Jumaat, 19 Disember 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


PASMA Cuba Bersendirian Menolak Kerjasama dengan Unit Amal?

Posted: 18 Dec 2014 03:09 PM PST



PASMA ditubuhkan untuk membantu PAS dan mengekalkan PAS dalam Pakatan Rakyat. Itulah kata-kata Pharaohrazi Pengerusi PASMA (jawatan terbuka dan masih menjadi tanda tanya siapa pengerusi sebenar PASMA yang membantu dan merangka perangcangan).


Kata-kata selalu dibenarkan oleh perbuatan. Tapi jika lihat perbuatan yakni apa yang berlaku PASMA sekarang ini cuba menandingi PAS dalam banyak perkara. Saya tidak akan menghuraikan secara terperinci buat masa ini; saya akan ambil contoh-contoh terpilih.

Di Kelantan PASMA telah menubuhkan Pusat Operasi Banjirnya sendiri. Pusat operasi ini memdapat batuan yang agak lengkap daripada sumber yang tidak diketahui.

PASMA juga dikatakan menolak kerjasama dengan Unit Amal PAS yang selama ini telah mendapat nama baik dalam kerja-kerja bantuan banjir malah Unit Amal pernah membantu balai Polis yang tenggelam dengan bantuan makanan dan membersihkan balai tersebut selepas banjir.


Menjadi persoalan timbul dalam diri kita kenapa PASMA perlu menyangi Unit Amal dan secara khususnya menyaingi PAS? Sedangkan cakap yang keluar daripada mulut pimpinan PASMA (yang bukan hidden) dan pimpinan PAS yang menyokong PASMA kononnya PASMA ingin membantu PAS macam NGO lain?

Kenapa perkara ini berlaku dan kenapa PASMA beriya-iya yakni bersemangat menubuhkan rantingnya setiap kawasan seolah-olah untuk menganti PAS sehingga membenarkan 'cakap-cakap' whatsapp bahawa PASMA adalah alternatif untuk projek Muktamar ke-61 sekiranya gagal menawan PAS?

Hanya kita perlukan maklumat yang lebih jelas supaya pendedehan lebih detail dapat dibantangkan supaya PAS tidak terlambat dalam hal ini.



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Tiada ulasan: