Rabu, 24 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Saham FGV jatuh, Pengerusi Felda pergi bercuti?

Posted: 24 Dec 2014 05:02 AM PST

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menyatakan kekecewaanya apabila gagal mendapatkan penjelasan daripada Felda Global Ventures Holding (FGVH) berhubung kemerosotan sahamnya daripada RM4.20 kepada RM2.30 seunit.

Jelas Mazlan, kegagalan mendapatkan penjelasan itu disebabkan menteri bertanggungjawab sedang bercuti termasuk Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang kini berada di London.

ANAK

"Dalam keadaan saham begini, ibarat sekarang ni musim banjir, tiba-tiba Perdana Menteri pergi bercuti.

"Apa maknanya? Itu ertinya kita anggap benda tu remeh, tak ambil berat dengan apa yang sedang melanda kepada 1.5 juta warga Felda," ujarnya.

Menurutnya, peneroka kini menanggung beban hutang dengan Felda dan sebahagiannya mungkin berdepan tindakan mahkamah kerana gagal menjelaskan hutang tertunggak.

"Dengan keadaan saham yang teruk jatuh, takkan lah pihak kerajaan tak nampak ini adalah satu perkara yang sangat serius?," soalnya ketika ditemui di Menara Felda selepas penyerahan memorandum mengenai isu berkenaan, hari ini.

Memorandum itu disampaikan kepada Naib Presiden FGV, Mohd Najid Md Yahya yang menyatakan pihaknya tidak diberi mandat untuk memberi penjelasan kepada peneroka, dan sebahagian besar pegawainya sedang bercuti.

"Ini bagi saya adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab, tak ambil serius dan lebih buruk dalam keadaan begini mereka berbalah sesama sendiri," ujarnya merujuk krisis membabitkan Felda dengan penggantungan tugas Pengarah Besarnya, Datuk Faizoull Ahmad selama dua bulan.

Menurut Mazlan, kerajaan sebelum ini berjanji membawa Felda ke 'era transformasi' dengan membuat penyenaraian saham FGV di Bursa Malaysia dan melonjakkan syarikat itu ke peringkat antarabangsa.

"Ini belum kita nyatakan setiap anak syarikat mereka (Felda) yang berada di luar negara, turut berada di dalam keadaan yang teruk, sebab itu kita nak penjelasan daripada mereka," ujarnya lagi.

Turut hadir dalam penyerahan memorandum itu, Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop dan Naib Pengerusi KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN.

Menteri kata terbaik urus banjir tetapi realitinya sangat lemah

Posted: 24 Dec 2014 04:53 AM PST

1533716_10152492090445965_3042288500337860489_n

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR: Dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa negara ini merupakan antara yang terbaik dalam pengurusan banjir di tempelak Abd Aziz Kadir.

Azizi yang juga Pengerusi KEADILAN Kelantan berkata apa yang didakwa menteri itu tidak mengambarkan realiti yang berlaku sekarang.

Sehingga berita ini ditulis kira-kira lebih 60,000 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, perlis dan Sabah terpaksa berpindah.

Shahidan ketika menjawab soalan semasa sidang Dewan Rakyat sebelum ini dipetik berkata pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara- negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

"Kerajaan pusat mempunyai semua kelengkapan yang mencukupi, kita hairan kerana mereka seolah-olah gagal melakukan sesuatu.

"Bencana ini dihadapi hampir setiap tahun, seharusnya dari awal Majlis Keselamatan Negara (MPN) bersedia dan melakukan persediaan yang seharusnya.

"Dalam keadaan ini, seharusnya kesemua agensi kerajaan dikerah untuk melakukan operasi menyelamat mangsa banjir," tegas Aziz.

Satu laporan media menyatakan seramai 500 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.

10848759_954597507901642_3402421058306906055_oMengulas keadaan itu, Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan dipetik berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang Rabu lalu kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.

Sementara itu di Pahang, Pengerusi KEADILAN negeri, Datuk Fauzi Abd Rahman melahirkan rasa kecewa dengan tindakkan Majlis Keselamatan Daerah (MKD) dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) yang dilihat meminggirkan Ahli Parlimen pakatan rakyat dalam setiap mesyuarat bagi membincangkan persediaan menghadapi bencana alam seperti banjir.

Jelasnya pihak keselamatan seharusnya mengadakan perbincangan dengan Adun terlibat bagi mencari jalan mengurangkan risiko banjir.

"Majlis Keselamatan Negeri tidak berjiwa besar untuk memanggil kita duduk berbincang tentang perkara itu.

"Seharusnya kita dipanggil bagi memberi cadangan dan pandangan bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan risiko banjir," tegasnya ketika dihubungi.

Selain itu, bahagian utara Perlis turut dilanda banjir berikutan hujan berterusan dan 93 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini.

Di Perak, 170 orang di kawasan Lenggong, Sungai Siput dan Ipoh dipindahkan ke lima pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air sejak malam semalam manakala hampir 400 mangsa banjir di daerah Tenom dan Beaufort, Sabah ditempatkan di tujuh pusat pemindahan setakat Selasa.

PT3: Pelajar Tidak Puas Hati Boleh Kemuka Rayuan

Posted: 24 Dec 2014 04:44 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
P. Kamalanathan.
 
 
 
PETALING JAYA: Ibu bapa dan pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) boleh membuat rayuan di sekolah masing-masing.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, sekolah itu akan mengemukakan rayuan berkenaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

"Setiap daerah mempunyai jawatankuasa bebas, maka apabila terdapat aduan, pejabat pendidikan daerah akan menugaskan seorang guru untuk menilai skor bagi melihat sekiranya terdapat sebarang percanggahan," katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai ramai pelajar dan ibu bapa mereka kecewa dengan keputusan PT3 berikutan format yang masih baharu dan kekurangan masa untuk membuat persediaan.

Kamalanathan berkata, kementerian itu terbuka menerima cadangan dan maklum balas untuk memperbaiki sistem berkenaan.

"Jika para pelajar tidak berpuas hati, maklumkan kepada kita supaya kita boleh menjadikannya lebih baik. Kita sedia mendengar kerana kita melakukan ini untuk kebaikan pelajar-pelajar kita. Kita mahu mengasah pemikiran aras tinggi (HOTS)," tambahnya.

Tinjauan The Star mendapati para pelajar boleh memohon untuk semakan semula keputusan PT3 mereka dengan memuat turun borang dari laman web Lembaga Peperiksaan di http://www.moe.gov.my/lp.

Borang ini juga boleh didapati di sekolah-sekolah dan sektor/unit penilaian dan peperiksaan jabatan pendidikan negeri.

Menurut borang tersebut, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan rasmi diumumkan. Keputusan rasmi telah dikeluarkan pada Isnin lalu.

"Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima," menurut borang itu.

Bayaran sebanyak RM30 akan dikenakan bagi setiap mata pelajaran untuk dikaji semula dan mesti dibayar melalui draf bank atau caj perkhidmatan pos kepada "Pengarah Peperiksaan".

Permohonan yang dibuat pelajar akan dikendalikan oleh sekolah masing-masing manakala permohonan oleh calon persendirian akan diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Keputusan kajian semula itu akan dimaklumkan melalui surat rasmi yang dihantar dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan.

Menurut nota yang dinyatakan dalam borang itu, keputusan itu akan menjadi muktamad dan sebarang rayuan akan diterima.

Lebih 450,000 calon menduduki PT3, yang diadakan buat kali pertama pada Oktober lalu.
Pelajar Tingkatan Tiga sebelum ini menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR), yang telah dimansuhkan pada akhir tahun lalu.

Pada Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa instrumen kajian kes berbentuk kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi bermula Julai sementara ujian lisan untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada Ogos lalu.

Ujian bertulis untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban, Punjabi dan Kadazandusun diadakan pada Oktober lalu.

Tidak seperti PMR, semua kertas PT3 terdiri daripada soalan subjektif. Ujian telah dikendalikan dan diperiksa oleh guru sekolah masing-masing dan markah pelajar disemak dan disahkan oleh pentaksir dari Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Lebih 100 Pelancong Terperangkap di Taman Negara Jerantut

Posted: 24 Dec 2014 04:39 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUANTAN: Lebih 100 pelancong dari luar negara dan tempatan terperangkap di Mutiara Taman Negara Resort setelah Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut, melepasi paras bahaya 76.56 meter (paras bahaya 68.00 meter).

Difahamkan paras itu yang tertinggi pernah dicatat selepas banjir besar pada 1971.

Keadaan itu juga menyebabkan arus deras dan jeti pelancongan Kuala Tahan terpaksa ditutup sehingga menyukarkan perkhidmatan bot untuk membawa keluar pelancong yang dijadual pulang pada hari ini.

Seorang kakitangan resort berkenaan yang enggan dikenali, berkata kesemua pelancong asing itu datang dari tujuh negara termasuk Kanada, Jerman, Perancis dan Belanda selain pelancong tempatan.

Beliau berkata pelancong terbabit sepatutnya pulang hari ini, namun disebabkan hujan lebat, air sungai naik mendadak mengakibatkan hubungan terputus dan bekalan makanan pula habis.

"Namun kami tetap memastikan semua pelancong berkenaan berada dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Menurutnya mesyuarat khas diadakan petang ini dengan pihak yang berkaitan, termasuk polis dan Pejabat Daerah Jerantut, untuk membincangkan langkah yang perlu sementara operasi untuk mengeluarkan semua pelancong yang terlibat dilakukan.

Sungai Kelantan melimpah, banjiri kawasan rendah

Posted: 24 Dec 2014 04:31 AM PST

SINAR HARIAN


Seorang penduduk cuba mengambil barang melalui bumbung rumahnya yang hampir ditenggelami banjir di Kampung Tiong, Gua Musang, semalam. - Foto Bernama Seorang penduduk cuba mengambil barang melalui bumbung rumahnya yang hampir ditenggelami banjir di Kampung Tiong, Gua Musang, semalam. - Foto Bernama
 
 
KOTA BHARU - Air Sungai Kelantan melimpah dan mula membanjiri kawasan rendah di bandar ini sejak awal pagi dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Tinjauan Bernama di sekitar Jalan Post Office Lama dan Pasar Kubang Pasu mendapati air mula melimpah ke jalan raya dan pemilik premis perniagaan turut menutup operasi.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di sini setakat jam 10 pagi ini telah melepasi paras bahaya iaitu pada paras 5.91 meter (paras bahaya 5 meter).

Bandar ini pernah dilanda banjir besar pada 2004 sehingga melumpuhkan seluruh bandar tersebut, dan mengakibatkan kerugian berjuta ringgit.

Sementara itu, peniaga peralatan elektrik Leong Khoon Seng, 52, berkata pada banjir 2004, beliau mengalami kerugian besar apabila sebahagian besar alatan elektrik musnah.

"Masa itu air naik pada waktu malam dan saya tidak sempat menyelamatkan peralatan elektrik di kedai saya ini," katanya.

Khoon Seng berkata untuk tidak mahu menanggung risiko seperti dahulu, kali ini beliau melakukan persiapan lebih awal bagi mengelakkan peralatan elektriknya terjejas.

Sementara itu beberapa penduduk yang tinggal di rumah rakit di tebing sungai itu juga sudah membuat persiapan awal dengan mengikat kukuh rumah masing-masing bagi mengelak dihanyutkan arus deras.

"Rumah, kami sudah ikat dengan tali yang kukuh, tetapi apa yang kami bimbang adalah batang balak yang hanyut dalam keadaan arus deras ini yang boleh merempuh rumah kami," kata Ali Shahbudin, 56.

Jirannya, Mek Minah Ali, 52, berharap air sungai akan cepat surut kerana khuatir air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai akan mengalir turun ke sungai ini dan mengakibatkan keadaan banjir lebih buruk.

Paras air di Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Kelantan di Tangga Krai juga dilaporkan terus meningkat dengan masing-masing melepasi paras bahaya.

Bacaan di Sungai Galas kini ialah 45.65 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir 36.13 meter (paras bahaya 36 meter) dan Tangga Krai 32.36 meter (paras bahaya 25 meter).

Tinjauan Bernama juga mendapati kanak-kanak mengambil kesempatan bermain air banjir dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah meminta ibu bapa mengawasi anak mereka daripada bermain air kerana khuatir boleh mengundang bahaya.

"Kita bimbang ada yang terjatuh longkang atau terkena renjatan elektrik selain membahayakan kesihatan berikutan air berlumpur," menurut jurucakap bomba. - Bernama

Pas Kelantan: Jangan samakan hudud, apartheid

Posted: 24 Dec 2014 04:28 AM PST


Mohd Amar Nik Abdullah Mohd Amar Nik Abdullah
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas memberi amaran kepada MCA Kelantan supaya tidak lancang mengungkap sesuatu istilah dan cuba menyamakan hukum hudud dengan mana-mana sistem ciptaan manusia.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan pemimpin MCA sepatutnya perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti orang Islam kerana hudud adalah persoalan agama.

"Kalau apartheid itu lain maksudnya, kena jelaslah, sebab itu jangan bermain dengan perkataan.

"Saya nasihatkan MCA jangan bermain dengan perkataan dengan istilah (apartheid) itu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mohd Amar yang juga Adun Panchor berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha MCA Kelantan, Lua Choon Han semalam yang mengatakan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan berlaku sistem ala apartheid di negeri itu.

Choon Han berkata, hudud juga akan mewujudkan jurang agama antara orang Islam dengan bukan Islam dengan undang-undang yang berbeza.

Terdahulu, kerajaan Kelantan akan mengadakan sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Cadangan Kelantan itu bagaimanapun menimbulkan konflik dalam PR di mana DAP menentangnya manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap cadangan itu bermasalah.

Mengulas lanjut, Mohd Amar menambah, pindaan tersebut bukannya perkara baharu sebaliknya untuk menambah baik enakmen sedia ada.

"Kita bukan buat benda baharu, cuma kita menambahkan bidang kuasa kepada mahkamah syariah.

"Hari ini orang Islam ikut agama dia (hukuman) tidak boleh berkhalwat, tidak boleh minum arak, tidak boleh berzina, sama saja, bukan Islam bebas," katanya lagi.

MCA tak perlu takut, hudud hanya untuk orang Islam

Posted: 24 Dec 2014 04:20 AM PST


Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
 
 
SHAH ALAM - Jika hukum hudud mahu dilaksanakan di seluruh negara pun, pemimpin MCA dan bukan Islam tidak perlu khuatir kerana ia hanya terpakai terhadap orang Islam sahaja.
 
Demikian kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sambil membidas parti itu yang menggunakan pendekatan menyerang dan mengkritik tanpa memahami hukum hudud terlebih dahulu.
 
"Kalau MCA tidak faham, mari jumpa saya dan sebut apa benda yang dia hendak tahu, kita boleh jelaskan.
 
"Jangan cakap jauh-jauh. Bagi saya mereka (MCA) tidak faham, dia tak nak bertanya, dia hanya menyerang, mengkritik.
 
"Sebab itu saya minta, saya buka pintu kepada MCA Kelantan atau Malaysia, bila-bila masa boleh datang, jumpa dengan kita, kita akan jelaskan satu persatu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
 
Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah berkata demikian mengulas 'kelantangan' pemimpin DAP dan MCA yang membantah pelaksanaan hukum hudud yang bakal dipinda pada sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini.
 
Bantahan itu timbul kerana mereka beranggapan Pas mahu melaksanakan hukum hudud di seluruh Malaysia sedangkan pindaan itu hanya mahu dilakukan terlebih dahulu di peringkat negeri itu.
 
Ketika ditanya mengenai permintaan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang mahu Kerajaan Negeri Kelantan memberikan draf pindaan tersebut, Mohd Amar berkata, dokumen itu tidak boleh didedahkan kepada umum sebelum dibentangkan di Dun Kelantan.
 
"Biasanya dokumen (draf pindaan) yang akan masuk dewan (Dun Kelantan) tidak boleh dedah kepada orang awam, sebarang undang-undang ini menjadi bahan sulit kepada kerajaan.
 
"Ia hanya boleh diberikan kepada ahli dewan sebelum persidangan, undi orang awam biasanya kita tidak edar, tetapi mereka boleh dapatkan selepas dari pembentangan dalam dewan," ujarnya.
 
Mohd Amar bagaimanapun berkata, pihaknya sedia mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PKR atau mana-mana pihak untuk memberi taklimat mengenainya.
 
"Tapi kalau dia hendak tahu, dapatkan penjelasan, kerajaan negeri bersedia berjumpa dengan Rafizi atau sesiapa saja, bila-bila masa saja.
 
"Kita sentiasa bersedia untuk jumpa, tiada masalah pun," katanya lagi.
 

Selepas tsunami hanya tinggal 300 murid

Posted: 24 Dec 2014 04:14 AM PST

SINAR HARIAN

  Murid-murid menjalani sesi persekolahan di Sekolah Menengah Atas (SMU) Negeri 1 Lhoknga di Banda Acheh, semalam. Sekolah dua tingkat itu dibangunkan Mercy Malaysia setelah tsunami membadai bandar itu pada 26 Dis 2004 menyebabkan 400 pelajarnya terkorban. - Foto Bernama Murid-murid menjalani sesi persekolahan di Sekolah Menengah Atas (SMU) Negeri 1 Lhoknga di Banda Acheh, semalam. Sekolah dua tingkat itu dibangunkan Mercy Malaysia setelah tsunami membadai bandar itu pada 26 Dis 2004 menyebabkan 400 pelajarnya terkorban. - Foto Bernama
 
 
BANDA ACEH - Setiap kali menjelang 26 Disember, guru dan pelajar Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 1 Lhoknga akan mengenang kembali tragedi tsunami yang melanda Aceh 10 tahun lalu sehingga mengakibatkan lebih 400 guru dan pelajar sekolah itu terkorban.

Dan setiap tahun, mereka tidak akan lupa menyedekahkan al-Fatihah dan membaca Yasin serta bertahlil buat mereka yang terkorban dalam insiden itu.

Buat bendahari sekolah itu, Wardiani Ibrahim, 48, insiden tersebut akan sentiasa terpahat dalam ingatannya kerana hampir separuh muridnya terkorban dalam kejadian itu.

"Saya masih ingat lagi, sebelum kejadian tsunami kami mempunyai kira-kira 700 murid dan apabila selepas tsunami hanya 300 lebih sahaja yang hadir ke sekolah," katanya kepada Bernama.

Wardiani, guru matematik yang telah berkhidmat hampir 20 tahun di sekolah itu berkata, semasa kejadian itu, beliau berada di rumahnya yang terletak di Bandar Acheh, 13 km daripada tempat kejadian, namun tidak pernah melupakan keselamatan anak muridnya yang menetap di Kampung Lhoknga.

Sementara itu, seorang daripada pelajar sekolah itu, Wahyu Shah Putra Khairuddin, 17, yang kini di semester tiga (tingkatan tiga), menceritakan kisah beliau dan sahabat karibnya Kawani Ardian Shah, 17, mengharungi detik-detik cemas ketika dibadai ombak kuat.

Semasa kejadian, beliau dan Kawani dihanyutkan lebih lima kilometer dari sekolah tersebut selepas dipukul ombak kuat, dan ia merupakan saat hidup dan mati baginya semasa mengenangkan apa yang yang akan terjadi ke atas ketika berpaut kepada sebatang pokok.

Bagaimanapun sahabat karibnya Kawani serta ibu bapa dan kakaknya maut dalam kejadian itu.

Bagi Ainul Mardiah Nordin Ibrahim, 17, pelajar semester lima (tingkatan lima), tiada kata yang dapat digambarkan apabila melaporkan diri selepas kejadian tsunami apabila tiada rakan sedarjahnya kelihatan pada masa itu.

Pada ketika itu, beliau sudah berhasrat untuk tidak menyambung pelajarannya namun atas dorongan dan bimbingan kedua ibu bapanya, beliau menguatkan semangat untuk meneruskan pelajarannya sehingga ke hari ini.

Beliau berkata hampir tiga suku daripada 34 rakan sekelasnya maut dalam insiden itu.

SMA Negeri 1 Lhoknga yang terletak hanya satu kilometer dari pesisiran pantai, turut musnah dibadai ombak kuat tsunami, dan kini telah dibina semula sebagai sebuah sekolah satu tingkat.

Kini sekolah itu dibangunkan semula oleh Mercy Malaysia menjadikannya dua tingkat. - Bernama

4 terperangkap dalam runtuhan projek LRT

Posted: 24 Dec 2014 04:00 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Sebuah insiden runtuhan melibatkan konkrit cair bagi lantai LRT di projek depot Ampang di Puchong petang ini.

Empat mangsa dipercayai terperangkap.

Kejadian berlaku di tapak projek di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Height pada jam 4.20 petang tadi.

"Operasi mencari sedang giat dijalankan," menurut tulisan di Twitter bomba.

Projek sambungan LRT itu diuruskan oleh Prasarana Malaysia Bhd.

Prasarana dalam kenyataannya lewat petang ini menjelaskan, acuan dan perancah projek runtuh ketika kerja-kerja membina konkrit papak geladak (deck slab).

Selain empat orang yang dipercayai terperangkap setakat ini, empat lagi mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di hospital berdekatan.

Pasukan polis dan penyelamat sudah berada di tapak kejadian, menurut Prasarana lagi.

Farah Asyikin dilantik duta kilang roti Gaza

Posted: 24 Dec 2014 03:57 AM PST

MOHD SABRI SAID






PULAU PlINANG: Farah Asyikin Zulkifli dilantik sebagai Duta Kilang Roti Untuk Gaza (Krugaza) bagi membantu mendapatkan dana pembangunan sebanyak RM174,000 atau USD50,000 menjelang Jun 2015.

Pengarah Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakat), Zulkiply Ishak berkata, Farah dilantik berdasarkan pengalamanya yang pernah ke Gaza melihat sendiri penderitaan rakyat di sana untuk mendapatkan makanan.

"Jadi apa salahnya Permuafakat bergerak seiring dengan Farah yang juga terkenal dalam dunia hiburan selain memaut hati rakan artis untuk bersama membantu rakyat Gaza yang tertindas.

"Permuafakat yakin Farah dapat membantu perjuangan mulia ini bagi merealisasikan Krugaza. Semoga bantuan yang ingin disampaikan nanti dikira sebagai satu amalan mulia," tegasnya dalam sidang media yang diadakan di D' Pauh Garden, Permatang Pauh kelmarin.

Pembinaan kilang tersebut katanya, akan dapat membantu mengeluarkan roti kepada seribu keluarga sehari.

Kata beliau, hasil kutipan berkenaan membolehkan Krugaza beroperasi di sebuah bangunan wakaf seperti mesin memproses, pembungkusan dan pengedaran roti.

Menyentuh mengenai cetakan 7,000 buah buku 'Kembara Sejahtera' Zulkiply berkata, ia akan diedarkan ke masjid tertentu untuk memahamkan orang ramai tentang misi dan perjuangan itu.

Sementara itu, Farah Asyikin ketika ditemui menyifatkan pemilihanya sebagai duta Krugaza adalah satu penghormatan yang tidak terhingga.

"Saya akan gunakan sepenuhnya lapangan media sosial untuk menerang usaha murni itu sama ada di kalangan artis mahupun orang awam tentang usaha mewujudkan sebuah kilang roti di Gaza," tambahnya.- HARAKAHDAILY

Jaminkan keamanan dan keselamatan Qaradhawi

Posted: 24 Dec 2014 03:54 AM PST

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG 


PAS kesal dengan perancangan beragenda pihak tertentu untuk mensabitkan Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi kepada dakwaan jenayah berat hingga diisytiharkan Notis Merah oleh Polis Antarabangsa (Interpol) sebagai waran tangkap ke atas beliau.

Dakwaan tersebut jelas satu fitnah dan tuduhan melampau ke atas tokoh ulama dunia yang masyhur membawa mesej dan seruan kebertanggungjawaban, keharmonian, toleransi, keamanan, kesederhanaan, persaudaraan dan meraikan perbezaan itu.

Malah, beliau adalah tokoh yang diakui kesarjanaannya di dunia akademik serta menjadi rujukan dan panduan dunia terhadap pendirian massa umat Islam.

Demikian itu dakwaan ke atasnya adalah tidak berasas dan tidak munasabah serta tidak terbukti dengan sebarang rekod atau fakta sama ada pernah, sedang atau akan diucapkan, difikir rancang atau dilakukan beliau.

PAS melihat pengisytiharan Interpol itu satu bentuk provokasi kepada umat Islam seluruh dunia yang boleh mengundang prejudis, kesangsian dan mengundang tindak balas ekstrem pihak tertentu di luar kawalan.

PAS menggesa kuasa-kuasa Barat terutama Amerika dan sekutunya agar tidak bermain api dengan mendalangi tindakan yang boleh mencetus bahaya ini.

PAS juga menyeru agar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk segera bersidang bagi mendesak agar notis tersebut dibatalkan. Dr Yusuf mesti diisytihar bebas dari sebarang pertuduhan atau mengaitkan sama sekali dengannya kepada dakwaan tidak berasas tersebut.

Beliau wajib diberi jaminan keamanan dan keselamatan. PAS menyeru semua negara OIC khususnya Malaysia untuk segera mengisytiharkan suaka politik ke atas beliau yang pernah menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negara Ke-8 dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

(*) Presiden PAS

Laporan polis tiada kaitan dengan Najib, Umno'

Posted: 24 Dec 2014 12:24 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang membuat laporan polis mengenai isu firma pelaburan 1MDB, berikrar akan terus melawan "kemungkaran secara habis-habisan" dalam apa jua keadaan demi kepentingan rakyat.
 
Beliau turut menyindir Pemuda Pulau Pinang dan Kedah untuk "membodek" sesiapa sahaja kerana mendesak kepimpinan parti menyiasat dan mengambil tindakan displin kerana dianggap menjatuhkan imej parti.
 
"(Tetapi) tindakan mereka hanya akan membuatkan ramai rakyat semakin jelak dengan Umno," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini
 
"Atas nama perjuangan, saya akan  teruskan wadah dan tanggungjawab ini sebagai satu fardhu kifayah serta akan terus berpegang kepada prinsip membela kepentingan rakyat," katanya lagi.
 
Khairuddin mengulas desakan Ketua Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim supaya Umno negeri bertindak dan mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu Khairuddin yang didakwa menggunakan portal "propembangkang" untuk menyerang Umno.
 
Menyokong perkara itu, Ketua Pemuda Umno Kedah Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin pula mendesak Jawatankuasa Pengurusan dan lembaga disiplin parti segera mengadakan siasatan terhadap Khairuddin yang mengkritik kepimpinan Umno Pulau Pinang yang didakwanya "tidur".
 
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata laporan polis berhubung syarikat pelaburan itu hanya meminta pihak berkuasa itu menjalankan siasatan lembaga pengarah dan ketelusan pentadbiran dana dan kewangannya.
 
Katanya, laporan polis itu tidak ada kena mengenai dengan Najib sebagai perdana menteri, presiden Umno atau menteri kewangan.
 
"Kerana dasar saya sayangkan Umnolah, saya mengambil tindakan nekad ini untuk membersihkan nama perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia. 
 
"Isu 1MDB tiada kaitan langsung dengan Umno serta presiden Umno," katanya sambil menyifatkan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Kedah "amat kurang cerdik".

'Jangan jaja hal dalaman Umno ke luar'

Posted: 24 Dec 2014 12:22 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Wanita Umno bahagian Nibong Tebal kesal dengan tindakan Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang menggunakan "media pembangkang" untuk menyerang Umno negeri.

Ahkbar Utusan Malaysia melaporkan, Ketuanya, Sopiah Sharif berkata, tindakan Khairuddin menyerang Umno negeri dengan pelbagai tohmahan itu boleh diselesaikan secara baik dengan Badan Perhubungan Umno negeri itu.

Malah, katanya, tindakan Khairuddin (kanan) itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli Umno yang tidak mahu hal dalaman parti dijaja kepada pihak luar.

"Kita tidak berpuas hati dengan kenyataan Khairuddin yang menggunakan media pembangkang sedangkan dia boleh membuat kenyataan menerusi saluran yang bersesuaian dengan Umno," beliau dipetik sebagai berkata.

Justeru, Sopiah berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap Khairuddin yang dilihat membawa imej buruk kepada Umno, lapor akhbar Umno itu.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini minggu lalu, Khairuddin memberi amaran yang BN mungkin berhadapan dengan kalah lebih teruk dalam pilihan raya akan datang.

Ini kerana pemimpin negeri yang dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin-pemimpin yang "tidur".

Malah, Khairuddin secara terbuka turut menggesa agar Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ditukar.

Apa lagi yang tak cukup, DAP tanya SPRM

Posted: 24 Dec 2014 12:11 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Tiada alasan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk tidak menyiasat penganugerahan projek jalan Kapit bernilai RM119 juta, kerana semua maklumat telah didedahkan, kata Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata demikian sebagai menjawab Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull yang menggesa beliau untuk memberikan maklumat lanjut, termasuk maklumat penerima, dan pemberi rasuah itu.

"Saya telah memberikan butir-butir projek yang terlibat.

"Apa lagi yang tidak SPRM mahu atau perlukan dari saya?" soal Chong, yang juga ADUN Kota Sentosa dalam satu kenyataan.

Chong menambah, beliau bagaimanapun tidak dapat menyediakan transaksi kewangan pihak yang terlibat kerana menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Sebelum ini, Shukri (kanan) menggesa Chong mengemukakan bukti terperinci bagi membantu siasatan terhadap projek pembinaan jalan tersebut.

Shukri berkata, SPRM tidak pernah menutup atau enggan menyiasat mana-mana aduan yang ada merit untuk disiasat.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini sebelum ini juga, beliau menegaskan SPRM bertindak secara telus, bebas, profesional dan tidak bersikap selektif.

Shukri juga berkata, jika tidak berpuas hati, Chong boleh menghubungi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dan Jawatankuasa Aduan, iaitu badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Hudud: DAP mungkin boikot mesyuarat Pakatan

Posted: 24 Dec 2014 12:09 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Keretakan dalam Pakatan Rakyat bertambah buruk apabila DAP menyatakan hasrat untuk memulaukan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang ekoran agenda hudud PAS.

"Saya tidak perlu hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang sekiranya PAS terus memaksa untuk melaksanakan hudud pada Sidang Khas DUN Kelantan pada 29 Disember.

"Sekiranya Sidang Khas DUN Kelantan meneruskan untuk melaksana hudud, yang Jawatankuasa PAS Pusat pun tidak tahu menahu diadakan, saya rasa tidak ada sebab lagi untuk saya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"(Saya) menyerahkan kepada pihak parti untuk memutuskan tindakan selanjutnya," kata Lim turut yang turut memberi amaran bahawa Pakatan sudah hancur sekiranya usaha PAS untuk melaksanakan hudud tidak disekat pada 2011.

Beliau merujuk kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 28 September 2011 yang memutuskan bahawa hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Mesyuarat itu juga memutuskan bahawa PAS tidak akan meneruskan rancangan melaksanakan hudud secara unilateral tanpa konsensus parti-parti Pakatan Rakyat.

Jika tidak, "PAS akan terus mendesak pelaksanaan hudud tanpa mempedulikan pandangan DAP dan PKR".

"Kerajaan Umno/BN tidak akan menjadi kerajaan minoriti dengan hanya 47% undi popular, malah ia akan mendapat semula majoriti dua pertiga yang ia hilang sewaktu PRU tahun 2008," kata Lim lagi.

Katanya lagi tindakan PAS itu mengelirukan pengundi yang memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Apa yang memeranjatkan, pemimpin PAS kini mendakwa tiada salahnya dalam tindakan itu, kata Lim.

Sidang DUN khas pada 29 Disember itu akan membincangkan isu hudud dan akan diteruskan walau dengan keadaan banjir yang bertambah buruk di negeri itu.

Singkir keluar PAS jika perlu, kata Gobind

Posted: 24 Dec 2014 12:01 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Bekas pengerusi DAP mendiang Karpal Singh yang juga bapanya antara pihak yang lantang menentang cita-cita teokratik PAS.

Dan sekarang Gobind Singh Deo memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat harus menggantung hubungannya dengan PAS jika Kelantan terus mengasak ke arah pelaksanaan hudud melalui sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Disember ini.

Gobind berkata, PAS harus ingat bahawa semua parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertanggungjawab mempertahankan kerangka dasar bersama.

"Ia persetujuan yang dibentuk berasaskan kempen dan kekuatan ketika Pakatan mendapat sokongan rakyat dan kejayaan pada 2008 dan 2013.

"Jika Pakatan mahu kekal sebagai kuasa yang disegani, yang boleh dipercayai dan dihormati rakyat, kita mesti tunjukkan iltizam untuk mempertahankan kerangka dasar bersama," katanya.

Ini, kata anggota parlimen Puchong itu, termasuk memutuskan hubungan dengan parti dalam gabungan pembangkang yang mengancam semangat Pakatan dengan bertindak menyalahi kesepakatan bersama.

"Kita harus tegas dan tunjukkan bahawa perkara ini tidak boleh dan tidak harus dipandang mudah," katanya.

Beliau mengulas wawancara Malaysiakini dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata, hudud lebih penting berbanding menawan Putrajaya.

Banjir terburuk dalam sejarah di Kuala Krai

Posted: 23 Dec 2014 11:56 PM PST

ASLANI M DAN M ZIN






KUALA KRAI: Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang paling terjejas berikutan banjir pusingan kedua yang melanda Kelantan sejak Isnin lalu.

Malah pertama kali dalam sejarah Kampung Manek Urai Lama di Kuala Krai lumpuh sama sekali apabila air bah memenuhi segenap ruang kampung.

Limpahan air Sungai Lebir luar biasa dalam sejarah mungkin mengatasi bah merah sehingga menyebabkan pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama turut terjejas.

Mangsa banjir di situ terpaksa dipindah ke tingkat tiga selepas paras air meningkat dengan mendadak.

Suara wanita yang berada di pusat pemindahan banjir di Manek Urai Lama juga menjadi viral di media baru apabila meminta pertolongan menyelamatkan mereka ke tempat lebih selamat.

Markas PAS setinggi dua tingkat di Kampung Manek Urai Lama hanya kelihatan bumbung. Jelas kelihatan dari tempat tinggi, Manek Urai seolah-olah menjadi lautan.

Air banjir juga melimpah ke Kampung Manek Urai Baru, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak penempatan pindahan banjir tersebut dibuka pada 1980-an.

Menurut penduduk mangsa banjir yang berpindah dari Kampung Manek Urai Lama terpaksa dipindahkan sekali lagi ke tempat lebih tinggi di Pusat Kesihatan Manek Urai dan Masjid Kampung Baru.

Rumah penduduk di Kampung Manek Urai Baru pertama kali dalam sejarah turut tenggelam.
Beberapa lagi kampung di Dun Manek Urai termasuk Pemberian, Karangan dan Lata Rek juga terjejas teruk.

Jalan perhubungan dari Kota Bharu ke Gua Musang terputus di banyak tempat ekoran ditenggelami air termasuk di Kampung Pahi, Sungai Durian dan Simpang Tiga Guchil. Banyak kenderaan terperangkap.

Keadaan itu menyebabkan bantuan makanan sukar untuk disampaikan ke lokasi banjir yang terjejas teruk di Dun Manek Urai.

Bandar Kuala Krai juga lumpuh setelah dinaiki air bah sejak semalam. Mangsa banjir di Sekolah Yuk Chai juga terpaksa dipindahkan ke Dewan Sri Guchil memadangkan paras air semakin meningkat.

Banyak kawasan perumahan di sekitar Bandar Kuala Krai termasuk Berkatjaya dinaiki air bah. Kampung-kampung lain yang terjejas Kampung Keroh, Kampung Tengah, Pondok Sungai Durian dan Sungai Nal.

Mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Serbaguna di hadapan Masjid Besar Kuala Krai juga terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Rumah Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman di Pondok Sungai Durian dan rumah Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah di Batu Jong juga dinaiki air.

Di Gua Musang Bandar Lama yang terletak di tepi Sungai Galas juga lumpuh. Limpahan air ekoran hujan lebat sejak dua hari lalu menenggelamkan banyak rumah termasuk di Kampung Lembaga dan Batu Papan.

Mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Maahad Muhammadi di Kampung Lembaga juga terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Di Tanah Merah, Unit Amal membantu Penyelia Dun Gual Ipoh, Mohd Razali Yusof mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Sukarelawan Unit Amal Tanah Merah diketuai Mohd Azmi Mat Zin bersama 20 anggota
menyampaikan sebanyak 80 kampit beras kepada para penduduk dengan bantuan Penghulu Mukim Sokor, Mohd Zaid Mohd Noor.

Sementara itu di Kota Bharu air mulai melimpah masuk ke kawasan bandar di sekitar Hotel Ridel, Hotel Grand Riverview dan Taman Hijau yang terletak berhampiran Sungai Kelantan.

Malah rumah penduduk di Kampung Sireh juga ditenggelami air. Air bah mulai melimpah tebing di Tambatan Diraja sejak petang semalam.

Paras air Sungai Kelantan di Lembah Sireh berhampiran Tesco juga meningkat. Kira-kira enam kaki lagi air banjir akan mencecah bandar baru tersebut. - HARAKAHDAILY

Banjir: JPAM Terengganu tak menang tangan tangkap ular

Posted: 23 Dec 2014 11:50 PM PST

BERNAMA 


KUALA TERENGGANU: Ketika musim banjir ini, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menjadi tidak menang tangan untuk menangkap ular.

Ini kerana hampir setiap hari Bilik Operasi Daerah JPAM menerima panggilan mengenai ular yang memasuki rumah penduduk.

Pengarahnya Lt Kol (PA) Che Adam A. Rahman berkata pihaknya telah menangkap 383 ekor ular yang memasuki rumah penduduk dari 1 hingga 20 Dis lalu.

Beliau berkata Kuala Terengganu mencatat jumlah kes tangkapan tertinggi iaitu 117 kes, diikuti Dungun (70 kes), Marang (65 kes), Besut (50 kes), Kemaman (46 kes), Hulu Terengganu (19 kes) dan Setiu (16 kes).

Antara spesis yang sering ditangkap terdiri daripada tedung, senduk dan katam tebu yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut, katanya.

"Apabila habitat ular terganggu (seperti banjir), ular akan menyusur masuk ke tempat yang dirasainya selamat seperti dalam rumah untuk berlindung. Ular akan masuk melalui lubang pintu rumah dan lubang tandas. Namun sehingga kini tiada kes mangsa yang dipatuk ketika berada di dalam tandas," katanya kepada Bernama.

Che Adam menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri sebaliknya menghubungi anggota JPAM untuk menangkap ular yang memasuki rumah mereka. - Bernama

'Pindaan hudud tak bercanggah persetujuan Pakatan'

Posted: 23 Dec 2014 11:48 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Tindakan kerajaan Kelantan melakukan pindaan ke atas rang undang-undang pada 29 Disember ini tidak bercanggah dengan persetujuan dalam Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali

"Pada dasarnya masalah ini (perbezaan pendapat tentang hudud) sudah dipersetujui.

"Cuma sekarang, strategi dan pendekatannya adalah berbeza," kata Mustafa kepada Malaysiakini.

Menurutnya, butiran pindaan itu akan dibentangkan kepada pimpinan tertinggi PAS yang meliputi semua anggota jawatankuasa PAS pusat pada Ahad, 28 Disember ini.

"Kita akan dapat taklimat dari Kelantan pada 28 Disember ini," katanya.

Jelasnya, Pakatan perlu faham bahawa pindaan kepada Rang Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu terletak dalam bidang kuasa negeri.

Ia bagaimanapun masih tertakluk kepada penelitian oleh jawatankuasa teknikal hudud di antara Kelantan dan kerajaan Persekutuan, katanya.

"Yang hendak dibentang enakmen itu adalah pindaan kepada yang awal (Kanun Jenayah Syariah (II) 1993).

"Apa pun soal (bentang di Parlimen), itu bukan negeri yang uruskan.

"Kita ada jawatankuasa teknikal, jadi jawatankuasa teknikal akan buat (sebarang) cadangan," katanya.

DAP tolong faham

Kelantan bercadang meminda rang undang-undang hudud pada sidang dewan 29 Disember ini.

Kelantan juga bercadang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan tanpa bantahan dari kerajaan Pusat.

Cadangan itu mengundang komentar dari pimpinan PKR dan DAP yang menentang langkah untuk meminda rang tersebut.

Mengulas perkara itu, Mustafa menyifatkan komen-komen tersebut sebagai salah faham berdasarkan kenyataan yang kurang tepat.

"Jadi mungkin salah faham berdasarkan kenyataan yang kurang tepat. Minta (mereka) tolong faham," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengutamakan pelaksanaan hudud berbanding menawan Putrajaya.

"Yalah, Putrajaya pun kita belum menang lagi. Jadi yang di Kelantan ini adalah yang sudah sedia ada," katanya.

PAS Perak kerah ahli bersiap sedia bantu mangsa banjir

Posted: 23 Dec 2014 11:46 PM PST

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR


IPOH: PAS Perak telah membuka pusat operasi banjir di beberapa buah lokasi di seluruh negeri.

Pengerusi Unit Bencana PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad berkata, seluruh ahli telah dikerah untuk bersiap siaga dan membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Menurutnya, setiap PAS kawasan telah dikerah untuk menyumbang bantuan awal dengan sebilangan jumlah yang telah ditetapkan kepada Pusat Operasi Bencana (POB) PAS Perak.

Seluruh kawasan juga, kata beliau dikerah untuk melancarkan kutipan dana bencana secara berterusan serta-merta.

"Setiap kawasan perlu bersedia untuk menghantar petugas atau sukarelawan untuk ops cuci.

"Kami juga memutuskan untuk mewujudkan 'Dapur Rakyat' yang akan diuruskan oleh Dewan Muslimat PAS Perak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir, bolehlah disalurkan melalui Maybank: 558453100225 atau Bank Islam: 08013010040972.

Kuala Kangsar antara yang terjejas teruk apabila air sungai melimpah membabitkan beberapa lokasi termasuklah di sekitar bandar.

Banjir tersebut turut menenggelamkan banyak kedai dan bangunan-bangunan di pinggiran sungai sekitar bandar Kuala Kangsar termasuklah Arena Square Kuala Kangsar.

Sementara itu, menurut laporan bilik operasi banjir PAS di Lenggong, sebanyak 145 buah rumah ditelenggami air membabitkan seramai 751 orang di kawasan itu setakat tengah hari tadi.

Menurut seorang penduduk, Saidi Sabri, banjir tersebut berlaku bermula pagi semalam selepas hujan lebat tidak henti hingga mengakibatkan saluran air terkandas seterusnya menenggelamkan kampung-kampung berkenaan.

"Buat masa ini, mangsa banjir sangat memerlukan bantuan kilat terutama kelengkapan pakaian dan makanan," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Jabatan Amal Malaysia sedang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah disamping menyelamatkan harta benda. - HARAKAHDAILY

Setuju pelaksanaan Hudud di Kelantan tetapi…- Khalid Samad

Posted: 23 Dec 2014 11:41 PM PST

 
Mengikut prosedur, AJK PAS Pusat harus dimaklumkan berkenaan mesyuarat sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.


hudud-rakyat-malaysia_300


PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Abdul Khalid Samad menyatakan secara prinsipnya beliau bersetuju dengan perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan.

Bagaimanapun, pendekatan ke arah perlaksanaan hukum hudud perlu lebih diperincikan.

"Kita tahu mengenai rancangan nak laksana Hudud di Kelantan tetapi yang kita tidak tahu adalah perincian ke arah pelaksanaannya," katanya sewaktu dihubungi Free Malaysia Today semalam.

Beliau yang merupakan ADUN Shah Alam turut menyatakan bahawa tidak dimaklumkan mengenai bil persendirian yang hendak dibawa ke Parlimen, begitu juga berhubung jawatankuasa bersama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

"Kita tidak dimaklumkan, mesyuarat AJK PAS Pusat adalah pada hari Ahad (14 Disember 2013) dan keesokkannya Menteri Besar Kelantan umum hendak buat mesyuarat sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan," katanya.

Ujar Khalid lagi, jika mengikut prosedur mesyuarat, AJK PAS Pusat harus dimaklumkan berkenaan perkara ini.

"Takkan lah sampai AJK PAS Pusat tidak tahu. Ada di antara kita terkejut, dan kita cuma minta diadakan penerangan khas. Ini tidak, semua di dalam AJK PAS Pusat tidak mendapat maklumat.

"Sepatutnya diceritakan apa yang hendak dilakukan perancangan dan sebagainya tetapi tidak dimaklumkan," tegas beliau.

Bahkan, Khalid menyatakan tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam PAS Pusat sendiri.

"Biar semua orang tahu bahawa kita tidak tahu, dan lepas tu harap-harap Kerajaan Kelantan akan panggil kita untuk bermesyuarat," ujarnya..

Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan rancangan mengadakan mesyuarat pada 29 Disember ini, Khalid mengakui tidak tahu sama ada hendak bersetuju atau tidak kerana langsung tidak diberitahu maklumat tersebut.

"Jika nak dibawa ke Parlimen, seharusnya beritahu Ahli Parlimen, sama ada hendak dapatkan sokongan dari siapa, apa keterangannya, atau saja-saja nak bawa, kalau sekadar nak timbulkan tetapi tidak tahu ia akan diluluskan, itu kerja yang tidak profesional. kalau boleh kita nak ia diluluskan," katanya.

Semalam, Khalid dilaporkan membuat kenyataan bahawa PAS Pusat tidak tahu- menahu mengenai Sidang Khas DUN Kelantan yang akan diadakan itu.

Tindakan beliau mencetuskan tanda tanya di kalangan banyak pihak kerana mesyuarat sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 akan berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi iaitu pada 29 Disember ini.

DAP pun sedia nilai semula kerjasama

Posted: 23 Dec 2014 11:35 PM PST

 
Teresa Kok mengingat kan PAS supaya tidak melanggar perjanjian semasa penggabungan PR. DAP akui akan konsisten menentang pelaksanakan Hudud.


PAS DA hudud


SHAH ALAM : Sekiranya PAS bertindak untuk menilai semula tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat (PR) berkenaan pelaksanaan hukum Hudud, DAP juga boleh melakukan perkara yang sama.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pelaksanaan hukum Hudud tiada dalam dasar semasa penggabungan tiga komponen parti bagi membentuk PR.

"Semasa kempen PRU13 (Pilihan Raya Umum 13) tiada pun kempen untuk kita laksanakan Hudud.
"Cumanya kita hormat PAS sokong Hudud sebab untuk memperjuangkan Islam, itu sahaja," katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut mengingatkan PAS supaya tidak melanggar apa jua perjanjian yang telah pun termeterai semasa penggabungan dalam PR.

"Memang kita akan menentang tindakan PAS untuk laksanakan Hudud. Sebab memang dari dulu kita konsisten tidak bersetuju. (Penasihat DAP), Lim Kit Siang juga sudah menjelaskan yang DAP tidak setuju," ujarnya.

Baru-baru ini, media melaporkan PAS bersedia menilai semula tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibuat antara parti komponen PR berikutan tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, tahaluf siyasi boleh dinilai semula sekiranya ada tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan antara parti komponen.

"Apa-apa perjanjian atau kerjasama boleh dinilai semula apabila menampakkan sesuatu tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan.

"Penilaian semula ini supaya kita boleh melihat di mana titik tolak tahaluf siyasi itu dalam konteks yang sebenar," katanya.

UMNO Selangor perlu dirombak dan distruktur semula

Posted: 23 Dec 2014 11:32 PM PST

 
Ambil tindakan positif iaitu memperkemaskan struktur kepimpinan dengan mengetengahkan pemimpin muda berkaliber.


noh-omar


SHAH ALAM: UMNO Selangor perlu melakukan rombakan dan penstrukturan semula dalam barisan kepimpinannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor, Datuk Salamon Selamat berkata, Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar perlu bertindak segera bagi memperkukuhkan barisan komponennya.

"Ambil tindakan positif iaitu memperkemaskan struktur kepimpinan dengan mengetengahkan pemimpin muda berkaliber. Saya yakin dengan membuat rombakan dan memilih kepimpinan muda mampu memberi satu kelainan sekali gus mampu mengembalikan keyakinan rakyat," katanya, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Noh terus menerajui Selangor perlu digunakan sepenuhnya untuk memberi nafas baru dalam parti dan mengembalikan keyakinan rakyat dengan melantik barisan pelapis baru dalam hierarki politik Selangor.

"Seluruh jentera parti juga mesti boleh bekerjasama dan menandingi PR. Itu realiti yang terpaksa dilakukan untuk tarik golongan belia," katanya.

Saloman turut menyarankan UMNO Selangor memperkuatkan beberapa aspek seperti pendaftaran pemilih, keahlian dan pengurusan.

"Kalau kita tengok struktur pentadbiran UMNO masih lemah. UMNO perlu sedia berubah bagi memastikan parti ini masih relevan," katanya.

PT3 yang meresahkan ..

Posted: 23 Dec 2014 04:09 PM PST





 Oleh ZAINI HASSAN


KEPUTUSAN peperiksaan tingkatan 3 versi terbaharu PT3 atau Pentaksiran Tingkatan 3 diumumkan kelmarin. Ibu bapa yang melihat keputusan anak-anak mereka ramai yang menggeleng kepala.

Sepatutnya keputusannya lebih baik kerana ia adalah pentaksiran antara sekolah, guru dan murid. Malangnya sebaliknya berlaku. Laman-laman kumpulan sembang WhatsApp memberi pandangan bertubi-tubi.

Hanya 80 orang sahaja mendapat semua A di seluruh Malaysia. Di mana silapnya, kata seorang pengulas.

Sesuatu perlu ditengok balik. Seolah-olah guru-guru dan pelajar menjadi bingung dengan apa yang dibuat oleh kementerian. Siapa yang rugi? Tanya seorang pengulas dalam laman sembang Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Ada ibu bapa yang gembira memaparkan kejayaan anak-anak mendapat 6A, 7A malah 10A. Rata-rata daripada murid-murid itu datang daripada sekolah kawalan, integrasi atau asrama penuh, yang guru-guru mereka mempunyai KPI yang ketat. Bagaimana pula dengan sekolah-sekolah awam yang lain?

Saya difahamkan disebabkan sistem penilaian yang cukup mengelirukan itu, sebuah sekolah swasta di ibu negara mengambil keputusan memansuhkan sepenuhnya kurikulum kebangsaan dan menukar kepada kurikulum antarabangsa.

Ibu bapa dan guru-guru sekolah itu mengambil keputusan sebulat suara.  Bermakna mulai tahun depan semua murid sekolah itu akan mengambil sistem peperiksaan IGCSE. IGCSE atau International General Certificate of Secondary Education ialah kurikulum yang dibangunkan oleh Peperiksaan  Antarabangsa University of Cambridge sejak 1980an.

Itulah akibatnya jika sistem pelajaran kebangsaan yang digunakan sekejap begini, sekejap begitu. Lagi ulasan dalam laman sembang itu.

Apa yang dibimbangi dalam keadaan ekonomi yang kelam, Kementerian Pendidikan dalam tempoh satu tahun lalu telah mencetuskan banyak keresahan warga guru dan ibu bapa bermula dengan PBS, kemudian soalan bocor UPSR, sekarang PT3.

Dan jawapan yang diberikan oleh pegawai kementerian dalam nada sama bahawa tidak berlaku sebarang kesilapan di peringkatnya.

Pihak kementerian berkata, pencapaian 452,745 calon yang mengambil PT3 tahun ini tidak boleh dibandingkan dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini sebaliknya perlu dijadikan penanda aras untuk melahirkan lebih ramai murid menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dan berfikir di luar kotak sebagai persediaan asas ke peringkat pengajian lebih tinggi.

Berfikir aras tinggi? Apakah murid-murid sudah bersedia, malah adakah guru juga sudah sedia? Berikut dialog seorang cikgu dengan muridnya yang diceritakan oleh murid itu.

Cikgu bertanya: Bagaimana caranya untuk mengelakkan seorang kanak-kanak perempuan yang tidak pandai menaiki basikal mengimbangi basikal yang dinaikinya.

Murid itu setelah berfikir sebentar menjawab lisan: Tambah rodanya cikgu.

Cikgu: Salah! Budak perempuan itu kena mengunjurkan badannya ke depan bagi mengimbangi basikalnya.

Murid itu bingung. Murid itu tidak boleh mempertahankan jawapannya yang juga logik dan menggunakan tahap akalnya. Kita tidak pasti apakah logik murid itu boleh diterima atau guru itu yang tidak faham?

Komen lain pula berkata: Biarlah kita jelas dengan hasrat dan strateginya. Ia semata-mata demi kepentingan pelajar agar dapat dikurangkan sindrom "exam orientated". Perkara ini telah lama dituntut, jika ada nilai tambah yang boleh diberi, biarlah dicari bersama. Saya mengharapkan agar sebarang kritikan adalah terjurus pada delivery, kerana inilah isunya.

Seorang lagi pengulas berkata: Pada hemat saya tidak ada rugi kalau kementerian sendiri mengambil tanggungjawab memohon maaf.

Katanya lagi. Semasa saya bertugas di sebuah agensi kerajaan pada awal 80-an, seorang menteri iaitu (Tan Sri) Sanusi Junid, ketika itu pernah menasihati kami; tujuan dan matlamat baik perlu dikembarkan dengan kaedah pelaksanaan yang baik; jika tidak matlamat tidak tercapai. Ini, katanya yang perlu dilakukan oleh teknokrat di Kementerian Pendidikan.

Budak meninggal selepas makan nasi goreng cina

Posted: 23 Dec 2014 04:05 PM PST

WARTA UTARA


TELUK INTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia sejam selepas makan bersama bapanya di sebuah kedai makan, di sini.Bapa mangsa, Hamzah Mat Som, 48, berkata, di kedai berkenaan, anaknya, Nuran Zuriman  Hamzah, menikmati  nasi goreng cina manakala dia hanya  makan kentang goreng.
Menurutnya, ketika itu anaknya berselera menjamah hidangan berkenaan tanpa menunjukkan sebarang perubahan sehingga pulang ke rumah.

"Sebaik sampai di rumah kira-kira jam 7.30 malam, arwah terus bermain permainan video, tiba-tiba arwah berlari ke bilik air dan muntah-muntah.

"Kami tak syak apa-apa pada mulanya namun sebaik keluar bilik air arwah terus rebah dan tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan, di sini, kelmarin.

Hamzah berkata, selepas melihat anaknya pengsan, dia segera menghubungi ambulan untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-S/Harian

Tiada ulasan: