DIALOG RAKYAT |
- Lebih 1,000 dipindahkan di Pahang
- Semakin ramai dipindahkan di K'tan
- Korea Selatan Bebas Hutang IMF US$19.5 Bilion Lebih Awal. Terkini, Antara Negara Kuasa Ekonomi Asia & Dunia!
- Operasi Pencarian MH370 Dijangka Berakhir Mei 2015
- Komsas 2015: Kisah Lelaki Lembut Dipilih Untuk Pelajar Tingkatan Satu
- Kemelut CWC: MIC Jumpa ROS Minggu Depan
- Kenderaan elektrik akan dipopularkan di KL
- Ketua Kampong, JKKK dan Politik Perpecahan UMNO
- Hudud: PAS sudah lali dengan DAP
- MEDM bekerjasama dengan bilik gerakan banjir
- Kerajaan Dijangka Umum Harga Baharu Petrol 31 Dis Ini
- Ahli MIC berhimpun bantah mesyuarat CWC
- PMUM ajak siswa turun sokong UM8
- Aktiviti di hutan simpan kekal Pahang terkawal
- Ahmad Maslan: 1MDB tiada masalah besar
- Tak mohon maaf, Rafizi masih tunggu saman Najib
- Polis akan panggil lima wartawan BFM
- Zahid: Selain Allah, biar PM nilai kami
- NGO tegur KKMM, jangan tidur, lalai
- GST terhadap jambatan Pulau Pinang, jutaan rakyat terbeban
- Aliran keluar modal haram Malaysia cecah RM 1.38 trilion
- Sari Yanti tebus talak RM10,000
- Harga Tambang Bas Sekolah Naik, Lagi Hadiah UMNO BN Untuk Rakyat...
- Najib lancar daftar Umno dalam talian
- Exco: Selangor belum sedia laksana Hudud
Lebih 1,000 dipindahkan di Pahang Posted: 18 Dec 2014 06:52 AM PST MALAYSIAKINI Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 1,038 orang daripada 255 keluarga sehingga 9.30 malam ini berbanding 831 orang daripada 200 keluarga pada sebelah petang. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata penambahan bilangan mangsa dicatat di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan kepada 690 orang daripada 182 keluarga. "Empat lagi pusat pemindahan yang beroperasi tidak menunjukkan peningkatan jumlah mangsa iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Samad seramai 252 mangsa daripada 46 keluarga dari Taman Tas Jaya. "Manakala Dewan Orang Ramai Seri Damai (47 mangsa daripada 15 keluarga) dari Kampung Seri Damai, SK Kempadang (37 mangsa daripada 9 keluarga) dari PPRT Kempadang dan SMK Gudang Rasau (12 mangsa daripada 3 keluarga) dari Kampung Gudang Rasau," katanya kepada Bernama. Beliau berkata dua laluan utama di Kilometer 22 Jalan Panching Utara-Sungai Lembing dan Kilometer 34 Jalan Kuantan-Maran masih ditutup kepada semua kenderaan ringan setelah dinaiki air sedalam 0.65 meter. Sementara itu laman web Jabatan Parit dan Saliran mencatatkan paras air Sungai Kuantan berhampiran Kuantan Bypass meningkat kepada 3.87 meter melepasi paras bahaya 3.5 meter. Manakala Sungai Pahang di Sungai Yap serta Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan dan Sungai Pahang di Pekan, masing-masing bertahan pada paras waspada.- Bernama |
Semakin ramai dipindahkan di K'tan Posted: 18 Dec 2014 06:51 AM PST MALAYSIAKINI Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat daripada 6,693 orang petang tadi kepada 8,505 orang malam ini. Menurut portal banjir kerajaan negeri, mangsa kini ditempatkan di 90 pusat pemindahan yang dibuka di semua 10 jajahan iaitu Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok. Di Kuala Krai, sebanyak 2,373 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan antaranya di SK Telekong, SMK Keroh, SK Sungai Embak dan SM Teknik Kuala Krai. Di Pasir Mas, 1,628 mangsa ditempatkan di 18 pusat pemindahan antaranya Masjid Chasi, SK Tok Uban dan SMK Kangkong. Dalam jajahan Tanah Merah, seramai 1,458 orang ditempatkan di 22 pusat pemindahan antaranya SK Kulim, Madrasah Kampung Renat dan Madrasah Bendang Besar. Di Machang, 1,316 mangsa ditempatkan di 22 pusat pemindahan antaranya di Madrasah Sungai Mas, SK Pangkal Meleret, SJKC Pei Hwa dan SK Hamzah 1. Di Kota Bharu, 816 mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, SK Sri Ketereh, SK Mulong, SK Dewan Beta dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor. Dalam jajahan Pasir Puteh, 626 mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu SK Wakaf Raja, SK Changgai, SMK Kamil dan SK Kamil I manakala dalam jajahan Bachok, 60 mangsa di tempatkan di SK Pak Badol. Di jajahan Tumpat, seramai 126 mangsa ditempatkan di dua buah pusat pemindahan iaitu di SK Kebakat dan SK Kok Keli. Di Gua Musang, seramai 82 mangsa ditempatkan di Pejabat Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Lebir. Di Jeli, keadaan banjir hampir pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 16 orang yang ditempatkan di SMK Ayer Lanas Setakat pukul 8 malam, paras air di lima sungai berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.68 meter (paras bahaya 9.00 meter). Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Bharu dilaporkan berada pada paras 5.46 meter (paras bahaya 5.00 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 26.67 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah merekodkan bacaan 17.84 (paras bahaya 16.00 meter). Paras air Sungai Lebir di Gua Musang pula merekodkan bacaan 36.51 meter berbanding paras bahaya 35.00 meter. - Bernama |
Posted: 18 Dec 2014 06:39 AM PST Korea Selatan Bebas Hutang IMF US$19.5 Bilion Lebih Awal. Terkini, Antara Negara Kuasa Ekonomi Asia & Dunia! : Dahulu sekitar tahun 90an, Malaysia bermain satu padang dengan negara-negara Harimau Asia yang lain sebagai gergasi ekonomi Asia bersama Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan juga jiran kita, Singapura dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia zaman 90an di berlegar 8%, 8.5%, 9%. Jikalau…. Jikalau mahu diceritakan lebih awal daripada tempoh tersebut, Malaysia sebenarnya lebih membangun berbanding dengan Korea Selatan. Mereka jauh ketinggalan. Termasuk Perdana menteri Korea Selatan datang ke negara kita Malaysia untuk belajar. Hari ini, Perdana Menteri Malaysia datang belajar dengan kejayaan besar Korea Selatan hari ini…. KLIK SINI : Hutang Isi Rumah di Malaysia 86.8% Kepada KDNK Negara (RM854.3 Billion). Tertinggi di Asia. Korea Selatan Pun Kalah! Hari ini, Korea Selatan telah dicatatkan sebagai sebuah negara yang mana pertumbuhan ekonomi negara Korea Selatan adalah yang paling pantas di dunia dalam sejarah bangsa manusia.
Syarat Ketat IMF Untuk Bantuan Pinjaman Korea Selatan?Korea Selatan pernah meminjam US$19.5 bilion daripada IMF Dana Matawang Antarabangsa (IMF) dek kerana gelombang kejatuhan ekonomi Asia yang melanda dunia pada tahun 1997 dengan bersyarat :
Hasil disiplin yang cukup tinggi, amanah dalam menguruskan negara dan belajar daripada kesilapan lampau, akhirnya Korea Selatan berjaya membayar semula pinjaman IMF lebih awal daripada perjanjian dan jadual asal. Anda boleh semak laporan yang Berita Semasa di bawah ini : Hari ini, Samsung, LG, Kia, Hyundai, SK Group, SsangYong, Daewoo, Hanjin, Lotte telah berjaya menguasai dunia. Korea Selatan berjaya bangkit semula. Jikalau dahulu mereka satu tempat permainan dengan negara kita Malaysia. Jikalau dahulu Korea Selatan pernah terduduk dek kerana kemusnahan ekonomi yang cukup dahsyat tahun 1997-1998, Hari ini….
Jadi persoalannya sekarang ini, apa caranya untuk membolehkan kita menang dengan mereka? Atau sekurang-kurangnya mampu berdiri sama tinggi semula dengan negara jiran kita Singapura di pentas Asia Tenggara? Bagi Berita Semasa, kelestarian ekonomi di Malaysia yang cuba dihidupkan akan berjaya jikalau polisi-polisi yang dibuat mampu untuk menjana ekonomi lagi dan lagi dan lagi hingga sesebuah ekonomi itu mampu berdiri sendiri tanpa perlu kerajaan terus-terus menghulurkan pakej rangsangan, stimulus package, bailout dan tidak lupa juga gangguan ahli politik yang berlebihan walaupun mereka "kosong". Malaysia terlalu kita kurang "local investment". Untuk menguruskan ekonomi bukan sekadar naik turun kadar faedah saja, bukan setakat pegging matawang sahaja….yang paling penting adalah "distribution of wealth", setakat mana pertumbuhan ekonomi yang atas kertas itu dirasa oleh rakyat Malaysia seperti anda, anda dan kita semua di sini, melalui peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, melalui peningkatan kuasa beli, melalui kegiatan ekonomi dipacu oleh SME bukan oleh GLC apatah lagi oleh syarikat kroni RM2 yang lebih ligat jual projek… P/S : Realitinya hari ini kita sendiri yang mencari masalah dan kita sendiri yang terpaksa selesaikannya. Contohnya…..Beirta semasa pulangkan kepada anda untuk perbincangankan PP/S : PM Korea semenjak tahun 1948 – kini = lebih 40 orang (plus minus). PM Malaysia 1948 – kini = 6 orang. Sememangnya rakyat Malaysia cukup setia. Gambar Perbandingan Korea Selatan di Tahun 1940an Dengan Hari IniKlik galeri gambar Korea Selatan di bawah ini… |
Operasi Pencarian MH370 Dijangka Berakhir Mei 2015 Posted: 18 Dec 2014 06:24 AM PST Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata , sekiranya tidak berlaku kelewatan dengan kapal, peralatan mahupun cuaca, pencarian di dasar laut mungkin dapat selesai sepenuhnya menjelang Mei, 2015. "Selain berusaha untuk menentukan lokasi pesawat, misi pencarian dalam air juga cuba mengesan serpihan pesawat MH370 dalam usaha mengenaplasti dan mengesan komponen pesawat secara spesifik termasuk perakam penerbangan kerana ia dapat membantu kerajaan Malaysia dalam menyiasat punca sebenar kejadian malang yang menimpa pesawat tersebut. "ATSB akan menggunakapakai data yang diperolehi daripada kajian 'batymetric' yang dijalankan di kawasan pencarian untuk menyiapkan pelan perkara yang dilakukan dalam pencarian tersebut, agar ia dapat diikuti dan menjadi rujukan pihak yang terlibat. "Pelan tersebut merangkumi masa carian, kaedah, prosedur, langkah keselamatan dan kawasan carian awal pelbagai kapal," kata biro berkenaan. ATSB berkata, kapal GO Phoenix akan meneruskan misi pencarian dalam air, dan sehingga kini kawasan carian meliputi kira-kira 11,000 kilometer persegi di dasar laut telah berjaya diselesaikan. Menurut ATSB pada Rabu, Fugro Equator menjangka dapat menyelesaikan kajian 'bathymetric' di kawasan carian. "Kapal kajian 'batymetric' menghabiskan masa berbulan-bulan di laut, meneliti bahan yang terdapat di dasar laut dengan sonar berbilang alur dengan menggunakan himpunan data peleraian tinggi yang terperinci," tambah ATSB. ATSB juga telah menerbitkan sebuah video di saluran YouTube bertajuk 'Bathmetry MH370 Search Area', ia telah dicipta oleh pakar geosains Australia, dengan menggunakan data yang diperolehi daripada tinjauan yang dijalankan. Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Seramai 239 penumpang dan anak kapal berada dalam pesawat berkenaan ketika kejadian. Lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan ialah selatan Lautan Hindi. |
Komsas 2015: Kisah Lelaki Lembut Dipilih Untuk Pelajar Tingkatan Satu Posted: 18 Dec 2014 06:22 AM PST Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan mengesahkan pemilihan Destinasi Impian akan digunakan di sekolah menengah seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Negeri Sembilan. Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP pula memaklumkan, semua naskhah yang dipilih untuk Komsas telah diedarkan ke sekolah-sekolah seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran. Berdasarkan pembacaan, adanya nilai-nilai murni dan pengajaran di akhir cerita, tetapi watak Firdaus yang lembut membimbangkan sesetengah ibu bapa kerana menganggap isu yang diketengahkan kurang sesuai untuk pelajar berusia 13 tahun. Awang Sariyan berkata, Destinasi Impian telah melalui beberapa peringkat tapisan dan penilaian sebelum dimuktamadkan sebagai buku teks Komsas. "Mengikut panel penilai, memang tidak ada masalah dengan novel ini kerana Firdaus bukan bapuk, tetapi diejek sebagai bapuk oleh rakan-rakan hanya kerana dia seorang lelaki lembut. Namun Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd Karim berkata, walaupun novel itu mengetengahkan realiti kehidupan, tidak mustahil langkah membawa pembaca ke arah yang positif itu akan memakan diri apabila disalah tafsir oleh pelajar yang baharu memasuki alam sekolah menengah. "Pendedahan isu lelaki lembut untuk pelajar tingkatan satu adalah terlalu awal. "Berbeza dengan pemikiran pelajar di peringkat menengah atas, minda pelajar tingkatan satu perlu diterapkan dengan nilai-nilai agama dan moral kurang kompleks bagi membantu mereka berfikir dengan betul dan mengelakkan daripada terjebak ke kancah tak diingini. "Mungkin novel itu boleh diperkenalkan untuk pelajar tingkatan tiga atau empat, atau lepasan PMR (Penilaian Menengah Rendah). Kerajaan perlu kaji semula," katanya kepada mStar Online. Jais berkata, tidak mustahil juga pelajar lebih cenderung melihat novel itu dari sudut pandang tersendiri berbanding apa yang dibimbing oleh guru. Ini kerana, katanya, terdapat elemen lebih mudah menarik perhatian dalam karya ini seperti percintaan, naluri, dan jiwa remaja yang memberontak. "Guru sekarang banyak bebanan dan tanggungjawab. Jika dibiar pelajar membacanya sendirian, ia mungkin menyebabkan imaginasi pelajar itu merayau-rayau di luar kawalan, malah ia juga mungkin dijadikan bahan lawak," katanya. Sehubungan itu, beliau menggesa kementerian mengkaji semula pemilihan naskhah itu sebagai buku teks, malahan katanya, guru-guru juga perlu memainkan peranan dalam memastikan nilai positif dapat diterap dalam diri pelajar melalui novel tersebut. Selain itu, beberapa pihak yang terbabit dalam panel pemilihan buku teks memaklumkan, syarat ketat ditetapkan Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) kementerian sebelum sesebuah karya itu dipilih. "Pada sesi taklimat, kami akan diingatkan supaya memastikan sesebuah naskhah yang dinilai itu tidak menimbulkan isu sensitif seperti perkauman termasuk watak lelaki lembut, keganasan dan percintaan bagi memastikan pelajar tidak terpengaruh dengan elemen seumpama itu. "Bagaimanapun, jika wataknya tidak sempurna tetapi ada nilai murni yang diterapkan, mungkin ia boleh dipertimbangkan untuk proses tapisan seterusnya," katanya. Sinopsis Destinasi Impian: Mengisahkan tentang Firdaus, anak lelaki tunggal dalam keluarga dan dibesarkan bersama empat kakak dan seorang adik perempuan. Tidak seperti rakan-rakan sama jantina dan seusianya yang gemar melakukan aktiviti lasak, faktor persekitaran membuatkan dia lebih suka menghabiskan masa di rumah membantu ibu mengemas, menggubah bunga atau membaca majalah hiburan. Wataknya yang juga digambarkan sebagai anak manja ini menyebabkan dia sering disindir dan dicabar oleh rakan-rakan, termasuklah adik perempuannya, Azlina yang lebih optimis dan berani. Suatu hari, Firdaus, Azlina dan seorang lagi sepupu mereka telah dicabar oleh datuk mereka untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer dari Klang ke Pantai Morib. Firdaus tidak gemar dengan aktiviti itu namun disebabkan ia adalah satu cabaran dan Azlina serta sepupunya juga bersungguh-sungguh mencabarnya, maka dia menyahut juga cabaran itu walaupun dengan rasa berat hati. Untuk sampai ke destinasi impiannya, Firdaus bukan sahaja sering merungut, malah perlu berdepan cabaran dan halangan, termasuklah diejek dan disindir oleh Azlina yang sebenarnya mahu abangnya menunjukkan ciri-ciri lelaki sejati dan seorang abang. Firdaus hampir putus asa, namun perjalanan itu sendiri telah memberikannya pengajaran dan pengalaman baharu untuk diri dan kehidupannya. |
Kemelut CWC: MIC Jumpa ROS Minggu Depan Posted: 18 Dec 2014 06:18 AM PST Malah, Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel berkata, beliau akan bersama timbalannya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam semasa pertemuan itu nanti. Menurutnya, pertemuan tersebut penting supaya isu tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan pendaftaran parti itu dibatalkan. "Kita akan berbincang secara mendalam mengenai masalah ini. Namun perkara yang paling penting adalah parti terus melangkah ke hadapan. Kami tidak mahu parti ini dibatalkan pendaftarannya," kata Palanivel. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja MIC yang diadakan di ibu pejabat MIC di sini, petang Khamis. Malah, katanya, hasil perbincangan tersebut nanti akan dimaklumkan kepada satu jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kemelut tersebut. "Satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan minggu depan untuk meneliti isu yang dibangkitkan oleh ROS," katanya. Jawatankuasa khas tersebut akan diketuai oleh Palanivel selain membabitkan kumpulan yang menuntut pemilihan baharu diadakan dan ahli CWC yang dilantik pada tahun lalu. Pada 5 Disember lalu, ROS mengambil keputusan untuk mengarahkan MIC supaya mengadakan semula pemilihan parti berikutan dakwaan wujud salah laku dan penyalahgunaan kuasa semasa pemilihan CWC parti itu pada November tahun lalu. Surat daripada ROS yang diterima Setiausaha Agung, A.Prakash Rao itu menuntut parti tersebut mengadakan semula pemilihan bagi jawatan naib presiden dan ahli CWC dalam tempoh 90 hari daripada tarikh surat itu berkuatkuasa. Sementara itu, beliau turut menyifatkan mesyuarat yang diadakan pada Khamis itu sebagai sah disisi undang-undang. "Ia bukan mesyuarat CWC... ia adalah mesyuarat jawatankuasa kerja," katanya. Ketika diminta mengulas mengenai desakan segelintir ahli parti supaya beliau meletak jawatan, Palanivel berkata, perbuatan tersebut sengaja dicetuskan. "Ia sengaja dicetuskan dan tidak beri kesan kepada saya," katanya. |
Kenderaan elektrik akan dipopularkan di KL Posted: 18 Dec 2014 06:14 AM PST Kenderaan elektrik boleh menggantikan penggunaan kenderaan awam lain KUALA LUMPUR: Penggunaan kenderaan elektrik di Ibu Kota dapat mengelakkan orang ramai yang berkunjung ke sini daripada menggunakan kenderaan sendiri. Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kenderaan elektrik juga boleh dipopularkan dan menggantikan penggunaan kenderaan awam lain seperti LRT dan KTM. "Dengan adanya kenderaan elektrik ini mereka boleh menyewa dengan menempah secara online dan telefon. Kenderaan ini juga sesuai untuk dibawa ke majlis dan mesyuarat," katanya pada satu sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian antara KL Electricity Mobility dan DBKL, di sini hari ini. Hari ini KL Electricity Mobility Sdn Bhd mengumumkan inisiatif terbarunya menerusi pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk membuka sebanyak 3,000 stesen kenderaan elektrik mesra alam menerusi perkhidmatan perkongsian kereta yang dikenali sebagai KL Electric A-gogo. Projek itu merupakan satu perkhidmatan perkongsian kereta meliputi kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. Sebanyak 3,000 stesen akan dibuka dalam tempoh dua tahun bermula Januari 2015. Ahmad Phesal berkata perjanjian tersebut membuktikan komitmen mendalam terhadap peralihan Malaysia ke arah negara karbon sifar menjelang tahun 2030. Tambahnya, KL Electric Mobility kini sedang berkerjasama dengan sektor pengangkutan untuk menukar penggunaan bahan api sedia ada kepada penggunaan bahan api kelima dan menggunakan kenderaan elektrik sebagai sebahagian daripada strategi untuk menyediakan sumber tenaga yang murah, bersih dan dipercayai. "Kita respon secara positif kerana kita berpandangan penggunaan teknologi hijau dan sumber elektrik ini telah digunakan oleh negara Eropah dan mereka telah maju ke hadapan. "Mereka ambil perhatian dengan kereta ini sebagai antara transport baru. Kita mahu jadi pencetus insentif baru lagi," jelasnya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Masers Energy Malaysia Sdn Bhd, Datuk Seri Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau merancang untuk membawa model kereta daripada negara Perancis sebagai model pertama untuk digunakan di KL. Beliau berkata kereta jenis 'Autobil' akan dibawa dan dijangka sebanyak 150 kenderaan tersebut akan dibawa sebagai permulaan. |
Ketua Kampong, JKKK dan Politik Perpecahan UMNO Posted: 18 Dec 2014 02:35 AM PST Ketua kampong dan JKKK. Seorang ketua kampong, di Negeri Sembilan menghalau sekumpulan perkerja parti politik daripada menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir. Apo kono ekau eh jang? Kenapa dia buat demikian? Akibat perbuatan angkuh itu, mangsa banjir yang boleh dapat sumbangan dinafikan. Ini kerja bodoh sombong yang hanya diasosiasikan dengan tali barut UMNO. Orang kampong berhak memilih untuk menerima atau menolak bantuan dan pilihan tersebut bukan ditentukan oleh seorang ketua kampong samseng. Inilah gara2 ketua kampong dapat kuasa yang diperturunkan, bukan diundi masyrakat- jadi mabuk kuasa dan berlagak kuku besi. Inilah juga tindak tanduk orang kerdil yang mendapat kuasa- jadi gila kuasa macam UMNO. Perhatikan lagak UMNO. Walaupun UMNO menang 88 kerusi parlimen, tapi jumlah undian yang mereka dapat bukanlah majority. BN hanya mendapat 47% dari undi popular tapi lagak nya macam menang semua. Ini sifat orang tak sedar diri yang sepatutnya kadarkan diri dan menghitung zaman hilang kuasa. Janganlah sombong nanti semua kena bongkar dan akhirnya masuk jel. Hari ini saya memberi sedikit pandangan mengenai ketua kampong dan JKKK. Saya ada pengalaman langsung dengan JKKK semasa saya ADUN UMNO dahulu. Kalau saya ada kuasa, saya akan susun semula semua JKKK dalam negara kita untuk menjadkan JKKK benar2 pemangkin kemajuan kampong2. Hanya saya mahu nyatakan disini- bagaimana kita benar2 mahu memajukan kampong jika barisan pimpinan JKKK berkualiti rendah? Ketua kampong adalah jawatan yang penting dan kita tidak boleh benarkan 'kuasa pasaran' menentukan siapa jadi ketua kampong. 'kuasa pasaran' yang saya makusdkan ialah pemilihan yang sudah diaturkan oleh orang yang hendak jadi ketua kampong. Apatah lagi sekarang ketua kamong dapat elaun RM800 sebulan dan elaun mesyuarat RM20-30 sekali mesyuarat. Saya ada bertanya kepada menteri yang berkenaan mengenai perkara ini dan sah lah JKKK bukan pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Saya ingin tahu jika sebuah pertubuhan sukarela untuk keselamatan di Pulau Pinang dianggap haram kerana antara nya tidak berdaftar dengan ROS, bagaimana kedudukan JKKK? Ia pun bukan organisasi yang berdaftar dengan ROS. Haram atau tidak? Sebagai organisasi yang tidak berdafar, JKKK tidak perlu mengemukakan penyata kewangan dan lain2 dokumen.Ini menyebabkan orang kampong ingat JKKK super kuasa. Izinkan saya memberi sedikit pandangan kepada institusi yang bernama JKKK ini. Kita tahu ianya front kepada UMNO. Bahkan untuk subvert JKKK dalam negeri2 yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, kerajaan persekutuan yang dikuasai oleh UMNO menubuhkan JKKKP- jawawatan kuasa kemajuan dan keselamatan persekutuan. Maka dalam kampung2 dibawah perintah PR ada dua JKKK satu milik UMNO satu milik kerajaan negeri. Ini satu perbuatan yang tidak gentleman dan angkuh. Ketika saya mebahaskan perkara ini suatu ketika dahulu, Noh Omar kemudian nya menjawab bahawa kerana kerajaan persekutuan mahu memastikan setiap sen bantuan sampai kepada rakyat, maka JKKP ditubuhkan. Jika begitu lagak UMNO, maka kenakan cukai hanya keatas orang UMNO sahaja dan belanjakan hasil kutipan tersebut atau puak gerabak UMNO. Barulah adil. Ertinya, secara implisit nya, Noh Omar memperakui bahawa banyak wang dan peruntukan disapu dan disonglap oleh JKKK UMNO. Atau, Noh Omar angkuh menyangkakan bahawa jujur, ikhlas dan amanah itu sifat2 yang hanya dimonopli JKKK UMNO. Izinkan saya menyatakan awal2 lagi- tanggapan demikian amat meleset sekali. Ramai ketua kampong yang menyapu agihan tanah untuk keluarga dan kenalan terdekat dan caj duit untuk khidmat yang diberi; ramai ketua kampong menyapu peruntukan bantuan yang diberikan oleh kerajaan, sapu saham Felcara, ramai ketua kampong yang menjual tanah milik orang Melayu dan ramai ketua kampung tidak amanah, jujur dan ikhlas bahkan mengambil kesempatan untuk eksploitasi orang kampong yang sedang dalam keadaan memerlukan bantuan. Jenis ketua kampung macam inilah yang saya mahu ganti dengan mereka yang berkualiti tinggi. Tujuan saya ialah jika kita mahu membangunkan kampung yang penghuni nya rata2 Melayu, pimpinan peringkat kampong mestilah yang jujur, amanah disiplin dan berkelayakan. Ketua kampong kebanyakan terdiri dari ahli dan ketua cawangan UMNO. JKKK mempunyai sub pengerusi bahagian2 tertentu- agama, sosial, belia, wanita dan sebagainya mengikut kehendak setempat.Pada prinsip nya, ini suatu orgnisma pentadbiran yang baik. Melalui JKKK, kerajaan yang memerintah dapat menyalurkan dasar, maklumat dan juga menerima input dan pandangan masyarakat kampung.JKKK boleh melakukan kebaikan kepada kampong dan kerajaan yang memerintah. Reformasi JKKK. Sebagai sebuah mekanisme pentadbiran yang berpotensi, JKKK harus dimodenkan. Maksud saya begini. Sebagai sebuah mekanisme pemajuan barisan hadapan yang penting untuk masyarakat kampong yang rata2 nya Melayu, JKKK dan ketua nya mesti terdiri dari mereka yang terbaik dan paling berbakat dalam kampong tersebut. Ertinya, setiap pimpinan nya mesti berkualiti tinggi. Dan antara patanda terbaik ialah tahap pendididkan, pengalaman, keperibadian serta komitment. Bagaimana kita membangunkan bangsa Melayu, jika pimpinan diperingkat kampung terdiri dari samseng, dan si koro? Bukan saya hendak merendahkan ketua kampong- tapi apa pemikiran besar yang boleh kita cungkil dari minda lulusan SRP atau kurang dari nya? Jangan kita emosional dengan kenyataan seperti ini. Jika kita mempunyai kelulusan demikian, buatlah tugas yang setara dengan kelayakan bukan memimpin kampong. Menjahanamkan kampong lagi ada. Pengalaman saya dengan JKKK ini sejak saya dalam UMNO lagi. Apakah kedudukan JKKK dari sudut undang2? Ia bukan pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Ia bukan parti politik. JKKK tidak ada kuasa executive atau membuat dasar. JKKK hanya sebuah pertubuhan yang diujudkan secara sampingan oleh pejabat daerah untuk mambantu pejabat daerah menyampaikan kemajuan kepada rakyat. Ia merupakan saluran menerima dan menyampai maklumat. Itu sahaja. Ia tidak ada kuasa undang2. Tahukah kita, pengerusi JKKK atau ketua kampong kebanyakan terdiri dari ketua cawangan UMNO? Dan latar belakang mereka adalah biasa sahaja. Dari tukang kebun sekolah, bekas jaga bank, pencen penjawat awam dan ramai juga terdiri dari orang gagah kampong atau kaki buli. Mundar mandir dengan geng2 menakutkan orang ramai. Semasa saya dalam UMNO dahulu saya mencadangkan kerajaan membubarkan kumpulan yang bernama JKKK ini. Setiap 2 atau 3 tahun sekali, apabila mahu menukar ketua kampong, akan berlaku kekecohan. Tidak ada ketua kampong yang mahu undur diri. Bukan sahaja sekarang ada elaun RM800 sebulan, tapi setiap mesyuarat dapat elaun mesyuarat. Puak2 dalam kampng akan bertelagah berebut jawatan ketua kampong. Dibeberapa daerah dan kampong dalam negeri Pahang, kadang2 sampai setahun dua tahun ketua kampong tidak dapat dipilih. Saya cadangkan untuk megambil alih jawatan ketua kampong, kita ujudkan pegawai pembangunan kampong dan desa. Pegagai ini adalah penjawat awam yang mempunyai kelayakan minima diploma yang di tempatkan dalam sebuah lokasi dan menjaga 2-3 kampung. Mereka ini pula akan melapur diri kepada seorang penghulu yang menjaga sebuah mukim. Penghulu pula mestiah mempunyai kelayakan minima ijazah. Kenapa saya buat cadangan demikian? Sebab saya merasakan bahawa kalu kita serius mahu membanungkan masyarakat desa dan kampong, pimpinan diperingkat asas mestilah yang terbaik dari segi bakat, dedikasi dan komitment. Dan dia mesti bebas dari ancaman politik dan percaturan politik picisan peringkat kampong. Setiap pegawai pembangunan kampong boleh menubuhkan jawatankasa terdiri dari warga kampong untuk menerima input operational kepada pegawai pembangunan kampong. Sudah sampai masa nya masyarakat Melayu menyusun diri mereka secara moden dan membebaskan diri mereka dari sisa2 instusi yang fiudal seperti ketua kampong dan penghulu. Ini cara kita mahu kedahadapan. Hari ini kita dengar seorang ketua kampong melarang satu kumpulan ahli PKR dari memasuki kampong nya. Kumpulan dari PKR sepatutnya melapurkan kepada polis mengenai halangan tersebut. Seorang ketua kampong tidak ada otoriti- JKKK tidak berdaftar dengan ROS dan ianya suatu pertubuhan sampingan untuk membantu pejabat daerah mentadbir kampong. Melarang orang bergeral sana sini bererti melanggar hak asasi warga negara. Inilah saya katakan- kita semua mahu membangunkan bangsa Melayu tapi pimpinan peringkat paling asas iaitu JKKK diketuai oleh samseng, jaga bank, tukang kebun sekolah dan seumpanya. Bagaimana kita mahu membangunkan bangsa Melayu jika kita biarkan pimpinan bangsa Melayu dibarisi oleh mereka yang paling kurang bakat? Saya bukan hendak merendahkan JKKK- tapi mereka mesti sedar bahawa JKKK tdak ada keujudan dari segi Undang2 kerana mereka bukan pertubuan berdaftar. JKKK tidak ada kuasa untuk mengagihkan tanah, menentukan siapa dapat bantuan atau tidak. JKK hanya memudahkan kerja2 pejabat daerah dan yang bertanggung jawab pada kampong dan mukim ialah penghulu, pegawai2 berkenaan dan akhir sekali pegawai daerah. Dan pegawai daerah berkerjasama dengan ADUN dari phak kerajaan. Perkara ini kita boleh terima, tapi untuk JKKK bertindak diluar bidang kuasa mereka, ini suatu kesalahan undang2. |
Hudud: PAS sudah lali dengan DAP Posted: 18 Dec 2014 02:20 AM PST Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. AzharSHAH ALAM: PAS meminta DAP menghentikan segala desakan agar PAS menggugurkan agenda hudud kerana parti Islam itu tetap komited untuk melaksanakan undang-undang Islam itu, tegas Sallehin Mukhyi. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu bagaimanapun berkata, parti tersebut mungkin akan menangguhkan pelaksanaan hudud terlebih dahulu, sebagai langkah terakhir sekiranya parti-parti sekutunya di dalam Pakatan Rakyat (PR) masih enggan menerima agenda tersebut. "Kita sudah masak dengan tuntutan DAP. Ia bukan perkara baru, boleh jadi sudah ke seribu kali ia dibuat. DAP juga maklum bahawa mereka bersama kita di dalam PR selepas mengetahui PAS ada kerangka perjuangan tersendiri. Maka saya tidak fikir apabila DAP bersama kita sejak dahulu, mereka tidak tahu prinsip itu tidak ada dalam PAS. "Untuk menolak (hudud), itu sangat bercanggah dengan perjuangan kita. Namun untuk menangguhkan, itu mungkin boleh difikirkan atas beberapa keperluan," ujarnya melalui wawancara khas bersama Antarapos, baru-baru ini. Sallehin berkata demikian sebagai mengulas penentangan terbaharu DAP terhadap agenda hudud PAS untuk meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika berucap di Konvensyen DAP Kebangsaan Ahad lalu berkata, PAS perlu segera mengambil tindakan itu supaya gabungan pembangkang ada dasar yang jelas bagi meraih keyakinan rakyat. Bagaimanapun Sallehin menempelak sikap 'takut' DAP ini terhadap undang-undang Islam itu. Ia dijangka dilaksanakan terlebih dahulu di Kelantan, yang ditadbir oleh PAS. "Kemenangan lebih 80 peratus di Kelantan tidak ada kena mengena dengan DAP. Sebab mereka tidak ada satu kerusi pun di sana. Dan pada saya, daripada DAP berpolemik masalah Kelantan, lebih baik mereka lupakan sahaja dan serahkan Kelantan kepada PAS. "Jika mereka kata ini (agenda hudud) gangguan untuk menuju ke Putrajaya, saya tidak fikir begitu kerana kenyataan mereka itulah yang menjadi gangguan terhadap kerja-kerja kita," tegasnya lagi. Meskipun DAP kerap kali menempelak bahawa hudud bukan agenda bersama yang dipersetujui di dalam Pakatan, bekas exco itu yakin percakaran yang timbul sesama sekutu tidak akan memberi kesan terhadap penyatuan PAS-DAP-PKR untuk berpolitik. |
MEDM bekerjasama dengan bilik gerakan banjir Posted: 18 Dec 2014 02:10 AM PST KUALA LUMPUR: Malaysian Emergency Disaster Management (MEDM) sedang giat bekerjasama dengan bilik-bilik gerakan banjir yang dibuka di Kelantan untuk mengusahakan bantuan yang diperlukan mangsa banjir. Pengerusinya, Salahuddin Ayub berkata beberapa bentuk bantuan seperti peralatan komunikasi, pasukan radio amatur, tenaga agensi MEDM sudah dikerahkan ke Kelantan sejak dua hari lalu. "Kita mengusahakan pelbagai bentuk bantuan, termasuk kewangan dalam menguruskan bencana ini di Kelantan dengan kira-kira 20 hingga 30 anggota tenaga dikerahkan," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Tambah beliau, dengan segala bantuan dan peralatan komunikasi, kerja-kerja menyelamat dan membantu mangsa banjir boleh dilakukan semaksimum mungkin. MEDM, sebuah badan task force yang dilancarkan PAS pada muktamar lalu bertindak sebagai pasukan khas untuk memberi bantuan bagi kemalangan dan bencana alam, yang menggabungkan pelbagai NGO seperti Yayasan Amal dan Unit Amal PAS. Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengarahkan semua Jabatan Negeri dan Persekutuan agar turun membantu mangsa-mangsa banjir di semua lokasi pemindahan. Beliau juga mengharapkan agar mangsa banjir dapat bersabar di atas ujian Allah ini dan yakinlah bahawa setiap ujian serta musibah itu adalah cara Allah mengangkat martabat hambaNya. "Berhati-hatilah di musim ini dengan menjaga anak-anak kecil sebaiknya,termasuk memaklumkan dalam kadar segera kepada pihak berwajib jika berlaku apa jua kemalangan jiwa," kata beliau. - HARAKAHDAILY |
Kerajaan Dijangka Umum Harga Baharu Petrol 31 Dis Ini Posted: 18 Dec 2014 02:07 AM PST RAKYATNEWS KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97, pada kadar yang lebih rendah berikutan kejatuhan harga minyak global, pada 31 Disember ini. Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Ahmad Maslan berkata kadar itu belum dapat diumumkan pada masa ini memandangkan kerajaan masih mengkajinya. Beliau berkata, berikutan penurunan harga minyak itu, peniaga diminta menurunkan harga barang keperluan harian memandangkan harga barang masih tinggi dan belum diturunkan walaupun harga bahan api sudah diturunkan sebelum ini. Bagi menangani isu berkenaan, kerajaan mengenal pasti 10 syarikat yang mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan di Malaysia, untuk berbincang menurunkan harga barangan, katanya. "Saya berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) mengambil tindakan berjumpa dengan sepuluh syarikat berkenaan untuk berbincang, daripada terus mengenakan tindakan disiplin menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, kerana ia memberi kesan kepada kos pembelian barangan oleh pengguna. "Yang menjadi masalah, walaupun harga minyak diturunkan namun pengilang, peniaga dan pengusaha masih mengekalkan harga yang sama atau menaikkan harga sedangkan mereka boleh menurunkannya berikutan kos perniagaan sudah dapat diturunkan," katanya pada pelancaran Strategi Baharu Korporat Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV), Khamis. Mengenai pendaftaran untuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Ahmad berkata, sejumlah 224,813 syarikat sudah mendaftar, dan angka ini sudah melebihi sasaran awal 150,000 syarikat sehingga hujung Disember. Angka ini dijangka terus meningkat sebelum pelaksanaan CBP mulai 1 April 2015. "Pada peringkat awal, kerajaan hanya menyasarkan 150,000 syarikat mendaftar pada akhir Disember, dan berpotensi menjana RM23 bilion perolehan, dan berdasarkan perkembangan angka yang mendaftar ketika ini, perolehan juga dijangka dapat ditingkatkan," katanya. |
Ahli MIC berhimpun bantah mesyuarat CWC Posted: 18 Dec 2014 02:01 AM PST MALAYSIAKINI Ratusan ahli MIC berkumpul di luar bangunan ibu pejabat parti di Kuala Lumpur petang ini bagi menuntut presidennya, Datuk Seri G Palanivel meletak jawatan. Perhimpunan itu diadakan ketika Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) sedang bermesyuarat berhubung kemungkinan mengadakan semula pemilihan parti itu. Satu kain rentang besar turut dipasang di satu jejambat yang menghadap bangunan MIC tersebut, yang memaparkan gambar Palanivel dan tulisan "Please step down (Sila letak jawatan)". Beberapa kain rentang lain dengan mesej yang sama turut dipasang di sekitar kawasan tersebut. Sementara itu, sekumpulan 100 ahli MIC turut berarak bagi membantah keputusan untuk mengadakan mesyuarat CWC. Kumpulan itu mendakwa, mesyuarat berkenaan "tidak sah" kerana anggota jawatankuasa terbabit tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Seorang ahli MIC turut berucap dengan menggunakan pembesar suara di hadapan bangunan tersebut. Tindakan itu tidak disenangi pengarah strategi parti, Datuk Seri S Vell Paari, yang berteriak dari satu tingkap di tingkat atas bangunan tersebut. "Jangan bercakap dengan pembesar suara, ada mesyuarat sedang berlangsung di sini," katanya. Perhimpunan berkenaan diawasi sepasukan anggota polis, termasuk Unit Tindakan Ringan, manakala jalan menuju ke bangunan tersebut juga ditutup. ROS membatalkan pemilihan untuk jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota CWC yang diadakan semasa pemilihan agung parti tersebut di Melaka November lalu. Palanivel pada minggu lalu berkata, mesyuarat CWC akan membincangkan "beberapa perkara yang tidak pasti" dalam surat ROS. Mesyuarat CWC itu bermula jam 2 petang dan dijangka tamat jam 5 petang. |
PMUM ajak siswa turun sokong UM8 Posted: 18 Dec 2014 01:49 AM PST MALAYSIAKINI Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menyeru para mahasiswa turut sama hadir untuk mengiringi kumpulan UM8 yang akan mengemukakan rayuan mereka esok. Presiden PMUM Mohd Ammar Atan berkata, rayuan itu dikemukakan memandangkan kumpulan siswa terbabit masih gagal dalam tuntutan mereka supaya digugurkan pertuduhan terhadap UM8 selepas pertemuan dengan pihak pentadbiran universiti. "Selepas kegagalan mencapai kata putus bersama naib canselor dan TNC HEP (timbalan naib canselor hal ehwal pelajar) Isnin lalu agar pertuduhan dan hukuman kepada UM8 digugurkan segera, PMUM sekali lagi tampil bersolidariti bersama UM8," katanya. Beliau merujuk kepada pertemuan antara kumpulan UM8 dengan dengan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Timbalan Naib Canselor HEP, Datuk Dr Rohana Yusof. Mohd Ammar menyeru para mahasiswa hadir beramai-ramai ke bangunan Canseleri UM seawal jam 10.30 pagi esok. Selain rayuan, kumpulan UM8 itu juga merancang untuk memohon semakan kehakiman ke atas peruntukan undang-undang yang dikenakan ke atas mereka oleh UM. Langkah itu diambil selepas bantahan "Occupy UM" yang berlangsung sejak 10 Disember lalu berakhir pada hari Selasa lalu, selepas enam hari berkhemah di luar pintu masuk kampus utamanya. Kumpulan UM8 dikenakan tindakan tatatertib susulan penganjuran ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus itu pada 27 Oktober lalu tanpa kebenaran universiti. Antaranya bekas Presiden PMUM Fahmi Zainol yang digantung pengajian selama dua semester dan didenda RM600. Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin pula digantung pengajian selama satu semester dan didenda RM300. Empat yang lain iaitu Haw Yu Hong, Khairul Anwar, Adam Fistival Wilfrid dan Syamimi Munira Mohamed, masing-masing didenda RM150 berserta amaran. |
Aktiviti di hutan simpan kekal Pahang terkawal Posted: 18 Dec 2014 01:47 AM PST SINAR HARIAN Datuk Seri Adnan Yaakob KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, aktiviti pengusahasilan di dalam hutan simpanan kekal (HSK) di Pahang adalah terkawal menggunakan konsep pengurusan hutan secara berkekalan. Katanya, mengikut konsep tersebut, sistem yang digunakan adalah pengurusan tebangan secara terpilih. "Antara regim yang dilaksanakan di bawah sistem berkenaaan ialah pelaksanaan untuk inventori hutan selepas tebangan yang dijalankan dua hingga lima tahun selepas diusahakan yang mana pada tahun lepas, seluas 3,623.56 hektar kawasan telah dibalak di bawah inventori tersebut," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wan Kadri Wan Mahusain (BN-Bukit Ibam) di persidangan Dun Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini. Adnan berkata, hasil inventori tersebut juga mendapati seluas 888.95 hektar kawasan perlu dijalankan rawatan tanaman mengaya dengan jarak tanaman yang bersesuaian. Selain itu katanya, tanaman anak benih turut dilaksanakan di kawasan terbuka seperti lorong-lorong penarik hutan dan matau-matau kayu sementara dalam kawasan lesen mengambil hasil hutan. - Bernama |
Ahmad Maslan: 1MDB tiada masalah besar Posted: 18 Dec 2014 01:43 AM PST MALAYSIAKINI Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yakin bahawa syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menghadapi masalah besar selain persepsi negatif terhadap syarikat tersebut. Syarikat itu juga mencatat keuntungan untuk tempoh empat tahun berturut-turut, katanya mengulas mengenai laporan polis terhadap syarikat itu oleh naib pengerusi Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. "Mereka hanya merekodkan kerugian tahun lepas. Saya pasti syarikat tersebut tiada masalah besar kecuali persepsi negatif ekoran laporan polis oleh Khairuddin. "Saya harap beliau akan dapat maklumat betul mengenai 1MDB," kata Ahmad sambil menambah bahawa laporan polis itu menunjukkan seolah-olah syarikat tersebut menghadapi masalah. "Aset mereka dalam kedudukan baik, saya pasti mereka akan bangkit semula," katanya. Khairuddin membuat laporan tersebut minggu lalu kerana sangsi dengan pengurusan syarikat berkenaan yang dirasakannya tidak telus. Sementara itu, Ahmad berkata, syarikat tersebut dipimpin oleh lembaga pengarah yang bertanggungjawab dan juga penasihat yang terkenal. Bagaimanapun, beliau tetapi berharap agar ketua pegawai eksekutif dan pengerusinya akan membuat kenyataan secara berterusan kepada orang awam. "Mereka patut menerangkan dengan jelas isu yang dibangkitkan oleh orang awam. Saya hanya jawab isu di Parlimen. Di luar Parlimen, mereka yang patut jawab," katanya. |
Tak mohon maaf, Rafizi masih tunggu saman Najib Posted: 18 Dec 2014 01:36 AM PST MALAYSIAKINI Naib Presiden PKR Rafizi Ramli masih belum mendengar apa-apa daripada peguam yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, memandangkan sekarang adalah akhir tahun, mungkin semua orang bercuti. Bagaimanapun, ahli parlimen Pandan berpandangan bahawa tiada alternatif untuk Najib dan Rosmah selain menyamannya. Menurut Rafizi, surat tuntutan guaman dari Najib dan Rosmah menyatakan beliau perlu meminta maaf dalam tempoh 14 hari dan tempoh itu akan tamat pada 28 Disember. "Mungkin mereka sedang menunggu sama ada saya akan ubah fikiran," katanya sambil ketawa. Sementara itu, Rafizi berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan perdana menteri dan isteri di mahkamah. Minggu lalu, Rafizi melalui peguamnya menjawab bahawa beliau akan mempertahankan kenyataannya di mahkamah, dengan berhujah bahawa kenyataannya adalah berasas dan adil. Pada 4 Disember, Najib dan Rosmah menghantar surat tuntutan guaman kepada pemimpin PKR itu berhubung ucapannya pada 23 November di mana beliau bercakap tentang subsidi bahan api dan cincin berlian yang didakwa dibeli untuk Rosmah. |
Polis akan panggil lima wartawan BFM Posted: 18 Dec 2014 01:34 AM PST MALAYSIAKINI Polis mengesahkan bahawa pasukan itu akan memanggil kesemua lima orang wartawan stesen radio BFM yang dinamakan dalam laporan polis oleh beberapa NGO Islam. Timbalan ketua jawatan siasatan jenayah Kuala Lumpur, Khairi Ahrasa memberitahu Malaysiakini bahawa kesemua yang dinamakan itu akan dipanggil untuk siasatan. "Kita akan mengikut laporan. Sesiapa yang dinamakan dalam laporan itu, kita akan panggil mereka," katanya. Lima individu yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Sharaad Kuttan, Umapagan Ampikaipakan, Ezra Zaid, Patrick Teoh dan Caroline Oh. |
Zahid: Selain Allah, biar PM nilai kami Posted: 18 Dec 2014 01:29 AM PST MALAYSIAKINI Selain Allah, hanya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang boleh menentukan prestasi beliau dan dua naib presiden Umno, kata Datuk Seri Zahid Hamidi. "(Soal) penilaian, yang paling berhak adalah perdana menteri sendiri. "Bagaimanapun, saya menghormati pandangan ahli akademik," kata naib presiden Umno itu yang juga menteri dalam negeri itu. Dua lagi penyandang jawatan naib presiden Umno ialah Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Manakala perlembagaan Umno meletakkan penyandang jawatan ketua Wanita dan Pemuda Umno bertaraf naib presiden. Beliau diminta mengulas pandangan ahli akademik terkenal Prof Jayum Jawan bahawa berkata tiga naib presiden Umno belum layak menggantikan tempat Najib kerana belum mencapai standard. Isu itu timbul selepas mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad berkata ramai pemimpin dalam Umno layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri tetapi tidak diberi peluang. |
NGO tegur KKMM, jangan tidur, lalai Posted: 18 Dec 2014 01:21 AM PST Pegawai Kerja, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah (kanan) menunjukkan laporan polis terhadap stesen, penyampai dan penerbit radio berkenaan di luar pekarangan IPD Dang Wangi, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN KUALA LUMPUR - Sekumpulan NGO Melayu dan Islam hari ini memberi teguran sinis terhadap Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya tidak tidur dan lalai terhadap penghinaan Islam khususnya kalimah ALLAH yang dilakukan secara terbuka melalui media.Pegawai Kerja, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah mendakwa kelalaian pihak berkuasa itu menyebabkan kebebasan media disalahgunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu. "Kami menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) supaya jangan tidur, jangan lalai, pantau perkara ini (hina Islam) sebaik mungkin dan pastikan ianya tidak berlarutan dan tidak wujud lagi dalam negara kita. "Tindakan tegas perlu diambil dengan membendung isu-isu daripada terus diputarbelitkan dan diudarakan dalam siaran radio yang boleh didengari orang ramai. "Kami menggesa polis supaya menyiasat isu ini secepat mungkin, kalau boleh sabitkan mereka dengan Akta Hasutan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap stesen, penyampai dan penerbit radio swasta di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini. Hadir sama beberapa wakil NGO lain termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Pertubuhan Pembangunan dan Kajian Insan Malaysia (Pengkaji) dan Pertubuhan Pembela Islam (Pembela). Beliau berkata demikian mengulas tindakan pengendali stesen radio terbabit menyiarkan wawancara dengan sarjana Islam yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH untuk bukan Islam. Dalam wawancara pada 21 Oktober itu, penulis Amerika Syarikat itu berkata, dunia mentertawakan Malaysia selepas Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah ALLAH untuk kegunaan orang Islam sahaja. Dalam pada itu, Mohd Mustaffa berkata, pihaknya mendengar sendiri siaran radio tersebut pada Jumaat lalu yang membincangkan kalimah ALLAH secara terbuka. "Saya telah mendengar siarannya dan juruhebahnya membincangkan tajuk utama kalimah ALLAH, isu daging korban dan isu hak orang Melayu. "Pada hari sama juga, juruhebah lain, bukan beragama Islam juga membincangkan isu agama Islam dan isu pakai tudung. "Dalam siaran itu saya dapati ada unsur penghinaan dan hasutan terhadap agama Islam," ujarnya yang juga antara kandungan laporan polis mereka, pada hari ini. |
GST terhadap jambatan Pulau Pinang, jutaan rakyat terbeban Posted: 18 Dec 2014 01:19 AM PST Roketkini.com. PULAU PINANG: Kerajaan Pula Pinang menolak cadangan Pusat untuk menguatkuasakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap dua jambatan di negeri ini yang turut akan menyebabkan kenaikan kadar tol. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berkata langkah dibuat kerajaan Pusat itu akan membebankan kira-kira 1.6 juta penduduk di negeri ini. "Salinan asal (senarai cukai GST) menyebut bahawa jambatan bertol bersama dan lebuhraya dikecualikan dari GST. "Tapi, dalam senarai baru tol jambatan sudah tidak disebut lagi dari pengecualian itu." ujar Guan Eng. November lalu, Jabatan Kastam dalam takilmatnya menyatakan jambatan bertol akan dikenakan GST mulai 1 April 2015. Selain dua jambatan di Pulau Pinang, GST akan turut dikenakan keatas dua jambatan di Johor iaitu Linkedua dan Tambak Johor. Ujar Lim, penguatkuasaan GST keatas jambatan di kedua negeri tersebut akan turut mewujudkan kesan rantaian terhadap kos pengangkutan bagi kenderaan yang membawa barangan. "Kami akan menulis surat rasmi untuk minta penjelasan tentang pengecualian yang dibatalkan oleh kerajaan pusat. "Hal (pembatalan pengecualian) ini harus dibetulkan segera." kata Lim lagi.- Roketkini.com. |
Aliran keluar modal haram Malaysia cecah RM 1.38 trilion Posted: 18 Dec 2014 01:15 AM PST Roketkini.com IPOH: Meskipun eksport Malaysia enam kali lebih kecil dari Amerika Syarikat, tetapi rekod aliran keluar modal haram mencapai RM1.38 trillion semenjak 2003. Manakala kedudukan Malaysia tidak pernah lebih baik, di tangga ke-21 indeks Integriti Kewangan Global (GFI) di belakang Jerman, Jepun, Perancis, Korea Selatan dan Belanda. Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin berkata, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga kini tidak memberi kenyataan berhubung indeks tersebut. "Najib senyap seribu bahasa sejak laporan tersebut dikeluarkan dua hari lalu. "Mungkin dia hendak cari waktu sesuai untuk beri alasan-alasan kreatif bagi menolak dan merendahkan laporan GFI itu?" sindir Zhemin. Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar dilaporkan turut menolak laporan GFI Wahid dilaporkan berkata bahawa penjelasan berhubung perkara tersebut telah dibuat pada 2013 dan ulasan lanjut tidak perlu dilakukan Tegas Zhemin, kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab, lepas tangan dan alasan sama untuk mengalih perhatian dari isu sebenar. "(Sedangkan) alasan paling munasabah adalah skandal mega dan insiden korupsi yang berleluasa di bawah Kerajaan UMNO/BN. "GFI keluarkan laporan 'yang sama', kerana Putrajaya tidak melakukan apa-apa terhadap laporan tersebut. "Selama enam tahun, (kerajaan) hanya cari alasan dan menutup fakta wujudnya aliran keluar modal haram sejak laporan GFI dikeluarkan kali pertama pada 2008. "Dengan harga minyak mentah serta nilai Ringgit Malaysia yang menurun, aliran modal yang keluar hanya menambah mimpi ngeri ekonomi Malaysia," ujar Zhemin. |
Sari Yanti tebus talak RM10,000 Posted: 17 Dec 2014 09:11 PM PST ANTARAPOS.COM SHAH ALAM: Pelakon jelita popular, Sari Yanti akhirnya bercerai dengan ahli perniagaan, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain setelah lima tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan yang berkahwin pada 16 Januari 2009 diputuskan sah bercerai secara tebus talak. Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini semalam diberitahu bahawa pasangan itu telah bercerai secara tebus talak sebanyak RM10,000 di Mahkamah Syariah Seremban, Khamis lalu. Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Mohd. Edy Casmadi memberitahu perkara itu kepada Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah ketika perbicaraan kes nusyuz (kembali taat) pelakon itu semalam. Tebus talak sebanyak RM10,000 itu dibayar oleh Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, kepada Mohd. Edy Casmadi, 34. Fakhrul Azman kemudian memohon perbicaraan nusyuz itu ditangguhkan bagi membolehkan kedua-dua pihak mencari penyelesaian secara baik berhubung kes itu. Abd. Halim kemudian menetapkan 9 Februari tahun depan untuk perbicaraan kes itu sekiranya tidak ada penyelesaian antara pasangan itu. Kedua-kedua pasangan itu tidak hadir pada prosiding itu dan Sari Yanti hanya diwakili peguam syarienya, Marlina Amir Hamzah. Sari Yanti memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003 pada 25 Februari lalu. Mohd. Edy Casmadi yang merupakan ahli perniagaan kemudian memfailkan permohonan nusyuz ke atas artis tersebut pada 7 Mac lalu di bawah Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003. Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al Aly, 4, dan Basit Al-Haq, 2. |
Harga Tambang Bas Sekolah Naik, Lagi Hadiah UMNO BN Untuk Rakyat... Posted: 17 Dec 2014 09:05 PM PST KELAB GREENBOCTambang baharu bas naik Januari 2015 KUALA LUMPUR - Tambang baharu bas sekolah akan dikenakan menjelang Januari 2015 dan jumlah kenaikan akan dibuat oleh pengusaha bas sekolah secara individu. Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, pengiraan tambang baharu itu akan dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang dibuat pada tahun 2009. "Kami terpaksa menerima regulasi yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),tetapi SPAD tidak ada garis panduan untuk tetapkan tambang bas sekolah, maka kita akan guna pakai panduan yang pernah dibuat LPKP 2009. "Kadar itu akan ditetapkan secara individu oleh pengusaha sendiri disamping mengambil kira Seksyen 4 Akta Persaingan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)," katanya pada sidang media selepas mengendalikan Mesyuarat Tahunan kali ke-42 semalam. Amali menegaskan pihak persatuan tidak akan campur tangan berapakah jumlah kenaikan yang akan dikenakan itu nanti. "Persatuan tiada kuasa untuk tetapkan berapa peratus kenaikan itu kerana ia tertaluk dibawah Akta Persaingan. "Namun apa yang boleh kita tegaskan berdasarkan keadaan semasa kadar tambang bas sekolah akan naik tahun depan," katanya. Beliau berkata, peningkatan itu bukan tujuan untuk menekan ibu bapa tetapi keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pengurangan subsidi diesel yang dibuat kerajaan terhadap pengusaha perkhidmatan bas sekolah. Menurutnya lagi, peningkatan itu juga berdasarkan kenaikan harga bagi kos penyelenggaraan bas dan belanja pengurusan yang lain. "Namun paling terkesan adalah pengurang subsidi diesel kerana kos itu melibatkan 40 peratus daripada keseluruhan kos perkhidmatan ini," katanya. Jelas beliau, tindakan SPAD untuk tidak meletakkan siling harga bagi tambang bas sekolah juga menyukarkan pihak mereka menetapkan tambang baharu itu. -SH ULASAN GB Satu demi satu "hadiah" UMNO BN untuk rakyat. Kini tambang bas sekolah akan naik. Lebih malang apabila SPAD tidak menetapkan harga siling kenaikan tersebut. Ini bererti tiada had bagi kenaikan tersebut. Rakyat terus tertekan dan terus terhimpit selagi UMNO BN memerintah negara! |
Najib lancar daftar Umno dalam talian Posted: 17 Dec 2014 09:01 PM PST KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menunggu lama untuk melaksanakan ketetapan meremajakan parti yang diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014, apabila beliau melancarkan sistem pendaftaran keanggotaan secara dalam talian hari ini. Najib berkata, pelancaran sistem itu selaras dengan hasrat mentransformasi dan meremajakan Umno supaya ia dilihat sebagai parti yang segar, dinamik, progresif dan mengamalkan keterbukaan. "Hasrat kita ialah supaya bila kita sebut tentang peremajaan Umno dan konsep ini telahpun diperjelaskan dalam PAU, bererti bukanlah bahawa dari sudut kita mahu membuka pintu Umno kepada orang muda semata mata, atau mengganti orang lama secara mengejut. "Sebaliknya peremajaan bererti segala aspek, segala amalan, segala pendekatan yang kita gunakan dalam parti hendaklah melalui proses peremajaan," katanya semasa berucap melancarkan sistem itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini. Menurutnya sistem pendaftaran itu akan mengurangkan kerenah birokrasi selain dapat menyelesaikan segala kerumitan dan hambatan yang menjadi kekangan dalam proses pendaftaran anggota baru. Najib yang juga Perdana Menteri berkata sistem itu juga bertujuan membuka peluang yang lebih luas kepada generasi muda untuk menyertai Umno. "Cerita borang hilang, cerita borang kena renyuk, cerita hantar borang tak diterima, cerita kena isi borang sampai dua tiga kali, kita dah letih. "...kita berhasrat untuk membuka Umno kepada generasi muda yang kita sebut hari ini sebagai Gen Y. Sebab mereka ini sebenarnya banyak yang berminat mahu jadi ahli Umno. Ramai yang jumpa saya cakap mereka minat," kata beliau. Menurutnya pelaksanaan sistem itu juga selaras dengan transformasi parti untuk menggunakan teknologi baru dalam pengurusan sesuai dengan keadaan semasa. Menerusi pendaftaran dalam talian, katanya pemohon hanya perlu memasukkan maklumat yang diperlukan dan setelah permohonan diproses, pendaftaran mereka sebagai anggota Umno akan dilakukan dengan pantas. "Kalau dia seorang pelajar di Minnesota, Amerika Syarikat, dia mohon dalam talian, dalam masa begitu pantas dan singkat, dia boleh jadi ahli Umno. Mungkin dalam masa 24 jam. Kita boleh terima dia sebagai anggota Umno, ada nombor pendaftaran keanggotaan... kecuali maklumat dia (beri) itu tidak benar. "Kalau dia ahli parti pembangkang katakan, dia nak menyusup masuk, kita kemudian hari dapati dia ahli parti pembangkang, maka terbatal (pendaftarannya). Sekiranya semuanya betul, kita hantar kepada perhubungan (negeri), kepada bahagian, (dan) akan diagih kepada cawangan yang berkenaan," katanya. Najib pada taklimat tertutup bersama anggota perwakilan Umno seluruh negara sempena PAU pada 25 November lepas, memberitahu bahawa Umno akan melaksanakan sistem keanggotaan Umno secara dalam talian bagi meningkatkan jumlah pendaftaran anggota parti itu. Pada masa ini, Umno mempunyai kira-kira 3.5 juta anggota di seluruh negara. - Bernama |
Exco: Selangor belum sedia laksana Hudud Posted: 17 Dec 2014 08:55 PM PST Oleh: HAFIZAN TAIB SABAK BERNAM: Pelaksanaan hukum hudud belum sesuai dijalankan di Selangor berdasarkan komposisi kaum dan keadaan semasa negeri ini. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata berbeza dengan Kelantan, perlaksanaan Hudud di Selangor memerlukan perancangan terperinci dari pelbagai aspek sebelum boleh dipraktikkan. Katanya, pemahaman dalam perkara berkaitan termasuk penerangan dan pendidikan kepada masyarakat perlu dilakukan supaya ianya difahami sepenuhnya dan tidak disalah ertikan. "Di Selangor, saya kira kita masih lagi belum bersedia kerana yang penting untuk melaksanakannya ialah memahami sepenuhnya berhubung perkara ini. "Pendidikan kepada masyarakat bukan sahaja kepada orang bukan Islam tetapi orang Islam itu sendiri. Mereka kena faham kenapa kita (PAS) nak bawa syariat Islam ini," katanya yang juga Bendahari PAS Selangor. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan