ZAKRI ALI |
- Catatan Sdra Nazman Che Iberahim, Ketua Pemuda PAS Kuala Krai
- Sultan Kelantan Berjiwa Rakyat !
- Tiga kapal TLDM sertai SAR cari QZ8501
- Ahli perniagaan S'wak naiki QZ8501
- ADUN DAP dihalau dari pusat pemindahan...??
- Bantuan Terus Datang Dari Jauh & Dekat...... Alhamdulillah.....
- Video : Lelaki Dakwa Pesawat Airasia QZ8501 Mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung Kita Bantai
- Pilihan Sultan Adalah Tepat !
- Permulaan sesi persekolahan ditangguh seminggu.......!!
- PM Najib Arah Semua Menteri/Timbalan Menteri Bercuti Pulang Segera !!
- Tak payah bagi lagi baik... !!
- Jururawat Kongsi Cerita Terperangkap 6 Hari dalam Banjir
- KAPTEN KAPAL LIHAT PESAWAT MERAH TERBANG RENDAH
- Saksi nampak pesawat diminta buat laporan
- Gaduh-gaduh tu semua...wayang saja
Catatan Sdra Nazman Che Iberahim, Ketua Pemuda PAS Kuala Krai Posted: 28 Dec 2014 11:00 PM PST Ini kisah benar mangsa banjir di Kuala Krai. Gambar file banjir di Gua Musang, Kelantan. Terlalu banyak keperitan dan derita rakyat Kuala Krai yang saya tiada ruang untuk catatkan di sini. Daerah ini 2.8kali lebih besar drp negeri perlis. Bantulah kuala krai. Saya merayu. Nazman Che Iberahim Ketua Pemuda PAS Kuala Krai Tel : 016-9255445 No Akaun Bank; Kelab Cakna Kuala Krai: 03072010129674 Bank Islam Salam. Hari ini baru dapat komunikasi. Sudah 6 hari kuala krai terputus talian komunikasi, digi dan maxis out terus. Celcom sikit2 sahaja ada. Letrik tiada, air tiada. Minum air hujan, mandi air lumpur. Kencing berak usah dicerita lagi sbb air tiada. Air minum tiada. Perdana Menteri Najib Razak bermain golf semasa banjir besar melanda negara. Anak anak tiada pampers, susu anak2 mangsa banjir tiada. Menangis bayi2 kelaparan. Kalau ada susu pun, tiada botol susu, semuanya hanyut dibawa arus. Allahurabbi. Beras 10kilo dikongsi 400 orang. Gula sekilo dikongsi 400 orang. Lauk tiada. Minyak masak tiada. Garam tiada. Tiada tilam, tiada toto, tiada tikar dan tak ada selimut. Tidur beralaskan simen dengan baju basah. Kami orang dewasa tidak mengapa, tapi anak2 yang disedihkan. Ada yang 3 hari x makan, ada 4 hari x makan. Kalau ada nasi atau tepung jemput hanya diberi utk anak3 kecil sahaja. Makanan tiada. Kami berpindah berkali2. Masuk pusat pemindahan petang selasa, malamnya air masuk ke dewan pemindahan, pindah ke tingkat 2 sekolah teknik krai, esoknya air masuk ke tingkat dua, pindah naik tingkat 3. Air naik sangat pantas dengan arus yang sangat deras. Ramai yg tidak sempat menyelamatkan diri hanya berlari ke bukit2 tinggi berdekatan. Di Kg Bekok dan Tualang dua bukit tinggi menjadi tempat berlindung drp arus sungai lebir yg menggila, 4 hari di puncak bukit tanpa bantuan, tiada makanan dan minuman, mereka berdakap beramai2 dalam kesejukan hujan lebat tanpa ada apa apa bumbung selama tempoh itu. Anak anak kecil kesejukan menggigil. Allahurabbi. Tiada bot tiada helikopter. Ramai yang demam, warga tua yg kesejukan dan demam, anak anak sakit perut menggelepar tiada ubat, ada yg disengat lipan tiada ubat. Tiada ubat. Kami di kuala krai kebuluran, hingga terpaksa mengayuh sampan mencari ayam ayam dan itik yang tersekat dihujung2 pucuk pokok, dan diatas bumbung rumah, disembelih dan dibawa utk dimakan oleh mangsa pemindahan banjir. Bot tentera, polis dan bomba banyak lalu lalang, tapi tiada satu pun yg berhenti memberi bantuan ataupun sekadar bertanya khabar dan keadaan walaupun dipanggil berkali2. Rakyat di sini tiada duit ditangan. Kalau ada di bank pun, semua bank terselam dan tenggelam. Satu bank sahaja selamat di kuala krai iaitu bank rakyat, namun Letrik tiada, mesin offline.Kalau ada duit pun, tiada kedai yang ada barang, semuanya tenggelam dan habis. Tiada bekalan. Episod kelaparan, kebuluran dan kesejukan dari hari isnin hingga ke hari ini sudah dilalui, namun yg lebih menakutkan adalah derita rakyat menjelang musim persekolahan nanti, apabila 90% drp rakyat kuala krai musnah semuanya harta benda. Baju semuanya hanyut dan basah bersama lumpur, tiada baju kering. Tiada sampai lagi baju utk mangsa walaupun sekadar baju bundle. Tiada tuala wanita. Kasihan pd mereka yg datang bulan. Kereta tenggelam,barangan rumah 5 hari tenggelam dan hancur lunyai, ratusan buah rumah hancur dan hanyut dlm arus banjir, rakyat seakan akan bakal memulakan kembali kehidupan mereka dengan jari sepuluh tanpa ada apa2 harta dan keperluan diri di tangan. Ayuh, saya seru dan merayu dengan penuh kerendahan hati, semua sahabat sahabat di luar sana utk membantu kami di kuala krai. Masa untuk pulihkan semula emosi dan perasaan, trauma dan kesedihan jiwa rakyat, pembangunan semula prasarana dan keperluan asas rakyat, kita perlu mulakan sekarang. Terlalu banyak keperitan dan derita rakyat kuala krai yg saya tiada ruang utk catatkan di sini. Daerah ini 2.8kali lebih besar drp negeri perlis. Bantulah kuala krai. Saya merayu. Nazman Che Iberahim Ketua Pemuda PAS Kuala Krai Tel : 016-9255445 No Akaun Bank; Kelab Cakna Kuala Krai: 03072010129674 Bank Islam |
Sultan Kelantan Berjiwa Rakyat ! Posted: 28 Dec 2014 10:30 PM PST Macam inilah baru pemimpin. Bukannya turun Kelantan sekejap lepas rakyat dah merana, umum peruntukan RM500 juta.. Kalaulah semua pemimpin negara punya sifat seperti Baginda Sultan Kelantan ini.. hanya Alhamdulillah yang mampu aku ucapkan.. Tak perlu diiring pengawal peribadi, tak perlu dipandu oleh pemandu rasmi, malah baginda juga tak perlukan khidmat Helicopter untuk membawanya menjelajah kawasan banjir.. Cukup dengan sebuah 4 Wheel Drive yang dipandu sendiri tanpa diiringi oleh pasukan pengiring dan juga pihak media yang membuat liputan.. Turun menjenguk dan membantu bukannya turun sekadar bersalam dan bertanya khabar akan rakyat yang ditimpa musibah.. Diletakkannya semua protokol ke tepi hanya kerana mahu menemui dan membantu rakyat yang ditimpa bencana.. hinggakan kehadirannya tidak disedari.. Aku bukannya nak kutuk pemimpin dari Barisan Nasional tapi juga pemimpin dari Pakatan Rakyat.. siapa terasa nasiblah.. Baginda adalah Sultan... bukannya rakyat biasa yang dilantik sebagai pemimpin dan akhirnya tak sedar diri bahawa dirinya itu adalah rakyat biasa yang tak punya apa-apa jika rakyat tidak memilihnya sebagai pemimpin.. Berapa kerat rakyat biasa yang dipilih menjadi pemimpin mampu mencontohi Sultan Kelantan ini? Laporan berkaitan.. Turun padang tanpa 'karpet merah', Sultan Kelantan dipuji rakyat Kisah mengenai Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turun padang seorang diri membantu mangsa banjir tanpa sebarang "protokol rasmi" menyebabkan beliau dipuji rakyat di negeri itu. Gambar Sultan Kelantan itu yang memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya meredah banjir, kemudian turun ke pusat penempatan kini tersebar luas di laman sosial. Memetik entri daripada pengguna laman Facebook Suria Zamri, kelibat baginda "seperti orang biasa" membantu mangsa banjir menyebabkan ramai yang tidak menyedari kehadirannya. "Baginda datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, pandu kereta sendiri mengharung banjir untuk melihat rakyatnya. "Sewaktu banjir, beliau turut sama membantu kerja-kerja menyelamat sehingga orang tidak sedar itu sultan mereka," katanya sepertimana dipetik daripada laman Facebooknya. Kata Suria, baginda Sultan juga tidak mempedulikan protokol dan berlagak biasa bersama rakyat. "Baginda juga menerima arahan daripada seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat, beliau turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas, dan tiba-tiba beliau disapa," katanya. Suria berkata Sultan Kelantan itu hanya tersenyum apabila ada yang menegur menyatakan beliau iras wajah Sultan mereka. "Setelah menyedari yang disapa itu benar Sultan, kecut perut orang itu meminta maaf kerana tidak tahu yang beliau ialah Sultan. "Beliau hanya tersenyum malah memeluk orang itu. Tergamam Mejar yang ada dekat situ. Langsung tak reti nak bagi arahan (seperti) semasa mula-mula tadi," katanya. Beberapa pengguna Facebook dalam komen mereka terhadap entri itu, seperti Sheila Jamal berkata: "iya ada terima dalam Whatsapp, terharu sangat." Asmak Ismail berkata: "Hebat tuanku Sultan Kelantan." Manakala Yusry Doha berkata: "Macam inilah baru pemimpin. Bukannya turun Kelantan sekejap lepas rakyat dah merana umum peruntukan RM500 juta. Patutnya buat dulu bukan janji dulu." Beliau merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini dikecam akibat kerana didapati bermain golf bersama presiden Amerika Syarikat ketika negara berdepan dengan bencana banjir. Terdahulu, titahnya dalam teks yang diedarkan kepada media, baginda berkata mahu seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia. Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah dengan apa yang dilakukan selama ini dan perlu memperbaiki kesilapan yang dilakukan. "Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan marilah kita sedar bahawa segala macam musibah bencana dan malapetaka yang terjadi semua itu akibat daripada olahan tangan-tangan kita." Titah baginda, ujian yang dialami ketika ini bukan masanya untuk saling menyalahkan sesama sendiri. Baginda turut mengucapkan takziah kepada rakyat Kelantan yang terjejas banjir dan berharap mereka menerima ketentuan Allah itu dengan penuh berlapang dada. "Banjir yang berlaku ini ialah sebahagian daripada qada dan qadar Allah. Hal ini harus diyakini dan diimani," titah baginda lapor The Malaysian Insiderbr /> Anak Sungai Derhaka. |
Tiga kapal TLDM sertai SAR cari QZ8501 Posted: 28 Dec 2014 10:00 PM PST Tiga kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan belayar malam ini untuk menyertai operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tiga kapal tersebut ialah KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu yang turut membawa helikopter Fennec. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula akan menggunakan pesawat C130 untuk membantu Indonesia dalam operasi mencari dan menyelamat itu. Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga bersedia untuk memberi apa jua bantuan yang diperlukan Indonesia dalam misi tersebut. Hishammuddin dalam kenyataan berkata beliau telah berhubung dengan Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu dan memaklumkan bahawa Malaysia bersedia untuk memberi bantuan jika diperlukan oleh kerajaan Indonesia, dalam semangat perpaduan Asean. "Saya telah mengarahkan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Roslan Saad agar berhubung rapat dengan rakan sejawatan mereka di Indonesia untuk perkembangan lanjut. "Malah, saya juga berhubung dengan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng EngHen mengenai perkara ini untuk mengukuhkan lagi komitmen kita dalam usaha mencari dan menyelamat. Ingatan dan doa kami bersama penumpang, anak kapal dan anggota keluarga di dalam pesawat QZ8501," kata Hishammuddin. Pesawat QZ8501 berlepas dari Surabaya padajam 5.35 pagi (waktu Indonesia) dalam perjalanan ke Singapura dan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi (waktu Indonesia). Ia dijadual tiba di Singapura pada jam 8.20 pagi. Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal. - Bernama |
Ahli perniagaan S'wak naiki QZ8501 Posted: 28 Dec 2014 09:30 PM PST Penumpang tunggal dari Malaysia dalam penerbangan AirAsia QZ8501 telah dikenal pasti sebagai Sii Chung Huei. Menurut New Straits Times, Sii adalah seorang ahli perniagaan yang berpusat di Jakarta yang berasal dari Kuching. Akhbar itu memetik saudara maranya mengesahkan mereka telah dimaklumkan oleh AirAsia mengenai Sii berada dalam penerbangan yang hilang itu. Operasi mencari dan menyelamat masih belum memberikan apa-apa kemas kini mengenai kemajuan usaha mereka atau kesimpulan mereka mengenai nasib pesawat itu. Pesawat ke Langkawi patah balik Dalam satu insiden yang tidak berkaitan, Berita Harian melaporkan satu lagi penerbangan AirAsia AK6242 dari Pulau Pinang ke Langkawi berpatah balik kerana masalah teknikal. Pesawat itu dilapor berpatah balik selepas 10 minit memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada jam 4.30 petang. Penumpang, Subash Elangovan dipetik sebagai berkata, juruterbang memaklumkan kepada mereka bahawa pesawat itu mempunyai masalah teknikal dan harus berpatah balik. Penerbangan berkenaan dijadualkan semula pada jam 6 petang dan sudah berlepas daripada LTAPP, namun sama ada pesawat yang sama digunakan untuk penerbangan berkenaan tidak dapat dipastikan. Pihak pengurusan Air Asia enggan mengulas lanjut, lapor Berita Harian lagi. |
ADUN DAP dihalau dari pusat pemindahan...?? Posted: 28 Dec 2014 09:00 PM PST Seorang ADUN DAP kecewa kerana pihak berkuasa di Kluang didakwa menghalang beliau menyampaikan bantuan untuk mangsa banjir. ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin mendakwa, beliau dihalau oleh pihak berkuasa tempatan ketika mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kluang, Johor. Tan berkata beliau dan MP Kluang, Liew Chin Tong diminta beredar ketika sedang mengagihkan bantuan. "Kami dipaksa membawa balik bekalan yang diagihkan di pusat pemindahan itu," katanya yang kecewa dengan sikap "tidak profesional" uang ditunjukkan oleh pihak terbabit. "Ini adalah situasi banjir yang serius, saya gesa kerajaan persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan mengenepikan perbezaan politik dan bekerjasama untuk membantu mangsa banjir," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, beliau bersama gerombolannya turut diminta beredar dari sebuah lagi kawasan, Kampung Bentong Dalam oleh ketua kampung tersebut dengan alasan kehadiran mereka tidak diundang. Malaysiakini. |
Bantuan Terus Datang Dari Jauh & Dekat...... Alhamdulillah..... Posted: 28 Dec 2014 08:30 PM PST Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.... Alhamdulillah, sahabat2 dari Kawasan Ledang akan bertolak ke Kelantan lepas zohor ni berserta dg barang2 keperluan mangsa banjir... Jika ada yg ingin menghulur bantuan sila dtg kerumah Sdr Syukor berhadapan dengan Masjid Jamik Al Firdaus Tg Gading Muar...segala bentuk bantuan di alu2kan.. |
Video : Lelaki Dakwa Pesawat Airasia QZ8501 Mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung Kita Bantai Posted: 28 Dec 2014 08:00 PM PST Indonesia - Dalam misteri kehilangan pesawat Airasia QZ8501 masih belum terjawab, seorang lelaki yang mendakwa dirinya salah seorang rakan kepada penumpang di dalam pesawat tersebut mendakwa dia telah dihubungi oleh rakannya. Menerusi laporan Liputan6, satu portal berita Indonesia, lelaki tersebut, Henry, dilihat tergopoh-gopoh datang ke Crisis Centre Bandara Juanda, Sidorja, Jawa Timur. Henry kemudian mengatakan dia dihubungi oleh rakannya yang mengatakan pesawat tersebut mendarat cemas. Pihak yang berkuasa Indonesia kemudiannya telah menghubungi pihak tempatan di Pulau Long tapi sehingga kini masih belum ada sebarang informasi susulan tentang dakwaan ini. -Siakapkeli Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/video-lelaki-dakwa-pesawat-airasia.html#ixzz3NEEfugo2 |
Posted: 28 Dec 2014 07:30 PM PST Pilihan DYMM Sultan Selangor melantik YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah tepat dan bijak. YAB Azmin Ali seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan tahu isi hati rakyat, juga seorang pemimpin yang tidak tahu penat lelah, berkhidmat dengan ikhlas untuk rakyat. Oleh: ZAR ALI |
Permulaan sesi persekolahan ditangguh seminggu.......!! Posted: 28 Dec 2014 06:24 PM PST BLOG BANJIR Malaysiakini membawa maklumat terkini mengenai keadaan banjir di seluruh negara. 9.00am: Kementerian Pendidikan bersetuju menangguhkan permulaan sesi persekolahan selama seminggu, di seluruh negara bagi 2015. Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pendidikan, lapor Bernama. Tarikh baru sesi bermula persekolahan 2015 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah Ahad, 11 Januari, manakala negeri lain akan bermula Isnin, 12 Januari. Sehingga semalam, kata Muhyiddin, Kementerian Pendidikan mendapati 340 sekolah dari tujuh negeri terjejas dengan banjir. 7.52am: Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pagi ini, lebuh raya LPT di Lanchang-Maran (Km126) masih ditutup kerana banjir di sekitar Temerloh. Di Kota Bharu, IM4U, sebuah badan bukan kerajaan, akan mengedarkan 10,000 khemah untuk digunakan oleh mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di negeri-negeri yang dilanda banjir, lapor Bernama. Ketua Pegawai Operasinya Azlan Rudy Malik berkata khemah berbentuk bilik itu diedarkan untuk memberi keselesaan kepada mangsa banjir. "Kita juga akan mengedarkan 40,000 beg tidur kepada mangsa banjir untuk memberi keselesaan kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan (SK) Penambang di Kota Bharu semalam. Azlan Rudy berkata setakat ini, 1,000 khemah dan 2,000 beg tidur telah diedarkan di lima pusat pemindahan di Kelantan. Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang berusaha memastikan sistem komunikasi termasuk perkhidmatan telefonbimbit yang terbatas akibat banjir buruk melanda negeri ini, dapat dipulihkan dalam tempoh terdekat. Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata setakat ini tidak kesemua perkhidmatan telefon bimbit yang terjejas kerana terdapat perkhidmatan oleh syarikat pembekal tertentu masih beroperasi. "Maknanya ada pembekal perkhidmatan tertentu yang masih beroperasi tetapi ada yang tidak beroperasi, bergantung kepada syarikat tertentu," katanya malam tadi. Malaysiakini. |
PM Najib Arah Semua Menteri/Timbalan Menteri Bercuti Pulang Segera !! Posted: 28 Dec 2014 05:34 PM PST Rupanya Berita Ini Bukan Fitnah.. Najib SahkanKUALA LIPIS 28 Dis. – Semua menteri Kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali. "Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku, dekat sini hari ini. Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford. Dalam pada itu, Najib berkata, situasi banjir yang semakin reda dan pusat-pusat pemindahan di Kedah yang telah ditutup membolehkan aset serta pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu ditugaskan di negeri-negeri yang masih dilanda banjir. Beliau berkata perkara itu patut dilakukan segera bagi membolehkan anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan lain dapat dikerah membantu operasi di negeri-negeri lain yang masih berhadapan dengan bencana alam luar jangkaan itu. Berhubung lawatannya ke pusat pemindahan, Perdana Menteri berkata, beliau amat berpuas hati kerana pusat-pusat pemindahan diuruskan dengan begitu baik. "Keadaan pusat pemindahan yang saya lawati dilihat diurus dengan baik, maknanya bantuan makanan dan bantuan lain dapat diberikan dengan agak baik dan saya ucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu dan memberi kerjasama," katanya. ~utusan |
Tak payah bagi lagi baik... !! Posted: 28 Dec 2014 05:00 PM PST Beras Cap Najib The PM Sedang diJenama SemulaWalau bagaimanapun bantuan dari rakyat negeri Selangor yang dikumpul di seksyen 19 shah alam telah mendarat di Kelantan. Mungkin tak cukup tapi dapat mengelak daripada kebuluran. Kalau nak tunggu majlis packing bers cap Najib sampai beribu dah jatuh sakit keran kekurangan makanan. Lebih buruk lagi jika ada yang mati. Gendang Perang |
Jururawat Kongsi Cerita Terperangkap 6 Hari dalam Banjir Posted: 28 Dec 2014 04:15 PM PST Seorang jururawat masyarakat yang bertugas di Klinik Desa Kampung Star, Bertam Baru, Gua Musang, menceritakan bagaimana 150 penduduk di situ, kelaparan dan menempuh detik cemas setelah terperangkap selama enam hari apabila kampung mereka seakan-akan 'sebuah pulau' akibat banjir, bermula Isnin lepas. Suzana Bakar, 49, berkata mereka menyelamatkan diri mencari tempat perlindungan di Sekolah Kebangsaan Star, Bertam Baru dengan sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan harta benda selepas air dari Sungai Nenggeri naik mendadak ke kawasan kampung mereka. "Ini disebabkan kami tidak menyangka air naik secara mendadak kerana sebelum ini tidak pernah berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Suzana bagaimanapun berkata pada hari Selasa lepas, makanan terutama beras tiba dengan jumlah sedikit setelah diusahakan pemimpin setempat serta belas ihsan daripada orang kampung yang tinggal di kawasan tinggi. "Sebaik makanan tiba di sekolah itu mereka berebut-rebut mendapatkan makanan yang tidak mencukupi kerana jumlah mangsa banjir yang datang ke pusat itu bertambah setiap hari," katanya. Suzana berkata untuk mendapatkan bekalan makanan dari luar terutama di Gua Musang terlalu sukar kerana tidak boleh dilalui sebarang kenderaan berikutan arus yang sangat deras. Beliau berkata sepanjang berada di sekolah itu, sebahagian besar mangsa memakan apa sahaja seperti biskut dan mi segera bagi mengalas perut untuk mengelak daripada kebuluran dan sepanjang malam pula terpaksa bergelap akibat bekalan elektrik terputus. Bagaimanapun, Suzana bersyukur kerana ketika kejadian beliau dan empat anak masing-masing berumur antara tiga dan 14 tahun, sempat menyelamatkan diri ke sekolah berkenaan lebih awal apabila menyedari paras air semakin meningkat ke paras paha dalam tempoh beberapa minit. Ketika kejadian suaminya Raibi Hamid, 39, tiada di rumah kerana bekerja di Kuala Lumpur. "Sebuah kereta Proton Wira dan motosikal serta peralatan elektrik kesemuanya tidak sempat diselamatkan apabila paras air meningkat terlalu cepat sehingga menenggelamkan sebahagian 50 buah rumah penduduk di situ," katanya. Suzana berkata ketika berada di sekolah itu mereka terpaksa tinggal di tingkat tiga kerana tingkat pertama dan kedua dinaiki air, sebelum surut sepenuhnya, semalam. sumber... Bernama Greenblacks |
KAPTEN KAPAL LIHAT PESAWAT MERAH TERBANG RENDAH Posted: 28 Dec 2014 03:30 PM PST AHAD, 28 DISEMBER 2014 - 11:35PM KUALA LUMPUR : Kapten sebuah kapal, KM Bahari Maju, mendakwa melihat pesawat merah terbang rendah di perairan Pulau Lingga, hari ini. Menurut laporan Metrotvnews.com malam ini, perkara itu dimaklumkan petugas pusat komunikasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) Daerah Bangka-Belitung selepas menerima maklumat itu menerusi kapten kapal terbabit, Fariawan. Pesawat berkenaan dilihat terbang rendah pada jam 8.00 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) ketika KM Bahari Maju berada pada kedudukan koordinat 00'17'202 S dan 105'40'422 E. "Kita tadi menerima informasi dari KM Bahari Maju yang melihat pesawat berwarna merah terbang rendah di Timur Pulau Lingga, Kepulauan Riau," kata petugas berkenaan, Febby Imam Saputra. Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal dari Surabaya, dijadual tiba di Singapura pada 8.30 pagi namun terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi. BH Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/12/kapten-kapal-lihat-pesawat-merah.html#ixzz3NDxqDEOG |
Saksi nampak pesawat diminta buat laporan Posted: 28 Dec 2014 03:00 PM PST Polis Kuching meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai satu entri Facebook berhubung dakwaan terlihat sebuah kapal terbang AirAsia terbang rendah di sekitar Kampung Buntal di Kuching supaya tampil membuat laporan. "Berita berkenaan terdapat sebuah kapal terbang melalui ruang angkasa Kuching yang terbang rendah masih samar-samar. Polis masih menunggu laporan daripada saksi-saksi," kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad. Beliau menghantar pesanan itu menerusi khidmat Whatsapp kepada media susulan muncul satu entri Facebook tengah hari ini yang mendakwa terlihat pesawat berkenaan. Sementara itu usaha Bernama mendapatkan maklumat mengenai satu-satunya warga Malaysia yang menaiki pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 yang dilaporkan hilang pagi ini, gagal. Kunjungan ke sebuah rumah yang dikatakan kediaman penumpang berkenaan di Taman BDC di Kuching mendapati rumah itu berkunci dan panggilan tidak berjawab walaupun lampu rumah terpasang. -Bernama Malaysiakini |
Gaduh-gaduh tu semua...wayang saja Posted: 28 Dec 2014 11:49 AM PST Kit Siang ziarah Nik Aziz,bantu mangsa banjir KOTA BHARU, 28 DIS: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Kit Siang ditemani Timbalan Presdien PAS, Mohamad Sabu yang turut serta dalam penyerahan bantuan banjir Kelantan pagi ini. dollah yankee - Turun Kelantan kena jumpa Tok Penghulu dulu, lapur diri ... Kah..Kah..Kah.. |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan