Komentar Kini |
Posted: 27 Dec 2014 05:29 PM PST Penulis diminta seseorang untuk berfikir dengan kata kata fikir dan fikirlah. Perkataaan fikir dan fikirlah ini sesuai dengan judul tajuk renacan ini. Ada satu tajuk lain yang penulis mahu namakan, iaitu masalah oh masalah . Tajuk ini agak umum berbanding tajuk dalam masalah yang khusus. Khusus untuk membicarakan PAS dalam pakatan rakyat yang nyata dan jelas dalam masalah dengan permasalahanya. Permasalahan yang timbul tidak lain dan tidak bukan hudud menjadi jalan sukar untuk dilaksanakan di negeri Kelantan yang diperintah PAS selama 24 tahun itu. Mungkin ada yang berkata itu bukan masalah dan ia bukan dalam masalah. Jika bukan masalah mengapa tunggu persetujuan DAP dan PR. Kita sedia mahlum, bahawa hudud bukan dasar pakatan rakyat dan DAP tetap menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan. Umno usah cakaplah, Zaid Ibrahim sudah memfailkan saman.Tun Mahathir waktu jadi perdana menteri beri amaran akan saman PAS jidak laksanakan hudud. Terbaru, GERAKAN akan saman PAS jika lakasnakan hudud di Kelantan. Atas sebab itulah penulis nama tajuk renacan ini dalam masalah bukan masalah oh masalah yang kesannya terlalu ringan di bicarakan. Dalam masalah suatu yang sangat berat bagi PAS. Mungkin ada yang tidak setuju dengan perkataaan berat. Mengapa mereka tidak setuju, kerana tujuan asal PAS bekerjasama dengan pakatan rakyat semata mata untuk menang pilihanraya raya umum. Ada yang kata tidak ada kaedah lain untuk menunmbangkan BN yang begitu gah dalam politik tanahair. Sudah tiga musim PRU nampaknya ada peluang pakatan rakyat dapat tumbangkan BN, kerana PRU 1999 undi BN merosot. Pada PRU 2004 undi naik semula dan PRU 2008 merosot Teruk dapat manfikan 2/3 parlimen. PRU 2013 BN merosot lagi miskipun umno dapat tambah 8 kerusi parlimen disamping PAS hilang 6 kerusi parlimen dan kerajaan Kedah. Sesungguhnya PAS tetap dalam masalah. Masalah pertama sukar untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Masalah kedua, dalima dalam pakatan rakyat. Masalah besar tidak lain dan tidak bukan ada puak dalam PAS mahu jatuhkan Presiden. Mengapa boleh jadi begitu? Punca puak yang mahu jatuhkan presiden ini tidak berfikiran radikal. Mereka berfikir macam kanak kanak main pasir dan tidak ada tujuan. Bayangkan kanak kanak, fikiran mereka tidak boleh diambil kira, kerana bermain main itu kesukaan mereka.Hatta bermain pasir di tepi pantai sekalipun.Kanak kanak tidak ditanya diakhirat nanti. Tapi orang dewasa lebih lebih lagi pemimpin akan ditanya semuanya. Malang sekali mereka yang telah dilabelkan sebagai golongan professional dalam PAS menolak pemikiran radikal yang wajib dimiliki oleh orang yang menerjunkan diri mereka dalam dunia politik. Jangan jadi macam orang umno. Politik Orang umno tidak lain dan tidak bukan, mereka berlumba lumba untuk kumpul hartasetelah diberi kuasa memerintah. Allah Taala mahu orang beriman berlumba lumba melakukan amal amal soleh. Allah tak minta kita berlumba lumba mengumpul harta apabila di beri kuasa. Penulis bimbang dengan perkembangan seumpama ini, takut takut, orang PAS juga jadi macam orang umno apabila diberi kuasa memerintah. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan