Komentar Kini |
| Pemuda umno tak setuju Mueller Posted: 10 Dec 2014 03:12 PM PST Ketidakmahuan pemuda umno itu bukan atas nama gaji Christoph R. Mueller sebanyak setengah juta sebulan itu,tetapi kerana Mueller bukan seorang Melayu rakyat Malaysia. Lojik juga alasan pemuda umno tu. Ya ke, kerana gaji Tan Sri Razali Ismail CEO SABAS sebanyak empat ratus lima puluh ribu sebulan. Tidak mahal kan. Persoalan yang timbul sekarang, orang Melayu bodoh. (kata Tun Mahathir) Jadi, nak cari mana orang Melayu yang cerdik, kerana Melayu yang cerdik sahaja boleh dilantik sebagai CEO walapun pun jahat? Penulis nampak, orang cerdik sekarang ini, tidak lain dan tidak bukan hanya Tun Mahathir Mohamed, walaupun dia bukan melayu tetapi mengaku Melayu pasti boleh jadi CEO MAS. Penulis kira Tun Mahathir tetap layak dan daripada beri gaji setengah juta sebulan kepada Christoph R. Mueller adalah lebih baik beri gaji setengah juta sebulan kepada Tun Mahathir Mohamed. Bertepatan dengan yang di kata Tun Abdul Hamid Mohamed bekas ketua hakim Negara bahawa para pemimpin umno (melayu) berlumba lumba kumpul harta. Oleh itu, ada lebih baik MAS yang pegang oleh khazanah nasional fikir semula pelantikan Christoph R. Mueller sebagai CEO baru dan ambil Tun Mahahtir Mohamed kerana dia cerdik sesuai dengan kemahuan pemuda umno Malaysia itu. |
| You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan