ZAKRI ALI |
- Selangor batal sambutan Tahun Baru, RM1.5juta bantuan untuk mangsa banjir.
- Banjir: S'gor Lulus RM1J Untuk K'tan. T/Kasih MB S'gor! Posted by Ibnu Hasyim
- Kelibat Misteri Wanita Bertelekung Di Bawah KB Mall
- Perbadanan Putrajaya batal sambutan tahun baru 2015
- Terengganu arah batal semua majlis hiburan sempena ambang 2015
- Batal kerjasama dengan PAS pandangan peribadi Gobind, kata Azmin - OLEH JAMILAH KAMARUDIN
- Dua harimau terlepas dari Zoo Taiping, tapi ditangkap semula
- Banjir: AMK ucap takziah, dan usahakan bantuan
- "AZNIL HJ NAWAWI (PAKNIL) BIDAS PM DAN JUGA MENTERI-MENTERI " - tikaq buloh.
- Ketika lebih 90,000 rakyat sengsara, Najib bergembira bermain golf dengan Obama?
- Pengguna Jalanraya "Berpesta" Kutip Duit RM7 Juta Bertaburan Atas Jalanraya..
- Sampah Diutamakan........
- Noah Nedren First Year Birthday......
- Bantuan segera RM50j untuk negeri banjir
- Risaukanlah Berapa Banyak YG Dibelanjakan & Apa YG Dibincangkan.
Selangor batal sambutan Tahun Baru, RM1.5juta bantuan untuk mangsa banjir. Posted: 25 Dec 2014 10:30 PM PST Selangor batal sambutan Tahun Baru, RM1.5juta bantuan untuk mangsa banjir Selangor memutuskan membatalkan sambutan Tahun Baru 2015 serta Temasya Selangor 15 sebagai tanda simpati kepada rakyat di negeri-negeri pantai timur yang menderita bencana banjir, kata Mohamed Azmin Ali. Menteri besar Selangor itu berkata, keputusan dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri Selangor. "Kerajaan negeri Selangor mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember di I-City, Shah Alam atas prinsip sama," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), di Shah Alam hari ini. Menurut Azmin, sebagai tanda simpati Selangor juga meluluskan RM1 juta untuk kerajaan Kelantan; RM100 ribu masing-masing untuk negeri Terengganu, Pahang, dan Perak. Sejumlah RM200,000 juga bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang dikendalikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas). Beliau bersama delegasi juga akan turun ke Kelantan hari ini untuk menyampaikan bantuan. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN | ||
Banjir: S'gor Lulus RM1J Untuk K'tan. T/Kasih MB S'gor! Posted by Ibnu Hasyim Posted: 25 Dec 2014 09:45 PM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan RM1 juta untuk Kelantan yang sedang dilanda banjir ketika ini. Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah itu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang diadakan pada pagi ini. Dalam kenyataan media hari ini beliau menyatakan, selain itu RM100,000 masing-masing diluluskan untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Pahang dan Perak. Berikut kenyataan penuh beliau. Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak. Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai 98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak. Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir dan keluarga masing-masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun. Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT. Saya telah berbincang dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah-langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri-negeri yang terlibat. Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama-sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini. Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan; RM100,000 masing-masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak. Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM200,000 bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan. Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja-kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Seluruh jentera PBT Negeri Selangor akan diturunkan untuk kerja-kerja pembersihan sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir bagi menjamin kebersihan dan keselamatan rakyat. Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak-anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat-syarikat swasta di Negeri Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Menengah. Delegasi Kerajaan Negeri Selangor akan turun ke Negeri Kelantan pada hari ini juga untuk menyampaikan bantuan di samping mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kuala Krai dan beberapa daerah lain. MMKN juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015 sebagai tanda kasih dan simpati kepada semua rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I-City, Shah Alam atas prinsip yang sama. Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam secepat mungkin bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat dalam tempoh yang getir ini. Kerajaan Negeri Selangor juga telah berbincang dengan JAIS supaya semua masjid di Negeri Selangor mengadakan solat hajat sejurus solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar kesejahteraan dan keselamatan rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus dilindungi dan dipelihara. - HARAKAHDAILY 26/12/2014 Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terimakasih Azmin MB Selangor. Pulau Pinang bila lagi? | ||
Kelibat Misteri Wanita Bertelekung Di Bawah KB Mall Posted: 25 Dec 2014 09:18 PM PST | ||
Perbadanan Putrajaya batal sambutan tahun baru 2015 Posted: 25 Dec 2014 08:00 AM PST Perbadanan Putrajaya sedang dalam proses perbincangan untuk membatalkan acara hiburan sempena sambutan tahun baru 2015 bagi menghormati musibah yang menimpa mangsa banjir. Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 yang dijadualkan berlangsung pada malam tahun baru dibatalkan. Pengumuman itu dibuat menerusi status laman Facebook PPj pada jam 6 petang tadi. Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut mengesahkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 di Putrajaya 31 Disember ini dibatalkan. Terdahulu selepas menerima desakan pelbagai pihak supaya sambutan sempena tahun baru dibatalkan, PPj bertindak mengadakan perbincangan dengan penganjur iaitu Ambank bagi membatalkan acara tersebut. Dalam tulisan di laman Facebooknya, ia berkata, mereka masih dalam perbincangan dengan pihak penganjur, iaitu Kumpulan Ambank, untuk membatalkan sambutan tersebut. "PPj prihatin terhadap semua pandangan dan musibah yang menimpa Malaysia, tetapi program Sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 ini adalah program Kumpulan Ambank dan pihak kami sedang dalam usaha berbincang dengan pihak penganjur bagi membatalkan sambutan ini," katanya. Hampir 5 negeri dilanda banjir ketika ini dengan lebih 90,000 penduduk seluruh negara yang terjejas dipindahkan ke pusat penempatan mangsa banjir, kejadian terburuk dalam sejarah negara. Tiada tanda hujan akan berhenti khususnya di Kelantan dan Terengganu, dua negeri di pantai timur yang terjejas teruk selain Pahang, Perak dan Johor. Sementara itu, pengguna Facebook menulis komen menggesa PPj membatalkan majlis sempena tahun baru yang dijadualkan pada 31 Disember tersebut, dan menggesa Ambank sebaliknya membantu mangsa banjir. "Ambank itself bole ubah budget dr buat sambutan berbentuk hiburan, salurkan bantuan kepada mangsa banjir. I'm sure that budget utk sambutan ambang2015 bukan ciput2!," kata pengguna Facebook, Dilla Haris. "Lagi terpuji jika Ambank salurkan bantuan kepada mangsa banjir..inshaallah akan ada keberkatan buat Ambank nanti," kata seorang lagi pengguna Facebook, Jamil Lun dalam laman Facebook PPj. Ketika artikel ini ditulis, hampir 861 komen yang majoritinya menyokong sambutan tersebut dibatalkan. Di Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menitahkan agar semua sambutan Tahun Baru termasuk anjuran kerajaan negeri dibatalkan dan mahu solat hajat diadakan di semua masjid memohon agar banjir yang melanda negeri itu segera pulih. Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor dalam kenyataan hari ini menggesa kerajaan tidak menyokong sambutan ambang tahun baru yang menelan belanja jutaan ringgit ketika masyarakat di pantai timur sedang menghadapi bencana banjir. Di Selangor, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata sambutan peringkat negeri akan diteruskan tetapi dalam skala sederhana - tidak mewah dan tidak membazir wang rakyat dengan unsur hiburan - demi menghormati mangsa banjir di negeri pantai timur. Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim sebelum ini berkata, lebih 500,000 pengunjung dijangka membanjiri Dataran Putrajaya di Presint 3 Putrajaya bagi memeriahkan konsert Ambang 2015 itu yang akan bermula dari 8.30 malam 31 Disember sehingga 1 pagi 1 Januari 2015. Selain mengira detik tahun baru dan pertunjukan bunga api, konsert itu akan menampilkan selebriti terkenal seperti Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah, David Arumugam, Amy Search, Sweet Charity, Hafiz, Suki, Goldkartz, Awal Ashaari dan Fara Fauzana. – 25 Disember, 2014. http://www.themalaysianinsider.com . | ||
Terengganu arah batal semua majlis hiburan sempena ambang 2015 Posted: 25 Dec 2014 07:30 AM PST Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua acara dan majlis berbentuk hiburan termasuklah sambutan ambang tahun baharu 2015 dibatalkan. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan) Samiun Salleh berkata pembatalan itu adalah berikutan dengan bencana banjir yang melanda hampir keseluruhan negeri. "Kerajaan negeri sekarang ini memfokuskan kepada keadaan (dan membantu mangsa) banjir yang melanda di daerah dalam Terengganu. "Oleh itu kerajaan mengarahkan segala anjuran berbentuk hiburan termasuklah program sambutan ambang tahun baru yang kita (kerajaan negeri) rancang akan turut dibatalkan," katanya dalam kenyataan hari ini. Samiun yang juga pemangku datuk bandar Kuala Terengganu berkata tidak wajar sekiranya sebarang acara berbentuk hiburan dianjurkan dalam waktu ketika ramai penduduk ditimpa musibah banjir. – Bernama Posted & copy by RAKYAT MARHAEN. | ||
Batal kerjasama dengan PAS pandangan peribadi Gobind, kata Azmin - OLEH JAMILAH KAMARUDIN Posted: 25 Dec 2014 06:45 AM PST Keputusan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud PAS masih kekal, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. – Keputusan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud PAS masih kekal, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. – Cadangan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo supaya Pakatan Rakyat (PR) membatalkan kerjasama dengan PAS kerana kedegilan parti Islam itu mahu melaksanakan hukum hudud cuma pandangan peribadi beliau, kata Mohamed Azmin Ali. Timbalan presiden PKR itu berkata, keputusan PR tetap sama, iaitu bersetuju untuk tidak bersetuju tentang pelaksanaan hudud kerana ia bukan dasar bersama tiga parti itu. "Itu pandangan peribadi (Gobind), keputusan PR tetap sama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Krismas di Full Gospel Tabernacle di Wisma Eagle, Subang Jaya, hari ini. Gobind dalam kenyataannya semalam berkata, PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan kerjasama dengan PAS jika pembentangan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hudud diteruskan kerajaan Kelantan. "Jika PAS meneruskan dan membentangkan rang undang-undang pada 29 Disember ini, saya berpandangan PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan semua hubungan kerjasama dengan PAS," katanya. – 25 Disember, 2014. http://www.themalaysianinsider.com Batal kerjasama dengan PAS pandangan peribadi Gobind, kata AzminTimbalan presiden PKR itu berkata, keputusan PR tetap sama, iaitu bersetuju untuk tidak bersetuju tentang pelaksanaan hudud kerana ia bukan dasar bersama tiga parti itu. "Itu pandangan peribadi (Gobind), keputusan PR tetap sama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Krismas di Full Gospel Tabernacle di Wisma Eagle, Subang Jaya, hari ini. Gobind dalam kenyataannya semalam berkata, PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan kerjasama dengan PAS jika pembentangan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hudud diteruskan kerajaan Kelantan. "Jika PAS meneruskan dan membentangkan rang undang-undang pada 29 Disember ini, saya berpandangan PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan semua hubungan kerjasama dengan PAS," katanya. – 25 Disember, 2014. | ||
Dua harimau terlepas dari Zoo Taiping, tapi ditangkap semula Posted: 25 Dec 2014 06:00 AM PST Dua harimau terlepas dari Zoo Taiping pagi ini tetapi berjaya ditangkap semula. Seekor daripadanya ditangkap menggunakan ubat penenang, lapor Star Online memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan. Menurut Oriental Daily, seekor ditangkap di dalam zoo, manakala seekor lagi ditangkap dekat tasik Taiping. Zoo tersebut telah dibuka semula kepada orang ramai. Malaysiakini. | ||
Banjir: AMK ucap takziah, dan usahakan bantuan Posted: 25 Dec 2014 05:15 AM PST AMK ingin mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri, terutama di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. Setakat makluman awal, situasi banjir kali ini khususnya di Kelantan, adalah lebih buruk jika dibandingkan dengan pengalaman sebelumnya. AMK Pusat sedang berusaha mengumpulkan sekurang-kurangnya RM10,000 selain dalam bentuk barangan sebagai bantuan untuk disalurkan ke beberapa kawasan di negeri-negeri yang mengalami masalah banjir ini. Minggu lalu, saya sendiri bersama beberapa pimpinan AMK Pusat dan rakan-rakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan AMK Kelantan telah melawat empat kawasan banjir di Gual Ipoh, Pasir Puteh, Palekbang dan Pengkalan Kubur untuk memberikan sedikit bantuan. AMK juga menyeru orang ramai untuk menyalurkan sumbangan masing-masing melalui pelbagai pertubuhan dan jawatankuasa yang dibentuk oleh pelbagai pihak untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang ada. Ini adalah peluang terbaik untuk kita semua bekerjasama memastikan aspek keselamatan dan kebersihan terjaga, seterusnya menawarkan bantuan yang sesuai untuk waktu sementara sehingga situasi reda dan bantuan-bantuan lain diusahakan kemudian. AMK Pusat sekali lagi mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan berdoa agar kesulitan ini dapat ditangani dengan baik pada kadar segera. Bagi mereka yang berminat menyumbang, anda boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Islamic Bank di atas nama Khidmat Seri Setia bernombor 3810876621 atau menghubungi Nadzira 0122494613. NIK NAZMI NIK AHMAD Ketua Angkatan Muda KEADILAN Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/12/banjir-amk-ucap-takziah-dan-usahakan.html#ixzz3Mu6fbtb4 | ||
"AZNIL HJ NAWAWI (PAKNIL) BIDAS PM DAN JUGA MENTERI-MENTERI " - tikaq buloh. Posted: 25 Dec 2014 04:30 AM PST Jika pemimpin turun padang masakan Paknil bersuara, ditambah lagi dengan gambar yang tengah menjadi viral dilaman sosial hari ini apabila Najib Razak dengan selamba badaknya tergelak ketawa dengan Obama main gold di Hawai. Cybertrooper UMNO hanya mampu mendiamkan diri, tidak mampu untuk mempertahankan Najib. | ||
Ketika lebih 90,000 rakyat sengsara, Najib bergembira bermain golf dengan Obama? Posted: 25 Dec 2014 03:45 AM PST Ketika mereka kesejukkan, kelaparan, tidur bersesak-sesak dalam pusat Pemindahan Banjir yang dikhabarkan lebih indah khabar dari rupa.. Ketika mereka termenung memikirkan bagaimana untuk mengharungi hidup seterusnya selepas banjir yang melanda ini memusnahkan harta benda mereka dalam sekelip mata.. Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dilaporkan muncul secara tiba-tiba ketika Obama sedang bermain Golf dengan keluarga dan rakannya di di pengkalan armada laut Amarika, Kanehoe Bay, Honoulu, Hawai. Munculnya bukan sebagai jemputan tetapi Najib muncul kononnya sebagai satu kejutan buat Obama.. Dalam sebuah kenyataan rasmi, Rumah Putih berkata: "Kedua-dua pemimpin tersebut mengambil peluang untuk membincangkan tentang perkembangan hubungan antara AS dan Malaysia. Presiden berkata, beliau menzahirkan hasrat untuk menjalin kerjasama erat dengan Najib untuk tahun 2015, semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN." Persoalannya kenapa Najib lebih pentingkan Obama dari derita rakyat Malaysia?.. tidak bolehkah Najib menunjukkan sikap bertanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan membatalkan cuti nya untuk bersama membantu mangsa banjir? Inikah yang dikatakan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'? Laporan mengenai lebih 90,000 dipindahkan.. Lebih 90,000 mangsa banjir di lima negeri dipindahkan KUALA LUMPUR: Keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini. Berikut pula laporan dari Washington Post tentang Najib main golf dengan Obama ketika 90,000 rakyat Malaysia sedang menderita.. In Hawaii, Obama golfs with Malaysian Prime Minister Najib Razak HONOLULU — President Obama has generally refrained from mixing business and pleasure on the golf course. On vacation here in Hawaii, he has mostly hit the links with the same circle of longtime friends and White House aides he usually pals around with. Until Wednesday, when a newbie joined the First Foursome — Malaysian Prime Minister Najib Razak. The White House said Najib, along with aides Joe Paulsen and Mike Brush, was playing with the president on the course at the Marine Corps base at Kanehoe Bay. Turns out Najib was in town on his own getaway, and it is not unprecedented for Obama to do a golf summit with a world leader. Last year in Hawaii, he played with New Zealand Prime Minister John Key. (In 2011, Obama famously played a round with House Speaker John A. Boehner at Andrews Air Force Base that did not exactly lead to a good working relationship off the course.) Obama has established perhaps a better working relationship with Najib, after making the first visit by a sitting U.S. president to Malaysia in nearly half a century last spring. It was unlikely they had an in-depth discussion of their foreign policy agendas on the course, however, but perhaps focusing instead on trying to avoid the sand traps. In a statement, the White House said: "The two leaders took the opportunity to discuss the growing and warming relationship between the United States and Malaysia. The president said he looked forward to working with Prime Minister Najib in 2015, during Malaysia's chair year of the Association of Southeast Asian Nations."~ Washington Post | ||
Pengguna Jalanraya "Berpesta" Kutip Duit RM7 Juta Bertaburan Atas Jalanraya.. Posted: 25 Dec 2014 03:00 AM PST HONG KONG – Puluhan pemandu dan pengguna lebuh raya utama di Gloucester Road seakan berpesta apabila berebut-rebut mengutip duit kertas berjumlah hampir HK$16 juta (RM7 juta) yang berteraburan di jalanraya selepas terjatuh daripada van keselamatan. Kejadian tersebut berlaku semasa van tersebut dalam perjalanan menuju kesebuah bank dan secara tiba-tiba pintu van tersebut terbuka sehingga menumpahkan beberapa kotak yang berisi wang tunai. Pemandu van tersebut mendakwa dia tidak sedar bila dan bagaimana pintu belakang van tersebut terbuka. "Kami sedang siasat bagaimana pintu van boleh terbuka sendiri sama ada faktor teknikal, kecuaian pemandu atau memang dirancang penjenayah lain yang berjaya umpil pintu itu," kata supritendan polis Hong Kong, Wan Siu-hung kepada pemberita tempatan. Sewaktu kejadian masa perjalanan dari tempat duit tersebut bertaburan dengan bank terbabit dalam lebih kurang setengah jam untuk sampai. Kejadian berkenaan telah menyebabkan kesesakan teruk di laluan sibuk tersebut. Stesen tempatan menunjukkan ramai pejalan kaki turut menyerbu kawasan itu manakala keadaan mula terkawal sejurus puluhan anggota polis lengkap bersenjata berat bergegas mengepung laluan terbabit dan mengutip semula baki wang yang tinggal. Jurucakap polis meminta orang ramai yang mengambil wang berkenaan supaya menyerahkan kembali duit tunai terbabit di balai polis untuk mengelak daripada dikenakan tuduhan mencuri harta awam. Pakar-pakar perundangan berkata, polis boleh menahan pencuri wang tersebut jika membuat transaksi di bank kerana rekod nombor siri wang hilang itu sudah pun dimaklumkan kepada semua institusi perbankan bagi tujuan rujukan keselamatan. – Agensi | ||
Posted: 25 Dec 2014 02:15 AM PST Allahuakbar!!! Memang Rakyat Malaysia Terbukti Dengan Sikap Dermawan. Ini lah Hasil Sumbangan Yang Dihulur Rakyat Malaysia Pada Mangsa Banjir Di Pantai Timur. Lokasi Di Depan Tesco Pandan Indah Di Tepi Jalan MRR2 | ||
Noah Nedren First Year Birthday...... Posted: 25 Dec 2014 01:22 AM PST | ||
Bantuan segera RM50j untuk negeri banjir Posted: 25 Dec 2014 12:45 AM PST Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan segera berjumlah RM50 juta untuk negeri dilanda banjir. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata peruntukan itu akan diagih dan disalurkan segera kepada Pejabat Pembangunan Negeri di negeri terjejas berikutan banjir yang semakin meruncing. "Kementerian Kewangan juga akan mempermudah pembelian segera keperluan peralatan bantuan dalam memastikan bantuan dapat disampaikan kepada rakyat di kawasan terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini. Ahmad Husni berharap peruntukan segera serta kemudahan pembelian peralatanbantuan itu dapat membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat di negeri berkenaan. "Kementerian Kewangan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempermudah usaha bantuan kepada rakyat," katanya. Keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksaberpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini. - Bernama | ||
Risaukanlah Berapa Banyak YG Dibelanjakan & Apa YG Dibincangkan. Posted: 25 Dec 2014 12:00 AM PST Lantak dia la nak main golf sekalipun. Itu apa yang aku fikir. Najib sekarang kena kritik kaw2 disebabkan tidak tangguh atau hentikan sebentar aktiviti harian dia disebabkan musibah banjir yang melanda di beberapa buah negeri. Yang paling teruk terjejas ketika ini ialah di Kelantan. Yang terkini kita dapat tahu air telah mula naik dan memasuki hospital Kota Bharu beberapa jam yang lepas. Dan menurut Harian Metro, Kota Bharu mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk tenggelam buat beberapa hari disebabkan paras air di sungai Kelantan semakin tinggi.Keadaan kritikal di Kuala Krai akan semakin kritikal. Dan sekarang Kota Bharu berdepan dengan risiko yang sama. Manakala Johor kini dalam persiapan dan persediaan menghadapi musim banjir di negeri itu apabila jabatan kaji cuaca meramalkan beberapa tempat di Johor akan berhadapan dengan situasi yang sama. Fenomena ini digelarkan oleh mereka sebagai full moon. Satu fenomena yang mana bulan berada dekat dengan matahari. Netizens marah. Mereka melihat gambar Najib bermain golf sebagai tidak peka. Which is aku juga mempunyai anggapan yang sama. Tapi setakat itu je la. Ooo malaon neh p main golf rupanya. Hmm.. dia main golf. 1. Kenapa dia main golf dengan Obama? 2. Apa yang mereka bincangkan, rancangkan, persetujui, atau bahaskan ketika permainan tersebut berlangsung? 3. Kenapa di Hawaii? 4. Ada pertemuan sulit atau ada agenda apa? 5. Rosmah p sekali tak? 6. Berapa perbelanjaan kali neh? Guna duit rakyat atau duit Najib? 7. Ada guna pesawat peribadi kah? Berapa kali? Berapa kadar sewa? Siapa tanggung? 8. Selepas Hawaii ke mana Najib? 9. Dan, Obama je ke yang Najib jumpa? Atau.. ada pihak2 lain? 10. Kenapa Obama sanggup turun ke Hawaii untuk jumpa dan bermain golf dengan Najib? 11. Kenapa ia dilaporkan oleh Washingthon Post dan wartawan dibenarkan berada berdekatan untuk membuat liputan? 12. Apa sebenarnya permainan Amerika disini dan bagaimana permainan tersebut boleh memberikan kesan kepada Malaysia? 13. Adakah nak mengambarkan Malaysia sekutu Amerika? Nampak tak bagaimana sel2 saraf konspirasi aku berhubung dan memikirkan pelbagai kemungkinan2 yang lain selain dari memikirkan eh Najib kau tak prihatin ek? Tak turun ke kat tempat2 banjir dan bantu2 rakyat sebaliknya kau sibuk main golf aje kan? Batang tubuh Najib itu tak penting secara kehadiran. Ini point aku. Turunnya Najib, then bersepah2 wartawan tangkap gambar dan FOBN sebar lepas tue kena puji bagai.. ini ke yang korang semua mahukan? Ini berlaku setiap kali setiap waktu bila Najib turun di tempat2 musibah. Yang penting ialah perkara yang dia putuskan untuk membantu mangsa banjir. Bukan kehadiran dia secara batang tubuh. Seperti Azmin Ali. Dia mahu berikan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan. Seperti LGE. Dia juga mahu berikan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan. Selangor dan Pulau Pinang, walaupun tanpa kehadiran batang tubuh Azmin dan LGE (kerana berada di luar negara), tetap boleh membantu melalui keputusan2 yang mereka buat. Kalau pun Najib datang cuci longkang, cuci itu, cuci ini, naik bot, makan dengan rakyat, duduk bersila, orang2 yang kutuk Najib main golf juga akan mengutuk Najib yang melakukan perkara itu. Ia adalah NAJIB yang kita BENCI sampai dia buat apa pun, kita tetap mahu dan akan rasa MELUAT. Mari la kita jadi jujur dengan diri kita. Okay? So. Aku tak hmm oke. Lantak ko la nak main GOLF. Asalkan kau dah buat keputusan2 yang mana keputusan2 kau itu berperanan membantu mangsa2 banjir. Dan, 13 perkara yang tergambar dalam otak aku seperti di atas, itu yang aku fikirkan sekarang bila aku tengok gambar Najib main golf disebarkan oleh ASTRO AWANI. Aku risau. Aku risaukan tentang sesuatu komplot, perjanjian ataupun agenda yang membabitkan Malaysia dengan Amerika. Aku risau berapa banyak duit rakyat agaknya yang Najib balon untuk melakukan aktiviti tersebut. Dan aku risau, mana Rosmah, mana Rosmah? Aku tak nampak pun mama angkat kesayangan aku neh. Dia p shopping kat Hawaii ke apa neh woi? Ini, yang aku benar2 risau. Bai. |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan