. |
Bukan Azmin untuk khianati Anwar Posted: 18 Dec 2014 03:30 AM PST JIWA SENJA Pendirian dan sikap yang diambil MB Selangor Mohamed Azmin Ali (Minali) melihat peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi dan sumbangan yang dimainkan khasnya dalam menggerakkan politik Pakatan Rakyat sebagai relevan adalah tepat dan satu pandangan ikhlas yang terbit dari dhamir seorang bertanda tokoh.
Lebih jauh dari itu penerimaan Minali terhahap Anwar dan tidak pernah terpengaruh dengan sebarang elemen memburuk-burukkan idolanya itu menunjukkan keintiman dan kepercayaan Minali kepada seorang yang dianggap ketua, sahabat bersifat abang. Hakikat itu diakui sendiri oleh Minali apabila beliau memperakui akan kehebatan Anwar, dengan mengatakan; "Saya menghormati Anwar. Saya sudah lama bekerja dengan beliau dan pandangan beliau diambil kira dalam parti, dalam PR dan dalam kerajaan negeri sebagai penasihat ekonomi." Iya siapa boleh menafikan melonjak Minali dalam persada politik hari ini sehingga menjadi orang terpenting di Selangor adalah kerana kucahan arus dan gelombang dibangkitkan Anwar. Kerana kesabaran, kegigihan dan keberanian telah meletakkan Minali ditempat itu hari ini manakala kawan-kawan lain yang sebelum itu sederap telah berada jauh di belakang. Pernyataan Minali itu menunjukkan MB Selangor itu senantiasa sedar diri, ikhlas dan jujur dalam menilai siapa Anwar. Sesetengah pihak tanpa menilai kebolehan, bakat serta keistimewaan yang ada kepada Anwar, bahkan menolak realiti, menggesa atau cuba memberi pandangan agar Minali menggugurkan jawatan penasihat ekonomi Selangor yang dipegang Anwar apabila Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran yang dianugerahkan Sultan Selangor kepada Anwar. Bagi mereka yang waras dan tahu hal ehwal pentadbiran tidak sesekali akan mencampuri urusan pentadbiran negeri dengan hak yang ada kepada Sultan selagi ia dibenarkan oleh Perlembagaan. Sultan berhak menarik balik darjah kebesaran itu tetapi hak untuk mengekalkan Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor adalah hak Menteri Besar. Kalau mereka mempunyai mata dan pandangan sama seperti Minali, mereka dapat memisahkan mana hak sultan dan dimana pula kehebatan yang ada kepada Anwar yang boleh dimanfatkan untuk membangun Selangor sekaligus mengukukuhkan kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Mereka yang mahu melihat Azmin menggugurkan jawatan Anwar itu adalah mereka yang cemburu, iri hati dan tidak senang dengan Anwar atas sifat peribadi dan bukan dibuat demi kemajuan dan pembangunan di Selangor. Gesaan itu juga bermotif mahu mewujudkan ruang pertelingkahan antara Minali dengan Anwar agar senang mereka mencelah dan memisahkan kepaduan antara keduanya. Minali tidak semudah itu untuk terpengaruh dengan cadangan-cadangan dan idea Yahudi begitu. Kesetiaan Minali terhadap Anwar telah teruji sejak berdekad lampau. Dalam pada itu Minali sangat memerlukan Anwar sebagai "penaung" atau azimat kepada kerajaanya. Kehebatan Anwar atau keupayaan dalam memberi nasihat kewangan, ekonomi dan sebagainya terbukti bila mana beliau (Anwar) sering dijemput untuk bercakap mengenai kewangan di serata dunia dan juga menjadi panel kepada beberapa syarikat kewangan atau perbankan antarabangsa. Hanya mereka yang cemburu dengan Anwar, tidak senang dengan karektornya dan termakan racun disembur oleh bekas PM, Mahathir Mohamad kepada Anwar akan membenci Anwar selamanya walaupun sebelum ini merekalah yang menjadi juara mempertahankan dan tukang sambut Anwar. Anwar sebarnya bernasih baik mempunyai rakan dan bekas pegawai seperti Minali yang tetap mengenang budi dan menyanjungi kehebatannya dan sama sekali tidak menunjukkan niat untuk khianat. Hari pun kalau Minali ada angan-angan untuk khianat atau melupai Anwar, peluang itu sudah terbuka. Tetapi dengan pernyataan dan pengakuan serta pembelaan Minali kepada Anwar Ibrahim menujuk dan mengenalkan dunia siapa dia Minali. Minali seorang sahabat dan anak didik yang senantiasa mengingati apa-apa budi dan kebaikan Anwar sebab itu MB Selangor itu tidak mudah terpengaruh dengan orang-orang yang membenci Anwar Ibrahim. Baginya biarlah seribu kali orang membenci Anwar sejuta kali dia akan menyayanginya. Semoga mereka akan kekal dan sepakat selamanya. [wm.kl.7:22 pm 18/12/14] | ||
Banjir di Kelantan teruk, Rantau Panjang paling parah Posted: 17 Dec 2014 08:41 PM PST PERKHABARAN
Bagaimana pun Rantau Panjang yang berdekatan dengan Sungai Golok paling teruk. Menurut maklumat dari kampung saya, keadaan banjir kali ini antara terteruk, ada yang menyamakan ia sama penat dengan bah tahun 1967. Beberapa gambar yang dikongsikan dalam facebook di sekitar Rantau Panjang menunjukkan apa sebenar berlaku di Rantau Panjang kini. Masjid Beijing antara salah satu destinasi pelacongan di Kelantan telah ditenggelami air. Puluhan buah kereta yang diparking di perkarangan masjid berkenaan ditenggelami air. Bandar Rantau Panjang ditenggelami air dari segenap jerung. Semua jalan untuk memasuki ke Pasar Besar atay pusat bandar tidak dapat dilalui. Menurut seorang rakan, keadaan menjadi parah dan banyak penduduk mengalami kerosakan barangan rumah termasuk kereta ditenggalmi air apabila air naik secara mendadak. Mereka yang tidak menjangka keadaan itu menyebabkan gagal menyelamatkan harta benda. Selain itu kemudahan lain seperti eleterik, hubungan telefon juga terputus sama sekali. Saya cuba menghubungi seorang rakan menerusi handset, tetapi gagal, ada nada ring ring tetapi bila diangkat, ia berbunyi macam air sedang bergelegak berdesir dan berdesing. Sehubungan itu memandangkan bencana bajir kedua yang sedang melanda Kelantan ini parah, wajar kalau kerajaan Putrajaya mengistyharkan bencana alam di Kelantan bagi membolehkan peruntukan khas disalurkan untuk merengankan mangsa banjir. Kerajaan Kelantan juga sepatut berbuat sesuatu yang lebih signifiken bagi menghadapi bencana banjir serta paling penting menangani masalah itu tidak berulang. Misalnya ketegasan kerajaan menuntut kerajaan Persekutuan membena penebat banjir di sepanjang sungai Golok perlu diutamakan. Sebelum ini sudah beberapa kali pengumuman dibuat oleh Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed mengenai projek berkenaan tetapi masih tidak menjadi kenyataan. Setiap kali banjir tiba maka akan kedengaranlah pengumuman projek berkenaan akan dibina dan sebagainya. Kalau projek itu dibina setiap kali ianya diumumkan mungkin ianya sudah lama siap dan panjang hingga ke Mersing di Johor. Apakah masalah menyebabkan projek tebatan banjir itu tidak dapat dibina ke hari ini. Sekiranya ia ada kena mengena dengan masalah pengambilan tanah dan apa-apa peremis membabitkan kerajaan negeri, ia hendaklah dirunding. Jangan hendaknya kerana masalah politik projek mahal penting untuk kepentingan rakyat itu tertangguh dan gara-garanya menyebabkan rakyat mengalami kerugiaan. Dalam pada itu bagi merengankan mangsa banjir bantuan kemanusiaan jangan sahaja diserahkan kepada agensi kerajaan seperti Bomba, Polis, Pertahanan Awam dan sebagainya, tetapi badan-badan swasta, Ngo, pertubuhan dan parti politik Pas, PKR dan Umno juga perlu aktif. Apa dilakukan Pertubuhan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) yang baru bersusia "seminggu lobak" telah membuka bilik gerakan banjir di Lubuk Jong untuk membantu mangsa banjir perlu diteladani dan dimalui. [wm.kl.12:30 pm 18/12/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan