DIALOG RAKYAT |
- Banjir mula melanda Kedah, 2 pusat pemindahan dibuka
- Yesss...Inilah PM TERBAIK Untuk Malaysia!!
- Harimau terlepas dari Zoo Taiping ditangkap semula
- ADUN PKR Inanam tak jadi berhenti
- Letak motosikal atas bumbung
- Jangan hanya fokus undi Melayu
- Gerakan Solidariti Bersama Al-Qaradhawi ditubuh
- Inilah seorang Perdana Menteri yang bagus - Mahfuz
- Pas tak layan desakan hentikan hudud
- Rumpai miang Mexico dikesan di tiga lagi lokasi
- Viral palsu boleh cetus suasana tidak tenteram
- Air mula masuki laluan Pengkalan Chepa
- Sambutan Ambang 2015 Putrajaya sah batal
- Ketika negara dilanda banjir teruk, Najib main golf di Hawaii
- PKR perlu damaikan konflik Pas, DAP
- Nak guna kalimah Allah tapi tolak hudud?
- Mangsa banjir Perak meningkat 1,923 orang
- TNB: 1,266 pencawang elektrik dihenti sementara
- Hospital HRPZ11 dinaiki air paras pinggang
- 222 anggota parlimen – terlalu ramai atau sedikit?
- ' Nilai ringgit jatuh, kerajaan Umno-BN terus bohongi rakyat’
- [VIDEO & GAMBAR] Banjir Semakin Buruk, Rakyat Semakin Menderita, Darurat Belum Diisytiharkan
- Air Sungai Kelantan Melimpah, Kota Baharu Sesak
- Banjir: Batal Sambutan Tahun Baharu Di Putrajaya - Irmohizam
- Kamalanathan: Jangan banding PT3 dengan PMR
Banjir mula melanda Kedah, 2 pusat pemindahan dibuka Posted: 25 Dec 2014 06:18 AM PST ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Banjir mula melanda Kedah dengan sekurang-kurangnya 51 orang di beberapa kawasan di negeri ini terutama di daerah Padang Terap dipindahkan sejak tengah hari ini. Selain Kedah, negeri lain yang dilanda banjir ialah Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis. Sehingga kini, dua pusat pemindahan banjir dibuka di Padang Terap bagi menampung mangsa banjir berikutan hujan sejak beberapa hari lalu. Penolong Setiausaha Tentera Majlis Keselamatan Negara Kedah, Mejar Mohd Radzi Abd Hamid sebuah pusat pemindahan telah dibuka di Kampung Chepa, Nami, yang menempatkan 19 mangsa daripada dua keluarga. "Ini berikutan limpahan air Sungai Pedu dan Sungai Muda dan kita percaya keadaan ini hanya sementara, dan mangsa akan dibenarkan pulang petang nanti," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis. Sebuah pusat pemindahan lagi dibuka di Dewan Petunas Lubuk Merbau yang menempatkan 11 mangsa dari Kampung Lubuk Merbau, 21 dari Kampung Baru Lubuk Merbau dan sejumlah mangsa yang bilangannya belum dikenal pasti dari Kampung Dusun. | |||
Yesss...Inilah PM TERBAIK Untuk Malaysia!! Posted: 25 Dec 2014 04:48 AM PST shahbudindotcom Dalam laporannya, ia melaporkan Najib kini sedang bercuti di Hawaii dan turut bermain golf dengan santai dan riang bersama Presiden Amerika, Barack Obama. Sebagaimana tahun lalu, terbukti sekali lagi Najib bercuti ke luar negara ketika musim sambutan Krismas sedang berlangsung. Sebagaimana tahun lalu, percutiannya kali ini mungkin juga sehingga sambutan tahun baru 2015 nanti. Kesanggupan Najib bercuti di Hawaii, bergembira dan bermain golf dengan Obama ketika rakyat di Pantai Timur sedang menderita kesejukan, kelaparan dan mengalami kemusnahan harta-benda, tidak lain membuktikan beliaulah Perdana Menteri TERBAIK untuk negara ini. Lupakanlah untuk menukar Perdana Menteri dengan Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Anwar Ibrahim atau sesiapa saja dan lupakanlah juga kehebatan Mahathir Mohamad membangunkan negara ini selama 22 tahun pemerintahannya kerana semuanya tidak terlawan dengan kehebatan Najib yang baru enam tahun dengan kuasanya. Najib bukan saja hebat dengan kejayaan meningkatkan hutang negara, menghapuskan subsidi minyak dan gula, memansuhkan pelbagai akta, bangga dengan ungkapan haramjadah dan bangangnya, bermewah serta membazir harta negara dan banyak lagi yang jumlahnya tak terkira, tetapi juga hebat dari segi kekentalan jiwa kerana tidak peduli dengan rakyat yang derita. Tiada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang ketika negara ditimpa bencana besar seperti banjir yang sedang melanda ketika ini, namun masih sanggup bercuti di Hawaii dan bermain golf dengan Obama yang menjadi idolanya. Bagi manusia bernama Najib ini, kepentingan dirinyalah yang lebih utama daripada segala-galanya. Ketika beliau mula bercuti, banjir baru saja bermula dan tidak terdetik pun di hati kecilnya mahu menangguhkan percutiannya. Semasa di Hawaii pula, sudah tentu beliau diberi khabar oleh para pegawai dan macainyantentang banjir yang semakin buruk, tetapi tetap tidak sedia memendekkan pemergiannya. Cuti dan agenda peribadi tetap lebih penting biar apa pun yang sedang berlaku dalam negara. Maka, inilah Perdana Menteri TERBAIK untuk kita semua. UMNO dan 47 peratus pengundi yang memilih BN seharusnya amat berbangga mempunyai pemimpin seperti Najib ini. Mereka bolehlah terus mempertahan dan mengagungkannya walaupun ramai yang sudah kehilangan kata-kata apabila melihatnya bergembira dan bertepuk bahu sambil bermain golf dengan Obama. Walaupun banjir terus menggila, Najib tidak perlu pulang segera. Teruslah bercuti di Hawaii dan Amerika. Sehari dua selepas ini postinglah gambar dalam FB atau Twitter ketika syok membeli-belah bersama Rosmah pula. Yesss...sekali lagi inilah Perdana Menteri TERBAIK untuk Malaysia. Hentikanlah usaha mahu menukar, menjatuh dan menggulingkannya, sebaliknya kekalkanlah Najib di Seri Perdana sampai bila-bila. ( SH 25/12/2014) Gambar-gambar ketika Najib bergembira di Hawaii dan suasana yang kita boleh bayangkan deritanya di Pantai Timur.. | |||
Harimau terlepas dari Zoo Taiping ditangkap semula Posted: 25 Dec 2014 04:44 AM PST MALAYSIAKINI Seekor harimau jantan terlepas daripada kurungannya di Zoo Taiping and Night Safari di Taiping, tengah hari ini. Pengarah zoo, Dr Kevin Lazarus berkata Harimau Malaya itu terlepas dari kurungannya ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pekerja baru. "Kejadian itu berlaku ketika harimau tersebut berada di kurungannya di bahagian belakang, bukan berlaku di bahagian kurungan untuk pameran awam. Ia terhentak pintu kurungan itu dan pintu tersebut terbuka secara tiba-tiba," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Harimau berkenaan kemudian ditembak ubat pelali namun ia melarikan diri ke hutan berhampiran kurungan itu dengan melompat tembok zoo setinggi 1.8 meter, katanya. Dr Lazarus berkata haiwan itu dijumpai di hutan berhampiran dan ia ditembak sekali lagi dengan pelali sebelum dapat ditangkap semula pada pukul 3 petang. Sebanyak 30 orang termasuk kakitangan zoo, anggota Bomba dan polis terlibat dalam usaha mencari harimau yang berusia hampir 16 tahun dengan berat kira-kira 300 kilogram dan dua meter panjang tersebut, katanya. - Bernama | |||
ADUN PKR Inanam tak jadi berhenti Posted: 25 Dec 2014 04:41 AM PST MALAYSIAKINI Dr Roland Chia hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN Inanam. Chia berkata beliau telah berbincang dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan penyokong serta pemimpin atasan PKR, ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Azmin Ali. Katanya, mereka menggesanya supaya terus memegang berkhidmat sebagai wakil rakyat Inanam. "Oleh itu, saya telah memutuskan untuk meneruskan tugas saya sebagai ADUN PKR Inanam," kata Chia dalam satu kenyataan hari ini. Beliau sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk melepas jawatan tersebut kerana bimbang tidak mampu berkhidmat kerana masalah kesihatannya. Rabu lalu Chia menulis di Twitter dan Facebook bahawa beliau akan melepaskan jawatan ADUN Inanam atas sebab-sebab kesihatan. Sekiranya Chia meletak jawatan, pilihan raya kecil akan diadakan di Sabah. Chia memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,202 undi dalam pilihan raya umum 2013 dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon PBS dan SAPP. | |||
Posted: 25 Dec 2014 04:34 AM PST Mohd Nor Azhar membantu memindahkan motosikal milik jirannya ke atas bumbung di Taman Soleheen, Bukit Mentok bagi mengelakkan rosak ditenggelami banjir. BUKIT MENTOK – Akibat air naik dengan cepat, sebuah motosikal milik seorang penduduk Taman Soleheen, dekat sini, terpaksa diusung ke atas bumbung dengan menggunakan jengkaut bagi mengelakkan rosak ditenggelami banjir. Dalam usaha mengalihkan motosikalnya itu, mangsa, Aziwade Che Alias, 34, yang memiliki jengkaut berkenaan, mendapatkan pertolongan daripada dua jirannya. Jiran hadapan rumahnya, Mohd Nor Azhar Hassanusi, 28, berkata, dalam keadaan cemas ketika air naik dengan laju, mereka sepakat untuk mengangkat motosikal ke bahagian bumbung rumah, malam kelmarin. "Kami penduduk taman tidak sangka air akan naik dengan laju, sebab itu jiran saya tidak sempat alihkan motosikal dan barang berharga dalam rumahnya. Namun dalam keadaan buntu, datang idea dan kami segera angkat motosikal ke bumbung. "Jengkaut digunakan untuk angkat motosikal ini turut digunakan untuk membantu memindahkan jiran dan penduduk taman sehingga ke kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai bagi mengelakkan mangsa mengharung air yang agak dalam. Dalam bencana banjir besar tahun lalu pun, jengkaut ini turut diguna," katanya. Menurut Jurutera Projek Syarikat Haven Engineering yang beroperasi dalam Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) Teluk Kalong ini lagi, dia bagaimanapun bernasib baik kerana sempat mengalihkan keretanya ke kawasan Klinik Kesihatan Bukit Mentok sebelum air naik. Akibat bencana berkenaan, semua 30 rumah di Taman Soleheen ditenggelami air dan sehingga jam 6 petang semalam, semua rumah terlibat tenggelam separas pinggang orang dewasa. Kata Mohd Nor Azhar, sejak rumahnya dinaiki air, dia sekeluarga berpindah ke rumah keluarga di Kampung Geliga. | |||
Jangan hanya fokus undi Melayu Posted: 25 Dec 2014 04:27 AM PST Ini kerana ia hanya merugikan PAS sendiri dan tidak menolong usaha memperkukuh Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui bersama dalam empat kali muktamar tahunan PAS sebelum ini. Keadaan ini berasaskan realiti demografi pengundi di negara ini yang taburannya pelbagai, di mana negeri di Pantai Timur – Terengganu dan Kelantan – jumlah pengundi Melayunya besar. Tetapi pengundi di Pantai Barat, jumlah pengundi Melayu sekitar 60% atau kurang dari itu, sementara jumlah pengundi bukan Melayu ialah sekitar 40%. Adalah sangat naïf jika berfikir bahawa cukupkah kalau kita dapat menang di negeri yang majoriti Melayunya besar, seperti di Pantai Timur. Jika ada pemikiran pendukung PAS seperti itu, maka ia hanya mahu menarik PAS undur ke belakang 20 atau 30 tahun. Tidak munasabah jika PAS yang sudah berumur 63 tahun hendak ditarik ke belakang semakin jauh. Sementelah lagi apakah teori itu tepat iaitu memberi fokus lebih kepada kawasan Melayu itu, konon kerana orang Melayu majoritinya 'pasti' akan mengundi PAS dengan andaian ia didukung oleh orang Melayu/Islam. Sejarah pilihan raya yang lalu menunjukkan keadaan seumpama ini jarang atau tidak berlaku. Menurut suatu kajian lain pula, jumlah pengundi Melayu di luar bandar akan jauh merosot di tahun-tahun akan datang di mana mungkin susut hingga tinggal 25% saja dari jumlah keseluruhan peratusan pengundi di Malaysia hingga PRU akan datang. Ini kerana jumlah pengundi di luar bandar banyak berpindah, mengikut anak di bandar, meninggal dunia dan beberapa sebab lagi. Dengan itu jumlah pengundi Melayu seperti di Lembah Klang, sekitar bandar di Johor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang dan lain-lain akan terus bertambah. Maka itu tumpuan pengundian pada asasnya kini ialah di dalam bandar, iaitu pengundi Melayu dan bukan Melayu. Ini tentunya sangat signifikan dalan menentukan kemenangan sesuatu parti yang bertanding dalam PRU akan datang. Dalam PRU yang lalu, banyak calon PAS menang di kawasan campuran iaitu di bandar seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Perak. Tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, terbukti sukar bagi calon PAS untuk menang. Inilah hakikat yang sebenarnya dan terimalah realiti ini walaupun hakikat ini mungkin sukar diterima. Parti politik yang matang menerima realiti yang wujud dan berusaha berasaskan realiti yang ada. Dari itu saya yakin, pendukung PAS yang berfikiran jauh ke depan tidak akan berfikir untuk bertanding secara bersendirian dalam PRU akan datang betapapun didorong oleh kemarahan atas apa yang berlaku dalam Pakatan sendiri. Emosi dan pemikiran sempit tidak wajar diberi ruang dalam membuat keputusan politik. Pemikiran besar dan jauh ke depan perlu ada pada pendukung PAS. Maka di sinilah saya masih ingat pesan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, beberapa tahun lalu: "Kita (PAS) berada dalam Pakatan Rakyat, banyak manfaatnya. Kita dapat berdakwah dengan luas kepada semua kaum. Kita dapat menjalin hubungan dengan mudah dengan bukan Islam". Memang diakui sejak krisis yang menimpa Pakatan Rakyat lebih tujuh bulan lalu dan merecik menjadi krisis dalam PAS sendiri, tetapi ini tidaklah boleh menyebabkan sesetengah pendukung PAS terdorong mahu PAS bersendirian dalam perjuangan politik walau apa hujahpun. Seperti diketahui, sebanyak empat kali muktamar PAS bukan saja menunjukkan komited dengan Pakatan Rakyat, bahkan berikrar memperkukuh Pakatan Rakyat. Jadi tidaklah wajar ada sesetengah pihak di dalam PAS sendiri, walau dalam status apapun, begitu mudah mengeluarkan kenyataan bersifat mengugut, mendesak, mengancam, menyindir, memberi kata dua dan sebagainya mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Yang perlu di sini ialah PAS bersama komponen Pakatan pelu kerap berunding untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Tetapi yang menjadi masalah di sini ialah ramai di dalam PAS yang sangat ghairah mengeluarkan kenyataan itu dan ini berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan. Ini tentunya tidak baik bagi PAS, terutama dalam usaha meneruskan hubungan baik dengan Pakatan, justeru tindakan ini menyebabkan rakyat keliru yang mana satu menjadi jurucakap parti. Lebih malang lagi, tanpa disedari, tindakan sesetengah pendukung PAS ini menyebabkan pihak musuh PAS dan Pakatan sendiri mendapat keuntungan politik darinya. Yang perlu ialah Pakatan perlu kerap berunding untuk menyelesaikan masalah. Sementara itu, pada pendapat saya, PAS sangat memerlukan ahli yang bijaksana dan dapat mengawal emosi, terbuka, mampu membaca dengan tepat geo-politik dalam negara, malah luar negara. Maka itu untuk membina pendukung PAS yang berkualiti, seperti yang dipesan oleh bekas Presden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, mereka perlu berusaha menambah ilmu, tidak terbatas ilmu agama saja, rajin membaca, membina kecemerlangan berfikir, pergaulan luas dan sebagainya. Jika ahli PAS mencapai kualiti seperti ini, maka mereka tidak akan mudah mengeluarkan kenyataan yang tidak munasabah, penuh kontroversi, yang hanya mencederakan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Pada akhirnya, saya penuh yakin, PAS sewajarnya terus kekal dalam Pakatan Rakyat, dalam apa keadaanpun dengan keyakinan tidak akan sampai berkompromi dengan dasar perjuangan Islamnya. Dengan perpaduan dalam Pakatan, maka dengan izin Allah, boleh mencapai kemenangan hingga ke Putrajaya. Ini adalah azam politik justeru politik adalah co-business PAS. Kalau sebuah parti politik tidak bercita-cita hendak mencapai kemenangan politik, maka ia bukan parti politik, justeru politik ialah mengenai kuasa. Akhirnya, disimpulkan, PAS sewajarnya memfokuskan bukan saja kepada pengundi Melayu bahkan kepada pengundi bukan Melayu juga bersama Pakatan Rakyat untuk mencapai kemenangan politik. - HARAKAHDAILY | |||
Gerakan Solidariti Bersama Al-Qaradhawi ditubuh Posted: 25 Dec 2014 04:23 AM PST Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan langkah dan pendirian kamu." (Muhammad, 47: 7) وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ هُمْ يَنتَصِرُونَ "Orang-orang yang apabila berhadapan dengan penganiayaan dan kezaliman, mereka bertindak membela diri (secara setimpal dan tidak melampaui batas)." (al-Syura, 42: 39) وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ "Memang menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman." (al-Rum, 30: 47) Sabda Rasulullah s.a.w.: لَعَنَ اللَّهُ مَنْ رَأَى مَظْلُومًا, فَلَمْ يَنْصُرْهُ "Allah melaknat orang yang melihat orang yang teraniaya (dizalimi) tetapi dia tidak bertindak membantunya." (Riwayat al-Dailami) إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوُا الظَّالِمَ فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ "Jika orang ramai melihat orang yang zalim melakukan penganiayaan dan mereka tidak bingkas menghalangnya, maka hampir-hampir Allah akan mengenakan azab kepada mereka semuanya." (Riwayat Abu Daud) قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: لأَنْتَقِمَنَّ مِنَ الظَّالِمِ فِي عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، وَلأَنْتَقِمَنَّ مِمَّنْ رَأَى مَظْلُومًا فَقَدرَ أَنْ يَنْصُرَهُ فَلَمْ يَفْعَلْ "Allah 'Azza wa jalla berfirman: "Aku pasti menuntutbela ( membalas) terhadap orang yang zalim; samaada dalam hidupnya masa kini atau di akhirat nanti. Aku juga akan menuntutbela terhadap orang yang melihat orang yang dizalimi tetapi ia tidak membantunya; pada hal dia mampu membantu." (Riwayat Imam Ahmad) Kami dengan ini mengumumkan Gerakan Solidariti Bersama Al-Qaradhawi telah ditubuhkan pada 23 Disember 2014 .Tujuan gerakan ini adalah untuk menyatakan sokongan dan menggerakkan usaha membela tokoh besar ini yang kini diancam ditahan oleh Interpol secara tidak benar dan sangat zalim. Mengambil perhatian serius bahawa tindakan Interpol (atas permintaan rejim Mesir) yang mengeluarkan Notis Merah bertujuan menangkap Dr Yusuf Qaradhawi adalah perbuatan jahat yang harus ditentang oleh semua pihak yang cintakan keamanan, keadilan dan demokrasi. Notis Merah oleh Interpol yang bermakna mencari dan menahan seseorang di mana-mana negara yang menganggotai Interpol adalah rancangan politik yang diputuskan oleh rejim Mesir untuk menghapuskan pengaruh Dr Yusuf Qaradhawi. Tuduhan yang dilontar ke atas beliau sebagai penjenayah, tidak masuk akal, dan jelas merupakan tindakan terdesak rejim Mesir yang tidak dapat membendung kebangkitan rakyat yang menolak rampasan kuasa oleh tentera. Rakyat Mesir sehingga kini terus melakukan bantahan, walaupun berhadapan dengan tindakan zalim pihak keselamatan Mesir di kalangan tentera dan polis yang telah menangkap, menculik, menyiksa serta membunuh ribuan rakyat awam. Dalam hanya tempuh setahun, rejim Mesir telah menahan lebih 28,000 rakyat termasuk wanita dan kanak-kanak, doktor dan jurnalis. Interpol yang diperalat oleh rejim Mesir yang melabelkan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai penjenayah memperlihatkan agensi polis antarabangsa itu tidak lagi boleh dihormati sebagai badan yang berkecuali dari segi politik kerana apa yang dilakukan oleh pihak rejim jelas adalah tindakan politik untuk menghapuskan musuh politik Presiden Fatah Al Sisi. Interpol nampaknya tidak mengambilkira laporan PBB dan pelbagai organisasi hak manusia yang jelas menunjukkan rejim Mesir telah melakukan pelanggaran hak manusia yang nyata dan sangat kejam. Jika badan polis antarabangsa yang berpusat di negara Barat itu iaitu di Lyon, Perancis patuh kepada rejim Mesir, ia akan dilihat melanggar peraturannya sendiri jika dibaca pernyataan yang terdapat dalam penubuhannya iaitu melarang bertindak atas sifat politik iaitu "Tindakan diambil dalam batas undang-undang dalam negara masing-masing berasaskan ruh Deklarasi Hak Manusia Universal. Perlembagaan kami melarang sama sekali sebarang intervensi atau aktiviti politik, ketenteraan, keagamaan atau perkauman". (Action is taken within the limits of existing laws in different countries and in the spirit of the Universal Declaration of Human Rights. Our Constitution prohibits 'any intervention or activities of a political, military, religious or racial character.) Kami mengutuk tindakan regim Mesir dan pihak Interpol yang secara terang-terangan bersekongkol untuk menahan Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi. Interpol jelas menjadi alat kepada regim Mesir yang juga direstui dan didokong oleh beberapa negara Arab yang lain. Kami sangat kecewa dan melahirkan kemarahan kami apabila seorang tokoh sebesar Syeikh Qaradhawi yang disegani dan dihormati dunia kini dijadi mangsa kepada tuduhan sebagai penjenayah hanya kerana beliau tegas dengan prinsip menolak kudeta Mesir pada 3 Julai 2013. Tindakan gila rejim Mesir ini sama sekali tidak boleh diterima malah mesti dikutuk. Rejim ini bukan kerajaan yang sah kerana ia merupakan kerajaan yang ditubuh atas kuasa tentera yang menafi kehendak rakyat yang telah memileh Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden pada pilihanraya 2012. Kami menggesa kerajaan Malaysia bertindak untuk menyelamatkan maruah beliau dan maruah negara ini sendiri yang telah mengiktiraf dan menganugerah Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi sebagai tokoh Maal Hijrah yang membawa mesej kesederhanaan berasaskan kelimuan beliau yang diperakui. Dengan tidak membela beliau bermakna penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada 2009 yang disampaikan sendiri oleh KDYM di-Pertuan Agong serta dihadiri oleh Perdana Menteri akan bermaksud anugerah itu tidak membawa erti apa-apa. Apatah lagi Perdana Menteri mewar-warkan Malaysia adalah penganut prinsip wasatiyyah yang dikempen sebagai bermakna sederhana. Apa erti wasatiyyah anutan kerajaan Malaysia jika ulama pelopor konsep wasatiyyah itu sendiri tidak dibela. Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi telah diperakui dunia sebagai ulama yang bersikap sederhana dalam pendekatannya tetapi tetap tegas bila kezaliman dilakukan oleh sesiapapun. Beliau juga jelas menolak gerakan ganas yang ditunjukkan oleh ISIS . Walaupun ada perbedaan pendapat antara ulama mengenai Al Qaradhawi, namun pemikiran dan keilmuannya yang tinggi dihormati oleh dunia sebagai ulama muktabar sehingga beliau dipercayai untuk memimpin Persatuan Ulama Muslimin Antarabangsa. Tidak ada yang menafikan keilmuannya dalam dunia Islam. Pendiriannya yang berhujah dengan ilmu yang kukuh mengenai risalah Islam dalam konteks kehidupan manusia masakini, di peringkat global, terutama mengenai keadilan, sangat dihormati. Kami dengan ini menuntut supaya: 1. Interpol membatalkan Notis Merah untuk menahan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. 2. Kerajaan Malaysia hendaklah menggunakan kedudukannya sebagai anggota OIC dan Majlis Keselamatan PBB untuk menyuarakan bantahannya terhadap keputusan untuk menahan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi oleh Interpol. 3. Kerajaan Malaysia menyatakan sikap dan pendiriannya yang jelas menolak pengumuman Notis Merah Interpol ke atas Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi. 4. Umat Islam dalam kalangan ulama, ahli politik, ilmuan dan rakyat hendaklah bangkit membela Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dan menolak rancangan jahat musuh Islam untuk menghapuskan pengaruh ulama muktabar yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. 5. Semua NGO Islam menggerakkan usaha untuk menyatakan sokongan dan pembelaan ke atas Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi dengan menjelaskan kepada masyarakat kewajipan membela mereka yang dizalimi berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang tercatat di atas. 1. Mohd Azmi Abdul Hamid Kordinator Gerakan Solidariti Bersama Dr. Syeikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) 2. Ustaz Abdul Ghani Samsudin Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) Merangkap Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Antarabangsa cawangan Malaysia 3. Dr Roslan Mohd Nor Setiausaha Agong Persatuan Ulama Malaysia 4. Dr. Muhammad Nur Manuty Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR 5. Datuk Mohamad Nor Mansor Al Hafiz Pengerusi Majlis Muafakat Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Perak 6. Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman Presiden Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) 10. Anwar Zainal Abidin Pemangku YDP Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah 11. Nahar Mohd Nor Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia 12. Dr Rahmah Hashim Naib Presiden Wadah Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH) 13. Datin Aminah Zakaria YDP Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) | |||
Inilah seorang Perdana Menteri yang bagus - Mahfuz Posted: 25 Dec 2014 04:17 AM PST Menurut beliau, kini keadaan banjir di Pantai Timur terutama di Kelantan agak kritikal, tetapi Najib sedang bercuti di luar negara ketika rakyat sedang mengalami kesusahan akibat banjir. "Jadi tahniahlah saya ucapkan kepada Perdana Menteri yang sedang bercuti di luar negara sekarang dan sedang bermain golf bersama Barack Obama. Ini adalah seorang Perdana Menteri yang mempunyai tahap keprihatinan yang sangat tinggi terhadap kesusahan rakyat. "Walaupun sedang bercuti di luar negara, mungkin Perdana Menteri juga turut berdoa. Mungkin beliau tak akan lupa doa beliau kepada mangsa-mangsa banjir. Inilah seorang Perdana Menteri yang bagus berbanding Perdana Menteri sebelum ini," kata Mahfuz dengan nada sinis. Kini Najib diberitakan sedang bercuti ke Hawaii dan ketiadaan beliau dalam negara juga menimbulkan pelbagai reaksi tidak senang, malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik beliau secara terbuka. Akhbar The Washington Post hari ini melaporkan, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sedang menghabiskan cuti Krismas di Hawaii ditemani rakan-rakan dan keluarga bermain golf serta beristirehat. Bersama beliau di lapangan golf adalah tetamu mengejutkan, Najib yang merupakan antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama di pangkalan Marine Corps, Kanehoe Bay. Sebelum ini, beberapa pihak termasuk kumpulan pendesak Melayu, Perkasa juga memberi kata dua kepada Najib supaya berhenti banyak menghabiskan masa ke luar negara jika tidak mahu hilang kuasa. Kejatuhan mata wang ringgit dan harga pasaran minyak dunia yang memberi impak kepada keadaan ekonomi negara juga membimbangkan pelbagai pihak, namun Najib dilihat tidak serius terhadap masalah itu. Malah, ketika rakyat sedang menghadapi banjir di beberapa buah negeri dengan keadaan yang agak kritikal di pantai timur terutama di Kelantan, Najib masih berseronok bercuti di luar negara dan turut menghabiskan masa dengan bermain golf bersama Barack Obama. Sementara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menggesa pihak kerajaan pusat dan Majlis Keselamatan Negara bertindak pantas memberikan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan kritikal di Kelantan termasuk di kawasan Kuala Krai. "Kini penduduk di Kuala Krai sudah ada yang menyelamatkan diri sampai ke atas bukit tetapi mereka ketiadaan bantuan segera termasuk makanan, pakaian dan peralatan yang diperlukan. "Untuk menyampaikan bantuan itu, segala peralatan yang diperlukan perlulah digunakan oleh pihak kerajaan pusat dan Majlis Keselamatan Negara termasuk helikopter," ujar beliau. - HARAKAHDAILY | |||
Pas tak layan desakan hentikan hudud Posted: 25 Dec 2014 04:13 AM PST Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM - Pas akan terus dengan usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan walaupun mendapat desakan termasuk daripada rakan daripada dalam gabungan PR. Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak akan melayan sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak yang meminta Pas agar berhenti daripada meneruskan usaha tersebut. Menurutnya, hudud adalah perjuangan Pas sejak dari awal penubuhan parti itu dan menjadi tanggungjawab untuk melunaskannya. "Isu hudud yang sering dibangkitkan oleh banyak pihak termasuk DAP bukanlah isu baharu. Pas sentiasa menghormati prinsip perjuangan parti dalam PR, namun tidak akan berganjak dengan keputusan yang sudah dibuat. "Perjuangan Pas sangat konsisten sejak awal sehingga ke hari ini. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Hudud hanya akan dibuat di Kelantan sahaja dan tidak dikenakan kepada bukan Islam," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata, tidak sepatutnya perkara itu dijadikan polemik hingga boleh mengancam PR. "DAP pernah menarik diri daripada Barisan Alternatif pada 2001, kemudian menyertai semula PR pada 2008. Itu yang saya kata, Pas sentiasa konsisten. Perjuangan ini sejak awal lagi. "Setiap parti perlu menghormati hak parti lain selagi mana tidak mencampuri urusan agama lain," katanya. Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata, Pas tiada hak untuk menyekat apa sahaja kenyataan DAP berkaitan hudud ini. "Kita menerima apa sahaja pandangan, tetapi untuk menghentikannya tidak boleh. Inilah kewajipan Pas. "Jika DAP kata tidak mahu hadir dalam mana-mana mesyuarat PR, kita tiada kuasa untuk berbuat apa-apa," katanya. Ditanya mengenai pusingan U yang mungkin dilakukan pada saat akhir seperti beberapa isu lain sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata, hudud akan tetap dilaksanakan biarpun bercanggah pendapat. "Kita akui ada beberapa perkara yang pada awalnya Pas tidak sependapat, akhirnya kita mengubah berdasarkan kesepakatan dalam politik, tetapi untuk hudud, ia tidak akan berlaku memandangkan ini perjuangan Islam dan Pas. "Jika pada 29 Disember nanti, Pas mengambil keputusan menangguhkannya, ia bukan disebabkan parti lain, tetapi saya kira berdasarkan kepada keadaan semasa iaitu bencana banjir yang sedang berlaku pada masa ini," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri Kelantan akan membuat pembentangan mengenai pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di hadapan Pas Pusat pada 28 Disember ini. "Itu langkah terakhir sebelum dibentangkan pada keesokan harinya. Di situ nanti kita akan dapat dengar penjelasan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. "Pada sesi ini juga, mana-mana pemimpin Pas yang sebelum ini kurang bersetuju akan mendapat penerangan lebih jelas dan diharap selepas pembentangan itu, tidak timbul lagi percanggahan pendapat berkenaan hudud ini," katanya. | |||
Rumpai miang Mexico dikesan di tiga lagi lokasi Posted: 25 Dec 2014 04:11 AM PST Rumpai miang mexico ini dikategorikan sebagai perosak berbahaya. SEREMBAN - Tiga lagi kawasan di Negeri Sembilan iaitu Labu, Sendayan dan Jempol turut dikesan ditumbuhi rumpai miang Mexico atau nama saintifiknya parthenium hysterophorus.Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Mustapa Umar berkata penambahan jumlah lokasi itu mencatatkan keluasan hampir 11 hektar setakat ini. "Langkah pemusnahan peringkat pertama dengan menggunakan racun di kesemua kawasan terlibat telah dilaksanakan dengan jaya oleh Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar. Tindakan susulan akan dilakukan selepas ini bagi memusnahkan anak benih rumpai tersebut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Katanya pemantauan di setiap kawasan akan dilakukan dua minggu sekali bagi bagi memastikan tumbuhan ini terhapus sepenuhnya dengan kerjasama Felda, Felcra dan Risda. Menurut beliau, setakat ini, penularan rumpai miang Mexico di negeri ini dapat dikawal dan dibendung dengan baik. Rumpai miang Mexico merupakan sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia dan dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan buruk kepada ekosistem semula jadi, sektor pertanian dan ternakan selain kesihatan manusia. Bahan kimia yang terdapat pada rumpai miang Mexico (debunga, bahagian akar, daun dan batang) iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin dikenal pasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia. Gejala daripada tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, dan allergic rhinitis serta gangguan pada sistem pernafasan seperti selesema dan asma. -Bernama | |||
Viral palsu boleh cetus suasana tidak tenteram Posted: 25 Dec 2014 04:08 AM PST SINAR HARIAN Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim LENGGONG - Orang ramai digesa supaya tidak menyebarkan maklumat dan bahan berkaitan bencana banjir yang tidak benar dan tepat tanpa merujuk pihak berkuasa terlebih dahulu. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pihaknya mendapati banyak berita yang disebarkan di media sosial dan menjadi 'viral' adalah tidak benar dan tepat. "Jangan timbulkan suasana tidak tenteram dan mencemaskan. Jangan timbulkan suasana yang tidak perlu sedangkan keadaan sebenar adalah terkawal," katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong di sini, malam tadi. Menurut Wan Mohd Nor kekuatan anggota dan aset pasukannya setakat ini mencukupi bagi menghadapi keperluan bencana banjir yang melanda beberapa negeri terutama di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Aset jabatan itu boleh dipindahkan mengikut keperluan memandangkan bencana banjir tidak berlaku serentak di seluruh negara, katanya. "Kejadian banjir ini berubah-ubah, kita boleh pindahkan aset-aset kita ke kawasan yang memerlukan selain itu kita juga mempunyai kerjasama erat dengan agensi lain seperti tentera dan polis yang sama-sama membantu," katanya. Wan Mohd Nor berkata kesiapsiagaan keseluruhan 13,000 anggota pasukannya juga berada pada tahap tertinggi dan bersedia bertugas 24 jam. Cuti tahunan anggota di negeri-negeri terlibat bencana juga dibekukan dan perkara itu telah dimaklumkan kepada pasukan, katanya. "Kita nampak apa yang penting dalam situasi bencana adalah koordinasi pelbagai agensi yang berjalan begitu baik, sama ada dari segi pusat pemindahan, aset serta aspek logistik," katanya menambah anggota bomba yang ditugaskan 24 jam memahami tugasan, peranan dan tanggungjawab mereka. - Bernama | |||
Air mula masuki laluan Pengkalan Chepa Posted: 25 Dec 2014 04:06 AM PST Keadaan paras air di Jalan Tok Guru berhadapan Pasar Raya Bilion Mart Tanjung Chat sekitar jam 11.30 pagi ini. KOTA BHARU - Paras air Sungai Kelantan yang semakin meningkat sejak semalam kini telah melimpahi bandar Kota Bharu dan sedang memasuki laluan ke Pengkalan Chepa. Tinjauan Sinar Harian di Jalan Tok Guru sekitar jam 10 pagi tadi mendapati air sudah dapat di laluan berkenaan, dan difahamkan laluan menghubungkan bandar Kota Bharu dan Pengkalan Chepa itu ditutup sejak 9.30 pagi tadi. Orang ramai, Zalman Ibrahim, 38, berkata,dia dalam perjalanan ke Jalan Sri Cemerlang terpaksa berpatah balik berikutan penutupan laluan tersebut. "Paras air d laluan hadapan Pasaraya Billion Mart juga semakin naik, mungkin akan terus naik selepas ini, jadi saya memilih untuk berpatah balik bimbang sekiranya air terus naik dan saya terkandas di situ," katanya kepada Sinar Harian di sini. Sementara itu, Penyelia Jabatan Pasaraya Bilion Mart, Mohd Kori Mohd Daud berkata, air mula melimpahi perkarangan pasar raya itu kira-kira jam 11 pagi. Menurutnya, ketika tiba di premis berkenaan sekitar 10 pagi, air belum sampai ke pasar raya berkenaan, namun difahamkan memenuhi kedai makan bertentangan sejak jam 5 pagi. "Air naik begitu cepat, kami sepatutnya menutup operasi hari ini berikutan kenaikan paras air,namun disebabkan permintaan dari para pelanggan, aktiviti perniagaan dilakukan namun untuk separuh hari sahaja," katanya. | |||
Sambutan Ambang 2015 Putrajaya sah batal Posted: 25 Dec 2014 04:00 AM PST SHAH ALAM – Hasil perbincangan antara penganjur bersama sambutan Ambang 2015 Putrajaya, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan penganjur utamanya, Kumpulan AmBank, program tersebut sah dibatalkan. Pengumuman tersebut dibuat PPj menerusi laman sosial Facebook rasmi, jam 6 petang tadi. "Setelah perbincangan diadakan di antara Perbadanan Putrajaya dan Kumpulan AmBank, dengan ini dimaklumkan bahawa program sambutan Ambang 2015 Putrajaya kini sah dibatalkan," kata kenyataan ringkas itu. Lewat petang tadi, Sinar Harian Online melaporkan, PPj sedang cuba berbincang dengan Kumpulan AmBank dalam rangka untuk membatalkan sambutan berkenaan. "Perbadanan Putrajaya prihatin terhadap semua pandangan dan musibah yang menimpa Malaysia. "...akan tetapi program sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 ini adalah program Kumpulan AmBank dan pihak Perbadanan Putrajaya sedang dalam usaha untuk berbincang dgn pihak penganjur bagi membatalkan sambutan Ambang 2015 ini," katanya. Acara sambutan mengira detik tahun baharu yang bertempat di Dataran Putrajaya itu dijadualkan bermula dari 8.30 malam pada 31 Dis sehingga 1 pagi 2015. Ekoran bencana alam yang sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur, orang ramai mendesak agar sambutan ambang tahun baru dibatalkan. Hari ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan sebarang acara konsert atau yang berunsur hiburan yang dirancang kerajaan negeri itu atau mana-mana agensi sempena sambutan tahun baru ini, dibatalkan serta-merta. | |||
Ketika negara dilanda banjir teruk, Najib main golf di Hawaii Posted: 25 Dec 2014 12:29 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: Ketika negara dilanda banjir paling teruk dalam sejarah, Perdana Menteri Najib Razak meluangkan masa di padang golf di ambang sambutan Krismas bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, tambah mengecewakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih belum mengumumkan darurat meskipun lebih 90,000 mangsa banjir telah dipindahkan. "Sebaliknya, apa yang kita dengar dua hari lalu adalah kenyataan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab memberi amaran kepada orang ramai yang menyebarkan khabar angin mengenai keadaan banjir," kata Pua dalam kenyataannya hari ini. Sebaliknya Thajudeen hanya berminat dengan formaliti proses pengumuman darurat dengan mendakwa bahawa ia 'hanya boleh diisytiharkan Perdana Menteri' dan 'pengumuman akan dibuat melalui saluran rasmi'. "Beliau tidak pula memaklumkan kepada orang ramai yang menghadapi masalah tentang usaha kerajaan untuk mengambil langkah proaktif menguruskan bencana, sebaliknya sibuk mencari pihak yang dikatakan memulakan khabar angin," ujarmya. Justeru itu, Pua menyeru kerajaan menggerakkan segala sumber untuk mengurangkan akibat banjir, termasuk memulakan operasi di kawasan-kawasan yang belum dilanda, namun mungkin terjejas teruk sekiranya berlaku hujan lebat dan peningkatan air pasang. "Sekiranya darurat perlu diisytiharkan untuk memastikan mobilisasi skala besar-besaran diselaraskan, maka Perdana Menteri perlu serta-merta mengumumkan keadaan 'darurat'. 'Jika agensi kerajaan masih 'terpinga-pinga' dan tidak mempu mengesan hal yang perlu disegerakan, maka Perdana Menteri perlu pulang segera ke Malaysia. "Dan sekiranya 90,000 rakyat Malaysia terpaksa meninggalkan rumah yang dilanda banjir ke tempat perlindungan, apakah tidak cukup jelas lagi bahawa keadaan telah darurat? soal Pua. – Roketkini.com | |||
PKR perlu damaikan konflik Pas, DAP Posted: 25 Dec 2014 12:14 AM PST Dr Jeniri Amir SHAH ALAM – Kenyataan serta tindakan saling cabar-mencabar antara pimpinan DAP dan Pas berhubung polemik hudud jika tidak dikawal sebaiknya, mampu menjadi punca perpecahan gabungan PR. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, kenyataan saling menyinggung DAP dan Pas mengundang situasi retak menanti belah yang merumitkan hubungan kedua-dua parti itu. "Dalam berdepan keadaan tegang ini, sewajarnya PKR memainkan peranan sebagai kuasa pendamai yang perlu menenangkan dua komponen yang dikuasai amarah. Sekiranya gagal, perpecahan akan berlaku. "Bagaimanapun, saya ramalkan sukar untuk DAP dan PKR melepaskan Pas memandangkan jumlah kerusi kemenangan. Justeru, terlalu awal untuk jangkakan begitu," katanya. Beliau berkata, kenyataan kasar yang dibuat Naib Pengerusi DAP, Datuk Teng Chang Khim itu jelas satu bentuk cabaran kepada Pas. "Ia seolah-olah menggambarkan Pas, rakan sekutu yang cakap tak serupa bikin kerana masih bercita-cita melaksanakan negara Islam dan hudud. "Jika Pas betul-betul melaksanakan hudud, pastinya DAP tidak akan terima. Ketika inilah PKR harus bertindak sebagai kuasa pendamai jika PR mahu tumbangkan BN," katanya. Jeniri berkata, walaupun Pas hanya berhasrat melaksanakan hudud di Kelantan, namun ia akan memberi gambaran tidak baik kepada DAP yang memperjuangkan negara sekular. "Sekiranya Pas kekal laksanakan hudud di Kelantan, DAP dianggap gagal dalam perjuangannya. "Kenyataan pedas saling menyinggung akan mengheret Pas keluar dari PR kerana desakan berterusan dibuat DAP akan menyebabkan parti berpecah," katanya. Isnin lalu, Chang Khim yang juga Adun Sungai Pinang melalui statusnya menerusi laman sosial Facebook, meminta Pas keluar PR jika mahu laksanakan negara Islam dan hudud. Kelmarin, Menteri Besar, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menyifatkan kenyataan Chang Kim itu sebagai pandangan peribadi dan yakin PR terus kukuh walaupun berbeza pendapat. | |||
Nak guna kalimah Allah tapi tolak hudud? Posted: 25 Dec 2014 12:12 AM PST Oleh Timmy Say Ketegasan DAP memperjuangkan hak bukan Islam Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah dan kitab Bible BM amatlah mengkagumkan. Mereka berani mempertahankan apa yang dirasai betul, pada pendapat mereka, mengikut tafsiran mereka pada Perlembagaan dan hak asasi manusia, meskipun terpaksa berdepan dengan cemuhan dan kritikan yang bertubi-tubi. Tapi mengapa DAP mengambil sikap konfrontasi terhadap PAS yang ingin memperjuangkan agar hukum hudud dilaksanakan di Kelantan? Hukum hudud adalah sebahagian daripada tuntutan agama orang Islam, yang wajib ditunaikan jika mampu. Ini adalah satu hak orang Islam untuk melaksanakan tuntutan agama mereka. Keinginan orang Islam untuk melihat pesalah-pesalah beragama Islam diadili menggunakan hukum yang ditentukan Allah dan bukan manusia perlu dihormati dan diberi ruang. Sikap DAP yang sering mempertikaikan hasrat PAS untuk melaksanakan hudud menyebabkan masyarakat bukan Islam melihat hukum hudud jauh lebih teruk berbanding rasuah di dalam Umno. Ini terbukti apabila DAP menyatakan Putrajaya tidak akan dicapai Pakatan Rakyat sekiranya hukum hudud dilaksanakan. Kenyataan DAP itu membina persepsi seolah-olah rasuah di dalam Umno boleh diterima bukan Islam berbanding hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS Kelantan untuk mengotakan janjinya kepada rakyat Kelantan yang menyokongnya selama 23 tahun. Betul kata DAP, orang bukan Islam yang menyokong PR tidak mengundi untuk hukum hudud dilaksanakan. Tapi rakyat Kelantan yang beragama Islam menyokong PAS pula mengundi untuk sebaliknya. Betul hak bukan Islam perlu dihormati, tapi hak rakyat Kelantan turut tidak boleh diabaikan. Sekiranya DAP boleh memahami perasaan orang Kristian yang dinafikan hak mereka menggunakan nama Allah dan Bible BM, mengapa DAP tidak boleh bertimbang rasa dengan perasaan rakyat Kelantan yang mengundi PAS kerana janjinya untuk melaksanakan hukum hudud? DAP tak perlu bantah hudud sehinggakan hak orang Islam di Kelantan yang inginkan hukum hudud dilaksanakan turut dinafikan. Jika DAP terus nak bantah hudud pun, biarlah ia sekadar memperjuangkan agar bukan Islam tidak tertakluk pada hukum hudud – sebagaimana keberanian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan orang bukan Islam tidak tertakluk pada fatwa yang melarang mereka untuk menggunakan 40 perkataan yang dikhaskan untuk orang Islam. Cukuplah berpolemik dalam hudud untuk menjauhkan bukan Islam daripada PAS, kerana pada masa yang sama, sikap hipokrit kamu dalam memperjuangkan hak-hak bukan Islam juga terdedah untuk tatapan ramai. DAP suka bercakap mengenai rasuah, teruskan usaha itu kerana itu adalah persamaan perjuangan PAS, PKR dan DAP. Biar rakyat nampak rasuah adalah masalah lebih besar yang sedang menyakitkan negara ini dan bukannya hukum hudud yang cuba dilaksana di Kelantan secara demokrasi dengan melalui Parlimen. Kalau DAP bangkitkan hukum hudud lagi, bolehlah kita sama-sama minta mereka fokus pada isu rasuah ya, kerana mereka bersetuju itu adalah isu yang lebih penting. Yang lain, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. | |||
Mangsa banjir Perak meningkat 1,923 orang Posted: 25 Dec 2014 12:01 AM PST Penduduk sekitar Kuala Kangsar hanya mampu memerhati keadaan persisiran lembah Kuala Kangsar dinaiki air akibat limpahan air dari Sungai Perak dekat Kuala Kangsar, semalam. - Foto Bernama IPOH – Jumlah mangsa banjir di lima kawasan yang direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak sehingga jam 7 pagi tadi terus meningkat kepada 1,923 orang membabitkan 477 keluarga. Daripada jumlah itu, 473 daripadanya merupakan kanak-kanak yang kini berada dalam keadaan selamat ditempatkan di 27 pusat pemindahan masing-masing di Sungai Siput, Lenggong, Kuala Kangsar, Parit dan Seri Iskandar. Paras air paling tinggi direkodkan di Kampung Gajah apabila mencatatkan bacaan 7.3 meter diikuti paras air sungai di Kampung Sumpitan, Lenggong (4.5 meter) dan Kampung Changkat Duku Sauk, Kuala Kangsar (3 meter). | |||
TNB: 1,266 pencawang elektrik dihenti sementara Posted: 24 Dec 2014 11:59 PM PST SHAH ALAM – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menghentikan sementara operasi 1,266 pencawang elektrik (PE) di beberapa kawasan yang ditenggelami air. Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, penghentian operasi itu bagi mengelakkan berlakunya litar pintas. "Sehingga jam 9 pagi ini, TNB telah menghentikan sementara bekalan 1,266 buah pencawang elektrik (PE) di beberapa daerah atau kawasan di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditenggelami air. "Penghentian operasi pencawang-pencawang ini membabitkan sejumlah 63,221 pengguna. Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya litar pintas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Menurutnya, pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan bertindak sekiranya air mencecah paras bahaya. "TNB akan terus memantau pencawang elektrik di beberapa kawasan yang terjejas dengan banjir dan menutup bekalan elektrik sekiranya air mencecah paras merbahaya. "Bilik-bilik gerakan di setiap negeri juga telah diaktifkan untuk memantau situasi. Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454," katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan aspek keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Jumlah pengguna paling ramai terjejas Kelantan dengan seramai 42,625 pengguna dengan penutupan operasi 810 PE di Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat. Di Terengganu, penghentian operasi 138 PE melibatkan Kemaman, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Dungun pula menjejaskan 8,105 pengguna manakala di Pahang 5,878 pengguna berikutan penutupan operasi 18 PE. | |||
Hospital HRPZ11 dinaiki air paras pinggang Posted: 24 Dec 2014 11:57 PM PST Penduduk Kampung Keroh meredah banjir akibat limpahan air dari Sungai Nal dekat Kuala Krai hari ini. Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai kekal 4,864 orang, di 39 buah pusat penempatan banjir. - Foto Bernama KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab 11 (HRPZ11) dinaiki air paras pinggang sehingga jam 12 tengahari tadi. Limpahan air Sungai Kelantan mula memasuki kawasan tersebut pada jam 2.30 pagi malam tadi mula memenuhi belakang farmasi,kantin dan farmasi. Sejak petang kelmarin pihak HRPZ11 telah memindahkan pesakit yang berada di bangunan mudah dinaiki air ke bangunan wad lebih selamat serta ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Dalam pada itu,warga HRPZ11 turut dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa turut ditangkap di depan Jabatan Kecemasan hospital tersebut. Sehingga jam satu tengahari sebentar tadi paras air Sungai Kelantan di Tambatan DiRaja mencatatkan bacaan 6.86meter (m) melepasi paras bahaya 5m. | |||
222 anggota parlimen – terlalu ramai atau sedikit? Posted: 24 Dec 2014 11:55 PM PST Oleh Cindi Loo Tidak lama lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjalankan proses penyempadanan semula kawasan pilihan raya selepas menangguhkan langkah tersebut yang dijadualkan pada tahun 2011. Langkah penyempadanan semula terakhir telah dilakukan pada tahun 2003. Seperti kebiasaan, langkah terbaru ini akan menyebabkan wujudnya kerusi-kerusi Parlimen dan negeri yang baru. Dan tidak ada keraguan tentang perkara ini apabila pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah membayangkan bahawa kawasan-kawasan dengan jumlah pengundi yang besar, contohnya lebih daripada 100,000, perlu dibahagikan kepada dua untuk memastikan adanya jumlah pengundi yang munasabah di kedua-dua kawasan ini. Terdapat sejumlah 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai 25 dan 31 kerusi Parlimen. Jumlah kerusi negeri kedua-dua negeri Malaysia Timur ini adalah 60 untuk Sabah dan 71 bagi Sarawak. Buat masa ini, mari kita tumpukan perhatian kepada kerusi Parlimen atau sebaliknya pada jumlah ahli-ahli parlimen. Apabila Parlimen Malaysia telah diwujudkan pada tahun 1969, ia bermula dengan hanya 144 orang ahli parlimen. Angka ini meningkat kepada 154 (1974), 177 (1986), 180 (1990), 192 (1995), 193 (1999), 219 (2004) dan 222 (2008). Dari tahun 1974 hingga 1982, bilangan ahli parlimen berada pada 154. Walau bagaimanapun, dari tahun 1986, negara menyaksikan peningkatan yang stabil dalam jumlah ahli parlimen, kepada jumlah semasa iaitu 222. Sekarang persoalannya ialah, mestikah setiap tindakan penyempadanan semula mengakibatkan peningkatan jumlah kerusi? Tidakkah 222 orang ahli parlimen sudah mencukupi? Atau adakah kita benar-benar memerlukan lebih ramai? Jika kita bandingkan jumlah ini dengan negara-negara lain yang turut mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia ketinggalan dari segi jumlah. Di United Kingdom, terdapat 650 orang ahli parlimen, dan di India 545. Jika hanya dari jumlah, kita dengan cepat dapat membuat kesimpulan bahawa Malaysia tidak mempunyai ahli parlimen cukup, dan dengan itu peningkatan jumlah kerusi secara beransur-ansur akan mengurangkan masalah ini. Walau bagaimanapun, ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat berpendapat bahawa jumlah 222 orang ahli parlimen sudah mencukupi bagi mewakili rakyat buat masa ini. "Di India, seorang ahli parlimen secara purata mewakili 2.3 juta orang, manakala di UK seorang ahli parlimen mewakili kira-kira 98,000 orang, iaitu jumlah penduduk yang sangat kecil. "Walaupun di Parlimen, jumlah 222 orang ahli parlimen tidak dilihat besar, kita hanya mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 30 juta orang, jadi seorang ahli parlimen sudah pun mewakili kira-kira 139,000 orang pengundi," katanya. Walaupun memiliki lebih ramai ahli parlimen bermakna perwakilan yang lebih baik untuk kumpulan-kumpulan rakyat yang lebih kecil, ia tidak semestinya berlaku di Malaysia. Parlimen hanya bertemu bagi tiga sesi sepanjang tahun, dipisahkan oleh tempoh masa yang lama kerana perayaan atau hal-hal kerajaan yang lain, manakala parlimen UK bertemu dalam lima sesi dalam setahun, dengan tempoh-tempoh rehat yang lebih pendek. Bagi meletakkan hal ini dalam perspektifnya, pada tahun 2014 Parlimen kita telah menjalankan tiga sesi – sesi pertama dari 10 Mac hingga 10 April (20 hari), sesi kedua dari 9 Jun – 19 Jun (8 hari) dan sesi ketiga dari 7 Oktober – 27 November (28 hari), dan juga satu mesyuarat khas tambahan yang dijalankan pada 23 Julai untuk membincangkan mengenai peristiwa MH17. Parlimen telah bertemu dan membincangkan isu-isu selama 560 jam dan 58 minit, yang bermaksud bahawa seseorang ahli parlimen boleh bercakap secara purata selama dua jam, 38 minit dan 37 saat. "Saya rasa kita patut bertanya kepada diri kita sendiri, 'Adakah kita benar-benar ingin mempunyai lebih ramai ahli parlimen supaya mereka mempunyai kurang masa untuk membincangkan isu-isu di Parlimen?'" kata Wong. Ini adalah beberapa soalan mustahak yang perlu dijawab dalam usaha merangka semula sempadan, yang dijangka bermula tahun depan. Turut berlaku kes-kes di negara-negara lain di mana jumlah kerusi telah dikekalkan untuk jangka masa yang panjang, ataupun dikurangkan menurun kekurangan kualiti dalam perbahasan. Amerika Syarikat telah mengekalkan jumlah yang sama dalam Kongresnya sejak tahun 1911, iaitu 435 perwakilan walaupun jumlah penduduknya telah meningkat, dengan beberapa pengecualian, manakala Taiwan telah mengurangkan kerusinya dari 225 kepada hanya 113 kerusi. Sekalipin kita mengetepikan isu kualiti perdebatan di Parlimen dan ahli-ahli parlimen kita hari ini, Wong merasakan bahawa masalah yang timbul dengan cara sempadan ini dirangka adalah bukannya dengan mewujudkan lebih banyak kerusi, tetapi pengiraan yang lebih baik dan seimbang perlu digunakan untuk merangka sempadan pilihan raya, supaya ada keseimbangan yang wajar bagi setiap kawasan pilihan raya, sama ada di bandar atau luar bandar. Pendirian rasmi Bersih 2.0 adalah supaya SPR meneruskan penyempadanan semula, tetapi mengekalkan jumlah 222 orang ahli parlimen. | |||
' Nilai ringgit jatuh, kerajaan Umno-BN terus bohongi rakyat’ Posted: 24 Dec 2014 11:50 PM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-BN amat tidak bertanggungjawab apabila masih gagal m elakukan tindakan wajar yang tidak membebankan rakyat bagi menghadapi krisis ekonomi, malah sanggup membohongi rakyat dengan mengatakan penyusutan nilai ringgit tidak menjejaskan ekonomi negara. Pada hal, kejatuhan nilai ringgit pasti memberikan kesan buruk kepada rakyat dan negara kerana ia pasti akan menyebabkan harga barang-barang turut naik terutama barangan import termasuk besi dan kenderaan. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, ini bermaksud, apabila nilai ringgit turun, harga barang akan naik dan keadaan ini pasti akan menjadi bertambah parah kepada rakyat apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai April tahun depan. Menurut beliau, lebih mencemaskan lagi apabila kejatuhan nilai ringgit berlaku ketika situasi ekonomi dunia turut berada dalam keadaan tidak menentu seperti sekarang akibat penurunan harga minyak yang pasti akan mengurangkan pendapatan kerajaan. "Dengan suasana yang tidak menyenangkan sekarang, saya khuatir jika GST yang akan dilaksanakan tahun hadapan akan dinaikkan lagi kadarnya daripada enam peratus kepada kadar yang lebih tinggi dalam masa terdekat kerana kerajaan kurang pendapatan," katanya ketika dihubungi Tindakan seperti itu, menurut beliau, tidak mustahil dilakukan oleh kerajaan Umno-BN walaupun akan lebih membebankan rakyat memandangkan pihak kerajaan sendiri tidak melakukan sebarang tindakan sewajarnya bagi menghadapi krisis ekonomi mulai sekarang. "Ini terbukti apabila sehingga sekarang pun kerajaan masih lagi kekal dengan sikapnya yang membazir dan boros membelanjakan wang negara, seolah-olah tiada apa yang merisaukan kepada para pemimpin kerajaan Umno-BN," ujarnya. Keadaan itu, katanya, amat berbeza berbanding tindakan yang dilakukan oleh negara-negara lain termasuk Australia dan Britain yang bertindak pantas sehingga membuat 'adjustment' terhadap angka-angka belanjawannya mengikut situasi sekarang. "Dengan tidak mengumumkan apaapa langkah yang akan dilakukan bagi menangani krisis ekonomi sekarang, kerajaan Umno- BN terus membohongi rakyat sekali lagi kerana ingin memberikan gambaran tiada apa yang berlaku yang perlu dirisaukan oleh rakyat, walaupun rakyat sendiri sudah tahu perkara sebenar," ujarnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, rakyat yang masih belum tahu dengan keadaan ekonomi sekarang pasti akan tahu juga nanti apabila kesannya semakin dirasai dari sehari ke sehari. "Akhirnya nanti kerajaan tak ada duit dan tak boleh lagi memberikan wang kepada rakyat seperti sekarang. Ketika itu, rakyat akan tahu kesannya dan pasti akan turut kesal dengan sikap dan tindakan para pemimpin Umno-BN yang langsung tidak menunjukkan tanggungjawabnya bagi menangani masalah ini," ujar beliau. 15 Disember lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan media berkata, penyusutan nilai Ringgit berbanding mata wang dolar Amerika dan dolar Singapura tidak menjejaskan ekonomi Malaysia. Ini kerana, katanya, nilai ringgit secara jangka panjang kekal stabil dan masih mampu mengukuh berbanding beberapa mata wang utama seperti yen dan euro. Menurut Ahmad, satu taklimat antara Bank Negara Malaysia dan kementerian itu telah diadakan baru-baru ini bagi membincangkan impak kelemahan ringgit dan kemungkinan penyusutan pendapatan negara berikutan harga minyak dunia yang semakin lemah. "Hasil perbincangan menunjukkan keadaan masih tidak membimbangkan dan tiada semakan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) akan dibuat dalam masa terdekat," katanya. | |||
[VIDEO & GAMBAR] Banjir Semakin Buruk, Rakyat Semakin Menderita, Darurat Belum Diisytiharkan Posted: 24 Dec 2014 10:54 PM PST KELAB GREENBOCJumlah mangsa banjir terus meningkat Jumlah mangsa banjir di kebanyakan negeri yang terjejas terus meningkat dengan keseluruhan 62,836 penduduk dipindahkan sehingga tengah hari ini, berbanding 58,705 pagi tadi. Di Kelantan jumlah mangsa banjir kini mencecah 26,137 orang berbanding 24,765 yang dicatat pagi tadi. Menurut portal banjir kerajaan negeri, mereka yang dipindahkan membabitkan sebanyak 7,468 buah keluarga yang ditempatkan di 117 pusat pemindahan berbanding 7,493 keluarga di 114 pusat sebelumnya. Jajahan paling teruk terjejas ialah Gua Musang membabitkan 6,947 penduduk dipindahkan, meningkat 1,688 orang berbanding pagi tadi. Peningkatan jumlah mangsa banjir turut dicatatkan di Tanah Merah (801), Kota Baru (276), Jeli (557) dan Machang (178). Di jajahan Pasir Mas jumlah mangsa sedikit menurun kepada 7,776 orang berbanding 8,754 pagi tadi. Penurunan turut direkodkan di Tumpat dengan kini 3,794 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 4,146 pagi tadi. Sementara mangsa banjir di Pasir Puteh kekal 602 orang. Di Terengganu, 720 orang lagi penduduk dipindahkan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir kepada 22,326 orang berbanding 21,606 pagi tadi. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi 13,039 orang diikuti Dungun (4,971), Kuala Terengganu (3,082) orang, Hulu Terengganu (685), Besut (426), Marang (115) dan Setiu (lapan), kesemuanya ditempatkan di 116 pusat pemindahan. Di Kuantan situasi banjir semakin buruk menyebabkan angka penduduk yang dipindahkan bertambah kepada 12,832 orang berbanding 10,825 orang pagi tadi. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Kuantan mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 6,231 orang daripada 1,689 keluarga yang ditempatkan di 31 pusat pemindahan. "Di Maran 2,542 dipindahkan, Jerantut(2,513), Lipis (703), Pekan (553) Rompin (268), Temerloh (14) dan Bera (lapan)," katanya. Di Perak jumlah mangsa banjir di daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar tidak berubah iaitu seramai 1,030 orang dari 252 keluarga yang masih ditempatkan di 17 pusat pemindahan banjir setakat tengah hari ini. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Jasimi Zeniol Abdin ketika ditemui di Kuala Kangsar berkata seramai 823 mangsa berada di 10 pusat pemindahan banjir manakala di Hulu Perak seramai 207 mangsa berada di tujuh pusat pemindahan. Di Sabah, keadaan banjir di daerah Beaufort yang terletak kira-kira 97 kilometer dari bandar raya Kota KInabalu, bertambah baik selepas kesemua mangsa di pusat pemindahan akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang ini. Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata kesemua 336 mangsa dari 128 keluarga yang ditempatkan di Dewan Masyarakat Baru akan dibenarkan pulang selepas pukul 2 petang ini. "Air mulai surut sejak pagi tadi, kesemua mangsa dari sembilan buah kampung akan dibenarkan pulang, namun kita masih memantau situasi banjir termasuk akan membuka pusat pemindahan di Kampung Suasa sekiranya kawasan berkenaan dinaiki air," katanya ketika dihubungi. Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir daerah berkata kesemua jalan-jalan di kampung terjejas banjir dibuka kepada semua kenderaan sejak pagi tadi. Di Perlis pula, walaupun keadaan banjir tidak menunjukkan perubahan ketara, tetapi terdapat peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan daripada 143 orang pagi tadi kepada 175 orang tengah hari ini. – LIHAT VIDEO DI SINI: VIDEO -1. VIDEO -2 VIDEO -3. VIDEO -4. VIDEO -5. VIDEO -6. VIDEO -7 | |||
Air Sungai Kelantan Melimpah, Kota Baharu Sesak Posted: 24 Dec 2014 10:52 PM PST Tinjauan di sekitar Jalan Post Office Lama dan Pasar Kubang Pasu mendapati air mula melimpah ke jalan raya dan pemilik premis perniagaan turut menutup operasi. Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di sini setakat pukul 10 pagi ini telah melepasi paras bahaya iaitu pada paras 5.91 meter (paras bahaya 5 meter). Bandar ini pernah dilanda banjir besar pada 2004 sehingga melumpuhkan seluruh bandar tersebut, dan mengakibatkan kerugian berjuta ringgit. "Masa itu air naik pada waktu malam dan saya tidak sempat menyelamatkan peralatan elektrik di kedai saya ini," katanya. Leong berkata untuk tidak mahu menanggung risiko seperti dahulu, kali ini beliau melakukan persiapan lebih awal bagi mengelakkan peralatan elektriknya terjejas. Sementara itu beberapa penduduk yang tinggal di rumah rakit di tebing sungai itu juga sudah membuat persiapan awal dengan mengikat kukuh rumah masing-masing bagi mengelak dihanyutkan arus deras. "Rumah, kami sudah ikat dengan tali yang kukuh, tetapi apa yang kami bimbang adalah batang balak yang hanyut dalam keadaan arus deras ini yang boleh merempuh rumah kami," kata Ali Shahbudin, 56. Jirannya, Mek Minah Ali, 52, berharap air sungai akan cepat surut kerana khuatir air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai akan mengalir turun ke sungai ini dan mengakibatkan keadaan banjir lebih buruk. Paras air di Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Kelantan di Tangga Krai juga dilaporkan terus meningkat dengan masing-masing melepasi paras bahaya. Bacaan di Sungai Galas kini ialah 45.65 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir 36.13 meter (paras bahaya 36 meter) dan Tangga Krai 32.36 meter (paras bahaya 25 meter). Tinjauan juga mendapati kanak-kanak mengambil kesempatan bermain air banjir dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah meminta ibu bapa mengawasi anak mereka daripada bermain air kerana khuatir boleh mengundang bahaya. "Kita bimbang ada yang terjatuh longkang atau terkena renjatan elektrik selain membahayakan kesihatan berikutan air berlumpur," menurut jurucakap bomba. | |||
Banjir: Batal Sambutan Tahun Baharu Di Putrajaya - Irmohizam Posted: 24 Dec 2014 10:49 PM PST Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, menggesa kerajaan supaya mengadakan majlis keagamaan dan kerohanian untuk berdoa di atas nasib yang menimpa mereka yang terjejas akibat bencana itu. Lebih 70,000 orang terpaksa dipindahkan berikutan keadaan banjir yang bertambah buruk di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Sabah. "Ini akan menunjukkan kerajaan dan para pemimpin prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi mereka akibat bencana ini," kata Irmohizam dalam satu kenyataan. "Saya berharap rakyat Malaysia dapat bersama-sama pada masa ini bagi menunjukkan sokongan terhadap kesukaran yang dihadapi oleh saudara-saudara kita. "Marilah kita berdoa supaya keadaan bertambah baik dan membolehkan keluarga dan mangsa yang terjejas akibat banjir dapat dipindahkan ke tempat yang selamat dan diberikan bantuan yang secukupnya," tambahnya. Rancangan untuk mengadakan sambutan Tahun Baharu 2015 termasuk konsert dan pertunjukan bunga api akan diadakan di Dataran Putrajaya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya pada 31 Disember ini. | |||
Kamalanathan: Jangan banding PT3 dengan PMR Posted: 24 Dec 2014 04:32 PM PST SINAR HARIAN P Kamalanathan PUTRAJAYA - Orang ramai harus berhati-hati apabila memberi maklum balas mengenai peperiksaan sulung Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan tidak membandingkannya dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan berkata, kedua-dua peperiksaan berbeza kerana kedua-duanya bukan sahaja dijalankan dalam format yang berbeza tetapi juga mempunyai tujuan yang berbeza. "Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi" digunakan dalam PT3 dan tidak seperti PMR, semua kertas PT3 terdiri daripada soalan subjektif yang memerlukan pelajar untuk berfikir dan proses penandaan juga telah dipertingkatkan. "Pada dasarnya, ini adalah dua set peperiksaan yang berbeza dan membandingkannya adalah usaha yang sia-sia," katanya dalam catatan terbaharu beliau hari ini bertajuk "Marilah kita bekerja bersama-sama untuk masa depan yang lebih baik untuk pelajar kita " dalam blognya, pkamalanathan.blogspot.com. Beliau berkata, keputusan PT3 yang diumumkan pada Isnin telah mendapat pujian serta kritikan daripada pihak berkepentingan dan orang awam. "Setiap maklum balas adalah berharga kerana niat kita adalah sama; untuk memastikan pelajar kita di Malaysia diberi pendidikan yang terbaik. Seperti dalam mana-mana usaha baharu atau perubahan positif, masa adalah amat penting. "Kita perlu berlaku adil dalam maklum balas kerana inisiatif baharu ini adalah pembelajaran yang memerlukan sokongan semua untuk mencapai matlamatnya," kata Kamalanathan. Beliau berkata keberkesanan perubahan tidak sentiasa dapat dilihat segera, terutama apabila ia berkenaan pendidikan. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk memperincikan format baharu ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan