Isnin, 1 Disember 2014

.

.


Exco Kelantan akan dirombak termasuk TMB?

Posted: 01 Dec 2014 01:29 AM PST

SUSUPAN PETANG                                                                                         

Mohd Amar Nik Abdullah
Semasa melalui negeri Kelantan dan singgah di sebuah hotel untuk bermalam semalaman saya terdengar dua versi cerita mengenai negeri Kelantan. Kedua-dua versi itu memberi petanda atau maklumat yang tidak baik kepada kerajaan Kelantan Pas pimpinan Ahmad Yaakob dan Mohd Amar Nik Abdullah (AYMA).

Versi pertama ialah kononnya barisan Exco Kelantan akan dirombak dalam bila genap tahun ini. Tidak jelas kenapa barisan Exco yang dibentuk Ahmad Yaakob dalam tempoh tidak sampai 48 jam selepas PRU ke-13 itu perlu dirombak.

Sekiranya ini berlaku bermakna ada sesuatu yang tidak kena atau berlaku dalam kerajaan Pas Kelantan ketika ini. Apabila diberitakan barisan Exco akan dirombak menggambarkan barisan Exco yang ada kini tidak berfungsi atau pun mampu mencapai sasaran yang dikehendaki?

Manakala versi kedua pula juga berkaitan perkara yang sama, kononya Ahmad Yaakob sekrang ini sedang mengenal pasti nama-nama Adun untuk diganti Exco yang sedia ada. Menurut cerita versi kedua bukan semua Exco yang ada perlu diganti tetapi separuh daripadanya diberitakan akan menghadapi perubahan itu.

Exco-exco Kelantan ialah, Hanifa Ahmad, Dr Mohd Fadzli Hassan, Annuar Tan Abdullah, Anizan Abdul Rahman, Abdul Fatah Mahmood, Muntaz Mat Nawi, Che Abdullah Che Nawi, Ramli Mohamad dan Nasaruddin Daud.

Daripada versi kedua berita yang dipunggut dari persinggahan itu, selain daripada separuh daripada Exco berkenaan Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah juga dikatakan turut sama terlibat dengan desas desus akan ditukar. Masa ini Ahmad Yaakob dikatakan sedang mencari pengganti Mohd Amar.

Tidak pula diketahui apakah sebab musabab kenapa rombakan bakal dibuat itu melihat TMB sendiri. Bagaimana pun sekiranya ini benar dan ada asasnya menunjukkan kerajaan pimpinan Ahmad Yaakob dalam bermasalah.

Buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai berita yang didengar ini. Kalau ianya benar sudah tentu berita yang kurang enak ini akan meletus juga. Pihak Umno juga tampaknya masih belum mengetahui akan kedua versi berita ini. Atau pun Umno Kelantan sengaja mengamankannya kerana mahu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Penyiasatan akan bermula. [wm.kl.5:20 pm 01.12/14]

Tiada ulasan: