Rabu, 3 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


UMNO Jurucakap Golongan T20

Posted: 03 Dec 2014 06:54 AM PST

ASPAN ALIAS


Cukuplah. Orang Melayu mesti berhenti dari menerima bahawa UMNO itu suara orang Melayu. Ahli UMNO hanya 1 dari 6 orang Melayu. Hanya kerana mereka parti terbesar, ahli nya ramai, dan mereka menguasai kerajaan- ini  tidak bermakna mereka suara mutlak bagi orang Melayu. 

Apa UMNO hari ini? UMNO adalah suara Melayu istimewa yang mahu mengekalkan keistimewaan yang mereka nikmati. UMNO parti kelompok terdiri dari 20% teratas,(T20) untuk pihak 20% teratas , oleh kelompok 20% teratas. Kelompok yang menguasai 65% kekayaan dikalangan orang Melayu. Inilah UMNO yang sebenarnya. 

Individu dalam kelompok 20% teratas mempunyai pendapatan hampir RM11,000 sebulan, individu dalam kumpulan 40% terbawah atau B40 mempunyai pendapatan bulanan RM1700. Dalam pada itu pun menteri UMNO tipu satu Malaysia menyatakan bahawa pendapatan purata isi rumah ialah RM5900. Orang UMNO tidak lagi boleh bercakap benar kepada rakyat.

Mana mungkin kelompok 20% ini melaksanakan dasar yang mencairkan kepentingan dan keistimewaan mereka?Jeritlah sekuat manapun, kita sudah tahu temberang UMNO. 

Dibawah UMNO, rakyat makin susah menyarai kos kehdupan kerana akses kepada modal dan akses kepada sumber pengkayaan dimonopoli oleh Melayu istimewa. Dibawah UMNO, rakyat sukar mampu memiliki rumah dalam bandar2. Dibawah penjagaan UMNO, tanah reseb Melayu makin mengecil. 

Bagaimana UMNO bersandiwara tidak sedar mengenai pengecilan tanah reseb Melayu walhal ia berlaku ketika segala tanah dibawah penjagaan mereka? Menjadikan tanah milik felda atau felcra atau risda sebagai reseb Melayu tidak menyelesaikan fakta dan kejadian tanah reseb yang asal dibiarkan terlepas kepada tangan bukan Melayu. 

Ini kerja bodoh dan tindakan pak pandir.  Tapi, suara2 pak pandirlah yang kedengaran kencang dari PWTC. 

Sekarang mereka berkerja keras mempertahankan keitismewan ini tatkala rakyat mulai sedar bahawa UMNO bukan lagi jurucakap dan pembela hak rakyat. Ya tuan tuan dan saudara semua- kita hanya perlukan 2% sahaja tambahan undi menolak UMNO, kita akan nyahkan UMNO daripada jadi kerajaan yang menyusahkan rakyat. 

Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaludin, Mas Ermieyati, Najib Razak boleh sebut apa sahaja dalam perhimpunan agung UMNO, ianya tidak mengobah nasib orang Melayu. Bagaimana mengembalikan fascisme UMNO mengobah keadaan ekonomi kita yang kian merosot dari sudut derita rakyat? Respon Najib ialah menakutkan dan mengancam rakyat supaya jangan bercakap? 

Bila kita bersuara kita bukan menyuarakan bantahan kepada orang Melayu tapi kepada UMNO- parti politik yang megemudi kerajaan hari ini. 

Bagaimana pengembalian Akta Hasutan yang akan digunakan untuk menutup mulut rakyat- menutup skendel kewangan 1MDB? Mengapa bebal sangat puak UMNO ini memuji 1MBD sebagai suatu yang baik, sedangkan dana tersebut sudah menangggung beban hutang RM42billion? adakah ini menjadikan economic sense?  4 firma akauntan terbesar takut untuk mengodit 1MDB manakala yang terakhir sanggup tapi menyediakan nota amaran yang panjang lebar. 

Para pencuci najis pemimpin UMNO menceritakan bahawa 1MDB membawa tanggung jawab social korporat. Nah- sekarang para penipu dan lanun khazanah negara punya suatu alasan bagi men-justifikasikan rompakan dan tamak haloba- asal sahaja corporate social responsibility di laksanakan- maka dosa itu jadi bersih. Lakukan kebaikan, maka dosa tertebus. Inilah penipuan UMNO keapada orang Melayu. 

Shahrizat mahu bikin apa untuk mengembalikan maruah orang Melayu? KJ mahu tutup mulut orang dari mengkrik UMNO yang melakukan pelbagai onar? MAS Ermiyatie mempertahankan sendaan kepada Raja Melayu dan golongan bangsawan?

Orang awam tidak perlu gusar keatas ribut serta taufan yang bergema dalam dewan PWTC. Gerombolan UMNO yang menang 47% undi popular sedang bersidang. 

Biasa lah tu. Yang mahu mencipta nama akan bising itu dan ini. Sharihriazat Abdul Jalil, ketua wanita UMNO yang tidak tahu apa suami dia buat apa2 walaupun tidur dengan suami cakap  besar mahu berjuang mengekal maruah bangsa Melayu? Setelah berkuasa sejak tahun 1955, duhulunya melalui perikatan sekarang BN yang ditunjangi oleh UMNO) belum siap kerja mereka memantapkan maruah bangsa Melayu? 

Sekarang nampak nya, UMNO hanya mampu mempertahankan kedudukan mereka dengan menggunakan undang2- jadilah negara kita ini sebuah negara ruled by law bukan rule of law. Kita guna dan kekalkan undang2 menyekat rakyat kritikal terhadap kerajaan.  Dan Najib menggunakan alasan bahawa orang Cina dan bukan Melayu lah yang menyebabkan terpaksa dia mungkir janji mahu membasmi akta hasutan.

Kenapa akta ini tidak dikenakan keatas semua mereka yang sekarang ini menghasut semasa PAU 2014? 

Akta Hasutan akan disasarkan kepada pengkritik legitimate kerajaan dan dan bukan nya keatas kumpulan atau indidividu yang menghasut untuk melagakan kaum di Malaysia. Jika tidak mengapa tidak tangkap sahaja Ibrahim Ali, presiden Isma dan pemimpin pertubuhan NGO ultra Melayu lain? Kenapa tidak tangkap mana2 pemimpin NGO bukan Melayu yang melagakan kaun? 

Setiap kali PAU ada, isiu nya sama- Melayu dan hak Melayu istimewa terancam- ya- hak Melayu istimewa. Hak istimewa putera dan bumiputera- hak putera dan puteri golongan bangsawan, hak putera dan puteri pemimpin atasan, hak putera dan puteri pemimpin UMNO.

Putera dihadapan- bumi tinggal dibelakang.Hidup bumiPUTERA

Saya nasihatkan pemimpin UMNO- sudah dan berhentilah kencing orang Melayu. Rakyat bawahan dihasut untuk berkelahi, mencurigai sesama sendiri- tapi pemimpin besar UMNO berbisnes dan berseketiduran dengan cukong Cina dan bukan Melayu yang lain. Kesemua bisnes mereka berakan-kongsikan bukan Melayu terutama orang Cina yang dikatakan pintar berbisness. 

Golongan bawahan, proletar, murba kesemua dihasut untuk bekelahi sesama sendiri. Saya katakan kepada saudara dan saudari pembaca- semua NGO Melayu- perkasa, isma, dan lain2 lagi yang tidak perlu disebut nama- semua nya berkhidmat dan menghambakan diri untuk golongan bourgeoisie Melayu.

Motif hitam di kertas putih

Posted: 03 Dec 2014 06:39 AM PST



Oleh Mohamed Hanipa Maidin



Baru-baru ini Kerajaan Barisan Nasional membentangkan kertas putih di Parlimen berkenaan isu keganasan yang dilakukan ISIL (Islamic State of Iraq and the Levant), organisasi teroris.Perdana Menteri sendiri yang membentangkan Kertas Putih tersebut.

Antara lain kertas putih itu menyatakan wujudnya rakyat Malaysia yang terlibat dalam isu keganasan di peringkat antarabangsa termasuk penglibatan di dalam skuad pengebom berani mati di Iraq.

Sebenarnya kami sebagai Ahli Parlimen begitu hairan dengan tidak semena mena Kerajaan tiba tiba membentangkan Kertas Putih itu sedangkan kami rasakan wujud banyak isu lain yang memerlukan Kerajaan membentangkan Kertas Putih tapi hingga sekarang masih tidak dibentangkan.

Saya pernah bangkitkan di Parlimen tentang isu Kertas Putih mengenai serangan pengganas Sulu di bumi Sabah namun sehingga kini tiada sebarang Kertas jauh sekali Kertas Putih dibentangkan tentang isu Sulu itu.

Setelah pembentangan Kertas Putih Perdana Menteri, kedua dua wakil rakyat dari BN dan Pakatan Rakyat (PR) diberikan peluang berbahas di mana bagi pihak PR wakil yang berbahas adalah Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR), YB Lim Kit Siang (DAP) dan YB Dato Kamarudin Jaafar (PAS) .

Suatu yang amat malang Perdana Menteri gagal menunjukkan satu sikap yang matang dan profesional apabila beliau tidak duduk di dewan apabila Ketua Pembangkang bangun berucap sedangkan ketika beliau berucap Ketua Pembangkang tekun mendengar beliau berucap.
Keadaan yang sama juga berlaku semasa perbahasan belanjawan.

Jika Ketua Pembangkang tekun mendengar Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara, Perdana Menteri pula gagal berada di dewan apabila Ketua Pembangkang, sebagai pembahas pertama, bangun berbahas belanjawan yang Kerajaan bentangkan.

Jelas sikap Perdana Menteri itu adalah satu tradisi yang menyimpang dari amalan sistem Westminster yang negara ini warisi dari British.

Di England, Ketua Pembangkang diberi status yang tinggi dan mulia di mana ia diiktiraf ibarat sebagai Perdana Menteri Kabinet Bayangan (Shadow Cabinet).

Di England , Ketua Pembangkan dikenali sebagai 'Leader of Her Majesty's Official Opposition'.

Jika sekalipun Ketua Pembangkan di negara ini tidak diiktiraf sebegitu tinggi sepertimana di negara yang maju demokrasinya paling kurang Kerajaan BN seharusnya menunjukkan rasa hormat kepada jawatan Ketua Pembangkang itu tanpa mengira siapa yang memegang jawatan itu.

Perdana Menteri sepatutnya turut berada di Parlimen ketika mana Ketua Pembangkang berbahas dalam isu isu besar negara seperti isu belanjawan negara atau pembentangan Kertas Putih.
Berbalik kepada isu Kertas Putih.

Kesemua ahli parlimen yang berbahas, tanpa mengira BN atau PR nampaknya sebulat suara menentang keganasana dalam apa bentuk sekalipun Malahan mereka juga sebulat suara menentang keganasan yang dilakukan atas nama agama. Bagaimanapun wujudnya perbezaan besar dan ketara antara BN dan PR berkenaan cadangan yang dibangkitkan dalam kertas putih itu.

Apakah cadangannya? Ia berkenaan cadangan BN perlunya wujud satu undang undang baru yang perlu digubal untuk menentang isu keganasan ini.

Di sini lah pemisahan antara PR dan BN seperti mana pemisahan (firaq) antara Nabi Khidir a.s dan Nabi Musa a.s dalam kisah yang dinyatakan dalam surah al Kahfi di dalam Al-Quran.

BN sebulat suara menyokong penggubalan satu lagi akta untuk memerangi keganasan.
PR pula sebulat suara menentang idea busuk itu.

Persoalannya adakah pendirian PR itu boleh ditafsirkan sebagai menyokong keganasan?

Jika ditanya kepada BN itulah kesimpulan mudah yang mereka akan katakan.

Pendirian PR hakikatnya satu pendirian yang wajar dan amat munasabah.

Kita perlu bertanya adakah negara kita ini tidak mempunyai undang undang bagi menentang isu keganasan sehingga kita perlukan undang undang baru seperti yang dicadangkan Kerajaan BN dalam Kertas Putih itu.

Jawapan kepada persoalan itu adalah kita sudah ada tiga undang undang yang digubal Kerajaan BN bagi memerangi keganasan. Maka apa perlunya Kerajaan ingin menambah satu lagi undang undang?

Kita sudah ada Akta Pencegahan Jenayah yang dipinda tahun lepas dengan dimasukkan peruntukkan baru yang tersangat drakonian bagi memerangi antara lain isu keganasan.

Akta tersebut juga mengembalikan semula tahanan tanpa bicara iaitu roh jahat ISA yang ditiup masuk ke dalam Akta itu.

Kita juga sudah ada SOSMA iaitu Akta yang secara spesifik digubal untuk memerangi keganasan.

Akta ini sarat dengan pelbagai peruntukkan yang amat bertentangan dengan prinsip karamatul insan (kemuliaan manusia) dan prinsip prinsip keadilan khususnya hak hak orang yang dituduh.

Saya berbahas panjang dalam Parlimen ketika Akta Pencegahan Jenayah dan SOSMA dibentangkan di mana saya masukkan dalam ucapan saya prinsip prinsip Islam dan undang undang dalam perbahasan saya.

Saya masih ingat ketika mana saya menyebut dan menghurai prinsip prinsip keadilan dalam Islam di Parlimen tatkala berbahas kedua dua Akta ini, Ahli Parlimen DAP dari Bukit Mertajam, iaitu wakil rakyat bukan Islam bangun mencelah dan menyatakan "saya amat tertarik dan terpegun dengan prinsip prinsip Islam yang diutarakan Ahli Parlimen Sepang"

..Alhamdulillah ia meyakinkan lagi saya betapa keindahan Islam itu wajar diterangkan dengan lebih agresif kepada orang orang bukan Islam .

Akhirnya kita juga mempunyai peruntukkan peruntukkan khas dalam Kanun Keseksaan yang bertujuan memerangi keganasan.

Jelas Kerajaan BN terlalu 'stereotype' dalam berfikir dan bertindak.

Bagi mereka segala isu hanya boleh diselesaikan melalui undang undang.

Hakikatnya salah satu ciri sebuah negara diktator adalah negara itu mempunyai terlalu banyak undang undang.

Adakah negara ini sedang bergerak ke arah tersebut?

Bagi kita isu keganasan ini lebih kepada isu fahaman atau ideologi maka undang undang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah itu kerana undang undang bukan digubal untuk berlawan dengan ideologi.

Amat perlu difikirkan mekanisme lain.

Ya, benar keganasan melibatkan keselamatan negara maka sewajarnya Kerajaan memikirkan soal sistem pertahanan kita yang begitu rapuh sehingga mudah ditembusi pengganas dan ini melangkaui aspek undang undang.

Justeru itu apabila Kertas Putih dibentang bagi menjustifikasi penggubalan satu lagi undang undang yang baru dan represif maka kita berhak bertanya mengapakah Kertas Putih ini dicemarkan dengan motif yang hitam !

Kes toreh muka: 'Kejam dooh nih'

Posted: 03 Dec 2014 06:33 AM PST

Mazlan (dua, kanan) menyampaikan buah tangan kepada mangsa yang diwakilkan Lah. Mazlan (dua, kanan) menyampaikan buah tangan kepada mangsa yang diwakilkan Lah.
 
 
KOTA BHARU - "Kejam dooh nih (terlalu kejam)." Itu luahan bapa mangsa samun, Lah Hassan, 59, terhadap tindakan ganas perompak yang menoreh muka anaknya, Nur Shafiqa, 22, dalam kejadian di Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh, Ahad lalu.

Lah berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana keluar bekerja dan hanya mengetahui melalui jiran yang menghubungi kira-kira jam 2.15 petang.

"Jiran memberitahu ada dua lelaki menceroboh masuk ke dalam rumah saya dan berkata anak serta isteri, Hat Tema Mat Zin, 58, sudah dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan akibat diserang penjenayah," katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gadis, ibu cedera muka ditoreh penyamun]

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim turut melawat mangsa, Hat Tema di hospital berkenaan, manakala Nur Shafiqa pula sudah dibenarkan pulang, hari ini.

Hat Tema turut cedera di kepala, dahi, mata dan bibir dipercayai ditumbuk dan diserang dengan pisau oleh penjenayah.

Lah berkata, dia tidak mengesyaki sesiapa, namun berharap pihak polis dapat mengesan penjenayah berkenaan untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

"Perbuatan mereka memang sangat kejam sehingga anak bongsu saya, Nur Shafatini, 18, trauma selepas kejadian itu, namun keadaan dia dan kakaknya kini semakin pulih," katanya.

Sementara itu, Mazlan menyifatkan tindakan dua penjenayah terbabit sebagai melampau kerana bukan sahaja bertindak merompak, malah menggunakan kekerasan dengan tanpa perikemanusiaan menoreh muka mangsa.

"Gerakan memburu dua suspek lelaki Melayu yang terbabit dalam kejadian itu sedang giat dijalankan. Motif sebenar masih dalam siasatan, namun pihak kami percaya mereka memang berniat untuk merompak. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan menyebabkan cedera," katanya.

Malaysia mahu contohi sistem pendidikan Shanghai

Posted: 03 Dec 2014 06:31 AM PST

SINAR HARIAN


SHANGHAI - CHINA. Malaysia mahu mencontohi elemen-elemen yang diamalkan dalam sistem pendidikan Shanghai untuk melahirkan pelajar cemerlang termasuk bagi Program untuk Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu.
  
Timbalan perdana menteri yang juga menteri pendidikan berkata Malaysia berminat untuk menerima pakai beberapa formula kejayaan dari Shanghai yang mendapat tempat teratas dalam PISA bagi pelajarnya yang cemerlang dalam matematik,sains dan bacaan.
  
"Kami mahu tahu bagaimana mereka boleh berjaya. Kami akan teliti keseluruhan sistem pembelajaran dan pengajaran mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat oleh Pengarah PISA pasukan China, Zhang Minxuan di Shanghai Normal University, di sini.
  
Setakat ini beliau berkata kementerian itu akan menghantar pasukan pakarnya ke universiti berkenaan untuk mengkaji perkara itu.
  
Formula kejayaan mereka seperti satu sesi persekolahan, kurang kerja rumah dan kurang tuisyen patut diberikan pertimbangan yang wajar," katanya. - Bernama

Najib perlu lepas Menteri Kewangan kepada Husni

Posted: 03 Dec 2014 04:17 AM PST


Mahfuz Omar. - Foto Sinar Harian Oleh Md. Nizam Osman Mahfuz Omar. - Foto Sinar Harian Oleh Md. Nizam Osman
 
 
KUALA LUMPUR - [VIDEO] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa melepas jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengisian dua nama besar bagi jawatan Menteri Kewangan akan melambatkan sesuatu proses berkaitan dengan kewangan negara.

"Kita ada dua Menteri Kewangan, tetapi kita seolah-olah hilang arah.

"Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang memberi fokus lebih mendalam untuk mengatasi isu yang berkaitan dengan kewangan negara," katanya dalam sebuah sidang media di sini, hari ini.

Pelantikan bagi jawatan Menteri Kewangan negara pada tahun 2014 diisi Najib sebagai Menteri Kewangan satu, manakala jawatan bagi Menteri Kewangan kedua pula disandang Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Pelantikan Ahmad Husni dilakukan kali pertama pada tahun 2009, manakala lantikan penggal keduanya pula dibuat pada tahun 2013.

Pelantikan Ahmad Husni dilakukan sekali lagi berikutan prestasinya yang dikatakan cemerlang dalam mengurus tadbir sistem kewangan negara.

Dakwanya lagi, Najib harus memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Ahmad Husni dalam mengendalikan urusan kewangan negara.

"Saya rasa tidak salah jika Ahmad Husni pegang sepenuhnya jawatan tersebut, lagi pun jika hanya seorang sahaja menteri, saya percaya ia mampu menjimatkan perbelanjaan negara.

"Bagi pada seorang sahaja menteri yang akan fokus selesaikan isu dan masalah kewangan negara yang berkaitan GST, kenaikan minyak, dan sebagainya," tegasnya lagi.

Siasat dakwaan ikan tilapia diberi makan babi

Posted: 03 Dec 2014 04:15 AM PST

SINAR HARIAN

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
 
 
IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta jabatan yang berkenaan termasuk Jabatan Perikanan dan Jabatan Agama Islam negeri menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya berhubung dakwaan ikan tilapia diberi makan bangkai babi.
 
Beliau berkata, dakwaan perbuatan itu dilakukan di sebuah kolam di Bukit Tinggi, Redang Panjang dekat Kubu Gajah perlu ditangani sewajarnya kerana ia membabitkan sensitiviti agama dan kehidupan masyarakat berbilang kaum di Perak.
 
"Ada tindakan-tindakan pihak tertentu (buang bangkai babi) dan ia akan menimbulkan persepsi yang tidak baik. Jadi saya minta siasatan dijalankan mengenai laporan itu dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
 
Sebuah akhbar hari ini melaporkan, gambar bangkai dipercayai babi yang diletakkan di tengah-tengah kolam ternakan itu dimuat naik dalam laman sosial Facebook oleh seorang individu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan ikan tilapia diberi makan babi]
 
Sebaik mendapat tahu mengenainya, Jabatan Perikanan Perak dan beberapa agensi berkaitan seperti Jabatan Agama Islam Perak, pentadbir daerah Selama dan polis segera menyerbu lokasi itu semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak Dr Bah Piyan Tan ketika dihubungi berkata pihaknya telah pun mengambil sampel beberapa jenis ikan di kolam berkenaan untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia dan keputusannya dijangka siap dua minggu lagi.
 
"Bagi pihak Jabatan Perikanan Negeri Perak kita telah menjalankan siasatan dan pergi ke kolam tersebut bersama ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) serta Jabatan Agama Islam. Kita telah ambil tindakan itu," katanya.
 
Beliau berkata, ia bukan hanya tanggungjawab Jabatan Perikanan malah agensi yang berkenaan juga perlu mengambil tindakan sewajarnya.
 
"Sekarang penternak dah ambil mudah dia tengok kolam dia bagi ikan makan benda itu. Agensi yang berkenaan sepatutnya mengawal ke mana bangkai itu pergi. Sampai bila Jabatan Perikanan mahu tangani perkara ini jika tiada kawalan sedemikian," katanya. - Bernama

Khairy, anda amat mengecewakan!

Posted: 03 Dec 2014 04:08 AM PST

Oleh Ng Kee Seng


Apa yang baru dalam perhimpunan agung Umno yang tamat baru-baru ini? Ia masih mengesahkan sikap dinosaur Umno. Ahli-ahli dan pemimpinnya enggan berubah mengikut masa. Bagi mereka, politik masih lagi melibatkan ketuanan bangsa dan agama. Bukannya mengenai perpaduan negara dan 1Malaysia, dan bukan mengenai rakyat Malaysia.

Tidak kira sama ada pemimpin berpendidikan luar atau dalam negara. Ini kerana mereka semua menyanyikan lagu yang sama untuk mendapatkan sokongan dan naungan Umno bagi menyatukan kuasa politik, atau untuk memanjat tangga parti bagi menuai peluang atau ganjaran. 

Ia melibatkan usaha menghasut kebencian terhadap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan bagi mendapatkan kelebihan politik. Dan itu bukannya bersifat menghasut di bawah Akta Hasutan 1948 yang akan dikekalkan, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk memansuhkan undang-undang Inggeris lapuk itu dua tahun lalu, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. 

Namun pemimpin yang paling mengecewakan dalam perhimpunan itu bukannya Najib, presiden Umno, yang tidak mempunyai "idea" dan sekali lagi membangkitkan momok rusuhan kaum 13 Mei dalam usahanya untuk menyatukan rakyat Malaysia di bawah kerajaan BN.

Tidak, ia bukannya Najib. Ia adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Penyokong Pakatan Rakyat yang tidak-begitu-setia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, yang menaruh harapan ke atas Khairy untuk melaksanakan perubahan dalam Umno, mesti telah kecewa. 

Hanya kerana dia berpendidikan Oxford, ia tidak memberikannya hak untuk memandang rendah intelek rakyat Malaysia.

Mungkin Khairy telah keliru sejenak apabila beliau mengucapkan yang berikut:
  • Malaysia akan "hancur" jika kuasa yang dikurniakan kepada pihak berkuasa oleh Akta Hasutan dimansuhkan; dan
  • Orang Melayu sedang diancam dan masa bersabar telah tamat.
Rakyat Malaysia mesti tertanya-tanya sama ada dia telah diberikan syarahan mengenai kebebasan bersuara dan hasutan, sewaktu beliau berada di Oxford.

Ya, kebebasan bersuara boleh dieksploitasi atau disalahgunakan, tetapi sudah ada undang-undang yang mencukupi bagi mereka yang melakukan fitnah. Tidak ada keperluan bagi Akta Hasutan lapuk yang terdedah kepada penyalahgunaan bagi menutup mulut pengkritik-pengkritik dan suara rakyat Malaysia.

Dan bagi kenyataan sampah "Melayu sedang diancam..." beliau, apa maksudnya yang orang Melayu berada di bawah pengepungan? Siapa yang mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu?

Adakah rakyat Malaysia bukan Melayu gagal mematuhi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?

Mungkin Khairy perlu diingatkan bahawa Artikel 153 menyatakan dengan jelas kedudukan istimewa orang Melayu, bukannya hak istimewa orang Melayu. 

Sandiwara Khairy pada perhimpunan itu menunjukkan yang beliau tidak berbeza dengan pemimpin-pemimpin Umno dahulu dan sekarang.

Pendidikan Oxford yang beliau terima, telah gagal untuk memupuknya sebagai seorang pemimpin yang mampu untuk berfikir di luar kotak.

Atau mungkin dia hanyalah seorang lagi ahli politik biasa yang tidak mempunyai keberanian untuk menggoncangkan keadaan politik semasa, untuk memulakan perubahan sebagai seorang menteri.

Tindakan Khairy menggunakan isu-isu kaum dan agama, dan tidak menyampaikan prinsip perpaduan sebenar negara dan 1Malaysia, menunjukkan yang beliau tidak boleh dipercayai, sama seperti pemimpin-pemimpin Umno lain yang tidak ikhlas, yang terus mengekalkan politik kebencian.

Khairy perlu memperjuangkan hak asasi manusia, keadilan dan kesaksamaan bagi memenangi hati dan minda semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan "buta warna". Ataupun dia harus berjuang menentang rasuah.

Adakah ucapannya menyentuh mengenai pelampau kaum dan agama? Tidak! 

Malangnya, Oxford gagal untuk mengajarnya mengenai semua itu. 

Jadi apakah hala tuju rakyat Malaysia dan Malaysia kini? Adakah "perniagaan akan berjalan seperti biasa", rungutan seperti biasa dan tiada perubahan dalam PRU14? 

Kini semuanya bergantung kepada majoriti rakyat Malaysia, terutamanya pengundi-pengundi luar bandar, warga Sabah dan Sarawak. Anda berhak mendapat ahli-ahli politik dan kerajaan yang telah anda undi.

Mashitah Memutar Lidah Apabila Kena Hentam Isu Artis Berhijrah

Posted: 03 Dec 2014 04:04 AM PST

KELAB GREENBOC



 
Tiada niat menghina artis berhijrah, kata Mashitah Ibrahim

Datuk Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan hari ini, beliau tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak apabila membuat teguran mengenai kewujudan ramainya 'ustaz ekspres, ustazah jadian' di kalangan artis yang berhijrah.

Ketua Wanita Umno Baling itu berkata, pandangannya yang dikemukakan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, disalah erti sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak.

"Dalam ucapan saya, tidak salah mereka yang berhijrah berkongsi pengalaman dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak sentuh soal hukum hakam apalagi menghukum orang lain," katanya menurut Sinar Harian Online hari ini.

"Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan atau bercakap mengenai perkara yang mereka tidak berapa tahu, sehingga menimbulkan kecelaruan masyarakat," beliau dipetik sebagai berkata dalam portal berita itu.

Mashitah berkata, atas konteks tersebut, beliau menyentuh kewujudan mereka yang tidak mahir dalam bidang agama, termasuk segelintir artis yang baru menyertai PAS dan bercakap hal agama dan hukum hakam, sehingga menambah kekeliruan orang ramai.

Semasa berucap pada persidangan parti itu atas kapasiti perwakilan Wanita Umno Kedah, beliau berkata: "Artis pakai tudung, dipanggil ustazah dan mengendalikan program agama. Kemunculan ramai ustaz ekspres, ustazah jadian yang asalnya pelakon, penyanyi, 'rockers', kemudian masuk PAS, celaru keadaan!"

"Mereka mungkin mempunyai pandangan menyimpang, mungkin menyesatkan. Ada kesedaran dan semangat Islam tetapi tak boleh cakap pasal hukum kerana mereka tak ada wibawa. Setakat pengalaman tidak melayakkan kita jadi ustazah atau ustaz."

Beliau yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu berucap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial.

Katanya, menurut Sinar Harian, beliau mengalu-alukan usaha dakwah golongan itu yang sudi berkongsi pengalaman atau menceritakan kisah hidup mereka sebagai pengajaran.

Mengulas mengenai kaedah pendakwah sama ada menyanyi atau berjenaka seperti yang juga disentuh dalam ucapannya, katanya kepada akhbar itu, beliau sekadar mengingatkan agar tidak keterlaluan sehingga mencacatkan ilmu yang hendak disampaikan.

"Setiap pendakwah ada kaedah tersendiri menarik perhatian hadirin. Namun, kita harus tahu seimbangkan cara dan isi.

"Ceramah ialah majlis ilmu, bukan persembahan hiburan seperti Maharaja Lawak Mega. Audien juga dinasihatkan tidak memilih ceramah kerana ada jenaka, tetapi kerana ilmunya," katanya dipetik Sinar Harian.

Mashitah juga berkata beliau bimbang sekiranya terlalu banyak gelak ketawa dan disulami percakapan berunsur lucah atau menghina orang lain, majlis ilmu itu akan hilang keberkatannya.

Ditanya mengenai tuntutan permohonan maaf presiden Panglima Malaysia, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak, Mashitah berkata, tiada keperluan berbuat demikian kerana beliau tidak menghina sesiapa.

"Saya tiada agenda peribadi bangkitkan isu ini. Jangan putar belit kenyataan saya. Tanggungjawab semua menegur apa yang tidak betul dalam masyarakat... Saya cadangkan beliau meneliti ucapan saya, bukan sekadar memetik sebaris dua petikan," katanya.

Semasa dalam bahasnya minggu lepas, beliau berkata: "Nak cari ustaz, ustaz pun ceramah macam Maharaja Lawak Mega, ada juga ustaz macam ustaz Bollywood. Padan yang dengar pun, nak pilih ustaz yang nyanyi dan buat lawak, nak dengar lawak pi dengar Maharaja Lawak lah, tak payah dengar ceramah agama." -TMI





Ustaz ekspres': Abby Abadi Bidas Mashitah

KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim digesa menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah.

Bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi ketika dihubungi berkata, Mashitah sepatutnya lebih peka dalam isu membabitkan gejala sosial remaja yang semakin membimbangkan.

"Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

"Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, dalam berdakwah perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi menarik lebih ramai untuk hadir ke majlis-majlis ilmu terutamanya golongan remaja.

"Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

"Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui," katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada gesaan Mashitah yang berucap pada Persidangan Wanita Umno semalam yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' terutama di dalam PAS.

Menurut beliau, mengajak orang kepada Islam itu merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak perlu bimbang kerana mereka bukannya merupakan ancaman kepada mana-mana pihak.

"Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain. "PAS mempunyai tanggungjawab dalam menjadikan setiap mereka yang bersama parti itu berurusan mesti mengikut kaedah Islam yang sebenarnya," katanya lagi.
-HD

LIHAT VIDEO DI SINI

Penemuan ikan tilapia diberi makan babi

Posted: 02 Dec 2014 08:53 PM PST


Seorang penduduk masuk ke dalam kolam bagi membantu menangkap ikan untuk dianalisis oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak. Seorang penduduk masuk ke dalam kolam bagi membantu menangkap ikan untuk dianalisis oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak.
 
 
 
KUBU GAJAH - Julai lalu, negara digemparkan dengan penemuan tulang yang disahkan babi dalam sebuah kolam di Jalan Ipoh-Batu Gajah dekat Ipoh selepas tersebarnya lima keping foto di laman sosial.

Kini gambar bangkai yang dipercayai babi diletakkan di tengah-tengah kolam ternakan ikan tilapia pula menjadi viral di internet.

Kolam ikan yang terletak di Bukit Tinggi, Redang Panjang, di sini itu dimuat naik dalam laman Facebook oleh seorang individu.

Sebaik mendapat tahu mengenainya, Jabatan Perikanan Negeri Perak dan beberapa agensi berkaitan seperti Jabatan Agama Islam Perak, pentadbir daerah Selama dan polis segera menyerbu lokasi itu semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, Dr Bah Piyan Tan berkata, pihaknya sudah pun mengambil sampel ikan di kolam berkenaan untuk dianalisis.

Katanya, antara sampel diambil termasuk enam ekor ikan tilapia dan enam ekor ikan baung yang terdapat dalam kolam itu.

"Sampel yang kita ambil akan dianalisis dan dihantar ke Jabatan Kimia. Kita akan beritahu hasilnya selepas keputusan diterima," katanya, semalam.

Sementara itu, Adun Kubu Gajah, Hasbullah Alias yang turut berada di lokasi tersebut berkata, terdapat enam kolam ikan ternakan tilapia terdapat di kawasan terbabit.

Hasbullah berkata, jika benar ikan-ikan dalam kolam berkenaan diberi makan babi, tindakan akan diambil terhadap pemiliknya.

Difahamkan, kolam-kolam terbabit tidak didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan.

Mengulas isu itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, berdasarkan pemerhatian dilakukan, tiada bukti menunjukkan bahawa ikan di dalam kolam itu diberi makan bangkai babi.

"Pelampung yang terdapat di tengah-tengah kolam seperti dalam gambar dipaparkan dalam Facebook juga tidak ada lagi hari ini. Mungkin ia telah dialihkan oleh pemilik kolam," katanya.

Bagaimanapun seorang saksi yang enggan dikenali memaklumkan, Ahad lalu, kira-kira jam 10 pagi, dia bersama tiga rakan menyaksikan sendiri ikan-ikan dalam kolam itu diberi makan bangkai babi.

"Saya lihat sendiri di depan mata dengan jarak kira-kira 10 meter dan saya cuba untuk mengambil gambar sebagai bukti," katanya.

Katanya, selepas tersebarnya gambar tersebut, pemilik kolam mungkin segera membersihkan kolam ternakan ikannya.

"Sebab itu kita tidak menemui apa-apa dalam serbuan ini. Malah saya sendiri turun ke dalam kolam untuk menangkap beberapa ekor ikan untuk diuji oleh Jabatan Perikanan.

"Apa pun kita serahkan kepada jabatan yang berkenaan untuk membuat analisa dan penyelidikan terlebih dahulu untuk membuktikannya," katanya.

Bagaimanapun pemilik kolam terbabit yang enggan dikenali menafikan dakwaan yang tersebar dalam internet itu.

Katanya, dia hanya memberikan ikan-ikannya makan bangkai kambing dan ayam setiap hari.

Polis terperangkap di era perang dingin

Posted: 02 Dec 2014 08:48 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengutuk kenyataan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan atas kenyataannya yang mahu menyiasat penganjur majlis makan malam untuk memperingati ulang tahun ke-25 penandatanganan persetujuan damai Haadyai.

Timbalan ketua polis negeri juga berkata kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan setelah menerima aduan daripada beberapa pihak.

Apa yang Thaiveegan gagal terangkan program tersebut memang diketahui oleh pihak polis dan mereka telah merestuinya, malah membuat liputan keseluruhan program tersebut.

Selain itu program itu telah diadakan setiap tahun.

Tindakan polis membuat kenyataan itu semasa Perhimpunan Agung Umno juga memperlihatkan bahawa mereka masih terperangkap dalam pemikiran perang dingin.

Perang dingin sudah berakhir lebih dua abad yang lalu dan kerajaan Malaysia juga telah merestui dan mengakui sumbangan Parti Komunis Malaya dalam menuntut kemerdekaan Tanah Air.

Malah gambar Chin Peng juga telah dipaparkan secara meluas pada masa itu sebagai tanda tamatnya perang dan bermulanya proses perdamaian setelah persetujuan damai Haadyai.

Justeru adalah satu kenyataan bodoh dan kurang siuman apabila pihak polis sengaja hendak menimbulkan ketegangan dengan mengeluarkan kenyataan sebegini.

Pihak polis seolah-olah masih mahu menghidupkan skrip lama yang sudah ketinggalan zaman dan basi.

Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Nor yang terlibat secara langsung dengan rundingan Hatyai dalam beberapa kenyataan telah bercakap dengan jelas bahawa tindakan kerajaan, contohnya tidak membenarkan abu Chin Peng masuk ke negara dan menghalang beliau masuk ke Malaysia sebelum ini, adalah penghinaan.

Ia juga membuatkan Malaysia bahan ketawa antarabangsa kerana tidak menunaikan perjanjian Hatyai.

PSM juga ingin menarik perhatian bahawa antara delegasi yang dijemput oleh Umno dalam perhimpunan agungnya tahun ini adalah wakil Parti Komunis Korea Utara Democratik.

Selain itu Umno juga pernah menjemput Parti Komunis Cuba, Parti Komunis Vietnam dan juga menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Parti Komunis Cina (CPC).

Malaysia juga begitu rancak membuat perniagaan dengan negara-negara "Komunis".

Maka adalah tidak masuk akal apabila perkataan "Komunis" itu masih diguna pakai dan dikipas-kipaskan.

Sultan Perak sendiri telah memberi perkenan kepada tokoh-tokoh dan pemimpin Parti komunis Malaya seperti Abdullah CD dan Rashid Maidin di istana sebelum ini.

Sudah tiba masanya negara kita dan Umno khususnya memberi interpretasi sejarah yang sebenar kerana perjuangan kemerdekaan bukan milik "Sdn Bhd" parti Umno.

Ia juga melibatkan perjuangan kental pejuang dan nasionalis kiri termasuk perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM).

Malah sejarahwan BN dan Umno terus memberi interpretasi bahawa Malaya tidak pernah dijajah walaupun ribuan nyawa dan darah sudah ditumpah demi kemerdekaan negara.

Sudah tiba masanya rakyat tidak ditipu lagi dan sejarah sebenar ditulis kembali.



(*)  S ARUTCHELVAN setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Warga emas maut terjatuh gaung di Bukit Bendera

Posted: 02 Dec 2014 08:46 PM PST

MALAYSIAKINI


Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam gaung di Jalan Pokok Cheri, Bukit Bendera di George Town malam tadi.
  
Cheng Seng Lee, 75, ditemui mati dalam gaung berkedalaman 25 meter itu oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 10.24 malam berhampiran stesen nombor dua Bukit Bendera.
  
Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Peyelamat Pulau Pinang V Sasikala  berkata pihaknya terpaksa berjalan kaki selama 45 minit untuk mendaki bukit itu dan mayat mangsa dapat dibawa turun ke kaki bukit pada jam 11.15 malam.

"Mangsa dipercayai terjatuh bersama motosikalnya ketika menuruni bukit. Kami dapati laluan ke bukit agak curam dan sempit selain permukaan yang licin selepas hujan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata 10 anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan kehilangan warga emas itu pada jam 8 malam.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak keluar ke kebun miliknya yang terletak di kawasan bukit itu, 3 petang semalam.
  
"Mangsa berseorangan ke kebun itu dan pemeriksaan awal mendapati dia mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat terhentak dan motosikalnya turut menghempap badannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama

Tak mohon maaf, MB Pahang akan saman Utusan

Posted: 02 Dec 2014 08:44 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Selepas tarikh akhir untuk akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - memohon maaf, tamat semalam, peguam yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau telah menerima arahan untuk memfailkan writ saman RM15 juta.

Peguam kanan Manjeet Singh Dhillon, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan tiada permohonan maaf yang diterima dari akhbar tersebut.

"Saya telah menerima arahan untuk memfailkan writ (saman) dalam beberapa hari lagi," kata Manjeet.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Manjeet telah menghantar surat tuntutan kepada Utusan dua minggu lalu  berhubung kolum Awang Selamat "Hebat Sangatkah Adnan?' dalam reaksinya terhadap komen Adnan berkaitan kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands.

Adnan menuntut Utusan menyiarkan permohonan maaf di muka depan kerana didakwa membayangkan Adnan telah terlajak tempohnya menjadi menteri besar.

Adnan menjadi MB Pahang selama 15 tahun sejak 1999, menjadikan beliau menteri besar Umno yang paling lama memegang jawatan tersebut.

MB Pahang itu mendakwa artikel tersebut  tohmahan yang telah menimbul ejekan dan kebencian awam terhadapnya.

Adnan antara lain mendakwa artikel itu bermaksud beliau tidak mempunyai integriti, MB yang gagal dalam tugasnya, terlajak kedudukannya sebagai MB,  dan seorang yang sombong dan menolak sebarang bentuk kritikan.

PAS S'gor: Kami tersentap tapi tak dendam

Posted: 02 Dec 2014 08:37 PM PST

MALAYSIAKINI


 


PAS Selangor mengakui parti itu tersentap dengan tekanan dan tohmahan sewaktu krisis menteri besar negeri itu tetapi tidak akan berdendam dan akan terus komited bersama Pakatan Rakyat.

Walaupun krisis itu telah berlalu, Pesuruhjaya PAS Iskandar Samad mahu Pakatan Rakyat memandang ke hadapan bagi memastikan gabungan pembangkang itu terus kukuh dan Selangor akan terus dipertahankan.

"Walaupun terpaksa menghadapi tekanan dan tohmahan PAS telah memilih untuk kekal di dalam kerajaan ketika krisis tersebut semata-mata untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional tidak dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri melalui pintu belakang.

"Jika PAS tidak melakukannya maka belum tentu kerajaan di Selangor hari ini adalah Kerajaan Pakatan Rakyat.

"Sama ada pengorbanan PAS itu dihargai atau sebaliknya ada tidak penting. Sejarah akan menilai segala tindakan kita. Yang penting Selangor terus diterajui oleh Pakatan Rakyat," katanya.

Iskandar berkata pihaknya akan terus komited bersama Pakatan atas dasar hormat menghormati hak dan merai perbezaan pandangan supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan setiap parti yang menanggotainya.

Exco Selangor dan ADUN Cempaka itu berkata demikian dalam satu kenyataan sempena sambutan ulangtahun parti Islam itu ke-63.

DUN bahas Akta Hasutan, BN keluar dewan

Posted: 02 Dec 2014 08:34 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menerima usul tergempar bagi membahas dan mendesak kerajaan Persekutuan memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Usul yang dibawa oleh Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) itu disokong oleh Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) bagi membahaskan perkara tersebut.

Ketika mencadangkan usul itu, Lau berkata, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk mengekalkan akta itu merupakan satu tindakan yang "munafik".

Katanya, Najib sebelum ini berjanji untuk memansuhkan akta tersebut namun perkara yang berlaku sebaliknya.

"Pendirian perdana menteri yang membelakangkan janjinya menunjukkan sikap hipokrit atau dalam bahasa Arab, munafik," katanya ketika mencadangkan usul tergempar itu di DUN Selangor, Shah Alam.

Ketika Lau mencadangkan usul tersebut, kesemua ADUN BN bagaimanapun keluar daripada dewan negeri itu.
 

Permintaan tinggi punca RON97 habis

Posted: 02 Dec 2014 08:31 PM PST


Hasan Malek  
Hasan Malek
 
 
KUALA LUMPUR – Permintaan tinggi terhadap petrol RON97 punca bekalan minyak itu kehabisan stok sejak beberapa hari lalu.

Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, permintaan terhadap petrol RON97 meningkat secara mendadak berikutan harganya yang tidak jauh berbeza dengan RON95.

"Sebelum ini, perbezaan harga RON95 dan RON97 besar. Jadi, bekalan yang dihantar untuk RON97 hanya 12 ke 20 peratus.

"Ada juga masalah dari segi tangki minyak yang berbeza dan pengusaha stesen minyak hanya boleh sediakan RON97 untuk jumlah tertentu. Apa yang penting, pengusaha kena guna pendekatan baharu dan sistem yang dikemas kini bagi mengelakkan situasi berulang," katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan terdapat pengusaha stesen minyak menyorok bekalan RON97 sambil memberi jaminan masalah kehabisan stok RON97 akan diselesaikan minggu depan.

Nufam: Akta MAS baharu nafi hak pekerja

Posted: 02 Dec 2014 08:29 PM PST


MAS  
MAS
SHAH ALAM - Akta MAS baharu yang diluluskan, minggu lalu, didakwa bercanggah dengan undang-undang pekerjaan sedia ada dan beri kekebalan mutlak kepada MAS dalam hal ehwal pekerja.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Mohd Akram Osman berkata, akta baharu itu menghapuskan sama sekali hak pekerja untuk membuat apa-apa tuntutan atau memfailkan kes mahkamah terhadap MAS.

"Ini memberikan imuniti sepenuhnya kepada syarikat," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pemilik MAS, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) juga tidak membuat sebarang perbincangan dengan kesatuan pekerja syarikat itu sebelum akta itu dibentangkan di Parlimen.

Katanya, Khazanah sepatutnya memanggil semua pihak terlibat membincangkan penyelesaian untuk kira-kira 100 kes tuntutan dan kes mahkamah yang difailkan kakitangan terhadap MAS.

"Mereka tidak boleh sewenangnya laksana sesuatu tanpa berunding dengan Nufam. Menang atau tidak, itu hak mahkamah untuk tentukan. Tetapi dengan akta baharu ini, MAS tutup terus peluang pekerja untuk gunakan undang-undang sedia ada," katanya.

Menurutnya, Nufam menggesa Khazanah mengeluarkan semua klausa dalam Akta MAS baharu yang bercanggah dengan Akta Pekerjaan 1955.

Selangor semak semula pemberian air percuma 40m3

Posted: 02 Dec 2014 08:19 PM PST

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan pemberian air percuma kepada 40m3 selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan, pada September 2015.

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum Kerajaan Negeri membuat sebarang keputusan.

struktur semula air grafik "Sukacita saya memaklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40m3 daripada 20m3.

"Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan.

"Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun hadapan," katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor akan terus mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan pemberian air percuma 20m3 sedia ada banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.-NFN-

Penduduk Hulu Bernam terkejut banjir kilat, terburuk sejak 8 tahun

Posted: 02 Dec 2014 08:16 PM PST

Oleh: HAFIZAN TAIB


KUALA KUBU BHARU: Kejadian banjir kilat di beberapa kampung di Hulu Bernam, dekat sini, mengejutkan penduduk hingga menyebabkan mereka terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan sementara di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kampung Gesir Tengah, di sini, sejak malam kelmarin.

Hujan lebat kira-kira jam 4.30 petang itu menyebabkan air naik dengan pantas memasuki kawasan rumah penduduk hingga menyebabkan 192 orang daripada 58 keluarga ditempatkan di pusat berkenaan.

interview AHaris Bahar, 35, berkata, kejadian banjir itu adalah yang terburuk dalam tempoh kira-kira lapan tahun lalu.

"Air naik pantas hingga membasahi kawasan dalam rumah dan sukar untuk menyelamatkan barangan keperluan yang ada.
Kira-kira jam 8 malam, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengarahkan kami pindah ke pusat ini," katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Bapa dua anak yang tersenarai sebagai salah seorang penerima sumbangan Kerajaan Negeri bernilai RM500 dari Kampung Lalang itu berkata, antara barangan yang rosak adalah beberapa perkakas elektrik dan barangan dapur lain.

"Saya terkejut dengan kejadian ini tetapi berharap ia tidak lama supaya kami semua boleh cepat balik ke rumah," katanya.

interview BSementara itu, Mohd Alias Abdullah Sani, 58, dari Kampung Gesir Tengah berkata, beliau mengalami kerugian lebih RM6,000 apabila beberapa barangan elektrik dan sebuah motosikal rosak akibat kejadian itu.

"Memang tak sangka kejadian ini berlaku dengan teruk. Barang-barang tak sempat diselamatkan.

"Setakat ini memang kejadian ini yang teruk di sini," katanya.

Beliau yang turut menerima sumbangan Kerajaan Negeri berharap keadaan akan segera pulih dan tidak berlarutan.
-NFN-

Pengurusan baharu MBI teliti pampasan pegawai Abdul Khalid

Posted: 02 Dec 2014 08:14 PM PST

Oleh: NAEEM RAFFI


SHAH ALAM: Pengurusan baharu Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) bakal meneliti laporan audit berhubung kontroversi pembayaran pampasan kepada pegawai mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa tidak mematuhi prosedur.

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata, pengurusan MBI yang baharu tidak akan menyembunyikan fakta dan tidak akan berkompromi jika terdapat unsur melanggar peraturan serta salah guna kuasa.

"Ada kewajaran untuk kita meneliti laporan audit yang baru sahaja dibentangkan di dalam sidang ini," kata Mohamed Azmin ketika menjawab pertanyaan lisan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

MB-FAEKAHLapan pegawai mantan menteri besar itu dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.8 juta yang disifatkan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar berkuat kuasa, pada 23 September lalu.

Justeru, pengurusan MBI yang baharu diminta menstruktur semula operasi termasuk jumlah perjawatan tertakluk kepada tugas dan fungsi perbadanan itu.

"Sebelum 23 September lalu, jumlah kakitangan MBI adalah seramai 36 orang. Walaubagaimanapun, pengerusi MBI ketika itu mengambil keputusan menamatkan kontrak 14 kakitangan dengan jumlah pampasan dan ganti rugi tiga bulan gaji RM2.8 juta, berkuatkuasa 23 September lalu," katanya.

ng suee lim dns 04 jul 01Sebelum ini, Suee Lim membangkitkan isu sama dalam sidang DNS, selain menyifatkan keputusan yang dibuat pada tempoh akhir perkhidmatan ADUN Pelabuhan Klang itu adalah pampasan terbesar dalam sejarah pentadbiran Selangor.

"Kenapa tergesa-gesa diluluskan dan dibayar, apa agenda tersirat. Hairan apabila media laporkan mantan menteri besar tak tahu jumlah sebenar bayaran itu.

"Saya minta penjelasan, butiran terperinci, dedah laporan semakan audit apakah ia melibatkan wang rakyat. Saya bukan dengki, tapi demi ketelusan perkara ini perlu didedahkan, harap ia tidak berlaku akan datang," katanya.

MBI ditubuhkan bawah enakmen 23/1994 yang dilulusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 18 Mei 1994.

Objektif penubuhannya adalah bertindak menjalankan pengawasan bersepadu yang berpusat ke atas pelaburan yang dibuat Kerajaan Negeridan berperanan sebagai medium pelaksana bagi agenda Kerajaan Negeri.-NFN-

Tiada ulasan: