Isnin, 8 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BN tak cadang ganti Shamsuddin; kaji peraturan dewan dulu, kata Noh

Posted: 08 Dec 2014 06:35 AM PST

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat mengisi jawatan Ketua Pembangkang DUN Selangor yang dikosongkan ADUN Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias daripada parti itu buat masa ini, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Noh Omar. 
 
Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji sama ada jawatan itu yang kini dikaitkan dengan jawatan Pengerusi Kira-Kira Wang Awam (PAC) wajib diisi oleh ADUN BN. 
 
"Saya dah minta kepada peguam untuk mengkaji Peraturan Dewan ini sama ada (jawatan) Ketua Pembangkang wajib atau tidak wajib, atau dalam bahasa undang-undang, ia mandatori atau tidak," kata beliau kepada Antarapos. 
 
"Kalau tidak mandatori, mungkin kita tak perlu ada ketua pembangkang sebab kita datang dari satu parti. Mungkin kita dikenali sebagai wakil BN. Apapun kita akan kaji peraturan dewan," katanya. 
 
Pembangkang di DUN Selangor terdiri daripada 12 ADUN BN dan seorang wakil Bebas Pelabuhan Kelang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR September lalu.  
 
Shamsudin meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor setelah menolak jawatan Pengerusi PAC kerana keahlian jawatankuasa itu terlampau memihak Pakatan Rakyat. 
 
Menurut Shamsuddin, sekirannya menerima jawatan itu, beliau hanya akan menjadi boneka Pakatan Rakyat memandangkan lima daripada tujuh ahli PAC adalah ADUN  PAS, PKR dan DAP. 
 
Susulan keputusan menolak jawatan pengerusi PAC itu, Samsudin terpaksa melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang selaras dengan pindaan undang-undang tubuh negeri yang diluluskan DUN minggu lalu. 
 
Noh berkata beliau menyokong keputusan Shamsudin itu.  
 
Menurut Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, BN hanya akan mencalonkan Ketua Pembangkang baru sekiranya peraturan dewan menetapkan bahawa jawatan itu mandatori dan perlu diwujudkan. 
 
"Kalau ia (jawatan ketua pembangkang) mandatori, tak ada pilihan, kemudian kita akan tengok lah siapa yang akan ganti," ujarnya.
 
Speaker DUN, Hannah Yeoh menggesa agar BN segera mencari pengganti kepada Shamsuddin bagi membolehkan pentadbiran Selangor berjalan dengan lancar. 
 
Hannah  menyifatkan peletakan jawatan Shamsuddin sebagai 'tidak masuk akal' hanya kerana merasakan BN tidak cukup majoriti dalam jawatankuasa pilihan peringkat negeri itu.
 
Noh berkata, BN tidak perlu menjadi boneka kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru peletakan jawatan Shamsudin adalah tindakan yang wajar demi menjaga integriti dan maruah parti.
 
Beliau dalam pada itu juga kecewa kerana kerajaan negeri enggan melayan tuntutan wakil rakyat BN sebelum ini yang mahu komposisi ahli jawatankuasa PAC 'tidak berat sebelah'.
 
"Kita sudah minta tapi nampaknya apa yang dikatakan ADUN kita tak diberi perhatian, tak dilayan kerajaan negeri," ujarnya.

1MDB Berbelanja Mewah. 1MDB Berjudi di Pulau Cayman Island? Jaminan Keuntungan Lebih 30%!

Posted: 08 Dec 2014 06:32 AM PST




1mdb cayman



1MDB Berbelanja Mewah. 1MDB Berjudi di Pulau Cayman Island? Jaminan Keuntungan Lebih 30%! : 1MDB terus dilihat beban kepada negara di atas kacau bilau yang telah berlaku dalam ekonomi negara sekarang ditambah pula dengan faktor luaran ekonomi yang telah memberikan kesan besar kepada negara Malaysia.

Dr Mahathir terus memberikan tekanan hebat kepada…kerajaan Malaysia di bawah Datuk Seri Najib Razak disebalik pengurusan negara yang terus merisaukan mantan Perdana Menteri Malaysia ini berdasarkan pengamatan beliau selama mana 22 tahun memerintah dan menguruskan ekonomi negara bersama-sama datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga diangkat menjadi "Harimau Asia" daripada sudut kejaguhan dan kepesatan ekonomi lebih-lebih lagi sekitar tahun 90an.

KLIK SINI : Harimau Asia Pada 90an, Malaysia VS Korea Selatan 
 
Sekarang ini negara kita diuruskan 2 Menteri Kewangan, ada PEMANDU, ada Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan yang cukup popular dan sebagai jurucakap kerajaan Malaysia apabila berbangkit apa sahaja isu di Malaysia ini, tetapi yang merisaukan Tun Mahathir adalah apabila beberapa tindakan yang diambil sebelum ini terus-terang terus rugikan negara. Antaranya ialah :

 Pelaburan 1MDB di Pulau Cayman & Bebankan Dana Negara!

  1. Mengapa kerajaan Malaysia "bermurah hati" beli janakuasa bebas yang merupakan skim cepat kata golongan taikun di Malaysia pada nilai dan harga yang sangat tinggi dan tidak munasabah?
  2. Tidak cukup dengan itu pembelian janakusa bebas dibayar dengan hutang yang mana kerajan terpaksa membayar komisen dan kadar faedah yang tinggi kepada Goldman Sachs sejumlah 11?
  3. Apa sebabnya kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang mengejutkan apabila duit 1MDB disimpan di Pulau Cayman?
  4. Tun Mahathir mendedahkan buat pertama kalinya kepada media apabila membongkar kegiatan di Pulau Cayman yang didominasi dengan urusniaga dagangan matawang dan pusat operasi Hedge Fund
  5. Biasanya, jikalau kalangan individu ataupun syarikat gemar melabur di sana kerana pulangan yang diterima sangat tinggi
  6. Sebelum ini, kerajaan Malaysia tidak akan melabur dalam Hedge Fund kerana ia adalah salah satu cabang judi. Sekali lagi judi…
  7. Sebelum ini kerajaan Malaysia pernah dilamar dan dipelawa untuk melabur dalam Hedge Fund keraja dijanji pulangan yang diterima adalah 30% walaupunbagaimanapun kerajaan Malaysia di bawah pimpinan
  8. Tun Mahathir menolak pada masa itu.
  9. Pernah dahulu LTCM (Long Term Credit Management) yang merupakan cabang Hedge Fund yang terbesar rugi besar dan mengheret bank dan pelabur ke arah muflis
  10. Malaysia mahu diheret kancah masalah seperti itu?
Tun Mahathir mengingatkan sekali lagi kerajaan Malaysia, jikalau mahu meningkatkan pendapatan negara janganlah sampai berjudi. Apa respon balas anda pula mengenai pelaburan 1MDB?

Polis siasat Mashitah dakwaan bakar al-Quran

Posted: 08 Dec 2014 06:22 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Polis sudah menyoal siasat pemimpin Wanita Umno Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berhubung dakwaannya terdapat orang bukan Islam membakar al-Quran di Kedah.

Ketua Wanita Umno Baling itu memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada petang Ahad, lapor Agenda Daily.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilapor ditemani suaminya Datuk Seri Abdul Shakor Abu Bakar.

Bagaimanapun, lapor portal itu, Dr Mashitah yang dihubungi enggan menyatakan butiran keterangan yang diberikan kepada pihak polis.

Dua wartawan Malaysiakini turut disiasat berhubung laporan berkaitan perkara itu pada 4 Disember lalu.

Ia berkaitan kenyataan Mashitan yang dibuat semasa perhimpunan agung Umno lalu.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan berkaitan khianat awam dan kenyataan mengapi-apikan kesalahan ke atas sesuatu golongan atau kaum.

Beberapa perwakilan termasuk Mashitah dalam perhimpunan itu menggesa perwakilan Wanita Umno dan umat Islam tidak menjadi 'majoriti senyap' apabila kewibawaan Islam tercabar.

Beliau mengaku dimaklumkan bahawa terdapat orang bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.

Sementara itu, anggota parlimen DAP Teo Nie Ching juga menulis di Facebook bahawa beliau juga disiasat polis ekoran laporan polisnya terhadap Mashitah.

UMNO-BN Malu Lihat Urustadbir Kewangan Yang Cekap & Bersih Di Selangor?

Posted: 08 Dec 2014 06:19 AM PST

KELAB GREENBOC



 
Ketua pembangkang Selangor letak jawatan

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Shamsuddin Mohd Lias meletakkan jawatannya ha‎ri ini selepas menolak jawatan sebagai pengerusi Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri.

Shamsuddin berkata, jawatan ketua pembangkang yang mewajibkannya menjadi pengerusi PAC itu tidak lebih seperti menjadikannya sebagai boneka kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tiada pilihan melainkan sama ada saya mempertahankaan prinsip yang menjadi asas integriti saya atau menerima tawaran di mana kuasa hanya pada nama.

"Tetapi tangan saya terikat rapi serta terpaksa tunduk dengan tekanan apabila menjadi pengerusi PAC kelak," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini. -TMI

ULASAN GB

Di negeri-negeri dimana UMNO BN memerintah termasuk kerajaan Pusat, jawatan Pengerusi PAC tidak pernah dapat disandang oleh Ketua Pembangkang. Hanya di negeri Pakatan Rakyat, pembangkang iaitu UMNO BN diberi peluang untuk menjadi pengerusi PAC.

Apakah kerana UMNO BN terasa "malu" dan "pilu" untuk melihat kebersihan pentadbiran kerajaan PR Selangor berbanding dengan kerajaan-kerajaan yang diperintah UMNO BN sehingga tidak sanggup untuk menjadi pengerusi PAC?

Alasan bahawa tangannya nanti terikat rapi serta terpaksa tunduk dengan tekanan apabila menjadi pengerusi PAC kelak hanyalah alasan semata-mata untuk menutup "kemaluan" apabila dibandingkan dengan urustadbir kewangan di zaman UMNO BN memerintah.

Sementelah lagi, sama dengan penolakan peruntukan RM200,000 kepada ADUN-ADUN pembangkang di Selangor, penolakan menjadi Pengerusi PAC dapat dibaca sebagai ada arahan dari pucuk pimpinan partinya agar tidak menjadi contoh untuk kerajaan-kerajaan UMNO BN yang terpaksa mengikut langkah kerajaan PR Selangor untuk memberikan pengiktirafan yang saka kepada Ketua pembangkang di negeri-negeri yang diperintah UMNO BN.

Rakyat tidak bodoh untuk membaca semuanya itu.

Berhati-hati Dengan Orang Myanmar, Kewujudan "Geng Lapah Manusia" Terbongkar....

Posted: 08 Dec 2014 06:17 AM PST

KELAB GREENBOC



Bukit Mertajam: Ia kelihatan seperti seperti sebuah rumah kos rendah satu tingkat yang biasa tetapi rumah kecil yang terletak di Machang Bubuk, di sini, mempunyai kisah seramnya sendiri.

Rumah ini menjadi rumah di mana warga Myanmar dibunuh dan dipotong dalam kes pembunuhan balas dendam yang kejam.

Polis telah menyerbu dan menyita rumah di Kampung Pisang, ini yang terletak di kawasan hutan jauh dari jalan utama.

Mereka menemui kesan darah di dalam rumah, walaupun ia telah dicuci dan dicat semula.

Pembunuh juga telah memulangkan kunci rumah kepada pemiliknya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata dua pembunuhan terakhir dipercayai telah dilakukan di rumah yang kosong itu.

Abdul Rahim berkata suspek juga dipercayai telah menyewa rumah lain yang terletak enam pintu dari rumah tersebut.

Mereka tinggal di situ dan membawa mangsa ke rumah lain di mana mangsa dibunuh dan dipotong.

"Polis telah menemui tiga bilah parang panjang dipercayai senjata yang digunakan oleh suspek," katanya selepas melawat rumah berkenaan, Jumaat.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Komisioner PR Gunarajan.

Abdul Rahim berkata rumah di mana berlakunya pembunuhan itu telah disewa oleh suspek sejak empat bulan lalu.

"Kami masih menyiasat berapa banyak mayat yang telah dipotong di dalam rumah ini," katanya.

Beliau berkata, polis menahan dua suspek lain, dalam usia 30-an, di Pulau Pinang pada Khamis malam, menjadikan jumlah suspek ditahan berkaitan pembunuhan warga Myanmar menjadi 17.

15 warga Myanmar, berusia 20-an hingga 40-an, termasuk dalang, telah ditahan sejak dua minggu lalu dalam Ops Kelar berkaitan dengan pembunuhan rakan-rakan senegara mereka.

Abdul Rahim berkata berikutan penahanan 17 suspek itu polis percaya telah menyelesaikan kes pembunuhan yang melibatkan lapan mangsa.

"Kami masih dalam proses menangkap lebih ramai suspek.

"Operasi ini akan memberi tumpuan kepada 18 kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar di Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata polis juga telah menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memindahkan bahagian-bahagian badan ke lokasi lain.

Abdul Rahim berkata dendam dipercayai menjadi motif di sebalik pembunuhan.

Pada 24 November dilaporkan bahawa bungkusan yang mengandungi kepala manusia ditemui di hadapan sebuah restoran di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam.

Bahagian badan manusia seperti tubuh tanpa kepala, tangan dan lengan kiri telah ditemui sejak kebelakangan ini.

Dilaporkan terdapat 51 pembunuhan di negeri ini tahun ini, di mana 18 mangsa adalah rakyat Malaysia dan 33 rakyat asing. -mstar

Najib sepatutnya mula berfikir untuk bersara

Posted: 08 Dec 2014 04:29 AM PST



Najib mengambil keputusan untuk membawa Rafizi Ramli dan Tony Phua ke muka pengadilan kerana kritikan keras kedua-dua ahli parlimen pembangkang ini terhadap beberapa isu termasuk isu 1MDB yang berterusan dibangkitkan oleh kedua-dua pemimpin pembangkang ini. Ada pihak yang memberikan reaksi sebagai tindakan kebudak-budakan dan ada yang juga menyokong tindakan Najib itu.

Bagi saya, tindakan Najib itu boleh didukung dan juga boleh ditentang. Saya menyokong tindakan Najib itu kerana Najib sudah kehilangan jalan dan usaha yang betul untuk menolak tuduhan yang dilemparkan kepada beliau. Sebagai seorang pemimpin lemah Najib tidak mempunyai kudrat untuk bertindak secara politik kerana 1MDB itu sesungguhnya telah membawa pimpinan Najib sekarang merudum ke peringkat yang terendah.

Maka mengambil tindakan undang-undang merupakan jalan yang terakhir bagi beliau untuk mempertahankan diri beliau yang sudah tersepit dengan isu 1MDB ini. Dalam situasi sekarang Najib tidak boleh dipersalahkan kerana beliau sedang berhadapan dengan masalah besar dalam memimpin negara dan apabila terdesak tentulah beliau akan melakukan perkara-perkara dan tindakan yang tidak tepat. Pemimpin yang sudah lesu tidak akan membuat keputusan yang baik.  Dalam masa yang sama tindakan itu sendiri akan menambah 'aura' kepimpinan kedua mereka yang sedang di ambil tindakan itu.

Sesungguhnya tindakan Najib itu telah menambahkan kekurangan keyakinan rakyat terhadap beliau kerana tidak mempunyai kemampuan untuk mempertahankan isu ini dengan cara politik. Mungkin tindakan undang-undang merupakan satu-satunya jalan untuk melengahkan isu 1MDB ini terjawab kerana Najib sedang menghadapi terlalu banyak beban dalam kepimpinannya untuk diselenggarakan.
Najib tidak mahu jika boleh, untuk melepaskan tanggungjawab memimpin negara ini kepada orang lain kerana mempertahankan jawatan di Putrajaya itu selama yang boleh merupakan 'ultimate' bagi beliau dan beliau akan melakukannya 'at all costs'.

Najib lebih rela negara jatuh dan jahanam daripada turun dari jawatan yang beliau tidak mampu lagi melaksanakan tanggungjawabnya itu. Najib bukan tidak sedar yang beliau sudah kehilangan panduan dan arah untuk kembali membawa negara ke landasan yang betul, tetapi kerana kepentingan peribadi beliau, Najib sanggup membawa negara jatuh dan berkecai.

Sekarang Najib sedang menghadapi masalah kejatuhan harga minyak dunia yang secara 'direct' memberikan impak terhadap kepimpinan beliau. Bagi mereeka yang rasional dan prakmatik Najib sepatutnya mengubah angka-angka yang di 'baca' nya dalam pembentangan bajet 2015 Oktober lalu kerana seperti yang kita sedia mengetahuinya bajet itu telah didasarkan kepada harga minyak yang melebihi USD80 dan dengan kejatuhan harga minyak ke paras bawah USD70 sekarang ini, ia tentunya akan mempengaruhi bajet yang beliau telah bentangkan itu.

Kalau ditanya mereka yang tidak mempunyai kecenderungan untuk memihak kepada mana-mana parti politik dan memberikan pandangan dengan betul dan adil, Najib sepatutnya mengangkat bendera putih dan berundur dari jawatan yang beliau pegang sekarang ini. Beliau sepatutnya berkorban untuk negara kerana berkorban dan meletakan jawatan itu juga merupakan satu pengorbanan untuk negara.

Kita mesti mengakui setiap orang itu ada yang mereka tidak dapat melakukannya dan dalam isu kepimpinan negara ini Najib sememangnya tidak kena pada tempatnya untuk bergayut lagi. Mungkin Najib lebih pandai melakukan kerja dan tanggungjawab lain tetapi untuk terus menjadi Perdana Menteri adalah satu kerja dan tindakan yang salah. Saya berharap pandangan ini tidak akan dianggap sebagai menghasut kerana Akta Hasutan sudah tersedia dilengkapi untuk menahan sesiapa yang dianggap menghasut.

Ramai yang berpendapat Najib tidak akan mampu untuk membetulkan keadaan yang negara sedang hadapi sekarang ini, apatah lagi dalam keadaaan politik dan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang ini. Najib perlu berfikir panjang dan memikirkan mencari jalan untuk berehat. dan membiarkan rakyat memikirkan siapa yang boleh menjadi seorang 'planner' untuk membetulkan segala kesilapan atau kesalahan yang berlaku dalam kerajaan hari ini.

Tidak siapa sepatutnya menafikan yang kepimpinan beliau tidak lagi relevan kerana jika ia masih relevan, masakan keadaan negara kita sedang berdepan dengan ketidak tentuan yang begitu ketara, seolah-olah negara ini sudah tidak berkerajaan lagi. 'Najib and Gang should own up all the misdeeds they have committed to the nation and all Malaysians'

Sememangnya tidak ada lagi jalan bagi beliau untuk menebus kelemahan beliau dan jika beliau masih berada di atas itu negara akan menghadapi 'unmitigated problems' yang lebih besar yang tidak dapat dibayangkan padahnya.

Najib tidak boleh memindahkan masalah beliau kepada rakyat biasa seperti kami ini. Najib sekarang lebih menumpukan usaha untuk mengekalkan kuasa dari memberikan khidmat yang baik kepada rakyat dan negara.  Sampai bila Najib hendak bertahan dengan menggunakan kelemahan yang sedang berlaku dalam pembangkang sekarang ini?

Kita memerlukan pemimpin yang berpengalaman dan tahu untuk membawa transformasi yang drastik serta memulakan sebuah negara yang baru dengan kepimpinan yang memahami masalah yang kita sedang hadapi.

Ini amat perlu memandangkan semua 'fabrics' politik negara kita sekarang sudah hancur lumat dan kita perlu melakukan sesuatu dalam kadar yang segera dan tidak melambatkan usaha menuju ke arah politik baru dan membawa negara ke arah situasi dan keadaan yang lebih menjamin masa depan negara dan generasi kita keseluruhannya.

Jangan malu-malu untuk mengakui kelemahan kita. Tidak perlu saman-menyaman kerana ia akan lebih menunjukan kelemahan beliau yang lebih besar jika perkara ini dibawa ke mahkamah.

Usaha mempertahankan jawatan itu adalah haknya tetapi ia mempunyai limitasinya juga. Jika melintasi sempadannya ia akan memudaratkan negara dan generasi rakyat negara kita ini.

Tiada undang-undang baru kekang hina raja

Posted: 08 Dec 2014 04:28 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan tidak berhasrat menggubal undang-undang baharu bagi mengekang perbuatan menghina institusi Raja, persidangan Dewan Negara diberitahu, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata ini kerana undang-undang sedia ada adalah mencukupi untuk melindungi kemuliaan institusi berkenaan.

"Pada masa ini undang-undang sedia ada bagi melindungi kemuliaan institusi Raja, Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong adalah mencukupi.

"Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan istimewa institusi Raja, Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong, antaranya dalam Perkara 32, Perkara 38 dan Perkara 71," katanya menjawab pertanyaan Senator Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah.

Raja Roopiah ingin tahu apakah tindakan yang diambil terhadap mereka yang menghina pemimpin dan institusi Raja dan apakah undang-undang yang ada kini harus diperketat atau perlu digubal satu akta baharu.

Nancy berkata terdapat beberapa undang-undang yang diperuntukkan kepada sesiapa yang menghina atau mengeluarkan kenyataan menghina institusi Raja, Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong, antaranya subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

Selain itu Seksyen 425 Kanun Keseksaan (Akta 547) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) juga terpakai bagi perbuatan menghina pemimpin negara, katanya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Nancy berkata kerajaan juga tidak bercadang untuk meminda Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166) bagi membolehkan penubuhan suatu badan kawal selia lain, selain Majlis Peguam, bagi profesion undang-undang.

"Pada masa sama juga, sehingga kini masih tiada perancangan untuk meneruskan cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang," katanya.- Bernama

BN yang bodoh, bukan rakyat Malaysia

Posted: 08 Dec 2014 04:23 AM PST

lge

Roketkini.com


GEORGE TOWN: Setiausaha Agng DAP Lim Guan Eng berkata, beliau amat tidak bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MAS perlu melantik seorang ekspatriat sebagai ketua pegawai eksekutif kerana 'orang Malaysia bodoh'

"Sebenarnya, Barisan Nasional yang sebenarnya 'bodoh' kerana bergantung kepada agenda perkauman untuk melindungi kroni yang tidak mempunyai keupayaan, bukannya mencari rakyat Malaysia berbakat seperti pasukan AirAsia Fernandes, Kamarudin Meranon dan Azran Osman Rani," kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir dalam satu kenyataan mengulas pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

Katanya. 'kebodohan' itu juga merupakan faktor penyumbang kepada kerugian, dan MAS yang bertanggungjawab atas kerugian itu cuba membetulkan keadaan.

CEO syarikat penerbangan Aer Lingus Plc, Christoph R Mueller bakal menyertai MAS NewCo sebagai ketua pegawai eksekutif selepas 28 Februari.

Guan Eng berkata, Air Asia berjaya di peringkat antarabangsa tanpa bantuan subsidi kerajaan dan mampu mengubah industri penerbangan dengan idea menawarkan tambang murah.

"Sebaliknya MAS yang mendapat bantuan berpuluh-puluh bilion ringgit dari kerajaan selain mengenakan tambang yang tinggi masih mencatatkan kerugian. Manakala Air Asia mencatat keuntungan besar walaupun mengenakan tambang rendah.

"Rahsia kejayaan Air Asia mudah dan diamalkan oleh semua syarikat cemerlang, iaitu fokus , ketegasan, kecekapan, kejujuran dan menghargai bakat tanpa mengira bangsa atau agama," kata Guan Eng.

Dalam pada itu katanya, wujud kebimbangan bahawa MAS bakal mengulangi kerugian seperti dialami 1Malaysia Development Board (1MDB) yang kini berhutang RM41.9 bilion.

"Rakyat Malaysia berharap CEO baru diberikan kebebasan untuk 'membersihkan' MAS dengan tumpuan kepada salahurus syarikat, dan bukannya menambil jalan mudah mengurangkan 6,000 kakitangan.

"Rakyat Malaysia juga ingin tahu terma dan faedah diperoleh CEO asing yang baru ini kerana ia perlu diperjelaskan untuk membuktikan komitmen MAS terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban," kata Guan Eng. – Roketkini.com

Gabungan tokoh Melayu desak kerajaan lawan pelampau agama

Posted: 08 Dec 2014 04:17 AM PST

razlan

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Sekumpulan tokoh Melayu yang terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik dan profesional menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan segera ketegangan antara kaum dan agama dalam negara.

Surat terbuka ditandatangani 25 individu itu mendesak penyelesaian segera kerana isu tersebut melunturkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan perlindungan, selain menjejaskan kestabilan negara.

Penulisnya Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda yang juga bekas Ketua Pengarah Penyelidikan, Perjanjian dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar bimbang dan kecewa dengan perbalahan berterusan berhubung kedudukan dan amalan undang-undang Islam di negara ini.

"Semakin banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kanan dengan sewenang-wenangnya menuduh pihak yang berani bersuara sebagai anti-Islam, anti institusi beraja dan anti-Melayu," kandungan surat terbuka tersebut dipetik.

Kumpulan itu bimbang bercambahnya NGO berhaluan kanan, menggambarkan salah faham kedudukan undang-undang Islam dalam kerangka demokrasi berparlimen, serta mencerminkan keruntuhan pembahagian kuasa antara Pusat dengan kerajaan negeri.

"Perkembangan ini menjejaskan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, melahirkan sikap tidak bertolak-ansur dan ketaksuban, serta menggugat keamanan dan kestabilan negara," ujarnya.

Tegas mereka, tindakan kumpulan NGO itu menyukarkan usaha untuk mengadakan perbincangan dan mencari jalan penyelesaian konflik secara rasional.

Dalam pada itu penggunaan Akta Hasutan sebagai alat menggertak dan mendiamkan sesiapa yang mempunyai pandangan yang berbeza juga amat membimbangkan.

Sehubungan itu, mereka mendesak Najib untuk menilai semula undang-undang Jenayah Syariah dan memastikan hak rakyat membahaskan bagaimana Islam diguna sebagai sumber undang-undang serta dasar awam negara.

Mereka turut menyarankan Najib mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam penaafsiran teks dan ilmu fiqah, termasuk kaedah perundangan yang memungkinkan reformasi dan menegakkan prinsip kesaksamaan serta keadilan.

"Najib juga harus melantik pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana terbuka berhubung pentadbiran undang-undang Islam di negara ini," tambah surat tersebut.

Selain Noor Farida Surat tersebut ditandatangani bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Datuk Abdul Rahim Haji Din, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Latifah Merican Cheong dan 20 lainnya.

Kumpulan bekas Pegawai Tinggi Kerajaan bimbang dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mendakwa golongan transgender dan Sisters in Islam (SIS) sebagai satu 'gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam' dan cubaan untuk 'memesongkan akidah umat Islam'

"Kenyataan mengapi-apikan seumpama ini daripada seorang menteri menunjukkan komitmen Najib memperjuangkan gagasan kesederhaan tidak perlu diambil berat memandangkan menteri kabinetnya sendiri memperlekehkannya," tegasnya. – Roketkini.com

Negeri Sembilan ‘hadiah’ kawasan balak 800 hektar kepada kroni?

Posted: 08 Dec 2014 04:12 AM PST

Anthony_Loke_DUN_Neg9

Roketkini.com


SEREMBAN: Ketua Pembangkang DUN Anthony Loke Siew Fook hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menganugerahkan kawasan balak seluas 809 hektar kepada Langkah Hormat Sdn Bhd, syarikat yang langsung tidak mempunyai pengalaman.

"Daripada sepuluh syarikat diberikan lesen balak pada 2013, apakah keistimewaan Langkah Hormat Sdn Bhd diberikan dua lesen?

"Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Haji Hasan harus memberi penjelasan mengenai penganugerahan misteri ini," kata Loke dalam ucapan Perbahasan Belanjawan 2015 di Dewan Undangan Negeri.

Menurut Anthony, satu daripada dua lesen itu untuk sebahagian kawasan 15,16,17,81 dan 80 (Blok A) Hutan Simpang Triang, Jelebu seluas 404.69 hektar.

Manakala, satu lagi lesen adalah sebahagian kawasan 15,16,17,81 dan 80 (Blok B) di tempat dengan keluasan sama.

"Ini bermaksud Langkah Hormat Sdn Bhd mendapat lebih 800 hektar tanah pembalakan merangkumi 50 peratus jumlah kawasan yang dibenarkan di seluruh Negeri Sembilan.

Loke yang juga ADUN Chennah menyatakan, jawapan bertulis diterimanya April lalu memberitahu, bagi tahun 2013 kerajaan negeri mengeluarkan lesen pembalakan kepada sepuluh syarikat dengan keluasan 1,661.79 hektar.

Kerajaan negeri menyatakan hasil dikutip pada 2013 dari aktiviti pembalakan sebanyak RM11,0032,659.49

Dalam pada itu semakannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Langkah Hormat Sdn Bhd dengan nombor syarikat 983808-A hanya ditubuhkan pada 23 Mac 2012 dan beralamat di Melaka.

"Lebih mengejutkan, dilaporkan dalam maklumat syarikat ialah 'dormant' (tidak aktif) dengan 'paid-up capital' hanya RM10 ribu dan tiada langsung penyata kewangan dilaporkan," ujar Anthony.  - Roketkini.com

Pemuda UMNO gentar ramai anak muda sertai DAP

Posted: 08 Dec 2014 04:08 AM PST

Roketkini.com


Konvensyen_DAP_Johor_2014

BATU PAHAT: Gesaan Khairy Jamaluddin untuk meremajakan partinya petunjuk nyata ketakutan UMNO terhadap kuasa anak muda yang lebih berpihak kepada pembangkang terutamanya DAP, kata Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

"Dari ucapan Khairy dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU 2014) baru-baru ini, jelas beliau kagum dengan DAP dan kecewa dengan parti dan pemimpin mereka sendiri yang menolak suara anak muda," kata Chin Tong dalam Konvensyen bersama Pemuda DAP (DAPSY) dan Wanita Johor di Batu Pahat, semalam.

Kata Liew, kemampuan DAP mengiktiraf dan menghargai pandangan anak muda terbukti apabila enam dari 20 Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dilahirkan selepas 1970, manakala dua darinya iaitu Teo Nie Ching dan Zairil Khir Johari lahir selepas 1980.

"Daripada 104 Adun DAP, 21 orang dilahirkan selepas 1980 manakala lima daripada 13 Adun kita di Johor dilahirkan selepas 1980.

"Dengan pindaan Perlembagaan parti dicadangkan pada Persidangan Kebangsaan minggu depan, bilangan anggota CEC meningkat dari 20 kepada 30 orang sekaligus lebih ramai pemimpin muda dipilih sebagai pembuat dasar parti pada masa akan datang.

"Tidak seperti parti-parti lain, DAP memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin," ujarnya.

Liew turut memuji usaha Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook yang telah menerajui perubahan bagi DAPSY dengan mengurangkan had umur kepada 35 tahun pada tahun 2012 ketika menjawat sebagai Ketua Pemuda.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO dalam PAU 29 November lalu berulang kali menggesa partinya menerapkan konsep peremajaan parti bagi menarik golongan muda yang dilihat cenderung memilih DAP.

Walaupun menggunakan bahasa agak kasar dengan memperlekehkan calon muda Parlimen Teluk Intan DAP Dyana Sofya Mohd Daud, namun beliau secara tidak sedar telah mengagumi DAP yang mengangkat peranan golongan muda.

Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP turut menyarankan agar DAPSY dijadikan tempat latihan bagi golongan muda berusia 17 hingga 30 tahun, dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. -Roketkini.com

Cukai wayang dijangka 31% lepas GST

Posted: 08 Dec 2014 04:00 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Cukai tiket wayang dijangka naik kepada 31 peratus daripada harga jualan selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan bermula April tahun depan.

Ini ekoran tambahan 6 peratus GST kepada cukai hiburan sedia ada 25 peratus, menurut jangkaan laman promosi filem terkenal Cinema Online.

Ini kerana GST menjadi cukai baru dan bukan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), seperti dalam kes barangan dan perkhidmatan lain.

"Cukai GST yang baru mahu menghapuskan SST, ia kedengaran seperti perjanjian yang cukup baik secara matematik bukan? Salah, kerana tiket wayang tidak tertakluk kepada SST, hanya cukai hiburan (cukai 25 peratus sedia ada), itu sebabnya cukai yang diletakkan sudah tinggi.

"Dengan enam peratus cukai tambahan (GST), ditambah dengan 25 peratus cukai hiburan anda, ini akan menjadikan jumlah cukai yang anda perlu bayar sebanyak 31 peratus dan ini hanya untuk membeli sekeping tiket wayang," katanya penulis portal itu Naseem Randhawa.

Bukan itu sahaja, menurut Naseem lagi, makanan ringan yang dijual di luar panggung wayang seperti bertih jagung akan turut dikenakan enam peratus cukai GST.

"Pelaksanaan GST akan menyebabkan dompet kita lebih ringan dan tidak berat.

"Bagaimanapun, jika anda berfikir untuk makan di panggung wayang di TGV atau GSC yang mana harga makanan telah dimasukkan caj perkhidmatan sebanyak sepuluh peratus dan ditambah pula dengan GST enam peratus, ini menjadikannya lebih mahal," katanya.

Sekitar Kuala Lumpur, tiket wayang paling murah boleh diperoleh dengan harga RM8, pada waktu-waktu tertentu, tetapi kebiasaannya belasan ringgit.

Tinjauan atas talian

Cinema Online turut membuat tinjauan atas talian bagi mendapatkan maklum balas pengguna di laman web berkenaan.

Lapan soalan diajukan, termasuk berhubung kesediaan penonton berdepan harga baru dan adakah mereka akan tetap menonton filem di panggung wayang atau beralih kepada alternatif lain.

Mereka juga ditanya sama ada cukai hiburan patut dimansuh atau dikurangkan dengan pengenalan GST.

Portal itu bagaimanapun tidak memberitahu bilakah hasil maklum balas dari pengguna akan diumumkan

M'sia Boleh jadi M'sia Bodoh, sindir PAS

Posted: 08 Dec 2014 03:55 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo) terus mengundang kritikan pelbagai pihak.

Kali ini, PAS pula tampil mempersoalkan pelantikan warganegara asing itu kerana didakwa membuktikan kegagalan Malaysia melahirkan tokoh korporat tempatan.

"Ini menjadikan slogan Malaysia boleh adalah slogan palsu," kata ketua penerangan pasti itu Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataannya petang ini.

"Pemilihan warga asing untuk menerajui MAS menjadikan slogan Malaysia Boleh bertukar menjadi 'Malaysia bodoh', seperti kenyataan sinis Tun Mahathir (Mohamad bahawa) rakyat Malaysia bodoh dan tak layak untuk terajui MAS."

Menjawab soalan, Mahathir (kanan) hari ini terus sinis terhadap pelantikan warganegara asing dengan berkata ia menjadi "pengakuan kita ini bodoh".

Beliau juga khuatir rakyat Malaysia tiada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti mungkin mengambil 'orang putih' sebagai perdana menteri.

Sementara itu, Mahfuz juga menyindir sama ada jawatan menteri kewangan yang disandang Datuk Seri Najib Razak juga patut diserahkan pada warga asing bagi memulihkan ekonomi negara.

Bukan sekadar pemulihan MAS, beliau membangkitkan isu beban hutang negara dan kejatuhan nilai ringgit.

4 ADUN Pakatan nafi tarik balik sokong Azizah

Posted: 08 Dec 2014 03:52 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Empat ADUN Pakatan Rakyat Selangor menafikan telah menarik balik sokongan mereka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar.

Ahli PKR Badrulhisham Shaharin membuat dakwaan itu dalam satu sidang akhbar hari ini, dengan menunjukkan salinan surat yang kononnya dari ADUN berkenaan mengatakan mereka akan menarik balik sokongan.
 
"Ini tuduhan palsu, fitnah, langsung tidak berasas," kata ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei kepada Malaysiakini.
 
ADUN PKR itu berkata beliau tidak pernah menandatangani sebarang dokumen menarik sokongan kepada presiden parti itu.
 
Sementara itu, ADUN DAP Kinrara, Ng Sze Han juga menyifatkan perkara itu sebagai satu pembohongan.
 
"Ini adalah satu pembohongan. Ia tidak pernah berlaku. Saya telah melihat surat ini (menarik balik sokongan) dan telah menafikannya sebelum ini," katanya.
 
Begitu juga dengan ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran yang turut menyangkal dakwaan itu dan mendedahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat.
 
"Beliau (Badrulhisham Shaharin) tidak boleh semberono. Dia sepatutnya mengesahkan perkara itu terlebih dahulu," katanya.

ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar turut menafikan dakwaan Badrulhisham yang juga bekas ahli majlis pimpinan pusat PKR.
 
Malaysiakini tidak menyiarkan nama seorang lagi ADUN sementara menunggu respon daripadanya.

PasMa: PAS Kelantan akur nasihat MSU

Posted: 07 Dec 2014 09:24 PM PST

ASLANI M 


KOTA BHARU: PAS Kelantan bersetuju menerima pakai nasihat Majlis Syura Ulama (MSU) sehingga ada apa-apa arahan bertulis daripada Setiausaha Agung PAS berhubung Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Setiausaha Badan Perhubungannya, Zulkifli Mamat berkata, mesyuarat PAS Kelantan pada 2 Disember lepas membuat ketetapan tersebut.

"PAS Kelantan pada mesyuarat di Putik membuat ketetapan bersetuju menerima nasihat Majlis Syura Ulama bagi memantau dengan penuh prihatin beberapa tindak tanduk muktahir ini yang dilihat boleh memecah belahkan PAS seperti dilakukan NGO PasMa," katanya pada kenyataan media di sini hari ini.

MSU pada 12 Oktober lepas membuat keputusan yang selaras dengan peringatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang supaya tidak berlaku ada jemaah dalam jemaah.

MSU juga memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PasMa.

Zulkifli yang juga Adun Pulai Chondong berkata, PAS Kelantan menerima pakai nasihat MSU sehingga ada arahan bertulis daripada PAS pusat. HARAKAHDAILY

Isu PERMATA: Jumpa di mahkamah, kata ADUN

Posted: 07 Dec 2014 09:16 PM PST

MALAYSIAKINI


 


"Jumpa di mahkamah."

Begitu kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan Haniza Talha selepas memberi kenyataan di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya terhadap siasatan menghasut hari ini.

Beliau dipanggil untuk soal siasat selepas mengkritik peruntukan belanjawan kepada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak PERMATA hasil cetusan idea isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Ditemani peguam G Sivamalar, Haniza berkata, beliau tidak menjawab soalan yang diajukan kerana merasakannya suatu "perangkap".

"Saya beritahu dia (pegawai penyiasat) saya hanya akan jawab soalan atau beri maklumat lanjut di mahkamah," katanya kepada pemberita di luar IPD itu.

Haniza, timbalan ketua Wanita PKR, dipanggil polis setelah dua laporan dibuat terhadapnya ekoran artikel di laman web parti itu yang dikatakan berunsur hasutan.

Artikel dirujuk itu berbunyi "Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta" yang mana Haniza dilaporkan mempersoalkan peruntukan itu sedangkan kerajaan sudah mempunyai program prasekolah.

Dr M: Bergantung pada orang asing 'pengakuan bodoh'

Posted: 07 Dec 2014 09:15 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Berbeza dengan laporan sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik kebergantungan Malaysia kepada orang luar untuk memajukan negara.

Menjawab soalan berhubung pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), Mahathir berkata ia menjadi "pengakuan kita ini bodoh".

"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

"Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya," katanya.

Menjelaskan kontroversi kenyataannya sebelum ini, Mahathir menegaskan "orang Malaysia tidak bodoh" dan mempunyai banyak bakat walaupun di zaman British dianggap kolot.

"Tapi nak panggil jadi konsultan (adalah) orang asing. Nak jadi pengarah, orang asing, nampak beri pengakuan kita ni bodoh," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican yang mempertikaikan pelantikan Mueller dan mahukan keutamaan diberi kepada warga tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam (i-QAM) anjuran Universiti Utara Malaysia di Hotel Everly di Putrajaya.

Menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa BN sebenarnya tidak mampu menguruskan syarikat penerbangan Dr Mahathir berkata:

"Kerajaan mesti sedar bahawa kita tidak harus mengaku bahawa kita tidak ada kebolehan.

"Kalau kita percaya bahawa kita tidak ada kebolehan, kita jangan jadi kerajaanlah," katanya.

Olimpik 2020 Tokyo guna balak haram Sarawak?

Posted: 07 Dec 2014 09:13 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Global Witness hari ini mempersoalkan sama ada pembinaan untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 melibatkan kayu yang dibalak secara "haram dan tidak lestari" daripada Sarawak.

NGO itu berkata, berdasarkan siasatan, terdapat syarikat Jepun dan projek pembinaan berprofil tinggi Tokyo "dikaitkan" dengan pemusnahan hutan hujan Sarawak.

Katanya, walaupun tujuh kemudahan Olimpik mungkin bawah pengawasan Pentadbiran Tokyo Metropolitan, yang mempunyai dasar menggalakkan alternatif kepada kayu tropika dalam pembinaan, stadium utama Olimpik mungkin tidak mempunyai dasar sama.

Stadium utama dikawal selia oleh kerajaan Jepun.

Turut dinamakan dua pembekal papan lapis terbesar Jepun, kedua-duanya berasaskan Sarawak, sebagai sasaran utama siasatan.

Malaysiakini sudah menghubungi syarikat-syarikat itu dan tidak menamakannya terlebih dahulu sebelum mendapat reaksi berhubung dakwaan NGO itu.

Global Witness mendawa, syarikat itu berdepan "beberapa dakwaan" pembalakan haram dan tidak lestari.

"Jika kerajaan Jepun dan syarikat-syarikat itu tidak menukar amalan sumber kayunya, pembinaan Olimpik seperti menyumbang ke arah pemusnahan hutan hujan di Borneo," menurut NGO itu.

RM1.34b hutang kerajaan Terengganu semenjak 2008

Posted: 07 Dec 2014 09:11 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA TERENGGANU: Nilai hutang Kerajaan Negeri Terengganu semenjak tahun 2008 sehingga kini berjumlah RM1,341,956,113.87.

Demikian jawaban kerajaan negeri kepada soalan bertulis Adun Bandar, Azan Ismail pada Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.

Manakala bayaran dalam tempoh itu berjumlah RM325,605,594.52.
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dun ke-13 (Bajet) berlangsung hari ini sehingga 11 Disember.

Menjawab soalan Hishammuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh), kerajaan memaklumkan jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan adalah 1,464 kes berbanding tempoh yang sama tahun 2013 (493 kes) menunjukkan peningkatan sebanyak 197 peratus (971 kes) di peringkat negeri.

Semua daerah yang menunjukkan peratus peningkatan iaitu Kuala Terengganu (341.4%), Besut (141), Marang (134), Kemaman (112.8), Hulu Terengganu (100) dan Dungun (70.3) sementara Setiu berkurang 61.9 peratus. - HARAKAHDAILY

Ketua Pembangkang Dun Selangor letak jawatan

Posted: 07 Dec 2014 09:07 PM PST

HARAKAHDAILY


SHAH ALAM: Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias meletak jawatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) berkuat kuasa hari ini.

Shamsudin berkata keputusan itu dibuat selepas beliau menolak perlantikan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor.

Katanya, beliau juga memulangkan semula kereta Toyota Camry yang diberikan oleh kerajaan negeri kepadanya.

"Keputusan ini adalah keputusan peribadi saya yang menolak jawatan sebagai Pengerusi PAC Selangor yang menetapkan Ketua Pembangkang sebagai pengerusi.

"Saya sudah maklumkan keputusan ini kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) Selangor dan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang kepada wakil pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini," katanya dalam sidang media di Lobi DUN Selangor, di sini. - Selangorkini

PAS ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Fuad Hassan

Posted: 07 Dec 2014 09:06 PM PST

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Fuad Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) tengah malam tadi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi berharap agar keluarga Allahyarham bersabar dengan dugaan yang diberikan atas kehilangan orang tersayang.

"Kita (PAS) doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan keluarganya diberi kesabaran untuk menempuhi dugaan atas kehilangan orang tersayang.

"Kita berharap setiap ahli keluarga dapat meneruskan hidup dalam suasana yang lebih baik dan mengganggap apa yang berlaku ini sebagai dugaan daripada-Nya," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut melahirkan rasa bangga dengan keluarga Tan Sri Ustaz Hassan Azhari kerana telah dapat membentuk anak-anaknya menjadi individu yang berkepimpinan dalam pelbagai bidang dan Allahyarham Datuk Fuad Hassan adalah salah seorang daripadanya.

"Walaupun dalam latar belakang politik yang berlainan tetapi kita berbangga dengan keturunan keluarganya yang mempunyai tokoh dalam pelbagai bidang serta sumbangan yang diberikan," sambung beliau.

Fuad menghembus nafas terakhir kita-kira jam 12.20 tengah malam tadi di sisi ahli keluarganya setelah tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital berkenaan awal pagi semalam.

Allahyarham sebelum itu diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutup sempena Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu 11.15 malam kelmarin. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: