DIALOG RAKYAT |
- Najib Ganti Tunku Sebagai PM Paling Gembira
- Alvin dan Ali, perginya tidak dihalau, pulangnya pun tidak perlu dijemput
- 'Ini perlembagaan sekular, bukan Islamik'
- Kes UM8: PKR akan hantar memo
- Mahkamah ketepi saman balu PI Bala terhadap PM
- Pemuda Pas sangkal dakwaan Presiden PKR
- PKR kata BN Selangor tidak hormat sistem demokrasi
- Nur Jazlan puji Adam Adli
- Kalimah Allah: Pakatan digesa henti tuding jari
- 'Melayu ternama' hentam PERKASA, ISMA
- Polis, DBKL gempur 'Occupy UM'
- Bekas K.Penerangan UMNO Pekan Dedah Tembelang Najib: Najib Tidak Ada Kompetensi!
- [HEBAHKAN] SKMM Beri Amaran Sebaran Malware Melalui Facebook
- MB: Pembangkang disantuni ilham tradisi demokrasi Bugis demi rakyat
- Senarai Pakej Kenaikan Yuran Taska 2015 Naik : Bayi (RM550), Kanak-kanak (RM350 – RM450). Taska Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor?
- Asal usul ISIS
- PKR dakwa Najib berbohong kekalkan Akta Hasutan
- 5 bekas tahanan ISA dapat ganti rugi RM4.5 juta
- Harga minyak jatuh hampir AS$60 setong
- 'Beta boleh pilih MB PAS tapi...'
- Demo desak petrol RM1.90 pada 31 Dis
- Akibat fitnah Kit Siang, Utusan diarah bayar RM250 ribu
- Gagal tahan ‘jerung’, persepsi rasuah di Malaysia memburuk
- ‘Occupy University Malaya’ dilancar, pelajar berkhemah depan kampus
Najib Ganti Tunku Sebagai PM Paling Gembira Posted: 11 Dec 2014 04:27 AM PST shahbudindotcomJika Perdana Menteri pertama itu didapati memanggil rakan-rakannya bermain poker ketika api pergaduhan kaum sedang marak di Chow Kit dan Kampung Baru dalam peristiwa 13 Mei 1969, Najib pula tetap meneruskan agenda percutiannya ke luar negara biar pun pelbagai isu sedang melanda negara ketika ini. Najib ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan dan beberapa hari selepas itu dikatakan terus bercuti panjang sehingga 6 Januari 2015. Pada 1 Ogos lalu, iaitu pada Hari Raya ketiga dan sehari selepas mengadakan lawatan rasmi ke Belanda berhubung isu MH17, beliau juga didapati bercuti panjang sehingga 15 Ogos. Sebagaimana yang didedahkan oleh Asia Sentinel, di sebalik membatalkan jamuan Hari Rayanya, Najib didapati bercuti di beberapa bandar Eropah seperti Paris, Sardinia (Italy), Cannes, Rom dan London bersama sekumpulan ahli perniagaan Cina, jutawan playboy Taek Jho Low serta bekas Perdana Menteri Qatar. Hanya dalam tempoh kira-kira empat bulan saja selepas percutiannya yang terakhir, Najib sekali lagi mengambil cuti dan berehat di luar negara. Tahun-tahun sebelumnya juga, meskipun era pemerintahannya sentiasa diselubungi banyak masalah, Najib dan keluarganya sentiasa meluangkan masa untuk bercuti. Dengan ini, tidak diragui lagi bahawa daripada semua Perdana Menteri, Najiblah yang paling "enjoy" dan bergembira dengan jawatannya. Beliau dan keluarganya, disebalik pelbagai kecaman dan kekalutan yang berlaku dalam negara, didapati terus bergembira dengan segala macam kemudahan yang hadir bersama jawatan Perdana Menteri yang disandangnya. Cuti tetap cuti dan semua yang berlaku dalam negara seperti prestasi kerajaan yang dipertikai, sokongan rakyat yang terus merosot, kritikan Mahathir yang berterusan serta 1001 isu lainnya, langsung tidak mengganggu perancangannya untuk bercuti dan bergembira. Sebelum ini, ketika timbul isu pembaziran dan kemewahan yang melibatkan isteri dan keluarganya, ia juga tidak mengganggu untuk terus berbelanja mewah sehingga satu demi satu "kebejatan" keluarga Perdana Menteri didedahkan kepada umum. Tidakkah ini menunjukkan Najib seorang pemimpin yang mementingkan kegembiraan dalam hidupnya? Berbanding Mahathir yang pernah tidak bercuti selama beberapa tahun ketika suasana dalam negara tidak begitu menggalakkan suatu waktu dahulu dan kemudian bercuti panjang selama dua bulan apabila keadaan negara terkawal, Najib seolah-olah tidak sedia menangguhkan kegembiraannya yang sebenarnya tidaklah lebih utama daripada amanah yang dipikulnya. Sebagaimana dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu, di samping menyatakan kebimbangan bahawa hanya dengan merosotnya sokongan pengundi sebanyak 2 peratus saja sudah boleh menyebabkan UMNO dan BN hilang kuasa dalam PRU 14, Muhyiddin Yassin turut menyatakan bahawa beliau dan Najib akan mengurangkan program-program ke luar negara bagi memberi lebih tumpuan kepada masalah dalam negara. Ketika pewakilan UMNO di Dewan Merdeka bertepuk dan bergembira dengan perkhabaran itu yang seolah-olah menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin, sejurus kemudian semuanya "terbarai" apabila didapati Muhyiddin pergi China manakala Najib pula ke Korea Selatan. Dan ini juga bukanlah kali pertama Najib dan Muhyiddin tidak berada dalam negara secara serentak, malah disambung pula dengan percutian Perdana Menteri sehingga 6 Januari 2015 tidak ubah seperti memandang "enteng" semua masalah dan kekalutan dalam negara. Adakah Najib tidak bimbang dengan kedudukan UMNO dan BN yang kian merosot ketika ini yang ditambah dengan kritikan berterusan daripada Mahathir terhadapnya? Apakah Najib juga tidak bimbang UMNO akan kalah dan kemungkinan BN menjadi pembangkang selepas ini? Atau Najib memang tidak peduli dengan nasib dan masa depan UMNO selepas ini kerana sekurang-kurangnya beliau sudah merasa menduduki kerusi Perdana Menteri yang menjadi buruan ramai pemimpin itu. |
Alvin dan Ali, perginya tidak dihalau, pulangnya pun tidak perlu dijemput Posted: 11 Dec 2014 04:20 AM PST ASPAN ALIAS Isu Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil menjadi isu yang terkini yang tersiar dalam akhbar dan portal alternatif dan kita dengar berbagai-bagai reaksi terhadap pembatalan pasport antarabangsa mereka. Alvin Tan dikatakan telah melarikan diri ke AS manakala Ali Abd Jalil kini mendapat perlindungan suaka politik di Sweden. Penarikan balik pasport antarabangsa itu adalah isu biasa dan bukan sahaja Alvin dan Ali yang mendapat pembatalan pasport antarabangsa itu, malahan ribuan yang mendapat nasib yang sama kerana berbagai-bagai sebab seperti mengalamai kebankrapan dan sebagainya. Tidak timbul pemansuhan kewarganegaraan kedua-dua mereka dan isu ini tidak perlu dijadikan isu yang perlu dibahaskan dengan hangat. Kedua-duanya tetap warganegara ini dan mereka adalah sama seperti mereka yang melakukan kesalahan lain yang tidak dibenarkan memiliki pasport antarabangsa untuk perjalanan jauh ke negara lain. Bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang 'level headed' isu ini bukanlah satu isu besar. Negara mempunyai Perlembagaan dan Undang-Undang. Kita boleh berselisih pandangan dan pendapat tetapi asas penting sebagai rakyat sebuah negara yng mempunyai Undang-Undang dan Perlembagaan tindakan kedua-duanya meremehkan agama dan Raja-Raja Melayu itu sememangnya memerlukan reaksi dari pihak yang berwajib. Tidak usahlah kita percaya dimana-mana dinegara lain kita akan mendapat kebebasan seratus peratus seperti haiwan di hutan. Di Sweden, kita telah faham sekarang, merotan anak pun adalah salah dari segi undang-undang sedangkan agama kita meminta ibu bapa merotan dengan cermat anak-anak yang tidak mahu dan engkar untuk bersolat setelah umurnya sampai tujuh tahun. Harimau liar di hutan tidak terjumpa di luar hutan kerana harimau itu tahu dia tidak selamat kalau masuk kawasan bandar seperti Kuala Lumpur atau di Bahau. Tempatnya di hutan belantara bukannya di bandar atau di tempat yang sudah terbuka kawasannya kepada manusia. Apatah lagi manusia, undang-undang itu penting kerana manusia mesti mengikut undang-undang yang ada semata-mata untuk menjadikan kehidupan manusia sejagat tersusun hidup mereka dan beretika dalam kehidupan seharian. Jika marah kepada UMNO tumpukan usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat dan jika gagal jangan membakar negara kerana kita gagal untuk menjatuhkan parti itu. Ramai di kalangan yang muda sekarang mahukan kebebasan seperti kebebasan haiwan di hutan yang sendirinya tidak sebebas yang di jangka manusia. Tetapi mereka yang berfikiran begini susah untuk di ajar, maka yang paling baik ialah untuk mengabaikan sahaja tindakan mereka, apatah lagi mereka memilih untuk duduk diluar negara. Tidak ada siapa yang menghalau mereka tetapi mereka sendiri yang pergi meninggalkan negara ini. Tetapi mereka juga tidak diminta pulang kerana mereka melanggar undang-undang yang ada. Bak kata perpatah, 'perginya tidak dihalau, pulangnya nanti tidak dijemput. Perginya tidak nampak belakang dan jika mereka pulang pun tidak nampak mukanya'. Anak-anak muda begitulah. Mereka terpaksa belajar melalui pengalaman sendiri dan tidak mahu belajar dari kesilapan orang lain. Mungkin terlalu terpengaruh dengan tindakan politik yang beremosi setengah pihak yang membuatkan mereka begitu agressif, kita memahami keadaan mereka. 'Anak muda julung berkeris, batang pisang pun disanggah mereka'. Maka adalah tidak bijak bagi pemimpin seperti Ahmad Zahid Hamidi untuk berpolimik dengan kedua-dua mereka ini jika beliau mahu mengekalkan intergriti sebagai seorang pemimpin tinggi dalam kerajaan yang diberikan kuasa yang besar untuk bertindak di atas landasan undang-undang yang ada. Mereka bukannya mempunyai 'consequence' apa-apa maka tidak perlu memberikan reaksi terhadap kenyataan-kenyataan mereka. Jika pemimpin kita memberikan respons dan meneruskan polimik dengan mereka ia akan hanya menjelaskan lagi betapa dhaifnya status kepimpinan sesiapa yang memberikan reaksi itu. Jika tindakan mereka membatalkan dokumen perjalanan mereka itu dianggap betul lakukan tanpa mengeluarkan suara yang marah kerana jika melatah secara begini ia akan diyakini yang pimpinan yang berkuasa ini tidak mempunyai keyakinan diatas tindakan beliau sendiri. Maka tidak perlu berpolimik dan biarkan masa menentukan kehidupan mereka yang mendapat perlindungan suaka politik itu. Jangan dijinakkan oleh permainan politik setengah pihak dan individu dengan melatah dan tidak berhenti-henti memberikan reaksi. Zahid sepatutnya lebih dewasa dalam isu ini. Asalkan kita tidak menghalau dan menjemput mereka kembali serta tidak melucutkan kewarganegaraan itu sudah memadai bagi kedua-dua mereka. Mereka tentulah mempunyai kehidupan yang lebih baik ditempat lain dan mungkin kebebasan yang mereka cari itu terdapat ditempat lain. We wish them all the best. Asalkan elok untuk mereka kita tidak boleh marah-marah. Itu hak mereka. Kita berharap kedua-dua anak muda ini akan berjaya ditempat idaman mereka kerana mereka tidak berkeyakinan mendapat kehidupan yang baik di sini. Mereka boleh tinggal dinegara yang tidak beraja dan tidak ada UMNO atau dengan apa-apa yang mereka tidak gemar disini. Masing-masing mempunyai kebebasan untuk tinggal dimana-mana. Bagi Alvin dia boleh mencari kedamaian dengan masyarakat yang berbudayakan seks bebas kerana di sini kita tidak menerima budaya kotor itu. Kita di sini adalah manusia yang masih menjaga budaya bersih dari budaya seks bebas ini. Kita pecaya seks bebas ini hanya dilakukan oleh haiwan seperti kambing dan anjing dan lain-lain sahaja. |
'Ini perlembagaan sekular, bukan Islamik' Posted: 11 Dec 2014 04:04 AM PST MALAYSIAKINI Seorang bekas presiden Majlis Peguam menegaskan bahawa Malaysia adalah negara sekular, seperti termaktub dalam satu penghakiman Mahkamah Persekutuan. Bercakap dalam forum Hari Hak Asasi Dunia 2014 di Petaling Jaya semalam, Kuthubul Zaman Bukhari berkata sebarang undang-undang yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan dianggap tidak sah, tanpa mengira sama ada ia undang-undang syariah atau sivil. Kuthubul Zaman adalah presiden Majlis Peguam dari tahun 2003 sehingga 2005. Beliau memetik penghakiman bertulis Tun Mohamed Salleh Abas, bekas hakim mahkamah agung, dalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pengedar dadah Muslim. Memetik penghakiman itu, Kuthubul berkata Mohamed Salleh menyebut bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukan negara Islam. "Ini adalah penghakiman Mahkamah Persekutuan. Penghakiman ini masih sah. "Setahu saya, negara ini ditadbir oleh perlembagaan sekular dan bukan perlembagaan Islamik," kata Kuthubul Zaman. |
Posted: 11 Dec 2014 03:58 AM PST MALAYSIAKINI Naib presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliau akan mengemukakan memorandum kepada pihak pentadbiran Universiti Malaya bagi membantah tindakan ke atas tujuh orang aktivis siswa tersebut. Katanya, beliau akan menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada naib canselor, Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin. "Saya akan teruskan tindakan minggu depan dengan menyerahkan memorandum bantahan kepada UM. "Saya akan tulis secara rasmi dan serahkan kepada naib canselor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Rafizi mengulas mengenai tindakan pihak berkuasa ke atas kumpulan Occupy UM yang berkhemah di hadapan pintu masuk kampus tersebut. Katanya, arahan penguatkuasa supaya mahasiswa berkenaan menurunkan khemah adalah tindakan yang keterlaluan. "Itu satu tindakan yang keterlaluan kerana tidak melibatkan orang ramai atau undang-undang. Ianya diantara mahasiswa dan pihak universiti. "Ia dalam lingkungan kawasan universiti, tak ganggu orang awam," katanya yang melawat tapak perkhemahan tersebut pagi ini. "Saya baru saja pergi melawat tapak itu dua jam lalu, sekarang ini mereka sudah arah mahasiswa untuk turunkan khemah. "Saya yakin yang mereka tetap teruskan Occupy UM," katanya dengan tegas. Tujuh orang siswa UM, termasuk bekas presiden persatuan pelajar, Fahmi Zainol, dikenakan hukuman ekoran penglibatan dalam satu program bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada penghujung Oktober lalu. Seorang lagi didapati tidak bersalah oleh pihak pentadbiran universiti. Kesemua lapan orang siswa tersebut digelar sebagai UM8. |
Mahkamah ketepi saman balu PI Bala terhadap PM Posted: 11 Dec 2014 03:54 AM PST MALAYSIAKINI Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengetepikan saman RM1.9 juta yang difailkan oleh balu P Balasubramaniam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan tujuh yang lain. Hakim Datuk Hasnah Mohamed Hashim berkata A Santamil Selvi tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu. Katanya, kenyataan tuntutan juga gagal menyatakan sebab yang munasabah untuk bertindak terhadap semua defendan dan dakwaan konspirasi. Santamil memfailkan saman itu pada Jun tahun ini. Mahkamah bagaimanapun, tidak memutuskan sama ada tiga orang anak Santamil dengan mendiang suaminya Balasubramaniam mempunyai locus untuk memfailkan saman itu, kata peguam keluarga itu, Americk Sidhu (kiri). Hasnah turut memerintahkan Santamil membayar kos RM2,000 kepada enam daripada sembilan defendan, termasuk Najib dan Rosmah |
Pemuda Pas sangkal dakwaan Presiden PKR Posted: 11 Dec 2014 03:51 AM PST Muhammad Khalil Abdul Hadi SHAH ALAM - Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berkomunikasi dengan rakan pemimpin dalam pakatan adalah tidak benar, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi. Menurutnya, hubungan antara parti dalam PR bukan berbentuk individu dengan individu sebaliknya hubungan antara parti dengan parti. "Sepatutnya tidak timbul isu seperti ini kerana kita (Pas) dalam PR sentiasa berkomunikasi antara sama lain," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Muhammad Khalil berkata, soal kesihatan yang menyebabkan Abdul Hadi tidak berkomunikasi juga tidak timbul kerana doktor telah membenarkan beliau meneruskan tugasan seperti biasa. "Beliau telah ke Parlimen dan saya yakin sewaktu di Parlimen, beliau berjumpa dengan pimpinan tertinggi PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Cuma beliau memerlukan rehat yang cukup bagi memastikan tahap kecergasan kembali pulih selepas sakit tempoh hari," katanya yang juga anak Abdul Hadi. Katanya, PKR dan DAP sepatutnya mencari jalan memperkukuhkan ikatan antara parti dalam PR. "Saya berpendapat PKR dan DAP seolah-oleh tidak ada isu lain dibangkitkan sehingga sering mengaitkan isu berkaitan Presiden Pas. Seperti sedia maklum, Pas pada muktamar semenetapkan pendirian untuk terus bersama PR dan tidak akan berganjak," katanya. |
PKR kata BN Selangor tidak hormat sistem demokrasi Posted: 11 Dec 2014 03:47 AM PST Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor, jelas menunjukkan ketidakhormatan kepada proses demokrasi dan sistem monarki negara ini sekiranya enggan menamakan jawatan ketua pembangkang bagi negeri tersebut.Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, jika BN masih berdegil ia akan melihatkan BN Selangor gagal memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat setelah mereka dipilih sebagai wakil negeri. "Jika terus bersikap tidak matang, meletakkan jawatan adalah jalan terbaik bagi Umno supaya tidak berlarutan masalah dalam jangka panjang di Selangor. "Ini adalah satu langkah yang amat mengecewakan apabila mereka telah diberi mandat dari rakyat pada pilihan raya yang lalu bagi mewaikil suara mereka di dalam Dewan Negeri. "…tetapi tidak digalas dengan baik. Oleh itu Rakyat Selangor harus bangkit dan menyuarakan bantahan kepada BN yang mewakili kawasan mereka untuk memastikan bahawa BN menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Zuraida berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias yang meletakkan jawatan dan memulangkan kereta rasmi, Isnin lalu. Untuk rekod sehingga kini, nama Ketua Pembangkang Selangor yang baharu belum dinamakan. Terdahulu, Speaker Dun, Hannah Yeoh menggesa BN segera menamakan Ketua Pembangkang bagi meneruskan tanggungjawab semak dan imbang dalam pentadbiran negeri. Hannah berkata, BN perlu memilih salah seorang daripada 12 Adunnya yang layak dan sudi untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang sekaligus Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Kerajaan (PAC). "Sekiranya BN berkeras enggan menamakan salah seorang Adunnya, mereka perlu jawab kepada rakyat kerana tugas semak dan imbang ialah tanggungjawab pembangkang di setiap negeri. "Kita tukar Peraturan Tetap 68 (1) supaya Pengerusi PAC dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang bukan untuk main-main tetapi diselaraskan dengan negara Komanwel lain seperti Australia, United Kingdom, India dan New Zealand," katanya ketika sidang media di pejabatnya, semalam. |
Posted: 11 Dec 2014 03:45 AM PST KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pulai, Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed memuji keberanian aktivis pelajar, Adam Adli atas tindakannya selama ini. Nur Jazlan turut menjangkakan Adam bakal menjadi pemimpin negara ini pada masa akan datang. "Satu hari, Adam mungkin akan jadi seorang pemimpin di negara ini. Saya pun tidak seberani dia," katanya pada forum 'Freedom of Expression Under Threat?', di sini, hari ini. |
Kalimah Allah: Pakatan digesa henti tuding jari Posted: 11 Dec 2014 03:40 AM PST MALAYSIAKINI MCA hari ini menuntut dua kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat supaya berhenti menyalahkan kerajaan persekutuan berhubung larangan pengunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, dan sebaliknya menggunakan kuasa mereka untuk meminda enakmen negeri masing-masing. Ahli jawatankuasa MCA pusat, Datuk Seri Ti Lian Ker dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor mempunyai majoriti yang cukup untuk meminda enakmen negeri yang melarang penggunaan kalimah 'Allah' dan beberapa lagi perkataan di kalangan bukan Islam. Beliau juga menegaskan bahawa undang-undang melarang penggunaan perkataan berkenaan, kebanyakannya melalui enakmen negeri, yang boleh diubah oleh pemimpin negeri. Ti berkata, memandangkan Pakatan memenangi 30 daripada 40 kerusi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, dengan hanya enam ADUN Pakatan beragama Islam, beliau pasti Ketua Menterinya, Lim Guan Eng boleh dengan mudah mendapatkan 27 ADUN (majoriti dua pertiga) untuk mengundi bagi berbuat demikian. Ti mendakwa bahawa kerajaan yang diterajui Pakatan juga telah memainkan sentimen penganut Kristian, yang menyumbang kepada sebahagian besar undi mereka. Realiti politiknya, tegas Ti, di Pulau Pinang dan Selangor, terdapat bank undi penganut Kristian yang penting dalam memilih kerajaan negeri hari ini. Pakatan, katanya, telah mendapat mandat yang hampir mutlak dari undi penganut Kristian. Beliau juga mempersoalkan motif di sebalik 'Buku Jingga', yang dihasilkan oleh Pakatan, dan bertanya mengapa pemimpinnya belum menggunakannya di negeri masing-masing untuk memenuhi janji-janji mereka. Ti membidas DAP dan kerajaan Pulau Pinang yang menurutnya perlu "menjadi berani untuk membetulkan keadaan" dan bukan mengalih kesalahan kepada pihak lain. Menurutnya lagi, jika DAP ikhlas dalam mahu berlaku adil kepada penganut Kristian (di Selangor dan Pulau Pinang), mereka harus berani untuk membetulkan keadaan politik mengikut garis Penyelesaian 10-Perkara bagi Sarawak dan Sabah. Katanya, bola kini di gelanggang DAP di Pulau Pinang dan mendakwa DAP tunduk kepada telunjuk minoriti di negeri itu. Jelas, dakwanya, DAP mengamalkan dwi-standard terhadap MCA dan DAP sebaliknya jelas memilih kepentingan politik. "Oleh itu, berhentilah mengalihkan kesalahan itu kepada MCA, BN atau kerajaan persekutuan," tegas Ti lagi. Dalam keputusan majoriti Jun lalu, mahkamah tertinggi Malaysia enggan memberi kebenaran untuk mendengar rayuan Gereja Katolik dalam kes penggunaan kalimah 'Allah'. Dengan itu, ia mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 bahawa larangan penggunaan kalimah 'Allah' oleh The Herald, adalah tidak sah. Salinan Bible dalam bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah 'Allah' telah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari Persatuan Bible Malaysia pada 2 Januari dan hanya dipulangkan bulan lepas. |
'Melayu ternama' hentam PERKASA, ISMA Posted: 11 Dec 2014 03:04 AM PST MALAYSIAKINI Seorang daripada 25 bekas penjawat awam kanan yang menulis surat terbuka meminta perdana menteri menunjukkan kepimpinannya terhadap kumpulan sayap kanan yang tiada toleransi, melontarkan kritikan pedas pada PERKASA dan ISMA. Sinchew Daily melaporkan, bekas duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin (bawah) membidas dua NGO itu kerana melakukan serangan peribadi, bukan berdebat mengenai perkara dibangkitkan dalam surat itu. Katanya, jika tuntutan ISMA dan PERKASA bahawa mereka mewakili sebahagian besar Melayu adalah benar, barulah ia perlu diberi perhatian. "Ini kerana kedua-dua kumpulan ini dengan jelas rendah standard, kurang berpendidikan, tidak berupaya melihat sikap perkauman mereka, tidak bertolak ansur, taat membuta tuli, dan memusnahkan masyarakat di negara kita," katanya dalam wawancara dengan akhbar itu. Dalam laporan itu, beliau berkata semua 25 bekas penjawat awam terlibat amat bimbang jika ekstrimis dan fanatik agama tidak dipantau. |
Polis, DBKL gempur 'Occupy UM' Posted: 11 Dec 2014 03:01 AM PST MALAYSIAKINI Sepasukan anggota polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) muncul untuk menggempur tapak perkhemahan 'Occupy UM' pada petang ini. Pasukan itu tiba pada kira-kira jam 3 petang dan di hadapan pintu masuk Universiti Malaya (UM) petang ini dengan dua kereta polis dan satu trak DBKL. Dalam keadaan hujan lebat, para mahasiwa berkenaan menurut arahan tersebut dan merobohkan khemah berkenaan. Mengulas perkara itu, Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya, Safwan Shamsudin berkata, mereka mempertimbangkan untuk mendirikannya semula kelak. "Kami sudah menurunkan khemah yang kami dirikan, kerana kami tak mahu mereka angkut khemah kami. "Mungkin kami akan naikkannya semula nanti," ujarnya kepada Malaysiakini. Katanya, pihak DBKL turut mengarahkan mereka menurunkan salah satu helaian plastik yang dijadikan tempat mereka berteduh. Tambahnya, kumpulan mahasiswa itu enggan menurunkannya kerana ia menjadi tempat mereka berteduh. "Sekarang ni hujan lebat, kami cuma minta tempat untuk kami berteduh," katanya. Safwan berkata, walaupun khemah diturunkan, mahasiswa akan terus berkumpul sehingga UM menarik balik hukuman ke atas tujuh mahasiswa dikenakan tindakan tatatertib. Perkhemahan siswa berkenaan masuk hari kedua pada hari ini. Sebelum itu berlaku rundingan selama sejam antara DBKL dan mahasiswa bagi mencapai kata putus slepas peserta 'Occupy UM' setuju menurunkan tujuh khemah yang didirikan dan lapan kain rentang yang dipasang sekitar kawasan itu. Tinjauan Malaysiakini mendapati khemah telah diturunkan tetapi masih dilonggokkan di satu tempat di kawasan itu. Lapan mahasiswa disiasat UM sebelum ini selepas menganjurkan program pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kebenaran. Bagaimanapun seorang didapati tidak bersalah dan tujuh lagi dikenakan tindakan, termasuk digantung pengajian dan didenda. |
Bekas K.Penerangan UMNO Pekan Dedah Tembelang Najib: Najib Tidak Ada Kompetensi! Posted: 10 Dec 2014 11:00 PM PST KELAB GREENBOCApalah yang hendak kita hairan bila Najib sebut perkataan bangang? Perkataan ini datang naturally kepada seorang aristokrat dan bourgeois seperti Najib- papa kedana, haramjadah, bangang, dan lain2. Najib bukan ada cukup budaya Melayu untuk lebih tertib memulih istilah yang digunakan. Bila saya kata Dato Najib pemimpin lemah dan tidak bertulang belakang, ramai orang marah. Terutama pemuja Dato Najib yang memberi pelbagai macam warnaan metos kepada batang tubuh Najib. Ini perkara biasa yang dilakukan oleh mereka yang berminda kecil dan tak bersekolah tinggi. Reality nya, Najib itu manusia macam kita juga. Bahkan banyak lemah dari kekuatan. Nasib dia baik- dia berbinkan Tun Razak dan laluan politik dia lebih mudah. Paling penting, dia banyak wang. Wang meratakan semua dan menutup segala kelemahan. Sesiapa yang ada bakat average jika diberi jalan mudah seperti Najib akan dapat lakukan apa yang Najib lakukan. Saya ulang sekali lagi- jika Najib boleh jadi PM, sesiapa pun boleh. Hari ini, Dr Mahathir sendiri menyatakan, ada ramai yang boleh ganti Najib. Muhkriz boleh. KJ pun boleh. Jika PR menang, Azmin Ali pun boleh. Rafizi pun boleh. Ramai lah. Sahabat baru saya, Outsyed the Box- lebih hebat menyatakan beg plastic TESCO lebih berkapasiti dari Najib. Beg plastic itu boleh menampung banyak barangan, Najib pula, kurang kapasiti untuk memahami apa yang berlaku. Saya menyatakan perkara ini sejak tahun 2008 lagi. 6 tahun mengkritik kepimpinan Najib tidak mungkin dilakukan atas dasar dendam kesumat. Tentangan ini adalah atas dasar kepimpinan, dasar dan polisi kerajaan nya, pemikiran, wawasan Najib dan kerana incompetence Najib. Saya sebutkan disini- let's face it- Najib is the most incompetent leader that we have thus far. Pernah satu masa dahulu, ada seorang blogger melantik dirinya sebagai pendinding dan pembela Najib- mengatakan bahawa jasa Najib kepada saya terlalu banyak. Orang Inggeris kata- the proof is in the eating. Jika saya ada membuat kesalahan dan mengambil kesempatan- masakan perkara2 ini didiamkan oleh pemimpin UMNO dan negeri? Tentu mereka berarak diseluruh bandar dan mendedahkan perkara ini. Semasa kempen PRU13, perkara yang paling kuat Najib boleh bantai saya ialah menyatakan saya suka berkelahi dengan ketua kampong. Saya memang pun berkelahi dengan 4-5 orang yang saya rekomen digantikan kerana mereka mencuri dan menjual tanah, membolot saham yang diagihkan kepada orang kampung, membuli masyarakat. Saya mahu mereka diganti sebab jika kita mahu membangunkan bangsa Melayu- pimpinan peringkat paling asas pun mesti bermutu tinggi. Bagaimana Najib mahu memimpin Negara jika 4-5 orang ketua kampong sudah boleh menggugat ketegasan Najib? Najib suka simpan crook, saya mahu gantikan mereka. Dan saya tidak faham perkara ini sampai kehari ini- bagaimana kita mahu membangunkan bangsa Melayu jika pimpinan peringkat kampung terdiri dan jaga bank, tukang kebun sekolah, kaki buli dan seumpamanya? Saya pun boleh bertanya demikian juga- bagaimana jasa saya kepada Najib? Ketika dia menang tipis 1999 dengan hanya 241 undi , tidak ada pun orang UMNO meletakkan diri mereka sebagai benteng. Bahkan ketika saya menjadi ketua penerangan UMNO Pekan dan melaksanakan program penerangan( bukan main futsal atau pertandingan bola) ada orang UMNO sendiri yang menyekat ketua penerangan UMNO dari menjalankan program penerangan. Saya bukan hendak membesarkan diri- tapi work ethics saya yang dilatih oleh Shell Malaysa tentulah tidak sama dengan budak lulusan tingkatan 5 gred 3 atau rendah. Blogger yang melantik diri sebagai pendinding Najib kata saya beroperasi atas dendam kesumat dalam dada. Saya nak tanya blogger ini- bolehkah seseorang beterusan dimotivasikan oleh dendam kesumat? Dendam akan memakan diri yang mengandung dendam tersebut. Tentangan saya terhadap kepimpinan Najib ialah kerana saya merasakan Najib is not a good leader. Dia tidak ada vsion, dia tidak ada values untuk membangunkan bangsa Melayu. Bagaimana seorang yang hidup dalam budaya aristokrat dan bourgeois boleh membangunkan bangsa Melayu? Najib simply does not have that culture untuk memimpin negara. Yang dia ada ialah career- dia seorang political careerist yang terpelanting masuk dalam arena sesudah kematian Tun Razak dan memulakan career nya sebagai pemimpin. Apa nilai2 yang dia ada sejak remaja lagi? Tidak ada. Saya tidak ada malice lansung menyatakan perkara ini- dia bukan Mahathir, dan bukan Tun Razak yang mempunyai political culture untuk memimpin Negara. Tapi, kerugian UMNO ialah keuntungan bagi pihak pembangkang ketika ini. Dibawah Najib UMNO mulai kehilangan kredibiliti. UMNO hanya survive sekarang sebab mereka menguasai apparatuses pemerintahan. Dan mereka ada monopoli keatas legitimate coercive forces- polis, tentera, pasukan keselamatan lain. Tanpa kuasa ini, UMNO tidak mampu menawarkan apa2 idealisme kepada rakyat. Budak2 UMNO sendiri pun hari ini tidak tahu perjuangan UMNO 46. Yang mereka tahu dan kenal ialah re-inkarnasi UMNO atau jelmaaan semula UMNO. Mulai tarikh tersebut, UMNO penuh dengan pemimpin yang mahu mengkayakan diri. Kepada orang Melayu- yang UMNO boleh tawarkan ialah pemberian material. UMNO boleh beri BR1M - RM900 untuk tahun 2015 yang boleh diterjemahkan sebagai RM2.47 sen sehari. Harga kangkung sekilo RM2.80. Ikan Kembung sekilo RM14. Sila beritahu raykat, boleh tak mereka hidup dengan RM2.47 sehari? Saya ketawa terbahak bahak bila Najib kata blogger2 UMNO bangang. Suatu ketika saya berjumpa dengan Najib dan memberitahu didepan muka dia, dia employ blogger bermutu rendah- dia kata dia tak cukup blogger berkualiti. Saya ada dengar dia menyediakan bajet RM5juta untuk employ blue bean army tapi semua nya hampas belaka. Blogger UMNO hanya tahu maki hamun dan menyelar peribadi blogger pembangkang dan tidak ada kapasiti untuk berdebat perkara dan isiu sabstantif. Tapi blogger bangang jangan berkecil hati ya- kerana jika mereka bangang, majikan mereka lagi bangang. Yang tak bangang ialah penyelia blogger bangang yang dapat bajet besar. -sakmongkol |
[HEBAHKAN] SKMM Beri Amaran Sebaran Malware Melalui Facebook Posted: 10 Dec 2014 10:59 PM PST KELAB GREENBOCSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengeluarkan amaran kepada pengguna Facebook supaya berhati-hati dalam melayari pautan yang mengandungi unsur seks. Menerusi kenyataan di akaun Facebooknya, SKMM meminta orang ramai agar tidak tertarik untuk memasuki pautan yang kononnya memaparkan video 'Gadis Mabuk Setelah Pesta' atau 'Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk'. Menurut SKMM jika pengguna klik pada pautan berkenaan, mereka akan diminta untuk memuat turun satu perisian berbentuk plugin yang sebenarnya adalah sejenis malware. Sekiranya pengguna Facebook menjumpai kandungan sedemikian, mereka digesa jangan berdiam diri tetapi segera membuat laporan supaya kandungan itu dapat dibuang. "Jika anda terjumpa kandungan sebegini, anda dinasihatkan untuk membuat laporan penyalahgunaan secara terus kepada Facebook di ruangan 'Report This Post – It's Spam' di bahagian kanan (atas) kandungan berkenaan. "Sekiranya akaun anda telah dijangkiti malware, sila tukar kata laluan akaun anda secepat mungkin," kata SKMM memberi amaran. SKMM juga meminta orang ramai menghebahkan maklumat ini supaya tiada yang menjadi mangsa spam. |
MB: Pembangkang disantuni ilham tradisi demokrasi Bugis demi rakyat Posted: 10 Dec 2014 10:48 PM PST SELANGOR KINISHAH ALAM : Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat menyantuni Barisan Nasional sebagai pembangkang di negeri itu berdasarkan prinsip tradisi demokrasi Bugis yang menjaga kepentingan rakyat. Katanya, tradisi Bugis menanam benih demokrasi, atau istilah Bugisnya amaradekangeng menjadi ilham beliau meraikan pembangkang dalam pentadbiran Kerajaan Selangor. "Berilhamkan falsafah amaradekangeng, pentadbiran patik turut menyantuni pembangkang kerana mereka adalah sebahagian dari demokrasi. "Maksud patik hanya semata-mata untuk memajukan demokrasi dan agar pembangkang turut berkhidmat menjaga kepentingan rakyat Tuanku," kata Mohamed Azmin. Beliau berkata demikian dalam ucapan Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-69 hari ini di Istana Alam Shah. Kata beliau tradisi keilmuan masyarakat Bugis juga mempunyai pengaruh besar terhadap tradisi keilmuan Melayu. "Seperti ditampilkan Tuhfat al‐ Nafis, teks penting pensejarahan dan kebudayaan Melayu-Bugis yang ditulis oAlmarhum Raja Ali Haji, pendita agung Melayu berketurunan Bugis di abad ke-19," kata Mohamed Azmin. Katanya, bahkan hari ini, dunia baru sahaja menemukan kembali epik bangsa Bugis bernama I La Galigo, karya dikatakan lebih panjang dari Mahabharata, yang sejak 2004 dipersembahkan sebagai muzikal di Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan Singapura. "Di bawah naungan Tuanku, kepelbagaian budaya Melayu bersekutu dengan kosmopolitanisme Selangor disuburkan sesuai cogan kata Malaysia: Bersekutu Bertambah Mutu," katanya.EZY |
Posted: 10 Dec 2014 10:45 PM PST Senarai Pakej Kenaikan Yuran Taska 2015 Bayi (RM550), Kanak-kanak (RM350 – RM450). Taska Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor? : Dahulu taska di seluruh Malaysia tidak mendapat sambutan Tetapi tidak untuk hari ini, ia sudah jadi satu keperluan dan kemestian dikalangan ibubapa yang bekerjaya bagi menampung kos sara hidup setiap bulan di samping tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak mereka. Nah…disebalik masalah itu, hari ini pusat taska di Malaysia sudah tumbuh bagai cendawan selepas hujan terutamanya di bandar-bandar besar sperti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Ada yang haram, ada yang halal. Ada yang berdaftar. Ada juga yang tidak berdaftar. Ada yang cekik darah & melampau-melampau. Ada caj dan harga yuran taska yang dieknakan masih lagi berpatutan. Macam-macam pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan pusat taska di Malaysia hari ini. Satu perkara yang tidak boleh disangkal lagi adalah, kenaikan caj dan yuran pusat taska di Malaysia naik tidak boleh disangkal lagi. Apatah lagi, menjelang bahang dan gelombang kenaikan kos sara hidup dan harga barang menjelang tahun 2015. Satu demi satu kenaikan yuran taska naik di Malaysia naik diumumkan kepada ibubapa. Terbaru, kenaikan yuran taska di Negeri Sembilan naik diumumkan seperti di bawah ini : Senarai Kenaikan Yuran Taska NaikTidak cukup lagi dengan itu, pengusaha taska boelh mengenakan caj dan yuran tambahan berdasarkan kehendak dan keperluan pihak pengurusan. KLIK SINI : Azeem Rifhan (Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia) di TASKA Desa Pinggiran Putra, Putrajaya |
Posted: 10 Dec 2014 10:34 PM PST MALAYSIAKINI November 16, 2014 "ICH" - "The Independent"- The Islamic State (Isis) has recruited an army hundreds of thousands strong, far larger than previous estimates by the CIA, according to a senior Kurdish leader. He said the ability of Isis to attack on many widely separated fronts in Iraq and Syria at the same time shows that the number of militant fighters is at least 200,000, seven or eight times bigger than foreign in intelligence estimates of up to 31,500 men. Dari mana agaknya perlu saya mulakan surah ini? Dari detik mana wajib saya jadikan patukan kelahiran ISIS? Saya bertanya kerana saya ingin berlaku adil ketika kita bersama-sama membaca salasilah dan memahami ISIS. Kepada anak-anak muda biar saya nyatakan bahawa pada 9 November 2011 dua bangunan World Trade Center di New York telah meledak dilanggar oleh kapal terbang penumpang. Juga Bangunan 7 dengan tak semena-mena telah runtuh. Ini 12 tahun dahulu. Semenjak itu dunia yang kita diami ini telah berubah. Dunia hari ini bukan seperti dunia sebelum ledakan WTC. Biar saya rungkai sejarah. Ketika ledakan 9/11 berlaku saya dikurung di Kamunting. Justeru, tidak banyak lambakan berita yang masuk. Tetapi saya masih ingat bagaimana pada minggu pertama setelah 9/11 ada muncul 'kisah' agen Saddam Hussein bertemu dengan wakil Mohamed Atta di Praque. Muhamad Atta dikatakan daripada kumpulan Al-Qaeda. Si Atta ini juga pemimpin 19 'pengganas' yang dikatakan telah meledakkan WTC. Begitu pantas risikan Amerika telah mengetahui rancangan Al-Qaeda. Malah maklumat ini dikatakan telah diketahui lima bulan sebelum ledakan. Tetapi, hairan bin takjub, tidak ada apa-apa yang dilakukan. Akhirnya pada 19 Mac 2003 Iraq telah diserang oleh Amerika atas tuduhan Saddan Hussein memiliki senjata pemusnah atau weapon of mass destruction. Tetiba kesah Saddam bersubahat dengan Al-Qaeda meledakkan WTC hilang ghaib begitu sahaja. Saya mengulangi kesah ini kerana saya merasa terpanggil oleh sejarah untuk merakamkan apa yang telah berlaku satu dekad yang lalu. Iraq dan Saddam Hussein tewas. Presiden Iraq ini digantung mati. Tetapi perang tidak mengendur tapi berterusan dan hari ini semakin melebar. Setelah Baghdad jatuh ,yang datang menjadi wakil Rumah Putih di Baghdad ialah seorang diplomat bernama Paul Bremer. Langkah pertama mamat Bremer ini telah meruntun dan memusnahkan apa sahaja lembaga-lembaga daulah dari kerajaan Saddam. Pegawai kerajaan, guru sekolah, pensyarah, pemandu, wartawan semua dibuang kerja. Paling memeranjatkan dunia ialah apabila semua askar, soldadu dan pegawai polis Irag dilucutkan senjata. Beratus ribu hilang pekerjaan. Mengikut lojik Bremer, semua ini dilakukan untuk memastikan semangat dan kesetiaan terhadap nasionalis Saddam dan parti Baath dapat dilupuskan. Maka perang gerila anti-Amerika dan antikolonial bermula. Perang gerila ini ini dipandu dan dipimpin oleh bekas soldadu dan tentera yang masih setia dengan Saddam. Mereka terdiri dari pelbagai jalur termasuk kaum nasionalis, kaum agamawan juga dari kabilah-kabilah suku Badwi yang memiliki kesetiaan kepada ketua kabilah. Perang gerila ini menghuru harakan Rumah Putih. Ramai soldadu Amerika dan sekutunya gugur. Langkah Bremer melupuskan tentera Saddam dilihat sebagai satu kesilapan besar. Maka satu taktik baru dimunculkan. Seperti kuasa kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu dan berhadapan dengan Perang Gerila Rakyat Malaya, Amerika juga menggunakan taktik 'pecah perintah'. Kalau di Tanah Melayu, kaum Cina dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan Melayu. Di Tanah Melayu, Cina dan Melayu digaduh-gaduhkan. Di Iraq, penganut Sunni dan Syiah digaduh-gaduhkan. Satu malam yang gelap agen Amerika secara sulit telah meledakan masjid Sunni. Satu minggu kemudian agen yang sama telah meledakkan masjid Syiah. Pemimpin Sunni dibunuh. Pemimpin Syiah dibunuh. Semua ini dilakukan beruang-ulang. Akhirnya setiakawan yang dibina di zaman kerajaan nasionalis hancur lebur. Kesedaran satu bangsa – Bangsa Iraqi hancur. Kini jati diri diwakili dengan kesedaran mazhab. Wilayah Utara Iraq menjadi negara Kurdish. Dari Baghdad ke Basrah menjadi wilayah Syiah. Penganut Sunni menduduki di antara dua kawasan ini. Kota Baghdad yang kosmopolitan di mana warga kota tidak memilih mukim Sunni atau Syiah kini hancur. Dalam kota Baghdad, daerah dan mukim mula dipisah-pisah melalui mazhab. Taktik pecah dan perentah ini membawa kejayaan besar kepada Amerika. Perang gerila mengendur dan akhirnya dapat dipatahkan. Puak penentang Amerika dari jalur nasionalis termasuk kumpulan Islamis telah hampir hancur. Mereka berundur ke wilayah padang pasir yang lebih selamat. Ketika inilah Presiden Obama dengan bangganya membawa bala tentera Amerika meninggalkan Iraq. Pada Disember 2011, Obama mengumumkan semua soldadu dan bala tentera Amerika selamat pulang. Iraq dipulangkan kepada Iraqi dibawah pimpinan Presiden Maliki. Iraq Baru bawah pimpinan Presiden Maliki membawa satu harapan kepada rakyat Iraq. Presiden Maliki diharap-harapkan akan membawa keamanan. Tetapi harapan tinggal harapan. Maliki dilihat bukan Presiden Iraq, bukan mewakili Iraqi tetapi menjadi Presiden Syiah. Sikap berpuak Maliki ini cukup tebal dan ini gagal untuk melahirkan Iraq Baru pasca-Saddam. Pilihan raya 2010 telah memperlihatkan cara pengundi memilih. Sama seperti yang berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1955, Melayu undi Melayu, Cina undi Cina. Di Iraq, Syiah undi Syiah dan Sunni undi Sunni. Sikap sekterian mazhab ini semakin menebal. Pertelingkahan Shia/Syiah ini menjadi bertambah buruk. Naib Presiden Tariq al-Hashemi telah dituduh oleh Maliki bersekongkol dengan 'puak pengganas'. Tariq melarikan diri. Pada September 2012 dia telah dijatuhkan hukum mati. Kini Tariq seoarang Sunni hidup dalam buangan di Doha. Sikap sekterian Maliki ini tidak berkesudahan. Kini seorang lagi menteri kewangan Iraq dituduh bersekongkol dengan 'puak pengganas'. Raffi al-Issawi dilihat sebagai perwakilan Sunni dalam kabinet Maliki. Pada bulan Disember 2012, sosok ini diserang dan cuba ditangkap. Raffi yang amat-amat dihormati di kalangan Sunni kini melarikan diri. Dengan ini keyakinan warga Sunni terhadap kerajaan Iraq Baru hancur. Ketika semua ini berlaku Abu Bakar Baghdadi mungkin dalam penjara Amerika di Kem Bucca atau mungkin telah dibebaskan. Apa yang sahih dalam penjara Iraq, ada ratusan anak-anak muda Sunni yang telah ditahan oleh soldadu Maliki. Dalam masa yang sama kumplan Rela Syiah terus menerus membunuh anak-anak muda Sunni walau pun mereka tidak terlibat dalam apa gerakan politik. Syiah bunuh Sunni menjadi lumrah hinggakan saban hari mayat bergelimpangan ditemui di pinggir jalan. Ketika ini juga Amerika sedang menjalankan strategi induk untuk mendominasi telaga minyak dunia. Racangan kaum imperialis Amerika untuk mengepung dan memiliki telaga minyak dunia sedang dijalankan satu persatu. Libya kini telah menjadi wilayah Amerika. Gadaffi telah mati dibunuh, maka langkah saterusnya ialah menyerang Syria. Amerika menyerang Syria adalah sebahagian daripada tindakan yang telah dilakar dan dirancang. Amerika dengan licik telah menggunakan dasar 'pecah perintah'. Di Iraq, Amerika mendokong kerajaan Syiah manakala di Syria Amerika menyokong Sunni untuk menggodam Bashir yang dikatakan dari mazhab Syiah. Perang Syria ini telah membuka peluang yang amat baik untuk Al-Qaeda cawangan Iraq. Pada musim panas 2011 mereka telah memasuki Syria. Di Syria, Al-Qaeda telah mendapat sambutan hangat. Mereka dilihat sebagai pejuang Sunni. Saudi, Qatar dan Kuwait telah menyokong dengan dolar dan dinar segala jenis macam kumpulan-kumpulan Sunni yang dikatakan ingin menumbangkan kerajaan Bashir. Senjata mula masuk mencurah-curah dari Amerika dan sekutunya. Amerika, Britain, Perancis dan Turki telah terlibat secara langsung dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan Bashir di Damascus. Di sinilah Al-Qaeda yang berpengalaman dalam taktik perang gerila telah membuktikan ketrampilan mereka. Kalau dahulu mereka hanya menunggu duit zakat dan sedekah, kini duit dan senjata datang mencurah-curah. Mereka juga telah mula menjalankan 'road block' untuk memungut cukai, melakukan 'rompakan' untuk menambah dana. Al-Qaeda juga telah berjaya menawan telaga minyak di Syria. Pada bulan April 2013, warga Sunni di Iraq telah melakukan tunjuk perasaan di Bandar Huwija. Seorang soldadu telah 'ditembak' mati. Tapi tindak balas dari Presiden Maliki cukup memeranjatkan. Seramai 56 penunjuk perasaan telah ditembak mati oleh soldadu Maliki. Keadaan ini menjadikan semua pekan dan kota bermajoriti Sunni – Ramadi, Fallujah, Takrit dan Mosul- keluar berdemo untuk bersetiakawan. Dalam suasana inilah kumpulan Al-Qaeda cawangan Iraq berhujah bahawa pilihan raya telah dijalankan dan hasilnya menteri Sunni ditangkap. Tunjuk perasaan telah dilakukan. Hasilnya ramai yang ditembak mati. Al-Qaeda kini berhujah bahawa masanya telah sampai untuk semua anak muda Sunni bangun menentang Maliki dengan mengangkat senjata. Lima bulan sesudah pembantaian di Huwija, Al-Qaeda telah menyerang penjara Abu Ghraib. Serangan ini membebaskan 500 tahanan. Ini bermakna Al-Qaeda bertambah 500 orang gerila. Dengan senjata dari Syria dan sokongan warga Sunni, Al-Qaeda telah menyerang Ramadi dan Falujjah. Dua kota Sunni ini berjaya ditawan. Amat jelas soldadu Maliki tidak ada keupayaan untuk menentang kumpulan Al-Qqeda ini. Pada bulan April 2013, Al-Qaeda Iraq menukar nama untuk menjadi Negara Iraq dan Levant (ISIS) dan melantik Abu Bakar al-Baghdadi sebagai pemimpin. ISIS menghidupkan kembali konsep Khalifah. Konsep ini dilihat telah berjaya menjerut bukan sahaja anak muda di Iraq, malah menjerut dan memanggil ramai anak-anak muda Sunni dari benua Arab dan Eropah untuk menyertai revolusi dalam usaha untuk menegakkan kembali sistem Khalifah Islam. Laungan Kahlifah Islam ini juga telah sampai ke Malaysia. Justeru laungan inilah yang telah memanggil saya untuk menulis dan memberi pencerahan tentang ISIS. Bersambung... |
PKR dakwa Najib berbohong kekalkan Akta Hasutan Posted: 10 Dec 2014 10:24 PM PST Buktinya N. Surendran mempersolakan adakan tindakan ADUN Selangor, Haniza Talha disiasat di bawah Akta Hasutan apabila mempersoalkan peruntukan belanjawan untuk PERMATA PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang mengatakan Akta Hasutan 1948 untuk menghalang daripada ketegangan hasutan, agama dan perkauman adalah satu pembohongan dan percubaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia dan dunia. Naib Presiden PKR, N Surendran mendakwa, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengelirukan rakyat dan buktinya mengapa ADUN Selangor, Haniza Talha disiasat di bawah Akta Hasutan apabila mempersoalkan peruntukan belanjawan untuk PERMATA. Beliau mempersolkan adakah perbuatan Haniza itu telah menyebabkan berlakunya ketegangan agama dan kaum. Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan BN/UMNO perlu memansuhkan Akta tersebut pada sidang di Parlimen akan datang iaitu pada Mac 2015. "Ini bagi menebus balik kesalahan dan reputasi mereka," katanya dalam satu kenyataan. Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata, dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 baru ini, Najib telah memungkiri janjinya dua tahun lepas untuk memansuhkan akta itu. "Rakyat Malaysia berkongsi kebimbangan apabila penjelasan oleh duta Amerika Syarikat itu yang mengatakan penggunaan akta itu secara berterusan adalah tidak adil terhadap pembangkang, aktivis dan rakyat biasa di Malaysia," dakwanya. Kata Surendran, kerajaan tidak boleh mengelakkan kritikan daripada antarabangsa mengenai keadilan dan hak-hak manusia di dalam negara. "Kerajaan BN tidak seharusnya memalukan rakyat dan tersinggung dengan kritikan sah dari luar negara," katanya. |
5 bekas tahanan ISA dapat ganti rugi RM4.5 juta Posted: 10 Dec 2014 09:45 PM PST MALAYSIAKINI Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua wakil rakyat Pakatan Rakyat, ditetapkan ganti rugi keseluruhan RM4.5 juta ekoran penahanan mereka pada 2011. Mereka ialah anggota parlimen Batu Tian Chua, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang assemblyperson Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais dan Badaruddin Ismail serta bekas pemimpin PKR Badrul Amin Baharom. Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM15,000 kepada RM10,000 sehari. Kesemua mereka dianugerah ganti rugi teladan RM30,000 dan empat orang diberikan ganti rugi RM25,000 akibat fitnah terhadap mereka. Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Wahab Patail. Dua lagi hakim ialah Rohana Yusof dan Umi Kalthum Abdul Majid. |
Harga minyak jatuh hampir AS$60 setong Posted: 10 Dec 2014 09:41 PM PST MALAYSIAKINI Harga minyak jatuh lima peratus pada Rabu, menjadikan minyak mentah Amerika Syarikat terendah dalam tempoh lima tahun dengan harga setong kini hampir AS$60. Ini berlaku selepas data menunjukkan peningkatan dalam inventori AS dan menteri Arab Saudi pula menegaskan tiada rancangan untuk memotong pengeluaran, lapor Reuters. Harga minyak mentah Brent dunia jatuh hampir separuh setelah mencecah paras tinggi AS$115 pada Jun ekoran peningkatan pengeluaran AS dan permintaan pasaran yang dijana akibat surplus yang tidak mampu diserap oleh pengeksport minyak terbesar dunia itu. Menteri minyak Saudi Ali al-Naimi, dalam lawatan ke Peru, menolak cadangan mengurangkan pengeluaran selepas berkata pasaran akan menentukan sendiri harganya. Arab Saudi, anggota utama Persatuan negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) mengekalkan jumlah pengeluaran mereka antara 9.6 juga hingga 9.7 tong sehari pada November. "Ini tidak akan berubah melainkan ada pelanggan lain datang dan kata mereka mahu lebih banyak minyak," Naimi dipeti sebagai berkata pada Rabu. |
'Beta boleh pilih MB PAS tapi...' Posted: 10 Dec 2014 09:40 PM PST MALAYSIAKINI Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertittah, baginda boleh memilih menteri besar daripada PAS bagi menamatkan krisis menteri besar baru-baru ini. Bagaimanapun, titah baginda dalam temubual bersama The Star, baginda memilih menteri besar daripada PKR iaitu Mohamed Azmin Ali untuk jangka masa panjang. Baginda juga berkata "terkejut" apabila PKR menolak cadangan untuk melantik Azmin dan mengatakan tindakan parti itu sebagai "sangat, sangat mementingkan diri sendiri". "Dia daripada parti yang sama tetapi mereka menolaknya kerana kepentingan diri," titah baginda. |
Demo desak petrol RM1.90 pada 31 Dis Posted: 10 Dec 2014 09:31 PM PST MALAYSIAKINI Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) yang sebelum ini berjaya menawan Dataran Merdeka bagi menuntut penurunan harga barang tahun lalu, sekali lagi mengajak rakyat Malaysia berhimpun di lokasi sama pada malam ambang tahun baru. Perhimpunan sempena sambutan pada malam 31 Disember itu menyaksikan kesepakatan gabungan 17 NGO bersama Pemuda PAS dan PKR menganjurkan demonstrasi bagi mendesak kerajaan menurunkan harga minyak RON95 kepada RM1.90 seliter. Harga RON95 kini berharga RM2.26 seliter dan harga RON 97 pula RM2.46 seliter. Demonstrasi djadual berlangsung di Dataran Merdeka itu bermula pada 9 malam. Pengerusi TURUN Azan Safar berkata dijangka seramai 10,000 orang akan menyertai perhimpunan itu sebagai membantah kenaikan harga minyak. Mereka meminta peserta memakai baju berwarna hitam. Beliau berkata mereka tidak akan memohon permit untuk mengadakan perhimpunan memandangkan ia sebagai cara menyambut malam tahun baru. "Kenapa harus mohon permit sekiranya kita turun untuk menyambut malam tahun baru?" katanya dalam sidang medianya hari ini. Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais pula menyeru agar semua untuk turun beramai-ramai ke demonstrasi pada malam tersebut. "Sekiranya harga minyak tidak turun itu bukan masalah, saya rasa lagi bagus kerana rakyat marah kerana lebih senang untuk kita membenci Umno," katanya. |
Akibat fitnah Kit Siang, Utusan diarah bayar RM250 ribu Posted: 10 Dec 2014 09:28 PM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd hari ini diarahkan membayar RM250 ribu sebagai ganti rugi terhadap tindakan memfitnah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. Hakim Mahkamah Tinggi Yeoh Wee Siam memutuskan Utusan bersalah dan bertanggungjawab menyiarkan artikel 'Kit Siang manipulasi CEC?', 18 Ogos tahun lalu. "Saya mendapati bahawa defendan (Utusan) adalah bertanggungjawab melakukan fitnah. "Defendan diperintahkan untuk membayar sebanyak RM250 ribu sebagai ganti rugi teladan, ganti rugi am dan kerosakan teruk," kata Yeoh. Yeoh juga memerintahkan Utusan untuk membayar RM25 ribu untuk kos. Artikel bertajuk 'Kit Siang manipulasi CEC?' oleh Mingguan Malaysia tersebut memetik kandungan buku 'Laporan Ekuiti' memfitnah Kit Siang menipu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada tahun 2012, kononnya demi menjamin kedudukan dalam parti itu. Antara tuduhan dilemparkan adalah berhubung sejumlah 753 perwakilan tidak dimaklumkan tentang Kongres DAP, serta kewujudan 547 pengundi hantu dari Pulau Pinang. Pada 26 September lalu, penulis artikel fitnah Lim Kit Siang itu, Kasthuri K Manimaran mengaku artikel terbabit memang bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan memburukkan imej tokoh veteran DAP itu di mata masyarakat. – Roketkini.com |
Gagal tahan ‘jerung’, persepsi rasuah di Malaysia memburuk Posted: 10 Dec 2014 09:21 PM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR,: Kegagalan untuk menahan ' jerung' dalam tempoh tiga dekad adalah punca mengapa Malaysia sehingga kini tetap gagal memerangi rasuah, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. Katanya, kajian terbaru Merdeka Center ternyata mengukuhkan bukti yang pernah dikeluarkan Transparency International (TI) bahawa prestasi Malaysia semakin buruk, sedangkan negara serantau dilihat progresif dan menunjukkan peningkatan. Menurutnya, Malaysia tidak menunjukkan kemajuan dalam usaha membanteras aktiviti haram itu apabila sehingga kini tidak ada seorang pun didakwa aibat tuduhan rasuah, terutamanya melibatkan kes dengan jumlah besar. "Kajian Merdeka Center dari 26 November hingga 5 Disember lalu mendapati persepsi awam terhadap rasuah di Malaysia masih tidak berubah sejak tahun 2005 dengan 77 peratus pengundi bersetuju bahawa rasuah di negara ini adalah serius," kata Kit Siang dalam satu kenyataan. Ujarnya, kajiselidik dilakukan bersama BFM Radio sempena Hari Anti-Rasuah Sedunia itu juga menunjukkan persepsi ini tidak berubah. Kajian sama yang dijalankan pada Ogos 2005 dan Jun 2012 mendapati, masing-masing 76 serta 78 peratus rakyat mengatakan rasuah masih amat serius. "Jadi dimanakah 'prestasi menggalakkan' dan 'kemenangan' yang kita telah capai dalam perang menentang rasuah ketika Merdeka Center menemui tidak pernah ada perubahan dalam sepuluh tahun terakhir, dengan tujuh dari sepuluh pengundi merasakan bahawa Malaysia adalah korup?, soal Kit Siang. Kajian yang dijalankan Merdeka Center antara 26 November hingga 5 Disember tahun ini juga mendapati lebih ramai rakyat percaya rasuah telah meningkat sejak tahun lalu dengan 49 peratus dari mereka bersetuju dan hanya 21 peratus tidak bersetuju, manakala 20 peratus berkata ia tidak pernah berubah. Awal bulan ini, kajian TI meletakkan Malaysia pada kedudukan ke 50 daripada 175 negara dengan nilai indeks sebanyak 52, menurun dua mata lebih berbanding 2013. "Dengan kedudukan buruk ini dan persepsi orang ramai semakin menurun, bagaimana Najib boleh mengatakan beliau 'berpuas hati dengan kejayaan' dicapai apabila rasuah dibawah pentadbirannya lebih teruk daripada Mahathir dan Abdullah Badawi?," soal Kit Siang. – Roketkini.com |
‘Occupy University Malaya’ dilancar, pelajar berkhemah depan kampus Posted: 10 Dec 2014 09:19 PM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: : Tidak puas hati dengan tindakan Universiti Malaya (UM) menggantung dua pelajar, Mahasiswa Progresif UM menyeru gerakan pelajar universiti itu bersama dalam 'Duduki Universiti Malaya' (Occupy UM). Setiausaha Agung Progresif UM Vince Tan berkata, mahasiswa UM dari pelbagai pertubuhan akan berkhemah di luar pagar universiti itu bermula hari ini. "Gerakan Occupy UM adalah bantahan terhadap pengurusan universiti. "Kami menjemput seluruh komuniti mahasiswa dan ahli akademik untuk bersama dalam usaha murni ini," kata Vince dalam satu kenyataan. Pada 9 Disember lalu, UM menggantung dua pelajar Fahmi Zainol dan Safwan Shamsuddin dan mendenda empat yang lain kerana terlibat mengadakan himpunan solidariti bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kata Vince, hukuman itu percubaan untuk menakutkan mahasiswa yang berjuang bagi mendapatkan hak bersuara dan kebebasan akademik. "Namun, yang berlaku tidak menunjukkan nilai kebebasan akademik," kata Vince yang juga Setiausaha Agung Majlis Pelajar Universiti Malaya (MPUM). Dalam pada itu katanya, pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak menyuburkan pemikiran terbuka seperti dijanjikan kerajaan sewaktu pindaannya pada 2012. "(Awal tahun ini) Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan ruang bersyarah di Fakulti Undang-Undang, sebaliknya Datuk Ambiga Sreenevasan yang tidak pernah mewakili mana-mana parti tidak dibenarkan masuk untuk memberikan syarahan dalam Konvensyen Karier Undang-Undang. "Kampus yang seharusnya menyuburkan minda muda dan melahirkan pemikir hebat hari ini dimatikan kerana universiti menjadi mangsa campur tangan politik," ujar Vince. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan