Isnin, 1 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Umno membudaya sikap ‘jaga poket sendiri, rakyat usah dipeduli’

Posted: 01 Dec 2014 02:53 AM PST

perhimpunan_umno

  Roketkini.com


IPOH: Dalam tempoh seminggu yang lalu, perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO dan tingkah laku ketua pambangkang di Selangor menonjolkan bahawa parti itu dan ahlinya hanya menjaga kepentingan diri sendiri.

ADUN Pasir Pinji Howard Lee berkata, ketika negara memerlukan parti berjiwa rakyat, sebaiknya Umno dilihat menyalahgunakan kuasa dan institusi pemerintahan untuk membela diri mereka sendiri.

Kata Howard, ucapan Datuk Seri Najib Razak bahawa pengekalan Akta Hasutan tidak memberi 
perlindungan kepada UMNO membuktikan hasrat utama parti itu tidak lain adalah untuk menyalahgunakan kuasa dan institusi pemerintahan, bukannya menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia.

"Kepentingan, perlindungan atau penindasan parti politik semestinya tidak wujud dalam proses pertimbangan, sama ada untuk mengekalkan atau memansuhkan mana-mana undang-undang.

"Satu-satunya pertimbangan yang diperlukan adalah sama ada undang-undang itu wujud demi kebaikan rakyat dan selaras dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat," kat Howard dalam satu kenyataan.

Kata Howard, sikap mementingkan diri sendiri terbukti berdasarkan keputusan UMNO menerima manfaat elaun dan kereta rasmi Ketua Pembangkang Selangor secara individu, tetapi rombongan ADUN Umno menolak peruntukan RM200,000 setahun yang disalurkan demi kepentingan rakyat.

"Inilah satu lagi bukti bahawasanya UMNO tidak peduli kepentingan rakyat; hanya jaga parti dan diri sendiri," ujar Howard.

Lebuh mengecewakan kata Howard, Najib yang sebelum ini menonjolkan diri sebagai pejuang agenda transformasi dan kesederhanaa, memungkiri janjinya sendiri.

"Perhimpunan Agung Umno membuktikan persepsi kekal persepsi. Beliau dipaksa tunduk kepada golongan konservatif dan sanggup memungkiri janji pilihanraya parti mereka sendiri.

"Hakikatnya, tingkah laku UMNO lebih selaras dengan; 'janji dimungkiri, asalkan kocek aku dan UMNO dilindungi, kebajikan rakyat usahlah dipeduli, kata Howard sinis. – Roketkini.com

Diskriminasi Dayak dalam perkhidmatan awam, 1Malaysia slogan kosong

Posted: 01 Dec 2014 02:48 AM PST

dayak_sarawak

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Diskriminasi kenaikan pangkat dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap masyarakat Dayak di Sarawak bukti slogan 1Malaysia dilaungkan Datuk Seri Najib Razak hanya slogan kosong.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meminta Najib memberi penjelasan melalui kenyataan menteri di Parlimen berhubung pendedahan Laporan Pembangunan Manusia Malaysia (MDHR) 2013.

"Senarai dimuat naik di internet menunjukkan lapan pegawai penguatkuasa Melayu dinaikkan pangkat dari Gred N27 kepada N32, manakala tiga penguatkuasa Dayak hanya disenaraikan sebagai 'simpanan'.

"Senarai kenaikan itu mengesahkan wujudnya diskriminasi di sektor awam," kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Menurutnya, keputusan itu membuktikan diskriminasi yang telah membarah dalam sektor awam dan menimbulkan kemarahan golongan profesional dan penjawat awam dari keturunan Dayak.

"Najib harus memandang serius kemarahan masyarakat Dayak dan masyarakat Kadazan, Dusun serta Murut mengenai kesaksamaan perkhidmatan awam.

"ia merupakan perkara penting yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia bahawa perkhidmatan awam Sarawak, Sabah adaah tertakluk kepada negeri masing-masing," ujar Kit Siang.

Malah katanya, MDHR menyaksikan jabatan perkhidmatan awam persekutuan mengupah Bumiputera Sarawak dan Sabah lebih rendah.

Pada tahun 2009, hanya 4.9 peratus Bumiputera Sarawak bersamaan 1,631 orang dan 6.5 peratus Bumiputera Sabah (2,170 orang) diambil bekerja.

"Angka ini lebih rendah daripada bahagian penduduk pada kadar 8.7 peratus untuk Sarawak, dan 11 peratus untuk Sabah ," kata Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, di antara tahun 1970 dan 1985, tiga suku pekerjaan perkhidmatan awam diberikan kepada Melayu.

"Di kalangan birokrat yang memegang jawatan paling kanan kerajaan, 80 peratus adalah Melayu dan 6.3 peratus Cina.

"Walaupun tiada data tersedia untuk Sarawak dan Sabah bagi tempoh itu, siasatan senarai pegawa kanan kerajaan di badan berkanun negeri mendedahkan perkara sama," kata Kit Siang. – 
Roketkini.com

Harga Minyak RON95 Turun 4 Sen 1 Disember Selepas Kerajaan Tarik & Hapus Subsidi RM24.8 Bilion! Berpuas Hati?

Posted: 01 Dec 2014 02:41 AM PST




harga minyak ron95 turun



Harga Minyak RON95 Turun 4 Sen 1 Disember Selepas Kerajaan Tarik & Hapus Subsidi RM24.8 Bilion! Berpuas Hati? : Walaupun atas nama sebuah negara yang telah dilimpahkan emas hitam oleh Allah ke atas bumi bernama Malaysia, sebutan subsidi minyak dan diesel sudah tidak akan lagi berkumandang dan didendangkan selepas ini apabila bantuan subsidi sejumlah RM24.8 bilion setahun bersamaan RM2 bilion sebulan telah pun ditarik sekaligus serta merta.

Dan hari ini…selepas timbalbaliknya penarikan subsidi minyak dan diesel sebanyak Rm24.8 bilion, kerajaan Malaysia berbesar hati menawarkan harga baru RON95 yang "dicanang sebagai lebih rendah" iaitu RM2.26 seliter. Berapa kurang? Ya….tepat sekali. Pengurangan 4 sen berbanding harga semalam RM2.30 seliter.

KLIK SINI : Harga Subsidi RM2.30 VS Harga Pasaran (RM2.58).
 Malaysia Hapus Subsidi Minyak Seperti Negara Maju Yang Bukan Pengeluar Minyak? 

Senarai Harga Baru Minyak RON95, RON97 & Diesel?

Berdasarkan surat pekeliling oleh Kemeterian Kewangan Malaysia, bersama-sama ini Berita Semasa sertakan senarai harga minyak RON95 turun bersama RON97 dan diesel seperti di bawah ini :

minyak ron95 turun
  1. Harga minyak petrol RON95 – RM2.26 seliter (turun 4 sen)
  2. Harga minyak petrol RON97 – RM2.46 seliter (turun 9 sen)
  3. Harga minyak diesel – RM2.23 seliter
Pelik. Semakan Berita Semasa pada nota harga minyak yang dijual di stesen minyak tertera dengan jelas subsidi minyak pada November 2014 adalah 13 sen. Pada ketika harga minyak mentah terus menjunam teruk sehingga mencecah USD70 setong dek kerana pengeluaran mendadak minyak Amerika Syarikat, Kanada & dunia terus, sikap OPEC yang terus berpeluk tubuh, penurunan permintaan minyak menurun di Jepun dan Eropah serta peningkatan jumlah kereta hybrid, harga minyak RON95 turun di Malaysia hanya 4 sen? 4 sen?

KLIK Gambar Di Bawah

  • 2 Oktober 2014 : Harga minyak petrol RON95 naik RM2.30 sebanyak 20 sen (Dengan bantuan subsidi kerajaan 13 sen)
  • 1 Disember 2014 : Harga minyak petrol RON95 turun 4 sen menjadi RM2.24 (Tiada subsidi)
Adakah selepas minyak yang diangkat sebagai minyak orang kaya di Malaysia iaitu minyak petrol RON97 akan mula digunapakai orang ramai dek kerana perbezaan harga minyak RON95 dan harga minyak RON97 tidak terlalu jauh? Berouas hati dengan harga minyak RON95 turun kali ini?

Bengang Dituduh Bangang, Blogger UMNO Pula Kata Najib Yang Bangang!

Posted: 01 Dec 2014 02:33 AM PST

KELAB GREENBOC



Tulisan ini merujukkan kepada laporan kekesalan presiden Umno terhadap "bloggers" pro Umno yang dikatakan menghentam Umno serta kepimpinan Umno dan dalam masa yang sama – mengakui "bloggers" Umno dibayar untuk tujuan mempertahankan Umno dan mempertingkatkan partisipasi penyokong Umno dalam media alternatif dan media sosial.

Pendedahan pembiayaan ini diulas Amin Iskandar di bawah dan kegagalan blogger mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor turut disuarakan Young Blogger – Nur Farhana Mohd Anuar sewaktu PAU 2014. Semua kritikan – teguran baik dari Najib sendiri perlu diambil secara positif.

Persoalan pendedahan pembayaran kepada bloggers PM – adalah satu pendedahan yang akhirnya mendiamkan penafian bloggers besar yang mereka tidak dibayar.

Artikel saya sebelum ini turut mengakui ada pembayaran yang dibuat, peruntukan banyak, konvensyen setiap negeri diadakan untuk bloggers, peralatan canggih – semua disediakan.

Namun – tidak salah kalau dikatakan "dengan segala peruntukan yang ada – kelengkapan yang diberi – pencapaian yang diharapkan tidak berjaya keseluruhan malah mungkin gagal dalam menangani isu, topik dan tuduhan pembangkang".

Hari ini – persoalan mengenai blogger tersebar luas – setelah dikritik Nur Fahana Mohd Anuar dan setelah disambut presiden Umno sendiri.

Rentetan sebelum ini – kita lihat di laman media sosial – kritikan blogger turut wujud terhadap kepimpinan Umno yang mengendalikan PAU – dikatakan tidak menyediakan ruangan lengkap untuk "bloggers handalan" Umno.

Pertengkaran ini memang sedia ada dalam sirkulasi pengamal media sosial Umno.

Peperangan sesama turut ada dan tindakan – tindakan menghentam satu sama lain turut wujud. Masing-masing dalam sirkulasi "blogger" Umno mahu menjadi "blogger" nombor satu dan ukuran adalah melalui ranking pembaca.

Justeru itu "blogger Umno" berusaha mensensasikan isu – bagi galakan untuk pembaca hadir ke laman mereka – malangnya kualiti yang ada tidak menepati – usaha mendominasi pembaca secara kritikal, gagal.

Terlampau banyak "blogger Umno" yang bertindak semata-mata untuk menepati bukan sahaja kehendak Umno tetapi kehendak "political master" tersendiri.

Ada kumpulan "bloggers Umno" yang diurus mengikut teknik memandai-mandai – kepimpinan yang memegang kekuatan wang untuk semua menuruti kehendaknya dengan metodologi pertempuran yang ortodoks – dilakukan 16 tahun lalu pembangkang.

Mereka tidak mengetahui sebenarnya apa yang dikatakan mengurus persepsi dan tidak terurus dalam mainan media maya.

Kepimpinan bloggers ini – amat asyik dalam menyampaikan kicauan-kicauan yang menyeronokkan kepimpinan Umno khususnya presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia dan akhirnya presiden Umno dibangangkan kepimpinan bloggers itu sendiri.

Banyak yang perlu dipelajari mereka – banyak teguran dibuat kepada kepimpinan yang diberi pertanggungjawaban untuk mengendali "bloggers Umno" namun seperti biasa – dalam Umno – teguran adalah pengkhianatan kepada mereka yang akhirnya di ketepikan.br>
Tidak ada teguran sampai kepada Najib sehingga Umno tersasar dalam mainan media yang akhirnya merugikan Umno.

Ada ramai blogger Umno di peringkat bawahan sedar apa yang sebenarnya berlaku – namun untuk melakukan perang saraf menyeluruh adalah mustahil kerana cadangan dan pendapat mereka tidak akan sampai ke pucuk kepimpinan.

Akhirnya "pengamal laman media sosial Umno" tersasar dengan seronoknya – melakukan tindakan yang sekadar menceriakan ruangan maya tetapi tidak memberi kesan besar kepada mendominasi pemikiran pembaca.

Banyak isu yang boleh menjadi kekuatan kepada Umno – untuk terus mendedahkan perkara-perkara yang mampu memberi Umno loncatan politik, tapi malang ia berlalu begitu sahaja kerana urusan perang siber ini diurus pengamal politik tegar yang mahu melihat keberuntungan terhadap politik diri dahulu.

Najib – harus mula keluar dari kepompong yang ada – satu desakan dari bawahan pula setelah beliau sering mendesak yang lain untuk keluar dari kepompongan minda yang tersekat.

Buat pendekatan untuk patah semula – melihat kekurangan dan melihat semula jalan yang perlu diambil untuk memperkukuhkan media sosial dan media alternatif yang ada.

Bagi saya kedua-dua definisi ini juga kalut difahami kepimpinan Umno yang bertanggungjawab dalam melahirkan gerakan memerangi media pembangkang. Najib harus keluar dari menurunkan mandat kepada politikus yang terlampau sibuk dalam menjalankan urusan seharian dan sepatutnya melihat perkembangan laman media sosial dan alternatif dari sudut berbeza – bukan sahaja menggunakan KPI atas ranking dan jumlah lawatan.

Perebutan siapa popular tidak akan ada makna sekiranya ia tidak membantu memberi penerangan yang sepatutnya dan langkah untuk terus mendominasi minda.

Najib juga harus melihat sama ada hanya media alternatif dan sosial sahaja yang sebenarnya menjayakan kejayaan kepada pembangkang – apakah faktor-faktor konklusif lain yang membantu dan menyeluruh kan perjuangan bagi Umno untuk terus menjadi relevan.

Hari ini Najib berang dengan menggunakan – "bangang" ke atas bloggers Umno. Sebaliknya adakah Najib sanggup menerima kenyataan kalau dikatakan – Najib dibangangkan mereka yang tidak melaporkan keadaan sebenarnya.

Mungkin tulisan ini serta lain-lain penulisan seumpamanya, yang sedar kesilapan yang ada turut tidak disampaikan kepada presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia.

Siapa lebih bangang. Mungkin Umno perlu – kepimpinan tertinggi Umno mula mendengar suara di luar kotak dahulu, membuat pengiraan semula , berpatah balik serta evaluasi semula – dalam keadaan masa yang masih ada sungguh pun sedikit.

Mungkin kesedaran perlu ada dan Najib harus memulakan langkah untuk mendengar semua pandangan – sebelum terikat dengan mem-bangang-kan keseluruhan industri bloggers yang wujud dalam Umno. Jangan sampai akhirnya – semuanya jatuh bangang dan bengang terhadap Umno.
~ Anuar Mohd Nor

Di mata Najib, blogger pro-Umno serang Umno 'bangang'

Antara yang menarik dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak semalam adalah apabila beliau mengatakan blogger pro-Umno yang menyerang kembali parti Melayu itu sebagai "bangang".

Menurut presiden Umno itu, blogger-blogger ini seharusnya memfokuskan serangan kepada parti-parti pembangkang kerana mereka harus ingat siapa yang membiayai mereka.

"Bloggers kita ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang.

"Itu cara kita hendak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang," katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.

Selain menyerang kembali blogger-blogger yang mengkritik Umno ini, Najib sebenarnya secara tidak langsung memberikan pendedahan terbuka partinya membiayai kumpulan ini.

Sekian lama blogger-blogger pro-Umno ini menafikan mereka dibiayai (walaupun sudah menjadi rahsia terbuka) untuk mempertahankan kerajaan daripada serangan di media sosial, ucapan Najib semalam secara tidak langsung memberi "peluru" untuk golongan ini diserang di media sosial.

"Pecah tembelang...."Bloggers kita ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita hendak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang," BANGANG... BANGANG... BANGANG... BANGANG... HA HA HA," tulis pengguna Facebook bernama Kassim Baba.

Sementara pengguna Facebook Mat Indra pula menulis: "Hahaha blogger Umno cari makan rupanya... upah tak cukuplah tu Datuk Najib. Up lah sikit."

"MasyaAllah londeh aib sendiri akhirnya! Ingatkan cerdik... kalau ye pun, PM jangan londeh dalam perhimpunan agong yang semua orang tengok! Mak aii... ingat lepas ni lagi ganas pula blogger serang balas! Hehehe," tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Biaq Betoi.

Di Twitter @AbdMalekHusin menulis: "Bukan kita yang kata, Presiden Umno yang kata, "Blogger Umno bangang!" ♫ Beginilah nasib diriku yang malang... oh Tuhan ♫."

"Sebelum tidur nak peringat sekali lagi ye 'Blogger pro-Umno ni BANGANG!!' - kata #NajibRazak . Selamat malam," tulis @RoslanKz di Twitter.

Dari segi sejarahnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) mula memfokuskan untuk mempunyai pasukan bloggers selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 kerana merasakan mereka hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat apabila meninggalkan dunia siber.

Selepas itu, selain mempunyai pasukan bloggers, pimpinan-pimpinan Umno dan BN juga mula membuka blog kerana kepercayaan mereka akan mendapat sedikit "saham" sokongan daripada pengguna Internet yang sebelum ini hanya dimanfaatkan pemimpin pembangkang.

Namun keputusan PRU13 menunjukkan sebaliknya, BN hilang majoriti lebih besar apabila hanya berjaya memenangi 133 kerusi Dewan Rakyat berbanding 140 kerusi pada PRU12.

Lebih parah lagi, buat pertama kalinya BN kehilangan undi popular kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mempunyai pasukan bloggers yang besar tidak memberi kelebihan kepada BN. Apa lagi ketika PRU13, blog sudah tidak lagi relevan berbanding Facebook, Twitter dan YouTube.

Dan blogger upahan tidak mempunyai semangat juang tinggi berbanding yang berjuang kerana kepercayaan mereka. Blogger upahan tidak akan bekerja jika upah tidak turun.

Mungkin sudah sampai masanya Umno berhenti membuat pembaziran membayar bloggers yang tidak banyak membantu mereka memenangi pilihan raya.

Lebih baik Umno berubah mengikut peredaran zaman.

Umno mula ditinggalkan hari ini kerana golongan tua sudah mula pupus dan golongan muda semakin maju pemikiran mereka.

Mana-mana parti sekalipun jika tidak mengikut peredaran zaman sudah pasti akan ditinggalkan kerana dianggap "bangang" oleh masyarakat.
– Amin Iskandar/TMI

ULASAN GB

GB dah ulas semalam, petikan:

Terungkap dan terbongkar satu rahsia besar: BAHAWA blogger-blogger macai UMNO ini dibayar. Kenyataan Najib di atas telah mengesahkannya.

Akhirnya Najib bengang lantas menuduh mmacai-macai itu BANGANG.

Sebenarnya, Najiblah dan sekalian pemimpin UMNO sama bangangnya, mengupah si bangang sebagai macai... demikianlah apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

Pesawat ringan terbalik semasa mendarat

Posted: 01 Dec 2014 02:30 AM PST


Pesawat ringan terbalik semasa mendarat
 
 
KOTA BHARU - Sebuah pesawat ringan jenis Piper 9M-NRS yang membuat latihan penerbangan terbalik ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, juruterbang pelatih berusia 37 tahun yang mengendalikan pesawat berkenaan dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.

Pengurus LTSIP, Ramzi Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi ketika mangsa melakukan pendaratan di kawasan lapangan terbang tersebut.

"Semasa mendarat, pesawat berkenaan dipercayai terkeluar dari landasan dan berhenti di kawasan kritikal.

"Dalam kejadian itu, hanya pesawat itu sahaja mengalami kerosakan dan juruterbang dilaporkan selamat. Kita serahkan kes ini kepada pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk tindakan susulan," katanya kepada media, hari ini.

Tidak perlu layan tuntutan penentang – Ibrahim Ali

Posted: 01 Dec 2014 02:28 AM PST

 
Eloklah kerajaan Barisan Nasional (BN) mendengar suara hati penyokong BN yang menyokong BN dan reti berterima kasih dengan keputusan supaya Akta Hasutan dikekal.

Datuk Ibrahim Ali
PETALING JAYA: Tindakan Penaung Negaraku, Ambiga Sreenevasan mempertikaikan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membatalkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 adalah sesuatu yang lucu.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, berkata, tidak perlu bagi kerajaan melayan tuntutan para penentang undang-undang tersebut kerana mereka tidak pernah berterima kasih sebaliknya terus menentang.

Sebagai contoh jelasnya, sikap tidak berterima kasih itu ditunjukkan semasa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1969.

"Malah, Ambiga terus menyokong pakatan pembangkang di dalam Pilihan Raya Umum ke 13," katanya dalam satu kenyataan.

Malah kata Ibrahim, lebih baik bagi kerajaan melayan suara hati penyokong Barisan Nasional (BN) daripada kelompok yang hanya ghairah memansuhkan undang-undang.

"Eloklah kerajaan Barisan Nasional (BN) mendengar suara hati penyokong BN yang menyokong BN dan reti berterima kasih dengan keputusan supaya Akta Hasutan dikekalkan. Lagi pula, Akta ini bertujuan untuk keselamatan dan keamanan negara," ujarnya.

Ibrahim turut menyatakan, menerima desakan dari mereka yang tidak menyokong pengekalan Akta Hasutan dikekalkan samalah seperti melepaskan anjing tersepit.

"Bila terlepas, anjing akan menggigit tuannya. Oleh itu, insaf dan sedarlah Ambiga dan tahu malu sikit," katanya.

Sebelum ini, Ambiga mencabar MCA dan MIC supaya menyatakan pendirian mereka membantah keputusan UMNO mengekalkan Akta Hasutan 1948 tanpa berbincang terlebih dahulu dengan dua parti komponen utama Barisan Nasional (BN) itu.

Saman fitnah: Musa Hassan mohon maaf

Posted: 01 Dec 2014 02:19 AM PST


Musa Hassan Musa Hassan
 
 
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini membuat permohonan maaf berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Tan Sri Robert Phang, dua tahun lalu.

Dalam permohonan maaf di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusoff, Musa mengakui kenyataan yang dibuatnya pada sidang media 10 Disember 2012 adalah bersifat fitnah.

"Saya menyesal terhadap kenyataan itu yang telah disiarkan di media," katanya.

MH370: MAS, empat lagi diperintah fail pembelaan

Posted: 01 Dec 2014 02:17 AM PST

SINAR HARIAN


MH370
 
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan MAS dan empat lagi memfailkan pernyataan pembelaan mereka dalam saman yang difailkan dua anak lelaki penumpang pesawat MH370.

Saman itu difailkan dua beradik berusia 13 dan 11 tahun, bagi menuntut ganti rugi berhubung kehilangan pesawat itu yang dinaiki bapa mereka dalam penerbangan ke Beijing pada 8 Mac lepas.

Timbalan Pendaftar Pavani Kasi menetapkan sebelum 15 Disember ini untuk kesemua defendan memfailkan pernyataan pembelaan itu ketika kes berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes di dalam kamarnya hari ini.

Prosiding hari ini dihadiri peguam Datuk Dr S. Arunan dan peguam Gary Edward Chong mewakili dua beradik itu selaku plaintif. 

Ketika ditemui pemberita, Arunan berkata Pavani juga menetapkan 12 Januari depan untuk pengurusan kes di hadapan hakim yang masih belum ditetapkan.

Mengenai saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes itu, Arunan berkata pihaknya masih lagi berbincang untuk memutuskan siapa yang akan dipanggil.

"Kami ada menerima e-mail daripada 'foreign experts' (pakar asing) yang menawarkan diri untuk membantu dalam kes ini," katanya sambil menambah semua pihak ingin tahu apa yang berlaku terhadap pesawat MH370 yang masih menjadi persoalan.

Dua beradik itu melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming, 38, telah memfailkan saman pada 31 Oktober lepas dengan menamakan MAS, ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), ketua pengarah Jabatan Imigresen, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, dua beradik itu mendakwa bapa mereka Jee Jing Hang, 41, penumpang pesawat MH370, telah memasuki suatu kontrak perjanjian penerbangan dengan MAS dalam penerbangan dari Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam dan dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi, 8 Mac.

Plaintif mendakwa menerusi perjanjian itu, MAS sebagai defendan pertama seharusnya mengambil semua langkah yang wajib untuk memastikan penerbangan yang selamat, namun telah memungkiri perjanjian itu apabila gagal mendarat di Beijing dan tiada butiran lanjut mengenai pengakhiran pesawat itu sehingga hari ini.

Selain itu, plaintif mendakwa ketua pengarah DCA sebagai defendan kedua, yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kawalan trafik udara bagi memastikan penerbangan itu selamat, telah gagal dan cuai untuk mengambil langkah secukupnya bagi mendapatkan perhubungan dan menjejaki pesawat itu melalui radar.

Adik-beradik itu turut mendakwa Jabatan Imigresen telah gagal dan cuai melaksanakan pemeriksaan rapi ke atas penumpang pesawat itu sehingga membolehkan beberapa penumpang menaiki pesawat dengan menggunakan pengenalan palsu.

Mereka juga mendakwa pihak TUDM telah gagal dan cuai untuk menghantar pesawatnya dengan kadar segera bagi mengenal pasti pesawat yang tidak dijadualkan telah muncul dalam sistem radar TUDM, berkemungkinan adalah MH370.

Justeru, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi terhadap kesemua defendan atas kehilangan bapa mereka yang merupakan penanggung tunggal mereka, seorang ahli perniagaan berpendapatan bulanan RM16,865, dan ganti rugi tambahan akibat penderitaan yang dialami kedua-dua adik-beradik itu.

Selain itu, turut dituntut adalah ganti rugi teladan kerana mengabaikan nyawa bapa mereka, penumpang lain dan anak kapal serta meletakkan keluarga mereka dalam kecelaruan, kos, faedah dan relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada hari kejadian.

Usaha mencari masih dijalankan di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Contohi Selangor dan Pulau Pinang

Posted: 01 Dec 2014 02:15 AM PST


Nazri  Nazri
 
 
ROMPIN – Pemuda Pas Pahang mendesak kerajaan negeri Pahang berlaku adil dengan menyalurkan peruntukan dan kemudahan kepada wakil rakyat pembangkang di negeri ini, sebagaimana peruntukan yang diberikan kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Ini susulan, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 setahun untuk program pembangunan diberikan kepada kesemua 13 wakil rakyat pembangkang dan bebas menerusi Bajet Selangor 2015, baru-baru ini.

Kerajaan negeri Pulau Pinang pula turut memperuntukkan RM40,000 kepada wakil rakyat pembangkang di negeri itu untuk projek berskala kecil di kawasan pegangan pembangkang.

Ketua Pemuda Pas Pahang, Nazri Ahmad, berkata, rakyat di kawasan Parlimen atau Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat (PR) adalah rakyat negeri ini juga dan mereka juga berhak mendapat keistimewaan serta kemudahan yang ada.

"Kita berharap agar kerajaan negeri Pahang di bawah pentadbiran Datuk Seri Adnan Yaakob boleh mengikut contoh yang telah dimulakan oleh kedua buah kerajaan di bawah pentadbiran PR iaitu Pulau Pinang dan Selangor yang memberi peruntukan yang sewajarnya kepada wakil rakyat pembangkang di negeri itu.

"Mereka juga membayar cukai sebagaimana yang dilakukan rakyat lain, maka sewajarnya mereka juga dilayan secara adil walaupun mereka telah memilih calon PR menjadi wakil rakyat di kawasan mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Nazri berkata, Kerajaan BN negeri ini sepatutnya mengambil contoh kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang yang mengagihkan peruntukan kerajaan negeri untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing kepada semua wakil rakyat, termasuk pembangkang.

Menurutnya, mereka juga mendapat pelbagai kemudahan sebagaimana yang diterima oleh wakil rakyat PR di kedua negeri itu.

"Kerajaan BN Pahang sepatutnya membuktikan seruan Perdana Menteri sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum yang lalu yang mengajak seluruh rakyat, termasuk pembangkang bersama-sama beliau membangunkan negara, dengan mengetepikan perbezaan politik.

"Sikap kerajaan yang melakukan diskriminasi kepada wakil rakyat pembangkang ini dilihat mengamalkan 'politik balas dendam' dan ia merupakan suatu sikap yang tidak dapat diterima oleh generasi hari ini yang akhirnya menjadi mangsa adalah rakyat," katanya.

Kuota haji kekal 22,320 orang tahun depan

Posted: 01 Dec 2014 02:13 AM PST

SINAR HARIAN


Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk Seri Jamil Khir Baharom
 
 
KUALA LUMPUR - Kuota jemaah haji dari Malaysia bagi musim 1436 Hijrah tahun depan kekal pada 22,320 orang berikutan kerja-kerja perluasan dan pembangunan Masjidil Haram di Makkah masih belum selesai.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pada Oktober lepas, kerajaan Arab Saudi mengumumkan ia masih menguatkuasakan pemotongan kuota jemaah haji sebanyak 20 peratus bagi setiap negara untuk musim haji tahun depan.
  
Peraturan itu dijangka kekal sehingga kerja-kerja perluasan dan pembangunan Masjidil Haram selesai pada 2016, katanya pada majlis kesyukuran tamat operasi haji 1435H Lembaga Tabung Haji (TH) di sini, hari ini.
  
Beliau berkata, kerajaan Malaysia bagaimanapun akan memohon kepada kerajaan Arab Saudi bagi menambah bilangan jemaah haji dari negara ini kerana senarai menunggu bagi menunaikan ibadah haji semakin panjang.
  
Kerajaan Arab Saudi memperuntukkan kuota 0.1 peratus daripada populasi setiap negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) termasuk Malaysia untuk menunaikan ibadah haji setiap tahun, dan pada 2009, seramai 27,900 jemaah haji dari Malaysia telah mengerjakan haji.

Namun, sejak projek pembesaran dan pembangunan Masjidil Haram, jumlah jemaah haji dikurangkan sebanyak 20 peratus kepada 22,320 sejak 2013.
  
Jumlah umat Islam Malaysia yang mendaftar untuk menunaikan haji ialah 1.5 juta orang setakat Mei lepas. - Bernama

Jumlah Mangsa Banjir Di Changkat Jong Menurun Kepada 182 Orang

Posted: 30 Nov 2014 10:55 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir (baju petak) membantu menyendukkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir ketika mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di sini, Ahad.
 
 
 
IPOH: Jumlah mangsa banjir di Changkat Jong, Teluk Intan berkurangan kepada 182 orang pagi Isnin berbanding 192 orang petang Ahad.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, 10 daripada 192 mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong dibenarkan pulang sejak Ahad malam.

Beliau berkata, mangsa yang masih berada di sekolah itu melibatkan 58 keluarga.

Ini merupakan kali kedua Changkat Jong dilanda banjir dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan airnya melimpah ke kawasan penempatan penduduk.

Kejadian pertama berlaku pada 14 November lepas melibatkan 56 mangsa daripada 16 keluarga.

MCA: Jangan Ambil Hati Ucapan Melampau Sesetengah Ahli Umno

Posted: 30 Nov 2014 10:53 PM PST

MSTAR ONLINE


 
 
 
GEORGE TOWN: Umno berjuang untuk kepentingan semua kaum, jadi rakyat tidak harus kecewa dengan ucapan sesetengah ahli Umno tertentu yang mungkin dianggap melampau, kata Datin Paduka Chew Mei Fun.

Menurut Naib Presiden MCA itu, ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu jelas menunjukkan bahawa beliau komited untuk bekerja demi kebaikan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, Najib lebih mengetahui bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua.

"Hala tuju beliau dalam mengemudi Barisan Nasional adalah jelas. Walau bagaimanapun dalam parti besar seperti Umno, kadang-kadang mungkin ada ahlinya yang buat kenyataan melampau hingga disalah anggap sebagai pendirian parti itu.

"Orang ramai tidak perlu terlalu terganggu dengan ucapan-ucapan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di sini, Ahad.

Pada Perhimpunan Agung Umno 2014 baru-baru ini, perwakilan Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang dipetik oleh sebuah portal berita berkata, orang Cina di Pulau Pinang mendapat kekayaan dan kuasa melalui aktiviti maksiat seperti perjudian dan pelacuran.

Kata-kata beliau itu didapati menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Mohd Zaidi ketika dihubungi berkata, beliau akan memanggil satu sidang media pada Isnin bagi menjelaskan mengenai isu itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menggesa polis untuk menyiasat Mohd Zaidi kerana membuat kenyataan berunsur fitnah jenayah dan hasutan.

Pas Sempadan Format Buku Dilancar Hari Ini

Posted: 30 Nov 2014 10:50 PM PST

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Pas Sempadan baharu yang akan dilancarkan Menteri Dalam Negeri sempena Hari Imigresen pada Isnin.
 
 
PETALING JAYA: Pas sempadan untuk kegunaan rakyat Malaysia yang berulang alik ke Thailand akan dilancarkan dalam format baharu berbentuk buku pada Isnin.

Pelancaran itu bakal disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena sambutan Hari Imigresen 2014 di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya.
Acara itu juga akan disertai Ketua Pengarah Imigresen yang baharu, Datuk Mustafa Ibrahim.

Mstar Online dalam laporan eksklusifnya pada Ogos lalu menyiarkan tentang pengeluaran pas sempadan Malaysia-Thailand dalam bentuk buku yang lebih berkualiti dan menyerupai pasport Malaysia, dijangka bermula September.

Dokumen perjalanan terhad ini bagi kegunaan penduduk tempatan khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak (hanya di bahagian Hulu Perak).

Pas sempadan sebelum ini dikeluarkan dalam bentuk sekeping kertas, yang mudah rosak akibat dilipat atau terkena air.

Jika pasport Malaysia yang merupakan dokumen perjalanan antarabangsa berwarna merah, pas sempadan baru ini pula akan berwarna biru.

Di kulit hadapan pas ini juga akan menyerupai seperti pasport, mempunyai lambang Jata Negara dengan perkataan "Malaysia" selain tertulis perkataan "Pas Sempadan" berwarna emas.

Mstar Online melaporkan bahawa penggunaan buku pas sempadan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti dan ciri keselamatan dokumen perjalanan sementara selain memudahkan pemeriksaan imigresen di pintu masuk sempadan.

Pembaharuan pada pas sempadan baharu ini turut dilengkapi dengan muka surat depannya mempunyai nombor bercirikan 'Machine Readable Zone' (MRZ) di mana ia tidak boleh dijadikan pendua (duplicate) untuk pemohon lain.

Ciri MRZ digunakan oleh kebanyakan pasport antarabangsa untuk pemeriksaan maklumat peribadi yang mengikut standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Selain pelancaran buku pas sempadan, Hari Imigresen 2014 yang disambut pada 1 Disember akan menyaksikan pelbagai aktiviti seperti hari bertemu pelanggan, karnival kerjaya dan pameran oleh vendor-vendor yang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen.

Antara lain ialah persembahan pancaragam, kawad senyap termasuk pertunjukan daripada Pasukan Kawalan Khas (PKK) dan Grup Taktikal Khas (GTK) Imigresen.

Najib kata 'bangang', apa komen Kadir Jasin

Posted: 30 Nov 2014 04:36 PM PST

HARAKAHDAILY
 
 
KUALA LUMPUR: "Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah 'bangang' yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin," tulis Datuk A Kadir Jasin.

Tokoh Wartawan Negara itu menyatakan demikian menerusi blognya sebagai respons kepada ucapan penggulungan Najib pada perhimpunan agung parti itu semalam yang menggelarkan blogger upahan Umno sebagai bangang.

Berikut tulisan penuh beliau.

PRESIDEN Umno, Mohd Najib Abdul Razak, semalam secara terbuka mendedahkan yang Umno mengupah blogger.

Inilah kali pertama seorang pemimpin atasan Umno dan kerajaan membuat pengakuan seperti itu.
Mohd Najib berkata, mereka ini makan gaji dengan Umno tetapi menyerang balik parti itu.

Kerana itu, beliau menyifatkan mereka sebagai bangang.

Merujuk kepada Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Najib berkata: "Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly."

Tambah Mohd Najib lagi: "Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang," katanya dalam ucap penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. (Baca lanjut di sini)

Pendedahan dan herdikan Mohd Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber. Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan.

Seperkara lagi, kalau benar blogger-blogger upahan Umno itu berperang sesama sendiri dan menyerang pemimpin parti, ia adalah cerminan perpecahan dan ketidaktentuan dalam Umno sendiri.
Namun Mohd Najib bukan orang pertama mencemuh dan melabelkan blogger.

Zainuddin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi Menteri Penerangan melabelkan blogger "goblok", Khairy Jamaluddin menanggil mereka "beruk" dan Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi.

Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah "bangang" yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.

Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.

Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Mohd Najib itu.

[VIDEO] Saintis Sahkan Kebenaran Al-Quran: Semut Pun Bercakap

Posted: 30 Nov 2014 04:33 PM PST

KELAB GREENBOC

Antara kisah-kisah yang menarik dalam al-Quran ialah kisah Nabi Sulaiman dengan semut. Kisah ini direkodkan pada surah al-Naml, ayat 15-19.

[27:15]
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".

[27:16]
Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".

[27:17]
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

[27:18]
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

[27:19]
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Selama ini, saintis berpendapat bahawa semut berkomunikasi dengan menggunakan signal-signal berbentuk kimia dan tidak menggunakan bunyi sebagai bentuk komunikasi mereka. Pendapat saintis ini adalah bercanggah sama sekali dengan ayat al-Quran seperti yang saya tunjukkan diatas kerana dalam ayat 16:18 dan 16:19, didapati bahawa semut bercakap (berkomunikasi dengan bunyi). Dan bunyi ini pula didengari oleh Nabi Sulaiman A.S. serta difahaminya dengan ilmu yang dikurniakan Allah S.W.T.

The Ants Are Talking

If you want to survive as an ant, you'd better get ready to make some noise. A new study shows that even ant pupae—a stage between larvae and adult—can communicate via sound, and that this communication can be crucial to their survival.

"What's very cool about this paper is that researchers have shown for the first time that pupae do, in fact, make some sort of a sound," says Phil DeVries, an entomologist at the University of New Orleans in Louisiana who was not involved in the study. "This was a very clever piece of natural history and science."

Scientists have known for decades that ants use a variety of small chemicals known as pheromones to communicate. Perhaps the most classic example is the trail of pheromones the insects place as they walk. Those behind them follow this trail, leading to long lines of ants marching one by one. However, the insects also use pheromones to identify which nest an ant is from and its social status in that nest. Because this chemical communication is so prevalent and complex, researchers long believed that this was the primary way ants shared information.

However, several years ago, researchers began to notice that adults in some ant genuses, such as Myrmica, which contains more than 200 diverse species found across Europe and Asia, made noise. These types of ants have a specialized spike along their abdomen that they stroke with one of their hind legs, similar to dragging the teeth of a comb along the edge of a table. Preliminary studies seemed to indicate that this noise served primarily as an emergency beacon, allowing the ants to shout for help when being threatened by a predator.

Larvae and young pupae have soft outer skeletons, which means their specialized spikes haven't yet formed and they can't make noise. However, as the pupae mature, their covering hardens into a tough exoskeleton like that found in adult ants. These older pupae do have fully functional spikes but were generally thought to be silent.
-sciencemag.prg

LIHAT VIDEO DI SINI

Amanah perjuangan Melayu

Posted: 30 Nov 2014 04:28 PM PST


DETIK DAILY





UMNO, parti terbesar dalam gabungan parti pemerintah BN mengadakan perhimpunan agungnya minggu ini, sekali lagi membawa perhatian kita kepada isu-isu penting berkait orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

Dalam ucapan-ucapan pemimpin dan perbahasan sepanjang perhimpunan ini, retorik-retorik perjuangan bangsa, agama dan negara akan berkumandang, beserta dengan kecaman-kecaman untuk musuh politik.

Setelah puluhan tahun Umno memimpin pemerintahan dan menjadi sandaran dan harapan orang Melayu, banyak yang boleh diperhatikan apa yang telah dicapai dan gagal dilaksanakan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,  Umno kelihatan dengan bersungguh-sungguh mengemukakan kepada orang Melayu tentang pentingnya perjuangan Umno untuk kesejahteraan orang Melayu dan masa depan mereka di Malaysia.

Ini semua kedengaran lebih kuat pada masa Umno berdepan ancaman-ancaman dari sudut persaingan politik dengan partiparti pesaing terutamanya PAS yang juga mewakili orang Melayu dan agama Islam.

Apa yang dikesalkan berhubung retorikretorik Umno ini bukan semata-mata kecaman terhadap PAS tetapi tindakannya dengan mudah menyandarkan masa depan orang Melayu dengan perjuangan Umno, sedangkan pada masa sama semua menyedari politik wang dan kebobrokan yang berleluasa dalam Umno.

Umno dengan rekod pengkhianatan yang panjang kepada orang Melayu menagih simpati dan mengugut orang Melayu agar mengekalkan atau mengembalikan sokongan kepada Umno.

Pada masa sama, budaya seperti politik war lord dalam Umno masih berleluasa dan amat sukar diubah, sehingga ramai ahlinya dan bekas pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad berulang kali merungut tentang masalah ini.

Soalnya, bagaimanakah Umno hendak memenangi sokongan Melayu, dan lebih penting lagi memperjuangkan nasib orang Melayu dalam keadaan perebutan kuasa dalam parti berlangsung dengan tanpa sekatan.

Isu rasuah, tanah rizab Melayu yang terkorban, usaha untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik yang bakal merugikan rakyat negara ini dan ramai orang Melayu dan banyak lagi isu kritikal tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh oleh Umno.

Telah banyak kali disuarakan kepada pemimpinan negara yang ditunjangi Umno tentang masalah yang bakal dihadapi dengan TPPA, masalah dihadapi orang Melayu dalam perniagaan, pertanian dan sebagainya, tetapi menjadi seperti mencurahkan air ke daun keladi.

Perjuangan Melayu bukan milik Umno semata-mata, malah Umno sendiri telah banyak melakukan pengkhianatan terhadap Melayu.

Rakyat Sabah terkesan penarikan subsidi RON95

Posted: 30 Nov 2014 04:25 PM PST



DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah akan terkena kesan teruk apabila subsidi bagi Petrol RON95 dan diesel diberhentikan pada 1 Disember 2014.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamid Ismail, dengan pelaksanaan sistem kaedah pengapungan terkawal yang akan menentukan harga minyak negara, harga barang-barang dan makanan di Sabah adalah terbuka kepada salahguna oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawap.

"Senarionya boleh diringkaskan seperti berikut.

Memandangkan harga minyak negara akan bergantung kepada harga minyak dunia mulai 1 Disember 2014, sekiranya harga minyak dunia naik pada Disember 2014, harga-harga barang dan makanan di Sabah akan naik.

"Tetapi sekiranya harga minyak dunia turun pada Januari 2015, harga-harga barang dan makanan tadi akan tetap kekal pada harga seperti dalam Disember 2014.

"Trend semasa di Sabah ialah kenaikan harga minyak naik akan pasti menaikan harga barang-barang dan makanan tetapi harga barang-barang dan makanan ini tidak pernah turun selepas itu," katanya
Katanya lagi, ia ditambah dengan polisi kabotaj yang ada di Sabah, harga barangbarang dan makanan di Sabah akan meningkat dengan tinggi dengan pemberhentian subsidi minyak.

Baginya, ini akan membebankan rakyat Sabah terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Kata beliau, Perdana Menteri menjelaskan bahawa rakyat akan menerima faedah secara langsung dengan sistem kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.

"Saya berpendapat bahawa alasan itu tidak munasabah.

Subsidi bertujuan untuk membantu rakyat.

Sekiranya subsidi minyak dihentikan, bagaimanakah sistem kaedah pengapungan tadi dapat menguntungan rakyat secara langsung terutamanya golongan berpendapatan rendah?" soalnya lagi.

Kata Hamid, masih segar dalam ingatan rakyat bagaimana setiap kali kerajaan menaikkan harga minyak negara, kerajaan akan mengeluarkan amaran tentang pendakwaan jenayah kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang- barang dan makanan secara sembarangan.

Tetapi tambahnya, walaupun amaran tersebut ada, harga barang-barang dan makanan di Sabah tetap melonjak naik.

"Sekarang bayangkan sekiranya subsidi minyak dihentikan.

Biarpun kerajaan akan mengeluarkan amaran yang saman, saya menjangkakan bahawa amaran tersebut tidak mampu menghalang peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawap dari menaikkan harga barang-barang dan makanan di Sabah," tegasnya.

Beliau menjangkakan selepas ini akan ramai pakar ekonomi kerajaan dan prokerajaan yang akan tampil memberi pelbagai teori dan alasan menyokong keputusan kabinet menghentikan subsidi minyak.

"Tapi saya terfikir adakah mereka tahu perasaan rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah, setiap kali harga barang-barang dan makanan dinaikkan.

"Harga barang-barang dan makanan yang mahal menyusahkan dan membebankan rakyat. Dan semua orang tahu bahawa harga barang-barang dan makanan di Sabah adalah tidak sama dengan di Semenanjung Malaysia. Harga di Sabah adalah lebih tinggi," ujarnya.

Apabila kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga minyak negara, para menteri yang menasihatkan rakyat untuk mengubah gaya hidup mereka supaya belanjawan mereka dapat disesuaikan dengan keadaan semasa.

Laksa Sri Bidan, Harum Kuahnya Menggoda

Posted: 30 Nov 2014 04:15 PM PST

Oleh: AFANDY YUSOF



KETIKA berada di Makloom, Pekan Darat, Seberang Perai Tengah baru-baru ini, Abang Fen tertarik terhadap nama kedai Laksa Sri Bidan.Ia membuatkan Abang Fen berteka-teki dengan diri sendiri, sama ada kedai laksa itu diusahakan oleh seorang bidan atau kuah laksanya merupakan resepi seorang bidan.
 
Apabila tidak berpuas hati, Abang Fen ambil keputusan untuk singgah di kedai laksa tersebut bagi ketahui rahsianya, mungkin boleh dikongsikan dengan pembaca setia mStar Online.

Bila Abang Fen menghampiri kedai Laksa Sri Bidan itu, secara kebetulan tudung periuk kuah laksanya terbuka...aromanya menusuk hidung dan membuatkan Abang Fen begitu berselera.

Bau bunga kantan serta bahan asas dalam kuah itu antara yang menarik pelanggan untuk singgah.
Niat awal Abang Fen hanya untuk tahu tentang asal-usul nama Sri Bidan, tapi kini telah bertukar untuk merasai kelazatan kuah laksanya yang harum.

Ketika sedang menunggu laksa yang dipesan, pelbagai persoalan bermain di fikiran Abang Fen, antaranya - adakah laksa Sri Bidan memang enak ataupun sekadar aromanya untuk dijadikan daya tarikan pelanggan.

Semasa Abang Fen asyik melayan persoalan yang bermain di fikiran, laksa dipesan sudah berada di depan mata, tersedar pun kerana baunya yang harum.

Abang Fen tak terus menjamah laksa ini sebaliknya memeriksa sayur-sayur, laksa dan kuahnya, untuk mengetahui bahan-bahan yang diguna dalam menghasilkan kuah laksa tersebut.

Ada daun pudina, nenas, timun,  bawang, daun salad, cili dan bunga kantan segar yang dipotong halus sebagai penghias laksa bagi menaikkan baunya.

You all jangan pula hairan kenapa kali ini Abang Fen begitu teliti hinggakan sayuran hiasan laksa pun diambil kisah. Ini kerana semua itu untuk dikongsikan dengan pembaca mStar Online.

Kuah laksa Sri Bidan memang berbaloi kerana ia dihasilkan dengan menggunakan ikan segar sehingga pekat dan baunya juga harum.

Itu memang tidak dapat Abang Fen nafi setelah merasai kemanisan ikan daripada kuahnya.
Apabila melihat pada papan tanda, harga semangkuk laksa hanya RM2.50, ia sangat berbaloi untuk laksa sesedap itu.

Apabila sudah kenyang, Abang Fen tidak akan pulang begitu sahaja tanpa mengetahui apakah rahsia kuah laksa itu, siapa pemiliknya dan waktu operasinya.

Untuk pengetahuan, laksa Sri Bidan diusahakan oleh Abdul Aziz Mohamad, 58, (gambar) sejak tahun 1979 lagi iaitu ketika beliau berusia awal 20-an.

"Saya mula jual laksa pada tahun 1979, naik roda tiga (basikal roda tiga) dan pakai buyung, (periuk tanah) guna dapur arang saja," cerita pemilik kedai itu ketika Abang Fen bertanyakan mengenai laksa Sri Bidan.

Ketika itu, Abdul Aziz yang tinggal bersama bapanya menjual laksa di sekitar Georgetown hingga ke Sungai Pinang.

Bapanya merupakan seorang anggota polis di kawasan tersebut.

"Pada tahun 1979 saya jual laksa dengan harga enam kupang (60 sen) semangkuk dan sehari boleh la jual dalam 5 kilogram," tambahnya.

Pada 1986, Abdul Aziz berpindah ke Permatang Tok Bidan, Penaga, Seberang Perai Utara kerana ayahnya telah bersara sebagai anggota polis.

Bagaimanapun, dia tetap meneruskan usahanya sebagai seorang peniaga laksa sehingga membuka sebuah warung di Simpang Tiga Makloom pada 1995.

Ketika itu jugalah, Abang Fen diberitahu bahawa nama laksa Sri Bidan ini diambil sempena nama kampung yang didiami Abdul Aziz iaitu Permatang Tok Bidan.

Abdul Aziz memberitahu, kuah laksanya tidak mempunyai rahsia istimewa atau resipi tertentu  selain menggunakan ikan segar yang diperolehi daripada nelayan di sekitar Penaga.

Jika 35 tahun lalu jualan laksa Abdul Aziz hanya sekitar 5 kilogram sehari, kini ianya mencecah 20 kilogram sehari.

Tetapi resepi dan kelazatan kuahnya tetap seperti 35 tahun dahulu, itulah keistimewaanya.

"Resepi dan rasa kuah laksa Sri Bidan ini masih asli dan sama seperti waktu saya mula-mula jual dulu, sebab saya nak kekalkan kelazatan yang ada," jelasnya mengakhiri perbualan kami.

Bezanya, dia tidak lagi menggunakan periuk tanah seperti dahulu kerana kuah yang dimasak ketika ini lebih banyak berbanding dahulu.

Namun bagi penggemar laksa atau mereka yang ingin menikmati laksa yang mempunyai aroma serta rasa asli, Abang Fen cadangkan supaya ke laksa Sri Bidan.

Jika you all inigin tahu lebih lanjut mengenainya boleh berhubung terus dengan  Abdul Aziz di talian 019-4319166.

Tiada tempat bagi Akta Hasutan di bumi moden Malaysia

Posted: 30 Nov 2014 04:06 PM PST

 Oleh Soon Li Tsin


Akta Hasutan di Malaysia sekali lagi memaparkan sisi gelapnya berikutan pendakwaan terhadap kartunis Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar. Undang-undang ini dianggap tinggalan kolonial, zalim dan lapok, namun kekal digunakan di negara kita. Malaysia menjadi terkenal di mata dunia kerana tindakan siasatan dan pendakwaan menggunakan undang-undang yang diperkenalkan pada 1948 ini.

Antara yang telah didakwa termasuk ahli parlimen Seputeh Teresa Kok, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, pensyarah Azmi Sharom dan aktivis Ali Abdul Jalil. Malah ramai lagi seperti Zunar yang disoal siasat pihak berkuasa. Kesalahan bagi akta ini termasuk menggelar Umno 'celaka', mempersoal kuasa Jabatan Agama Islam Selangor, kritikan terhadap Raja-Raja dan mempertikai Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, negara-negara lain terutama yang pernah dijajah British juga masih mengekalkannya termasuk Kanada, India, Singapura dan Hong Kong. Malah Amerika Syarikat turut memiliki beberapa Akta Hasutan. Ya betul ― beberapa dan bukan hanya satu.
Pertama, terdapat Akta Hasutan 1798 yang melarang kritikan terhadap kerajaan Amerika Syarikat dan hukuman terhadap pesalah termasuk denda dan penjara. Presiden John Adams dan pihak Persekutuan bimbang akan penentangan dan meluluskan undang-undang ini bagi mengekang pihak pembangkang. Ia dimansuhkan Thomas Jefferson kerana mengekang kebebasan bersuara.

Pada 16 Mei 1918, Kongres AS meluluskan satu lagi Akta Hasutan bagi menyokong Akta Perisikan yang diluluskan sebelumnya. Kedua-duanya bagi mempertahankan penyertaan AS dalam Perang Dunia I. Akta Hasutan hadir dengan hukuman keras - sehingga USD10,000 dan/atau 20 tahun penjara bagi sesiapa yang bersalah membuat tuduhan melulu tentang perang tersebut; menghina dan menghentam kerajaan AS, bendera, Perlembagaan dan pihak tentera, menaikkan kemarahan tentang bahan sebaran peperangan, mendidik atau mempertahankan kesemua tindakan yang terlarang itu. Kongres memansuhkannya pada 1921 kerana ia bercanggah dengan amalan demokrasi di Amerika Syarikat.

Usaha terakhir memaparkan kesalahan hasutan berlaku selari dengan Akta Pendaftaran Pendatang Asing 1940. Dikenali sebagai Akta Smith, ia mensasarkan penyokong parti Nazi, penyokong Leon Trotsky, pihak komunis dan sosialis yang semakin ramai di Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II.

Akta tersebut begitu meluas sehingga mensasarkan sesiapa "…  yang berniat menjatuhkan atau menghancurkan kerajaan, dengan mencetak, menerbit, menyunting, menjual, atau memaparkan tulisan atau bahan cetak bagi menyokong, menasihati, mendidik tentang menjatuhkan, atau menghancurkan kerajaan melalui tindakan ganas atau cuba melakukannya atau… menganjurkan atau membantu serta menggalakkan usaha menjatuhkan atau menghancurkan kerajaan AS melalui keganasan dan paksaan, menjadi ahli atau sekutu mana-mana pertubuhan, persatuan, perhimpunan dengan tujuan sedemikian."

Ramai yang didakwa dengannya di antara tahun 1940 ke 1956 yang menyaksikan peningkatan kegiatan perisikan di antara pihak yang terlibat dalam Perang Dunia II dan juga Perang Dingin selepasnya.

Makhamah Tinggi pada 1957 bagaimanapun memutuskan Pindaan Pertama agar kebebasan bersuara dilindungi melainkan terdapat marabahaya yang nyata ke arah menjatuhkan kerajaan, perlu ditegakkan. Keputusan ini menjadikan bebanan pembuktikan di pihak pendakwaan agar menunjukkan terdapat niat menjatuhkan kerajaan melalui keganasan dan paksaan.

Seramai 14 pemimpin komunis dalam kes Yates menentang AS telah menyaksikan keputusan bersalah ke atas mereka ditarik balik dan mereka didakwa di mahkamah daerah. Pada pertengahan 1962, komunis yang terakhir didakwa dan dihukum telah menjalani hukuman penjara manakala sesetengahnya diberi pengampunan oleh Presiden JF Kennedy. Akta Smith masih lagi wujud sehingga hari ini tetapi ia dianggap lapuk kerana tinggalan Perang Dingin.

Jadi bagaimana dengan Malaysia? Masih perlukah negara kita yang mensasarkan status negara maju menjelang 2020 mengekalkannya? Ia perlu mengambil iktibar dari United Kingdom yang memansuhkan hasutan pada 2010. Menteri Undang-Undang Claire Ward berkata ia "lapok" dan tidak selari dengan amalan kebebasan bersuara. Apa jadi di sana? Sistem monarki dan kerajaannya masih utuh dan tiada sebarang masalah tercetus.

Malaysia memiliki undang-undang dan proses sedia ada bagi tindakan undang-undang diambil ke atas mana-mana kumpulan atau individu yang dirasakan bersalah. Jadi adakah kerajaannya berani mengelakkan penggunaan akta ini yang jelas mengekang kebebasan bersuara? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji akta tahun 1948 itu bakal diganti dengan Akta Keharmonian Nasional. Tetapi kini, nampaknya seperti ia sukar dilakukan.

Tanpa kebebasan bersuara dengan aman, satu-satunya cara rakyat Malaysia meluahkan kemarahan ialah melalui peti undi. Sekiranya kerajaan persekutuan ini kehilangan lebih banyak kerusi Parlimen dan kerusi DUN, mungkin ia akan sedar apa yang dihajati rakyat Malaysia. Suara mereka di dalam isu penting wajar didengar samada ia berkenaan agama, bangsa, Raja-Raja dan urus tadbir negara.

(*)  Li Tsin tinggal di AS dan mencoret pendapat di @polytikus

Peniaga berhimpun bantah kenyataan Nazri

Posted: 30 Nov 2014 03:59 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Sekumpulan 50 orang peniaga berhimpun di Cameron Highlands hari ini bagi membantah kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kawasan itu tidak selamat.

Kumpulan berkenaan mula berhimpun di Tanah Rata pada tengahari, kata penganjur perhimpunan tersebut, Cheng Hon Nan ketika dihubungi.

"Kami mahu menteri pelancongan menarik balik kenyataannya dan meminta maaf," kata Cheng yang menambah, kenyataan tersebut akan menjejaskan industri pelancongan di kawasan tersebut.

Katanya, bantahan tersebut antara lainnya disertai pengusaha gerai, restoran dan hotel murah.

Kenyataan Nazri itu timbul susulan banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands pada awal bulan ini yang mengorbankan lima nyawa.

Ia merupakan susulan kepada kejadian sama yang berlangsung tidak sampai setahun lalu, yang mengorbankan tiga nyawa.

Nazri pada 24 November lalu dilaporkan sebagai berkata, Cameron Highlands tidak selamat kerana risiko banjir.

Beliau turut menasihatkan pengunjung agar mengelakkan kawasn itu buat masa ini

Zam: Umno kecewa dengan peguam negara

Posted: 30 Nov 2014 03:57 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Tan Sri Zainuddin Maidin kini boleh bersenang hati kerana kempennya untuk mengekalkan Akta Hasutan tidak sia-sia.

Namun, beliau tidak berpuas hati setakat itu sahaja. Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad itu masih menjadikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai sasaran kritikannya.

Zainuddin dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com mendakwa, Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam umpama satu undi tidak percaya ke atas peguam negara dan juga satu amaran kepada Najib.

"Masalah yang dihadapi oleh kerajaan jika peguam negara disingkirkan maka bererti (wujud) campur tangan politik.

"Tetapi jika rakyat yang diberikan harapan tinggi oleh Najib dikecewakan oleh sikap peguam negara maka Najiblah yang akan tersungkur.

"Ramai orang berprasangka bahawa peguam negara juga berada di belakang pengumuman Najib untuk menghapuskan akta itu," tulisnya.

Zainuddin berkata, kekecewaan ke atas kegagalan peguam negara menguatkuasa Akta Hasutan turut disuarakan oleh perdana menteri, menteri dalam negeri dan perwakilan Umno yang lain dalam persidangan itu.

Bekas editor Utusan Malaysia itu berkata beliau mengesan demikian melalui ucapan Najib yang menyeru peguam negara untuk bersikap dengan lebih tegas terhadap pihak yang melanggar undang-undang.

"Apakah erti semuanya ini? Seruan Najib itu disambut dengan tepuk sorak bergemuruh para perwakilan yang dapat difahamkan dengan mudah sebagai suatu luahan perasaan mereka terhadap kelemahan peguam negara yang telah berlaku sekian lama dan yang menampakkan tindakan yang takut untuk menghadapi kontroversi dan cabaran dari pihak pembangkang," katanya.

Zainuddin, yang popular dengan nama Zam berkata, turut membangkitkan mengenai saranan Najib agar peguam negara lebih tegas dalam menguatkuasa Akta Hasutan.

Katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menerima tepukan yang gemuruh apabila menteri itu menggesa Pejabat Peguam Negara untuk membantu pihak polis dalam memastikan pendakwaan di bawah Akta Hasutan.

Malah, Zahid turut menyatakan bahawa pihak polis tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menyiasat dan menangkap.

"Ini adalah suatu pembelaan terhadap polis yang selalu disalahkan oleh pihak peguam negara kerana lemah dalam mengemukakan kes untuk pendakwaan," kata bekas menteri itu lagi.

Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa Akta Hasutan akan dikekalkan walaupun sebelum ini ia dipertimbangkan untuk dimansuhkan.

Harga RON97, RON95 turun, diesel naik

Posted: 30 Nov 2014 03:54 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Harga runcit RON97 turun sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan harga baru ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baru itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)," katanya. -- Bernama

Tiada ulasan: