Kelab Greenboc |
- Kes Cincin: Rafizi Sedia Ke Mahkamah, Ramai Peguam Mahu Soal Rosmah
- Perkembangan Terkini Nur Shafiqah - Gadis Yang Mukanya Ditoreh
- "Rogol Guna Jari", Rakyat Malaysia Dipenjara Di Melbourne
Kes Cincin: Rafizi Sedia Ke Mahkamah, Ramai Peguam Mahu Soal Rosmah Posted: 06 Dec 2014 01:35 AM PST Rafizi: Ramai peguam mahu soal Rosmah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan kemungkinan beliau diseret ke mahkamah oleh perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung misteri sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit. MP Pandan itu berkata, memandangkan beliau disaman berhubung isu cincin itu, beliau bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah. "Cincin itu menjadi satu tanda tanya selama bertahun-tahun. Saya pasti ramai peguam mahu menyoal balas Rosmah," katanya kepada Malaysiakini. Menurutnya, beliau juga tidak langsung pernah terfikir untuk membeli iklan dalam akhbar dan memohon maaf kepada Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak. Sebaliknya, beliau sedang mempertimbang untuk membeli iklan bagi menyatakan keengganannya untuk memohon maaf. "Kita tengoklah akhbar mana yang sanggup terbitkan iklan tersebut," katanya lagi. -mk |
Perkembangan Terkini Nur Shafiqah - Gadis Yang Mukanya Ditoreh Posted: 05 Dec 2014 10:02 PM PST Gadis kena toreh sedia buat rawatan luar negara PASIR PUTEH - Gadis mangsa samun dan toreh di bahagian muka, Nur Shafiqa Lah, 22, bersedia menimbang mendapatkan rawatan di luar negara sekiranya ada mana-mana pihak yang sanggup menajanya. Beliau berkata, sehingga ini tiada mana-mana pihak yang menawar pembiayaan itu selepas kejadian yang berlaku terhadapnya pada Ahad lepas. "Bagaimanapun saya akan berunding dengan keluarga terlebih dahulu sebelum menerima tawaran jika ada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Aman 3 di sini hari ini semasa kunjungan rombongan Wanita Umno Kelantan yang diketuai ketuanya, Datin Rahimah Muhammad. Pada kejadian itu beliau mengalami kecederaan pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri oleh dua lelaki bertopi keledar yang menceroboh rumahnya dan turut mencederakan ibunya, Hat Tema Mat Zin, 58. Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Krian untuk rawatan lanjut. Nur Shafiqa berkata, pada masa ini beliau merasa kesihatannya semakin pulih hanya sekali sekala merasa trauma dengan kejadian itu terutama apabila melihat lelaki yang memakai topi keledar. "Pihak HUSM memberi jaminan kesihatan saya akan pulih dalam tempoh enam bulan lagi," katanya. Sementara itu, Rahimah ketika bercakap kepada pemberita selepas itu berkata, pihaknya bersedia membantu dan menaja perbelanjaan termasuk kos perubatan Nur Shafiqa ke luar negara sekiranya keadaan memerlukan bagi memulihkan kesihatannya seperti sediakala. "Saya akan kemukakan masalah yang dihadapi oleh Nur Shafiqa ke pihak atasan untuk mendapatkan dana bagi tujuan itu," katanya. Bagaimanapun, beliau yakin pihak USM mampu memulihkan kesihatan remaja itu memandangkan keadaannya kini semakin pulih dan mula bercakap dengan sesiapa yang mengunjunginya. - Bernama
|
"Rogol Guna Jari", Rakyat Malaysia Dipenjara Di Melbourne Posted: 05 Dec 2014 04:23 PM PST Seorang ahli farmasi yang berasal dari Malaysia, menghadapi pertuduhan 'merogol seorang wanita menggunakan jari' (digital rape), ditangkap ketika cuba melarikan diri dari Australia, menurut Herald Sun. Suspek, Kuang King Tan telah menempah tiket sehala selepas ditemubual oleh polis tetapi ditahan di Lapangan Terbang Melbourne dan kemudian mengaku bersalah atas kesalahan itu. King Tan telah didakwa menyerang mangsa berusia 22 tahun apabila wanita itu sedang mengambil preskripsi dari Union Pharmacy di pusat bandar Melbourne. King Tan menjemputnya ke pejabat dan meminta untuk melihat ruam di atas perut, belakang dan bahagian sulitnya. Dia didakwa merogol selepas wanita perempuan melaporkan kejadian itu kepada doktor. King Tan yang pernah bekerja di sebuah hospital di Malaysia, memberitahu polis dia percaya doktor sering menetapkan ubat yang salah dan sebagai seorang ahli farmasi dia perlu memeriksa pesakit. Dia mendakwa bahawa dia telah dibenarkan untuk membuat pemeriksaan bahagian payudara, punggung dan kemaluan pesakit perempuan. Dia kemudiannya telah dijatuhkan hukuman enam bulan penjara, 300 jam kerja-kerja kemasyarakatan yang belum dilaksanakannya dan arahan pemulihan komuniti selama tiga tahun. "Adalah jelas bahawa wanita itu sudah tertekan dengan ruam di badan yang memalukan dirinya dan kemudian mengalami trauma apabila anda 'secara digital' merogolnya," kata Hakim Frances Hogan kepada King Tan. Hogan berkata hukuman itu boleh dianggap sebagai "salah satu yang luar biasa dan ringan oleh sesetengah orang bagi sesuatu kesalahan serius seperti rogol", tetapi beberapa faktor telah diambil kira. Hakim menjelaskan bahawa ini adalah kerana King Tan mengalami Gangguan Penyesuaian dengan kebimbangan dan kemurungan, mempunyai ketidakmatangan sosial yang luar biasa dan tidak mempunyai pengetahuan seksual. -mstar |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan