Rabu, 31 Disember 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PEMBAWA SUWEY

Posted: 31 Dec 2014 05:07 PM PST





2015: Najib harap bina masyarakat lebih 

selamat, makmur dan saksama 

Najib Razak melahirkan harapan untuk membina sebuah masyarakat yang lebih selamat, makmur dan saksama tahun depan dengan memberi tumpuan terhadap kehidupan dan keperluan rakyat.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/2015-najib-harap-bina-masyarakat-lebih-selamat-makmur-dan-saksama#sthash.OnzqHOxM.dpuf

KAH KAH KAH

lan chiow
pembawa malapetaka
pembawa suwey
3KAPAL hilang
tanda jantan suwey

APA PUNYA SUWEY



-------------

MOHON BANTUAN BANJIR

Posted: 31 Dec 2014 08:30 AM PST






BANTUAN

 BANJIR


Markas pengumpulan

 peralatan Sekolah, berada di pejabat 

NIEI. 

No 54B -1 Tingkat 2,

Jalan kemuja Bangsar.

Pintu berwarna biru muda 

bersebelahan 

dengan Restoran Mydin, Bangsar.



 KEMAMAN

Kami perlukan segera (sebelum 4 Januari) barang-barang 
berikut untuk dibawa ke Kemaman.


Beras, minyak masak, telur, bihun, mee segera kosong, spaghetti, bawang putih/merah, ubi kentang, lobak merah, kicap, sos cili/tomato, serbuk kari daging, kacang dhal, ikan bilis, ikan kering, gula dan garam.

Anda boleh menyumbang sebanyak yang mampu terus ke 52C, Jalan Kemuja Off Jalan Bangsar (belakang LRT Bangsar). Bersebelahan Restoran Mydin.



-------------

SELAMAT TAHUN BARU

Posted: 31 Dec 2014 08:00 AM PST




DARI TIM

 TUKAR TIUB


jangan tunggu lama lama
kijeng  
bukan wine atau whisky
lagi tua lagi berharga
kijeng
lagi lama lagi kotai



--------

TAHUN 2015 TAHUN JALAN RAYA

Posted: 31 Dec 2014 06:30 AM PST





ANAK MUDA

BERSEDIA
2015 
TAHUN

JALAN RAYA



ORANG RAMAI JANGAN KENA TIPU

Posted: 31 Dec 2014 04:35 AM PST







HARGA RON95 TANPA SUBSIDI RM1.91 SELITER, RM633 JUTA CUKAI DIKUTIP BAGI DISEMBER 2014

Harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Disember 2014 hingga 30 Disember 2014 disertakan di dalam Lampiran A (harga pasaran RON95) dan Lampiran B (harga pasaran diesel) yang disertakan bersama.

Data harga telah diperolehi secara sah dari pasaran seperti berikut:
RON95 – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Mogas 95 Unleaded
Diesel – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Gasoil
Kadar tukaran matawang – ditentukan oleh kadar rasmi Bank Negara

Dari Lampiran A dan Lampiran B, jelas bahawa harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam ke harga hanya RM1.43 seliter pada 30 Disember 2014.

Keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras ke harga hanya RM1.56 seliter pada 30 Disember 2014 (tanpa jamin keuntungan).

Malah, dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya sepanjang Disember 2014 adalah jauh lebih rendah dari yang terpaksa dibayar rakyat. Pengguna di Malaysia telah membayar harga yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran disebabkan dasar penetapan harga oleh Barisan Nasional ini.

Mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM2.05 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.75 seliter (pada 30 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.26 seliter.

Harga diesel pula (termasuk jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak) ialah RM2.10 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.79 seliter (pada 30 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.23 seliter.

Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), Barisan Nasional mendapat durian runtuh dengan mengutip cukai petrol tanpa diumumkan kepada rakyat.

Perkiraan cukai petrol tersembunyi yang telah ditanggung oleh rakyat ditunjukkan di dalam Lampiran C. Anggaran ini dibuat berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

Dalam bulan Disember 2014, rakyat membayar sebanyak RM402 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM231 juta bagi diesel.

Maka, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi Disember 2014 ialah RM633 juta tanpa diketahui oleh rakyat.

Berdasarkan harga purata RON95 dan diesel bagi Disember 2014, maka harga bagi Januari 2015 yang sepatutnya diumumkan oleh Barisan Nasional pada mala mini tidak boleh lari dari harga berikut:

RON95 ditetapkan pada harga RM1.91 seliter (tanpa subsidi 30 sen). Jika subsidi dikembalikan seperti dituntut KEADILAN, harga RON95 hanyalah RM1.61 seliter.

Diesel ditetapkan pada harga RM1.94 seliter (tanpa subsidi 30 sen). Jika subsidi dikembalikan seperti dituntut KEADILAN, harga diesel hanyalah RM1.64 seliter.

Sekiranya harga yang diumumkan Barisan Nasional berbeza dari harga ini, menteri yang terbabit perlu menjelaskan bagaimana harga RON95 dan diesel ditentukan kerana pengiraan yang dibuat KEADILAN setakat ini menggunakan formula Barisan Nasional sendiri dan harga pasaran MOPS yang diterbitkan.

Sehingga kini juga tidak ada seorang pemimpin Barisan Nasional pun yang menyangkal pendedahan saya bahawa Barisan Nasional telah mengutip cukai petrol dan diesel secara senyap-senyap akibat mekanisme penentuan harga sebegini. Ini bermakna mereka mengesahkan bahawa rakyat memang telah membayar cukai petrol dan diesel sejak November 2014 lagi.

Dengan pendedahan bahawa jumlah cukai yang dikutip bagi Disember 2014 telah mencecah RM633 juta, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak wajib menjelaskan ke mana wang ini telah dibelanjakan dan kenapa rakyat perlu membayar cukai petrol dan diesel kepada rakyat dalam keadaan kos sara hidup yang sangat membebankan.

Saya akan terus membawa isu cukai petrol dan diesel ini hingga ke Parlimen sesi depan sehingga saya mendapat jawapan yang memuaskan dari Barisan Nasional.
  

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

31 Disember 2014






--------------

BUKAN BERITA FITNAH

Posted: 30 Dec 2014 11:35 PM PST




INI BUKAN 
BERITA FITNAH

Pesawat AirAsia Zest terbabas di landasan

December 31, 2014
Operasi lapangan terbang dihentikan sementara bagi membolehkan pasukan penyelamat mengalihkan pesawat.

MANILA: Sebuah pesawat AirAsia Zest, EZD 272 terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Kalibo, Filipina petang semalam.
Media tempatan di Filipina melaporkan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) berkata, pesawat itu yang membawa seramai 153 penumpang dan enam anak kapal terbabas di Landasan 23 pada pukul 5.43 petang.
Ketika kejadian pesawat itu dilaporkan mengalami masalah tayar ketika mendarat.
Jurucakap CAAP, Eric Apolonio berkata, kesemua penumpang dalam penerbangan EZD 272 dari Manila ke Kalibo itu selamat.
Sementara itu, pengurus CAAP kawasan Visayas Barat, Percy Malonesio berkata, operasi lapangan terbang dihentikan sementara bagi membolehkan pasukan penyelamat mengalihkan pesawat itu agar landasan dapat digunakan semula.


KAH KAH KAH

woit 
lepas satu satu
apa pasal
ini kerana 
tak sokong hudud ke?
kah kah kah

APA PUNYA PUKRAK



--------------

SUWEY DAN CILAKA

Posted: 30 Dec 2014 08:19 PM PST







KECILAKAAN 

DEMI 

KECILAKAAN


Tahun 2015 akan sampai. Tahun 2014 akan berakhir. Sejarah akan merakamkan tahun 2014 adalah tahun kecilakaan. Satu demi satu kecilakaan telah menimpa rakyat Malaysia. Seratus tahun dari hari ini, sejarah akan berlaku adil apabila melihat kembali babak-babak kecilakaan ini.

Kecilakaan 2014 bermula dengan penipuan PRU13. Rakyat di Semenanjung dan di Sabah Sarawak telah sebulat tekad bergerak menendang dan menerajang keluar United Malays National Organisation dan kuncu-luncunya dalam Barisan Nasional dari tampok kuasa.

Tetapi, melalui penipuan undi, melalui undi hantu, melalui pendatang haram parti United Malays National Organisation telah merampas kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Pakatan Rakyat telah mendapat 52% dari jumlah undi seluruh negara. Manakala Parti Ketuanan Melayu hanya mendapat 47% undi rakyat. Dimana-mana pun dalam dunia ini pihak yang mendapat 52% akan menubuhkan kerajaan. 

Tetapi ini TIDAK berlaku di Malaysia. Disinilah bermulanya kecilakaan. Penipuan PRU13 ini adalah malapetaka dan cilaka yang paling besar yang menimpa rakyat Malaysia.

Cilaka yang menimpa rakyat Malaysia ini semakin berganda-ganda. Kecilakaan demi kecilakaan ini sedang dibawa oleh sebuah kerajaan haram yang hanya mendapat 47% undi rakyat.

Awas dan waspada – ketika tulisan ini digarap – satu rancangan licik sedang diatur dan disusun. Rancangan jahat ini diberi nama Persempadanan Semula. Rancangan ini akan membawa kecilakaan yang maha sangat kepada rakyat Malaysia.

Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) pada ketika ini sedang merancang untuk mengubah kawasan mengundi. Diberitakan SPR telah merancang untuk menambah 40 lagi kerusi parlimen. Penambahan ini hanya boleh dilakukan jika ada persetujuan majoritii 3/4 sokongan ahli parlimen. Pada ketika ini Parti Ketuanan Melayu TIDAK memiliki undi yang diperlukan.

Justeru satu berita cilaka telah mula didengar. Diberitakan ada bengolan-bengolan dari Parti PAS telah mula melakukan 'perbicangan sulit' dengan pemimpin United Malays National Organisation. Malah mengikut riwayatnya - 'perbincanga sulit' yang belum saheh ini telah diadakan dalam pondok Igloo. Pondok air batu Igloo telah dipilih untuk memastikan rancangan jahat ini TIDAK bocor dan tidak tiris.

Persempadan semula dan penambahan kerusi parlimen ini adalah satu kecilakaan yang amat besar. Dengan bertambahnya kerusi parlimen bermakna United Malays National Organisation akan berjaya dalam PRU14 untuk menambah kerusi dalam parlimen. Persempadanan semula ini dirancang dan direka untuk memastikan parti Ketuanan Melayu ini akan mendapat laba undi. Ini kerja cilaka SPR.

Rancangan jahat lagi cilaka ini seharusnya dimulakan pada akhir tahun 2014 ini. Hanya banjir besar yang melanda telah menangguhkan kecilakan ini dari dimulakan. Tapi yakinlah kecilakaan ini akan sampai.

Tahun 2014 akan diingati sebagai tahun 3Kapal Terbang. Pada 8 March pesawat MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang lesap tanpa ditemui bangkainya hingga ke hari ini. Pada 17 Julai sebuah lagi pesawat MAS MH17 telah ditembak jatuh di Ukraine. Pada 28 Disember – sebelum akhir tahun - sebuah pesawat Air Asia QZ8501telah dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Dalam tahun 2014 tiga kecilakaan pesawat udara milik syarikat Malaysia telah berlaku. Kecilakaan saperti ini belum pernah berlaku dalam dunia. Kecilakaan ini menjadi trajedi kerana semua pesawat ini membawa penumpang. Pesawat MH370 terus tidak ditemui. Kehilangan ini telah menjadikan MH370 satu misteri dan menimbulkan pelbagai teori dan teori konspirasi.

Manakala jenazah dalam kecilakaan MH17 selamat dibawa pulang walau pun pesawat ini hancur meledak diudara. Manakala pesawat Air Asia masih lagi dicari. Hingga ke saat ini air mata kaum keluarga mangsa 3Kapalini masih lagi hangat dipipi.

Sejarah tahun 2014 telah merakamkan bagaimana ketika MH370 lesap Menteri Pengangkutan telah bertegang lidah menyatakan kepada dunia bahawa Kotak Hitam dalam MH370 adalah milik Malayia. Saperti seorang cilaka Menteri ini telah pergi ke London untuk memperkasakan tuntutan ini. Tetapi Kotak Hitam MH370 TIDAK ditemui.

Apabila MH17 ditembak jatuh Kotak Hitam telah ditemui. Pihak yang menemui Kotak Hitam ini secara hormat dan jujur telah menyerahkan Kotak Hitan ini kepada kerajaan Malaysia. Penyerahan Kotak Hitam ini dirakamkan oleh media dunia.

Tetapi, sekali lagi saperti seorang cilaka Menteri Pengangkutan telah menyerahkan Kotak Hitam ini kepada pihak British. Penyerahan Kotak Hitam memberi makna bahawa kerajaan ini adalah kerajaan haram. Sebuah kerajaan yang TIDAK mempedulikan kepentingan warga sendiri tetapi tunduk kepada kepentingan pemodal luar negara.

Penyerahan Kotak Hitam ini adalah kecilakaan kerana hingga ke hari ini rakyat Malaysia TIDAK diberi tahu apakah isi kandongan rakaman dalam Kotak Hitam ini. Kaum keluraga mangsa MH17 masih dalam kegelapan tentang apa yang telah terjadi kepada pesawat itu. Siapa yang menembak? Dan siapa yang bertanggung jawab. Pesolanan ini terus menghantui 2014 untuk rakyat Malaysia. Inilah perasaan marah yang cukup cilaka.

Setiap bulan November ke Febuari wilayah Pantai Timur akan dilanggar tengkujuh. Ini bukan satu yang baru. Ini hukum alam. Ada kalanya tengkujuh menenggelamkan banyak kawasan. Ada kalanya tengkujuh hanya membawa hujan. Biasanya Kelantan yang menjadi wilayah sasaran walau pun seluruh Pantai Timur dan kawasan pesisir digelorakan oleh angin dan ombak Laut China Selatan.

Tahun 2014 ini akan dirakam oleh sejarah sebagai tahun Banjir yang berlainan. Kecilakaan yang sampai hari ini lebih hebat dari hebat. Bukan sahaja Kelantan yang banjir malah Terangganu, Pahang dan Perlis juga dilanda banjir.

Sejarah banjir akan dibuka kembali untuk melihat tahun 1971 – banjir terbesar dalam ingatan sejarah. Banjir71 ini menjadikan Jalan Tengku Rahman dinaiki air sehingga 2 kaki. Dari segi sejarah - Banjir71 ini masih belum dianggap satu kecilakaan berbanding dengan Banjir2014.

Banjir2014 dianggap cilaka kerana secara senyap-senyap Najib dan Rosmah telah menggunakan kapal terbang 9M-NAA pesawat resmi negara untuk bercanda dan berpoya-poya di Hawaii. Ketika negara ditenggelami air Si Najib dilihat sedang bermain golf dengan Obama. Gambar ini cukup cilaka. Sebaik sahaja gambar ini muncul dilaman siber – Najib Razak mula mendapat sumpah seranah dari semua lapisan masyarakat.

Malah berita Najib berpoya-poya ini telah juga dilaporkan di Hong Kong, di Bangkok, di Iran, Itali  dan di Eropah. Paling cilaka ialah peranan akhbar Washington Post yang membocorkan gambar Najib main golf. Sehari salepas gambar Najib dibocorkan akhbar ini telah turut sama mencilakan Najib. Ini kecilakaan yang maha sangat untuk Si Najib. Tahun 2014 Najib tidak berhenti-henti mendapat serangan politik dari dalam dan luar negara.

Akhirnya Banjir2014 telah berjaya memaksa Najib pulang dengan serta merta. Tetapi cilaka untuk Najib TIDAK berhenti disini. Dengan teknoloji terkini portal berita internet MalaysiaKini telah menggunakan Flightradar24 untuk mengekori pesawat 9M-NAA – pesawat resmi kerajaan Malaysia- yang dinaiki Najib.

Dari laporan MalayiaKini – pesawat 9M-NAA telah berlabuh di Indianapolis. Disini Najib telah bertukar kapal terbang. Akhirnya mengikut laporan Malaysia Kini Najib pulang ke Malaysia dengan pesawat M53-01 dan TIDAK dengan 9M-NAA – pesawat resmi negara. Ini berita pelik lagi cilaka.

Maka dari berita pelik lagi cilaka ini timbul soalan-soalan cilaka - kenapa pesawat resmi negara tersangkut di Indianapolis? Siapa ada di Indianapolis? Apakah pesawat resmi 9M-NAA ini menunggu Rosmah Mansor yang sedang bershopping? Soalan-solan cilaka ini mula merebak diruang siber.

Amat jelas Banjir2014 ini amat cilaka untuk Najib. Bukan sahaja Najib mendapat kutukan dan sumpah seranah malah kini rakyat Malaysia telah mengetahui bagaimana Najib dan Rosmah pergi bercuti secara senyap-senyap dengan menggunakan pesawat milik kerajaan. Ini betul-betul buat kerja cilaka.

Lalu timbul soalan paling cilaka – kalau hendak pergi bercuti kenapa TIDAK menggunakan duit sendiri. Main golf bukan kerja Perdana Menteri. Kenapa rakyat perlu membayar Najib dan Rosmah yang ingin berpoya-poya? Malah perangai Najib dan Rosmah menggunakan duit kerajaan untuk kegunaan pribadi bukan berlaku kali pertama. Ianya telah berlaku berkali-kali.

Ketika kenduri pertunangan anak perempuan Najib empat tahun dahulu – portal internet telah menayangkan gambar potokopi bill jamuan kenduri makan yang dihantar ke Jabatan Perdana Menteri. Najib telah menafikan ini berlaku. Saperti biasa parti pembangkang telah dituduh membuat fitnah. Tapi kali ini satu dunia melihat Najib pergi bercuti di Hawaii dengan menggunakan pesawat resmi kerajaan.

Ketika tulisan digarap tengkujuh masih mengganas. Banyak jalan di Pantai Timur terputus. Dilaporkan secara resmi 10 nyawa telah tewas. Pada ketika ini 225,730 mangsa telah dipindahkan dari rumah mereka. Banyak kawasan perumahan telah ditenggelami air. Hujan masih belum reda. Diberitakan ada kawasan-kawasan di Johor dan Negeri Sembilan telah mula dinaiki air.

Apa semua kecilakan ini perbuatan alam? Jawabnya ia dan tidak. Memang betul telah menjadi tabii alam untuk untuk membawa hujan lebat ke Malaysia pada November ke Januari. Tetapi harus diakui semua kecilakaan ini ditambah burukkan oleh manusia. Dimana-mana ada kecilakan tangan manusia memainkan peranan. Apakah kita semua lupa tentang Penghangatan Dunia/ Global Warming? ( TT )

NOTA
tulisan ini
telah disiarkan dalam 
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45


--------------

Tiada ulasan: