Rabu, 31 Disember 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kerusakan akibat kerakusan sang penguasa di bumi

Posted: 31 Dec 2014 06:00 AM PST


Lebih 20 ribu rakyat Kelantan musnah kediaman. Kerugian pasarana awam cecah ratus juta. Beberapa nyawa hilang.

 Kesal sungguh apabila Allah takdirkan banjir masuk ke bangunan Dewan Undangan Negeri ketika PAS mahu bersidang hudud. Hudud terpaksa dibatalkan. Jika tidak, pasti pembalak politik, pembalak ulama dan pembalak istana, dengan kelulusan atas perniagaan (tak pandai cari ekonomi sumber lain selama 20 tahun), akan dihudud.

Maka ketika itu keadilan 20 ribu mangsa manusia, ratus juta ringgit pasarana awam, beberapa nyawa akan tertegak di bawah Kepimpinan Ulama Akhir Zaman. Orang miskin merompak adalah jenayah. Orang kaya merompak adalah perniagaan.

 Sumber gambar : Google Earth version 2014. Lokasi Lat : 5.201961°, Long : 101.915913°, 10.6 km dari Jerek, Kelantan. Punca air Sungai Lah dan Sungai Kelantan. ~  Aduka Taruna

Kerusakan oleh kerakusan sang penguasa di bumi

Allah telah memperingatkan kepada kita semua.....
Al Qashash : 77 
Artinya:


 "…dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan."

Ar Ruum : 41 Artinya: 

 "Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

 Alam ini dirusak, oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggung jawab, demi untuk memperkaya diri, sehingga rela menebang hutan secara liar / membiarkan hutan gundul di mana-mana, bencana banjir, tanah longsor melanda bumi ini.

 Beribu-ribu umat manusia yang tidak berdosa / bahkan tidak ikut merasakan nikmatnya komisyen wang berjuta-juta dari hasil penebangan hutan tersebut, menjadi korban. Padahal kita seharusnya tahu, bahwa hutan merupakan paru-paru dunia, dengan adanya hutan yang rindang akan tercipta suasana nyaman sejuk menjadikan udaranya sehat.

 Akibat dari tidak adanya tumbuhan, air hujan yang turun dari langit langsung melungsur jatuh kebumi tanpa ada yang menyerap / menyimpan air hujan tersebut .Sebenarnya yang bertugas menyerap air hujan adalah akar tumbuhan, melalui akar air diserap masuk keperut bumi, dimusim kemaraulah akan dikeluarkan kembali melalui mata air.

 1. Alam semesta diciptakan oleh Allah untuk memenuhi keperluan manusia.
 2. Rusaknya alam semesta akibat tangan-tangan manusia. 
 3. Bencana pasti datang, jika umat manusia tidak mau bersyukur. 
 4. Kejadian-kejadian alam (musibah) yang terjadi didunia ini semata-semata 
     merupakan peringatan bagi umatnya agar kembali kejalan yang benar.

Posted: 31 Dec 2014 02:00 AM PST

Kerajaan Malaysia kalau benar ikhlas mahu membantu rakyat Kelantan yang sedang ditimpa bencana alam sekarang ini, lepaskanlah wang royalti hak rakyat Kelantan itu supaya rakyat Kelantan boleh memulakan kehidupan yang baru.

 Rakyat Kelantan sekadar mahukan hak yang sepatutnya mereka kecapi.9PM Najib perlu tahu membezakan maksud perkataan 'bantuan' dan 'tanggung jawab'.

 Duit yang diminta itu bukan duit Umno atau BN, tapi duit rakyat Kelantan.Sampai bilakah korang mahu meneruskan kezaliman keatas rakyat Kelantan?

Dato Husam menulis dalam fesbuknya :


Petronas dan Kemanusiaan Banjir Kelantan


 Saya diminta memberi respon kepada satu cadangan Pas Umno bergabung untuk bangunkan semula Kelantan pasca banjir.

Apa kata Petronas yang telah mengaut kekayaan dari laut Kelantan tanpa apa-apa sumbangan selama ini menunjukkan jiwa kemanusiaannya dengan memberikan Rm 3 Billion bagi tujuan itu?

 Semasa menunggu helikopter di hangar Lapangan Terbang Kota Bharu, dapat dilihat susunan heli operator yang terkait dengan pelantar Petronas di laut Kelantan.

 Ini masa yang tepat untuk Petronas melunaskan 'hutangnya' pada rakyat Kelantan.

 Husam Musa
1:00pm
31/12/2014

# Dijemput rakan-rakan ke Malam Amal: 
Kelantan Pasca Banjir anjuran Yayasan Darul Hijrah.
Pada 1hb Januari 2015 
( Khamis Malam Jumaat) 
Jam 9:00pm di Dewan Anjung Amjal, 
Sebelah UM/Stadium Hoki.

Cara paling ampuh mengatasi masalah banjir.....guna kroni dan pemegang kunci sorga?

Posted: 30 Dec 2014 10:22 PM PST

Kalau dah perangai Umno, nak lari mana dengan amalan kroni dan rasuah! Kena main melalui cable. Kena ada cable besar untuk dapat projek atau untuk dapat projek secara runding terus, tak perlu susah payah masuk open tender.....

"Just name out your price!I'll make it tripple.Satu untuk kau, Dua untuk aku!"

Ajaran Islam mana yang kata doa sendiri-sendiri di rumah atau surau tak berapa nak makbul? Kena ada melalui 'Tok Alim' yang diimport dari luar baru senang doa makbul..... 

Nak Tanya kepada Habaib yang terlibat, sejak bila Allah dan Rasul letak harga untuk zikir dan berselawat kepadaNya?

 Meh tolong mangsa banjir yang kehilangan rumah, harta benda untuk memulakan kehidupan baru....Sanggup tak Pak Habaib dermakan semula hasil upah zikir dan selawat tu kepada mangsa banjir ?

Berikut nasihat seorang Ugamawang :



TAHU TAK APA PUNCA BANJIR? .

Saya nampak, ada masalah besar bila kita ni terlalu melihat kehidupan ikut neraca sains. Terlalu follow hukum sebab-akibat. Berfikir terlalu logik sampai dalam hal banjir, kita hilang punca.

 Antaranya, ramai yang mengomen tak tentu hala dalam majlis selawat di dataran merdeka rabu ini.

Mereka kata program ini membazir. Baik sedekahkan kos RM 200k tu kepada mangsa dari buat majlis selawat yang berhibur & 'nyanyi-nyanyi'. Time ni lah kita cakap ikut fiqh aulawiyat padahal kita pun tak menyumbang mana. Sembang je lebih. Kalau betul aulawiyat, orang yg kecoh komen tu pergilah ke kelantan terus, duk sana bantu tiap-tiap hari. Then, keluarkan wang simpanan ASB anda, derma separuh. Jangan cakap dari jauh je.

Amacam, ada brani? Ha... kan dah pucat muka. Kalau tak berani, anda pun 'aulawiyat' tak betul. Cakap je lebih. Macam tin kosong. Bising.

Ni saya nak terang betul-betul mana 'logik' yang orang fikir logik ni tak nampak. Baca sampai habis. Fahami hujung-pangkal.

 Tuan-puan semua, percayalah, jika kita menyumbang berbilion pun dengan harapan nak selesaikan banjir, ia takkan selesai selagi kita tak settlekan perkara ini dari PUNCANYA.

Soalnya, apa punca banjir?

- Musim tengkujuh? - Salah.
- Air laut pasang, so banjir tak surut - Langsung tak tepat.
- Awan yg bawa hujan stay, tak ke tempat lain - kena tolak 10 markah.

Ni nak habaq. Ini puncanya :


JAWAPAN TEPAT : BANJIR INI DARI ALLAH TA'ALA.


Ia bukan episod kejadian alam yang datang setiap hujung tahun. Allah datangkan sebab Dia NAK TEST (EXAM) kita. Mungkin Allah sedang Murka. Mungkin juga Allah nak naikkan darjat kita.


Bila kita sedar yang banjir ini dari DIA, maka kita perlu minta sungguh-sungguh kepadaNya untuk hentikan banjir ini. Anologinya, bila rumah anda banjir sebab pili air pecah, pergilah betulkan pili, bukan beli lebih banyak baldi-gayung nak tadah air.


Itu anologi utk faham WHY majlis selawat ni diadakan.


SOALAN : Mengapa ia dibuat besar-besaran?

Sebab, dosa yang kita lakukan selama ni pun 'besar-besaran' juga kan? Allah Ta'ala dah lama murka sebab, selama ni kita berkira denganNya. Kita lupakanNya. Kita warnai hidup dengan maksiat. Hati kita terlalu busuk sampaikan orang nak buat baik pun kita cakap membazir.

So, nak tampal benda besar, tak cukup dengan usaha kecil doa sensorang di rumah. Tak memadai solat hajat satu surau je.


Kena buat 'grand'. Kena keluarkan 'kos besar' untuk jemput semula rahmat Tuhan yang hilang. Rahmat kasih-sayang Tuhan ni mahal tau, dan Dia sedang tarik rahmatNya dari kita. Banjir ini mungkin salah-satu dari alamat kemurkaan yang dizahirkanNya.


 Frankly speak, actually 200k ni amat 'cheap' jika nak dibandingkan dengan nilai RAHMATNYA.


Jangan berkira sangat bila nak cari rahmat Tuhan, kerana apabila rahmat tu ditarik, bukan 200k hilang, tapi berbillion ringgit hilang sekelip mata je.

Tak percaya? Anda kiralah sendiri kos kerosakan akibat banjir. Tak perlu kira, sebab ia takkan terkira.


SOALAN : mengapa majlis selawat, bukan solat baca Yasin ke?


Anda kena faham satu perkara. Jika kita berdoa & solat hajat sahaja, doa kita akan melalui banyak 'filter' Tuhan. Dia akan filter keikhlasan, sumber wang kita, even Dia akan tengok doa itu datang dari orang soleh atau orang yang 'banyak buat hal' denganNya.

Saya fikir, ikut condition kita sekarang ni, maaf cakap, susah doa tu nak di'approved'. (tak tahulah kalau anda 'solehlah' sangat.)


Tapi dalam islam ni ada 'short-cut'. Ada 'jalan belakang' utk doa diterima. Caranya adalah SELAWAT.


Jika kita minta ikut syafaat nabinya, berdoa dengan didahulukan pujian & selawat terhadap manusia dikasihiNya, dalam banyak kes, Allah akan makbulkan.


Ingatlah, Rasulullah s.a.w adalah 'main point' rahmat Tuhan terkumpul. Bila kita memohon via 'main point' itu, Allah mudah datangkan rahmat kepada kita.


Logiknya begini : jika anda nak minta projek dari 'orang besar', confirm tak dapat sebab dia tak kenal pun anda. Jika kenal pun, anda bukan dalam 'circle'nya. Jadi, mintalah MELALUI orang yang rapat dengan 'orang besar'. InsyaAllah, peluang nak dapat lebih besar kan?


 Itu jawapan logik, sebab kalau saya bagi dalil Quran-hadith, ada je cara nak pusing interpret ke makna lain.


LAST :


- Hadirlah ke majlis selawat malam 31.12.14 ni di dataran merdeka. Jika tidak berkesempatan, anda 'hadir' dari rumah. Ada siaran langsung melalui TV Alhijrah sebagai alternatif. Bila syeikh doa, anda tadah tangan sekali, aminkan doanya. Mana tahu, dengan keikhlasan anda mengaminkan dari jauh, Allah angkat segala musibah ini.

 - Teruskan menyumbang. Ada banyak saluran untuk itu. Jika tidak, doa dari jauh & galakkan orang lain menyumbang. Jika tak mahu juga. Duk diam-diam. Jangan jadi 'negatif', komen sana komen sini. Sekarang adalah masa kita tunjukkan kesatuan, tunjukkan yang kita masih ada 'hati'.


 Ya Allah Ya Arhamar Rohimin, kami mohon dengan penuh kerendahan diri, Engkau angkatlah segala musibah & dugaan banjir yang dilalui oleh saudara-saudara kami.9 Dengan berkah syafaat Rasulullah s.a.w Allahumma solli ala saidina Muhammad, wa alaa a'lihi wasohbihi wasallam.


 . . . Us. Asraff Ayobb


 Ini masa terbaik untuk banyakkan 'komunikasi' dengan Tuhan via Al-Quran. Masih tak cekap baca Quran? Meh, saya ajar ikut cara 'short-cut'. Lebih Fast & Easy.

Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
December 29 at 12:00pm

Tiada ulasan: