..!!! Posted: 04 Jan 2014 03:18 PM PST Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya akan mempunyai satu lagi tarikan, terutama untuk anak-anak muda iaitu pembukaan Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya. Pengumuman mengenai pembukaan Hard Rock Cafe itu diumumkan sendiri oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat yang turut memberitahu, ia akan siap dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan daripada sekarang. Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua. Di Putrajaya, selain sebagai pusat pentadbiran kerajaan, juga terletak kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebahagian besar menteri-menteri kabinet. Kakitangan kerajaan di Putrajaya pula lebih 90 peratus adalah golongan Melayu dan Islam, begitu juga kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters kerajaannya. Malah Mahathir Mohamad yang mengasaskan Putrajaya juga mempunyai pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana. Imej Melayu dan Islam dengan Putrajaya sebenarnya begitu rapat dan hampir tidak dapat dipisahkan. Selain itu, Putrajaya juga mempunyai beberapa tarikan lain yang sudah cukup menarik seperti tasik buatan, taman-taman, kapal persiaran, jambatan dan sebagainya. Read More / Baca Lagi >> |
"Red Pencil Protest" pushes for press freedom Posted: 04 Jan 2014 03:04 PM PST |
Clashes erupt in Syria after shots fired at crowd Posted: 04 Jan 2014 03:02 PM PST |
US: Cars frozen solid to the ground Posted: 04 Jan 2014 08:22 AM PST |
Banglasia: Violence on eve of Bangladesh elections Posted: 04 Jan 2014 08:21 AM PST |
Deadly snowstorm wreaks havoc in US Posted: 04 Jan 2014 08:20 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan