Ahad, 14 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Guru maut ketika sertai konvoi

Posted: 14 Dec 2014 04:09 AM PST


Toyota Hilux yang melanggar mangsa kelmarin. Toyota Hilux yang melanggar mangsa kelmarin.
 
 
KOTA BHARU - Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya dirempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa Khairul Zaimi Zakaria, 42, terpelanting sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala. Manakala pemandu Toyota Hilux berkenaan mengalami kecederaan ringan akibat pelanggaran itu.

Dipercayai mangsa dalam perjalanan dari Pasir Hor ke Rantau Panjang menyertai konvoi bermotosikal bersama beberapa rakannya.

Apabila sampai di lampu isyarat berhampiran Perodua Tunjung, mangsa yang berada di hadapan sekali dari konvoi itu memberhentikan motosikal selepas isyarat lampu merah.

Ketika lampu bertukar hijau, secara tiba-tiba muncul sebuah Toyota Hilux dari arah Kuala Krai Ke Kota Bharu lalu melanggar mangsa yang kebetulan berada di bahagian hadapan dan mangsa gagal mengelak.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan susulan.

"Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.45 petang akibat pendarahan teruk di kepala dan mayatnya dihantar ke unit forensik HRPZ II untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk urusan pengebumian.

"Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan terhadap kes ini masih diteruskan dan meminta jika orang ramai melihat kejadian itu boleh laporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut," katanya.

Premis urut, spa diserbu

Posted: 14 Dec 2014 04:05 AM PST


Antara wanita warga asing yang ditahan di sebuah spa di Cheras. Antara wanita warga asing yang ditahan di sebuah spa di Cheras.
 
 
PETALING JAYA - Sebuah premis urut di Sunway Mentari, di sini, dipercayai menawarkan khidmat seks dengan menyajikan tayangan video lucah, diserbu sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, kelmarin.

Menurut sumber, tiga pelanggan sedang leka dilayan tukang urut warga asing ketika serbuan dilakukan.

"Kesemua tukang urut itu cuba meloloskan diri setelah menyedari kehadirananggota polis, namun gagal.

"Lapan wanita warga Vietnam tiada dokumen perjalanan diri dan permit kerja," katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati premis tersebut tiada lesen perniagaan. "Kita turut merampas kondom, tuala, minyak urut dan duit," katanya.

Kesemua yang ditangkap, berusia 20 hingga 23 tahun, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakanlanjut. Dalam serbuan berasingan, 22 wanita warga asing yang dipercayai menawarkan khidmat seks di sebuah premis spa di Cheras, ditahan oleh sepasukan anggota D7 Bukit Aman, dalam serbuan.

Ketua operasi, Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais berkata, spa itu dilengkapi pusat hiburan.

"Kita menahan 13 wanita warga Vietnam, empat China, tiga Indonesia dan dua Thailand yang berusia 18 hingga 32 tahun," katanya.

Muhammad berkata, pihaknya percaya kesemua wanita warga asing itu dibekalkan oleh ejen.
Harga pakej seks yang ditawarkan adalah antara RM160 dan RM190.

"Seorang pelanggan yang sedang melakukan seks turut ditahan bagi membantu siasatan, manakala seorang lagi lelaki dipercayai bapa ayam turut ditangkap.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk tindakanlanjut," katanya.

IPF terus mohon jadi parti komponen BN

Posted: 14 Dec 2014 04:03 AM PST

SINAR HARIAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada perasmian Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) kali ke-22 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, hari ini. - Foto Bernama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada perasmian Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) kali ke-22 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, hari ini. - Foto Bernama
 
 

SERDANG - Keinginan Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) untuk menganggotai Barisan Nasional (BN) merupakan antara permintaan yang dikemukakan parti itu pada perhimpunan agung kali ke-22 hari ini.

Presiden IPF Datuk M. Sambanthan berkata ini adalah kerana, kemasukan IPF sebagai parti komponen BN dapat menguatkan lagi kepercayaan masyarakat India terhadap BN.

"Perjuangan kita hampir 25 tahun dan sehingga kini IPF masih memohon supaya dapat menjadi parti komponen BN.

"Saya janji kalau IPF diterima sebagai parti komponen BN, IPF bersama Friends of BN akan bawa 85 peratus pengundi (India) kepada BN", katanya semasa ucapan dasar pada perhimpunan yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini.

Majlis berkenaan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN.

Permintaan lain termasuk jawatan senator, melantik pengerusi IPF setiap negeri sebagai pengarah di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta melantik ketua di setiap bahagian menjadi ahli majlis daerah.

Selain itu, Sambanthan turut memohon peruntukan kerajaan untuk menjalankan program tertentu serta membina rumah kos rendah untuk masyarakat India. - Bernama

Hadi wakilkan Hatta bukan kerana krisis

Posted: 14 Dec 2014 04:01 AM PST


Dr Mohd Hatta Mohd Ramli Dr Mohd Hatta Mohd Ramli
 
 
SUBANG JAYA - Ketidakhadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Konvensyen Nasional DAP 2014 terjawab apabila beliau sebenarnya sedang mempengerusikan mesyuarat AJK Pas Pusat, hari ini.
 
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli yang mewakili parti itu bagaimanapun berkata tiada sebarang krisis atau salah faham pemimpin Pas itu dan kehadirannya itu mewakili sejuta ahli Pas.
 
"Hari ini dia (Hadi) mempengerusikan mesyuarat AJK Pas Pusat yang sedang di Pejabat Agung Pas Pusat. Saya mewakili Dewan Harian Pas Pusat datang ke mari, kepimpinan kita sedang bermesyuarat, ia adalah jadual mesyuarat tetap.
 
"Tiada (krisis),  saya rasa kehadiran saya ini mewakili keseluruhan jawatankuasa Pas Pusat dan sejuta ahli Pas," katanya kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen Nasional DAP di One City, di sini, hari ini.
 
Persoalan itu timbul apabila PKR dihadiri sendiri oleh bosnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali berbanding Pas yang hanya diwakili oleh AJK Pas Pusat sahaja.
 
Sebelum ini juga, Hadi acap kali dikritik khususnya pemimpin DAP kerana kerap kali tidak menghadiri ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR.
 
Malah isu ketidakhadiran itu turut mendapat perhatian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan pemimpin utama Pas itu akan hadir dalam mesyuarat badan itu pada masa akan datang.
 
Mengulas lanjut, Mohd Hatta juga mengakui dirinya berasa kerdil kerana rakan sekutunya, PKR menghantar orang nombor satu dan dua berbanding beliau sendiri.
 
"Saya berada kecil saja bila tengok Presiden PKR dan Timbalannya hadir pada persidangan DAP hari ini," katanya lagi.

MB harap ketua pembangkang diputuskan sebelum Mac

Posted: 14 Dec 2014 03:58 AM PST

SINAR HARIAN

Azmin Ali Azmin Ali
 
 
SHAH ALAM - Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berharap jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor yang baharu diputuskan selewat-lewatnya sebelum persidangan dewan dijadual Mac tahun depan.
 
Mohamed Azmin berkata jawatan Ketua Pembangkang sewajarnya diisi segera memandangkan jawatan itu mempunyai tugas penting semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan negeri.  
 
 
"Adalah penting bagi BN membuat keputusan tepat (mengenai jawatan ketua pembangkang) demi kepentingan rakyat Selangor. 
 
"Kami dari PR mahu perkara mengenai jawatan ini diberi perhatian serius bagi memastikan demokrasi terus subur di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Kembali ke Sekolah' di sini hari ini. 
 
Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR mengulas peletakan jawatan Adun Sungai Burong dari BN Datuk Mohd Shamsuddin Lias sebagai ketua pembangkang Selangor. 
 
Ini berikutan keengganannya menerima pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor sebagaimana menurut peraturan tetap Dun Selangor yang baru dipinda.- Bernama
 
 

Umno Pulau Pinang kuat mengampu

Posted: 14 Dec 2014 03:49 AM PST

MSO

 
Mungkin orang berfikir secara profesional dan standard berasa pelih dan anih dengan sikap Umno Pulau Pinang berhubung laporan polis dibuat oleh seorang pimpinan Umno bahagian negeri itu terhadap 1MDB.

Umno Pulau Pinang marah-marah dengan laporan polis itu dan menyifatkan ia dibuat tanpa persetujuan Umno negeri berkenaan. Sepatutnya Umno Pulau Pinang kalau tidak tergamak dan kecut perut untuk membuat laporan polis, tetapi menyokong laporan polis oleh pemimpin bahagian berkenaan.

Laporan terhadap 1MDB bukan apa-apa hanya meminta polis menyiasat kedudukan syarikat pelabor luar negara itu yang berdepan dengan masalah pulang itu seperti mana yang didedah dan didakwa oleh pihak Pakatan Rakyat hari ini. Perkembangan dan masalah dalam 1MDB perlu diketahui oleh rakyat sebab pelaboran dibuat ia melibatkan setiap sen wang rakyat.

Siasatan itu untuk menjelaskan kedudukan dan situasi sebenar. Seperti mana kata pemimpin yang membuat laporan itu dia tidak mengheret Umno dalam laporan polis itu tetapi mahu syarikat 1MDB disiasat, dan syarikat itu tidak pun ada kena mengena dengan Umno.

Jadi untuk apa Umno Pulau Pinang menjadi takut tidak tentu fasal. Inilah yang dikatakan kalau kuat sangat mengampu hingga terlupa dan tidak nampak apakah yang diampu itu benar atau pun tidak. Sikap yang diambil oleh Umno Pulau Pinang itulah antara faktor mengapa Umno menjadi makin mundur dan dilihat bukan sebuah parti yang progresif dan makin hilang kepercayaan. Pendirian Umno Pulau Pinang itu seolah-olah menudung kebusukan.

Hendaknya jangan pula pendirian Umno Pulau Pinang itu diambil sama oleh Umno negeri-negeri lain. Umno sebagai parti yang diharap membela rakyat dan negara sepatutnya bukan sahaja sedia menyokong tindakan pemimpin Umno bahagian itu tetapi membuat seberapa banyak laporan polis mengenai kepincangan baik dalam kerajaan atau parti itu sendiri.

Yang jelasnya mereka yang sayang agar isu 1MDB itu didedahkan adalah mereka yang ada kepentingan atau pun kerana terranggah budi dengan si pelaku dalam 1MDB itu.

Elak 'chauvanis', AGM DAP cakap Melayu

Posted: 14 Dec 2014 03:42 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, perbahasan dalam persidangan tahunan parti itu hari ini menunjukkan bahawa pemimpin mereka daripada sekolah vernakular dapat berbahasa Melayu lebih baik berbanding Umno.

Katanya, parti itu hari ini menggalakkan ucapan menggunakan bahasa Melayu dan ramai menyahutnya.

"Umno kata budak Tionghua, India di SJKC, SJKC tak boleh bahasa Melayu, tak fasih.

"Ramai perwakilan hari ini dari SJKC dan SJKT tetapi bahasa Melayu mereka lebih fasih (daripada Umno).

"(Perwakilan) Wong Ka Woh (contohnya) daripada sekolah rendah Cina tetapi BM dia lebih bijak," katanya.

Loke dalam ucapan penggulungannya berkata, DAP hari ini menggalakkan perwakilan menggunakan bahasa kebangsaan.

Beliau mengakui DAP digelar 'chauvanis' Cina kerana menggunakan bahasa Mandarin dalam mesyuarat tahunan sebelum ini.

Sementara itu, Loke juga berkata, terdapat anggota veteran dalam parti itu yang berumur lebih daripada 80 tahun mengadu tidak faham "90 peratus" ucapan hari ini.

Justeru pada masa akan datang, kata Loke, mereka akan memberikan bantuan penterjemahan untuk golongan itu.

Polis buka kertas siasatan ke atas Guan Eng

Posted: 14 Dec 2014 03:33 AM PST

 
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan biar polis jalankan siasatan. Mungkin kami akan panggil beberapa pihak untuk bantu siasatan.
POLIS PDRM


GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan beragama Islam di negeri ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata siasatan dijalankan di bawah Kertas Enkuari Polis (KEP) selepas pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kenyataan berkenaan semalam, lapor Bernama.

"Ya memang polis ada terima satu laporan berkenaan kenyataan ketua menteri (Lim) dan setakat ini kami hanya menerima satu laporan polis, kami telah pun membuka kertas siasatan di bawah KEP.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan biar polis jalankan siasatan. Mungkin kami akan panggil beberapa pihak untuk bantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan Operasi Pencegahan Jenayah peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, pada awal pagi di sini.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Bukit Mertajam membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di Bandar Perda dekat sini berhubung kenyataan Lim kerana mendakwa ia merupakan satu campur tangan ketua menteri dalam hal ehwal agama Islam.

Lim, seperti dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Ketua Menteri dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

DAP Pinda Perlembagaan Parti Bagi Hadapi PRU14

Posted: 14 Dec 2014 03:24 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Guan Eng menyampaikan ucapan dasarnya semasa merasmikan Konvensyen Kebangsaan DAP 2014, Ahad. Foto: AZMAN GHANI/The Star
 
 
 
KUALA LUMPUR: Konvensyen Kebangsaan DAP 2014 meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti, termasuk untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan parti kepada 30 peratus pada Ahad.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapan penggulungannya pada Persidangan Kebangsaan DAP 2014 berkata pindaan adalah penting, bagi mengiktiraf peranan yang semakin meningkat oleh wanita masa kini.

Beliau berkata ini juga penting terutama untuk meraih undi wanita pada pilihan raya umum akan datang.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan parti, persidangan ini juga meminda perlembagaan parti untuk meningkatkan bilangan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kepada 30 orang daripada 20 orang sekarang.

Ia juga meluluskan cadangan bagi penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan dalam parti kepada 30 peratus untuk memastikan bahawa sekurang-kurangnya sembilan daripada 30 anggota CEC yang dipilih adalah wanita.

Pindaan itu juga menyaksikan perwakilan bersetuju untuk mengehadkan tempoh menyandang jawatan pengerusi negeri kepada tiga penggal atau sembilan tahun.

"Had tempoh selama tiga penggal untuk pengerusi negeri adalah langkah untuk memastikan pembaharuan yang berterusan dan menyuntik nafas baru kepada pemimpin parti di peringkat negeri," kata Lim dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan persidangan itu di Subang Jaya.

Ia juga melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Negeri daripada dua tahun kepada tiga tahun, untuk selaras dengan CEC, manakala tempoh bagi Jawatankuasa Cawangan akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada dua tahun.

Jawatankuasa Perhubungan parlimen parti dirombak dengan tujuan untuk mempersiapkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum.

Konvensyen itu dengan tema 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'berlangsung sehari.   

Dalam pada itu, konvensyen meluluskan sembilan resolusi merangkumi 32 perkara termasuk menolak cadangan melaksanakan hukum Hudud. 

Resolusi berkenaan yang diumum anggota Dewan Undangan Negeri Subang JayaHannah Yeoh dan diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan itu menolak pelaksanaan hukum Hudud sebagai sistem perundangan sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan.  

Parti itu menyokong reformasi terhadap sistem pendidikan negara dan mahu pendidikan berbahasa ibunda sebagai satu kekuatan dengan mengiktiraf peperiksaan United Examination Certificate (UEC).-BERNAMA

Chun Wai talam dua muka – Zam

Posted: 14 Dec 2014 03:05 AM PST

 
Lebih hebat lagi apabila Wong mengisytiharkan dirinya dalam akhbar The Sunday Star sebagai mewakili rakyat Malaysia yang menentang politik membenci, kaki buli, rasis dan pelampau.
tan-sri-zainuddin-maidin


PETALING JAYA : Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengecam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai yang disifatkan sebagai talam dua muka kepada orang Melayu.

Beliau berkata, di sebalik kesederhanaan yang dicanang melalui akhbar yang dipimpinnya, bekas Ketua Pengarang The Star gagal mengkritik tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bercakap mengatasi kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, Chun Wai akan segera menyerang Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang disifatkan sebagai pelampau kerana "CEO Star tetap tidak mempedulikan sentiviti umat Islam dalam perkara ini walaupun beliau sendiri telah mendengar penjelasan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengenai pengharaman pengedaran Bible dan perkataan Allah."

"Maka itu beliau tidak merasa perlu untuk mengkitik Guan Eng malah tidak membesarkan berita ini kerana hendak melindungi Guan Eng tetapi jika sesuatu yang bersifat sensitif kepada bukan Melayu beliau akan mamanipulasi dan mengeksploitasinya habis-habisan," katanya dalam entri terbarunya www.zamkata.blogspot.com

Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan mempersoalkan kenapa CEO The Star itu tidak bersikap seimbang dan hanya nampak kepentingan kebebasan yang bukan hak kepada bukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan dan tidak hak orang Islam yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lebih dikenali dengan panggilan Zam, beliau berkata, CEO The Star itu sedang tenggelam dalam keseronokan dan keegoaan Hero of Moderation ala The Star sehingga terlupa bahawa perbuatnnya itu mirip sokongan kepada cita-cita DAP dan memudaratkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurutnya, keceluparan Guan tidak dapat dirasakan oleh Chun Wai sebagai seorang Cina Kristian, tetapi amat dirasakan terhina dan tercabar oleh orang Islam di negara ini yang menganggapnya sebagai suatu hasutan untuk penderhakaan.

Beliau memberitahu, lebih hebat lagi apabila Wong mengisytiharkan dirinya dalam akhbar The Sunday Star sebagai mewakili rakyat Malaysia yang menentang politik membenci, kaki buli, rasis dan pelampau yang seolah-olah orang Melayu tidak nampak wajah talam dua mukanya.

"Percayalah dia (Wong) tidak boleh hidup dengan muka ini selamanya kerana rakyat Malaysia yang anti-perkauman dan anti-ultra liberalisme lebih besar dari kumpulan 'moderation ala The Star' yang cuba menggambarkan diri mereka lebih besar dan lebih penting dari yang sebenarnya.

Katanya, seluruh orang Melayu dan ahli UMNO harus sedar apa yang dilakukan oleh akhbar The Star yang banyak mendatangkan masalah kepada perjuangan solidariti antara MCA dan UMNO malah merosakkan imej Najib Tun Razak yang belum dapat keluar sepenuhnya kesan ingin menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Zainuddin menambah, akhbar The Star tidak bersungguh-sungguh bagi membantu memulihkan kerosakan yang turut dilakukannya sebaliknya terus menimbulkan keraguan terhadap matlamat akta itu.

Perbicaraan Mat Sabu: Saksi kata Saidi orang Umno

Posted: 14 Dec 2014 02:58 AM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA TERENGGANU: Perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyaksikan saksi pendakwa mengaku beliau tidak membuat laporan polis meskipun laporan polis kononnya atas nama beliau wujud dan dikemukakan di mahkamah.

Saksi pendakwa tersebut berkata demikian ketika beliau disoal balas oleh peguambela Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini.

Saksi tersebut adalah Puan Azlas Jaafar, 65, merupakan saksi ke-10 pihak pendakwa dalam kes pendakwaan ke atas Mat Sabu berkaitan isu Bukit Kepong.

Mat Sabu didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana didakwa kononnya menfitnah anggota anggota polis di Bukit Kepong dan keluarga mereka semasa menyampaikan ceramah di Kg Jarak, Kepala Batas, Pulau Pinang pada bulan 21 Ogos 2011.

Di dalam keterangan semasa disoal oleh pihak pendakwa, Yusaini Amir, saksi tersebut menyatakan beliau tidak pernah membuat laporan polis ke atas ucapan Mat Sabu tersebut apabila ditanya soalan adakah beliau ada membuat laporan polis.

Saksi tersebut juga menyatakan dia tidak boleh menulis dan membaca dan dia juga tidak pernah mendengar ucapan Mat Sabu malahan tidak mengenali pemimpin PAS tersebut.

Saksi menyatakan ada orang beritahu beliau Mat Sabu telah menghina bapa beliau yang menurut beliau telah meninggal dunia pada tahun 1950 kerana diserang komunis di Bukit Kepong.
Peristiwa Bukit Kepong bagaimanapun berlaku pada bulan Februari tahun 1951.

Semasa disoal balas oleh Hanipa Maidin, saksi mengaku dia tidak membuat laporan polis namun apabila Hanipa menunjukkan laporan polis yang mengandungi nama beliau, saksi menyatakan itu bukan laporan beliau kerana beliau tidak buat laporan polis dalam sebarang masa.

Hanipa kemudian menyoal seperti berikut:

Hanipa: Mak cik Azliza, mak cik kata tidak pernah buat laporan polis, boleh terangkan bagaimana boleh wujud laporan polis atas nama mak cik ya?

Saksi: Saya tak tahu...mungkin jiran saya yang buat laporan itu.

Hanipa: Siapa nama jiran mak cik itu ya?

Saksi: Nama dia Saidi.

Hanipa: Saidi ni orang Umno kan mak cik?

Saksi: Ya, dia orang Umno.

Hanipa: Jadi Saidi Umno ni lah yang mak cik kata mungkin membuat laporan polis guna nama mak cik tanpa pengetahuan mak cik.

Saksi: Ya.

Hanipa: Mak cik pernah ke mendengar ucapan Mat Sabu dalam sebarang masa?
Saksi: Tak pernah.

Hanipa: Apabila tak pernah dengar, maka mak cik sendiri tak tahu lah apa sebenarnya yang Mat Sabu cakap kan... betul atau tidak mak cik?

Saksi: Betul.

Hanipa: Maknanya juga apa yang mak cik kata tadi bahawa Mat Sabu hina ayah mak cik juga pun tak betul lah mak cik sebab mak cik sendiri pun tak pernah dengar ucapan Mat Sabu.

Saksi: (Angguk kepala)

Apabila disoal semula oleh pendakwa tentang wujudnya tandatangan dalam laporan polis yang mengandungi nama saksi tersebut, saksi menjawab bahawa tandatangan tersebut bukan tandatangan beliau.

Selepas mendengar jawapan tersebut pendakwa menyatakan kepada mahkamah bahawa mereka tidak ada soalan lain kepada saksi tersebut.

Untuk rekod sebelum ini beberapa orang saksi pendakwa juga memberi keterangan yang dilihat begitu pelik.

Antaranya saksi Nazir Bin Yusuf telah memberi keterangan yang menyatakan dalam laporan polis beliau bahawa beliau menonton sedutan ucapan Mat Sabu yang disiarkan oleh TV3 dalam berita jam 8 malam pada 21 Ogos 2011 yang beliau dakwa memfitnah ayah beliau.

Bagaimanapun apabila disoal oleh Hanipa macam manakah TV3 boleh menyiarkan ucapan Mat Sabu pada jam 8 malam 21 Ogos 2011 sedangkan Mat Sabu hanya mula berceramah jam 11 malam pada tarikh 21 Ogos 2011 tersebut, saksi dilihat terkapai-kapai nak menjawab.

Begitu juga saksi pendakwa yang lain juga mengakui bukan Mat Sabu yang memfitnah polis Bukit Kepong sebaliknya menurut saksi tersebut, pembaca berita iaitu seorang singh yang fitnah polis.

Saksi pertama pendakwa, bekas anggota polis berbangsa India yang tinggal di Raub, Pahang pula mengakui bukan Mat Sabu yang fitnah polis tetapi dialah yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis beliau.

Malahan saksi itu minta maaf kepada Mat Sabu dan juga meminta Hakim tarik balik pendakwaan dan bebaskan Mat Sabu.

Saksi tersebut juga menyatakan dalam mahkamah "Mat Sabu is my brother now!".

Perbicaraan kes di hadapan Hakim Tuan Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi akan disambung semula pada 16 Jan depan di Mahkamah Sesyen Butterworth di mana pendakwa memaklumkan kepada mahkamah mereka bercadang memanggil saksi terakhir mereka iaitu Prof Khoo Kay Kim.

Mat Sabu diwakili oleh tiga orang peguambela iaitu Nasar Khan, Aminuddin Zulkifli dan Hanipa Maidin. - HARAKAHDAILY

Hudud: Nasrudin gesa Putrajaya beri ruang kepada Kelantan guna media perdana

Posted: 13 Dec 2014 10:37 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan menggesa Putrajaya menyediakan platform bagi membantu kerajaan negeri Kelantan memberi penerangan berhubung pelaksanaan hudud menerusi media arus perdana.
 
Wakil rakyat PAS ini menegaskan kerajaan perlu memberi ruang agar penerangan berkenaan hudud dapat disampaikan secara meluas dan terperinci.
 
Ini kerana jelas Nasrudin, kerajaan PAS Kelantan tiada capaian di media arus perdana yang majoritinya dikuasai oleh pemerintah.
 
"Sepatutnya begitulah, kalau hudud itu benar-benar mahu dilaksanakan dan kerajaan telah pun memberikan komitmen untuk sokong maka yang paling penting sekali ialah membantu kerajaan Kelantan untuk memberi penjelasan terhadap kekeliruan dan juga salah faham orang ramai termasuk di kalangan bukan Islam.
 
"Bahkan orang Islam sendiri pun masih jahil tentang agama dan juga hukum Islam sendiri, jadi sepatutnya digunakan mekanisme dan semua saluran yang ada termasuk radio, televisyen dan akhbar arus perdana untuk kempen," katanya kepada Antarapos.
 
Akhbar tempatan 1 Disember lalu melaporkan, kerajaan pusat menegaskan tidak mempunyai sebarang halangan terhadap keputusan kerajaan PAS Kelantan untuk membentangkan perkara berkaitan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini di Parlimen tahun depan.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jawatankuasa Teknikal Hudud Pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan memandangkan pentadbiran berkaitan hal ehwal Islam tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
 
Beliau berkata, Kelantan boleh membentangkan perkara itu di Parlimen pada bila-bila masa sekiranya sudah membuat persiapan rapi.
 
Namun Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ini meluahkan rasa kecewa kerana kerajaan sehingga hari ini tidak mengambil langkah itu sambil menyifatkan hasrat kerajaan negeri Kelantan itu wajar diberikan sokongan padu oleh seluruh rakyat.
 
Beliau menambah rakyat di luar Kelantan juga perlu mendapat penjelasan mengenai undang-undang jenayah Syariah Kelantan.
 
"Tapi apabila kita lihat sekarang belum ada usaha-usaha sedemikian, hanya sekadar pengakuan atau suara daripada seorang menteri di Parlimen tapi belum ad a tindakan proaktif daripada pihak kerajaan.
 
"Jadi saya sendiri mendesak kerajaan supaya mengambil langkah yang proaktiflah sebagaimana dalam perkara-perkara lain yang berdepan dengan salah faham atau pun ketidakfahaman rakyat kerajaan boleh menggunakan semua instrumen penyiaran kerajaan kenapa tidak pada hudud?," soalnya.
 
Kerajaan PAS Kelantan perlu 'melobi' untuk raih sokongan Ahli Parlimen
 
Ditanya mengenai aras sokongan di Dewan Rakyat, Nasrudin menjelaskan kerajaan negeri Kelantan perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih undian Ahli Parlimen apabila membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu kelak.
 
"Langkah yang pertama kerajaan negeri Kelantan kena bawa dulu, kemudian dalam masa yang sama kena berkempen atau pun berdakwah dan melobi apa yang patut supaya pihak-pihak lain memberi sokongan kepada hudud yang akan dibawa kelak.
 
"Saya ingat mungkin pada sidang dewan akan datang, itu langkah pertama...soal sokongan majoriti atau tak majoriti itu perkara kedua dan faktor mendatang atau luaran," katanya.
 
Selain itu, ujar beliau, kerajaan PAS Kelantan perlu melengkapkan segala keperluan yang sepatutnya agar tidak berdepan sebarang masalah nanti.
 
"Faktor yang paling penting sekali kerajaan Kelantan itu sendiri mesti bersungguh-sungguh, mesti menyelesaikan semua prasarana, kena selesaikan prosedur tertentu yang mana saya difahamkan sudah berada di fasa terakhir untuk membolehkan hudud itu dibentang," katanya.

Siapa yang akhirnya akan ketawa di Parlimen berhubung elaun?

Posted: 13 Dec 2014 10:32 PM PST




Oleh Ng Kee Seng


Ahli Parlimen Malaysia memang pelik. Ada ketika mereka boleh menonjolkan diri mereka sebagai benar dan minit seterusnya mereka melakukan sebaliknya.

Ini jelas ditunjukkan apabila Ahli Parlimen dari kedua-dua belah pecahan baru-baru ini tanpa segan silu menolak rang undang-undang kerajaan meningkatkan elaun bulanan mereka sebanyak kira-kira RM4,000.

Masih jelas dalam fikiran rakyat Malaysia kemarahan yang ditonjolkan oleh BN dan wakil-wakil pembangkang ketika bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mencadangkan untuk meningkatkan elaun bulanan wakil rakyat.

Mereka mendakwa cadangan Khalid adalah terlalu mempunyai jurang. Baiklah, itulah dibahaskan, bukan? Apa amaun kenaikan adalah curam? Keadilan? Jadi, Khalid kini mestilah orang yang terakhir ketawa!

Kesian rakyat Malaysia. Wakil rakyat mereka jelas membuat keputusan berdasarkan kepentingan mereka sendiri, bukan rakyat atau kepentingan negara.

Dengan menolak (Pindaan) Rang Undang-Undang kerajaan (Saraan) Ahli Parlimen  2014, yang telah dibentangkan untuk bacaan kedua pada 27 Nov, ia bukan sahaja hipokrit tetapi juga satu keputusan yang berbahaya.

Ia menunjukkan semua Ahli Parlimen dari kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang boleh bersatu dan membuat permintaan melangit. Siapakah yang boleh menghalang mereka?

Berapa ramai rakyat Malaysia boleh mendapatkan kenaikan di atas RM4,000?

Sudah tentu Ahli Parlimen yang tidak ikhlas ini akan mendakwa yang kos sara hidup telah meningkat dan mereka memerlukan lebih banyak untuk berkhidmat kepada pengundi mereka. Lalu, mengapa menentang sehingga timbul kekecohan terhadap Khalid?

Khalid ketika itu menghadapi krisis politik dengan pelbagai jenis agenda pemimpin dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Khalid adalah budak sebat, dengan PKR mahu dia digantikan sebagai MB, dan Pakatan mahu memutuskan siapa yang patut menjadi MB dan, tentu saja dengan BN mahu memusnahkan reputasi politik Pakatan.

Sekarang apa yang berlaku di Parlimen? Tidak ada budak sebat dan semua adalah baik dan bagus dan semua mahu poket mereka penuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim membentangkan rang undang-undang untuk bacaan kali kedua untuk meningkatkan elaun bulanan Ahli Parlimen kepada RM11,000 dari RM6,580.59 tetapi Ahli Parlimen menolaknya.

Tetapi Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak meminta rang undang-undang itu ditarik balik kerana mereka mahu elaun lebih tinggi daripada jumlah yang dicadangkan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian meminta rehat 15 minit untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya, kerana katanya ia akan menyebabkan rang undang-undang kerajaan ditolak, sambil menambah bahawa ini akan memberi kesan lain.

Apabila persidangan disambung semula selepas rehat, Shahidan berkata bahawa beliau menarik balik rang undang-undang itu, yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang pada bulan Mac.

Dalam rang undang-undang tersebut, gaji Speaker akan meningkat kepada RM20,000 daripada RM14,907.20 dan timbalan speaker dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM10,847.65.

Peningkatan ini akan berkuat kuasa dari 1 Jan jika rang undang-undang tersebut diluluskan.

Rang undang-undang itu juga menyediakan perbelanjaan tambahan yang dianggarkan sebanyak RM14.75 juta setiap tahun, dan elaun bulanan untuk ahli-ahli Dewan Negara dinaikkan kepada RM7,000 daripada RM4,112.79.

Maka untuk itu adalah tidak menghairankan sekiranya rakyat Malaysia tidak mengambil pusing kata-kata ahli-ahli politik.

Ketika pemimpin Pakatan disaman, suami Umie Aida mengadu 1MDB

Posted: 13 Dec 2014 10:26 PM PST



Oleh Shahbudin Husin 


Meskipun seorang pemimpin DAP, Tony Pua disaman Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1MDB sebelum ini, keadaan itu bukan saja tidak menggentarkan barisan pemimpin pembangkang untuk terus bercakap mengenainya, bahkan kini sudah ada pemimpin Umno juga yang senada dengannya.

Seorang pemimpin Umno iaitu Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan,  Pulau Pinang, Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi kerana curiga dan ragu-ragu dengan pengurusan kewangan 1MDB yang dianggapnya tidak telus serta meragukan.

Beliau yang juga suami kepada pelakon Umie Aida, mahu pihak polis menyiasat secara mendalam dan menyeluruh semua kakitangan pentadbiran, pegawai, ahli lembaga pengarah serta keseluruhan personaliti dan syarikat yang terbabit dalam urusniaga meragukan dengan 1MDB.


Dalam langkah untuk terus ke hadapan mencari kebenaran mengenai 1MDB, Khairuddin juga berjanji akan membuat laporan polis khusus kepada Najib sebagai Menteri Kewangan jika tiada tindakan susulan diambil terhadap laporan polisnya ini.

Isu berkaitan 1MDB sudah banyak diperkatakan ramai. Selain ramai pemimpin pembangkang  bercakap mengenainya, baik di pentas terbuka mahupun di Parlimen, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainudddin, turut kerapkali menegur dan meragui badan pelaburan kedua terbesar selepas Khazanah Nasional itu.

Keraguan bukan saja mengenai pelaburannya yang  kabur dan bagaimana wangnya digunakan termasuk dakwaan pembelian ekuiti yang lebih tinggi daripada harga pasaran tetapi juga berkaitan hutangnya yang kian meningkat dan sebahagiannnya dijamin kerajaan. Ini menjadikan hutang 1MDB adalah juga hutang negara sedangkan Najib sedia menambah hutang negara hampir ke paras siling 55 peratus daripada KDNK.

Di suatu peringkat, Mahathir  juga mengatakan simpanan wang 1MDB di Pulau Cayman adalah suatu bentuk perjudian dan memberitahu, "negara tanpa 1MDB pun tak apa".

Badan pelaburan yang dicetuskan Najib ini seakan-akan menyimpan banyak misteri apabila ramai pemimpin Umno dan kerajaan sendiri tidak berani bercakap mengenainya. Najib pula lebih gemar memulih jalan mengemukakan saman terhadap Tony Pua yang kerapkali membangkitkan isu berkenaan dengannya.

Sesetengah ahli dan pemimpin Umno yang kritikal pula beranggapan isu berkaitan 1MDB ini bakal menjadi skandal kewangan yang besar kepada negara selepas beberapa skandal sebelum ini seperti BMF, Mamimco, Talasco dan sebagainya.

Selain Tony, Rafizi juga beberapa kali membangkitkan mengenai 1MDB ini tetapi turut disaman Najib apabila mengaitkan subsidi minyak dengan pembelian perhiasan mewah untuk isterinya, Rosmah Mansor.

Tetapi apabila ada pemimpin Umno sendiri sudah berani membuat laporan polis mengenai 1MDB, episodnya kini menjadi lebih menarik.

Apakah Khairuddin juga bakal disaman Najib atau Umno bakal mengambil tindakan terhadapnya?
Apakah Najib memilih untuk terus berdiam diri juga sebagaimana banyak isu lain sebelum ini?

Keberanian Khairuddin membuat laporan polis mengenai 1MDB hanya berlaku dua hari setelah ada menteri kabinet sendiri membangkitkannya dalam mesyuarat mingguan kabinet yang tidak dihadiri Najib pada Rabu lalu. Najib ketika ini berada di Korea Selatan melakukan lawatan rasminya.

Mereka membangkitkannya dalam mesyuarat yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu kerana merasakan tidak mengetahui banyak perkara mengenai 1MDB serta tidak dapat memberi penjelasan apabila ditanya, baik mengenai pelaburan, kewangan dan hutangnya.

Apakah semuanya ini saling kait-mengait dan merupakan tekanan tambahan untuk menggoncang kedudukan Najib?  Siapakah lagi dalam Umno yang berani membuat laporan polis mengenai 1MDB selepas ini?

Pertanyaan yang popular juga ketika ini, adakah Khairuddin membuat laporan polis ini atas kesedaran sendiri atau kerana ada seseorang di belakang keberaniannya itu?

Ketika kes liwat pertama melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Azizan Abu Bakar, Khairuddin adalah antara individu yang kerap muncul dan menjadi perhatian di mahkamah kerana sering hadir bersama beberapa selebriti seperti Ziela Jalil dan Normala Yusof.

Ketika era pentadbiran Pak Lah pula, beliau pernah melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia menggunakan kapal terbang kecil bernama "Kailan" iaitu sempena nama ibu bekas perdana menteri itu. Khairuddin kemudian menceburi dunia korporat dan berkahwin dengan Umie Aida beberapa tahun lalu.

Siapa pun Khairuddin, apa latar belakangnya dan sama ada terdapat orang lain di belakangnya atau tidak, Najib nampaknya tidak boleh lagi hanya berdiam diri atau mengemukakan saman terhadap mereka yang berani bercakap mengenai 1MDB  atau sekadar meminta Ahmad Maslan menjelaskannya kerana penjelasan yang telus dan benar dari hatinya sendiri lebih diperlukan ketika ini. – shahbudindotcom.blogspot.com

Khairuddin tidak akan berganjak

Posted: 13 Dec 2014 10:22 PM PST


Khairuddin ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, baru-baru ini. Khairuddin ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, baru-baru ini.
 
 
SHAH ALAM - Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak akan berganjak dengan keputusannya yang mahu pihak berkuasa menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khairuddin berkata, beliau tetap dengan keputusannya dan tidak akan menarik semula laporan polis dibuat kelmarin.

"Saya dihubungi pimpinan Umno negeri (Pulau Pinang) yang mahu saya menarik semula laporan itu kerana dikatakan tindakan saya seolah-olah menikam Umno dari belakang.

"Saya juga sudah dipanggil oleh (Setiausaha Agung Umno Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) ke rumahnya tengah hari tadi (semalam).

Dalam perbincangan hampir sejam itu, kami berbual panjang mengenai isu 1MDB ini. Beliau ada nasihatkan saya menarik semula laporan itu, tapi, saya tegaskan perkara ini tidak akan berlaku walaupun mereka ini sahabat- sahabat saya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat bukan ditujukan kepada Umno sebaliknya mahu polis menyiasat syarikat itu.

"Saya nyatakan kepada beliau, perkara ini (ketirisan) sudah lama berlaku. Saya hanyalah generasi ketiga yang memperjuangkannya.

Sebelum ini bekas menteri kewangan ada bertanyakan 1MDB. Dulu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga mahu tahu mengenai urusan perniagaan mereka, tetapi tiada tindakan daripada 1MDB untuk ambil langkah proaktif untuk tampil membuat penerangan sejelas-jelasnya.

"Mereka berdiam diri dan apabila menerima tuduhan daripada PR, tiada jawapan balas dan tidak menafikan perkara tersebut.

Jadi, apa cara paling baik untuk selesaikan masalah ini?

Jadi, kita serahkan segala-galanya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat," katanya.

Jelasnya, tiada sebab beliau menarik semula laporan itu memandangkan tiada laporan yang dibuat tentang Umno.

"Saya tidak sentuh syarikat Umno, Presiden Umno atau menteri kewangan tetapi mahu polis siasat secara telus dan menyeluruh aktiviti pentadbiran dan urus niaga dana dan kewangan 1MDB.

Laporan itu tidak ada kena mengena dengan Umno. Ini bukan soal saya tikam belakang Umno, tetapi ini saya mahu menegakkan kebenaran.

Apa juga keputusan yang akan diperolehi, kita perlu menerimanya dengan hati terbuka.

"Pengurusan 1MDB pun sudah menyatakan tidak gentar dan yakin mereka tidak bersalah, jadi apa perlu saya menarik semula?

Apa yang jadi keutamaan saya adalah kerisauan rakyat terhadap 1MDB. Apabila saya pulang ke kampung, mereka di kedai kopi pun bercakap mengenai 1MDB. Rakyat risau mengenai hutang yang begitu banyak, transaksi pembelian berbilion ringgit ke luar negara, pelaburan, pembelian aset yang tinggi berbanding harga di pasaran dan macam-macam lagi," katanya.

Katanya, jika perkara ini (bankrap) berlaku, bukan hanya kerajaan menanggung beban tetapi rakyat juga akan terkesan.

"Perkara inilah saya terangkan kepada beliau (Tengku Adnan). Saya juga katakan, tindakan saya ini, antara lain, dapat mengembalikan imej Umno yang selama ini tidak baik di mata rakyat. Saya dapat banyak reaksi berhubung hal ini.

Rata-rata menyokong tindakan saya dan berharap Umno akan terus bersih daripada rasuah dan perkara-perkara negatif.

"Mereka ucapkan syabas kepada saya kerana keberanian yang ditunjukkan ini. Saya bukan nak nama. Perjuangan saya ikhlas demi melihat Umno kembali menjadi kepercayaan rakyat. Umno masih menjadi pilihan rakyat termasuk mahasiswa, tetapi kerana sikap segelintir pemimpin membuatkan rakyat menjadi marah," katanya.

Sedia letak jawatan, tiada penglibatan pemimpin besar Khairuddin berkata, beliau akan letak jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan jika pimpinan tertinggi parti itu merasakan ia sebagai bebanan dan mencalarkan imej Umno.

"Dengan jawatan dan kedudukan ini akan memberikan imej tidak baik pada Umno, berkemungkinan saya akan meletak jawatan jika ia dilihat sebagai penghalang. Biar saya solat istikharah dahulu.

Apakah petunjuknya, saya terima dengan lapang dada. Jawatan hanya di dunia. Saya mahu perjuangkan perkara yang benar.

"Saya mahu pimpinan parti bebas dari unsur rasuah, tidak jujur dan semua perkara tidak baik. Saya mahu Umno terus disayangi dan diterima dengan bersandarkan perjuangan parti dan pemimpin jujur," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan ada pemimpin besar di belakangnya, Khairuddin berkata, beliau tidak dipengaruhi mana-mana pemimpin besar parti.

"Saya dengar keluh kesah rakyat. Saya mahu yang salah diperbetulkan. Itu sahaja," katanya.
"Bukan sembarangan nama dikaitkan, contohnya masa laporan dibuat, adalah serentak dengan mesyuarat Kabinet yang bincangkan mengenai 1MDB.

Ia kebetulan sahaja," katanya. Untuk capai status negara cemerlang, katanya, rasuah perlu dihapuskan kerana ia akan merosakkan agama, bangsa dan tanah air.

Tawaran Pengerusi PAC bukti tak pilih kasih

Posted: 13 Dec 2014 10:18 PM PST


Azmin Ali Azmin Ali
 
 
PUCHONG – Tawaran jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) kepada Ketua Pembangkang Selangor menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan demokrasi serta tidak wujud amalan pilih kasih.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan negeri itu bukti peranan BN sebagai pembangkang diiktiraf bagi mengimbangi pengurusan.

Menurutnya, keanggotaan itu tidak seharusnya dijadikan isu sebaliknya Adun BN perlu memberi kerjasama bagi melicinkan lagi peranan memajukan rakyat dan Selangor.

"Kita bagi BN jawatan pengerusi maknanya kita maklum tugas mereka. Jadi mereka kena terima, tidak ada isu personal dan kita mahu bekerja sebagai satu kumpulan dan bekerjasama untuk jalankan tanggungjawab kepada rakyat.

"Kita bagi peluang dia tidak mahu. Ini adalah amalan di negara demokrasi di mana kita memberi jawatan Pengerusi PAC itu kepada ketua pembangkang," katanya ketika sidang media selepas program Jejak Masyarakat Jelajah Mesra Rakyat Bersama Menteri Besar,
semalam.

Adun Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias meletak jawatan sebagai ketua pembangkang dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kura Wang Awam (PAC) Selangor berikutan dakwaan tiada keseimbangan dari segi keanggotaan ahli.

Bagi isu peruntukan Dun, kata Mohamed Azmin setiap kawasan menerima RM700,000 setahun tanpa mengira ia jajahan BN ataupun PR kerana ia bertujuan untuk rakyat.

"Jumlahnya tetap sama untuk semua. Kita tawarkan RM200,000 diuruskan Adun BN manakala selebihnya RM500,000 akan diberikan kepada penyelaras, jumlahnya RM700,000," tambahnya.

Sebelum ini semasa pembentangan Bajet 2015 bulan lalu, Adun BN tidak berpuas hati dengan cara agihan peruntukan untuk wakil rakyat PR dengan pembangkang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kesibukan dan kekangan masa sebagai wakil rakyat dalam PR menjadi punca parti itu tidak berkesempatan mengadakan mesyuarat hampir enam bulan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, ia tidak seharusnya dijadikan isu malah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan perjumpaan akan diadakan bulan hadapan.

"Datuk Seri (Anwar) telah keluarkan kenyataan. Kami (PR) akan berjumpa nanti," katanya.

Sebelum ini, veteran DAP, Lim Kit Siang menyuarakan kebimbangan PR mungkin terpaksa dibubarkan sebelum PRU14 kerana sudah lebih enam bulan tidak bermesyuarat dalam masa sama berdepan dengan pelbagai perbalahan dalaman dan berisiko kehilangan sokongan rakyat.

Anwar dalam kenyataan balas berhubung perkara itu memberitahu, Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan bermesyuarat bulan depan dan menganggap kenyataan Kit Siang itu hanya cubaan untuk memberi "kejutan" kepada PR.

Perkasa melihat Najib sebagai musuh

Posted: 13 Dec 2014 10:08 PM PST



Oleh Amirrul Jeffery Igai 


Seni politik mengolah persetujuan (manufacturing consent) ini terlalu halus.Hampir sukar untuk dibaca, jika ianya tidak dicermati tanpa memahami latar belakang bagaimana seni ini menari dan bermain.Lenggok bahasa dan naratifnya lain macam.


Motif dan objektif permainan ini yang harus kita fahami, bukannya menelan bulat–bulat hasil permainan seni mengolah persetujuan yang menyebabkan kebodohan berganda.

Perkasa lahir  dan sijil kelahirannya didaftarkan di ROS pada 12 September tahun 2008.

Haji Wikipedia memberitahu Perkasa diasaskan pada 22 Mac 2009.

Ada versi yang diceritakan manusia yang berada di belakang tabir mengatakan perkasa sudah wujud pada 2 Jun 2008.

Bukan tarikh dan tahun yang akan kita perdebatkan, itu bukan keutamaan. ianya hanya peringkat permukaan.

Tetapi kejadian dan peristiwa pada tahun tersebut yang fundamental dan penting untuk dibaca.
Versi tarikh penubuhan Perkasa dari 2 Jun 2008 sehingga 22 mac 2009.

Pada masa itu Tun Abdullah Badawi masih lagi berada di pejabatnya di Putrajaya.Tun Abdullah hanya diusung keluar daripada pejabatnya secara rasmi pada 3 April 2009.

Pada Jun 2008 hingga Mac 2009 perseteruan Tun Mahathir Mohamad dengan Tun Abdullah Badawi sedang berada di puncak.

Bagaimana pula latar belakang kelahiran Perkasa?

Untuk membolehkan kita memahami gerak kerja bagaimana seni mengolah persetujuan ini berjalan maka saya membawakan satu contoh yang paling mudah.

Contoh di mana anda boleh saksikan di bahagian dapur rumah anda.

Bila anda memasak atau menjerang air di dapur, apabila air tersebut sudah menggelegak masak maka di muncung cerek tersebut akan keluar wap air.

Api yang membuatkan air itu masak adalah Tun Mahathir Mohamad.

Air yang menggelegak masak itu adalah Tun Abdullah Badawi.

Sementara wap air yang keluar dari mucung cerek itu adalah Perkasa.

Apabila kontradiksi atau pertembungan yang melibatkan dua entiti maka akan wujud sesuatu yang lain.

Kontadiksi antara Tun Mahathir dan Tun Abdullah mewujudkan Perkasa.
Perkasa diwujudkan untuk menendang Tun Abdullah keluar daripada Umno.

Ini sejarah yang tidak akan padam sehingga kiamat.

Memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Islam adalah salah satu matlamat Perkasa yang akan menghalalkan segala seni mengolah persetujuan ini bergerak.

Dan seni politik mengolah persetujuan ini masih digunapakai individu dan kumpulan yang sama bagi meruntuhkan bukan hanya satu manusia malah lebih.

Sebelum ini Tun Abdullah tumbang  dan seterusnya ialah Najib Razak.
Di bawah pentadbiran Tun Abdullah suara Tun Mahathir dihilangkan.

Suara Tun Mahathir dilenyapkan Abdullah, Tun Mahathir tiada tempat bergantung untuk menibai Abdullah.

Tun Mahathir tiada tempat di media arus perdana kawalan Umno dan kerajaan.
Maka dengan itu Tun Mahathir memerlukan platform dan pentas untuk menibai Abdullah sehingga tumbang.

Ini tidak termasuk Muhyiddin Yassin dan anaknya Mukriz Mahathir naik satu tongkang dengan Tun Mahathir untuk menghalau Abdullah daripada Umno.

Di kemuncak perseteruan Tun Mahathirdengan Abdullah inilah timbulnya Perkasa.

Perkasa dijadikan pentas untuk Tun Mahathir menghambat keluar Tun Abdullah.

Perkasa dijadikan Tun Mahathir untuk mengundurkan Abdullah.

Perkasa dijadikan untuk menekan Abdullah.

Perkasa dijadikan senapang patah untuk menakutkan Abdullah.

Bagi Perkasa, seperti yang saya nyatakan awal tadi matlamat untuk memperkasakan hak kaum Melayu dan Islam ini adalah salah satu seni politik mengolah persetujuan.

Sementara, matlamat yang lebih besar akan menyusul.

Asas kepada penubuhan Perkasa tersirat matlamat untuk menggulingkan Tun Abdullah.

Setelah Abdullah ditendang, matlamat dilihat sudah dicapai dengan jayanya maka seni mengolah persetujuan ini dilihat seakan sudah tamat, akan tetapi malangnya belum lagi.

Perjalannya masih panjang dan seni mengolah persetujuan ini masih digerakkan Perkasa sehingga ke hari ini untuk mengusung Najib Razak keluar daripada Umno.

Perkasa dan penasihatnya Tun Mahathir melihat Najib Razak sebagai musuh.
Ini adalah kerana Najib dilihat sebagai mat lembik.

Definisi mat lembik dalam konteks ini adalah takut kepada bini.

Modus operandi seni mengolah persetujuan ini adalah apa yang anda lihat pada hari ini.

Suara perkauman, hak-hak Melayu, suara berkaitan agama dimunculkan Perkasa.
Suara Perkasa adalah suara yang lantang dan nampak bersifat perkauman, akan tetapi Perkasa tidak memaksudkan.

Ambil satu contoh apabila Presiden Perkasa menyeru untuk membakar Bible yang mengandungi kalimah Allah, ianya hanya bersuara untuk menekan Presiden Umno yang dilihat tidak seiring dengan polisi penasihatnya Tun Mahathir.

Tetapi tiada upacara membakar Bible daripada Perkasa untuk mengubah kenyataan kepada tindakan fizikal.

Sama juga seperti isu sekolah vernakular, kita cepat menggelabah.

Kita cepat mati akal. Segelintir manusia yang tidak panik dan tidak menggelabah kerana mereka sedar isu vernakular termaktub pada Perlembagaan Negara.

Bila isu ini dibangkitkan ianya juga bertujuan untuk menekan Najib Razak, bukannya menterjemahkan kenyataan kepada tindakan untuk menghapuskan dan memansuhkan sekolah vernakular.

Sementara orang bukan Melayu dan kaum minoriti adalah mangsa kepada seni dan tarian politik mengolah persetujuan ini.

Sekali imbas Perkasa seakan seperti pro-Umno.

Tetapi Perkasa tidak sama satu kapal dengan Umno.

Perkasa hanya digukan untuk menekan sesiapa sahaja Presiden Umno yang dilihat sebagai lemah dan layu di mata Tun Mahathir.

Kalau Perkasa digumakan untuk menekan Presiden Umno yang lembik, bagaimana pula dengan survival politik Umno?

Kenyataan berkaitan hubungan yang mengatakan Umno dan perkasa bersifat intim harus dinilai semula.

Seni memang begini, amat halus dan sukar untuk dinilai dan dicerna.

Kadang-kadang nampak seperti tidak masuk akal. Disebabkan Umno dan perkasa menggunakan isu yang sama seperti agama Islam dan kaum Melayu, maka kedua-dua entiti ini dilihat seperti berkawan.
Ianya serupa tetapi tidak sama. Jauh panggang dari api.

Perkasa yang membangkitkan ketegangan mengenai isu hak kaum Melayu dan Islam, serta menimbulan konflik antara agama bertujuan untuk menekan dan menjatuhkan Presiden Umno sejak tertubuhnya entiti tersebut, itu kita semua sudah tahu.

Dahulu Tun Abdullah , kini Najib Razak menunggu masa.

Sementara perangkap sudah dipasang, boleh menjerut leher Najib Razak pada bila-bila masa sahaja.
Disini harap jelas, bagi Perkasa, pertubuhan itu memainkan isu Melayu dan Islam serta ketegangan agama dan kaum adalah impak kepada seni mengolah persetujuan ini.

Ianya penting untuk menekan sesiapa sahaja Presiden Umno yang dilihat lemah di mata Tun Mahathir bagi menendang keluar Presiden Umno dan sebagai minyak pelincir bagi memudahkannya meletakkan jawatan.

Ini adalah penting selagi Tun Mahathir menjadi tuan penasihat.

Sementara Umno yang kehilangan sokongan rakyat hasil daripada seni politik mengolah persetujuan ciptaan Perkasa juga bermain dengan isu Melayu dan Islam untuk menarik baik sokongan rakyat majoriti.

Umno bermain dengan isu Melayu dan Islam untuk mengolah persetujuan rakyat  Umno sahaja yang layak memerintah Malaysia.

Dan hasil daripada seni politik mengolah persetujuan ini, anda dan saya menjadi mangsa kepada politik rakus dan sempit.

Pemandu ambulans maut kemalangan di Plus

Posted: 13 Dec 2014 09:59 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Seorang pemandu ambulans maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM404 Lebuhraya Utara Selatan antara Tanjung Malim dan Lembah Beringin semalam.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkifli Bedin berkata turut cedera dalam kemalangan kira-kira 4 petang itu ialah tiga budak perempuan yang menaiki MPV berkenaan.

Beliau berkata lima sekeluarga menaiki MPV itu manakala ambulans HKL itu dinaiki empat orang termasuk pemandu kedua dan dua jururawat.

"Ambulans dan MPV itu berlanggar semasa hujan lebat menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas lalu terbalik ke bahagian kiri jalan.

"Kemalangan itu menyebabkan pemandu ambulans maut di tempat kejadian, seorang jururawat cedera parah pada bahagian paru-paru manakala pemandu kedua dan seorang lagi jururawat cedera ringan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, malam tadi.

Pemandu yang maut ialah Safar Ibrahim, 57, jururawat yang parah ialah Rabaitul Adawayah Samsudin, 24, manakala yang cedera ringan ialah Mohd Rudin Ahmad, 50, dan Normanan Farida Makhtar, 28.

Sementara itu, kesemua mangsa yang menaiki MPV itu cedera ringan iaitu pemandu Kok Chin Wei, 37, dan isterinya Lum Yoke Moi, 37, serta anak-anak mereka Chauyuet Jing, 14, Chauyaet Thong, 11, Chauyet Wen, 8," katanya.

Zulkifli berkata ambulans itu dalam perjalanan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menuju ke HKL.

Pemandu yang maut dibawa ke HKL manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Bernama TV mungkin gulung tikar

Posted: 13 Dec 2014 09:58 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Gagal mendapat gaji penuh sejak Oktober, kakitangan Bernama TV (BTV) kita terkejut apabila dimaklumkan bahawa syarikat itu mungkin terpaksa gulung tikar ekoran kerugian berterusan.

Seorang pekerja BTV memberitahu Malaysiakini, Pengurus Besar Bernama Zulkefli Salleh memaklumkan perkara itu dalam sebuah pertemuan pada Jumaat.

Dalam mesyuarat itu, Zulkefli bagaimanapun didakwa berkata, penutupan BTV hanya akan menjadi langkah terakhir dan notis cukup akan diberikan jika berlaku.

Bagaimanapun, tidak semua kakitangannya bersedia dengan langkah itu.

"Kalau Bernama TV tutup maksudnya Bernama tak buat kerja. Bernama kenalah kerja keras untuk jaga kami ," katanya.

Kakitangan BTV minggu lalu enggan hadir bekerja selepas tidak mendapat bayaran gaji penuh.

Diminta mengesahkan perkara itu, Zulkefli berkata beliau hanya mengajukan soalan untuk memotivasi mereka bekerja lebih keras bagi mendapat lebih banyak penonton, sekali gus menjadi keuntungan.

Beliau menegaskan bahawa BTV terus beroperasi kerana bantuan pemegang saham minoriti Bernama.

Bernama mempunyai 33 peratus pegangan dalam BTV, syarikat sendirian berhad milik Bernama TV Synergy Bhd.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dikemaskini pada 2012, sebanyak 67 peratus saham lagi dimiliki oleh tiga syarikat persendirian, termasuk Silver Ridge (Multimedia) Sdn Bhd, anak syarikat Silver Ridge Sdn Bhd.

Silver Ridge dipengerusikan oleh senator Umno Suhaimi Abdullah, dan menurut rekod SSM, beliau turut mempunyai pemilikan dalam BTV.

Ketika dihubungi, Suhaimi yang juga bekas ketua pegawai eksekutif memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak lagi terlibat dalam syarikat itu sejak bertahun-tahun lamanya.

Katanya, semasa Rais Yatim menjadi menteri penerangan, saham itu telah ditarik balik.

Suhaimi juga berkata, saham Silver Ridge dalam BTV pula telah dilupuskan dan ia boleh disemak melalui rekod Burma Malaysia.

'Henti ke luar negara sebelum hilang jawatan'

Posted: 13 Dec 2014 09:54 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi 'nasihat' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak kerap membuat lawatan keluar negara, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pentadbirannya.

"Kepada perdana menteri, saya mahu nasihatkan, sebelum kamu hilang jawatan dan kerajaan, tolong kurangkan sikit lawatan keluar negara.

"Saya merayu desak, nak melawat boleh melawat tetapi tumpu pada negara," katanya dalam ucapan dasar di Persidangan Agung Umno tahunan PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim (atas) turut berkata perdana menteri dari negara lain turut membuat lawatan keluar negara namun tidak sebanyak Najib.

PERKASA perkecil '25 Melayu ternama'

Posted: 13 Dec 2014 09:52 PM PST

MALAYSIAKINI


 


PERKASA hari ini memperkecilkan kumpulan 25 orang Melayu ternama yang tampil menyeru ke arah kesederhanaan dengan mengkritik kumpulan pendesak itu sebelum ini.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, PERKASA sebaliknya mempunyai "ratusan lagi" anggota yang lebih hebat daripada golongan itu.

" (Seramai) 25 tokoh Melayu, dalam PERKASA kita ada ratusan yang lebih hebat.

"Kalau nak keluarkan pendapat, (PERKASA) tak halang tetapi jangan nak sentuh PERKASA dan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)," katanya dalam ucapan dasar di Persidangan Agung Umno tahunan PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Amaran pada 4 pemimpin Umno

Dalam ucapan sama, Ibrahim turut mengingatkan beberapa pemimpin Umno supaya tidak "menyentuh" NGO itu dan sebuah lagi NGO lantang Melayu, ISMA.

Beliau menamakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, bekas ahli parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

"Kepada Jazlan, Saifudin Abdullah, KJ dan Salleh Keruak, kita bukan nak bermusuh.

"Kalau tak boleh nak bela Melayu, jangan sentuh PERKASA dan ISMA," katanya.

Bernama TV dan senator UMNO terlibat langgar Akta Syarikat

Posted: 13 Dec 2014 03:53 PM PST

teo nie ching_bernama

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Bernama TV  (BTV) melanggar Akta Syarikat apabila tidak pernah menyerahkan Laporan Kewangan Tahunan dan Laporan Audit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dalam kenyataannya hari ini mendedahkan hal itu, di samping menyatakan Senator UMNO Datuk Mohd Suhaimi Abdullah terlibat sebagai salah seorang pemilik saham BTV.

"Jadi, bukan sahaja badan berkanun, seorang Senator (UMNO) pun terlibat menzalimi kakitangan BTV.

"(Namun) tidak ada tindakan undang-undang diambil oleh SSM dan Kementerian Sumber Manusia.
"Apakah ini kerana pengaruh Datuk Suhaimi?" soal Nie Ching.

Datuk Mohd Suhaimi Abdullah juga adalah Ketua UMNO Bahagian Gunung Jerai.

Menurut Nie Ching, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 169 Akta Syarikat 1965, BTV yang dimiliki Bernama TV Synergy boleh dihukum lima tahun penjara atau denda RM30,000.

BTV juga boleh didenda tidak lebih dari RM 10,000 di bawah Akta Kerja 1955, kerana hanya membayar RM500 dari tunggakan gaji kakitangannya.

Dalam kenyataan yang sama juga, Teo menggesa Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memastikan kakitangan BTV mendapat kembali semua jumlah gaji mereka yang tertunggak.

Kira-kira 30 kakitangan BTV kembali bercuti mulai semalam, kali kedua semenjak minggu lalu selepas mereka dibayar RM500 tunggakan gaji bagi bulan November.

Kakitangan di BTV yang beroperasi lebih empat tahun menyalahkan fokus stesen itu terhadap berita yang pro-BN bagi masalah kewangannya. – Roketkini.com

Tiket Piala AFF Suzuki dijual online esok

Posted: 13 Dec 2014 03:51 PM PST


Piala AFF Suzuki 2014  
Piala AFF Suzuki 2014


TIKET bagi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Thailand bakal mula dijual esok sehingga Rabu depan secara atas talian (online) manakala, tiket biasa pula akan mula dijual di kaunter mulai Khamis ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, tiket yang diperuntukkan untuk penyokong Thailand sama banyak dengan yang diperuntukkan kepada penyokong Malaysia bagi perlawanan akhir pertama, Rabu depan.

"Di Thailand nanti, mereka bagi kita 2,500 tiket untuk penyokong dan jumlah sama juga kita akan beri untuk mereka di sini," katanya kepada media selepas membuat tinjauan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Harga yang ditetapkan adalah RM50 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menjadi lokasi perlawanan akhir kedua antara Malaysia dengan Thailand, Sabtu depan.

Malaysia bakal menentang Thailand di negara jiran itu pada 17 Disember ini sebelum bertemu lagi pada 20 Disember depan bagi merebut Piala Suzuki AFF 2014.

Datuk Mustapha Maarof makin tenat

Posted: 13 Dec 2014 03:49 PM PST


Datuk Mustapha Maarof Datuk Mustapha Maarof
 
SENIMAN veteran, Datuk Mustapha Maarof, 79, dilaporkan semakin kritikal dan masih tidak sedarkan diri selama 10 hari sehingga semalam, kata Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli.

"Saya dimaklumkan oleh anaknya, Rizal, keadaan beliau masih lagi koma, namun tekanan darahnya stabil," kata Jurey.

Pada Khamis lalu, Jurey bersama wakil persatuan turut melawatnya di Unit rawatan Rapi (ICU), Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM).

Ketika lawatan berkenaan, Jurey memberitahu, legenda seni itu hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

"Saya rasa bertuah kerana dapat masuk dan melihat sendiri keadaan beliau bersama Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.

"Sebenarnya, doktor tidak benarkan pelawat untuk masuk, namun atas jasa baik anaknya, kami diberi keizinan. Sayu hati melihat keadaannya kerana sebelum ini, saya sempat berjumpa ketika dia masih sihat.

"Difahamkan, sebelah paru-parunya sudah rosak dan sama-samalah kita doakan agar beliau kembali sihat seperti sedia kala," katanya yang turut menyumbangkan RM1,000 kepada bekas Presiden Seniman itu.

Pada 25 November lalu, seniman terkenal ini telah dikejarkan ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) selepas mengalami kesukaran bernafas ekoran komplikasi masalah paru-paru.

Setelah doktor pakar di IPR mengesahkan paru-paru sebelah kanannya gagal berfungsi, Mustapha atau nama sebenarnya, Azahari Maarof, 79, dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pada hari yang sama, beliau dipindahkan ke HATTM.

Tiada bukti Teresa Kok larang azan, mahu hapus tulisan Jawi

Posted: 13 Dec 2014 03:40 PM PST

teresa_sankara_nair

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Tiada bukti Teresa Kok melarang penggunaan pembesar suara di masjid dan mahu menghapuskan tulisan Jawi di papan tanda di seluruh Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Peguam Ahli Parlimen Seputeh itu, Sankara Nair berkata, penahanan anak guamnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan cuba mencetus ketegangan kaum sama sekali tidak benar, tidak berasas dan tidak munasabah sama sekali.

"Tiada bukti mengenai alasan dikemukakan kononnya Teresa menentang ejaan jawi di papan tanda jalan seluruh Kuala Lumpur dan melarang penggunaan pembesar suara di masjid," kata Sankara ketika ditemui.

Sankara menjelaskan, tiada sebarang laporan polis dibuat dalam isu ejaan jawi dan pegawai masjid juga telah memberi keterangan Mei lalu bahawa Teresa tidak pernah melarang penggunaan pembesar suara .

"Oleh itu sekali lagi saya nyatakan, dakwaan keatasnya adalah tidak benar dan beliau langsung tidak menjejaskan keselamatan negara," tegasnya.

Mahkamah Tinggi hari ini mengambil keputusan menangguhkan keputusan saman Teresa terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar kepada 22 Disember 2014.

Teresa sebelum ini pada 13 Mac 2009 mengemukakan saman terhadap Syed Hamid kerana menahan dan menangkapnya secara salah di bawah ISA pada tahun 2008.

Selain Syed Hamid, beliau juga menamakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasaan, DSP E Kim Tien dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan.

Dalam tuntutan saman itu, Teresa menyatakan pada jam 11.15 malam, 12 September 2008 pihak polis menangkapnya di pintu masuk kediamannya di Pearl Tower OG Heights secara paksa dan memberhaya.

Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju dan ditahan selama lebih dua jam tanpa diberi kebenaran untuk menghubungi saudara terdekat atau peguam.

Selanjutnya, Naib Pengerusi DAP memaklumkan beliau dihantar ke sebuah tempat tahanan rahsia sehingga 19 September tahun sama tanpa dibicarakan.

Tegas Teresa , penahanan tersebut dibuat dengan alasan tidak munasabah dan sesuka hati oleh defendan yang menyebabkannya mengalami tekanan mental, kesakitan dan keracunan makanan. – Roketkini.com

Tiada ulasan: