Sabtu, 20 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Zahid nafi projek IC, sedangkan RCI Sabah kemuka bukti

Posted: 20 Dec 2014 05:19 AM PST

RCI_Sabah

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus berhenti dari terus 'mengaburkan' Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah yang sudah memang sedia kabur kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Katanya, penafian Zahid tidak membawa sebarang makna kerana Laporan RCI Sabah itu sendiri menyebut kewujudan Projek IC kerajaan.

"Penafian kewujudan Projek IC ini sama sekali menolak laporan itu yang menyatakan bahawa 'kemungkinan wujudnya projek IC'.

Tegas Kit Siang kesimpulan dan jawapan RCI Sabah sama ada wujud atau tidak, ia tertera di halaman 300 laporan tersebut.

"Secara ringkas, terdapat kebarangkalian wujudnya projek itu setiap masa," kenyataan Laporan RCI Sabah pada muka surat 300 dipetik.

Ujar Kit Siang, penafian Zahid bukan perkara baru kerana sebelum ini Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut memainkan peranan sama.

"Ali mendakwa kerajaan tidak terlibat dalam Projek IC dan Gani mengatakan nama-nama yang meragukan dalam daftar pemilih telah dibuang.

"Mungkin ini juga puncanya mengapa Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong , Adun Kepayan Dr Edwin Bosi dan beberapa wakil NGO dihalang menghadiri majlis pengumuman Laporan RCI Sabah 3 Disember lalu," tegasnya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyeru Pengerusi Jawatankuasa Kerja Laporan RCI Sabah Tan Seri Joseph Pairin Kitingan supaya memberi penjelasan berhubung 5,000 muka surat yang hilang dari laporan terbabit.

"Tidak ada siapakah yang boleh menjawab mengapa 5,000 muka surat telah hilang dari Laporan RCI?

"Adakah Joseph Pairin mempunyai akses kepada 5,000 muka surat yang hilang ini?, soalnya. – Roketkini.com

Bekas pengerusi SPR mungkin tahu ‘benda’ yang Zahid sebut

Posted: 20 Dec 2014 05:15 AM PST

LKS

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman harus membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai maklumat dalaman mengenai rasuah peringkat tertinggi UMNO.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Rashid pasti mempunyai maklumat tersebut, berikutan reaksi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepadanya bahawa 'ada benda bekas pengerusi SPR tidak dapat'.

Rashid sebelum ini menggesa Datuk Seri Najib Razak berhenti berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara dan berlaku jujur kepada pemimpin Melayu.

Dalam kenyataannya minggu lalu Rashid menolak kepimpinan Najib yang disifatkannya sebagai 'rasuah' dan menegaskan bahawa UMNO-BN berada di 'ambang kematian'.

Malah dia turut mencadangkan Perkasa untuk 'mengukuhkan usaha untuk menjadi sebuah badan politik yang akan memerintah negara ini'.

Zahid dalam reaksi kemudiannya menempelak Rashid, bahawa bekas Pengerusi SPR itu seharusnya membangkitkan pandangannya ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas bersara daripada perkhidmatannya.

Namun tidak ada susulan penjelasan sama ada dari Rashid atau Zahid mengenai perkara yang dimaksudkan.

Kata Kit Siang melihatkan 'serangan' terhadap Perdana Menteri, Rashid seolah-olah menunjukkan bahawa dia tahu mengenai rasuah peringkat tinggi kepimpinan UMNO.

Justeru itu kata Kit Siang, Rashid harus membantu SPRM dengan maklumat dalaman yang diketahuinya mengenai rasuah dalam kepimpinan tertinggi UMNO, agar Malaysia boleh menyertai China dan Indonesia menangkap 'harimau' dan 'buaya' dalam perang melawan rasuah.

"Rashid boleh memberikan maklumat kepada SPRM tentang 'benda' yang Zahid sebut untuk menutup mulutnya," kata Kit Siang. – Roketkini.com

Utusan bohong, Maulidur Rasul tetap berlangsung di Pulau Pinang

Posted: 20 Dec 2014 05:12 AM PST

CM umat Islam

 Roketkini.com


GEORGE TOWN: Utusan Malaysia dikecam kerana memfitnah kerajaan Pulau Pinang menyekat sambutan Maulidur Rasul di negeri itu.

Penolong Setiausaha Pemuda DAP Bukit Bendera Muhammad Shakir Ameer Mohideen menegaskan tuduhan itu tidak benar sama sekali dan jelas penipuan untuk memburukkan nama kerajaan Pulau Pinang.

"Perarakan Maulidur Rasul tidak dihentikan seperti yang didakwa, bukan saja tetap diadakan malah dibaik pulih agar lebih mendatangkan makna," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shakir, perarakan Maulidur Rasul tetap berjalan seperti biasa tahun ini bermula dari Padang Kota Lama ke Dewan Sri Pinang.

Manakala tahun hadapan, perarakan akan dilangsungkan di Kepala Batas dari Vision Park sehingga Masjid Abdullah Fahim.

Tegas Shakir, sebagai seorang Islam dari Pulau Pinang beliau sendiri melihat banyak aktiviti pendidikan disokong penuh Kerajaan Negeri.

Jelasnya, sejak Pulau Pinang ditadbir Pakatan Rakyat, peruntukan untuk hal ehwal Islam meningkat lebih 300 peratus berbanding pemerintahan BN sebelum Mac 2008.

"Kerajaan BN hanya memberikan peruntukan RM25 juta sahaja, tapi sejak 2009 dan tahun-tahun kemudian peruntukan bagi hal ehwal Islam meningkat kepada RM35.78 juta pada 2009, RM37.85 juta (2010), RM63.21 juta (2011), RM64.03 juta (2012), RM54.55 juta (2013) dan RM51.17 juta tahun ini.
"Peruntukan juga disediakan kepada Sekolah Agama Rakyat yang tidak pernah dilakukan
sebelumnya oleh BN iaitu sebanyak RM1.5 juta hingga RM1.75 juta setiap tahun.

"Seluruh masjid di negeri ini juga menerima peruntukan tanpa sebarang penindasan tidak kira masjid berkenaan di lokasi kawasan Parlimen mahupun DUN yang disandang PR atau BN," ujarnya,

Pada 17 Disember lalu, Utusan menuduh Kerajaan Negeri semakin hampir untuk menyekat perarakan Maulidur Rasul yang menjadi tradisi sejak lebih 20 tahun di negeri ini dan telah menggugurkan acara itu tahun kedua berturut-turut.

Sehubungan itu, Shakir memohon Kerajaan Negeri agar mengemukakan saman terhadap fitnah jijik Utusan Malaysia. – Roketkini.com

DAP kutuk samseng BN mahu musnah replika Batu Sumpah‬

Posted: 20 Dec 2014 05:09 AM PST

batu sumpah

 Roketkini.com‬


KOTA KINABALU: DAP Sabah mengutuk tindakan politik samseng BN yang menceroboh dan cuba memusnahkan replika Batu Sumpah di negeri itu.‬

‪Naib Pengerusi DAP Negeri Chan Foong Hin berkata tindakan pengecut itu menggambarkan bahawa BN takut kepada suara rakyat dan membuktikan mereka bukan lagi entiti politik yang kuat.‬
‪‬
‪"Seorang ahli Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS, komponen BN) telah menyerang pemilik tanah, Ambalas Ambirau di mana Batu Sumpah didirikan di Kampung Mempulut.‬
‪‬
‪"Ahli PBRS bernama Sam Santiri itu bukan saja telah mengganggu kediaman Ambalas, tetapi menumbuk seorang wanita yang sedang minum bersamanya.‬
‪‬
‪"DAP Sabah mengutuk sepenuhnya gangterisme politik ini dan kita juga ingin bertanya apakah PBRS kini sudah menjadi parti ekstrimis seperti Perkasa?," soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.‬
‪‬
‪Pada 10 Disember lalu, satu lagi replika Batu Sumpah telah didirikan di Kampung Mempulut, Pensiangan.‬
‪‬
‪Majlis itu disaksikan oleh beberapa pimpinan DAP antaranya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong dan Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.‬
‪‬
‪Namun semenjak ia didirikan, pemilik tanah saban hari menerima ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab.‬
‪‬
‪Chan turut mendesak PBRS dan BN supaya segera membuat permohonan maaf.‬
‪‬
‪"Tindakan ahli PBRS ini memalukan partinya sendiri.‬
‪‬
‪"DAP Sabah menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup," tegasnya.‬
‪‬
Ambalas baru-baru ini telah membuat laporan polis berhubung kelakukan ganas ahli BN itu.‬
‪‬
‪"Soalan yang paling membingungkan kini adalah, apa yang parti-parti komponen BN ni takut sangat dengan replika Batu Sumpah?," soal Chan. -Roketkini.com‬

SPR Berdegil Tambah Kerusi Untuk Menangkan UMNO BN Dalam PRU?

Posted: 20 Dec 2014 05:05 AM PST

MALAYSIAKINI


Jangan ambil alih kuasa Parlimen, Bersih 2.0 ingatkan SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan untuk tidak "mengambil alih kuasa Parlimen" berhubung isu penambahan kerusi, memandangkan ia berada di bawah kawal selia Parlimen, kata Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0).

Melalui kenyataan bersama yang dikeluarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu di Kuala Lumpur semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof diingatkan agar tidak menjadikan penambahan kerusi sebagai prosedur operasi standard (SOP) suruhanjaya berkenaan sewenang-wenangnya, apabila memasukkan cadangan penambahan kerusi ke dalam cadangan persempadanan semula, seperti dilakukan pada tahun 2003 dan 2005.

"Bersih 2.0 menekankan isu ini di bawah bidang kuasa Parlimen dan SPR tidak boleh mengambil alih kuasa Parlimen dengan memasukkan cadangan penambahan kerusi ke dalam cadangan persempadanan semulanya, seperti yang dibuat pada tahun 2003 dan 2005.

"Bersih 2.0 akan mencabar tindakan tersebut dari segi keserasiannya dengan Perlembagaan jika ia diulangi kerana SPR tidak mempunyai hak mencadangkan penambahan kerusi," kata kenyataan tersebut.

Bersih 2.0 sebaliknya berkata, penambahan kerusi merupakan bidang kuasa Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk meneliti fungsi badan perundangan, yang seterusnya menentukan saiz optimum dan agihan kerusi antara negeri untuk memastikan pembahagiannya adil dan serasi dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jawatankuasa inilah yang harus mengemukakan cadangan, sekiranya diperlukan, meminda Perkara 46 dalam Perlembagaan, yang menetapkan jumlah kerusi Parlimen pada masa kini pada 222.

"Hanya selepas pemindaan tersebut dibuat, barulah SPR boleh membuat proses persempadan semula berdasarkan jumlah baru kerusi.

"Jika Jawatankuasa Pemilih tidak didirikan, SPR hanya boleh menjalankan persempadanan semula berdasarkan 222 kerusi parlimen sekarang seperti yang tertakluk dalam Artikel 46."

Malah, Bersih 2.0 turut mengutuk keengganan Aziz untuk bertemu dengan mereka dan kumpulan masyarakat sivil lain berhubung isu tersebut.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, SPR akan meneruskan dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya tanpa input daripada persatuan sivil dan hanya akan bekerjasama dengan kumpulan dikehendaki seperti ditetapkan dalam Perlembagaan.

Kenyataan Aziz itu bermakna, pintu sudah pun tertutup buat Bersih 2.0 yang menjadi pemerhati pilihan raya utama negara dan akan memberikan ruang pihak yang mewakili kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Aziz berkata, SPR hanya dikehendaki mengadakan pertemuan dengan sekurang-kurangnya 100 pengundi berdaftar di dalam sesuatu kawasan mengundi untuk mendengar bantahan berkenaan persempadanan semula atau penambahan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

"Kami tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada jika enggan bertemu wakil pertubuhan sivil," katanya sebagai respon kepada Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebelum ini yang menggesa SPR untuk mendapatkan pandangan pertubuhan bukan kerajaan dalam melaksanakan perkara itu.

Melalui kenyataannya, Bersih 2.0 turut berkata, Perkara 114(2) dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan kepentingan keyakinan orang ramai terhadap tugas SPR.

"Keyakinan ini begitu penting sehingga ia menjadi kriteria tunggal yang menentukan pelantikan keahlian SPR oleh Yang di-Pertuan Agong," kata Bersih 2.0.

Malah, Bersih 2.0 berkata, keyakinan itu hanya dapat diperoleh melalui rundingan bersama masyarakat sivil dan kedegilan Aziz dalam isu penglibatan masyarakat sivil dapat dilihat dalam pengendalian proses persempadanan semula yang tidak telus dan tidak mempunyai kebertanggungjawaban apabila turut mengecualikan masyarakat sivil dan kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi berunding secara selektif dengan parti politik yang tertentu.

"Kedegilan inilah yang membuat Bersih 2.0 berulang-kali menggesa beliau dan pesuruhjaya yang lain untuk meletakkan jawatan mereka," tambahnya.

NGO itu berkata, rekod proses persempadanan pada tahun 2003 dan 2005 yang amat mengejutkan, apabila peruntukan Perlembagaan dalam Jadual 13 tidak dipatuhi SPR dalam situasi yang melibatkan parti politik Barisan Nasional (BN) dan ahli politik tertentu.

Bersih 2.0 turut melampirkan alasan bantahan SPR, yang mana menurut mereka alasan bantahan adalah berdasarkan faktor politik—seperti kebarangkalian pengundi menyokong atau menolak parti BN—SPR akan menerima bantahan tersebut tetapi menunjukkan inisiatif dalam menyediakan alasan yang serasi dengan Perlembagaan.

Seksyen 2, Bahagian 1 dalam Jadual 13 menyatakan proses persempadanan mesti mengambil kira ketersediaan kemudahan pentadbiran, mencapai pembahagian yang lebih kurang sama dan mengekalkan pertalian tempatan, yang bermaksud mengambil kira sempadan pentadbiran, fizikal, infrastruktur dan sosio-budaya-ekonomi.

Peluang kemenangan parti yang berkuasa pada masa itu tidak pernah disebut sebagai pertimbangan yang sah.

"SPR tidak pernah meminta maaf atas pelanggaran peruntukan Perlembagaan Persekutuan mahupun berjanji salah laku sebegini tidak akan diulangi.

"Bersih 2.0 menggesa Aziz supaya membetulkan kesalahan yang lepas dengan berunding secara giat dan profesional bersama semua pihak yang berkepentingan dalam persempadanan semula, mengemukakan maklumat terperinci tentang operasi proses bantahan dan pendengaran bantahan serta mengumumkan jadual proses.

SPR juga diseru tidak menjadikan tarikh permulaan persempadanan semula sebagai satu permainan teka-teki kerana ia tertangguh dari tahun 2011 ke 2012, 2013, bulan Mac yang lalu hingga hujung tahun ini.

ULASAN GB

Nampaknya seperti SPR ki ni sedang berusaha keras untuk mempastikan kerajaan UMNO BN tidak tumbang di dalam pilihanraya selepas ini. SPR cuba mengambail alih peranan Dewan Rakyat di dalam hal isu penambahan kerusi di dalam persempadanan semula.

Kita pernah mendengar sebelum ini bekas Pengerusi SPR sendiri, Tan Sri Abdu Rashid yang memberi amaran kepada Putrajaya supaya jangan tipu rakyat - mungkinkah ini salah satunya merujuk kepada isu persempadanan semula?

Pakatan Rakyat perlu kukoh untuk mempastikan ahli-ahli Dewan Rakyatnya menolak sebarang usaha penambahan kerusi sewenang-wenangnya oleh SPR. Jangan ada lagi wakil rakyat yang ponteng yang boleh menyebab PR kecundang di dalam PRU yang akan datang.

Lembu, balak hanyut rempuh rumah

Posted: 20 Dec 2014 04:55 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Sekeluarga cemas apabila rumah bertiang kayu yang didiami mereka dirempuh dua ekor lembu serta sebatang kayu balak yang dihanyutkan arus banjir di pekan Rantau Panjang, Khamis lepas.

Ketika menceritakan situasi berkenaan, Mohd Firdaus Mohd Yusuf, 25, berkata pada masa kejadian dia berada bersama isteri Nor Fasehah Anuar, 21, serta bayinya Nur Zahra Imani yang berusia sembilan bulan.

"Dalam pukul 8 pagi kami berada dalam rumah, air sedang naik secara mendadak, kalau saya keluar dari rumah mungkin paras dada, kemudian saya nampak tiga ekor lembu hanyut.

"Dua daripada tiga ekor lembu itu melanggar tiang rumah saya, bergegar rumah rasa macam nak runtuh, kemudian datang kayu balak sepanjang satu meter turut menghentam tiang rumah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Rantau Panjang.

Mohd Firdaus berkata kejadian berkenaan menyebabkan tiang rumahnya retak.

"Memang saya rasa takut, bimbang rumah runtuh dan menyebabkan kami sekeluarga dibawa air sungai yang deras.

"Nasib baik tiang rumah itu masih kukuh dan rumah tak runtuh, saya cemas sebab nak bawa keluarga keluar tak boleh air sangat deras," katanya.

Mohd Firdaus berkata enam jam kemudian ayahnya Mohd Yusuf Alwi, 55, datang memindahkan mereka sekeluarga menggunakan perahu.

"Nasib baik ayah datang, air memang deras kami hanya mampu berdoa pada ketika itu, saya hanya dapat keluar ke tempat yang lebih selamat kira-kira 1 tengah hari.

"Saya kemudiannya bawa anak serta isteri ke rumah saudara terdekat, Alhamdulillah bayi saya pun selamat," katanya.

Beliau berkata ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya dan menyifatkan kejadian banjir tahun ini merupakan yang terburuk sejak 2004.

"Kalau tahun lepas air naik juga tapi tidak setinggi sekarang, kelengkapan rumah memang tak sempat diselamatkan.

"Apa yang saya fikir masa itu adalah selamatkan keluarga, banjir kali ini menguji mental dan fizikal saya," katanya.- Bernama

Rakyat bayar harga lebih untuk RON95

Posted: 20 Dec 2014 04:52 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pengguna terpaksa menanggung harga tinggi untuk petrol RON95, sedangkan harga purata  bagi 15 hari pertama Disember 2014 jatuh ke paras kurang dari RM2 seliter.

Menurutnya, formula yang diumumkan oleh kerajaan BN sebelum ini menunjukkan harga RON95 kini telah jatuh ke paras RM1.98 liter tanpa subsidi.

Malah, jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan, maka harga RON95 bagi dua minggu pertama bulan ini secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter, katanya.

"Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin BN pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014.

"Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan pengiraan itu, beliau mendesak kerajaan BN agar tidak berdolak dalih dan menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta.

Rafizi berkata, jika harga RON95 yang akan diumumkan pada 31 Disember ini lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ia bermakna BN terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.

 "Selagi BN tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar, siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam laporan Bernama semalam menyebut, harga runcit RON95 dan diesel dijangka diturunkan di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.

Harga runcit semasa bagi RON95 dan diesel pada ketika ini masing-masing RM2.26 dan RM2.23 seliter.

Bomba selamat lelaki nekad terjun dari hotel

Posted: 20 Dec 2014 04:44 AM PST


Lelaki warga Amerika Syarikat yang ditahan atas cubaan membunuh diri Lelaki warga Amerika Syarikat yang ditahan atas cubaan membunuh diri
 
 
GEORGETOWN - Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki dipercayai warga Amerika Syarikat yang nekad terjun dari tingkat empat sebuah hotel di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, lelaki berusia 50-an itu dipercayai memecahkan cermin tingkap di laluan kecemasan di tingkat empat hotel berkenaan, sebelum cuba terjun.

Bagaimanapun,  anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian berjaya meredakan keadaan selepas usaha memujuk dan menasihatinya selama setengah jam.

Pemangku Penyelia Balai Bomba Lebuh Pantai, Wan Chik Ismail berkata, pihaknya terpaksa menggunakan kaedah psikologi untuk memujuk mangsa berikutan keadaannya yang terlalu agresif.

"Lelaki itu dipercayai bertindak demikian kerana mengalami tekanan perasaan. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Pas tidak pernah paksa negeri PR laksana hudud

Posted: 20 Dec 2014 04:37 AM PST


Mohd Amar mengadakan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam Mohd Amar mengadakan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam
 
 
KOTA BHARU - Kerajaan negeri yakin Kelantan mampu merealisasikan pelaksanaan hudud tahun hadapan mengikut kesesuaian secara realiti di sini, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurutnya, Kerajaan Pas Kelantan tidak menganggap Putrajaya sebagai 'lokasi' terakhir kepada perjuangannya, namun ia adalah sebagai alat untuk melaksanakan kehendak-kehendak agama Islam.

"Kita tidak boleh berhenti dengan kuasa sahaja, kalau kita dapat kuasa, tapi tidak buat agama, itu sudah salah dalam perjuangan kita, kita menang di Kelantan dan melaksanakan ajaran Islam setakat mana yang kita boleh.

"Di sini kita boleh bersikap realistik dan praktikalnya kerana 97 peratus adalah orang Melayu dan Islam, sebab itu kita buat undang-undang ini (hudud) di Kelantan, bukan pada negeri-negeri lain," katanya  selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini, semalam.

Menurutnya, Pas Kelantan juga tidak pernah memaksa negeri di bawah pentadbiran rakan komponen PR seperti Selangor dan Pulau Pinang untuk melaksanakan hudud kerana mengakui situasi dan realitinya sangat berbeza.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Kelantan memberitahu, jika ia berjaya dilaksanakan di Kelantan nanti, pihaknya juga mengalu-alukan jika ia mahu diguna pakai untuk seluruh Malaysia.

Mohd Amar yang juga AJK Pas Pusat turut menegaskan, mana-mana pihak yang enggan menerima hudud tidak boleh memaksa orang Islam untuk menolak undang-undang Islam itu.

"Kita ini sebuah negara demokrasi, sebab itu kita tidak boleh paksa kehendak kita kepada orang lain, mana-mana yang tidak setuju itu adalah hak dia. Pas terbuka, dia tak nak sokong, itu hak dia, tapi jangan paksa orang lain terutama orang Islam untuk tidak sokong undang-undang Islam.

"Selama ini mereka kata benda ini bercanggah dengan perlembagaan, sekarang kita nak ikut saluran perlembagaan lah," katanya.

Pengantin kelam-kabut, tok kadi meninggal dunia

Posted: 20 Dec 2014 04:35 AM PST


Foto hiasan Foto hiasan
 
 
PULAU PINANG - Kegembiraan sepasang bakal pengantin di Pulau Pinang hari ini tergendala seketika apabila jurunikah yang ingin menikahkan mereka dilaporkan meninggal dunia.
 
Menurut sumber pengantin lelaki tersebut, adiknya yang turut bersama pergi ke Pulau Pinang untuk menyertai rombongan itu turut 'terkesima dan terkejut' apabila sampai sahaja di rumah jurunikah itu, dia meninggal dunia.
 
"...adik saya  pergi Pulau Pinang rombongan nikah anak saudara isterinya..sampai rumah Tok Kadi, Tok Kadi meninggal dunia.
 
"Pasangan nak nikah ramai...jadi semua kena pergi rumah dia...jadi pasangan kena pergi pejabat agama untuk bernikah.
 
"Bila sampai pejabat agama, pejabat agama tutup sebab hari Sabtu, mak pengantin kena telefon sana sini cari jurunikah...tetapi Alhamdulillah sekarang sudah nikah dekat Masjid Sebarang Perai," katanya menceritakan detik-detik tersebut.
 
Sementara itu, Sinar Online telah mendapatkan pengesahan daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Sazali Hussein mengenai insiden itu.
 
Sazali berkata, jurunikah tersebut telah meninggal dunia semalam dan difahamkan dia meninggal dunia secara mengejut.

"Dia meninggal jumaat (semalam), meninggal sebab sakit jantung, mungkin pasangan itu tidak dimaklumkan," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
 
Menjelas perkara tersebut, Sazali berkata, Jabatan Agama Islam sedia menyerahkan kes-kes tersebut kepada Pengawai Tadbir Agama Daerah untuk 'menanganinya'.
 
"Bila ini berlaku (jurunikah meninggal mengejut) Pegawai Tadbir Agama Daerah akan ambil alih.
 
"Dan perkara ini tidak menimbulkan sebarang isu," katanya.

Tiada ulasan: