Ahad, 14 Disember 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


UMNO Parti Samseng Ajak Orang Bergaduh

Posted: 13 Dec 2014 11:30 PM PST


Ahli Parlimen DAP-Raub, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mendakwa UMNO hanya sebuah parti politik samseng yang mengajak orang bergaduh dan menyalahkan bangsa lain.

Katanya, sikap sedemikian itu dipertontonkan kerana mahu menutup pembohongan bahawa negara Malaysia dan bangsa Melayu akan hancur jika UMNO tidak berkuasa.

Beliau berkata, "meletakkan kuasa terus di tangan UMNO tidak menjamin agenda orang Melayu tercapai dan terjamin kerana parti itu sarat dengan kaki bising dan kaki ugut yang mahukan projek besar sahaja. Yang akhir ini (projek besar) bukan sahaja saya yang kata, tapi Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) pun berkata demikian."

"Orang Melayu tidak ada keperluan kepada UMNO, sebaliknya UMNO memerlukan orang Melayu. Jadi mengapa kita biarkan puak UMNO ugut kita, berlagak macam tuan dan berlagak macam mereka yang beri kita rezeki dan sebagai nya?," ujarnya.

Dalam entri terbaru blognya, sakmongkol.blogspot.com, Mohd Ariff Sabri yang juga ahli UMNO sehingga 2012 menyatakan, masalah pada UMNO pada hari ini adalah soal kepimpinan, wawasan, komitmen dan dedikasi kepimpinan.

Beliau berkata, orang Melayu akan terus hidup sekali pun UMNO tidak berkuasa dan tidak sepatutnya mendedahkan diri kepada ugutan oleh parti itu.

Bekas ADUN Pulau Manis semasa menjadi ahli UMNO ini memberitahu, benih-benih fasisme kini sudah meresap dalam bekas partinya sambil menyeru "Kita jangan biarkan kerajaan menjadi kerajaan yang menekan dan menzalimi rakyat."

"Itu pasal kenapa kita mesti ada institusi kehakiman yang bebas dan berintegriti supaya menjaga rakyat tidak dibuli oleh kerajaan. Itu sebab kita ada NGO2 yang menjaga supaya rakyat jangan dizalimi dan dikasari.

"Saya tidak fikir orang Cina akan menjadi PM di masa hadapan kecuali akan berlaku pertumpahan darah dan amukan dari orang Melayu. Orang Cina ini pragmatik- mereka bukan bangang nak tuntut jadi PM atau TPM. Mereka mahukan negara aman damai di dalamnya mereka boleh hidup senang dan buat duit banyak-banyak," tulisnya.

ULASAN GB

Lebih tepat untuk dikatakan UMNO sebuah parti samseng.

Anehnya tindakan ahli-ahli mereka sering terlepas dengan tindakan polis,

Rakyat Malaysia tahu mengapa sebabnya.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak dapat ditolak dan dipadamkan.

Najib Kaki Ponteng, Hanya 26 Hari Hadir Parlimen Sejak Jadi PM

Posted: 13 Dec 2014 12:50 PM PST

Rekod buruk kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke Parlimen mengesahkan kegagalannya sebagai Perdana Menteri, kata Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto.

Ujar Kashturi, sejak 2009 hingga April 2014, Najib hanya hadir kira-kira 26 hari ke Parlimen.

"Rekod ini jauh lebih rendah berbanding Perdana Menteri Britain yang hadir ke Parlimen setiap Rabu selama 30 minit untuk menjawab enam soalan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kasthuri, Najib tidak menunjukkan usaha untuk membuat kehadirannya dirasai di Parlimen dengan mengambil bahagian dalam perbahasan dan mendengar isu-isu semasa dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen.

"Najib menghabiskan 14 minit di Parlimen berucap tentang tragedi kehilangan MH370 dan keluar sebaik Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bangun memulakan debat.

"Pada 23 Julai lalu, ketika sidang khas berikutan tragedi pesawat MH17, Najib hanya hadir 35 minit sebelum meninggalkan Parlimen sebaik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun.

"Selepas lebih dua jam membentangkan Belanjawan 2015 pada 10 Oktober, dia terus keluar tanpa memerhati prosiding Parlimen terutamanya perbahasan yang berlangsung sehingga 27 November," tegas Kasthuri.

Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang turut mempersoalkan tindakan Najib meletakkan jawapan kepada Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet.

"Jika seorang menteri kabinet yang pakar dalam bidang tertentu boleh 'ambil nota' terhadap cadangan dan pindaan, mungkinkah pada masa akan datang mereka boleh bergilir-gilir membacakan teks perbahasan Belanjawan, bukannya Najib lagi?

"Jadi masih layakkah Najib yang langsung tidak mempunyai niat untuk hadir ke Parlimen mendengar masalah berbangkit diberi peluang tiga tahun lagi?

"Undang-undang diluluskan di sidang Dewan Rakyat akan memberi kesan kepada semua, malangnya Najib pula sentiasa hilang," kata Kasthuri. -Roketkini

ULASAN GB

Sungguh dasyat dan sungguh binatang perangai orang-orang yang TELAH DIBERIKAN AMANAH OLEH RAKYAT kemudian mereka mengkhianatinya. Sanggup dan tergamak mereka terima wang gaji tetapi tidak hadir ke Parlimen..

Kisah orang politik ponteng untuk hadir ke Dewan Rakyat telah acapkali berlaku, bukan saja terhadap anggota parti kerajaan tetapi juga anggota pembangkang.

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Orang suka ponteng akan TETAP menrima hukuman Tuhan tak kira berapa tinggi pun darjat kamu dan berapa alim pun status kamu.

Tiada ulasan: