DIALOG RAKYAT |
- Punca Kenaikan Kos Perubatan di Hospital Swasta Malaysia Tahun 2015 Sekurang-kurangnya 5%!
- [TERBONGKAR] Kisah 40 MP Dilarikan ke Taiwan Itu BENAR!
- Juruteknik Maybank dipenjara seminggu lesapkan RM 80,850
- Semua negeri PR perlu ada dua timbalan speaker DUN - Exco Selangor
- A Rahman Hassan & Fadilah Mansor nikah di PWTC 25 Disember ini
- Keputusan mahkamah bersih nama Hadi
- Khalil minta Guan Eng hormati hak Pas
- MB nafi Splash diberi layanan istimewa
- Lim bangkitkan 'diam mencurigakan' IGP, menteri
- Militan: Malaysia diuji kali kedua
- MP PR dakwa UM sekat kebebasan bersuara
- Hudud: Pas berdepan situasi genting
- Modal Berbayar 1MDB US$1 Juta Tanggung Hutang RM41.9 Bilion? Skandal Terbesar Dana Malaysia? 1MDB Mula Minta Talian Hayat!
- Hudud: Antara kewajiban dan liabiliti buat Pas
- DAP perlu lebih berhemah terhadap dasar PAS
- Jangan bandingkan Umno dengan parti pembangkang - Ismail Kijo
- Pelakon berstatus janda ditangkap khalwat
- 'Saya mungkin buat sesuatu yang betul', kata Khairy Jamaluddin
- Pencen pesara dibayar awal sempena Krismas
- Banjir: 19 orang dipindahkan di Pasir Puteh
- Ahli PAS Diberi Amaran Tidak Terlibat Dengan PasMa
- Mangsa Banjir Terengganu Meningkat Kepada 1,673 Orang
- MP Taiwan dedah bilik 'rahsia' MP BN
- 'Sidang DUN hudud alih isu 1MDB'
- Rakyat Malaysia semuanya baik hati, sanggup bayar semua kerugian skandal pemimpin-pemimpin mereka
Punca Kenaikan Kos Perubatan di Hospital Swasta Malaysia Tahun 2015 Sekurang-kurangnya 5%! Posted: 16 Dec 2014 01:55 AM PST Punca Kenaikan Kos Perubatan di Hospital Swasta Malaysia Tahun 2015 Sekurang-kurangnya 5%! : Pelik. Banyak yang melawan arus sekarang daripada cakap-cakap pemain industri berbanding kenyataan menteri menjelangnya pelaksanaan GST 6% di Malaysia 1 April 2015 kelak. Apabila ditanya kesan GST kepada Malaysia, apa jawapan yang rakyat terima? banyak harga barang akan turun. Apabila diajukan pula persoalan mengenai kos perubatan terkesan atau tidak disbealik pelaksanaan GST? Jawapan menteri…. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam hanya mengatakan kenaikan kos perubatan di Malaysia naik hanya akan berlegar antara 1% dan 2% apabila GST 6% dilaksanakan kelak. Walaubagaimanapun, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Dr Jacob Thomas telah melangungkan amaran dan peringatan kepada rakyat Malaysia supaya bersedia lebih awal dengan kenaikan kos perubatan di hospital swasta Malaysia naik yang akan berlaku kelak iaitu sekurang-kurang 5% atau lebih walaupun kerajaan mengatakan perkhidmatan kesihatan dikecualikan daripada GST. KLIK SINI : GST Malaysia : Kenaikan Harga Barang Naik di Malaysia Hanya 1.8% Sahaja. Ini Jaminan Kerajaan! Berpuas Hati? Punca Kenaikan Kos Perubatan di Hospital Swasta Naik 2015?
Dr Jacob Thomas mengingatkan kerajaan malaysia supaya bercakap benar, menyampaikan fakta yang sahih dan jelas disebalik kesan pelaksanaan GST 6% kepada rakyat Malaysia. Apa kata anda pula? |
[TERBONGKAR] Kisah 40 MP Dilarikan ke Taiwan Itu BENAR! Posted: 16 Dec 2014 01:52 AM PST KELAB GREENBOCMP BN: Lawatan ke Taiwan untuk elak lompat parti Setelah bertahun-tahun dinafikan pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang ahli Parlimen (MP) BN akhirnya mengaku bahawa 40 MP telah dihantar melawat Taiwan sebelum 16 September 2008 untuk menghalang mereka daripada melompat ke Pakatan Rakyat. Semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Timbalan Speaker Parlimen, Datuk Ronald Kiandee berkata lawatan itu bertujuan untuk menghentikan dalang 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendatangi mereka. Peguam Ranjit Singh bertanya sama ada lawatan itu dibuat bagi mengelak Anwar. "Ya," balas Kiandee, yang turut menyertai lawatan itu bersama sembilan rakannya dari Sabah. "Adakah lawatan itu dibuat untuk mengelak 16 September daripada berlaku?" tanya peguam itu lagi. "Ya," kata Kiandee lagi sambil menambah lawatan itu dianjurkan oleh kelab penyokong kerajaan BN. Ranjit mewakili Anwar dalam saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang itu terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. ULASAN GB Jika berjaya dulu, Pakatan Rakyat sudahpun memerintah. Tetapi Allah belum mengzinkannya, dan mungkin Allah tidak mengizinkan PR untuk mencapai kemenangan melalui kaedah yang sedemikian, maka ditangguhkan dahulu kemenangan. Seperti yang selalu GB ungkapkan hukum kkebenaran dan keadilan tetap berjalan. Kini kebenaran terdedah juga. Memang rombongan ke Taiwan itu untuk "melarikan" MP-MP berkenaan daripada melompat parti. Dan hukum kebenaran dan keadilan akan terus nberjalan. PR akan pasti ke Putrajaya satu hari nanti - pada masa dan kaedah yang Dia kehendaki. |
Juruteknik Maybank dipenjara seminggu lesapkan RM 80,850 Posted: 16 Dec 2014 01:47 AM PST ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Seorang bekas juruteknik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank dipenjara seminggu dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mencuri RM80,850 daripada mesin itu. Hakim Nor Sharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Hamdan Abu Hussin, 27, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah hari ini. Hamdan boleh dihukum penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda itu. Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Nor Shahridah berkata mahkamah mengambil kira kepentingan awam walaupun tertuduh tidak mempunyai sabitan lampau. Pada 25 Mac lalu, Hamdan mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan di ruang legar Bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Presint 2, Putrajaya pada 3.20 petang, 7 Mac 2014. Berdasarkan fakta kes, pada 9 Mac 2014 pihak Safeguards menerima maklumat mengenai kehilangan wang anggaran RM80,000 di mesin ATM Maybank di JPN Putrajaya. Pemeriksaan awal di tempat kejadian keesokannya mendapati pintu keselamatan ATM dibuka tanpa menggunakan kunci dan terdapat kesan patah pada 'extra bar' serta kesan calar di bahagian badan serta pintu keselamatan mesin itu. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad. |
Semua negeri PR perlu ada dua timbalan speaker DUN - Exco Selangor Posted: 16 Dec 2014 01:42 AM PST Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. AzharSHAH ALAM: DAP boleh menuntut kerusi Timbalan Speaker 2 DUN Selangor, dengan syarat jawatan itu harus diwujudkan di semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR). Tegas Exco Selangor, Amiruddin Shari, syarat sedemikian perlu dipertimbangkan bagi memastikan keadilan untuk semua pihak. Bagaimanapun katanya, segala ketetapan berhubung isu itu hanya akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) akan datang. "Mereka (DAP) boleh desak, tapi ia akan diputuskan di peringkat PR. "Untuk pelantikan jawatan Timbalan Speaker, jika ia ingin dilakukan, ia perlu menjadi keputusan dasar. "PR Pusat kena buat ketetapan ini sama ada ia perlu atau tidak. Jika perlu, ia akan dilakukan di semua negeri PR. (Namun) Sekarang kita masih menunggu ketetapan itu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Temasya Selangor ke-15 di Shah Alam Convention Centre (SACC) Mall, petang tadi. Amiruddin yang memegang portfolio Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan berterusan DAP yang masih mahukan penambahan jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor, meskipun jawatan itu sudahpun diisi ADUN Bangi daripada PAS, Mohd Shafie Ngah. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa menyampaikan ucapan merasmikan Konvensyen DAP Kebangsaan Ahad lalu berkata DAP sehingga kini menunggu ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dilantik ke jawatan itu. Ia jelas ditujukan kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang turut hadir ke majlis tersebut. Bagaimanapun Azmin dikatakan menggeleng kepala yang kemudiannya disambut gelak ketawa para perwakilan yang hadir. "Masing-masing ada permintaan dan pandangan tersendiri, namun kita akan buat keputusan, termasuk pelantikan jawatan berdasarkan ketetapan PR," ujar Amiruddin yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor. Azmin sebelum ini berkata permintaan DAP itu akan dibincangkan menerusi mesyuarat MPPR. DAP sebelum ini mengejutkan pelbagai pihak apabila tiba-tiba merebut kerusi yang diperuntukkan kepada PAS itu. Ng dalam reaksinya berkata DAP sengaja berbuat demikian sebagai tanda protes terhadap kegagalan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat, sebelum ini. Hadi pula memberitahu beliau mengalami masalah kesihatan sejak akhir-akhir ini. |
A Rahman Hassan & Fadilah Mansor nikah di PWTC 25 Disember ini Posted: 16 Dec 2014 01:38 AM PST ANTARAPOS.COM PETALING JAYA: Majlis akad nikah penyanyi era 60-an iaitu Datuk A Rahman Hassan dengan dramatis Fadilah Mansor bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 Disember ini. Majlis akad nikah akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC kira-kira pukul 8.30 malam. A Rahman atau nama sebenarnya Abd Rahman Hassan, 68, berkata, majlis itu hanya diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja. "Saya minta maaf tidak dapat jemput ramai pada majlis perkahwinan itu nanti kerana tempat terhad kepada ahli keluarga sahaja. Itu pun ada sanak saudara jauh yang tidak dapat dijemput. "Ia hanya majlis sederhana sahaja, saya pun sudah tua untuk buat majlis besar-besar sangat cukup untuk 400 tetamu sahaja," dipetik kepada mStar Online. A Rahman berkata, dia bersyukur majlis tersebut ditaja oleh beberapa pihak termasuk busana pengantin yang bakal digayakan pada malam tersebut. Katanya, pihak lelaki bakal membawa lima dulang hantaran manakala mas kahwin pula sebanyak RM80. "Alhamdulillah ada bebarapa pihak yang ingin menaja saya pada malam itu termasuk baju pengantin, tetapi saya belum buat pilihan ingin pakai yang mana lagi. "Tidak ada tema yang ditetapkan kerana saya lebih suka tetamu datang dengan baju warna-warni kerana nampak lebih meriah," ujarnya. Sementara itu ditanya tentang perasaannya, A Rahman berkata, sebagai seorang yang pernah mendirikan rumah tangga, dia hanya mahu ikatan perkahwinan dengan wanita itu sah dan majlis tersebut berjalan lancar. "Perasaan saya macam biasa sahaja, saya pun tidak tahu nak cakap macam mana. Saya cuma inginkan ikatan kami sah sebagai suami-isteri dan majlis itu berjalan lancar," ujarnya. A Rahman Hassan sebelum ini berkahwin dengan penyanyi kumpulan Orkes Nirwana, Datin Azizah Muhammad, namun wanita itu meninggal dunia pada 26 April 2013 akibat penyakit kanser pangkal rahim. Menerusi perkahwinan terdahulu beliau mempunyai tiga orang anak lelaki termasuklah pelakon Khir Rahman. |
Keputusan mahkamah bersih nama Hadi Posted: 16 Dec 2014 01:33 AM PST Satiful KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Pas Terengganu berharap keputusan mahkamah yang memihak kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mampu membersihkan nama pemimpin parti itu.Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, keputusan mahkamah tersebut membuktikan bahawa dakwaan terhadap Abdul Hadi tidak benar dan menganggap ia sebagai usaha mencalarkan imej Abdul Hadi. "Alhamdulillah, keputusan mahkamah hari ini (semalam) membuktikan dengan jelas bahawa sebenarnya tuan guru yang difitnah," katanya. [ARTIKEL BERKAITAN: Saman fitnah terhadap Hadi ditolak] Sementara itu, seorang aktivis Pas, Hoslan Husin yang mengikuti keputusan mahkamah semalam cukup yakin dengan kemenangan memihak kepada Presiden Pas itu. Menurutnya, kemenangan sudah tentu akan berlaku walaupun diserang hebat dari pelbagai arah, terutama daripada pihak yang tidak memahami uslub dakwah. "Apabila saman berlaku, akan ada menang dan kalah tetapi kita yakin dalam perjuangan Islam ini, ALLAH Taala bagi kemenangan kepada tuan guru presiden walaupun disaman oleh mereka yang duduk dalam PR yang tidak faham sebenarnya," katanya |
Khalil minta Guan Eng hormati hak Pas Posted: 16 Dec 2014 01:32 AM PST Khalil Abdul Hadi KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Pas tidak berganjak dalam perjuangan menegakkan prinsip Islam termasuk pelaksanaan jenayah syariah Islam atau hudud. Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan, kenyataan dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta supaya pelaksanaan hudud tidak dibuat jika PR mentadbir negara adalah bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan secara bersama dengan rakan-rakan PR sebelum ini. Beliau berkata, pelaksanaan hukum jenayah syariah perlu dilihat dalam konteks perlembagaan Malaysia, yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. "Kita memahami Islam sebagai agama Persekutuan, antaranya pelaksanaan hukum jenayah Islam dan syariah Islam secara umumnya. "Jadi, apa yang diambil atau pendirian Pas adalah selari dengan Perlembagaan negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan," katanya kepada media ketika hadir mendengar keputusan berhubung saman yang difailkan terhadap bapanya yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam. Beliau bagaimanapun memberitahu, ia tidak bermakna rakan-rakan PR terutama DAP perlu mengikut Pas, sebaliknya meminta pihak terlibat menghormati hak parti itu. Jelasnya, apa yang disuarakan Pas merupakan pandangan majoriti rakyat negara ini yang beragama Islam dan selari dengan perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Pada masa sama, beliau menjelaskan bahawa syariah Islam bukan sahaja berkait dengan isu hudud semata-mata malah ia mencakupi ruang luas yang turut melibatkan aspek-aspek lain. |
MB nafi Splash diberi layanan istimewa Posted: 16 Dec 2014 01:25 AM PST MALAYSIAKINI Menteri Besar Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri memberi layanan istimewa kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dalam isu perjanjian penstrukturan air di negeri itu. Menurut Azmin, berdasarkan perjanjian asal yang ditandatangan oleh bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Splash mempunyai masa sehingga September tahun depan untuk memuktamadkan perjanjan air di Selangor. Malah, katanya, rundingan antara kerajaan negeri dan Splash juga akan bermula pada awal tahun depan. "Kita telah memuktamadkan perjanjian dengan Puncak Niaga dan SYABAS bulan lepas dan Splash memang ada dalam perjanjian asal. Dalam perjanjian induk, Splash diberi tempoh setahun untuk memuktamadkan perjanjian. "Kita juga akan mulakan rundingan bersama Splash mungkin pada awal tahun 2015," katanya. Beliau mengulas kenyataan Khalid dalam laporan berita portal The Malay Mail Online yang mendakwa kerajaan negeri memberi layanan istimewa kepada Splash kerana syarikat itu masih lagi tidak memuktamadkan perjanjian air pada September lalu. "Tak ada perbincangan dengan Splash. Saya terfikir bagaimana kami boleh dapat angka RM2.8 bilion. Tolak tawaran "Tak benar bahawa ada komitmen daripada kerajaan negeri untuk membayar RN2.8 bilion. Tidak ada perkara itu kerana kita belum mula pun rundingan dengan Splash," katanya lagi. Semasa pemerintahan Khalid sebelum ini, tiga syarikat konsensi air bersetuju dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM9.65 bilion oleh kerajaan Selangor. Bagaimanapun, Splash menolak tawaran itu. Ditanya mengenai dakwaan pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin terhadapnya sebelum ini, timbalan presiden PKR itu hanya berkata beliau hanya mahu fokus membuat kerja sebagai menteri besar. Katanya yang juga MP Gombak, buat masa ini, beliau tidak mahu mempolitikan isu yang melibatkan pentadbirannya. "Saya nak buat kerja. Saya nak jaga kepentingan kamu, rakyat Selangor, bangunkan negeri Selangor. Tidak payah politik. "(Sekarang) nak kerja saja. Dan itu merupakan tanggungjawab yang besar. Saya ada dua tahun lagi sebelum pilihan raya akan datang," kata Azmin. |
Lim bangkitkan 'diam mencurigakan' IGP, menteri Posted: 16 Dec 2014 01:23 AM PST MALAYSIAKINI Ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kenapa ketua polis negara dan menteri dalam negeri sedang "senyap yang mencurigakan" daripada mengulas isu rampasan 31 gita puja daripada paderi Katolik di Johor. "Mereka yang selalu memberi komen segera berkaitan perkara bawah tanggungjawabnya kini senyap yang mencurigakan terhadap isu yang sudah sepuluh hari berlalu," kata Lim. Dalam kenyataannya hari ini, Lim menggesa pihak polis lebih peka dan menghormati sensitiviti agama di negara ini. "Polis mesti ambil pengajaran daripada episod buruk ini dan patut lebih sensitif berhubung hak dan sensitiviti masyarakat plural pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya," kata Lim. Polis Johor sebelum ini berkata telah merujuk kes rampasan 30 kitab Kristian itu kepada timbalan pendakwa raya (DPP). Timbalan CID Johor Dennis Lim mengesahkan bahawa beliau kini menunggu arahan lanjut sama ada ia patut dipulangkan atau sebaliknya. The Malaysian Insider melaporkan bahawa naskhah kitab berjudul Mari Kita Memuji Allah Kita dirampas daripada paderi Cyril Mannayagam pada 5 Disember. |
Militan: Malaysia diuji kali kedua Posted: 16 Dec 2014 01:13 AM PST SINAR HARIAN Najib Tun Razak KUALA LUMPUR - Untuk kali kedua, Malaysia diuji dalam menghapuskan gerakan subversif militan menerusi pendekatan holistik bersama masyarakat antarabangsa menangani ancaman kumpulan IS. Penentangan gerakan subversif pertama negara ialah terhadap pengaruh komunis dalam era 50-an dan 60-an melibatkan Parti Komunis Malaya dan konfrontasi dengan Parti Komunis Indonesia, ketika era kepimpinan Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Kali ini, anakanda Tun Razak, Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib mengharungi cabaran gerakan pengganas dalam era kesalinghubungan digital menentang IS bersama 190 negara di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu. Komitmen Malaysia amat tinggi apabila Dewan Rakyat meluluskan usul Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS' yang dibentangkan di Dewan Rakyat, 26 November lepas. Kertas Putih itu mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Kanun Keseksaan bagi menangani ancaman pengganasan dan militan. Najib berkata kerajaan mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan dan pengganasan yang akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang. IS berasal daripada golongan pelampau berpegang kepada ideologi Salafi-Jihadi yang memperjuangkan penubuhan Daulah Islamiah melalui peperangan serta mengkafirkan pemerintah Islam yang tidak menegakkan hukum syariah. Kumpulan itu memberi tafsiran berbeza terhadap sempadan dan batas-batas jihad apabila mereka menolak definisi jihad sebenar yang berasaskan kepada Al-Quran dan Sunnah. Ini dikatakan membolehkan anggotanya membunuh sesiapa sahaja tanpa mengira orang Islam atau bukan Islam selain menghalalkan tindakan yang lebih agresif dan kemusnahan harta benda walaupun melibatkan hak saudara seagama mereka sendiri. Menurut Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, IS merekrut anggotanya dari seluruh dunia termasuk Malaysia menggunakan media sosial terutama Facebook. IS merekrut anggota baharu dengan menyasarkan golongan pelajar sekolah, penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pekerja swasta dan kerajaan. Sejak Februari tahun lepas, 40 orang ditahan dipercayai terbabit dalam kumpulan itu, manakala lima lagi suspek masih diburu. Antara mereka yang diburu ialah seorang pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), seorang pemilik kedai fotostat dan alat tulis UM dan kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang yang disyaki merancang untuk menyertai kumpulan pengganas di Syria. Sehingga kini, 13 suspek telah didakwa dan daripada itu, 11 orang didakwa di bawah kesalahan berkaitan keganasan Kanun Keseksaan manakala dua orang lagi di bawah Akta Senjata Api. Pada masa sama, sebanyak 15 orang suspek juga masih dalam siasatan polis manakala 12 orang dibebaskan kerana tidak mempunyai bukti kukuh untuk pendakwaan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay. Majlis Fatwa Kebangsaan merumuskan penyertaan umat Islam negara ini dalam militan IS di Iraq dan Syria adalah bertentangan dengan syarak dan kematian mereka tidak dikategorikan sebagai mati syahid. - Bernama |
MP PR dakwa UM sekat kebebasan bersuara Posted: 16 Dec 2014 01:11 AM PST Wakil-wakil Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat menghantar petisyen membantah hukuman yang dikenakan kepada pemimpin pelajar Universiti Malaysia di hadapan Bangunan Canseleri, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim hari ini hadir ke Universiti Malaya (UM) bagi menghantar petisyen membantah hukuman yang dikenakan kepada lapan pelajar UM. Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai mendakwa, pihak UM seolah-olah menyekat kebebasan bersuara pelajar, selain bersikap 'pilih kasih' apabila hanya memberi laluan kepada pemimpin BN untuk berforum dalam universiti. "Petisyen ini dipersetujui oleh ahli Parlimen PR seramai 42 menyerahkan petisyen kepada wakil Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaluddin kerana kami tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Canseleri UM. "Kami mengulangi hakikat bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas lapan pelajar yang terlibat dibuat berlandaskan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) iaitu undang-undang yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan (2011) sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia kerana mencabuli hak kebebasan bersuara rakyat. "Kami ingatkan UM bahawa Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Tun Dr Mahathir Mohamad, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin semua pernah hadir dalam forum bersama pelajar. Nampaknya kehadiran ahli politik bukan asing ke dalam kampus, tetapi asalkan bukan ahli Parlimen PR," katanya di hadapan Canseleri UM pagi ini. Oleh itu, jelas Izzah beliau mendesak sepenuhnya agar tindakan tatatertib yang dikenakan kepada pelajar dalam pendakwaan mereka ditarik balik. "Kami tegaskan permintaan kami supaya pihak pentadbiran UM menarik balik hukuman yang dikenakan terhadap kesemua pelajar UM8 yang terlibat, seraya menggunakan peluang ini sebagai pemangkin ke arah menggalakan kebebasan akademik mahasiswa," katanya. Turut hadir ketika menyerahkan petisyen bantahan tersebut ialah, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Seri Khalid Abd Samad, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Tze Tzin Sim. |
Hudud: Pas berdepan situasi genting Posted: 16 Dec 2014 01:09 AM PST Hassan Harun KOTA BHARU - Veteran Umno Kelantan, Datuk Hassan Harun membayangkan Pas Kelantan akan berdepan situasi genting apabila terpaksa berdepan dengan rakan PR yang tidak menyokong hudud di Parlimen. Menurutnya, Pas kini didakwa semakin terkongkong dengan tindakan sendiri apabila dilihat terpaksa memilih sama ada menjaga kepentingan bersama PR, mahupun meneruskan rancangan melaksanakan hudud tahun depan. "Sebagaimana yang kita tahu, hudud tidak diterima majoriti ahli PR dan sekarang ini hanya bergantung pada Pas. Keadaan ini dilihat mengeruhkan lagi hubungan dalam PR yang sedia ada. "Pas dilihat semakin sedar dengan apa yang berlaku, mungkin sebelum ini dianaktirikan dan tahu kuasa politik mereka (Pas) hanya di Kelantan, malah di Selangor dan Pulau Pinang pun mereka hanya membantu," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berharap PR menyatakan dengan jelas pendirian gabungan ketiga-tiga parti itu tidak akan melaksanakan hudud jika mahu memenangi PRU14. DAP juga sebelum ini menegaskan semua 38 ahli parlimen parti itu telah menyatakan secara terbuka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang mahu dibentangkan Pas di Parlimen nanti. Hassan berkata, permainan politik yang terjadi kepada Pas kini dilihat juga semakin meruncing, tambahan pula kini Pas sendiri memiliki dua cabang sokongan berbeza. "Satu kelompok sokong bersatu dalam PR dan satu kelompok lagi penyokong tegar yang tidak boleh menerima kerjasama Pas dalam PR. "Maka keadaan ini akan menjadikan masalah juga kepada mereka, terpulang kepada Pas bagaimana mereka menstabilkan antara kesatuan bersama PR, ataupun menjaga ahlinya," katanya. |
Posted: 15 Dec 2014 09:10 PM PST Modal Berbayar 1MDB US$1 Juta Tanggung Hutang RM41.9 Bilion. Skandal Terbesar Dana Malaysia? 1MDB Mula Minta Talian Hayat : Sejarah telah membuktikan banyak dana negara diseleweng tanpa rasa bersalah. Duit beli lembu, buat beli kondo. Ada ditempat lain? Tidak sama sekali, hanya di Malaysia. Itu baru dana sejumlah RM250 juta yang diseleweng. Ini.. Ini tanggungan hutang berjumlah RM42 bilion melibatkan kerajaan Malaysia. Begitu banyak kisah yang "tersepit" dan "terselit" dalam skandal 1MD ini. Sudah tiba masanya satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan untuk membuka simpulan itu yang sudah lama diikat rapi oleh kalangan yang berkepentingan. Terkini, ahli bawahan UMNO (Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan) sudah buat laporan, mengapa melenting yang di atas sana termasuk Tengku Adnan Tengku Mansor? Ini pelaburan yang telah melibatkan negara dan kerajaan malaysia, jadi rakyat mesti dan berhak untuk tahu. Sudah elok-elok ada Khazanah Nasional yang menguruskan dana kekayaan negara, ditambah pula dengan beban 1MDB.
Mahu rakyat berdiam lagi…….? Dan Tokoh Wartawan Negara, Datuk Kadir Jasin mendedahkan maklumat yang diperolehinya mengatakan 1MBD sudah mula memohon Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz supaya bersetuju tempoh pinjaman tidak berbayar (NPL) dipanjangkan dari tiga hingga enam bulan. Mentang-mentanglah Najib Razak Menteri Kewangan. Ermmmm….
Skandal 1MDB (Kerajaan) di Malaysia VS Enron (Swasta) di Amerika?Cukuplah dengan skandal yang telah mengemparkan dunia umumnya dan negara kapitalis dunia, Amerika apabila syarikat swasta Enron Corporation "jatuh terduduk" di mana telah tercatat sebagai syarikat yang paling bankrap dalam sejarah Amerika untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua. Bezanya…
Jikalau 1MDB ini hanya syarikat swasta dan bukannya milik kerajaan malaysia, sudah lama LIQUIDATED oleh bank untuk menampung pinjaman sediaada. Jikalau dapat 10 sen daripada RM1 sudah cukup baik berbanding tidak dapat langsung daripada jumlah yang dibuat pinjaman. Masalahnya, 1MDB ini guna duit rakyat, duit pembayar cukai, menggunakan dana negara, terbitan bon dan sukuk. Inilah yang disukai bank-bank di Malaysia. Dapat memberikan pinjaman besar kepada kerajaan Malaysia. Walaupun dipanjangkan tempoh pinjamannya? Tetapi risikonya? Lihat apa yang jadi pada National Feedlot Corporation (NFC). Duit rakyat diberikan kepada keluarga Shahrizat dengan kadar faedah 4%.
Di mana Shahrizat sekarang? Jadi Penasihat Perdana Menteri melibatkan hal ehwal wanita. Tepuk dahi Berita Semasa melihatkan situasi sebegini…. KLIK di bawah ini 2 laporan lengkap Berita Semasa mengenai skandal NFC : Sudah ada Khazanah, mahu tanggung lagi beban dengan menambah satu lagi beban yang bernama 1MDB : Melihatkan sitausi sekarang ini, mahu rakyat menjadi penonton sahaja? P/S : Mentang-mentang duit rakyat. Boleh berbuat sesuka hati? Begitu? |
Hudud: Antara kewajiban dan liabiliti buat Pas Posted: 15 Dec 2014 09:05 PM PST MSO Kerajaan Kelantan tetap berpegang kepada keyakinan azam dan kewajiban agama untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu. Walaupun ada bantahan dan kebimbangan hasrat itu memberi kesan negatif kepada politik Pas, tetapi ia tidak dipedulikan. Pas Kelantan nampaknya lebih percaya usahanya itu merupakan fardyu kifayah memenuhi kehendak Islam dan jika ia tidak dilaksanakan parti agama itu dan ahlinya akan berdosa. Dalam kata lain Pas memberi keutamaan kepada agama menerusi kuasa yang diperolehi daripada politik. Barang kali atas keyakinan apa yang dilaksanakan itu adalah amalan yang akan mendapat imbalan baik maka ia diteruskan juga walaupun berhadapan dengan risiko termasuk Pas akan kehilangan undi di mana-mana kawasan campuran seperti mana dianalisa oleh badan-badan pengkaji bebas dan juga oleh pemerhati politik. Untuk mensukseskan cita-cita lama Pas itu, Dewan Undangan Kelantan akan bersidang 29 Disember ini untuk mengemaskinikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS II) untuk membolehkan ahli Parlimen Pas membawa usul persendirian (private bil) dalam Parlimen mengikut Perkara 76A Perlembagaan Negara. Pas sangat berharap apabila bil persendirian itu diterima untuk dibincang di Parlimen dan diluluskan dengan suara 2/3 Enakmen berkenaan pun dapat dilaksanakan di Kelantan seperti mana dijanjikan kepada rakyat. Melihat kepada keseriusan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud ini ia dibuat bukan bertitik tolak sangat atas tanggungjawab yang sepatutnya lama dilaksanakan itu. Kenapa saya mengatakan begitu, kerana kenapa di era Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat jadi MB, usaha melaksanakan hudud tidak dilakukan seserius hari ini? Alasan digunakan ialah kerana Nik Aziz menerima surat ancaman daripada Mahathir Mohamad. Dan apakah surat atau bentuk ancaman sebegitu tidak ada lagi kini? Memahami realiti itu, kesungguhan Pas Kelantan hendak laksanakan hudud hari ini kerana ianya terdesak dengan keadaan dibuatnya sendiri. Rakyat Kelantan sendiri pun yang faham dengan realiti masyarakat dan implikasi Perlembagaan Negara tidak membuat tuntutan agar hudud dilaksanakan. Saya yakin kalau diadakan referendum di Kelantan untuk memilih antara; hudud, pelabuhan, stadium, lebuh raya, perumahan rakyat, keutamaan kebersihan, tentu hudud akan terletak di nombor akhir. Jadi keperluan untuk melaksanakan hukum hudud bagi mengelakkan ada orang dimakan sumpah sendiri. MB Ahmad Yaakob pernah berkata sekiranya hukum hudud tidak dilaksanakan tahun depan (2015) beliau akan letak jawatan sebagai MB. Exco agama Nasaruddin Daud juga menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan pada tahun 2015. Beliau berani membuat penegasan begitu sedangkan dia sendiri katanya tidak berada dalam jawatankuasa teknikal hudud? Ertinya kalau Ahmad Yaakob melepas jawatan beliau juga kena ikut berkorban sama. Maka Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah mengambil inisiatif mengatur kerjasama dengan Jakim untuk merealisasikan harapan dan cita-cita Pas dan Ahmad Yaakob itu. Apakah usaha Mohd Amar itu hendak mempertahankan kedudukan Ahmad atau pun sebaliknya? Ia sebagai satu helah politik? Mohd Amar juga nampak yakin yang hudud akan dilaksanakan di Kelantan, tetapi beliau masih berlapik tidak mahu menjadikan dirinya sebagai gadaian dan tebusan, dimana beliau tidak berundur kalau pun hudud tidak dapat dilaksanakan. Keadaan ini menyebabkan Ahmad Yaakob telah meletakkan dirinya dalam keadaan tertekan dan menjadi tebusan. Dan sekiranya hukum hudud masih gagal dilaksanakan di Kelantan tahun depan maka MB nya pastilah berubah. Saya bersetuju semua pihak perlu hormat kepada Pas Kelantan atau Pas Malaysia hendak laksnakan hudud sebab itu adalah sebahagian daripada cita-citanya. Sebagai parti agama menjadi keutamaan melaksanakan tuntutan agama. Kerana Pas menyakini hudud adalah tuntutan agama maka ia perlu diusahakan untuk melaksanakannya. Dalam soal hudud ini Pas tidak melihat kepada untung rugi politik. Pas benar-benar mengambil kira berkat dan rahmat daripada Allah apabila hukum itu dilaksanakan. Kalau dikira dari sifir politik Pas akan mengalami suasana negatif dengan cita-citanya itu. Hal inilah yang diambil kira oleh DAP dan PKR yang menjadi rakan kongsi Pas. DAP dan PKR bimbang mereka akan kehilangan undi daripada golongan yang anti hudud apabila Pas tetap dengan pendiriannya. Inilah konflit dan polemik politik Pakatan Rakyat. Perbezaan pendirian dan iltizam perjuangan ini meletakkan Pas dalam isu hudud ini seakan-akan tidak sekata dengan DAP dan PKR. Meneliti kepada perseselisihan ini, menjelaskan bahawa kerjasama dan hubungan Pas dengan DAP khasnya bermasalah dan tidak mustahil hubungan parti itu renggang dalam pilihan raya akan datang. Mungkin kalau isu hudud ini tidak dapat diselesaikan dengan baik, sokongan untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang tidak sehebat sebelum ini. Situasi inilah yang didoa dan ditunggu-tunggu oleh musuh Pakatan. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada sesetengah pemimpin Pas kerana bagi mereka melaksanakan apa yang Tuhan suruh sudah merupakan satu kejayaan walaupun dengan pelaksanaan itu mengalami kerugian. Mereka yakin hudud tidak menjadi isu politik yang merugikan mereka. Mereka percaya pengundi Islam akan bersama mereka. Penyokong di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak memberi kesan kepada Pas. Jadi Pas Kelantan boleh berkeras dengan cita-citanya kerana ia tidak memberi kesan kepada Pas? Tetapi atas semangat kerjasama dan memelihara pengaruh Pas di luar negeri, Pas harus berfikir dua kali. Di sinilah tampaknya tidak ada pengertian politik matang daripada Pas Kelantan. Hal ini bukan sekarang tetapi sejak lama dulu di mana Pas Kelantan sangat ego dengan sejarahnya. Persoalannya apakah Pas Kelantan berfikir untuk Kelantan semata-mata tetapi membiarkan rakan di negeri-negeri lain yang baru didekati pengundi terus diterkam masalah? Di sinilah memerlukan pandangan jauh dan kebijaksanaan dalam politik. Sudah pasti mana-mana calon Pas di luar Kelantan yang mengharapkan sokongan bukan Melayu akan terjejas gara-gara kegilaan Pas Kelantan hendak laksanakan hukum hudud. Dengan menghormati keputusan Pas Kelantan itu, apakah Pas Kelantan mengira hasratnya tercapai. Apakah bil persendirian itu akan mendapat sokongan dan diluluskan oleh parlimen? Pas mungkin sedar akan hakikat kesulitan ini. Untuk membolehkan hudud dilaksanakan, Parlimen kena menerima dan meluluskan bil persendirian bertujuan meminda Perlembagaan dibawa oleh wakil Pas itu. Dan mana-mana perkara melibatkan Perlembagaan sokongan 2/3 diperlu. Apakah Pas merasakan ia akan mendapat sokongan 2/3? Katakan kesemua anggota Umno seramai 88 orang menyokong usul persendirian Pas itu, ia masih lagi belum mencukupi. Bila dicampur dengan anggota Pas seramai 21 baru 109 undi masih tidak sampai 2/3 undi. Sudah pasti wakil daripada DAP dan PKR tidak akan memberi sokongan. Kalau ini berlaku bermakna bil persendirian itu menjadi sia-sia sahaja. Sebab itu saya katakan Pas faham akan masalah ini. Kenapa ia tetap juga mahu bawa ke Parlimen kerana beberapa faktor yang mudah untuk diteka. Pas ingin menunjukkan yang mereka serius dengan hudud walaupun untuk melaksanakan dalam keadaan tidak memiliki kuasa amat mustahil. Dalam kata lain Pas hendak menggambarkan yang diri mereka Islami. Selain itu pengemukaan usul persendirian itu juga sebagai untuk menguji pendirian ahli Parlimen Umno. Apakah mereka akan menentang atau pun menyokong. Bagi Pas, mereka suka kalau tiba-tita ahli Umno menentang kerana tentangan itu akan dijadikan modal politik. Oh, ertinya Pas juga berpolitik dengan hudud? Saya yakin Speaker akan membenarkan usul persendirian itu dibahas pada penghujung sidang bagi mengelakkan kerajaan BN yang ditulangi Umno dianggap dan dicerca Pas sebagai anti Islam. Tetapi saya tidak yakin Parlimen akan menerima dan meluluskan usul berkenaan. Mungkin bagi Pas Kelantan kebenaran oleh Speaker untuk membaca usul itu sudah satu kejayaan. Setidak-tidaknya Ahmad boleh melepaskan dirinya dari kusut sumpah dan janjinya. Natijahnya sama usul itu lulus atau pun tidak, hudud telah menjadi liabiliti kepada politik Pas dalam berangkaian dengan Pakatan Rakyat. Kesimpulannya Pas Kelantan mendapat pahala akhirat tetapi terlepas kemewahan dunia dengan hudud. Dan Ahmad Yaakob tetap kena laksanakan sumpah dan janjinya kalau Dewan menolak usul berkenaan sekiranya ia diterima untuk dibahas. |
DAP perlu lebih berhemah terhadap dasar PAS Posted: 15 Dec 2014 09:02 PM PST Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata dasar-dasar bersama yang boleh dikompromi menjadi sebahagian manifesto bersama dalam pilihan raya umum berasaskan konsep Negara Berkebajikan dan Negara Adil Untuk Semua. Katanya, dalam masa yang sama setiap parti menghormati perbezaan dasar dan perjuangan yang dipegang oleh setiap parti. "Hal ini adalah asas kepada persefahaman PR," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, menegakkan undang-undang jenayah Islam termasuk Hudud adalah sebahagian perjuangan PAS yang tidak boleh ditawar-menawar. Jelasnya, ia telah dikanunkan oleh PAS di Kelantan pada 1993 dan di Terengganu pada 2002 jauh sebelum wujudnya Pakatan Rakyat selepas 2008. Menurutnya lagi, menjadi hak PAS untuk terus memperjuangkan pelaksanaan undang-undang ini di dua negeri majoriti umat Islam Kelantan dan Terengganu dengan pelaksanaannya terhadap penjenayah di kalangan orang Islam sahaja menerusi Mahkamah Syariah melainkan jika penjenayah bukan Islam juga meminta untuk dilaksanakan ke atas mereka atas prinsip perundangan "mutatis mutandis". Justeru, ujar beliau PAS menghormati hak demokrasi untuk DAP berbeza pandangan dan tidak bersetuju. Namun, kata beliau sikap DAP yang secara berterusan mempertikaikan hak PAS untuk memperjuangkan undang-undang itu di negeri Kelantan khususnya sangat tidak baik dan tidak wajar dan ia adalah satu percubaan meretakkan hubungan di kalangan PR. "Ia memberi modal kepada Umno dan Barisan Nasional untuk terus bernafas. Ini adalah siri berangkai beberapa lagi tindakan DAP yang mempertikaikan PAS termasuk dalam krisis MB Selangor," ujarnya. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengharapkan pemimpin DAP lebih berhemah dalam kenyataan-kenyataan mereka khususnya melibatkan dasar PAS. Kata beliau, respons balas daripada pimpinan dan ahli PAS tentu sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam keadaan tersebut. - HARAKAHDAILY |
Jangan bandingkan Umno dengan parti pembangkang - Ismail Kijo Posted: 15 Dec 2014 09:00 PM PST ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Jangan bandingkan Umno dengan mana-mana parti pembangkang, tegas Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo. Ujarnya, Umno sarat dengan pemimpin lama ekoran mereka setia bersama parti sejak dari muda sehingga kini. Berbanding dengan PKR yang sering mendabik dada kononnya mereka memberi peluang dan ruang kepada anak muda membarisi barisan kepimpinan mereka. Bagaimanapun, Ismail mengakui Umno perlu memberi ruang kepada anak muda tetapi bukan dengan cara tergopoh-gapah, yang akhirnya memudaratkan parti. "Pada saya, mereka membandingkan kerana pembangkang mengemukakan golongan muda. Kita kena ingat bahawa PKR adalah sebuah parti baru. Umno dahulu pun semua pemimpinnya muda. "(Tetapi) PKR adalah sebuah parti muda, jadi mereka tiada tokoh-tokoh lama. Berbeza dengan Umno, dan kita tidak pernah menghalang orang-orang muda mengambil alih tempat orang lama," katanya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini. Ismail berkata demikian sebagai mengulas kelantangan rata-rata golongan muda di dalam parti yang mendesak proses peremajaan parti segera dilaksanakan dengan memberi peluang kepada mereka. Malah, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 baru-baru ini berkata Umno perlu mencontohi parti pembangkang, yang memberi ruang kepada anak muda menyertai jawatan-jawatan penting dalam parti. Beliau mengambil contoh Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, yang diberikan peluang sebagai calon DAP untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan. PKR juga turut dibanjiri dengan golongan pelapis antaranya Nurul Izzah (Naib Presiden), Nik Nazmi Nik Ahmad (Ketua AMK PKR), Amiruddin Shaari (ADUN Batu Caves) Rafizi Ramli (Naib Presiden) dan banyak lagi. Sementara itu, dalam memperbaiki gerak kerja Umno dan parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN), Ismail berpendapat perlu ada kesedaran dan kesungguhan dalam memantapkan komitmen dan prestasi masing-masing. "saya mahu Presiden Umno yang juga sebagai komander BN dan yang menentukan hidup mati BN, beliau (Najib) kena panggil semua presiden-presiden parti dan beri garis panduan. "Najib kena ingat, beliau kerja macam mana pun untuk Malaysia, andai kata beliau lupa strategi untuk parti, kerja yang begitu kuat sekalipun tidak akan bermakna untuk BN dan beliau," ujarnya lagi. |
Pelakon berstatus janda ditangkap khalwat Posted: 15 Dec 2014 08:58 PM PST ANTARAPOS.COM SHAH ALAM: Seorang pelakon yang sinonim dengan filem dan drama seram dikatakan ditangkap khalwat dengan suami orang. Portal hiburan Astro Gempak hari ini mendedahkan identiti pelakon tersebut yang merupakan janda anak beranak tiga. Pelakon tersebut didedahkan sebagai Putri Mardiana Zainal Abidin dan pasangannya Shahrizam Abdullah. Kedua-dua mereka dipercayai mula berkenalan sejak setahun yang lalu. Shahrizam yang dikenali dengan nama Ejump mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 tahun. |
'Saya mungkin buat sesuatu yang betul', kata Khairy Jamaluddin Posted: 15 Dec 2014 08:56 PM PST ANTARAPOS.COM PUTRAJAYA: Khairy Jamaluddin berkata banyak kumpulan telah melakukan serangan terhadap dirinya pada masa lalu, justeru adalah tidak penting tentang apa yang ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali fikirkan tentang dirinya. "Saya mungkin telah melakukan sesuatu yang betul apabila dikritik oleh Perkasa dan kumpulan-kumpulan tertentu yang lain," katanya. "Saya dituduh bersifat perkauman seperti, ada yang kata saya terlalu melindungi orang Melayu ketika dalam ucapan saya (baru-baru ini) di Perhimpunan Agung Umno. "Sekarang, Perkasa memanggil saya bangsat kerana saya dikatakan tidak melindungi orang Melayu. "Jadi, apabila ada dua pihak mengkritik saya, saya mungkin melakukan sesuatu yang betul," kata Ketua Pemuda Umno, tidak mahu memperbesarkan serangan Ibrahim terhadap dirinya ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan tahunan kelima Perkasa, Ahad. Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, ditanya oleh pemberita pada Isnin tentang perasaan beliau apabila dipanggil bangsat oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu. "Saya tidak rasa apa-apa. Saya tidak akan berbuat apa-apa. Apa yang dia kata tidak penting kepada saya. "Saya seorang wakil rakyat (wakil rakyat). Dia siapa? " tanya Khairy. Terdahulu, Khairy menyaksikan majlis menandatangani satu siri perjanjian persefahaman yang melibatkan kementeriannya, Kumpulan UEM, Nilai Springs Resort Sdn Bhd dan Nilai Springs Bhd. |
Pencen pesara dibayar awal sempena Krismas Posted: 15 Dec 2014 08:53 PM PST ANTARAPOS.COM PUTRAJAYA: Pembayaran pencen bagi pesara kerajaan akan dibuat awal iaitu pada Rabu ini (17 Disember), sempena perayaan Hari Krismas pada 25 Disember. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pesara yang menerima menerima waran pencen bertarikh 18 Disember hingga 31 Disember boleh menunaikan waran mereka mulai 17 Disember. Bagi penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen di bank yang terlibat mulai 17 Disember, katanya. |
Banjir: 19 orang dipindahkan di Pasir Puteh Posted: 15 Dec 2014 08:51 PM PST ANTARAPOS.COM PASIR PUTEH: Seramai 19 orang daripada empat keluarga di Kampung Tok Kundur, Bukit Awang di sini dipindahkan ke pusat pemindahan malam tadi berikutan banjir selepas hujan lebat sejak dua hari lalu. Portal rasmi banjir negeri Kelantan menyatakan penduduk terbabit, yang terdiri daripada tujuh dewasa dan 12 kanak-kanak, ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja di sini pada 8 malam tadi. Kawasan kediaman mereka dinaiki air sedalam 1.5 meter akibat limpahan air dari Sungai Petai di sini. Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pasir Puteh, Ramlan Ros Wahid ketika ditemui pemberita di sini berkata seramai lapan orang dari sebuah keluarga di kampung berkenaan enggan berpindah walaupun kawasan rumah mereka dinaiki air. Mereka memberi alasan akan menggunakan perahu sendiri jika mahu berpindah, katanya. - BERNAMA |
Ahli PAS Diberi Amaran Tidak Terlibat Dengan PasMa Posted: 15 Dec 2014 08:20 PM PST RAKYATNEWS KUALA LUMPUR - Mesyuarat PAS Pusat Ahad lepas membuat keputusan menasihatkan pimpinan PAS di semua peringkat tidak melibatkan diri dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang kini menjadi kumpulan pendesak dalam parti Islam itu. Keputusan itu disampaikan kepada semua pemimpin PAS melalui satu pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Agung PAS dan ditandatangani Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Bagaimanapun pekeliling bertarikh 15 Disember itu tidak menyatakan sebarang tindakan atau amaran yang akan diambil jika mana-mana pemimpinnya melanggar nasihat itu. "Ia dibuat demi memelihara keutuhan dan perpaduan parti," kata pekeliling yang ditujukan kepada semua setiausaha perhubungan negeri dan Wilayah Persekutuan itu. Dalam pekeliling yang sama dimaklumkan Jawatankuasa PAS Pusat akan terus memantau kegiatan PasMa dari masa ke semasa. Selain PasMa, PAS juga memerhatikan satu lagi badan bukan kerajaan (NGO) dalam PAS iaitu Geng Ustaz (GU) yang dianggap bertentangan dengan PasMa. "Jawatankuasa khas yang dipengerusikan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub akan mengadakan pertemuan dengan sebuah NGO iaitu Geng Ustaz bagi tujuan dan maksud yang sama," kata pekeliling itu. Pada 24 November lalu, Salahudin dan Ahli Majlis Syura Ulama Idris Ahmad mengadakan pertemuan dengan pemimpin PasMa. Dalam pertemuan itu, mereka bertukar-tukar fikiran dan laporan dibuat oleh Salahudin kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 14 Disember lepas. PasMa yang dipengerusikan Adun PAS Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan untuk menjadi pelobi agar PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat ekoran hubungan kurang baik antara sesetengah pimpinan PAS dengan PR khasnya selepas krisis pertukaran menteri besar Selangor. Untuk tujuan itu, mereka mengadakan program ke seluruh negara yang turut melibatkan pimpinan PAS. Program terakhir di Kulim 12 Disember lalu yang turut melibatkan Adun PAS Selangor yang digantung Saari Sungib. Turut serta dalam majlis dialog itu adalah Phahrolrazi dan Setiausaha Agung PasMa Mohd Taib Ahmad. "Inilah antara dialog Pasma paling 'panas' yang pernah saya sertai," tulis seorang pemimpin PasMa Zokarnain Abidin melalui Facebooknya. |
Mangsa Banjir Terengganu Meningkat Kepada 1,673 Orang Posted: 15 Dec 2014 08:18 PM PST RAKYATNEWS KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1,673 orang daripada 424 keluarga pagi Selasa berbanding 480 orang malam Isnin. Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu menyatakan sehingga 9 pagi Selasa, kesemua mangsa itu ditempatkan di 23 pusat pemindahan di enam daerah. Setakat ini, hanya daerah Dungun belum dilanda banjir. Marang mencatat mangsa pemindahan paling ramai iaitu seramai 646 orang daripada 163 keluarga diikuti Kemaman 519 orang (122 keluarga), Setiu 416 orang (114 keluarga). Lain-lain daerah iaitu Besut 16 orang (tiga keluarga), Hulu Terengganu 54 orang (18 keluarga) dan Kuala Terengganu 22 orang (lima keluarga). Sebanyak 23 pusat pemindahan termasuk masjid, balai raya, dewan sivik, rumah pegawai ladang, bangunan sekolah dan surau dibuka iaitu tiga di Marang, Kemaman (sembilan), Setiu (tujuh), Hulu Terengganu (dua) dan masing-masing satu dibuka di Kuala Terengganu dan Besut. Sementara itu, keadaan cuaca di bandar ini mendung dan hujan sekali sekala. |
MP Taiwan dedah bilik 'rahsia' MP BN Posted: 15 Dec 2014 08:07 PM PST MALAYSIAKINI Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau didekati oleh bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada 2008 untuk memujuknya melompat parti kepada pembangkang. Ini termasuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Puad berkata Saifuddin (kiri) menghubunginya di bilik hotel di Taiwan kira-kira jam 2 pagi, yang mana beliau turut tinggal di situ, di samping 30 lagi anggota parlimen BN. Puad berkata beliau bertanya bagaimana pemimpin PKR itu mengetahui biliknya kerana hotel diminta merahsiakannya. Saifuddin menjawab, kata Puad, beliau mendapat bantuan daripada anggota parlimen Taiwan. Puad memberi keterangan dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan Anwar terhadap Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman. Anifah bagaimanapun berkata beliau memberitahu Saifuddin bahawa beliau setia dengan BN dan tidak dapat dipengaruhi |
'Sidang DUN hudud alih isu 1MDB' Posted: 15 Dec 2014 08:04 PM PST MALAYSIAKINI Adakah langkah 'mengejut' untuk mengadakan sidang khas DUN mengenai hudud oleh kerajaan PAS Kelantan adalah usaha untuk mengalih skandal 1MDB? Soalan itu ditimbulkan oleh ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya. Dalam kenyataannya, beliau merujuk jadual sidang khas itu yang ditetapkan oleh kerajaan negeri pada 29 Disember ini berhubung pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di negeri itu. "Saya merujuk kepada langkah kerajaan PAS Kelantan yang memanggil sidang khas DUN untuk membentangkan pindaan berkaitan pelaksanaan undang-undang hudud. "Langkah itu secara tiba-tiba diumumkan dalam sidang media pada Ahad oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob. "Ini aneh kerana pengumuman itu dibuat sewaktu Umno dan BN ditekan hebat berhubung skandal 1MDB. "Kenapa begitu mendadak? Dan mengapa perlu mengadakan sidang khas untuk menguruskan perkara ini?" soal Latheefa (atas). |
Rakyat Malaysia semuanya baik hati, sanggup bayar semua kerugian skandal pemimpin-pemimpin mereka Posted: 15 Dec 2014 03:58 PM PST Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan sebagai sebuah negara yang unik ia banyak perbezaannya dengan banyak negara dan wilayah yang berkerajaan lain di dunia ini. Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan telah merdeka sejak tahun 1957 lagi. Kini sudah 58 tahu kita merdeka dan dalam jangka masa yang agak panjang ini dunia dapat memahami keunikan yang ada kepada kita. Diantara keunikan yang jelas terlihat ialah rakyat negara ini adalah rakyat yang baik hati yang kadangkala dianggap sebagai rakyat yang lesu dan tidak bermaya. Mereka tidak mudah merasakan apa-apa yang dilakukan terhadap mereka walaupun banyak perkarqa yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Rakyat negara ini adalah rakyat yang boleh diperlakukan apa sahaja oleh pihak yang memerintah mereka. Mereka adalah rakyat yang pemaaf sifatnya. Walaupun berbagai-bagai skandal terhadap kewangan dan harta benda negara yang mereka punyai ini, yang memimpin mereka tetap berada ditampok kuasa tanpa banyak masalah. Skandal kewangan yang dalam jumlah berpuluh-puluh billion jumlahnya boleh dilakukan oleh kerajaan yang memimpin mereka. mereka tetap tidak merasai apa-apa kerana mumngkin mereka mendapatkan negara merdeka mereka tanpa banyak pertumpahan darah dan mendapatnya dengan begitu senang secara 'comparative' nya dengan negara-negara lain yang mendapatkan kemerdekaan mereka. Jika skandal seperti yang berlaku dinegara ini berlaku di negara Jepun misalnya, kerajaan kita sudah sepatutnya bertukar tangan puluhan kali sejak merdeka. Negara Jepun pernah menukar Perdana Menterinya dua kali dalam setahun. Pertukaran itu terjadi hanya kerana kesilapan yang dianggap jauh lebih kecil berbanding dengan apa yang berlaku dinegara kita. Negara itu tetap utuh walaupun Perdana Menterinya bertukar ganti dalam jangka masa yang singkat. Kerajaannya tetap berjalan kerana kerajaan dipandu oleh sistem yang baik dan bukannya oleh individu pemimpin yang boleh melakukan segala-galanya mengikut 'whim and fancies'mereka. Dinegara kita telah berlaku banyak kali kes pembunuhan yang tidak ada 'criminal'nya. Pembunuhan itu berlaku seolah-olah berlaku tanpa pembunuhnya. Pada pertengah tahun lapan puluhan dahulu saya mengenali seorang wanita yang dibunuhnya dan sampai kehari ini tidak tahu siapa yang membunuhnya. Mustakizah yang saya kenali dibunuh dan dalam proses siasatannya semua mereka yang dianggap sebagai saksi yang mersik telah sama-sama mati seorang demi seorang juga dengan pembunuhan. Altantuya, gadis Monggolia mati dan jasadnya dihancurkan dengan menggunakan bom C4 dengan niat untuk menghilangkan bukti pembunuhan itu, tetapi sampai kehari ini tidak tahu siapa yang membuatkan dua orang anggota keselamatan kita membunuhnya. Di mahkamah tidak pernah disoal dua anggota keselamatan itu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu. Pendeknya tidak ada usaha untuk mencari dan mengenal pasti motif pembunuhan itu. Semuanya ini dilakukan dihadapan mata dan kepala rakyat dan rakyat hidup seperti sedia kala tanpa merasakan rasa bersalah membiarkan keadaan sebegini berlaku. Skandal pembunuhan ini diiringi oleh begitu banyak skandal kewangan dan jenayah yang besar yang tidak pernah berlaku di negara lain yang pemimpinnya masih kekal ditampuk kuasa. 1MDB sudah nyata begitu meragukan ketelusan cara pengendaliannya. Hutang yang hampir RM40 billion itu merupakan skandal yang terbesar bukan sahaja dalam sejarah negara tertapi juga dalam sejarah dunia modern ini. Ia lebih besar dari sejarah kerugian RM36 billion yang dialami oleh negara dalam 'business' yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pertukaran wang asing pada tahun sembilan puluhan dahulu. Dengan berlakunya skandal yang berskala puluhan billion ringgit ini maka kerugian dalam isu Maminco dahulu yang melibatkan kerugian RM600 juta itu sudah dianggap kerugian yang kecil ibarat sekecil tahi kuku sahaja kepada negara dan pemimpinnya. Banyak lagi kerugian yang disengajakan dilakukan yang melibatkan ratusan juta berlaku tetapi pimpinan tetap selamat berada ditanpuk kuasa tanpa masalah tanpa sesiapa yang mengambil 'accountability' terhadap kejadian yang mengerikan itu. Ratusan billion ringgit wang dan harta rakyat telah hilang 'dilongkang' kerana kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan 'accountable'.. Tetapi oleh kerana rakyat begitu pemaaf maka perkara seperti ini berulang-ulang berlaku kerana kebaikan dan sifat pemaaf rakyat itu diambil sebagai kelemahan oleh pemimpin-pemimpin kita yang serong hati dan jiwanya itu. Perlakuan yang menjijikan itu dilakukan tanpa segan dan silu seolah-olah tidak ada undang-undang atau syariat agama yang melarangnya. Sudah menjadi budaya yang setiap pemimpin apabila berada dipesada kuasa 'mencari duit luar' melalui jawatan dan kuasa yang dipegang mereka itu sudah menjadi sebati dalam jiwa mereka. Budaya 'Mencari duit luar' ini sudah menjadi amalan yang dihalakan. Inilah yang menyebabkan pemimpin kita tidak dapat membuat keputusan yang betul walaupun dasar yang baik itu jelas wujud. Mengimplementasikan dasar yang baik itulah yang menjadi masalah kerana kepentingan 'duit luar' mereka itu mengganggu daya pertimbangan mereka dalam membuat keputusan yang betul. Keadaan sekarang sudah terlalu lama di tanggung oleh rakyat dan rakyat juga ada had kesabaran mereka. Situasi buruk ini sekarang sudah sampai ketahap yang tidak boleh diubatkan lagi, maka rakyat wajar membuat keputusan dan tindakan yang sepatuitnya mereka lakukan sejak lama dahulu. UMNO perlukan perubahan yang drastik0 kerana jika parti itu masih membiarkan 'set' pimpinan yang ada sekarang masih berkeliaran di Putrajaya itu maka riwayat parti pemerintah sekarang tidak akan boleh bertahan lagi. Selepas ini rakyat mahu UMNO yang dipimpin oleh 'set' yang baru atau memilih parti-parti alternatif yang boleh diyakini untuk mentadbir negara dengan wajar dan bertimbang rasa terhadap rakyat. Ini sahajlah pilihan yang ada kepada pemimpin UMNO jika mereka benar-benar mahu melihat UMNO itu terus relevan. Yang UMNO masih boleh berada di Putrajaya sekarang ini hanyalah perasaan curiga dan was-was terhadap kemampuan pembangkang kerana diantara mereka masih bercelaru seperti yang kit baca dan dengar melalui media-media masa sekarang ini. Rakyat pun tidak mahu menggantikan dengan pihak yang akan menyumbang nasib yang sama kepada mereka. Pembangkang perlu menguatkan iltizam dan benar-benar melaksanakan apa yang mereka laungkan, bukan setakat beretorik dengan isu-isu yang lama dan basi sahaja. Jika perjuangan mereka melaungkan keperbilangan kaum, perlaksanaannya perlu 'real' dan bukan hanya tipu helah dan muslihat yang mengelirukan ramai semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan menangguk di air yang keruh. Tetapi jika UMNO dapat melakukan perubahan drastic sekarang ini maka ia merupakan keadaan yang sangat berfaedah kepada rakyat. Perubahan dan transformasi itu pun perlu benar dan real, bukan setakat berucap dengan gegaran suara yang lantang seperti halalintar yang kuat sahaja. Rakyat sudah kenyang dengan tipu muslihat dan janji kosong semua pihak selama ini. Kali ini siapa yang boleh berubah dahulu dengan 'real' mereka lah yang selayaknya mentadbir negara yang telah terabai sejak dua tiga dekad yang lalu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan