Selasa, 2 Disember 2014

"BERANI KERANA BENAR!"

BERANI KERANA BENAR

"BERANI KERANA BENAR!"


6 Tip Jimat Ruang Pada Gajet

Posted: 01 Dec 2014 06:26 PM PST

6 Tip Jimat Ruang Pada Gajet

Jika perkara ini berlaku, ia semestinya diakibatkan oleh pengurusan storan yang tidak sistematik. Selang sebulan, anda mesti mengemas kini storan kerana mungkin kadangkala, ada kemas kini, muat turun serta video-video yang muncul secara automatik tanpa disedari. Jadi, cuba aplikasikan tip-tip ini untuk lebih jimat serta meningkatkan produktiviti.

1.   Aplikasi
 
Aplikasi yang dimuat turun akan secara automatik akan disimpan di memori terbina di peranti anda. Ada beberapa peranti yang membenarkan anda untuk menyimpannya dalam kad SD. Selain itu, anda perlu lebih rajin untuk mengemas kini aplikasi mana yang telah dimuat turun tetapi tidak berguna, rosak dan versi percubaan. Jangan terasa rugi untuk terus membuangnya.

2.   Foto

Kini, terdapat pelbagai versi peranti dengan kamera yang memiliki mega piksel yang besar. Oleh itu, saiz foto yang diambil akan turut sama dalam saiz yang sangat besar. Untuk kegunaan yang penting dan anda memang memerlukan foto yang tajam, cantik dan sebagainya tiada masalah. Tetapi, jika hanya sekadar untuk memuat turun di Facebook, anda perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan sedikit saiz bagi menjimatkan ruang dan memuatkan lebih baik foto.

3.   Data aplikasi

Sesetengah aplikasi menyimpan banyak fail-fail sementara dalam memori terbina pada peranti anda dan ia akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Data-data aplikasi ini selalunya tidak ditetapkan untuk pengurusan secara sistematik. Masalah ini tidak berlaku kepada aplikasi popular seperti Google Maps, Facebook dan sebagainya.

4.   Cache pelayar

Sesetengah peranti telefon pintar dan tablet memerlukan anda membersihkan kesemua fail internet sementara yang disimpan oleh pelayar web anda secara manual. Tetapan secara automatik mengakibatkan ia terus disimpan sehingga melebihi kapasiti sepatutnya. Ia perlu dilakukan selang seminggu atau sebulan bergantung pada penggunaan pelayar web.

5.   E-mel

Ada beberapa versi peranti yang tidak memiliki kesesuaian untuk bekerja dengan e-mel yang terlalu banyak. Pengurusannya kurang sistematik mengakibatkan kadangkala ia akan menyesakkan ruang dan memenuhkan memori sehingga memperlahankan peranti tanpa disedari. Ambil masa untuk melihat dan memadamkan mana yang sudah tidak berguna lagi.

6.   Video

Kebanyakan video yang diambil dengan peranti mudah alih kini sangat berkualiti sehingga beresolusi definisi tinggi (HD). Perkara ini perlu dititikberatkan oleh pengguna kerana saiz video sangat besar dan akan memakan banyak ruangan di storan anda. Rajin-rajinkan diri untuk memindahkan fail video yang dirakamkan bagi membolehkan storan anda boleh dimuatkan oleh data-data yang lain sama.

Kenali 10 Negara Paling Mahal Untuk Beli Kereta

Posted: 01 Dec 2014 06:22 PM PST

Harga sesebuah kereta bagi setiap negara adalah dijual pada harga berbeza-beza diatas beberapa faktor termasuklah cukai.

Menurut laporan sebuah portal, Jalopnik yang mana sebuah laman web yang popular telah menyenaraikan senarai 10 negara yang paling mahal untuk membeli kereta.

Perbandingan itu dibuat terhadap jenis kereta Toyota Prius dan Scion FR-S di negara America Syarikat dan negara-negara lain.

Berdasarkan kenyataan yang dipetik oleh laman web tersebut, penilaian bagi menempatkan kedudukan negara-negara dalam senarai adalah bersarkan pendapat-pendapat dari rakyat-rakyat negara tersebut termasuk warga asing.

Harga kereta yang dijual di negara-negara ini adalah berkali-kali ganda dengan harga yang dijual di Amerika. Lebih mengejutkan kami adalah Malaysia juga tersenarai. - Siakapkeli.com.my

10 - CUBA





9 - NORTH KOREA




8 -  ST. KITTS AND NEVI



7 - UNITED KINGDOM



6 - BRAZIL



5 - CHINA



4 - NICARAGUA


3 - INDONESIA



2 -  MALAYSIA



1 - SINGAPURA

Komitmen semua ditagih untuk selamatkan Tasik Chini

Posted: 01 Dec 2014 06:09 PM PST

Oleh ROSMIDZATUL AZILA MAT YAMIN

BELUM pun reda isu pembalakan haram di Cameron Highlands, timbul pula isu Tasik Chini yang turut berhadapan ancaman kemusnahan ekoran aktiviti pembalakan, perlombongan dan perladangan yang tidak terkawal di kawasan tersebut.

Lebih menyedihkan apabila dilaporkan lima buah bukit berhampiran tasik berkenaan hampir botak ditarah untuk aktiviti perlombo­ngan bijih besi. Apabila situasi ini berlaku, siapa yang harus dipersalahkan?

Apa yang lebih dikesali apabila dilaporkan terdapatnya surat kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak tertentu yang memberi laluan untuk aktiviti penarahan bukit dilakukan oleh pihak pelombong.

Inilah jadinya apabila amanah yang sepatutnya dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab sewenang-wenangnya dikhianati dek dikaburi wang ringgit tanpa memikirkan implikasi buruk yang bakal timbul daripada tindakan yang dilakukan.

Perkara ini tidak seharusnya berlaku, lebih-lebih lagi melibatkan kawasan tasik semula jadi yang mempunyai kekayaan rizab biosfera yang tinggi dan berpotensi besar dalam prospek penyelidikan negara. Sebaliknya, ia perlu dipelihara dengan sebaik mungkin agar kelangsungan flora dan fauna serta tumbuh-tumbuhan akuatik di kawasan ber­kenaan terus terpelihara.

Jika persekitaran tasik terus dibiarkan rakus diterokai, ia pasti­nya akan merencatkan aktiviti penyelidikan di kawasan berkenaan. Malah, aktiviti penarahan bukit yang dilakukan sedemikian rupa turut memperlihatkan kegagalan banyak pihak dalam memastikan kelestarian kawasan tersebut dikekalkan sehinggakan pihak pelombong sewenang-wenangnya bergiat aktif tanpa mempedulikan nasib alam sekitar yang diperjudikan.

Perhatian serius dan komitmen semua terutamanya pihak berkuasa negeri diperlukan bagi menyelamatkan Tasik Chini daripada terus dinodai. Aktiviti penarahan bukit untuk tujuan perlombongan bijih besi perlu dihentikan segera. Sementara itu, usaha dan fokus terhadap aktiviti pemulihan Tasik Chini perlu dipercepatkan agar keadaan tidak menjadi bertambah buruk.

Justeru, dalam menggerakkan usaha ini satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan bagi meneliti dan membangunkan pelan jangka panjang sebagai inisiatif awal dalam memulihkan semula Tasik Chini.

Dalam konteks ini, pendekatan yang paling berkesan perlu diambil bagi menangani isu dan permasalahan ini sehingga ke akar umbi, selain pelbagai aspek perlu diperhalusi dan ditangani bagi menutup episod duka ini dan memastikan perkara sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Siasatan terperinci juga perlu dilakukan bagi mengenalpasti dalang yang terlibat terutamanya dalam memberi kebenaran untuk aktiviti berkenaan dijalankan tanpa sebarang pemantauan sehingga me­ngundang kemusnahan yang teruk terhadap ekosistem Tasik Chini.

Operasi secara bersepadu juga perlu dilakukan bagi membolehkan akar umbi kepada permasalahan dikenalpasti agar tiada lagi ruang untuk aktiviti-aktiviti seumpama ini bertunas pada masa hadapan dalam memastikan kelestarian ekosistem Tasik Chini terus terpelihara.

Aktiviti pemulihan mungkin boleh dimulakan dengan mengorek semula tasik yang cetek akibat proses sedimentasi (pemendapan kelodak yang terkumpul di dasar tasik) ekoran hakisan. Langkah seterusnya adalah melakukan aktiviti penanaman semula tumbuh-tumbuhan bagi mengembalikan semula keindahan landskap hijau di sekitar tasik berkenaan walaupun ia tidak mungkin dapat mengembalikan nilai keasliannya.

Selain itu, pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilakukan secara berterusan dan tidak hanya hangat-hangat tahi ayam dan lesu apabila isu ini tidak lagi menjadi tumpuan di dada-dada akhbar dan media massa. Sebaliknya, ia perlu diberi perhatian berterusan oleh semua pihak terutamanya dalam melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT dalam memakmurkan alam sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dia­lah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya" (Surah Hud, ayat 61).

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Filem kutuk Melayu?

Posted: 01 Dec 2014 05:54 PM PST

Filem Lelaki Harapan Dunia jelajah ke serata dunia


TIDAK berniat untuk memburukkan atau memperkecilkan orang Melayu, pengarah filem Lelaki Harapan Dunia, Liew Seng Tat sebaliknya mahu mengangkat budaya angkat rumah yang pernah popular dalam kalangan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.


Pada sesi prebiu filem berkenaan yang diadakan di ibu kota baru-baru ini, karya terbitan Everything Films itu dilihat sarat dengan lontaran dialog yang begitu sinikal bagi menggambarkan masyarakat Melayu secara amnya.

Bagaimanapun, Seng Tat menjelaskan bahawa isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana segala kritikan yang diselitkan menerusi skripnya sekadar jenaka dan ia bersifat subjektif serta tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

"Setiap individu mempunyai sudut pandang yang berbeza untuk membuat sebarang penilaian. Tetapi, saya sedikit pun tidak berniat mahu menyelar sesiapa pun atau membangkitkan kemarahan mana-mana pihak.

"Objektif penerbitan karya ini sekadar mahu mengetengahkan budaya mengangkat rumah yang begitu popular pada zaman dahulu dalam kalangan orang Melayu. Buktinya, sekitar 90-an, ada satu iklan komersial yang turut mengetengahkan konsep sama," katanya.

Filem berkenaan yang dibarisi pelakon Wan Hanafi Su, Azhan Rani, Harun Salim Bachik, Sofi Jikan, Jalil Hamid, Hishamuddin Rais serta ramai lagi mula ditayangkan 27 November lalu di pawagam seluruh negara.

Sementara itu, sebelum mula ditayangkan di Malaysia, Lelaki Harapan Dunia terlebih dahulu dipertontonkan di beberapa buah negara termasuk Itali, Kanada, India, Taiwan, Amerika dan Jepun.
Menurut Seng Tat, dia berbangga apabila karya tempatan mendapat tempat di beberapa festival bertaraf antarabangsa dan menerima maklum balas yang sangat baik.

"Ia turut ditayangkan dengan beberapa buah filem terpilih dari pelbagai negara di seluruh dunia. Satu peluang yang sukar untuk diperoleh terutama bagi pengarah yang baru mahu mencuba dan memasuki industri perfileman Melayu seperti saya.

"Penayangan tersebut ibarat satu penghargaan yang tidak terhingga untuk seluruh krew produksi Everything Films serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak," katanya.

Pada masa yang sama, pengarah berusia 35 tahun itu mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan skrip filem tersebut sebelum meneruskan penggambaran.

"Keindahan budaya mengangkat rumah itu tiada pada bangsa lain. Ia melambangkan semangat tolong-menolong yang tinggi sesama mereka. Apatah lagi konsep gotong-royong yang unik turut diselitkan ketika budaya itu mahu direncanakan," katanya.

Lelaki Harapan Dunia berlatarkan sebuah kampung yang pada awalnya begitu aman, namun terjadi sedikit kekacauan akibat salah faham antara penduduk yang menganggap sebuah rumah terbiar yang terletak di belantara berhampiran dihuni oleh penunggu.

Pak Awang yang ingin menghadiahkan rumah tersebut kepada anak perempuannya yang bakal berkahwin sedaya upaya menyangkal dakwaan tersebut, akan tetapi tidak dihiraukan oleh penduduk kampung yang begitu taksub mempercayainya.-Utusan Malaysia

Perlukan penyokong 
sejati bukan samseng

Posted: 01 Dec 2014 05:46 PM PST

Oleh Herman Hamid 

SEBELUM menarik diri daripada saingan liga bola sepak tanah air pada pertengahan tahun 90-an, pertemuan Singapura menentang Selangor adalah perlawanan paling ditunggu peminat. Baik Selangor mahu pun pasukan seberang tambak itu, kedua-duanya kaya dengan tradisi bola sepak selain dibarisi pemain ternama dan dilimpahi pelbagai kejuaraan terutama trofi berprestij, Piala Malaysia.


Rekod itu mirip kepada dominasi Real Madrid dan Barcelona dalam saingan bola sepak Sepanyol dengan pertemuan dua musuh tradisi itu dinamakan sebagai 'El Clasico' - perlawanan yang sentiasa dinantikan peminat seluruh dunia.

Berikutan itu, pertembungan Selangor dan Singapura mendapat label sebagai 'El Clasico' versi tempatan kerana persamaan dominasi pasukan terlibat dalam saingan liga masing-masing. Namun begitu, sejak ketiadaan Singapura dan Selangor juga agak longgar cengkamannya, sukar untuk melabelkan pertembungan bertaraf 'El Clasico' versi Malaysia apatah lagi sudah tidak wujud kuasa dominan seperti mana dahulu.

Kuasa bola sepak tanah air seakan bersilih ganti dengan rekod cemerlang hanya mampu dikekalkan untuk beberapa musim sebelum dilanda prestasi yoyo seperti mana berlaku pada Kelantan, Pahang, Perak, Kedah dan beberapa pasukan lagi termasuk Selangor sendiri.

Bagaimanapun, kemunculan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia sejak tahun lalu memperlihatkan satu usaha yang begitu serius di bawah teraju Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pasukan Harimau Selatan itu yang menjalani proses revolusi dengan setiap posisi dibarisi pemain bertaraf bintang lantas menjadikan JDT kuasa bola sepak baru.

Akhirnya selepas setahun, pelaburan besar mereka berbaloi apabila meraih kejuaraan pertama setelah merangkul Liga Super musim ini biar pun terlepas Piala FA kepada pasukan Pahang.

Ironinya, kemenangan Piala FA buat Pahang yang pernah mendapat jolokan Real Madrid Malaysia pada era 90-an kerana turut memiliki ramai pemain bintang seakan memberi petunjuk yang Tok Gajah kembali bangkit . Bermula dengan menjulang Piala Malaysia 2013 diikuti Piala Sumbangsih dan Piala FA musim ini, reputasi skuad Tok Gajah semakin kukuh apatah lagi mereka berjaya melayakkan diri ke saingan akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.

Justeru, pertemuan Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil antara Harimau Selatan dan Tok Gajah sememangnya menarik perhatian ramai sehingga dianggap final impian.

Malah tidak salah untuk dilabel pertembungan antara dua pasukan ini umpama bayangan 'El Clasico' versi dekad baru bagi kejuaraan tempatan menggantikan pertembungan musuh tradisi Singapura dan Selangor. Apatah lagi dalam tempoh dua musim ini, sehangat aksi di padang begitulah juga suhunya di luar padang melibatkan kedua-dua penyokong.

Kebetulan, perlawanan sulung JDT dengan kelibat Daniel Guiza, bekas penjaring terbanyak La Liga dalam saingan Liga Super musim lalu adalah menentang Pahang di Kuantan yang menyajikan drama dengan keputusan berakhir 3-2 memihak Pahang biar pun lawan mendahului dua jaringan pada babak pertama.

Terdapat insiden kecil selepas perlawanan tersebut antara kedua penyokong yang kemudian berlarutan pula dengan hampir setiap perlawanan antara dua pasukan sering berlangsung dalam keadaan tegang. Paling tidak boleh dilupakan pastinya perlawanan separuh akhir kedua Piala FA pada 28 Mei 2013 antara JDT dengan Pahang apabila terpaksa didakan semula di venue berkecuali di Stadium Nasional akibat insiden limpahan penyokong.

Bagi penyokong Pahang, versi mereka permainan malam tersebut boleh diteruskan selepas penonton meninggalkan trek stadium dan menyalahkan pemain JDT kerana meninggalkan stadium lebih awal sebelum pengesahan polis. Maka api persengketaan semakin meluap apatah lagi kewujudan media sosial ibarat minyak yang menyamarakkan lagi sentimen yang ada angkara provokasi dari papan kekunci.

Pada awal musim ini pula berlaku drama perebutan pemain tengah, Mohd. Amirulhadi Zainal antara JDT dan bekas majikannya, Pahang yang menghangatkan lagi perang mulut penyokong kedua-dua pasukan. Di Youtube boleh dilihat video insiden-insiden ini antaranya perlawanan Liga Super 8 Februari lalu di Kuantan yang mana aksi tegang di padang berlarutan melibatkan penyokong hingga mengundang campur tangan polis selain insiden 28 Mei 2013.

Pada perlawanan separuh akhir Piala FA tahun ini yang menemukan kembali antara JDT dan Pahang pada 31 Mei lalu di Kuantan juga tidak terlepas daripada insiden provokasi penyokong.

Insiden seperti ini jika dinilai dari sudut penyokong Pahang tidak berlaku ketika menerima kunjungan pasukan lain. Malah dalam perlawanan separuh akhir kedua tempoh hari menentang Kedah, semangat kesukanan tinggi ditunjukkan penyokong kedua-dua pasukan.

Di sudut JDT, imej segelintir kecil penyokong fanatik dengan ada yang bertopeng hitam masih terus dibangkitkan. Tambahan pula tindakan segelintir penyokong menganggu latihan pemain Felda United di Johor Bahru selain insiden melibatkan negeri jiran tetangga Pahang, Terengganu memanaskan lagi keadaan.

Jika ditinjau di media sosial, provokasi antara penyokong sudah mula berlaku. Jangan biarkan kemeriahan liga tempatan yang suatu ketika hilang seri diganggu gugat oleh sikap segelintir penyokong yang tidak rasional. Jangan dibiarkan gejala samseng atau hooligan yang mencemari kemeriahan bola sepak di Eropah seperti di England sedikit masa dahulu menjangkiti Malaysia.

Pada era Youtube, memang penyokong semakin terdedah dengan aksi termasuk pakaian kelompok 'peminat ultras' kelab luar negara yang mula mempengaruhi mereka seperti mengadakan perarakan dan nanyian sorakan sebelum dan selepas perlawanan. Selagi terkawal, pakailah apa nak pakai, buatlah apa nak buat kerana itu juga penting bagi menambah kemeriahan bola sepak.

Cuma liga kita tidak perlukan samseng bola sepak. Biarlah penyokong sejati yang setia jatuh bangun bersama pasukan kesayangan hadir ke stadium. Ingatlah, kekalahan dan kemenangan suatu yang perlu diterima.

Tiada ulasan: