Ahad, 7 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Untuk Makluman Mahathir, Bukan Saja AS Tapi Rakyat Malaysia Juga Mahukan Anwar Jadi PM

Posted: 07 Dec 2014 05:47 AM PST

shahbudindotcom


Kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bahawa Malaysia berpeluang membetulkan keadaan dan mempromosi keyakinan dalam demokrasi dan kehakiman melalui keputusan rayuan kes Liwat Kedua melibatkan Anwar Ibrahim yang sedang ditunggu-tunggu ketika ini, telah mengundang rasa kurang senang bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, Amerika Syarikat tidak mahu Malaysia mensabitkan Anwar dalam kes itu kerana mahukan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi Perdana Menteri.

"Itu terpulang kepada mereka tetapi kita tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri," tambah Mahathir lagi.

Sebenarnya ada dua kebimbangan Mahathir dalam perkara ini. Beliau nampaknya bukan saja bimbang Najib Razak akan menerima logik yang disampaikan oleh Joe Biden itu kerana Perdana Menteri  dilihat turut menggilai sanjungan dan pengiktirafan Amerika Syarikat tetapi  juga seolah-olah percaya kerajaan BN akan berakhir dalam pilihanraya umum akan datang.

Anwar pula, bagi Mahathir hanya terhalang menjadi Perdana Menteri jika dipenjarakan tetapi peluangnya tetap ada jika dibebaskan dalam rayuan kes Liwat Kedua ini.

Mahathir juga menyembunyikan kebimbangannya tentang kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri dengan mengatatakan "kita tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri".

Siapakah "kita" yang dimaksudkan Mahathir itu? Adakah ianya bermaksud rakyat yang mempunyai hak mengundi atau penyokong UMNO saja? Atau adakah "kita" itu hanya mewakili Mahathir semata-mata?

Jika hanya penyokong UMNO atau Mahathir saja yang tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri, ia bukanlah sesuatu sukar untuk difahami kerana mustahil mereka mahu menyokong Anwar yang dianggap musuh selama ini.

Tetapi jika "kita" itu merujuk kepada rakyat biasa atau pengundi, anggapan Mahathir jelas tidak tepat. Walaupun dalam PRU 13 lalu, PR hanya menang 89 kerusi, tetapi sokongan undi popular yang diperolehinya ialah 52 peratus.

Kemenangan BN sebanyak 133 kerusi pula hanya meraih undi popular sebanyak 47 peratus. Apakah makna semua itu?

Maknanya tidak lain ialah dalam pilihanraya itu rakyat mahukan perubahan kerajaan dan menolak kepimpinan Najib. Kepimpinan Najib sudah tidak popular di mata rakyat. Melalui undi popular sebanyak 52 peratus yang diterjemahkan rakyat kepada PR bukan saja menunjukkan mereka mahu BN ditumbangkan tetapi juga memilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang popular.

Hasrat, keinginan dan kehendak untuk Anwar menjadi Perdana Menteri itu hanya terhalang kerana sistem pilihanraya berasaskan undi majoriti di 222 kawasan Parlimen atau "first-past-the post" yang diamalkan oleh negara kita.

Tetapi hasrat, keinginan dan kehendak bertukar Perdana Menteri itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa juga.

Malah setelah lebih setahun selepas keputusan PRU 13, kerajaan pimpinan Najib Razak terus merudum sokongannya daripada rakyat dan ini juga bukti bahawa hasrat, keinginan dan kehendak itu sentiasa membara di jiwa rakyat.

Dengan itu, tidak disangsikan lagi bahawa jika "kita" itu merujuk kepada rakyat atau pengundi, ia jelas tidak tepat dan tersasar jauh. Melalui undi sebanyak 52 peratus kepada PR adalah bukti rakyat atau pengundi mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri berbanding Najib yang hanya disokong oleh 47 peratus undi rakyat jelata.

"Kita" yang tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri itu hanyalah tepat mewakili Mahathir dan penyokong UMNO saja. Itupun jumlahnya ketika ini mungkin lebih kecil daripada 47 peratus.

Batal pasport Tan Jye Yee tidak bijak

Posted: 07 Dec 2014 05:29 AM PST

MSO



Alvin Tan bukan masalah bagi Malaysia.
Cadangan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi hendak membatalkan pasport remaja Cina bernama Alvin Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26 yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat, kerana geram dengan tindak tanduk remaja berkenaan perlu difikir semula.

Zahid bercadang akan mengarahkan tindakan membatalkan pasport remaja Cina ini secepat mungkin. Alasan Zahid dengan pembatalan pasport remaja Cina ini menyebab dia tidak ada hak untuk tinggal di mana-mana negara kerana tidak ada apa-apa dokumen mengesahkan dia sebagai warga negara mana-mana.

Pasport adalah dokumen perjalanan untuk seseorang warganegara ke mana-mana negara yang dibenarkan negara asalnya.

Kononnya apabila pasport remaja Cina itu dibatalkan dia akan dihalau keluar dari negara yang didudukinya kini dan akan pulang ke negara asalnya.

Apakah apabila dibatalkan remaja Cina itu akan pulang ke Malaysia macam itik pulang petang dan KDN boleh mendakwanya di mahkamah? Segampang itukah? Apa kata kalau setelah dibatalkan remaja ini terus menghilang dan sesekali terus muncul mengkritik Malaysia melalui media sosial dari mana-mana lokasi? Tidakkah cara itu tambah menyakit hati dan menggeramkan perasaan. Perbuatannya itu laksana nyamuk yang mengian-ngian dicuping telinga sahaja.

Remaja Cina itu juga yang merupakan blogger pernah didakwah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama pasangannya Vivian Lee, 25 dibawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Islam di bulan Ramadhan. Perbuatannya menjadi viral di media sosial dan dikutuk oleh berbagai lapisan umat Islam negara ini. Gara-gara itu dalam sekejap masa sahaja nama Alvian Tan menjadi sebutan dan nyanyian.

Ekoran itu pula mahkamah mengeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir diri ke mahkamah.

Menurut lokasi pada catatan terbarunya remaja Cina ini dikatakan berada di Los Angeles Colifornia Amerika Syarikat. Alvin membuat catatan terbaru yang menambahkan geramkan hati Zahid dan rakyat Malaysia juga apabila mempertikaikan tindakan Sultan Selangor yang menarik balik darjah kebesaran membawa gelaran Datuk Seri daripada Anwar Ibrahim.

Remaja Cina ini bersenda mengatakan sultan tidak ada hak untuk memberi dan menarik balik darjah kebesaran. Itu sahaja. Ternyata persendaan terbaru Tan itu menimbulkan keberangan Zahid sehinggakan mahu membatalkan pasport remaja Cina ini. Mungkin Zahid juga sebagai anak Jawa ingin menunjukkan taring dan kebengkangannya walaupun ia tidak sepadan.

Betulkah tindakan Zahid itu dan juga pihak berkuasa terhadap remaja Cina itu sebelum ini?

Bagi saya sepatutnya kerajaan tidak melayan kerenah remaja itu sebegitu sekali. Sepatut ia dibiarkan sahaja atau angap dia seperti kerenah "mat-mat rempit" sahaja yang ditegur tetapi tidak diambil tindakan begitu serius.  Biarlah kalau dia hendak melalak atau melolong. Jiwa anak mudanya sepatutnya difaham dan tidak diberi layanan lebih. Apabila dia diberikan penghormatan dengan mengambil tindakan mengheretnya ke mahkamah, menyebabkan remaja Cina itu merasa hebat dan kerenahnya memberi kesan kepada negara. Sebagai anak muda yang hidup penuh dengan sora sore dan tidak hadam sejarah itu yang diamhui.

Dengan tindakan berlebihan itu, baik-baik orang tidak tahu dan kenal siapa dia, Tan Jye Yee, kini semua orang kenal siapa dia Tan Jye Yee. Tindakan pihak berkuasa ini di sini kurang bijak, kerana kerana telah memberi publisiti mewah kepada remaja Cina itu dan pasangannya. Gara-gara publisiti itulah menjadikan dia besar kepala dan merasakan dia berjaya menganggu kepala sesetengah orang dalam kerajaan. Tambahan lagi ada pihak yang bertepok tangan memberi sokongan dan semangat kepada perbuatannya.

Mulanya mungkin aksinya (menaik turun klik video itu) sebagai gurauan dan bersahaja saja, tetapi apabila ia salah ditanggapi ia menjadi serius dan inilah menyeronokkannya. Kerajaan sebelum bertindak seharusnya mengkaji dahulu akan kesan dan implikasinya. Mungkin kerana terikut sangat sentimen dan perasaan rasis maka berlakulah apa yang berlaku kini. Butir gatal telah menjadi pekong besar.

Saya percaya kalau kelakuan biadapnya menerusi klik video itu tidak diperbesarkan, isu itu akan berlalu begitu sahaja. Masih banyak isu-isu lain yang dikira boleh merosak dan menganggui kerajaan tetapi kerana ia ditangani dengan ceramat dan penuh taktikal dan psokologus maka isu itu berlalu begitu sahaja. Sebagai contohnya pembunuhan wanita angguan Mongolia, Altantuya yang menjadi isu politik negara ini. Isu itu boleh menganggu pemikiran dan jiwa Najib Razak. Tetapi Najib mengambil pendekatan lunak tidak melayan isu secara berlebih-lebihan, akhirnya ia berlalu begitu sahaja. Kini walaupun kes itu masih ada dalam ingatan ia tidak menjadi viral dalam masyarkat.

Nah, sepatutnya isu remaja Cina bernama Alvin Tan ini dan juga beberapa kes lain yang mudah disabitkan di bawah Akta Hasutan, termasuk isu-isu menyentuh soal agama tidak dilayan secara begitu serius bagi mengelakkan ia dilihat penting dan kemudian menjadi fokus dan terheret pula ke luar negara sehingga Malaysia disuluh negara yang primatif.

Mengenai remaja Cina ini yang kini dianggap tidak ada kelayakan lagi untuk berada di Amerika apabila pasportnya dibatalkan, bukan satu perkara mudah untuk membwa baliknya. Saya tidak kira Amerika akan mudah memberi kerjasama untuk mengirimkan balik. Dua tiga hari lepas ada pemimpin negara itu bersuara mengkritik tindakan Najib Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948. Bagi saya sinisme pemimpin Amerika itu sedikit sebanyak ada hubung kait dengan apa yang berlaku ke atas remaja Cina itu. Apakah Amerika tidak tahu yang Alvin Tan bermukim di buminya?

Kita marah dan membedal Amerika apabila pemimpinnya bersuara mahu campur urusan dalam negara kita. Apakah negara itu dengar dan kecut perut dengan kritikan kita? Amerika sebagai kuasa besar dianggap Police State tidak akan peduli apa yang dunia memperkatakannya, apa yang dia mahu dia ingin memburuk dunia lain. Mengkrik Amerika samalah dengan kita cuba menjadi tikus untuk mengerit (gigi) paha belakang gajah.

Sekali lagi saya nyatakan, cadangan untuk batalkan pasport remaja Cina itu jangan diteruskan. Elok difikir 10 kali lagi. Biarkan dia dan jangan sibuk memberi ulasan apa lagi mengecamnya. Tindakan remaja Cina itu laksana budak memangis mahukan perhatian, apabila dia puas menangis maka akan berhentilah dia.

Lagipun persendaan dia tidak memberi apa-apa bekas pun kepada negara. Sultan Selangor tidak pun turut daulat dan agama Islam yang disendakan menerusi klik video itu tetap juga utuh. Kemurnian dan kedaulatan agama itu tergatung kepada kita sebagai penganutnya. Kalau kita kuat beriman dan bertakwa maka kuat dan terjagalah Islam kita. Kecemaran bangsa dan agama Islam di negara ini bukan kerana persenda orang lain, tetapi adalah kerana kebabilan kita sesama kita. Faham dan jangan jadi bodoh.

Untuk memadam api yang sedang menyala itu caranya bukan dengan mengatak-ngatak atau memukul-mukul kayu menjadi unggul api itu, tetapi dengan menutup ruang pernafasan agar pucuk api tidak dapat menyambar udara.

Pemuda MCA, MIC ditegur gagal main peranan

Posted: 07 Dec 2014 05:25 AM PST


Mohd Razlan Muhammad Rafii Mohd Razlan Muhammad Rafii
 
 
LUAHAN hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang mengakui beliau malu, letih, perit dan serik dengan kemelut politik Umno Selangor sebelum ini menjadi pedoman dan peringatan kepada semua kepimpinan Umno di setiap peringkat dalam memastikan parti itu terus relevan dan kembali wibawanya pada PRU14 akan datang.

Jika dibiarkan berterusan, tidak mustahil untuk BN mendapatkan majoriti semakin sukar, paling khuatir akan kehilangan kerajaan.

Untuk melihat sejauh mana kerjasama ikatan BN terutamanya, Sinar Online mendapatkan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, MOHD RAZLAN MUHAMMAD RAFII bagi menjelaskan perkara ini.

Ikuti wawancara eksklusif wartawan Sinar Harian Online, Nizam Zain bersama jurukamera Yusrizal Yusuf.

Mengapa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sering dilihat bersendirian dan lebih menyerlah dalam usaha mendekatkan golongan muda.

Kita melihat kepada perjuangan Pemuda ini sejak dulu lagi kita ada semangat kita yang akan berpaksikan kepada ketua kita atau akur kepada ketua.

Ia bukan bermaksud hanya Khairy sahaja yang menyerlah, bagi saya mereka (pemimpin Pemuda lain) mereka terus buat kerja juga menerusi biro masing-masing seperti biro kesejahteraan bandar dan biro kos sara hidup.

Biro ini diwujudkan sebagai latihan dan banyak biro dalam kepimpinan Khairy memang buat kerja, cuma hari ini kemungkinan kita melihat pendedahan itu diberikan kepada beliau sahaja.

Kalau kita hendak tengok dari segi KPI, saya melihat biro-biro dalam Pemuda Umno Malaysia ini memang menjalankan kerja-kerja mereka.

Pemuda Umno Wilayah Persekutuan pula, kami bertanggungjawab untuk memperjuangkan anak muda bandar, kami juga bawa isu perumahan, isu gelandangan dan isu kos sara hidup.

Tahun lepas kita lihat kos sara hidup diperkatakan oleh banyak pihak tetapi pada waktu isu kita melihat biro yang dijaga hal ehwal pengguna ini menggunakan pendekatan yang baik dengan turun padang dan turun ke pasar borong menemui rakyat.

Kita melihat bukan sahaja Khairy, kita melihat semua orang dalam Pemuda Umno ini buat kerja, cuma kita mahu Khairy ke depan supaya melambangkan kami.

Kenapa Pemuda Umno dilihat lesu untuk memikat semula golongan muda di bandar? Apakah strategi pada masa depan untuk mengembalikan sokongan anak muda kepada BN?

Kita melihat politik dalam bandar ini agak berbeza dengan luar bandar, permintaan anak muda hari ini terlampau rumit, kita hendak tambat hati mereka bukan seperti pemuda di luar bandar.

Di Wilayah Persekutuan, rata-ratanya anak muda sudah mempunyai keperluan asas yang cukup, kalau di kampung itu hendak bagi jersi itu mereka Alhamdulillah menghargai pemberian itu.

Tetapi hari ini kalau hendak bagi jersi, maksudnya mereka rasa itu perkara biasa, mereka main futsal satu hari pun habis beratus-ratus ringgit.

Maksudnya taraf kehidupan mereka ini berbeza. Sama juga dengan tahap permintaan mereka juga berbeza, jadi anak muda di bandar ini lebih melihat apa kita perjuangkan untuk mereka.

Dengan pendekatan Khairy dengan menjadikan Pemuda Umno ini sebagai pemuda penyelesai masalah diyakini dapat mengembalikan sokongan mereka kepada kami.

Kita bukan hendak gula-gulakan golongan muda ini tetapi pemuda kena tampil dengan formula untuk menyelesaikan masalah.

Sebagai contoh, hari ini kita sudah selesaikan masalah perumahan, pada masa sama kita membantu mereka menyelesaikan masalah untuk mencari pekerjaan.

Ini adalah cerita yang kita tampilkan sebagai anak muda yang menyelesaikan masalah orang muda bandar.

Kita tengok juga kenapa anak muda ini tidak sokong kita, mungkin disebabkan pengaruh atau persepsi negatif yang dimainkan pembangkang.

Ini juga berbalik kepada demografi di bandar yang dilihat kebanyakan komposisi kaumnya di sesuatu kawasan itu tidak langsung seimbang.

Sebagai contoh di Parlimen Seputeh, kaum Cina yang duduk di sini hampir 90 peratus. Berbeza pula dengan Parlimen Bandar Tun Razak, kaum Cina hanya 35 peratus.

Kita lihat kependudukan ini tidak seimbang, namun kita melihat watak yang dimainkan oleh Pemuda Umno ini untuk mendapat sokongan dan diterima dengan baik oleh anak muda Melayu itu di kawasan bandar.

Namun, kita juga mahu tengok bagaimana komponen BN lain memainkan peranan mereka untuk mendapatkan sokongan daripada bangsa-bangsa lain.

Sebab kita ada tanggungjawab, orang Umno ada tanggungjawab untuk menarik sokongan anak muda orang Melayu.

MCA pula ada tanggungjawab mereka menarik golongan belia Cina, serupa juga MIC, dia juga kena menarik sokongan belia India.

Perkara ini bukan satu formula yang dibebankan untuk Umno sahaja tetapi ianya mesti meluas, semua orang kena buat kerja.

Hari ini kita boleh bercakap tentang politik, kita boleh kongsi kuasa, kita boleh biarkan MCA bertanding di Bandar Tun Razak walaupun komposisi kaumnya 55 peratus adalah orang Melayu.

Kita juga boleh benarkan MCA dan Gerakan bertanding di Kepong, Cheras dan Seputeh, dalam masa sama kita minta juga agar komponen ini mempersembahkan KPI mereka kembali bagaimana untuk meraih sokongan anak muda Cina dan India.

Ada banyak perkara yang banyak kita buat kepada semua kaum, seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk anak muda hari ini sebanyak RM493 juta kita berikan kepada kaum Cina.

Pemuda MCA kena bergerak progresif, ada banyak perkara dan pendekatan yang BN laksanakan untuk membela semua kaum, namun MCA dan MIC kena turun bawah beritahu kepada rakyat bahawa semua ini adalah keikhlasan BN dan membawa pembaharuan untuk membela anak muda Cina dan India.

Kita juga tidak tinggalkan anak muda Melayu sebab mereka ini menjadi tanggungjawab orang Umno dan Alhamudillah kita tengok sokongan mereka tetap kepada Umno.

Kita kena perbaharui konsep kongsi kuasa pada hari ini, kalau kita benar-benar turun padang buat kerja, jumpa belia selesaikan masalah dan kita dekatkan hati mereka, Insya-ALLAH kita dapat formula yang bagus.
Berhubung dengan khidmat wakil rakyat pula, kawasan luar bandar mempunyai Dun yang fokus kepada geografi pengundi yang lebih kecil 15,000 hingga 30,000 orang untuk kita jaga dalam satu-satu kawasan.

Kalau dalam bandar seperti Wilayah Persekutuan, seorang wakil rakyat kena jaga hingga 90,000 orang seperti di Bandar Tun Razak, hampir 100,000 orang rakyat.

Hari ini, kita lihat wakil rakyat PR dalam bandar bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi untuk diri sendiri sebab mereka ada banyak alasan untuk tidak turun ke bawah kerana jumlah rakyat terlampau banyak.

Oleh kerana itu, saya mengalu-alukan sekiranya kita ada persempadanan semula agar rakyat dapat wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat untuk mereka.

Sehingga ke hari ini, Umno sentiasa turun ke bawah menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan dan sukan, semuanya dilakukan untuk menyantuni masyarakat meskipun mereka tidak menyokong kami.

Dengan cara ini membenarkan politik persepsi mendapat tempat kepada warga kota. Ini sesuatu yang bahaya, persepsi ini cerita buruk lebih sedap dari cerita baik.

Ini sangat bahaya kepada anak muda, apabila politik persepsi ini terus dimainkan, kita akan dapat kerugian daripada masyarakat.

Adakah wajar nisbah kerusi komponen BN dikaji semula susulan MCA dan MIC gagal memenangi kerusi yang dipertandingkan?

Langkah ini tepat, kita kena kaji semula, jika kita lihat seperti Bandar Tun Razak mempunyai 55 peratus orang Melayu, jadi ia patut diberikan kepada Umno, MCA tidak mampu mengembalikan sokongan orang Melayu kepada kita.

Sama juga dengan tempat-tempat lain, perkara ini perlu dikaji semula kerana parti komponen dilihat terlalu selesa dan mereka beranggapan kalau tidak buat apa-apa pun, Perdana Menteri akan bagi juga (jawatan dalam kerajaan).

Sedangkan setiap hari, setiap minggu, Umno yang buat kerja, MCA dan MIC yang punyai kekuatan sendiri, kenapa tidak buat kerja?

Kenapa DAP boleh mencari populariti dengan kaum Cina, sedangkan MCA takkan 30-40 peratus tidak boleh dapatkan sokongan itu untuk BN?

Sekiranya MCA dan MIC tidak boleh mencapai KPI mereka, maka lebih elok peluang untuk kita menang di kawasan ini diberikan kepada Umno.

Kalau perkara itu boleh jadi kenyataan, kawasan majoritinya Melayu diberikan kepada Umno, kita buatlah, tetapi kalau MCA dan MIC boleh memperbetulkan kesilapan mereka untuk mendapatkan sokongan kaum mereka, jadi kita bagi balik ikut formula kongsi kuasa ini.

Inilah yang kita harapkan sekurang-kurangnya mereka boleh 'deliver' 30-40 peratus untuk memberi kemenangan kepada BN.

57 rumah rosak akibat puting beliung

Posted: 07 Dec 2014 05:22 AM PST


57 rumah rosak akibat puting beliung
 
 
IPOH - Sebanyak 57 rumah di Gugusan Manjoi rosak teruk akibat dilanda puting beliung petang tadi.
  
Kawasan yang terlibat ialah Kampung Tengku Hussein Baru dan Kampung Sungai Tapah Seberang.
  
Anggota Dewan Undangan Negeri Manjoi, Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, kebanyakan rumah rosak teruk di bahagian bumbung.
  
"Bahagian yang paling teruk adalah bumbung. Ada juga rumah yang pagarnya roboh," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah yang terlibat di Kampung Tengku Hussein Baru.
  
Beliau berkata mangsa yang terlibat kini ditempatkan di Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengku Hussein Baru, bagaimanapun jumlahnya masih belum dikenal pasti.

"Bantuan segera akan dihulurkan kepada mangsa terlibat untuk meringankan beban mereka," katanya.
  
Seorang mangsa Habsah Yassin, 86, dari Kampung Tengku Hussein Baru berkata bumbung rumahnya diterbangkan angin dengan sekelip mata dan menimpa kereta cucunya serta pagar rumah sementara barang-barang lain turut rosak.
  
Mohd Khalid Mohd Tahir, 60, dari kampung yang sama berkata ketika kejadian beliau sedang membakar sate bersama anggota keluarganya.
  
"Kami hanya mampu menyorok di kawasan selamat," katanya sambil menjelaskan kejadian itu merupakan kali ketiga sepanjang 35 tahun beliau menetap di kampung itu. - Bernama

Ramai anak tempatan lebih layak terajui MAS

Posted: 07 Dec 2014 04:46 AM PST


MAS MAS
 
 
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan melantik orang luar untuk mengetuai MAS adalah kurang menyenangkan, kata Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Menurutnya, MAS bukan syarikat penerbangan komersil biasa tetapi lebih kepada syarikat penerbangan negara.

"Operasi harian MAS termasuk dalam sektor strategik terpenting Malaysia kerana ia membabitkan soal maruah dan keselamatan negara.

"Sebagai perbandingan, rakyat juga tidak akan bersetuju jika kerajaan melantik warganegara asing mengetuai 'Syarikat Perumahan Negara' atau mana-mana syarikat yang berstatus 'Negara'," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, adalah lebih baik rakyat Malaysia sendiri yang menguruskan hal ehwal negara ini termasuk bagi menguruskan MAS.

"Kita sewajarnya mempercayai bakat-bakat rakyat Malaysia sendiri kerana kita sudah pun menyediakan sistem pendidikan, latihan dan pendedahan yang terbaik di rantau ini.

"Anak tempatan bukanlah calang-calang, malah ramai yang diakui kehebatannya di seluruh dunia. Tindakan menggantikan kepimpinan MAS dengan CEO warganegara asing bukanlah satu penyelesaian jangka panjang yang terbaik," katanya.

Selain itu, Khairul Anwar juga berkata, kerajaan perlu mengkaji semula rantaian perniagaan MAS, daripada pembekalan keperluan, peralatan dan kelengkapan yang mungkin ada ketirisan termasuk hidangan arak.

"Rakyat Malaysia mahu MAS mementingkan strategi korporat yang termaju dan tertib, kepimpinan korporat berteraskan integriti, daya juang dan semangat cintakan negara yang tinggi serta kepatuhan kepada amalan syariah," katanya.

Kes penghakiman ingkar Hadi diputuskan 15 Dis

Posted: 07 Dec 2014 04:43 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu menetapkan 15 Dis ini untuk keputusan permohonan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas pihak plaintif Mohd Shamsul dan defendan menamatkan penghujahan terakhir, kata peguam plaintif, A. Vasudevan kepada pemberita selepas sesi prosiding hari ini.

Pada prosiding itu, saksi plaintif, Luqman Ridhwan Mohd Nor, 26, daripada akhbar Kosmo, memberi keterangan manakala Abdul Hadi, selaku defendan, diwakili peguam Asmuni Awi.

Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini, bagaimanapun kira-kira 200 penyokong presiden itu hadir di perkarangan mahkamah.

Pada 28 Okt lalu, Abdul Hadi dan ADUN Alur Limbat, Ariffin Deraman memberi keterangan sebagai saksi defendan manakala plaintif memanggil saksi iaitu ADUN Bandar, Azan Ismail dan wakil akhbar Kosmo bagi memberi keterangan.

Bagaimanapun wakil akhbar Kosmo tersebut tidak hadir sebanyak dua kali memberi keterangan (28 Okt dan 23 Nov) sungguhpun waran tangkap telah dikeluarkan, tetapi waran tangkap itu tidak dapat dilaksanakan.

Pada 23 Feb lepas, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Dis tahun lepas.

Pada 27 Feb lepas, Abdul Hadi memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - Bernama

Kerajaan disaran pertimbang kembalikan ISA

Posted: 07 Dec 2014 04:42 AM PST

SINAR HARIAN

Analisis
 
 
KUALA LUMPUR - Undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, amat diperlukan bagi menangani anasir-anasir subversif, sekali gus memastikan keharmonian dan kestabilan sesebuah negara.

Beberapa penganalisis politik tanah air berpendapat ISA, yang telah dimansuhkan kerajaan pada 2011, sebenarnya masih relevan dan kerajaan disaran mempertimbangkan saranan agar ISA dikembalikan bagi mengekang tindakan pihak tertentu mengganggu-gugat keselamatan negara selain menangani perlakuan subversif.

Bagi menggantikan ISA serta memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan dan kerukunan hidup rakyat dan negara, dua undang-undang baharu iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ringkasnya Sosma dan Akta Perhimpunan Aman 2012 diluluskan Dewan Rakyat pada 2012.

Seperti yang dinyatakan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad baru-baru ini bahawa keputusan kerajaan memansuhkan ISA sebagai satu kesilapan dan kerajaan harus mempertimbang keperluan untuk mengadakan semula akta tersebut tanpa takut kepada kritikan mengenainya.

Perlukah ISA dikembalikan? ‎

  
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Jabatan Perdana Menteri Prof Dr Jayum Jawan berkata, akta seperti ISA sememangnya diperlukan untuk sesebuah negara menangani pelbagai ancaman baharu yang menggugat ketenteraman awam dan kestabilan politik.

"Daripada satu sudut, undang-undang seperti ISA bersifat menyekat sesuatu perbuatan walaupun ia masih di peringkat perancangan (belum dilakukan lagi).

"ISA mampu menentang perbuatan subversif kerana sifatnya yang boleh dirumuskan sebagai tahan dulu, bukti kemudian berbanding amalan biasa jika ada bukti baru boleh tahan (prinsip tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah)," katanya.

Namun, yang menjadi kebimbangan sesetengah pihak adalah penyalahgunaan ISA untuk tujuan selain daripada menangani ancaman keselamatan.

Katanya ini kerana ISA sebelum ini didakwa sebagai terlalu mudah digunakan terhadap lawan politik terutama apabila ada pihak yang merasakan kedudukan politik mereka terancam.

Bagi pensyarah Kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, ISA menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rakyat di  negara ini.

"ISA bersifat mencegah sebelum parah namun malangnya ia dibubarkan ekoran janji politik.

Falsafah di sebalik kemudahan sesebuah akta perlu difahami setiap pemimpin agar akta yang disifatkan sebagai benteng utama negara tidak dijadikan korban hanya kerana agenda politik.

"Pemansuhan ISA juga bermaksud tiada lagi peluang besar untuk kerajaan menggubal akta sekukuh ISA disebabkan faktor komposisi pembangkang di Parlimen semakin bertambah. ISA sepatutnya diperkukuhkan dengan beberapa penambahbaikan," katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, Md Shukri berkata, sesebuah undang-undang atau akta perlu bersifat menjuarai elemen mempertahankan keselamatan negara dan faktor 'akta lama yang sudah lapuk' tidak wajar dijadikan isu untuk akta berkenaan dimansuhkan.

"Amerika Syarikat mempunyai akta seumpama ISA, dikenali sebagai 'Patriot Act'. Mereka bukan sahaja menahan rakyat mereka yang disyaki terlibat dengan jenayah subversif bahkan turut menahan rakyat dari negara lain yang dianggap menggugat keselamatan mereka.

"Persepsi antarabangsa mendesak kita memberi kebebasan penuh sedangkan mereka sendiri melanggar hak asasi manusia berkali-kali dan berterusan melakukannya. Justeru, Malaysia tidak harus tunduk dengan tekanan antarabangsa yang sememangnya mahu ISA dimansuhkan," katanya.

Bersependapat dengan Md Shukri, Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, ISA masih relevan dalam konteks pencegahan terutama melibatkan pelbagai anasir negatif, yang berleluasa sehingga membawa kepada kerosakan negara.

Katanya keadaan menjadi sukar apabila terdapat pihak tertentu menggunakan media sosial termasuk mempunyai rangkaian antarabangsa yang sukar dikawal.

"Justeru, keperluan kepada undang-undang pencegahan seperti ISA amatlah diperlukan bagi mengawal negara daripada kumpulan yang cuba merosakkan keharmonian dan kestabilan negara.

"ISA sebetulnya amat sesuai untuk mencegah anasir subversif seperti komunis, ektremis agama serta ektremis politik. Undang-undang yang ada pada hari ini kurang berkesan sebagai mekanisme pencegahan kerana ia terpakai apabila seseorang itu ditangkap dan diambil tindakan sahaja sedangkan apabila sesuatu berlaku, kemungkinan ia telah membawa kerosakan besar kepada negara," katanya.

Daripada satu aspek kebebasan bersuara, Jayum berkata keputusan kerajaan memansuhkan ISA merupakan satu tindakan tepat dalam memberi ruang demokrasi lebih luas kepada rakyat.

Beliau berpendapat setelah 57 tahun negara merdeka dan meneliti amalan demokrasi negara, rakyat merasakan diri mereka sudah cukup matang untuk berpolitik dalam suasana baharu selain faktor ISA yang sering disalahguna oleh pihak tertentu, menyumbang kepada desakan menuntut pemansuhan ISA.

"Pemansuhan ISA adalah satu kredit kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukti beliau mendengar suara dan tuntutan rakyat.

"Namun, mungkin apa yang tidak terbayang ketika itu (keputusan memansuhkan ISA) ialah kecekapan dan keberkesanan anggota keselamatan dalam menangani pelbagai ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara akan terjejas apabila tiada ISA.

"Ini kerana pemansuhan dibuat secara tiba-tiba dan selama ini pihak keselamatan bergantung kepada akta ini. Apabila ISA tiada, mungkin persediaan untuk mengisi kekurangan itu memerlukan usaha giat dan sedikit masa," katanya.

"Justeru, pihak keselamatan perlu diberi kuasa supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan dalam meningkatkan kepercayaan awam bahawa negara dalam keadaan selamat dan bebas daripada ancaman pihak tidak bertanggungjawab.

"Sekiranya kerajaan berhasrat memperkenalkan undang-undang seperti ISA rakyat perlu diyakinkan bahawa ia tidak akan menjadi senjata politik untuk mengekang mereka bersuara termasuk menutup suara lawan politik. Selain itu, jaminan semakan (review) perlu ada supaya undang-undang  baharu itu dikendalikan dengan penuh tanggungjawab," katanya. - Bernama

'Kenapa PM tak boleh mungkir janji lagi?'

Posted: 07 Dec 2014 04:36 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji bahawa Akta Hasutan 1948 yang diperkukuh akan digunakan secara adil.

Tetapi adakah beliau tidak akan mungkir janji sekali lagi?

Persoalan itu dibangkitkan oleh anggota Parlimen Seputeh daripada DAP Teresa Kok hari ini, setelah Najib menarik balik janjinya memansuhkan akta kontroversi itu.

Perdana menteri (kanan) malah mengumumkan bahawa akta yang digubal di era penjajahan itu akan diperkukuh.

"Bagaimana beliau boleh harap supaya orang ramai percaya padanya selepas mungkir janji yang dibuatnya pada 2012?

"Dan bagaimana seorang perdana menteri boleh mungkir janji.

"Tidak hairanlah jika pengguna Internet selalu mempersendakan slogan BN sebagai 'Janji Dicapati'," katanya dalam konvensyen DAP Melaka hari ini.

Harga minyak jatuh, menteri gesa bantu k'jaan

Posted: 07 Dec 2014 04:33 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menggesa semua pihak agar bersama-sama membantu kerajaan meningkatkan ekonomi negara berikutan kejatuhan harga minyak.

Beliau berkata antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah dengan menurunkan harga barangan kerana kos pengeluaran akan menjadi lebih rendah berikutan penurunan harga minyak.

"Kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan pekerja, marilah kita bekerjasama.

"Kita kata, kita naikkan harga (barangan) sebab kos minyak tinggi, sekarang harga minyak dah rendah marilah kita menyumbang kepada ekonomi, kenapa tidak kita bekerjasama, kita kurangkan harga (barangan)," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kelulusan Kerja-kerja Menaik Taraf Lampu Isyarat di Persimpangan Kampung Baru, Kuala Kuang di Ipoph hari ini, beliau berkata apabila harga barangan dikurangkan, kuasa membeli akan meningkat dan ia akan menyumbang secara positif kepada ekonomi negara.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Husni berkata bilangan negara yang melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) meningkat kepada 169 berbanding 160 negara tahun lepas.

Katanya sembilan negara turut melaksanakan sistem itu sejak setahun lepas.

Kerajaan akan melaksanakan CBP pada kadar enam peratus mulai 1 April tahun depan. - Bernama

DAP: Muslim sendiri belum sedia dengan hudud

Posted: 07 Dec 2014 04:30 AM PST

MALAYSIAKINI


 


DAP mengingatkan PAS bahawa hudud ia tidak selari dengan konsep demokrasi yang cuba diketengahkan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mengulas mengenai "pandangan eksklusif agama" yang menurutnya diamalkan Umno untuk melebarkan perbezaan antara agama dan parti-parti dalam Pakatan.

Beliau mengingatkan PAS supaya tidak terjerumus dalam perangkap itu.

"Kami melihatnya mempunyai dinamik yang sama dengan gesaan oleh pemimpin PAS untuk melaksanakan hudud," katanya.

"Terdapat pandangan yang salah bahawa PAS perlu mengilap keislamannya dengan menggunakan pendekatan lebih eksklusif melalui penguatkuasaan sesuatu bentuk undang-undang agama," katanya.

"Tindakan itu memudarkan pilihan orang Islam untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dan akan menjejaskan orang bukan Islam dalam pelbagai perkara daripada penjagaan hak penjagaan kanak-kanak kepada amalan kebudayaan," katanya.

Lim berkata demikian dalam ucapan di majlis makan malam DAP Seputeh di Kuala Lumpur semalam.

Veteran DAP itu turut mengingatkan PAS bahawa mengikut tinjauan, majoriti rakyat Malaysia tidak bersedia hudud dilaksanakan di negara ini.

MP Umno pertikai orang asing ketuai MAS

Posted: 07 Dec 2014 04:24 AM PST

MALAYSIAKINI






Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican mempertikaikan pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

Wakil rakyat Umno itu berkata, jawatan penting itu seharusnya diberikan keutamaan kepada warga tempatan.

Reezal dalam kenyataannya berkata, beliau sebelum ini telah membangkitkan keperluan menggunakan pakar tempatan sewaktu penubuhan Vestigo Petroleum.

"Tenaga dan kepakaran tempatan mestilah diberikan keutamaan dalam apa jua keadaan.

"Isu ini saya bangkitkan secara jelas di Dewan Rakyat," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menegaskan bahawa industri penerbangan merupakan industri strategik dan penting dan oleh itu pelantikan pengurusan tertingginya tidak harus diambil mudah.

"Walaupun mungkin Mueller adalah pakar terbaik di dalam industri penerbangan beliau masih boleh berperanan sebagai konsultan dan bukannya seorang ketua eksekutif," katanya.

'Bukan nasionalis sempit'

Mueller yang akan memulakan tugasnya pada 1 Januari tahun depan turut dipersoalkan sama ada memahami implikasi keputusan dasar yang akan dibuat kepada negara nanti.

"Apakah CEO baru ini faham dengan implikasi keputusan dasar yang dibuat kepada agenda besar Bumiputera/ekonomi nasional nanti?

"Atau keputusannya akan hanya bergantung kepada keuntungan dan kerugian semata-mata?" soal Reezal.

Katanya, pandangan itu dikemukakan bukan atas jalur pemikiran 'nasionalistik sempit' tetapi "keperluan sebenar MAS dan masa hadapannya".

"MAS bukan syarikat biasa; ia amanah dan lambang kemampuan kita menyusun langkah ekonomi yang tepat," ujarnya.

Sebelum ini mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas pelantikan Mueller dengan kenyataan kontroversi:

"Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan."

Pertubuhan Bible tuntut S'gor mohon maaf

Posted: 07 Dec 2014 04:20 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) hari ini mendakwa tindakan mengecop Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas Selangor sebelum ini mencemarkan kitab suci itu.

"Kami tuntut permohonan maaf daripada pihak berkuasa agama Selangor kerana mencemarkan kitab suci kami, selepas menyerbu premis kami awal tahun ini," kata Presiden BSM Datuk Ng Moon Hing.

Pertubuhan Bible tuntut S'gor mohon maaf

Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) hari ini mendakwa tindakan mengecop Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas Selangor sebelum ini mencemarkan kitab suci itu.

"Kami tuntut permohonan maaf daripada pihak berkuasa agama Selangor kerana mencemarkan kitab suci kami, selepas menyerbu premis kami awal tahun ini," kata Presiden BSM Datuk Ng Moon Hing.

"Bible yang tercemar dan dicop itu kini tidak boleh diedar atau digunakan kerana ia hanya sesuai sebagai barang muzium."

Cop yang dipertikaikan itu berbunyi:

"Penggunaan terhad kepada orang bukan Islam sahaja dan tidak boleh diterbitkan atau digunakan di mana-mana bahagian dalam negeri Selangor selaras dengan Seksyen 9(1) Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. "

Turut dimuatkan versi sama dalam bahasa Inggeris.

Sebanyak 30 Bible yang dicop itu antara 321 yang dirampas daripada BSM oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2 Januari dan dipulangkan kembali awal bulan ini dalam majlis disertai sultan Selangor.

Pelantikan CEO MAS baru bukti Khazanah Nasional gagal

Posted: 07 Dec 2014 02:54 AM PST

 
Sudah 57 tahun negara merdeka, tetapi Malaysia masih bergantung kepada orang asing untuk menentukan hala tuju syarikat penerbangan nasional
MAS_planes


PETALING JAYA : Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airline System Berhad (MAS) Christoph R Mueller akan menjadi bukti kegagalan Khazanah Nasional mencari solusi terbaik menangani masalah kerugian yang membelenggu syarikat penerbangan itu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee yang menyuarakan pendapatnya itu juga menegaskan, walaupun telah 57 tahun negara ini telah merdeka, tetapi Malaysia masih bergantung kepada orang asing untuk menentukan hala tuju syarikat penerbangan nasional negara.

"Apakah perlantikan CEO warganegara asing ini merupakan jalan terbaik untuk membawa MAS maju ke hadapan? Apakah negara kita sudah ketandusan mereka yang berbakat dan berkelayakan untuk memulihkan MAS? Sekian lama kita merdeka apakah kita masih meragui akan kebolehan dan kemampuan rakyat kita?," soalnya dalam entri terbarunya dalam umnobahagiancheras.blogspot.com.

Dalam satu kenyataan semalam, Khazanah melantik Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)- Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), berkuat kuasa 1 Januari akan datang.

Mueller, yang ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga akan dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Mengulas lanjut, Syed Ali menambah, Malaysia mempunyai tokoh yang berkelayakan dalam strategi memulihkan syarikat penerbangan negara antaranya, bekas Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) Nasution Mohamed.

Malah, menurut beliau, kemampuan rakyat Malaysia dalam menjalankan perniagaan mega turut diiktiraf oleh negara-negara di dunia.

"Lihat sahaja bagaimana kerajaan Singapura mengiktiraf fikiran dan bakat rakyat kita dengan melantik Tan Sri Hassan Merican, bekas CEO Petronas sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Semb Corp yang dikendalikan oleh syarikat milik Singapura iaitu Temasek Holdings. 'Jangan kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan," ujarnya.

Beliau berkata, ironinya MAS bukan merupakan syarikat penerbangan komersial, sebaliknya adalah syarikat penerbangan nasional yang membawa wajah dan identiti negara Malaysia.

Syed Ali seterusnya mendesak supaya Tan Sri Azman Mokhtar bertangunggjawab di atas kegagalan itu dengan meletak jawatan sebagai CEO Khazanah Nasional.

Terdahulu kelmarin, Azman Mokhtar dilaporkan berkata Lembaga Pengarah dana pelaburan strategik kerajaan itu telah mengambil kira keadaan kritikal penstrukturan semula MAS, yang memerlukan kepakaran pengurusan penerbangan terbaik, khususnya, mereka yang mempunyai rekod pencapaian yang kukuh dalam memulihkan syarikat penerbangan negara.

"Pencarian global yang meluas dilaksanakan meliputi tenaga kerja rakyat Malaysia dan antarabangsa," kata Azman.

Memetik laporan BERNAMA, beliau berkata Mueller merupakan calon terbaik dan mempunyai dua tugas yang sama penting: memimpin pemulihan syarikat penerbangan nasional dan membangunkan pengganti tempatan.

Azman juga berkata, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly yang turut dilantik menyertai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif juga akan membawa kepakaran dan pengalaman yang luas dalam banyak bidang, termasuk pemasaran, penjenamaan dan pemulihan korporat.

Ketua Hakim Negara diminta jelas kelewatan penghakiman liwat II

Posted: 07 Dec 2014 02:51 AM PST

 
Masa yang lama diambil telah menimbulkan berbagai sepkulasi, prasangka, persepsi dan pandangan negatif terhadap integriti, kecekapan, kebijaksaan dan sihat atau tidak sihat badan kehakiman negara
anwar-saiful


PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria perlu menjelaskan kelewatan keputusan penghakiman berhubung rayuan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibahim mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Zainuddin berkata kelewatan kes liwat Anwar ini telah mengesahkan keraguan orang ramai selama ini terhadap keupayaan sistem kehakiman dan keadilan negara.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu mendakwa, masa yang lama diambil telah menimbulkan berbagai sepkulasi, prasangka, persepsi dan pandangan negatif terhadap integriti, kecekapan, kebijaksaan dan sihat atau tidak sihat badan kehakiman negara.

"Persepsi atau spekulasi paling terkini dan terburuk ialah mengatakan hakim – hakim sedang menunggu keputusan rundingan yang sedang diadakan. Saya tidak tahu apakah rundingan yang sedang diadakan itu? Siapakah yang terlibat? Ada campurtangan politik ke?," katanya dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot.com.

Tambah Zainuddin, kelewatan penghakiman terhadap Anwar mungkin juga sebahagian daripada budaya kerja dalam pentadbiran kerana negara tidak berada di bawah pimpinan yang dinamik dan berinspirasi sebaliknya sekejap ke depan dan sekejap ke belakang, 'flip flop' yang akhirnya menyerap dalam sikap berkerja pegawai pegawai kerajaan dari peringkat tertinggi hingga ke bawah.

Sebelum ini Ketua Hakim Negara memberitahu Bernama bahawa beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana panel hakim masih memerlukan masa untuk melengkapkan penghakiman dengan membaca penghujahan.

"Biarlah kami baca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman. Berilah kami ruang menulis penghakiman" kata Tun Arifin.

Jelas Zainuddin, alasan ini adalah merendah kemampuan berfikir orang ramai yang merasakan tidak logik sama sekali para hakim tidak dapat memikirkan bahawa keputusan ini perlu disegerakan kerana ia melibatkan kepentingan awam yang sangat genting, penting dan perlu disegerakan dengan apa cara sekalipun bagi menjamin keselamatan rakyat dan negara.

Beliau berkata, rakyat merasakan mereka telah memberikan masa yang lebih dari cukup terutama apabila mereka menimbangkan hakim-hakim adalah terdiri dari mereka yang arif dan bijaksana dan tentunya hakim-hakim sekarang tidak seperti hakim-hakim dahulu yang pernah ditegur oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad banyak menghabiskan masa dengan minum arak di Selangor Club.

Ujarnya, bagaimanapun dengan alasan yang diberikan oleh Yang Ariff itu maka rakyat membuat kesimpulan bahawa tidak semua yang arif itu semestinya ariff.

"Orang ramai tidak boleh disalahkan jika mereka mulai mempersoalkan kesihatan, kewibawaan, kearifan, kecekapan dan kebebasan bidang kehakiman negara," katanya.

Kit Siang: Tunku pasti sedih lihat masalah UMNO sekarang

Posted: 07 Dec 2014 02:48 AM PST

 
Jika bapa kemerdekaan negera masih lagi hidup, sudah tentu beliau orang pertama kecewa dengan tindakan pemimpin UMNO sekarang.
lim-kit-siang-oren

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang berkata sekiranya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih hidup beliau pasti sedih melihat keadaan Malaysia masih terbelenggu dengan masalah perkauman, perselisihan agama dan rasuah. lapor Roketkini.

Penasihat DAP itu berkata demikian ketika menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-24 pemergian Perdana Menteri pertama Malaysia, yang meninggal dunia pada 6 Disember 1990 semalam.

"Tunku tentu berasa ngeri jika beliau melihat bagaimana Perhimpunan Agung UMNO dijadikan tempat mengapi-apikan politik perkauman dan hasutan agama dengan menggambarkan bahawa orang Melayu terkepung dan Islam sedang diancam.

"Beliau juga pastinya terkejut dengan tindakan beberapa perwakilan UMNO mendakwa orang Melayu telah menjadi 'hamba di negara sendiri' dan cubaan menukar slogan 1Malaysia kepada 1Melayu," ujarnya.

Menurut beliau lagi, mungkin perkara paling mengejutkan bagi Tunku adalah tindakan pengecut pimpinan UMNO yang gagal bertindak terhadap politik tidak bertanggungjawab dan kebencian seperti dilakukan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan perwakilan Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Sebelum ini Mashitah dalam ucapannya didakwa telah memfitnah kononnya orang Cina di Kedah membakar Al-Quran 'helai demi helai dalam upacara sembahyang', sementara itu Zaidi menuduh kejayaan Kerajaan Pulau Pinang adalah berpunca daripada kegiatan haram.

Tambah Kit Siang, fitnah Mashitah terbukti palsu apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir sendiri mendedahkan bahawa Al-Quran itu tidak dibakar, tetapi dikoyak seorang lelaki tidak siuman, yang telah ditahan di wad psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah.

Pada masa sama beliau turut mengulas, laporan peningkatan tiga anak tangga negara dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI). Jelasnya Tunku tentu tidak akan gembira kerana kedudukan itu jauh lebih rendah berbanding sebelumnya, membuktikan Malaysia salah satu negara paling teruk terjebak dalam rasuah dan skandal kewangan.

"Rasuah dalam tempoh tiga dekad bertambah buruk, jauh berbeza daripada pentadbiran tiga Perdana Menteri pertama Malaysia apabila rasuah tidak pernah menjadi masalah besar dan sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

"Bilakah agaknya Malaysia boleh kembali kepada politik, sederhana dan masyarakat tanpa rasuah seperti dua dekad pertama negara?," katanya

Kerajaan perlu bertindak isu gaji pekerja Bernama TV

Posted: 06 Dec 2014 11:15 PM PST

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia memandang serius terhadap kelewatan pembayaran gaji kepada 20 perkerja Bernama TV (BTV).

Katanya, isu kelewatan pembayaran gaji ini berulang sejak dulu lagi sehingga sekrang belum ada tindakan yang diambil kementerian bagi mengatasinya.

"Pekerja BTV terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masih belum dibayar gaji oleh majikan mereka sejak sebulan lalu.

"‎Pembayaran gaji terakhir yang diterima adalah pada 20 Oktober lalu dan sehingga sekarang mereka belum menerima gaji untuk bulan November.

"Ini suatu perkara yang mengecewakan kita (PAS), BTV merupakan milik kerajaan sepatutnya kerajaan telah sedar dari awal permasalahan yang berlaku dan bukannya membiarkan begitu sahaja," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, jika perkara ini gagal diselesaikan secepat mungkin kerajaan perlu memotong gaji Menteri Komunikasi dan‎ Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai inisiatif awal penyelesaian tersebut.

"Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab masing-masing apatah lagi mereka yng telah berkeluarga.

"Isu gaji merupakan perkara pokok dalam sebuah organisasi, kenapa perkara ini boleh berlarutan sehinggakan pekerja terpaksa cuti.

"‎Nampaknya kerajaan tidak mengambil serius terhadap BTV bagi memastikan syarikat penyiaran milik kerajaan itu terus beroperasi seperti biasa," sambung beliau lagi.

Untuk makluman, isu kelewatan pembayaran gaji pekerja BTV bukan kali pertama berlaku, sebaliknya kelewatan telah berlaku pada bulan Julai, Ogos dan September.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery pada Oktober lalu berjanji akan menyelesaikan masalah ini sebelum akhir tahun ini. – HARAKAHDAILY

'Kalau ugut keluar parti, kita pecat sajalah'

Posted: 06 Dec 2014 11:12 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Abdul Shukur Idrus berkata kumpulan anggota parti yang mengugut untuk keluar parti wajar diambil tindakan pecat.

Katanya, ugutan dari anggota cawangan Damansara Dalam itu bertujuan untuk memalukan Umno dan wajar dikenakan tindakan pecat.

"Kalau dia sudah mahu keluar parti, kita pecat sahajalah dan kita tak terima dia lagi.

"Kalau dia belum keluar, kita boleh panggil dia untuk sesi pendengaran tetapi lebih baik kita pecat sahaja," kata ADUN Kuang itu.

Katanya, sebarang pemecatan hanya boleh dilakukan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

"Kita boleh buat laporan (kepada MT) dan mereka yang akan membuat keputusan," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini.

Isu lembu korban

Menurut Shukur, laporan yang diterimanya memaklumkan bahawa individu yang berbuat demikian tidak berpuas hati dengan isu agihan lembu korban.

"Saya dimaklumkan yang beliau pernah bertanding AJK (anggota jawatankuasa) bahagian tetapi kalah.

"Kemudian ada masalah kecil dengan masalah pengagihan lembu korban.

"Sekarang, dalam hati dia berniat nak memalukan kita, maka dia melakukan perbuatan itu (mengugut keluar parti)," katanya.

Semalam, Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohd Azli Mohd Saad dilaporkan mahu Umno bertegas dengan ugutan 'orang dalam' yang mengugut untuk keluar parti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sebilangan anggota Umno cawangan Damansara Dalam yang menaikkan kain rentang di bangunan Umno Shah Alam, Kelana Jaya dan PJU.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian untuk mencanang rancangan mereka untuk keluar parti beramai-ramai.
 

DAP selar kenyataan Dr M 'orang M'sia bodoh'

Posted: 06 Dec 2014 11:08 PM PST

MALAYSIAKINI  

Kejayaan syarikat penerbangan swasta AirAsia menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia bukan tidak cekap menguruskan syarikat penerbangan, kata DAP.

Sebaliknya, menurut setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng (bawah), BN sebenarnya yang tidak mampu menguruskannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, beliau "amat tidak setuju" dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MAS perlu melantik seorang ekspatriat sebagai ketua pegawai eksekutif kerana "orang Malaysia bodoh"

Lim sebaliknya berkata, BN sebenarnya yang "bodoh" ekoran Malaysian Airlines (MAS) terus gagal meski pun banyak dana kerajaan disuntik, tidak seperti AirAsia yang berdiri dengan kaki sendiri.

"Sebenarnya, BN yang bodoh, bukan rakyat Malaysia, dengan bergantung kepada agenda perkauman untuk menutup kroni yang tidak berupaya dan bukannya mencari rakyat Malaysia berbakat di depan mereka seperti pasukan AirAsia Fernandes, Kamarudin Meranon dan Azran Osman Rani," katanya.

Mahathir semalam berkata: "Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan."

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

'MAS gagal kerana orang M'sia bodoh'

Posted: 06 Dec 2014 10:59 PM PST

MALAYSIAKINI


 


"Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan."

Kata-kata itu diucapkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

"Kebodohan" itu juga merupakan faktor penyumbang kepada kerugian yang dihadapi MAS, kata Mahathir dalam satu sidang media hari ini.

"Sekarang, mereka yang bertanggungjawab atas kerugian itu cuba membetulkan keadaan," katanya.

Khazanah Nasional pada Ogos lalu mengumumkan rancangan melibatkan dana RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS bagi membolehkan syarikat tersebut kembali merekodkan keuntungan dalam tempoh tiga tahun atau menjelanga 2017.

Ia melibatkan rancangan bagi penyenaraian semula MAS apabila ia kembali merekodkan keuntungan, dalam tempoh lima tahun selepas dinyahsenarai.

Prestasi kewangan syarikat MAS yang merosot sejak beberapa tahun lalu bertambah teruk selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 dan juga kes MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Para pengkritik mendakwa pelaburan Khazanah dalam MAS sebagai satu usaha penyelamatan kerajaan.

CEO syarikat penerbangan Aer Lingus Plc, Christoph R Mueller bakal menyertai MAS NewCo sebagai ketua pegawai eksekutif selepas 28 Februari.

Rafizi: Ramai peguam mahu soal Rosmah

Posted: 06 Dec 2014 10:56 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan kemungkinan beliau diseret ke mahkamah oleh perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung misteri sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit.

MP Pandan itu berkata, memandangkan beliau disaman berhubung isu cincin itu, beliau bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.

"Cincin itu menjadi satu tanda tanya selama bertahun-tahun. Saya pasti ramai peguam mahu menyoal balas Rosmah," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, beliau juga tidak langsung pernah terfikir untuk membeli iklan dalam akhbar dan memohon maaf kepada Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, beliau sedang mempertimbang untuk membeli iklan bagi menyatakan keengganannya untuk memohon maaf.

"Kita tengoklah akhbar mana yang sanggup terbitkan iklan tersebut," katanya lagi.

Utusan gesa Palanivel undur jika tak mampu

Posted: 06 Dec 2014 10:55 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel digesa berundur bagi memberikan laluan kepada pemimpin lain untuk menggantikan tempatnya sekiranya beliau gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini menulis, mengikut pemerhatiannya, Palanivel gagal menunjukkan prestasi yang baik kebelakangan ini.

"Palanivel ternyata tidak mampu atas sebab-sebab yang ketara maka beliau wajar berundur untuk memberi laluan kepada pemimpin lain.

"Ramai menuding kepada Palanivel yang dikatakan kurang karisma, suka menabur janji, mengambil jalan selamat, kurang yakin dan tidak ke hadapan dalam menangani masalah kaum India," laporan itu dipetik.

Malah penulis ruangan analisis itu turut mempersoalkan Palanivel sebagai ketua MIC yang menurutnya tidak menegur pembangkang dalam ucapannya kebelakangan ini.

"Pernah kita dengar ucapan yang kuat kesannya daripada beliau, dan bila kali terakhir beliau lantang menyanggah pembangkang?

"Sebagai pemimpin nombor satu sebuah parti politik, Palanivel mesti keluarkan segala potensi dan kebolehannya. Medan politik bukan pementasan teater bisu," tulis Awang Selamat, seperti dilaporkan akhbar itu.

Awang Selamat turut mempersoalkan Palanivel yang tidak mahu mengambil risiko walaupun menjawat jawatan tinggi dalam MIC.

"Untuk apa terima jawatan tertinggi jika tidak mahu mengambil risiko. Kini peluang terdedah kepada Palanivel untuk menjawab segala kritikan.

"Mungkin beliau telah banyak disalahertikan selama ini. Terpulang kepada Palanivel untuk menukarkan segala kritikan itu bagi menjadikan beliau lebih gagah dalam kedudukan politiknya," laporan itu dipetik.

Semalam, pemilihan semula MIC seperti yang diputuskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) menambahkan lagi gelora dalam parti itu.

MIC dilapor terpaksa mengadakan pemilihan semula bagi ketiga-tiga jawatan naib presiden dan 23 ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC).

Dr M: Saya tak pernah saman pengkritik

Posted: 06 Dec 2014 10:50 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah bertindak sehingga mengemukakan saman untuk menangani kritikan semasa mengetuai pentadbiran negara.

Katanya, beliau hanya akan mengemukakan jawapan kepada masyarakat umum apabila terdapat isu yang timbul.

"Pada masa dulu, saya tidak pergi ke mahkamah. Saya hanya jawab (kritikan).

"Jika tindakan saya betul, apa yang nak ditakutkan? Orang akan percaya (jika tindakan itu betul)," katanya kepada pemberita di satu acara syarikat pengeluar kereta negara, Proton di Kuala Lumpur.

Mahathir mengulas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengemukakan notis tuntutan kepada MP pembangkang, Tony Pua dan Rafizi Ramli.

Awal tahun ini, Najib turut mengemukakan saman ke atas Malaysiakini berhubung tulisan komen pembaca. Ia dilihat sebagai saman yang julung kali dikemukakan oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas media.

Mahathir berkata, Najib bagaimanapun berhak untuk mengemukakan saman.

"Bagaimanapun, sebagai ahli politik, diserang, dikritik, difitnah oleh orang itu perkara biasa.

"Bagi saya, tidak perlu pergi ke mahkamah tetapi bagi perdana menteri, mungkin berguna bagi dirinya," kata Mahathir.

Tiada ulasan: