Kelab Greenboc |
Akta Hasutan Dikekalkan Untuk Kepentingan UMNO BN Posted: 02 Dec 2014 12:25 AM PST Akta Hasutan hanya kepada yang menentang BN atau UMNO - DAP KUALA LUMPUR: Akta Hasutan adalah taktik UMNO untuk digunakan kepada mereka yang menentang parti Barisan Nasional atau UMNO sendiri. Demikian kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng semasa ucapannya di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya, pada Ahad. Kata Lim, jika benar ingin memperkasakan Akta Hasutan seperti yang diutarakan dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO baru- baru ini, ia perlulah dilakukan dengan adil. "Jika Akta Hasutan diadakan untuk menjaga keselamatan negara, ia perlu dilaksanakan dengan adil dan saksama. "Jangan hanya digunakan ke atas mereka yang menentang BN atau UMNO" katanya. Lim mendakwa bahawa beberapa fitnah dan tuduhan yang pernah dilakukan oleh ahli tertinggi UMNO kepada masyarakat Cina sebelum ini tidak pula ditahan di bawah Akta Hasutan. "Perkara ini boleh menyebabkan keselamatan kita terancam dan tergugat oleh UMNO. Walaupun Najib tidak mengatakan secara spesifik Akta Hasutan akan digunakan untuk menangkap lebih pemimpin pembangkang, kami lebih tahu mengikut pengalaman sendiri" katanya. Sehubungan dengan itu, Lim dalam satu kenyataan hari ini telah membuat laporan polis ke atas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd yang didakwa telah melakukan hasutan, hinaan dan fitnah ke atas masyarakat Cina di Pulau Pinang. "Satu pembohongan, fitnah dan hasutan telah dilakukan oleh Mohd Zaidi dengan mengatakan bahawa kekuatan politik dan ekonomi rakyat cina di Pulau Pinang adalah datang daripada aktiviti haram seperti perjudian, pelacuran dan kelab hiburan" kata Lim yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang. Menguatkan lagi hujahnya, Lim berkata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi telah menafikan wujudnya aktiviti haram yang didakwa Mohd Zaidi di Pulau Pinang. Abdul Rahim katanya turut menegaskan bahawa sehingga akhir bulan lepas pihak polis telah mengumumkan bahawa negeri tersebut sifar dari mesin judi. "Walaupun, laporan polis ini mungkin tidak akan diendahkan oleh kerajaan persekutuan tetapi ia perlu dibuat demi menjaga maruah rakyat Pulau Pinang terutamanya masyarakat cina yang telah dihina" katanya. -astroawani |
[BERGAMBAR] Malang Tak Berbau: Lelaki Maut Tersepit Antara Van Dan Tembok Posted: 01 Dec 2014 07:55 PM PST Melaka: Seorang lelaki maut apabila tersepit antara sebuah van dan tembok konkrit di Lobi Utama, Bangunan Majlis Agama Islam Melaka di sini, lewat petang Sabtu. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa yang dikenali sebagai Norazam Abd Razak, 43, dipercayai menghidupkan enjin sebuah van ketika berada di bahagian pintu pemandu tanpa menyedari gear kenderaan itu bukan dalam keadaan neutral. Beliau berkata dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, van yang dihidupkan itu kemudian terlajak lalu mengakibatkan mangsa tersepit antara pintu van dan tembok berhampiran. "Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera di bahagian dada dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Ahad. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang wanita Azyati Jamaludin, 22, maut setelah motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Jalan Sungai Udang di sini, pukul 5.10 petang semalam. Shaikh Abdul Adzis berkata mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Sungai Udang ke Tanjung Kling dipercayai cuba memotong sebuah kereta di hadapannya tetapi gagal dan terjatuh di laluan bertentangan, sebelum dilanggar sebuah kereta lain di laluan itu. Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. -mstar
ULASAN GB |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan