Jumaat, 12 Disember 2014

dollah yankee

dollah yankee


Dah la jatuh, duit pulak tak dak !

Posted: 12 Dec 2014 06:37 AM PST



RM,bukan nyonya Rosmah Mansur tetapi Ringgit Malaysia, telah jatuh lagi ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1997. ia jatuh sebanyak 2.5 % berbanding Dollar Amerika dalam masa 2 hari iaitu kejatuhan terburuk sejak Jun 1998. 

Jika di ikut pendapat-pendapat gurkah-gurkah politik di'port' yang merupakan pakar-pakar 'eko-no-money' tepi longkang, Malaysia berkemungkinan menjadi negara Asia yang paling teruk terjejas oleh jangkaan kejatuhan berterusan harga minyak dunia, Industri berkaitan minyak menyumbang sebanyak 1/3 % daripada hasil Malaysia.

Sementara itu pasaran saham Malaysia turut susut hampir 3 % selepas Petronas mengumumkan pada Jumaat lalu bagaimana rancangan nya mahu memotong perbelanjaan modal antara 15-20 % pada tahun depan. 

Sementara itu juga  salah seorang gurkah-gurkah politik di-'port' yang pernah jadi tokey 'Labu Peram' skim cepat kaya (pernah juga kerja dengan jabatan tukaran wang asing di Westpac,Singapore) berkata pengumuman dari Petronas itu telah menambahkan lagi berita negatif dan beliau menjangkakan sementara menunggu harga minyak kembali stabil, nilai RM berkemungkinan berisiko tinggi untuk terus jatuh.

Dari satu sudut agak pelik sebab kerajaan kita seolah-olah tidak memberi perhatian atau dilihat semacam menyembunyikan sesuatu berhubung kejatuhan RM ini, pada hal ia telah mendapat liputan meluas dikalangan media negara-negara jiran kita, antarabangsa tak payah cakap lahh ...

Dari sudut lain kejatuhan nilai mata wang negara mana sekali pun didunia pada hari ini bukan lah sesuatu yang pelik. Ini kerana, dalam negara yang mengamalkan sistem ekonomi Kapitalis, hal ini berada dalam jangkaan. Kitaran krisis ekonomi yang teruk dalam tempoh lebih kurang 10 tahun sentiasa dapat dilihat dalam sistem Kapitalis ini.

Malangnya masih ramai yang cuba menyatakan kejatuhan RM adalah disebabkan ketidaksetabilan harga minyak mentah dunia, peningkatan hutang luar, aliran modal keluar dan lain-lain.

YA!! gurkah-gurkah ini tidak menafikan semua itu boleh mempengaruhi nilai mata wang, namun kita semua perlu melihat kepada AKAR permasalahan, bukan hanya membahas masalah CABANG dan RANTING semata-mata.

AKAR permasalahan dalam perkara ini ialah... SISTEM EKONOMI KAPITALIS !!!.

dollah yankee -
dah la jatuh, duit pulak tak dak!

Tiada ulasan: